Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 25 Januari 2013

Kes polis belasah lelaki sampai mati.


Sekarang neh tengah hot satu isu. Isu seorang lelaki india yang mati dibelasah oleh polis dan 20 individu lain di kawasan terbuka, sampai mati.

Lelaki india itu dibelasah dalam keadaan bergari. Dia dibelasah dan dia mati kerana dibelasah. 

Kronologi yang aku baca melalui portal berita. Ini berita sehala. Penjelasan oleh PDRM aku tak terima lagi.

1. Lelaki india tersebut dikatakan ditahan kerana melakukan sesuatu. Jenayah kot?

2. Dia ialah pengawal keselamatan.

3. Menurut family mangsa, lelaki india tue sakit. Mental tak sihat.

4. Polis tahan dia pada hari kematian dia.

5. Ketika traffic jam, lelaki india tue cabut keluar dari kenderaan polis dan lari dalam keadaan bergari.

6. 4 polis kejar dia. Kerja punya kerja sampai dapat. Lepas dapat belasah dia kat situ.

7. Ketika itu orang awam yang menyaksikan kejadian itu kira2 20 orang turut menyertai pasukan polis tersebut dan belasah lelaki india tersebut sampai mati. 

Aku faham PDRM. Aku faham betapa dorang terdesak kena kejar lelaki tersebut. Ini penting. Baru2 ini terdapat beberapa tahanan lari dari kawalan polis. Kes tersebut memalukan PDRM.  

Kalau berlaku kes yang sama lagi macam mana KPN nak jawab? Adakah pegawai2 aku lalai? Kes kedua dalam selang masa yang singkat? Helloooo..? Masyarakat dah kecam PDRM. Bertubi2. Imej polis memang dah rosak dan tercalar. Dah korang nak tambahkan lagi kecaman masyarakat terhadap PDRM?

Jadi mereka terdesak. Mereka kejar la sampai dapat. Takde masalah. Kalau aku polis aku mesti amek tindakan yang serupa. Persoalan sekarang neh ialah lelaki tersebut dah dapat ditangkap maka apa rasionalnya di belasahnya sampai mati beb?

Baiklah. Ikut pendapat aku. Ikhlas. Aku lihat kes. 

1. Lelaki itu lari. Dalam keadaan bergari. Dengan keadaan mental yang tak sihat.

2. Polis dapat tangkap balik. Bawa pergi balai. Dakwa ikut kes. Bawa bukti dan hadap ke mahkamah.

3. Biar undang2 hukum pesalah.

Simple.

Pengamal undang2 juga harus mengikut undang2. Penguatkuasa undang2 juga harus mengikut undang2. Pendek kata setiap manusia di malaysia tertakluk kepada peraturan undang2. Ko suka dan ko tak suka itu ko punya pasal tetapi itula yang ko kena faham. 

Katakanlah lelaki india itu bersalah sekalipun, penjenayah berat sekalipun, kita ada undang2 untuk menghukum dia. Membunuh dia tanpa memberikan dia ruang untuk berhujah bukan tindakan yang betul. Jika itu tindakan yang betul maka kita semua dah lama mati di dunia ini. Kenapa? Kerana kita juga langgar undang2 Allah swt. Allah pun beri ruang kepada kita, maka siapa la kita nak halang ruang orang lain pula? Bai.        

Nota  : Jangan kecam PDRM dalam artikel ini. Tunggu sehingga PDRM buat penjelasan, dengar dari kesemua pihak baru la korang buat analisis sendiri oke. 

Nota : Video susulan mengenai rakaman kejadian akan didedahkan dalam masa terdekat oleh rakan. Tunggu

Updated :

Penjelasan dari PDRM. Polis mengatakan bahawa lelaki tersebut mengamok di kajang dan mati mengejut. Tiada kaitan dengan PDRM. 

Pendapat aku, oke. Harap2 video yang akan didedahkan tue memihak kepada kenyataan PDRM. Kalau tidak.. lue fikirlah sendiri.  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...