Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 7 Oktober 2012

BN Beli Tong Plastik harga RM2,500 sebuah?


BN Penyayang?

Saja bagi duit lebih kat syarikat yang akan bekalkan tong air tersebut ke sabah dan sarawak sebab bn penyayang orang nya.

Kah kah kah

Penyayang ka bahgal?

Ka mahal sebab ada logo 1malaysia? Kalau ye aku minta maaf banyak2 ek sebab tatau plak logo lagi mahal dari product tue sendiri.

Kah kah kah

Oke, tadi aku ada baca satu berita. Sebenarnya time bentang bajet ari tu aku ada perasan gak tapi bn sebut tangki tak silap aku. Dia cakap bajet 100juta. Untuk berapa tangki aku tatau. Tapi cover seluruh sabah dan sarawak aku rasa oke la rate tue.

Then bila aku tengok gambar tangki yang macam kat atas neh memang la kelakar. Benda tong air tak yah kot sebut tangki. Tak macam tangki pun. Plastik je plak tue.
Tapi tue oke lagi. 

Yang buat aku meloncat harga tong air tersebut. Agak2 woi cecah rm2,500 sebuah. Ko gila nak mampos? Takan benda gini pun makan riban? Import ke apa? Memang le barang2 di sabah dan sarawak mahal tapi tue sebab bn bengap.

Da tahu sabah n sarawak terpisah dengan semenanjung melalui air, patutnya apa2 kilang ke apa ke buat juga la kat sabah or sarawak. At least ada peluang pekerjaan dan takde la asyik nak kena angkut dari semenanjung jek.

Benda simple pun tak ley fikir. Terbeliak mata aku masa dalam bajet najib cakap harga gas memasak kat sarawak 70plus. Mahal nak mampos. Kalau rate tue d semenanjung, confirm hari neh bn umum, esok bn tumbang.

Kah kah kah

Aku bukan nak tuduh apa tapi nilai 2,500 tu terlalu mahal bagi sebuah tong plastik 1 malaysia. Tolong la perjelaskan kepada kami apa rasionalnya harga tue. Untuk rekod, nilai rm2,500 tu boleh didapati bila korang buat  kira2 100juta / 40k tong air. Itu la yang terpapar kat dalam berita, perincian najib berkenaan hal tersebut.

Aku da puas telek gambar tong tu tapi tetap tak boleh nak terima harga dia makan 2,500. Rakyat tak cukup bodoh untuk dengar dan terima. Tapi kalau dia mahal sebab logo, oke aku surrender disitu. Aku sedia maklum yang apa2 product yang ada logo 1 malaysia memang luar biasa harganya.

Kah kah kah

Berita berkaitan : sini
Published with Blogger-droid v2.0.9

Pengurangan Subsidi Gula Elak Penyeludupan - BN.

Kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Woittt..

Apa sebab korang [bn] kurangkan subsidi gula = naikkan harga gula hah?


Perbezaan harga gula yang sangat ketara antara Malaysia dengan beberapa negara jiran sebelum ini menyumbang kepada permasalahan penyeludupan gula.
Justeru, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, langkah mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram dilihat mampu mengatasi masalah yang sukar dibendung itu.
“Pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram boleh membantu mengurangkan kegiatan penyeludupan bahan itu ke negara jiran selain menggalakkan rakyat mengurangkan gula dalam makanan dan minuman,” katanya di sini hari ini.


Sendiri lantik kakitangan awam untuk banteras penyeludupan. Lantik dan dibayar gaji guna wang pembayar cukai. Bila sendiri gagal jalankan tugas rakyat malaysia pula jadi mangsa. Sudah la yang bayar gaji kakitangan awam untuk banteras penyeludupan tu rakyat malaysia. Dah gagal, rakyat malaysia plak kena tanggung akibat bila menteri naikkan harga gula.

