Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 7 Disember 2012

Hot : Luahan Sultan Selangor Yang Sedih - Dan ini jawapan kepada Sultan Selangor.

Aku half selangorian. Kira tertakluk juga la dengan luahan kat bawah neh. Oke nanti saya berikan pendapat saya ek sultan. Sebelum tue saya nak ajak kekawan baca dulu luahan sultan kat bawah neh sat ;




Memandangkan hari pengundian semakin hampir, baginda Sultan mendapati dirinya menjadi mangsa dalam percubaan mengheret nama baginda ke medan politik.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda sedih apabila baginda telah menjadi sasaran kumpulan dan individu yang sengaja memutar-belitkan kata-kata dan tindakan baginda dengan membayangkan sebahagiannya terarah kepada Umno.
"Mengapa beta? Beta tidak mendapat apa-apa manfaat dengan menyebelahi Umno, PKR atau mana-mana parti," titah baginda. "Apa yang telah Umno berikan kepada beta?
"Mereka meletakkan jenama Umno kepada beta, buktikannya. Tunjukkan kepada beta bila beta cenderung untuk bersama dengan Umno. Jangan membuta tuli menuduh beta perkara yang beta tidak salah. Beta tidak mempunyai agenda politik.
"Sebagai ketua negeri, beta berada di atas politik. Mari kita sama-sama jelas tentang perkara ini," titah baginda, lantang.
Sultan Sharafuddin bertitah, kini baginda menggunakan berhati-hati apabila memberikan ucapan, tetapi bertitah bahawa baginda akan bercakap mengenai isu-isu yang menjejaskan Islam dan kebajikan dan keharmonian rakyat.
Dalam satu wawancara dengan The Star, Sultan bertitah baginda akan kekal konsisten menentang penggunaan masjid untuk tujuan politik di Selangor, dengan bertitah: "Politik dan agama tidak sepatutnya dicampur."
Baginda bertitah politik adalah di luar masjid. "Ini adalah tempat yang suci untuk mencari ketenangan rohani dan bukan untuk menyemai kebencian di kalangan saudara-saudara seseorang."
Sultan juga mendedahkan terdapat cubaan oleh ahli-ahli politik tertentu untuk mengubah landskap di Shah Alam, ibu negeri Selangor.
"Terdapat satu langkah oleh wakil rakyat untuk menamakan Shah Alam sebagai Bandar Islamik Selangor. Kemudian, terdapat ahli-ahli politik lain cuba untuk mengharamkan pawagam di pusat beli-belah kerana mereka tidak bermoral, lupa bahawa kita hidup dalam sebuah negara yang berbilang kaum.
"Kemudian, ada wakil rakyat yang lain yang mencadangkan supaya gerbang dibina di Little India di Klang.
"Beta tidak suka apa-apa idea penjenamaan semula Shah Alam. Di kemudian hari, seseorang mungkin mahu Petaling Jaya diisytiharkan sebagai 'China Town' di Selangor.
"Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada Selangor dan kita sudah mempunyai China Town di Petaling Street dan Little India di Brickfields, ini sudah cukup.
"Apa lagi seterusnya? Mengadakan 'Little Bangladesh' apabila orang lain mencadangkannya? Beta tidak suka rakyat dipisahkan mengikut kumpulan."
Sultan Sharafuddin bertitah baginda terpaksa campur tangan di dalam kes-kes di mana gangguan ahli politik tertentu 'menjejaskan keharmonian rakyat.
Sultan Sharafuddin bertitah demografi Shah Alam telah berubah secara drastik kerana pembangunan di Kuala Lumpur telah bertukar.
"Tugas utama beta ialah untuk menjaga rakyat beta," titah baginda. "Beta tidak terkeluar daripada garisan dan beta tidak mahu nama beta disalahgunakan."
Sultan bertitah baginda sentiasa mengalu-alukan maklum balas daripada rakyat, tetapi ini perlu disalurkan dengan sewajarnya.
"Rakyat beta boleh menulis kepada beta melalui istana," Sultan bertitah.
"Jangan gunakan blog untuk menyebarkan kebencian terhadap beta. Jika beta telah melakukan kesalahan, beritahu beta, tetapi menggunakan saluran yang betul. " -MSTAR-

Protokol.

Protokol itu menyakitkan rakyat le tuanku. Kita tiada jaminan bahkan kita tidak yakin sejauh mana penulisan kita akan sampai kepada sultan selangor. Maka blog itu at least relevant. Tak sampai kepada tuanku tetapi sampai kepada orang lain. Dapat juga bertukar pendapat dan mengumpul pandangan.

Apa pun jika sungguh tuanku bukan jenis umno tuanku la kena buktikan. Sejujurnya kalau sultan selangor tanya saya, maka saya emmmmmm errrrr bukan meh? Sebab itulah yang saya rasa sejak tahu apa itu politik.

