Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 30 April 2013

Kontroversi Dakwat Kekal : Mohon SPR Beri Penjelasan !!!


Oke.

Hari neh hari pengundian awal. Dan pengundian pos. Ye. Itupun aku dah pelik sebab dikatakan pengundian pos dah bermula sejak 22 april hari tue. Tah la. Aku fikir macam neh jek. 

Pengundian POS dah berjalan sejak dari 22 april sehingga la ke hari ini.

Kalau ikut statement sesetengah pihak, ada yang cakap undi POS belum ada. Tetapi kalau ikut kenyataan beberapa pihak mereka dah pun mula melakukan pengundian sejak beberapa hari yang lepas. 

Bila kita call SPR, samada susah nak angkat ataupun kalau angkat kita dapat jawapan kita akan siasat laporan yang diterima. Jika ada penipuan, sila report polis untuk jalankan siasatan. Oke la juga nasihat tue sebenarnya. Jika ada penipuan memang kena report polis pun kan. Baru lah boleh jalankan siasatan kan. Report kat blog actually takde kesan apa pun. Kontroversi je la paling2 koman pun.

Hehe. 

Sekarang neh aku kumpulkan dulu info2 yang aku terima dari pelbagai individu yang berbeza. Mereka melakukan pengundian awal pagi tadi. Ini maklumat yang aku dapat.

1. Dakwat kekal tidak digunakan. Ya, ada pengundi yang mengundi tetapi tidak dicalit dengan sebarang dakwat.

2. Dakwat kekal digunakan tetapi hilang selepas disabun/dicuci. Yang neh pun ada. Namun setelah disabun/dicuci, kesan penggunaan dakwat tue masih terlihat la. Orang kata bekas2. Bukan totally hilang atau apa. 

Kat sini SPR kena berikan penjelasan. Macam aku pernah sebut dulu. Kegagalan jentera penerangan SPR menjalankan tanggungjawab menyebabkan semua kekeliruan neh wujud. Kita mahu tahu ;

- Apa yang dimaksudkan dengan dakwat kekal?

- Berapa lama ia boleh bertahan?

- Apakah yang boleh melunturkan dakwat kekal tersebut?

- Adakah proses penggunaan yang tidak betul menyebabkan dakwat kekal pada sesetengah pengundi    hilang? Maksudnya kat sini, mungkin kah dakwat itu tidak disimpan dengan betul, tidak dilindungi dengan baik, tidak digoncang sebelum guna dan etc2.. ataupun si pencalit, calit tak betul? Ini pun kena amek kira juga oke.

3. Dan aku juga menerima maklumat ini di email ;
Assalamualaikum,

saya dapat maklumat bahawa adun pantai merdeka (kedah) telah mengarahkan semua puteri umno untuk menangkap gambar sewaktu memangkah umno bukti sebagai setia terhadap umno (undi adalah rahsia)<-- minta admin tolong siasat sama ada perkara ni betul atau tidak sebab saya cuma mendengar perbualan dari rakan sekerja saya,..

2. saya juga mendengar pengakuan seorang Polis trafik perlis, semasa membuang undi tiada dakwat kekal digunakan..dan kes yang mengundi awal yang tersiar baru-2 ini adalah benar..polis mengundi awal. <--minta admin siasat kesahihan cerita ini. (cerita baik dari Perlis maklumat dari SB Perlis akan ditawan PR).

3. saya juga mendengar dari perbualan rakan saya mengatakan seorang rakan tenteranya yang masih berkhidmat dalam tentera telah mendapat kad pengenalan awam..ini bermakna pegawai tentera tersebut akan membuat 2 kali undi.<--minta admin tolong siasat kesahihan cerita ini..
       
 4. Contoh warna dakwat kekal yang digunakan. Lihat gambar ;

   
Dakwat kekal neh yang paling penting dicalitkan ke kuku. Bukan jari semata2. 

