Kaki melawan

Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ads

Sunday, March 3, 2013

Amaran untuk pengguna Smartphones Malaysia.

Arahan dikeluarkan oleh pdrm. Tolong sesama kita alert. Begini, dilaporkan pihak penceroboh telah mendapat sumber maklumat dan serba sedikit kegiatan pasukan keselamatan kita menerusi media sosial.

Contoh kes. Ada sekatan jalan di kawasan tertentu. Kemudian ia di update menerusi laman sosial. Facebook, twitter dan blog. Akhirnya tanpa sedar telah memberikan sang penceroboh maklumat berguna. Mereka akan elak ke kawasan yang ada sekatan dan dalam pemantauan polis. Semakin senang la mereka bolos dan lolos.

Jadi kepada mereka yang tinggal di sabah, khususnya, jangan update sebarangan. Kita mungkin nak bantu polis kita tapi tanpa sedar jadi lain pula tak pasal2. Sesama rakyat malaysia sebenarnya tiada niat jahat terhadap pasukan keselamatan negara cuma kita tak sedar rupanya update2 begitu membuatkan pdrm kita semakin sukar tanggani situasi. Maaf ye pak polisi.

Dan berkaitan update2 mengenai kematian dan serangan pula. Jangan lepaskan berita di laman sosial sehingga ia masuk mana2 berita. Kita tiada niat jahat pun masa lepaskan berita2 tersebut. Tapi tanpa sedar kita dah kecewakan family mangsa dan mereka yang sedang berjuang. Mana ada family yang sanggup terima kematian orang terdekat di laman sosial. Ia menyedihkan.

Berita2 pasal serangan pula tidak boleh di update sesuka ahti meskipun ia tepat. Tujuan taknak bagi orang kelam kabut. Tetapi untuk langkah berjaga2 tiada masalah cuma jangan gunakan ayat provokasi.

Kalau dah mention dalam news update dan viralkan ia. Kalau belum try sabar dulu. Kita simpan sementara tunggu masuk berita. Melainkan ia benar2 penting then boleh la kita lepaskan.

Lagi satu cuba jangan salahkan dan perli pasukan pertahanan kita. Try bagi peluang dulu. Biar mereka buat kerja mereka. Kita tiada pengalaman perang dont simply judging sana sini geng. Stay firm dan focus by blaming menteri je. Jangan heret pasukan dan skuad khas kita. Strategi mereka tu kita jangan ulas sangat sebab tak berada di zon itu.

Tapi if you wanted blaming menteri go ahead. Sebab memang wajar pun. Lebih2 si hishammudin. Dia cakap jangan dengar khabar angin. Dia punya khabar angin 7 polis kita terkorban dengan serangan hendap. Dia ingat bagi pangkat dan duit boleh gantikan nyawa orang? Silap besar la lue. Family polis tak harapkan duit harta dan pangkat. Cukupla yang tersayang pulang dengan selamat. Itula yang semua dari kami doakan sini. We pray for sabah. Bersama kita bantu dan sokongan pasukan pertahanan negara oke. Bai


IKLAN TEXT DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...