Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 Februari 2013

Beri undi kepada Pas adalah haram.


Inilah akhlak dan akidah yang ditunjukkan oleh orang2 yang konon nya kuat agama. Kata terer bab agama tapi percakapan tak mencerminkan ilmu. Sangat memalukan. Betul ke depa expert bab agama? Ka perasan diri sendiri expert?

KAH KAH KAH 

Kata mereka ;

1. Undi pas haram.

2. Siap nak buat dokumentasi dan bawa ke peringkat majlis raja2.

3. Tujuan nak buat fatwa.

4. Agar haramkan pas.

5. Mereka juga mahu berjihad.

6. Jihad disini maksudnya jangan undi pas.

7. Dalam bahasa lain undi la bn.

8. Ini dibuat kerana mahu mempertahankan penggunaan kalimah Allah.

9. Supaya tak jadi macam negara indonesia.

10. Dimana ada bible dalam bahasa arab.

11. Mereka juga cakap Tahaluf Siyasi yang sebenarnya adalah seperti bn.

12. UMNO = IMAN, MCA DAN MIC = MAKMUM.

Alahai.

Buat lawak pecah perut lah plak orang2 neh.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Ikhlas aku nak ajar sikit. Ini malaysia. PAS ditubuhkan atas nama parti politik. Bila dia berkempen apa2 itu hak dia. Apa2 dia punya manifesto, pendirian dan pendapat itu juga hak dia. Dia nak berkerjasama dengan sapa2 itu pun hak dia. Dia ada pendaftaran dan sah disisi undang2, jika dia ialah parti politik yang tak berdaftar boleh la di anggap haram penubuhannya kerana tak ikut protokol.

Ko nak cakap haram undi dia sebab dia sokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian pun tak boleh. Nampaknya pas mempunyai pendirian yang berbeza dalam isu tersebut. Sama seperti pendirian mca dan mic. Mereka juga berbeza tapi umno masih bekerjasama dengan mereka.

Soal umno jadi imam = peneraju utama tue sebenarnya betul. Tetapi apa sebab imam mereka membiarkan makmum menentukan hala tuju dalam kebanyakkan hal? Ketika imam lancarkan kasino dan kilang arak, itu keputusan makmum atau imam? Ketika wujudnya syarikat judi yang menyebabkan ramai orang bunuh diri itu keputusan imam ke makmum?

Berleluasa kegiatan kongsi gelap, jenayah sosial, masalah remaja, anak luar nikah dan pinjaman along, di mana kah imam yang sepatutnya memikirkan kaedah terbaik menyelesaikan masalah ini sehingga ke akar umbi?

Hanya kerana bukan anak ko yang terlibat dalam pinjaman along maka ko rasa momantai?

Hanya kerana bukan anak ko yang campak BAYI dari tingkat tinggi ko rasa momantai?

Hanya kerana bukan anak ko yang lari dari rumah ko rasa momantai?

Hanya kerana bukan anak ko yang miskin takde duit sehingga mendorong kepada perlakuan negatif ko rasa momantai?

Hanya kerana bukan anak ko yang terjebak dalam masalah moral ko rasa momantai?

Ini ko panggil umno imam?

Ko tahu ke imam tue apa? Ko ingat bila rakyat tersepit, susah, merempat, jadi jahat bukan urusan pemimpin untuk ubah dan concern?

Kalau itu bukan urusan pemimpin untuk apa Nabi saw berdakwah?

Untuk apa Nabi saw bersusah payah korbankan diri mengembangkan ajaran islam kalau bukan untuk mengembangkan cara hidup baik dan berkasih sayang sesama manusia?

Tok2 yang arif agama, pergi baca kitab balik la. Tak cukup 4 kitab je ko rujuk. Tak cukup ko concern bab kalimah Allah je. Di malaysia kita punya masalah yang lebih besar dari masalah kalimah Allah tu. Masalah yang bukan masalah pun. Tak bagi pakai so tak bagi pakai la. Dan ia pendirian ko. Kenapa nak paksa orang agar ikut pendirian ko? PAS pun tak setuju. Kalau dap dan pkr setuju itu hak mereka la. Bukan benda neh wajib macam arak kena dijauhi ataupun zina yang sah2 berdosa besar.

