Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Februari 2013

Isu gambar super impose gereja.

Sekarang neh kedua2 belah pihak iaitu bloggers pr dan bloggers umno mengatakan bahawa gambar yang masing2 sebarkan adalah original. Gambar yang pihak lain sebarkan adalah versi super impose.
Yeke?

Kalau tanya aku, aku sendiri pun tak tahu sangat. Tapi aku akan tulis ikut apa yang aku nampak la kan. Aku cakap balik je la. Kalau tak betul tue pandai2 la lue betulkan. Oke.

Lihat dulu gambar bawah neh. Gambar neh bloggers umno yang sebarkan. Kata mereka ini versi ori. Tetapi bloggers pr kata ini versi super impose.



Dan ini pula hujah mereka ;



Dan kat bawah neh pula hujah bloggers umno ;



Dan gambar kat bawah neh pula ialah gambar super original yang didakwa 
oleh bloggers pr ;



Pendapat aku ;

1. Aku suspect gambar yang bloggers umno sebarkan adalah version ori. 

2. Ini kerana wajah lelaki tue nampak jelas berbanding gambar yang bloggers pr sebarkan. Ia kabur. Rekod HD turut siarkan isu neh menerusi portal mereka. Rujuk sini ==> http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/16390-kantoi-kursus-pra-perkahwinan-diedit-kononnya-gadis-melayu-dimurtad 

3. Aku rasa lantai yang dikatakan tak rata tue ialah meja kot. 

4. Lepas tue macam mana nak tahu itu piano? Tak nampak macam piano pun. 

5. Apa pun aku rasa kalau bloggers umno sedang sebarkan gambar yang merujuk kepada gerakan memurtadkan akidah umat islam, kenapa perlu takut? Berikan lah lokasi yang merujuk kepada gambar di atas. Ko nak main politik atau ko nak selamatkan akidah dorang? Hehe.

6. Berikan saja lokasi tersebut, nama majlis dan bila ia diadakan. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk lakukan siasatan. Berlaku di perak ek? Under bn tue weh. Hehe.

7. Aku rasa mungkin kita tak patut fikir bahawa gambar neh semestinya kursus kahwin kalau bukan di bilik salah sebuah gereja ataupun sebaliknya. Boleh jadi ia bukan merujuk kepada mana2 perkara yang sedang disebarkan kot.

Bukan kursus kahwin.

Dan bukan juga aktiviti memurtadkan umat islam.

Tak siapa tahu kesahihannya selagi individu yang sebarkan tak buka cerita dari A sampai Z. Macam2 spekulasi boleh timbul oke.   

Apa pun gua memang tak sokong gambar super impose. Siapa yang buat gua tak sokong. Gambar2 macam neh akhirnya akan mengelirukan kita kembali pada masa akan datang. So better elak daripada terjebak.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...