Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 April 2013

Mulut Nik Aziz semakin celupar - Utusan

Selepas mengeluarkan fatwa politik yang disifatkan banyak pihak sebagai menyesatkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin biadab selepas mendakwa jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO akan menentang Rasulullah.

"Puak ini (UMNO) kalau Nabi Muhammad hidup balik, dia lawan," katanya semasa berceramah dalam majlis prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, Kelantan yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana dipetik di blog, rbfonline.net hari ini.

Ini kali kedua Pas mengheret Rasulullah dalam kancah politik selepas Penolong Setiausaha I Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som menerusi Twitternya baru-baru ini berkata: "Kalau Nabi Muhammad masih hidup, mungkin video seks baginda pun UMNO akan keluarkan...Jahanam UMNO,".

Mengulas kontroversi terbaru itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, kenyataan dan perumpamaan terbaharu Nik Abdul Aziz yang menyifatkan UMNO akan menentang baginda merupakan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Nilaikan prinsip Pas dalam memperjuangkan Islam, di mana pendirian mereka berhubung penggunaan kalimah Allah sebelum ini? ''Sebagai Tok Guru, Nik Abdul Aziz patut berhenti menuduh semua orang menolak dasar Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.





Sumber : 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130409/dn_04/Mulut-Nik-Aziz-semakin-celupar 

Dari utusan. Rupanya utusan petik dari blog. Dan bila ditinjau ke dalam blog tersebut, dia petik dari sinar harian beb.

Ini linknya ;  http://www.sinarharian.com.my/politik/asal-tolak-islam-tidak-dapat-pahala-1.147635

Ini bermaksud wartawan sinar harian yang melaporkan ini. Elokla dengar penjelasan penuh dari TGNA.
Nak dekat2 buang undi neh serangan terhadap TGNA diperhebatkan sebab dia antara ikon yang membolehkan PAS terus kekal di kelantan. Mematahkan intergriti dia merupakan keutamaan UMNO. Fikir-fikirkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...