Ulama pun berbeza pendapat dalam isu neh. Bahkan Alqardhawi pun ada pendapat tersendiri. Yang pasti tak sama macam pendirian PAS dan pendirian lue.

Kalau kerja lue asyik nak mengharamkan semua orang yang tak sependapat dengan lue, lue tak fikir ke diri lue ada masalah jiwa dan mental disitu?

Jangan tengok orang yang amek keputusan tersebut. Sebaliknya tengokla pada keputusan tersebut. Soal kalimah Allah hatta dalam bn pun berbeza pendapat dan bn sendiri mewujudkan undang2 berbeza bagi setiap negeri2 di malaysia.

Jika BN boleh mempunyai pendirian yang berbeza dalam satu masa yang sama, apa pasal pas, pkr dan dap tak boleh?

Kita neh umat islam. Islam itu agama selamat. Umat kita neh di didik dengan kasih sayang. Eh jiran aku lapar la. Aku tahu. Aku ada banyak makanan. Bagi la sikit. Bukan nya, jiran aku pemalas nak mampos. Pergi la kerja bodoh. Cari duit banyak2. Lepas tue beli la makanan. BANGANG.

Eh, ada orang tue mengandung anak luar nikah la. Kesian. Adik, zina itu merosakkan, tapi adik dah terlanjur. Marila kita ubah dan selesaikan masalah adik menggunakan jalan betul. Atau.. eeeiieeeewww teruknya. Buat seks dengan sapa tah. Dasar pelacur. Itu ke cara kita? 

Aku tak mampu la. Beras mahal. Makanan mahal. Mohon kerajaan kawal la. Aku neh tak la pandai dan bergaji besar macam orang lain. Aku dah usaha mungkin la rezeki aku takat neh je. Mungkin la aku ada silap kat mana2. Aku minta belas ihsan kerajaan untuk prihatin. Boleh ke?

BANGSAT. DASAR PEMALAS. MISKIN HINA. PERGI MATI LA KAU. NAK KERAJAAN TANGGUNG JE. KO INGAT PEMIMPIN KERAJAAN NEH BERPERANAN SEPERTI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT KE? KO YANG TAK BELAJAR TINGGI2, RASAKANLAH. DAH MISKIN NAK SUSAHKAN ORANG. LEPAS TU SURUH KERAJAAN TANGGUNGJAWAB. TAKAN URUSAN DAPUR KO PUN KERAJAAN KENA FIKIRKAN?

Hah.

Kalau urusan dapur dan perut [lapar] rakyat pun Nabi saw dan Khalifah Umar r.a boleh tanggung [fikir,selesaikan], ko ingat BN tue sapa?

LEBIH HEBAT DARI NABI SAW?

LEBIH BAGUS DARI KHALIFAH UMAR R.A?

PENTINGKAN DIRI BUKAN SIFAT KASIH SAYANG. EGO, BERLAGAK, PERASAN BAGUS JUGA BUKAN SIFAT KASIH SAYANG. 

Cerdik la sikit. Tiada sesiapa suruh UMNO jadi Nabi saw. Cukup dia ikut protokol islam. Bila dia ikut protokol islam, itulah laluan yang membawa dia kepada cara Nabi saw memimpin negara. Bila dia buat apa yang Nabi saw buat, maka masalah2 rakyat yang dia rasa sulit nak selesaikan, dia mampu selesaikan sebab dia menggunakan kaedah dan strategi yang tepat. Masalah, takan selesai dengan sehabisnya selagi mana kita menggunakan strategi yang salah untuk mengatasinya. Itu je matematiknya. Fikirkan. 

Nak baca apa yang tok2 arif agama kita merapu? Di bawah. Kalau malas, tak payah baca pun takpe. 


KAH KAH KAH   

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.
"Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

"Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam)," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.

"Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.

"Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.

"Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah 'imam' manakala MIC dan MCA adalah 'makmum' yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam," tegasnya.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk 'Bible dalam bahasa Arab' yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.

"Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari. "Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta," tambahnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130213/po_01/Beri-undi-kepada-Pas-haram#ixzz2KkJFrD65 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...