Lantik kakitangan awam banteras penyeludupan = bayar guna wang pembayar cukai = kakitangan awam tak boleh buat kerja = rakyat malaysia tanggung akibat  = kena beli gula dengan mahal disebabkan kegagalan mereka menjalankan tugas.

Tak ke BODOH PIANG nama nya tue?

kah kah kah

Woittt ko berhentikan aje seme kakitangan yang terlibat dalam operasi cegah penyeludupan. Duit pembayar cukai tu ko beli rumput bagi lembu makan pun ada faedahnya weh.

Woitt awang adek agak2 berkesan ka langkah ko yang amek neh hah?


Mengulas lanjut, Awang Adek berkata, pengurangan subsidi itu juga sekali gus merapatkan jurang harga iaitu RM2.50 sekilogram (di Malaysia) berbanding RM3.30 sen sekilogram di negara jiran.

Owhhhhh bab harga gula boleh banding? Bab harga rumah tak boleh? Bab cukai tak boleh? Bab harga kereta tak boleh? Bab tol tak boleh? Bab harga minyak tak boleh? Bab kebajikan tak boleh? Bab kebebasan media tak boleh? Bab pilihanraya tak boleh?

Langkah yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2013 itu perlu dilihat dari konteks positif yang menyedarkan lebih ramai rakyat tentang kepentingan penjagaan kesihatan.

Kenapa ko taknak tetapkan harga rumah yang munasabah supaya rakyat dapat beli rumah untuk berlindung dan sejahtera demi menjaga kesihatan rakyat?

Kenapa ko taknak halang kemasukkan rokok demi menjaga kesihatan rakyat?

Kenapa ko taknak turunkan harga cukai kenderaan supaya rakyat tak sakit kepala dok fikir bayar hutang menimbun2 demi menjaga kesihatan rakyat?

Kenapa ko taknak kurangkan kos pendidikan supaya mak bapak tak pecah kepala cari duit untuk biayai pendidikan anak2 demi menjaga kesihatan rakyat?

Kenapa ko taknak kawal kadar kos perubatan hospital swasta demi menjaga kesihatan rakyat sementelah hospital kerajaan tak mampu sediakan kesihatan untuk seme rakyat malaysia akibat kekurangan pakar dan peralatan?

Yang baik, yang benar, yang wajib, yang betul, yang tepat ko taknak buat.

Yang salah, yang haprak, yang tipu, yang songlap, yang rasuah, yang merapu hang buat. Lepas tu suruh rakyat kenang budi lue? Lue otak ada betul ka?

kah kah kah 

Rujuk berita berkaitan disini 

Di malaysia neh belum lagi ada orang mati tak makan tapi mungkin akan ada yang mati akibat kebodohan menteri....

Sabtu, 6 Oktober 2012

Perbandingan kos pemilikan kereta Hyundai Sonata 2.4 di Malaysia VS Amerika.

Artikel ini disediakan 100% oleh pembaca amenoworld yang aku dapat via email. Jom share pandangan dan analisis dia mengenai perbandingan tersebut. Umno, rileks. Belum masa untuk tercekik. MITI dan Muhkriz Mahathir, rileks juga. 

Rakyat malaysia tak seme nya mabok2 oke. Majoriti dalam keadaan waras dan sedar. Parpu kari aku tak jamin.

KAH KAH KAH

Perbandingan kos pemilikan kereta Hyundai Sonata 2.4 di Malaysia VS Amerika
 

1) Harga Pasaran :

Malaysia   =  RM169,888 

USA         =  USD20,895 (RM63,802

2) Insurans :

Malaysia  =   RM 4,705 
USA        =   USD 1,088  (RM3,322

3) Cukai Jalan :
           

Malaysia  =  RM795  setahun 
USA        =  USD326  (RM995) setahun
 

Di US, konsep road tax berbeza berbanding di Malaysia. Mereka membayar cukai pendaftaran kenderaan setiap tahun dan jumlah cukai ini berbeza-beza mengikut negeri. Saya mengambil contoh harga cukai pendaftaran ni negeri Nevada untuk perbandingan. 