Setiap kali ada apa2 isu di selangor yang melibatkan pr vs bn kenapa tuanku dilihat seperti menyebelahi bn? Walaupun bukan pro umno tetapi jika asyik keluarkan statement senada dengan umno macam mana kita tak anggap tuanku = umno = satu geng?

Lepas tue asyik2 nak menyindir dan mempersoalkan keputusan kerajaan negeri. Then kerajaan negeri diperlihatkan seolah2 manusia yang derhaka. Jadi salah ka anggapan kita bila kita diperlihatkan dengan perbuatan2 sultan selangor yang kerap bekap umno?

Maybe la.. maybe la kebetulan sultan selangor punya pendapat yang serupa dengan umno. Tapi bila pendapat2 itu tidak senada dengan rakyat majoriti, bagaimana pula sultan boleh menganggap diri sultan menjaga kepentingan rakyat?

Bukan sultan je reti sedih oke. Rakyat pun reti sedih bila tak faham apa peranan sultan yang sampai kita tengok eh boleh pula bn berbuat sesuka ahti seolah2 sultan pun bawah dorang. So nak salahkan sapa? Takan ini pun rakyat gak yang salah?

Begini la sultan. Jika ini berkenaan anak sultan, yelah maybe itu sesuatu yang sultan kena ubah la juga. Tapi itu bab lain. Sekarang bab yang direct melibatkan kami sebagai rakyat dan anda sebagai sultan ialah bab pentadbiran. BN tue zalim dan sultan kena bantu tumbangkan kerajaan yang zalim. Sultan juga kena buka akaun facebook, twitter. Jom kita chatting dan bertukar2 pendapat. 

Takyah guna surat2 dah. Zaman di mana teknologi menguasai dunia, maklumat di hujung jari, astro pun buat kempen selamatkan pokok don't waste paper anymore, takan sultan nak suruh kita tulis2 surat macam zaman dulu? Kena la adapt dengan suasana terkini. Baru la tak dikatakan old-fashioned. 

Idea pertama saya kepada sultan ialah buka akaun twitter. Dan buat page facebook. Percayalah ada ramai di luar sana yang nak bercakap macam2 hal kepada sultan. Nak mengadu macam2 masalah. Dan nak luahkan macam2 perkara. Bila sultan baca nanti sultan akan faham kenapa kami bertindak seperti ini. Buat permulaan jangan hukum dan nilai kami sebaliknya belajar kenali kami. Boleh?

Datuk Megat, mana gambar kuali periuk belanga?

Bak sini.

Lue orang ada baling kelapa kan? Dan kita orang ada snap gambar kelapa sebagai bukti. Bahkan kita orang ada gambar seorang lelaki yang menunjukkan badan nya yang luka/lebam akibat dilempar kelapa oleh pemuda umno.

Rujuk sini.



Gambar batu pun kita orang ada. Rujuk sini.

Semua objek yang kami katakan telah dibaling kepada kami, kami snap gambar sebagai bukti untuk tujuan sebaran. Sekarang apa bukti lue ada kami baling lue batu dan baling lue kuali? Lue ada snap gambar? Takdak. Lue ada sebarkan bukti? Eh, takdak juga. Apa yang lue buat?

Pongpang2 dalam media umno.

Pongpang2 depan tv3.

Tapi tak pongpang2 dengan tunjuk bukti. Orang lain pongpang2 sambil tunjuk bukti. Lue pongpang2 je tapi takde bukti. So antara pongpang2 dengan ada bukti dan pongpang2 takde bukti, jika lue tanya akal lue sendiri, akal lue sendiri pun akan memilih pongpang2 dengan buktila lebih berkredibel untuk dipercayai.

Statement menegakkan benang basah oleh datuk megat kat bawah neh bila dia sedar orang2 bn sendiri serang dia.. pfttt ;


1. Ceramah itu diadakan betul2 di bilik gerakan lue. <-- So?

2. Kenapa mesti diadakan ceramah di depan bilik gerakan tue. <-- Punya pasal la. Yang penting bukan dalam bilik gerakan itu sendiri dah cukupla.

3. Ceramah tue diadakan di tempat kecik. <-- Itu pun nak persoalkan ke?

4. Provokasi2 di lakukan oleh pihak pakatan. <-- Bukti ada?

5. Sehingga mencederakan ahli pemuda saya dan mendapat 9 jahit. <-- Jangan2 member sendiri lempar batu sehingga terkena member sendiri.

6. Lue berjaya mengawal ahli2 lue sehingga ceramah selesai. <-- Pale hotak lue. FRU dan PDRM hadir tue kenapa?

7. Lue berkumpul hanya ingin menyatakan rasa tidak puas ahti dengan penduduk setempat terhadap dsai yang hadir di situ. <-- Bukan kah kata sebab ada program?

8. Lue nyatakan bantahan secara aman bersama penduduk setempat disitu. <-- Aman hapanya sampai ada orang kena tikam dengan puak lue?

