Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 2 Januari 2013

Video anak muda sambut tahun baru tersebar.

Woww..

Aku pernah sambut tahun baru. Tipu la kan kalau aku kata aku tak pernah sambut. Beberapa kali juga aku sambut dalam beberapa suasana yang berbeza. Tetapi yang pasti semakin lama semakin bagus cara aku sambut tahun baru sehingga tak sambut2 langsung.

Pada tahun 2006 adalah sambutan tahun baru terakhir aku sebenarnya. Tapi masa tue pun memang rasa macam tah hapa2 tah la sambutan tahun baru yang aku sambut neh. Penuh dengan adegan merepek tak tentu hala. Sama je kat mana2 pun. Baik di dataran merdeka, baik di stadium bukit jalil, baik di putrajaya mahupun di dalam hotel. Seme penuh dengan adegan merepek tak tentu hala.

Aku cakap kat tempat yang aku pernah sambut le. Yang aku tak pernah sambut aku tak quote oke. Yang sebenarnya sambutan tue oke, maksud aku, oke la ramai2 keluar nak tengok bunga api walaupun akhirnya terpaksa berseksa dalam traffic jam. Sesaja je nak countdown ramai2 yang aku pun tak faham sangat apa matlamat dia time tue.

Yang buat sambutan tue jadi tak oke bukan pasal bunga api. Tetapi attitude masyarakat yang menyambutnya. Siyes, buruk. Macam ko sorang je muda, orang lain seme tua. Macam ko sorang je ada couple, orang lain seme takde. Tak agak2 nak peluk bercium depan2 orang.

Bila majlis dah jadi tak tentu hala seperti ini wajarlah kerajaan kita jangan anjurkan sambutan seperti ini lagi. Buat apa bagi mereka ruang dan peluang untuk buat kerja2 tak senonoh kan? Aku percaya kerajaan kita dah tahu. Bukan sehari dua mereka anjurkan konsert ambang tahun baru. Dah sekian lama. Bahkan bukan hanya kerajaan je yang perlu batalkan sambutan tersebut malahan kerajaan kena hantar pegawai2 mereka untuk memantau pula sambutan2 dari pihak lain.

Kat bukit bintang dulu, masa aku sambut tahun baru, dorang siap buka botol arak tue. Buka depan2. Bukan dalam kelab oke, luar kelab. Kat dalam kelab tatau lah dorang buka apa pula. Aku tak boleh masuk kelab sebab bawah umur. Masa tue. Tetapi memang bersepah gak bebudak yang masuk kelab. Macam hapa. Sekali masuk satu geng. Berderet jek.

Tengok muka memang cam melayu. Tapi agama tak pasti pula aku. Nak tuduh2 pun payah gak. Sebab melayu tak menjadikan anda islam automatik oke.

Lepas tue dengan mabuk2nya. Benda neh banyak dalam hotel. Aku pernah gak ikut kakak office aku celebrate tahun baru dalam hotel yang nama dirahsiakan. Lokasi kl. Siyes aku cakap, dorang buka arak. Aku tak hafal la nama2 arak neh kan, tapi kan lepas countdown, lepas baling benda apa2 jadah tue dan letupkan belon, dorang pergi naik atas plak. Sambut dalam bilik. Lagi tah hapa2. Silap2 hari bulan tah mana2 bilik aku dan member aku merempat kang. Balik je la.

Rekod, kakak office mate aku neh orangnya cantik. Pakai tudung. Tetapi perangainya hanya aku dan member2 terdekat je tahu. Siang lain malam lain. Macam2 benda dia buat dan dia share. Siap ajak sekali. Aku kadang2 ikut gak tapi selalu sekerat jalan. Mesti aku balik.

Aku tak boleh buat apa yang dia buat. Tapi aku still sayangkan dia oke. Walaupun aku dan dia dah tak kerja kat office yang sama lagi. Bagi aku masa untuk dia berubah untuk ada, hanya perlu iltizam jek.

Tetapi kadang2 kita nak tunggu orang berubah pun makan masa gak. Sebagai kerajaan, mereka tak payah susah payah tunggu orang ubah pun. Mereka ada kuasa untuk ubahkan orang. Mereka hanya perlu ketatkan beberapa perkara terutamanya benda2 yang membabitkan umat islam. Bukan la aku nak hakimi moral orang lain di saat moral aku sendiri pun cam gampang. Aku jahat, aku mengaku terus terang.

Tetapi, ada masa2nya kerajaan boleh campur tangan dalam menentukan akhlak remaja yang menyambut tahun baru tue. Kalau lue nak buat apa2 majlis untuk meraikan ambang tahun baru, bertanggungjawab la sikit.

Cuba tengok akhlak malaysians sambut tahun baru, baru2 ini macam mana. Tengok la sendiri ;



Tak ke memalukan? Melompat2 atas kereta orang. Yang bab2 spray tue benda biasa dah. Ini amalan biasa. Kalau couple yang lalu, siap kena baling air lagi. Time aku sambut dulu la. Hehe.

Apa pun zaman2 tue aku dah tinggalkan. Lama dah. Sejak2 aktif dalam politik lagi la aku lupakan terus. Dalam pada mereka menuduh2 orang yang terlibat dalam dunia politik adalah orang2 yang keji, dorang tatau yang sebenarnya sedikit sebanyak politik telah menjadikan aku lebih baik berbanding dulu. Ewahh. 

kah kah kah

Apa pun orang2 yang terlibat dalam perbuatan di atas, bukan aku nak hukum korang oke. Aku takmo dan aku takan. Cuma aku nak tengok apa respon bloggers2 umno. Aksi yang lebih kurang sama pernah dijaja dalam semua tv dan media arus perdana. Adakah aksi di atas juga akan dijaja? Lue fikirlah sendiri. Bai. 

Nota : Video versi youtube, kredit telah diberikan kepada owner asal. Thanks

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...