Rujuk rajah di bawah : 


4) Financing untuk tempoh 5 tahun :

Malaysia  ==> RM 3185 sebulan =  RM38,220 Setahun 

USA        ==> USD 413 (RM1,261) sebulan  = RM15,132 Setahun 

Kadar purata semasa interest untuk di US ialah 3.75% manakala Malaysia 2.5%. 

Sila rujuk rajah di bawah : 


5) Kos petrol untuk setahun (anggaran 1,200 liter)

 Malaysia    =   1200 x RM1.90 = RM2,280
 USA          =   1200 x RM3.00 = RM3,600 


JUMLAH KOS PEMILIKAN HYUNDAI SONATA 2.4 :

Malaysia    = RM46,000 / tahun   @  RM3,833 / bulan
USA          = RM23,049 / tahun  @   RM1,920 / bulan


Juga harus ingat pendapatanan perkapita USA jauh lebih tinggi dari Malaysia. Sudahlah jumlah yang perlu di bayar mereka untuk memiliki kereta sudah lah jauh lebih rendah dari kita, malah purata pendapatan mereka jauh lebih tinggi dari kita. Untuk pakai Sonata ni gaji kita paling kurang RM10,000 baru mampu… Oh Malaysiaku… 




------------------------------------------------------------------

Kenapa perbandingan seperti ini di buat? Ini sebab ajaran MITI aka mukhriz mahathir. Dia yang start buat perbandingan macam neh. Dia dok canang dalam paper berita apa seme yang pemilikkan kereta di malaysia adalah yang ter-rendah dan blablabla.. tapi dia lupa satu perkara.

Sesiapa boleh canang begitu begini dan apa2. Tetapi sesiapa juga boleh periksa untuk pastikan apa benda yang dia dok hebahkan itu benar ke tidak. Last2 terkantoi kat batang hidung sendiri. Straight kena tepat kat muka ko mukhriz weh. Rasakan.

kah kah kah

Pelbagai NGO buat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.



Malaysia kaya NGO meskipun NGO takde ahli or ahli ada seratus jek. Sesiapa pun boleh buat apa2 NGO dan bertindak melakukan apa2 atas nama NGO. Terbaru satu NGO yang digelar dengan nama kelab wartawan muda buat report polis terhadap anwar ibrahim.

Selain dari anwar, NGO terbabit turut buat laporan polis terhadap 3 MP pakatan rakyat yang lain. Ketiga2 MP pakatan tue ialah ;

1. R. Sivarasa.

2. Tian Chua

3. Mahfuz.

Motif?

Mereka tak mahu peguam2 asing dibenarkan masuk ke parlimen untuk membangkitkan isu mengenai SCORPENE.

Untuk rekod, PR + SUARAM bercadang mahu membawa 3 peguam asing masuk ke parlimen untuk membincangkan, mendedahkan dan membongkarkan isu mengenai SCORPENE. Isu rasuah dan penyelewengan dalam SCORPENE. Isu ini juga melibatkan nama baik dan kredibliti najib razak.

Kenapa peguam asing? Kerana kes neh telah disiasat oleh mahkamah luar. Bukan mahkamah malaysia yang buka kes. Kalau mahkamah malaysia dah tentu2 peguam malaysia yang akan masuk parlimen beb.

Sekarang yang aku tak faham 1 benda jek. Benda neh citer pasal najib razak. Takde kaitan pun dengan mana2 wartawan. Orang asing ka, orang sendiri ka apa ka itu tak bermaksud apa2 dalam kes scorpene neh. Apa yang penting kebenaran dapat dirungkai. Tak suka kah ko dapat mengetahui kebenaran nya?

Jika ada orang asing boleh merungkai sesuatu, kenapa nak halang?
Jika ada orang asing boleh membongkarkan misteri, kenapa itu salah?

Lagi satu, kenapa mesti kelab wartawan muda? Kenapa tidak najib sendiri yang bersuara? Kenapa gunakan pelbagai NGO? 

