Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 Januari 2013

Notis untuk pendaftaran PATI tersebar.


Aku tak faham neh. Aku minta pencerahan. Sebelum aku sangka yang bukan2. Maklumat di atas berlegar2 di facebook. Aku harap ia adalah gambar yang mengesahkan kejadian sebenar, bukan surat yang direka2.. apatah lagi ada no telefon apa seme. Mungkin sesiapa boleh call dan sahkan no telefon wujud dan benar2 digunakan oleh individu seperti yang tercatat nama mereka kat atas2 neh.

Yang buat aku confuse ialah ;

1. Bukan kah PATI ini kalau mereka datang secara haram ke malaysia, mereka sepatutnya di hantar pulang?

2. Salinan RECOF = Pengenalan diri tue ialah salinan yang akan ditunjukkan kepada penguatkuasa kan? So jika ada salinan ini, maka kemasukkan PATI akan jadi SAH ka di Malaysia?

3. Jika ini benar, pendapat aku ia tidak adil kepada PADI = Pendatang Dengan  Izin yang mana kena bayar mahal2 semata2 untuk masuk bekerja di Malaysia, last2 yang PATI pun boleh selesa bekerja asalkan ada salinan RECOF. Juga tidak adil kepada rakyat malaysia itu sendiri yang agak pening dengan kebanjiran warga asing. Bahkan siap berebut2 kerja pun ada.

Ada juga yang cakap ini salah satu prosuder pendaftaran pengundi hantu. Aku tak sure. Nak tuduh pun bukti takde. Berdasarkan satu kertas mana boleh cakap lebih2 kan. Harap2 bukan itulah yang berlaku. Kalau sungguh itu yang berlaku maka kita seme terpaksa la bekerja keras untuk dapatkan bukti kukuh.

Oke bai. 

Sumber gambar : sini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...