Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 11 Januari 2013

SYARAT2 yang mesti dipatuhi oleh PESERTA PERHIMPUNAN #KL112.





Garis panduan ini dikeluarkan oleh AJK/SEKETARIAT Himpunan Kebangkitan Rakyat. Mohon baca dan fahamkan. Lagi satu mohon kita jangan interfere jangan urusan tema kekawan kita.


Contoh kalau kawan kita datang berhimpun sebab dia anti najib, so kita respect dia sudah la.

Kalau kawan kita datang berhimpun sebab dia nak perjuangkan sejarah benar mengenai kemerdekaan negara dengan memberitahu sejarah mengenai bendera rakyat, lantak p la. Ini hak masing2. 

Kita tak tetapkan ko kena berhimpun ikut tema sedia ada. Ko berhak tambah tema ko sendiri after all ia adalah ko yang berhimpun dan ko yang nak up cause ko. 

Asalkan mereka tak langgar peraturan dan buat benda2 merepek sudah la. Contohnya nak up isu kemerdekaan tapi p citer bn bangsat pun tak berapa tepat gak tue. Nanti orang lebih highlightkan isu maki dari isu yang ko bawakan. 

So highlightkan isu ko dengan cara yang orang memang akan focus pada isu ko. Itu jek. Insya-Allah seme nya akan berjalan lancar jika seme ikut protokol dan peraturan oke.

Dan last, jangan bawa bendera parti. Kita takmo nanti depa anggap ini perhimpunan parti. Bahkan Mat Sabu dah jemput rakan2 dari BN untuk turut serta terutamanya dalam bab KASE. Kita yakin ramai geng2 PRO BN sependapat dengan kita dalam isu KASE dan benci barang naik.

Baca bawah geng ;

Berikut merupakan syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh peserta HKR:

1. Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam.

2. Penganjur dan peserta hendaklah menahan diri daripada berkelakuan secara menyakitkan hati atau menggunakan kata-kata kesat terhadap mana-mana orang  ketika berlangsungnya perhimpunan.

3. Penganjur dan peserta perhimpunan dikehendaki menentukan tidak berlaku perbuatan khianat atau bencana ke atas harta semasa perhimpunan.

4. Penganjur dan peserta perhimpunan dilarang menganggu, mengubah dan mendirikan sebarang halangan lalu lintas.

5. Penganjur hendaklah memastikan tiada kenderaan diletakkan di bahu jalan; kiri dan kanan sepanjang Jalan Hang Jebat, jalan Changkat Stadium dan Jalan Stadium serta Jalan Maharajalela.

6. Penganjur hendaklah memastikan para peserta perhimpunan tidak menimbulkan sebarang kekecohan, provokasi dan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan ketidakselesaan terhadap orang awam semasa bergerak ke Stadium Merdeka.

7. Peserta hanya boleh membawa dan mempamerkan plakad, sepanduk dan kain rentang hanya berkaitan dengan tuntutan masing-masing seperti Anak, Anti Lynas, R dan Bersih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...