NGO suka membodek taknak buat?

NGO suka merepek taknak buat?

NGO suka meroyan taknak buat?

NGO suka mengacau taknak huat?

NGO suka report polis taknak buat?

Buatlah. Buat macam2 NGO untuk buat kacau. Kerana buat kacau adalah kepakaran orang2 macam korang. Kalau la aku di line korang aku takan buat kacau. Sebaliknya aku akan alu2kan kemasukkan peguam2 asing tersebut. 

Tujuan dan niat aku mudah je. Kebenaran tidak boleh ditutup. Jika peguam itu menipu, penipuan dia pasti terbongkar. Sebab tu aku perlu dengar hujah balas dia sebelum boleh membongkarkan penipuan dia. Jika dia bercakap benar, maka kebenaran pula yang akan terbongkar. Sebagai seorang manusia, salah ka kita pertahankan kebenaran? Muslim plak tu..

Sekarang lue di line mana? Aku takmo tuduh2. Tapi hanya orang salah je yang akan buat macam2 untuk tutup kepincangan. Lue fikirlah sendiri.  

Berita berkaitan : rujuk sini.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Najib dan menteri kabinet, korang meh sini kejap.


Kali neh kita akan perincian isu bajet dengan lebih mendalam berkenaan beberapa peruntukkan yang telah kerajaan luluskan tanpa mendengar perbahasan, luahan dan jawapan balas kita di parlimen.

Jangan silap.

Najib atau sesiapa boleh bentang itu dan ini. Tetapi kita sebagai rakyat juga boleh bertindak mempersoalkan jika kita rasa itu melampaui keraguan munasabah untuk kita terima. 

Dan bila kita melakukan perkara tersebut, instead of mengecop kita suka membangkang, better berikan kita jawapan dan hujah kenapa sekian2 bajet untuk sekian2 perkara harus dipertahankan.

90juta untuk 30,000 uniform anggota RELA yang aktif.

Ini adalah cakap2 yang aku dengar. Kualiti jangan korang harap. Aku tak faham kenapa harga uniform RELA agak mahal. Cuba korang kira ;

90 juta / 30,000 unit seragam / anggota rela = RM300 untuk sepasang. Mana aku dapat ia anggaran untuk sepasang uniform? Aku dapatkan ia dari kenyataan rasmi najib sendiri. 

Lihat bawah ;


Menyediakan sepasang pakaian seragam untuk 300,00 anggota RELA yang aktif dengan peruntukan sebanyak 90 juta ringgit. 

Sumber : sini

Aku dah check uniform RELA di internet. Inilah gambaran yang aku dapat.


Aku sukar nak terima harga dia rm300 untuk sepasang. Kalau siap kasut aku fikir agak logik. Tapi oleh kerana najib hanya bercakap pasal uniform dan ianya hanya sepasang, so aku percaya kos ini mahal.

RM1.2b untuk pendidikan pra sekolah.

Aku tak faham. Dan aku tak mo faham. Kenapa PERMATA? Kenapa KEMAS? Kenapa PERMATA dan KEMAS diberikan peruntukkan sebanyak ini untuk silibus yang tah hapa2? Kenapa mesti mereka? Tahu kah silibus mereka tidak memenuhi kehendak untuk menghasilkan kanak2 yang cemerlang? Tahu kah guru2 KEMAS adalah dasar PEMALAS?

Marah.

Dipersilakanlah. Aku sedia bertekak untuk itu.

Kata najib ;

Sebanyak RM1.2 bilion akan disediakan  kepada pelbagai agensi kerajaan sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan prasekolah berkualiti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Agensi berkenaan termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional yang terbabit secara langsung dalam menyediakan pendidikan prasekolah.

"Sebagai tambahan, RM380 juta akan disediakan kepada Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber : sini

Najib tak berani. Najib tak berani bagitau berapakah jumlah peruntukkan sebenar untuk PERMATA. Sebab tu dia combine dengan perkara lain. Dia randomly letak rm1.2b dan berfikir masyarakat tak memikirkan soalan berkenaan penglibatan permata. 

