Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 27 Januari 2013

Festival Bakar Bible Batal.

Aku takmo ejek. Jauh sekali nak provoke. Aku ucapkan terima kasih sebab batalkan niat korang. Takde guna nya kita marahkan kristian dalam soal akidah umat islam. Kita sebagai muslim kena belajar cermin diri, cermin kesilapan kita, di mana salah silap kita.. dan repair. Bukan pergi salahkan penganut lain bila kita sendiri tersasar dari landasan sebenar islam beb.

Ada sesetengah perkara memang kalau kita perhalusi kita tengok non muslim langsung taknak tolerate dengan muslim. Tetapi kedegilan mereka kita tak boleh banyak soal kalau dalam sesetengah perkara kita sendiri abaikan tuntutan Allah.

Kedegilan mereka boleh jadi ujian Allah kepada kita. Kita sendiri abaikan Allah, apa kita nak harapkan lebih2?

Tepuk dada, tanya akal, tanya tangan dan kaki kita sejauh mana kita nak pergi salahkan umat bukan islam di atas setiap dosa yang kita sendiri sengaja lakukan tanpa paksaan orang bukan islam? 

Untuk itu, mari kita umat islam belajar muhasabah diri. Ingat, beralah, bukan semestinya kita kalah. 

Acara membakar bible yang didakwa akan berlangsung pada jam 10 pagi di Butterworth, Pulau Pinang hari ini didapati tidak berlaku seperti digembar-gemburkan.

burn bible event at dewan ahmad badawi 270113Wartawan hadir ke Dewan Datuk Ahmad Badawi – tempat acara itu didakwa akan dilangsungkan – sejak jam 9.30 pagi dan mendapati ia dikawal beberapa orang anggota polis.

Setengah jam kemudian, seorang pegawai polis membertahu wartawan bahawa ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi akan mengadakan satu sidang media.

"Sah, tak jadi (acara bakar Bible)," kata pegawai tersebut yang meminta wartawan menuju balai polis Butterworth untuk sidang media berkenaan.

Abdul Rahim dalam sidang medianya selepas itu berkata beliau bersyukur kerana acara berkenaan tidak berlaku pada hari ini.

Katanya beliau berterima kasih, terutama kepada masyarakat Islam Melayu kerana tidak menyertai acara berkenaan.

"Sebagai (ketua polis negeri) yang bertanggungjawab ke atas keselamatan di sini, saya menggesa semua pihat agar tidak membangkita isu keagamaan dan kebudayaan yang boleh menjejaskan keharmonian negara," katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...