9. Penyokong pr telah lemparkan segala objek ke arah penduduk umno gombak dan penduduk setempat di kawasan itu. <-- Apa bukti?

10. Saya rasa dan yakin dsai berceramah dengan niat untuk memburuk2kan pemimpin kami. <-- Owh yakin dan ikut rasa je. Belum dengar ceramah dah yakin apa bagai. Maksudnya serangan neh berlaku di atas rasa keyakinan lue je la.

11. Dsai adakan ceramah di tempat kami, bukan di tempat mereka. <-- Kat mana2 tempat pun bukan tempat lue. Dan bn dan pr boleh bebas berceramah di mana2 tempat pun. Lain la dalam rumah lue. Boleh la lue nak marah apa seme.

12. Lue mengetuai program umno tetapi tidak mengetuai provokasi terhadap pakatan.<-- Yelah, lepas wujud provokasi lue lari kan? Nak ketuai macam mana?

kah kah kah 

13. Kejadian malam tue tak disangka2. <-- Puak lue siap bawa banner tolak dsai lagi tue. Baik punya kebetulannya. Gamaknya banner tue datang dari langit ke apa? Pftt.



14. Bila dsai mula lemparkan fitnah ke atas pemimpin kami.. kami mula berdiri tanpa sebarang objek.. <-- Aku tengok dalam video pertama.. orang lain yang berucap atas pentas tapi puak2 umno dah pergi serang ceramah orang. Korang sure ka kenal muka dsai macam mana? G tengok banner yang lue orang buat sendiri kat atas tue oke.

kah kah kah

15. Kejadian tue bermula bila ada penyokong pr meluru ke arah kami.. kami cuba tolak dia cara baik tetapi lebih ramai yang hadir kepada kami.. <-- Lue pergi tolak dia buat apa? Dia datang mungkin nak cakap sesuatu kat lue. Belum bercakap dah lue tolak dia. 

Tah2 dia nak ajak bincang ke nak tanya ke apa ke terus kena tolak ngan puak lue.. oleh kerana lue dah mengaku dengan jelas bahawa puak2 lue tolak seorang penyokong pr yang mai kepada lue [tah apa tujuan nya pun aku kurang pasti] maka terbuktilah puak2 lue memang kaki samseng dan kaki pukul orang.

Hanya orang bodoh je tolak orang yang datang ke arah kita tanpa senjata.   

Idea gua.

Gua cadangkan lue bagi bukti video dari sudut lue untuk membuktikan kebenaran kata2 lue. Tunjukkan juga gambar kuali apa jadah seme tue. Berbagai2 objek dilemparkan? Oke takde hal tapi tunjukkan bukti berbagai2 objek yang dilemparkan tue juga. Snap gambar. Apa? Tak snap gambar?

Takan la memasing takde handphone? Handphone sekarang seme dilengkapi dengan kamera beb. Mesti boleh snap punya. Punyalah 1,000 orang yang hadir nyatakan bantahan kepada kehadiran dsai [menurut kenyataan datuk megat le kan pftt] takan 1,000 orang yang mai tue tak bawa handphone dan tak terfikir nak snap bahan bukti or even rakamkan sesuatu?

Adakah lue tak dapat nak snap sebab bahan yang nak di snap tue tak wujud? 

kah kah kah

Takpe. Yang penting lue ada gambar bawah neh. Gambar bawah neh lue boleh buat banner untuk raih simpati.

  
Buat poster sekali. Nak lebih dramatik gua cadangkan lue buat titisan darah. Setakat buka balutan dan usap2 luka gua ingat takde dramatik mana. Lepas tue dok zoom kat luka di dahi tue gua ingat orang nak makan pun terus mati selera. Tak menarik tue der.

Lepas tue lue kena tambahkan luka2 yang wujud di badan Faizaruddin. Pasal apa pemuda bn yang terkena serangan kan ramai. Lue kata bukan gua yang kata oke. Tapi yang wujud dan popular cuma satu je si faizaruddin neh. So untuk menimbulkan elemen ramai tue elokla luka2 di badan faizaruddin di tokok tambah. Kalau boleh filemkan dan dramakan isu di atas. 

Pastikan PR ditampilkan sebagai penjahat no 1 di dunia ini. Mesti meletup siot drama tue nanti.

kah kah kah

Papa gomo tak mengaku dia pemilik blog papa gomo..


Mengaku je la.

APA sampai kena waran tangkap disebabkan ko. Pasal ko orang lain jadi mangsa. Rujuk sini. Selain dari APA, dipercayai sepupu ko juga akan tampil menjadi saksi dan membantu siasatan dalam kes Husam Musa saman blogger papa gomo atas artikel menfitnah husam musa dalam satu penulisan.

Sekarang neh papa gomo bersikap pengecut dan dayus. Takde la orang heran sangat nak saman dia. Tapi dia yang beria2 cabar orang saman le saman le. Sikit2 lepas fitnah orang cabar orang suruh saman. Lepas fitnah cabar lagi suruh saman. Dulu kemain berlagak + riak + ego + cakap besar konon nya dsai suka tangguh kes mahkamah.