Dah berapa banyak kali aku ajar ko najib? Dah berapa banyak kali aku cakap? Jangan pandang seme rakyat adalah BODOH2 belaka hanya kerana orang2 di sekeliling ko BODOH2 belaka.

Aku belum dapat kenapa dan bagaimana PERMATA wajar mendapat apa2 peruntukkan dari kerajaan malaysia. Sebab tu aku mempertikaikan apa relevantnya PERMATA mendapat sebarang dana dari kerajaan.

RM1.2b dalam program KARISMA.

Kata Najib ;

Sesungguhnya Kerajaan amat menitikberatkan golongan yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah dalam memastikan mereka ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Justeru, program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntukkan sebanyak 1.2 bilion ringgit meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja orang kurang upaya serta bantuan penyakit kronik.


Aku tak pasti samada KARISMA bertindih tugas dengan JKM ke tidak. Tapi aku cadangkan lebih baik BN gunakan saluran yang sedia ada dengan mempertingkatkan kecekapan kakitangan awam. 

Mereka perlu diajar dan dilatih untuk mencari orang susah. Angka, juta, billion, peruntukkan atau apa akan sia2 kalau cara kakitangan awam buat kerja cam celaka. Mereka tak boleh tunggu di office dan mengharapkan orang macam aku datang mengadu. 

Mereka kena keluar kerja hari2 cari orang susah. Ingat, mereka diupah untuk buat kerja. Bukan aku. Bukan aku yang p minta kerja kat JKM atau KARISMA. Aku tak minta kerja so aku tak perlu bertanggungjawab atas kerja yang aku tak pernah minta. Ko yang minta kerja dan ko dibayar gaji untuk buat kerja seperti itu. Kenapa ko nak letakkan tugas itu ke atas masyarakat dan buat ayat simpatatik yang masyarakat kena membantu ko untuk cari orang susah?

Maaf cakaplah, aku cakap BULLSHIT je kat orang2 macam neh.

1. Ko malas satu hal.

2. Lepas tu ble ko tak alert ada orang susah di satu2 kawasan ko salahkan masyarakat sebab tak mengadu.

3. Tapi ko pernah tak fikir yang masyarakat setempat lebih suka membantu dari mengadu kat ko? Mungkin mereka tong2 membantu dan sampai satu saat dah tak boleh bantu.. sehingga kemiskinan satu2 keluarga tu tersebar.

4. Pada saat ia tersebar mula la mulut2 celaka cam ko mengatakan masyarakat tak prihatin.

5. Sedangkan ko yang tak prihatin sehingga membiarkan kami rasa mengadu kat ko adalah perkara terakhir yang boleh dibuat disebabkan kebullshitan sistem ko. 

Ko yang malas sangat duduk kat office. Keluarla. Cari la. Kalau la ko hidup di zaman umar dah lama ko kena pancung kerja. Satusen pun tak guna. Khalifah pun keluar cari orang susah. Ko sapa? Lebih hebat dari khalifah?

Peruntukkan tak bermakna apa2 jika kerajaan tak ubah cara kakitangan mereka buat kerja. Bahkan aku heran kenapa perlu KARISMA sedangkan kita ada JKM dan blablabla. Kenapa nak memperbanyakkan kakitangan awam sehingga kerja mereka bertindih? 

Ramai tak bermaksud bagus apatah lagi cekap. Yang penting efisyen. Efisyen kah kakitangan kerajaan ? Tak seme. Jangan risau aku tak cakap seme. Biar pengalaman masing2 tolong bercakap bagi pihak masing2. Kita biarkan pengalaman masing2 jadi penghakim dan penilai.

Bab zakat. 

Aku hampa. Kenapa kerajaan tak announce sejauh mana kutipan zakat telah pergi ke golongan yang susah? Perlu nya laporan kewangan pusat2 zakat didedahkan kepada pengetahuan umum. 