Gambar neh diperolehi dari sini ==> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=549960101722036&set=a.516666101718103.130499.100001241532172&type=1&relevant_count=1

Rujuk pula gambar kat bawah neh hah ;

  
Warna sedikit berbeza dari gambar pertama. Mungkin cahaya membuatkan ia kelihatan berbeza dalam gambar. Atau mungkin juga memang kedua2 jenis dakwat ialah dakwat yang berbeza warna. Sebelum dan selepas dicuci. Ia boleh hilang.

Rujukan :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=534944359877226&set=a.440991052605891.94494.440972749274388&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Aku nak explain sikit kot2 SPR neh salah faham. Pendedahan bahawa warna dakwat kekal boleh hilang neh bukan dibuat untuk memburukkan2 imej dan intergriti SPR. Jangan salah sangka. Sebaliknya masyarakat keliru. Pengundi confuse. Bukan kah dah diberitahu warna dakwat kekal PALING2 koman boleh tahan sehingga 3 hari?

"Saya boleh memberi jaminan bahawa dakwat tersebut boleh tahan untuk sekurang-kurangnya tujuh hari," katanya, sambil menambah dakwat itu mengandungi pigmen, silver nitrate dan dan bahan-bahan herba.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/226674

Ini kenyataan SPR sendiri. Sedangkan sebelum itu BERSIH dan PKR telah pun meminta kajian terperinci / bukti dan juga laporan yang berkaitan bagi membuktikan kenyataan SPR bahawa warna dakwat kekal boleh tahan lama.

Timbalan Setiausaha PKR negeri, Tan Kah Hing berkata, mereka mahukan satu laporan kimia atau hitam putih membuktikan dakwat kekal itu mampu bertahan lebih dari lima hari.

“Kami mahukan satu laporan yang pasti kerana ia penting untuk mengelakkan pengundi awal mengundi buat kali kedua pada 5 Mei nanti.  

Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/politik/pkr-mahu-laporan-kimia-bukti-dakwat-kekal-tahan-lama-1.153715

Dimaklumkan juga bahawa Tian Chua sedang membuat laporan polis berkaitan hal ini dan juga team Rafizi dengan mengumpul maklumat2 berkaitan.

Kpd pengundi awal Pandan (atau sesiapa) yg dpt cuci dakwat kekal slps undi hari ini, sila tel Hj Ishak Pengarah PRU Pandan +60 19 212 5001

Jika anda ingin salurkan sebarang maklumat berkaitan, tolong hubungi team Rafizi dengan nombor yang telah aku sertakan di atas neh.

Kita tak boleh duduk diam, duduk tersorok2 dan lapor di blog dan page semata2. Ini masa untuk keluar dan melawan secara terang2an. Sebenarnya kita tak lakukan sebarang kesalahan. Ingat, yang cakap dakwat kekal tue boleh tahan lama bukan aku, bukan juga ko, tetapi SPR itu sendiri.

Aku pun taknak juga tuduh2 pengundi2 tue menggunakan bahan kimia untuk menghilangkan dakwat kekal itu lebih cepat. Tetapi sudah semestinya orang2 BN akan melakukan tuduhan tersebut. Kerana apa? Kerana tiada laporan polis dibuat. 

Jadi bagi memastikan korang memberikan input yang benar, sila salurkan info berkaitan ke Rafizi untuk diambil tindakan susulan. Boleh juga lapor ke jawatankuasa BERSIH untuk diambil perhatian. Bila ada laporan, maka seme tuduhan2 ke atas korang jadi invalid sebab korang dah buat langkah2 sewajarnya untuk diambil perhatian.

Link :  http://pru13.info/aduan/

Ada no, ada email dan juga aduan online. Buat semua aduan berkaitan berserta KETERANGAN dan GAMBAR susulan sebagai BUKTI.

Ini bagi membantu BERSIH highlightkan ADUAN anda lebih cepat. Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...