Last2 apa yang dia kutuk2kan kat pemimpin yang dia benci sangatkan tue, dia buat sendiri. Kali neh dia plak tak henti2 tangguh kes dan mohon peguam dia pastikan tiada sesiapa boleh mengaitkan dia sebagai pemilik kepada blog papa gomo bagi mematikan kes saman tersebut.

Tapi lue dah silap besar la. Kalau dah sampai sepupu lue tampil sebagai saksi memang jelas la apa yang lue tulis menguriskan perasaan sedara mara lue sendiri. Family gua pun banyak yang sokong bn. Anak sedara ada, bapa sedara ada, pakcik sedara ada, suami kepada anak sedara yang juga kawan baik gua time sekolah pun ada... rileks je gua kutuk2 bn dalam blog walaupun dorang tahu gua sapa. 

Tapi dorang takde sakit ahti apa pun pasal gua tulis benda betul. Kalau benda fitnah macam lue memang la sampai sesama family pun bergadoh beb. Oleh kerana lue sendiri yang menentukan cara lue menulis memang bertujuan untuk cari gaduh maka itula yang lue dapat. Lue dapat setelah lue sendiri pergi ke arah itu dalam erti kata lain Allah swt perkenankan aje kehendak ahti lue.

Apa pun gua nasihatkan lue mengaku je la. Lue tak boleh nak lari dah. Pasal sebelum husam proceed kes neh memang dia telah bersungguh mencari saksi bagi menyabitkan lue dalam kes saman ini. Supaya apa yang berlaku pada RBF tidak berlaku lagi dalam kes tuntutan saman ke atas lue.

Pada sangkaan gua blogger no 1 bn mestilah blogger yang berani + hebat + perkasa + tak gentar. Tapi nampaknya sangkaan gua meleset sama sekali. Lue bukan sahaja tak berani bahkan lebih pengecut dari individu yang lue tuduh2 pengecut tue. Hanya orang pengecut je tak berani mengaku gambar yang tersebar di internet tue gambar dia sendiri dan blog yang dia tulis tue blog dia sendiri.

kah kah kah

MEMALUKAN!

Baca lagi disini.

Khamis, 6 Disember 2012

Wajah suspect yang menikam penyokong PR disebarkan.


Jom2.

Guna facebook. Guna blog. Guna twitter. Guna youtube. Gunakan seme medium yang wujud untuk jejak individu di atas bagi membantu siasatan. Kalau sesiapa yang kenal individu di atas juga, kita mohon berikan info dan maklumat. Rileks arh. Kita bukan tuduh2 oke. Kita letak as suspect means suspect la.

Kat bawah plak video yang dimaksudkan mengenai kejadian ini. Penyokong2 PR sibuk nak rakam. Nak tahu kenapa? Sebab sibuk nak kumpul bukti untuk didedahkan. So ini membuktikan pemikiran dorang terarah nak cari si pencetus provokasi dan merakamkan kejadian provokasi.

Bahkan kelihatan juga petugas2 PR dan penyokong2 PR cuba menghentikan provokasi dan menghalang serta menasihati penyokong2 kedua2 belah pihak bertenang. Walaupun yang sebenarnya penyokong2 bn je yang terlihat over-reacted. Pfttttt

Penyokong bn?

Owh dorang tak sibuk nak rakam. Lue cuba fikir. Lue buat jahat. Lue merompak bank. Lepas tue lue pergi rakam jenayah lue. Cerdik tak otak lue? Cerdik la kalau lue nak masuk penjara kan.

kah kah kah

Jangan lupa sebarkan oke. Kita nak menyiasat individu mana yang tegar tikam2 orang neh. Biasa dia. Orang guna pisau untuk potong2 bahan masakan , dia guna pisau untuk tikam orang. Bodoh nak mampos.  

Sumber video dari sini.



Nik Aziz baring dikata Mati.

Kurang ajar.

Babi betul. Eh, gua termaki pula. Sorry der. Maafkan aku ek. Babi la lue. Maafkan aku balik der. Termaki kali kedua plak. Tolong maafkan aku. Najib minta maaf korang maafkan. Tak baik tak maafkan sesama umat islam. Nabi saw pun ampunkan umat. Apatah lagi korang kan?

Lue memang babi. Dan sekali lagi gua minta maaf. Oke?

kah kah kah

Korang tahu tak dulu aku pernah jadi admin page IPS? Page kat bawah neh hah ;





Meh aku buka citer sket. Page IPS neh page yang wujud dulu sebelum KBSB. Masa tue ada IPS dan ada page APC. APC memang cam celaka. Aku buat 3 akaun, 3 akaun aku kena ban. Aku masuk cara baik nak berhujah je pun. Admin dia takley terima. Tetap ban.