Aku tahu pusat zakat neh under negeri. Sebab tu setiap negeri kena dedahkan kedudukan kewangan mereka untuk dinilai supaya kita tahu efisyen kah mereka? Jika pusat zakat itu efisyen, perlu lagi kah KARISMA dan JKM dan pelbagai lagi la badan yang tah hapa2 sampai aku tak terhafal namanya.

Dan, daripada najib sediakan dana sekian2 untuk itu, untuk ini, bukan kah lebih molek kalau dikaji terlebih dahulu permasalahan neh? Sepatutnya bancian, kajian bahkan siasatan harus dilakukan untuk selidik sejauh mana orang susah yang wujud di malaysia neh.

Nama mereka diambil, dikenalpasti, dikumpulkan dan dikategorikan. Daripada situ baru boleh fikir kaedah sesuai untuk menyelesaikan masalah mereka secara berperingkat.

Terus terang cakap. Sistem yang kerajaan pakai sekarang tak membantu menyelesaikan masalah. Mereka mungkin bagi duit, bagi dana tapi masalah tetap berkembang. Pernah tak terfikir kenapa? Adakah salah kerajaan bagi duit? Tak salah der. 

Tapi salah sistem. Sistem, strategi, kaedah, cara ia dilaksanakan itu yang silap. Jika kita ubahsuai sistem itu, dalam masa 2 tahun, aku bagi nyawa aku sebagai jaminan kita akan selesaikan isu kemiskinan di malaysia. 

Berhenti salah faham.

Peruntukkan untuk rm1.2b untuk bantu orang miskin aku sokong. Aku tak persoalkan. Tapi aku mahu tahu sejauh mana rm1.2b ini akan sampai ke golongan sasaran ketika sistem yang digunakan untuk agih bantuan sedang rosak dan sakit kritikal?

Video Azalina Othman Mengamuk Tersebar.

 

Azalina ada point. 

Kalau dia susun point dia betul2 orang takan focus bab dia mengamok. Orang akan focus bab point yang dia mahu dan sedang sampaikan. Tapi gaya penyampaian yang salah menyebabkan orang focus bab penyampaian dia. Bukan bab point2 dia.

Azalina tuduh orang bayar untuk berhimpun.

Macam aku cakap tadi. Azalina ada point. Tapi janganla buat tuduhan melulu dan digabungkan sekali dengan point2 yang dia sedang sampaikan. Orang akan focus kat bab salah je. Isi cerita or point2 yang dia sedang sampaikan akan jadi pointless sebab cara dia membawakan point tu tak betul.

Apa salahnya dia kemukakan pertanyaan. Betul ka peserta perhimpunan di angkut dengan bas? Dibayar rm30 sekepala untuk berhimpun? Dia tak dijemput untuk berhujah tetapi dituduh pengecut, adil ka? Kalau dia susun cara dia menyampaikan hujah adalah lebih molek. Tetapi tuduh2 orang bayar rm30 untuk berhimpun adalah tuduhan yang tidak molek.

Meskipun aku tak boleh nak sahkan tuduhan tersebut tidak benar, azalina juga tidak boleh sahkan tuduhan tersebut benar. Maksudnya disini tuduhan tersebut tiada asas, tiada bukti. Ia hanyalah tuduhan dan kekal sebagai tuduhan sehingga terbukti sebaliknya.

Jika ada bukti mereka dibayar then tampilkan. Cakap tanpa bukti neh dah terlalu ramai wakil parlimen buat. Mereka cakap dan cakap dan cakap tapi bila minta bukti? Haprak. Ini mungkin disebabkan untuk buat satu kenyataan hanya memerlukan satu kenyataan dan akhirnya kenyataan dibuat sewenangnya2. Hapa pun tak boleh.

Saksikan video di atas oke. Bai.

Ini senarai lokasi penuh AES di 14 negeri. [Versi Updated]

Geng.

