Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 17 Februari 2013

Kes Saman Media - Bukti UTUSAN si pemfitnah yang BANGANG.

Mari kita terangkan secara berhemah kat mana BANGANGnya UTUSAN kali neh.

Kes Saman Media.

Awang ingin merujuk kepada kes McManus lawan Victoria Beckham yang membuat komen ketika melawat pusat membeli belah tersebut pada 26 Mac 2001.

Beliau mendakwa beberapa barangan cenderamata disitu dikatakan mempunyai autograf palsu suaminya iaitu bintang bola sepak dunia, David Beckham.

Komen Victoria disebut di depan tiga pelanggan lain dan ia kemudiannya mendapat liputan meluas sehingga media turut diheret ke mahkamah. Bagaimanapun mahkamah rayuan England mendapati media tidak bertanggungjawab dalam menerbitkan semula komen yang telah dibuat oleh Victoria kepada tiga pelanggan tersebut.

Mahkamah menegaskan sumber yang bercakap adalah bertanggungjawab sepenuhnya. Dalam kes Speigh lawan Gosnay (1981) mahkamah rayuan mendapati seseorang yang mengucapkan atau menerbitkan semula fitnah tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakkan yang disebabkan pengulangan tersebut.

Daripada kes-kes tersebut, ia menunjukkan bahawa sumber yang bercakap keoada media seperti dalam sidang akhbar harus dipertanggungjawabkan sekiranya ia berunsur fitnah.

Perkara ini bertentangan dengan apa yang berlaku di negara ini. Media dipertanggungjawabkan manakala sumber yang bercakap terlepas.

Ia mungkin kerana kegagalan mahkamah memahami peranan dan cabaran media, menyebabkan politikus selalu mendapat kelebihan dalam kes saman media. 

Point terselindung Awang Selamat aka dipercayai 'editor terkenal' utusan malaysia.

1. Utusan sebagai media, utusan selalu laporkan apa2 berita.

2. Utusan selalu disaman.

3. Utusan selalu kalah saman.

4. Utusan tak patut dipertanggungjawabkan atas fitnah2 yang mereka paparkan, sepatutnya mereka kena saman sumber yang bercakap, bukan utusan selaku media penyiar rasmi berita fitnah negara.

5. Disebabkan kelemahan sistem perundangan di malaysia, utusan selalu disaman dan kalah saman.. menyebabkan pemimpin pembangkang asyik menang saman je.

Jawapan kepada HUJAH bangang utusan. Belajar tinggi2 tapi BANGANG.

1. Utusan ialah media di malaysia. Mereka memang diberikan hak untuk melaporkan apa2 kejadian termasuklah isu2 berkaitan politik.

2. Tetapi pemberitaan utusan ialah berat sebelah. Contohnya jika si sumber hanya berkata apsal la anwar tak saman sba.. tetapi utusan akan tulis ANWAR MELIWAT SBA SEBAB TU TAK SAMAN SBA.. tajuk yang provokasi, isi kandungan yang provokasi, laporan pemberitaan yang lebih kepada drama swasta..

3. Then individu yang dituduh.. nak jawab balik tuduhan serta fitnah tersebut.. UTUSAN SEBAGAI PENYIAR FITNAH TIDAK IZINKAN LANGSUNG BERITA2 PENAFIAN DISIARKAN DI MEDIA MEREKA TANPA MELALUI PROSES EDIT, TOKOK TAMBAH DAN PUTAR BELIT.

4. Oke, ko boleh cakap, aku tak fitnah ma, aku siarkan apa yang orang cakap ma. Tapi bila orang yang kena tuduh tue nak jawab balik gunakan media ko, apasal ko tak bagi plak? Apsal ko sekat, halang dan tutup laluan untuk mereka jernihkan keadaan? 

5. Ini bermaksud, walaupun pada awalnya ko siarkan berita yang orang lain fitnah, kemudiannya ko jadi tukang yang sama2 bersetongkol dengan fitnah tersebut bila ko bertindak bias dan menghalang berita penafian disiarkan di berita ko, 100% tanpa suntingan.

6. So memang la logik ko kena saman. Lepas tue kalah saman.

7. Bahkan ada kes yang mana ko main terima info tanpa sahkan dulu dari individu sepatutnya padahal ko tahu cara2 nak contact depa, ko ada no phone bahkan boleh pergi pejabat depa.. ko ada akses dan kemudahan itu tapi ko tak gunakan. Kalau aku ada, alangkah bagusnya. Aku suka juga kalau senang berhubung dengan mana2 pemimpin politik tanpa kira parti masalahnya aku takde peluang macam ko. Ko ada kelebihan itu sebagai pengamal media tapi tak pernah hargai, alangkah ruginya. 

8. Dan jangan ko lupa, kerajaan bn juga luluskan satu polisi dan undang2 bangang. Jika ko cakap ko tak patut disaman atas fitnah yang orang lain cipta, bagaimana pula kami rakyat marhaen selaku penulis blog kena bertanggungjawab sepenuhnya atas komen2 yang disiarkan di laman kami? Bahkan facebookers dan penganut twitter pun kena fully tanggungjawab juga jika komen2 yang diterbitkan [berkaitan politik] berunsurkan fitnah.

9. Bukan kah kes neh sama je dengan runggutan ko di atas?

10. Bezanya di laman blog, laman facebook dan twitter, setiap yang dituduh ada hak menafikan dan menulis cerita versi mereka. Maksudnya kat sini, setiap cerita sentiasa ada 2 versi dari 2 belah pihak. At least kami menilai cerita dari kedua2 belah pihak. 

11. Itupun BN ada ahti nak sekat suara2 kami.

12. Berbanding utusan BODOH media penyiar rasmi berita fitnah malaysia, yang dah sah2kan menyiarkan berita fitnah setiap masa, tak pernah pula menteri bn nak concern dan ketatkan syarat2 pengamal media agar lebih bertanggungjawab, lebih telus, lebih terbuka dan tidak berpihak.

Nasihat aku kepada Awang Selamat, bersedia la untuk bankrupt. Korang memang spesis takde ahti perut. Kalau ada ahti perut dari awal korang takan siarkan isu2 fitnah dan takan amalkan pemberitaan double standard, korang juga menyebabkan ramai kakitangan utusan bakal kehilangan kerja disebabkan jualan utusan yang merosot akibat penjajaan fitnah secara berterusan dan terasa was2 bekerja di utusan kerana kerjanya asyik fitnah fitnah fitnah dan fitnah. Lue fikirlah sendiri.   

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...