** Gua dah tahu sapa ban gua. Hehe. Rahsia lue gua pegang oke APC. 

Pendek kata kalau dia tahu amenoworld di sebalik account tue dia akan ban. Amenoworld tak boleh wujud dan komen kat page tue. Memang bangang dowh. Tapi puas juga kena main dengan KBSB selama neh. Padan muka.

kah kah kah

Masa tue creator IPS buat page IPS. Katanya kita nak kan politik matang. Ada banyak admin kat page IPS. Ada juga pr dan bn. Mostly orang bn jek banyak aku tengok. Aku tengok cam aku sorang je pr masa tue. Lepas tue masuk lagi sorang. Sapa tah. BB kot? Aku tak ingat benda dah lama beb.

Last2 aku kena tendang dari IPS. Bukan sekali. Tapi 3 kali. Kali pertama admin dia tendang pasal gua sound dan berhujah dengan admin lain kat situ. Kali kedua eh atas sebab yang sama. Kali ketiga pun sama. Juga gua berhujah dengan admin atas posting yang admin lain update. 

Cuba korang fikir.

Kalau ada admin umno sebarkan benda palsu so apa ko nak buat? Hihi haha je ke apa? Oleh kerana aku admin page tue dan aku nampak benda tue so aku berhujah la. Sepatutnya creator dia berlapang dada pasal ko jemput aku jadi admin di saat ko tahu pendirian aku apa kan?

Nasib baik aku tak delete posting. AKu gentle je berhujah. Dikatakan admin vs admin pula. Habis tue dah ko terang2 tulis admin kat page tue datang dari pelbagai pendirian politik [time tue], so fans mesti faham juga.

Lagipun aku komen apa seme aku gentle letak nama. Bukan tak letak nama macam lue orang. Gentle update tapi takut kena kritik.  Dah la posting2 gua asyik kena remove jek dari mana2 admin tah. Lepas tue kalau aku update je lepas 5 minit admin bn akan beria2 update utk turunkan posting gua.

Kena buli siot aku dengan orang2 umno kat page IPS. Cam gampang

kah kah kah

Sepatutnya la kan..   

Kalau tak suka maka jangan jemput. 

Bila dah jemput kena terima la pendirian aku memang aku tak bagi muka kalau lue orang merepek pasal benda tak betul. Generalnya aku tak peduli jika ia pr or bn. Aku pentingkan isi cerita jek.

Kebetulannya ketika itu admin pro bn memang suka merepek dan melalut. So gua pun tembak la.  Last2 gua kena tendang. Lepas tue kena ban. Hak eney. Gua ada banyak page kat fb. Tak pernah lagi gua ban orang yang maki gua ke berbeza pendapat dengan gua ke apa ke. Lantak lue orang la. 

Pendapat lue pendapat lue, pendapat gua pendapat gua. Hormat sudah. Perbezaan itu normal beb. Kita gadoh bagai nak rak pun buat apa, esok lusa jumpa balik gak kat mana2 tah masa tue hahh ko ke admin yang aku maki hari tue? Takan nak sambung gadoh kat dunia realiti plak der?

Kesimpulan nya kat sini aku nak bagitau. Admin IPS semakin bodoh. Dulu pun bodoh juga tetapi sejak dorang tendang aku dari page tue dorang lebih bodoh dari bodoh yang sedia ada. Buktinya? Lue orang tengokla sendiri update terbaru dari admin IPS kat atas. Kesian. Itulah balasan bila tendang orang cerdik dari page lue. Kan lue dah jadi bodoh infiniti.

kah kah kah 

Isu serangan di Gombak - Ini orang GOMBAK punya cerita !

Sepanjang ingatan aku yang bermastautin kat area sini, sudah beberapa kali Pakatan buat ceramah kat masjid Zakaria tu, takde hal pun..

Cawangan Umno yang depan masjid Zakaria pun adalah sekali dua buat ceramah kelompok panggil tokoh-tokoh sendu ex-Pakatan, tapi biasalah kerusi lagi ramai dari pendengar.

Semuanya berlaku tanpa sebarang kekecohan..yang terdekat, kat Sungai Chinchin pun Pakatan biasa buat ceramah, takde kecoh pun..

Punca kecohnya satu je, sebab first time Anwar turun situ..tu yang habis menggeletar jadi paranoid..sebab kalau nak kira Anwar turun Gombak, kat area Gombak ni banyak kali dah Anwar turun, kat AU, kat Pinggiran, tapi tak kecoh pun..

Kenapa bila Anwar turun kat kawasan kampung (benteng pertahanan terakhir Umno), Umno jadi takut? Sebab kawasan kampung ni jelah harapan terakhir Umno untuk spin orang2 kampung..

Tapi PAS/PKR pun pandai, ceramah kat kampung dah pakai power point dah, terkedu orang kampung..

Kalau Pakatan berceramah mestilah isinya menentang Umno, takkan nak bagi puji-pujian kat Umno pulak, kenapa paranoid?