Ini senarai lokasi aka jalan2 yang dipasang dengan sistem AES. Benda neh mudah jek beb. Ko dah tahu benda neh dipasang kat jalan mana sekian2 so bila lalu je jalan tue pepandai la slowkan kenderaan ko meskipun papan peringatan takde.

Aku tatau korang tahu ke tidak tetapi kan ;


Sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September lepas.

Ini bukan jawapan cikai2. Ini jawapan dari timbalan menteri. Dan ;

“Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini,”

Katanya saman AES belum dikeluarkan. Tapi jangan nak senyum2 sangatlah. Surat saman akan sampai kat rumah korang sebab dalam masa kurang sebulan je 63++ kesalahan dirakamkan. Nampak sangat ramai yang suka langgar peraturan jalanraya.

Satu benda yang korang kena hafal. Kalau takde papan peringatan pun takde hal. Lokasi dalam otak lue ma. Kalau lue tak reti hafal pun takde hal. Lue buka je blog gua ma. Gua tatau la lue cerdik ke tidak. Kalau lue sungguh cerdik mesti kat tempat2 yang ada AES lue akan buat2 ikut peraturan sebab nak selamatkan duit lue dari dimakan oleh bien. 

Tapi kalau lue tak cerdik memang la lue membiarkan duit lue melayang2. Hint yang lue orang mesti fahamkan ;

Papan tanda bagi lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihat antara jarak dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera manakala lokasi kamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat, diletakkan antara 50 hingga 500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Sebelum masuk ke jalan tu, dalam 1km, lue slowkan kenderaan lue. Lepas dah melepasi jalan tue dalam 1km, lue pecut la macam biasa. Nasihat neh gua bawakan untuk orang yang suka langgar peraturan. Gua tak langgar peraturan. Ada AES atau takde gua tetap aman dari saman. Tapi tue la gua tolong lue orang bukan pasal gua sokong lue orang langgar peraturan tapi gua sokong lue orang tak bagi duit kat bien jek beb.
 
Sumber berita : sini

kah kah kah

Hafal lokasi kat bawah neh oke.

Selangor.


Putrajaya.




Perlis.



Kedah.



Perak.



Pulau Pinang.





Terengganu.



Kelantan.







Pahang.




Kuala lumpur.




Negeri Sembilan.






Melaka.






Johor.




Sarawak.




Sabah.






Wilayah persekutuan Labuan.



Sumber gambar : sini.

Klik gambar untuk besarkan oke. 

Khamis, 4 Oktober 2012

Ini senarai penerima elaun tertinggi dalam agensi kerajaan.

WOWW... 

Mereka ialah ahli2 parlimen yang menerima elaun tertinggi. Bekas ahli parlimen pun ada yang dapat elaun. Seme tu dibayar berdasarkan kepada tugas masing2. Lihat bawah neh beb ;



1) Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis- sebanyak RM27,227.20 sebulan.

2) Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas ke India- sebanyak RM27,227.20 sebulan

3) Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Penasihat Agama kepada Perdana Menteri- sebanyak RM25,106.00 sebulan.

4) Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)- sebanyak RM24,022.00 sebulan

5) Bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China- sebanyak RM20,000.00

6) Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)- sebanyak RM20,000.00 sebulan

7) Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Penasihat Pembangunan Wilayah Ekonomi di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) + Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)- sebanyak RM13,000.00 sebulan

Sumber : sini

Ko dapat RM25,106.00 sebulan. Untuk nasihatkan najib agar memerintah dengan adil dan mengikut acuan islam pun tak boleh. At least najib ada usaha untuk lantik ko jadi penasihat dia dalam bidang agama. Tapi apa usaha ko untuk tarbiah dan ubah najib agar memerintah dengan adil dan amanah?

Dalam banyak2 elaun kat atas neh, aku kritik elaun kepada penasihat agama najib. Tak cukup dengan jamil khir dan mashitah, dia ada penasihat agama peribadi. Tapi itu pun tak boleh pakai.

Tah hapa2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...