Dan yang hadir semalam pun bukan orang kampung je, orang-orang UIA, UniKl pun ramai, diorang boleh tengok macam mana hodohnya perangai Umno..

Ada ke "kami tak provok cuma kami buat bantahan aman", tapi ko tau ceramah tengah berjalan, yang ko berdiri tepi jalan sambil menjerit apa pasal? Itu provoklah namanya.

Sepanjang pemerhatian aku, Umno Gombak khususnya DUN Gombak Setia sudah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat, mereka tiada kekuatan..nak harap BR1M sekali hari tu jelah, lepas tu orang lupa (ni tahun depan ni start baliklah).

Kalau nak kira Umno DUN Hulu Kelang dah lama bungkus sebab orang sana cerdik-cerdik belaka, Umno DUN Batu Caves pulak macam tak berfungsi sebab kat situ MIC yang bertanding.

Kot nak mengharap kat Gombak Setia ni ialah saki-baki Melayu perkampungan dari Batu 6 sampai ke batu entah berapa belas sampai ke perkampungan Orang Asli tu..itu pun tak ramai, sebab orang-orang cerdik pun ramai kat sini..

Umno Gombak Setia cuma bernafas sekejap bila Hasan Ali kata "saya ada phd kena pecat dari PAS", yang tu siap semua banner Hasan Ali digantung kat pejabat Umno..tapi sekejap jela.

Ni dah masuk setahun kena pecat muka Hasan Ali pun dah tak nampak kat Gombak Setia..dan orang Gombak Setia pun tak rasa kehilangan dia sebab selama ni pun dia sibuk kat Shah Alam, maklumlah, bak kata dia "sultan nak jumpa, mufti nak jumpa"

Bab banjir, sepanjang ingatan aku jugak, kawasan area masjid Zakaria tu mana pernah banjir, walau selebat mana pun hujan..yg pernah banjir pun kawasan Batu 10 dekat apartmen UIA, tapi tak kena penempatan penduduk.

Itu berpunca dari mereka yg mendirikan gerai betul-betul kat tebing sungai (kalau ikutkan, tebing sungai ialah tanah rizab yg tak boleh diusik), tapi kalau sodok kesianlah pulak.

Mungkin aku silap, tapi sebagai pemastautin kat area-area situ, nak jugaklah tau, banjirnya celah mana?

Satu lagi anak Omardin ni, toksah nak menipu la..dia ada kat tempat kejadian tapi dia tak nak bertanggungjawab atas apa yang juak-juak dia buat..bosanlah Pemuda Umno macam ni, macam mana aku nak sokong?

Buat ceramah tak laku, orang ceramah ko nak ganggu..

Catatan oleh Mohamed Hadi Al-Majwi, 06 Dis 2012

Sumber : sini

Jika apa yang diceritakan oleh rakan kita di atas adalah perkara benar itu bermakna selepas neh PR kena lebih kerap turun ke kawasan kampung2. Oleh kerana berita tv takan siarkan citer mengenai pembangkang maka kita sendiri la pergi mengadap depa dan bercerita apa sebenarnya yang terjadi. 

Bagi aku orang yang taknak undi pembangkang neh ialah jenis pengecut. Takut. Dayus pun ada juga. Dia sanggup meletakkan masa depan dia ke atas bn padahal masa depan kita ialah di atas tangan kita sendiri dengan menjadi bijak dalam membuat pilihan ketika mengundi.

Jika kita bermain tarik tali dengan pemimpin, baik bn dan pr mereka akan buat kerja dengan cekap sebab apa? Sebab dorang tahu rakyat tak mudah diperbodohkan. Punca pemimpin bn bermaharajalela di malaysia neh bukan la sebab dorang bijak sangat tetapi kebetulannya rakyat yang bodoh tue masih wujud disini.

kah kah kah

Rabu, 5 Disember 2012

Ini la pemuda umno yang buat lawak kat buletin utama tadi.

Kelakar.

Tolong maafkan aku. Individu ataupun penyokong umno yang bakal aku gelakkan tue. Tolong maafkan aku. Aku bukan nak gelakkan ko sangat tapi ko siyes buat lawak kat tv3 tadi beb. Aku tak silap bila aku cakap ko pasti muncul di tv3 malam neh. Rujuk sini artikel aku sebelumnya.

Aku ada minta ko bercakap benar. Tapi apa yang berlaku sebentar tadi, usah kata bercakap benar bahkan ko siap buat drama swasta lagi. Kemon la. Dengan darah di dahi? 

kah kah kah

Siyes. Benda tue yang buat aku gelak terbahak2 tadi. Nasib la aku sempat amek handphone untuk snap gambar ko. Dapat sipi2 pun jadi la asalkan ada bukti. Sepanjang masa ko bercakap = start ko muncul di tv, belum lagi aku dengar suara ko aku dah gelak terbahak2. Nak tahu kenapa?

Lihat bawah ;


Malam ketika serangan dia boleh pakai pembalut luka. Nak tutup luka. Tup2 hari neh muncul kat tv3, sanggup ko tanggaL pembalut luka. Yang aku pelik benda tue siap berdarah2 lagi. Aik? Nak tunjuk kat orang ramai ke? Nak dapatkan simpati ke apa? Owh oke. Maybe ada orang simpati kat ko. Tapi bagi aku.. pfttttt kelakar bhaiiii


kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah kah

Jangan salah faham der. Aku tak gelakkan kecederaan seriyus ko tue. Walaupun aku heran korang asyik claimed ramai yang cedera tapi tue la.. asyik muka ko jek kan yang terpampang kat mana mana..

kah kah kah 

Aku kesian kan juga atas pendarahan seriyus kat dahi ko tue. Tapi aku cuma gelakkan perbuatan ko tue je. Boleh pula tanggal pembalut luka semata2 nak raih simpati kat tv. Kelakar tue der. Aku start nampak muka ko kat tv tadi.. lepas tue dengan darah kat dahi.. aku terus tergelak terbahak2. Aku pun antara dengar tak dengar apa benda yang ko merepek. Yang aku tahu masa tue gelak lebih bagus dari mendengar kata2 ko.

kah kah kah

Bagi aku ko berhak pertahankan diri ko jika ko dicederakan oleh orang pr. Tapi di youtube ko cakap kita pergi ke ceramah dsai.. duduk ramai2 kat tempat ceramah. Di tv3 tak silap aku ko cakap ko buat program dan ko kat belakang. Tue pun boleh kena.. tapi di youtube ko sendiri mengaku ko ke depan tempat ceramah dsai dengan rakan2 bn. 

Apa citer neh der? Dah tukar ke apa? Ingat lue tanggal pembalut luka gua tak boleh cam lue ke apa? Sorry la.. gua boleh cam lue la der. Video siang tadi gua tonton sampai 10 kali sebab kelakar punya pasal. Jangan marah ek. Jangan mengadu domba kat tv3 plak pas neh oke?

kah kah kah

Video dan gambar penyokong BN kena serang pula tersebar.

Wow.

Lelaki ini ialah penyokong bn. Lelaki ini mendakwa penyokong pr baling batu kat dia. Jap. Korang tengok gambar dia sat.



Lelaki ini mendakwa tetiba2 je ada orang baling batu kat dia. Kalau korang baca di wall penyokong bn dorang cakap provokasi dicetuskan oleh orang pr. Tetapi jangan nak temberang la. Lelaki di atas dah menafikan kata2 pembohongan korang. Padan muka beb.

Konon nak menipu. Last2 member sendiri kantoikan.

kah kah kah

Lihat video kat bawah neh sat ;



Apa yang penyokong umno di atas nyatakan ;

1. Mereka berkumpul di kawasan ceramah PR.. untuk melihat apa yang berlaku. <== perbuatan yang menimbulkan provokasi awal sehingga meleret kepada pertelingkahan di akui sendiri oleh penyokong umno.


2. Mereka kata mereka ada buat program juga. Tapi bila dsai datang, dorang berkumpul untuk melihat suasana..

3. Lepas tue dalam suasana kelam kabut.. tetiba ada batu..

4. Saya dengar ada 2,3 orang yang kena... tapi tak seriyus la.. memang ramai yang kena batu..

Jap.

Lue ada program. Tapi lue tak proceed program lue. Lue tetiba pergi menyemak program orang lain. Maknanya program lue tak penting la kan? Kalau penting apasal lue tinggalkan program lue dan lue pergi menyemak kat program orang lain? Hehe.

Lepas tue dalam keadaan yang kelam kabut.. ada batu terkena kat kepala lue. Keadaan kelam kabut? Worr.. lue kata nak lue p tengok suasana je. So sepatutnya keadaan tue aman damai. 

Tapi kenapa pula kelam kabut der? Aku turun banyak dah program2 ceramah pr. Memang kalau setakat orang bn nak mai dengar ceramah, dorang memang alu2kan la. Pintu terbuka orang kata. Kalau mai provoke dorang akan buat benteng.

Dan biasa bila buat benteng tue la orang2 umno suka jadi panas. Alasan buat benteng tue sebab nak melindungi keselamatan orang2 pr dan bn juga. Jadi ini membuktikan bahawa suasana memang aman sehingga la lue orang sendiri yang kelam kabutkan keadaan ceramah di gombak malam tadi.

Saya dengar ada 2,3 orang kena batu tapi tak berapa seriyus arh.... lepas tue ramai plak yang kena batu. Der. Ramai ke atau 2,3 orang? Cuba la bagi komen tanpa melakukan pembohongan. Boleh tak?

Apa pun jika seriyus yang baling batu tue dari puak pr aku nasihatkan jangan buat benda bodoh. Biar je penyokong2 bn nak buat keganasan. Dorang akan rugi akhirnya. Dan kepada penyokong bn yang cedera, lue cedera itu satu hal.

Tapi lue jangan nak reka citer plak. Gua faham lue sakit tapi jangan gunakan alasan tue untuk melakukan penipuan depan tv3 malam tadi. Gua percaya lue mesti masuk tv punyalah malam kang. Citer yang benar sudah. Kalau lue berani le.

Lagi satu video dari side bn mengenai insiden malam tadi ;

 

Apa yang Datuk Megat Zulkarnain sebutkan di atas ;

1. UMNO ada program sendiri.. program taklimat pilihanraya.. kita buat di cawangan dan dalam masa yang sama bertentangan dengan program pr. Tak alu2kan dsai datang ke situ. Dan ceramah tersebut takde permit polis.

2. Datuk megat cakap dsai takde sokongan. Berceramah tempat kecik. Rakyat dah mula menyampah dan bosan dengan pr. Rakyat nak dengar apa yang boleh dibuat kepada rakyat. Bukan janji palsu. Bukan dogengan.

3. Provokasi awal dan serangan dicetuskan oleh penyokong pr.

4. Ucapan dsai berkisar pasal fitnah. Mengadu domba pemikiran rakyat di kampung tradisi. 

Jawapan.

Ko ada program sendiri ek? Oke. Orang yang ada program sendiri agak2nya dan tak nak buat banner kat bawah neh?



Faham tak?  Takpe. Meh aku ulang balik soalan aku. 

Ko ada program ko sendiri kan? Oke. Bagusla. PR mulakan provokasi kan? Oke. Aku anggap je la ko bercakap benar [pfftt]. Jadi banner di atas yang menulis kami warga kampung tradisi gombak balbalbala... menolak anwar ibrahim..blablabla.. tue buatnya bila datuk?

5 minit selepas penyokong2 pr cetuskan provokasi ek?

Ataupun 5 minit selepas program taklimat datuk tamat?

Ataupun 5 minit selepas penyokong bn berdarah dibaling batu?

Heh.

Ada program sendiri. Hadir disitu sebab ada program sendiri. Tapi sempat buat banner untuk kutuk program orang lain? Kelakar bhai, penafian lue. Nasib baik gua jenis teliti hujah lue. Buatnya gua terima bulat2 jadi la gua penyokong umno yang bebal.

Provokasi awalnya datang dari pr? Aik. Lue yang berkumpul depan tapak ceramah orang. Dan itupun orang lue sendiri mengaku. Lue yang menjerit2 macam hapa. Siap ada wanita dok menjerit2 di awal video di atas.. lue kata pr plak yang cetuskan provokasi? Kelakar la you all neh. Buat i tergelak je tau.

kah kah kah 

Jika dsai takde sokongan, takde kepercayaan orang ramai, lue akan serang dia kah? Contoh mudah. Lue buat ceramah. Tapi ceramah lue 2,3 kerat je yang hadir. Agak2 lue, lue akan serang tak ceramah orang yang takde orang nak dengar ceramah nya?

Gua ingat lue sendiri pun akan fikir sejuta kali. Buang masa je kot serang ceramah tak laku. Bukan kontroversi pun. Dapat penat dengan kutuk je. Setakat 3 orang dan kerusi je yang ada, apa bestnya serang ceramah seperti ini?

So lue faham kan gua nak sampaikan apa neh?

Tempat kecik ka tempat besar ka tempat sedang ka tempat begitu ka begini ka asalkan ia tempat asalkan ia boleh berceramah takde hal kat mana2 pun dsai nak masuk berceramah. Yang penting bukan jumlah / kuantiti / bilangan penduduk yang wujud disitu. 

Tetapi sejauh mana kempen kita boleh sampai kepada rakyat. Jika perlu masuk lubuk, masuk. Walaupun mungkin tak sampai seratus orang tinggal kat situ sekalipun asalkan kempen kita sampai kepada sasaran, kita kena pergi. Satu undi membawa perubahan besar. Apatah lagi seratus undi.

Jika bn rasa alamak aiiii tempat kecik pun dsai sibuk nak masuk. Confirm takde sokongan. Takpela. Lue bebas persendakan dan perkecikkan kemampuan pr. Gua takde hal. Orang2 pr pun takde hal. Sebab kita orang nya pegangan berbeza. Kita orang kalau boleh sampai ke dalam rumah orang nak masuk berkempen dan terangkan secara terperinci kenapa kena tolak bn. Tapi masa takde, kos lagi, kemampuan terhad tue pasal tak buat.

Jadi bn boleh teruskan strategi dorang menyerang ceramah orang, jika korang rasa itu boleh membawa undi masuk untuk korang silakanlah, kita orang akan teruskan dengan strategi kita orang berceramah kat mana2 tak kira tempat dan takde double standard sebab kerajaan yang adil itu memang dambaan seme orang tak kira la ko datang dari tempat kecik or besar, dari bandar or kampung. Bila sebut pasal adil seme orang mesti suka. Oke? Bai. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...