Kaki melawan

Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ads

Friday, August 31, 2012

HOT : POSLAJU paparkan logo kemerdekaan ciptaan pakatan rakyat.

Aku dah check. Aku yakin ia adalah website rasmi pos laju. Aku dapat info neh dari rakan twitter. Lepas dia bagi input aku terus check untuk pastikan hal tersebut dan nampaknya ia memang benar.

Mula2 aku pergi 

1. http://www.pos.com.my/pos/homepage.aspx

2. Lepas tue aku click pos laju

3. Then dia buka browser baru

4.  http://www.poslaju.com.my/

5. Korang akan nampak perkara kat bawah neh ;


Nampak apa yang aku nampak? Nampak tak itu logo siapa? 

kah kah kah

Aku syak kakitangan pos laju dah pening. Seme gara2 rais yatim. Nak sangat banyak2 logo sampai orang pun dah confused mana satu logo kemerdekaan tahun neh. PR tak salah. PR buat logo alternatif sebab logo sedia ada sangat buruk. 

Kalau kerajaan sudi, aku percaya logo tersebut boleh dijadikan logo rasmi buat malaysia bagi meraikan kemerdekaan tahun ke 55. Aku tak fikir PR akan menolak jika ada permintaan dari kerajaan. Tapi kerajaan ego. Mereka tak sudi. Idea dari PR tetap merupakan satu idea. Yang bagus apa salahnya kita amek. Yang buruk, tinggal. 

Selamat hari kemerdekaan ek pos laju. Hari neh korang selangkah ke arah perubahan. Lain kali jangan selangkah2 sebaliknya berjalan lah banyak2 langkah. Kami perlukan pos laju, tnb, pnb, telekom dan seme glc untuk bersama2 mengubah malaysia ke arah yang lebih baik. Anda kecil jika berseorangan tetapi jika kita berpadu, bn akan mampu diundurkan. VOTE PR, ubah sekarang demi masa depan anak cucu cicit kita. 

UPDATED ;

Terkini, logo kemerdekaan tersebut telah pun dialihkan dari laman rasmi Pos Laju Malaysia. Cuak kot..

kah kah kah


Gambar individu berak kat muka Najib tersebar.

Macam tatau yang orang umno akan turut berada di perhimpunan tersebut. Memang lah nama nya perhimpunan janji demokrasi. Tapi siapa cakap orang umno dilarang hadir? Bahkan dorang pasti akan hadir setelah apa yang berlaku pada bersih 3.

Nak mengSPOT perbuatan kontroversi. Ya, nampaknya mereka dah berjaya bila ada seseorang yang membontot di depan orang ramai. Tatau la budak neh lalok ke apa tapi agak2 lah woitt buka seluar depan2 orang.. cam takde maruah jek.

Korang saksikan lah sendiri ;


Hadoii


Hadoiii lagiii

Gambar tue aku dapat dari blog gossip rakyat. Menerusi komen kat blog tersebut dorang akan dedahkan gambar budak neh. Gambar yang lebih jelas. Info yang aku dapat kat sana juga ada mengatakan bahawa ;

1. Nama budak neh ammar

2. Student di college cybernectics

3. Asal johor

4. Nama facebook dia alice sakai

Aku tatau lah betul ke tidak. Tapi kalau betul aku cadangkan ko, alice sakai baik cepat2 lari + set privacy facebook ko.. apa pun ko kena terima. Bila gambar2 seperti neh tersebar akan ada member2 facebook or member2 realiti ko mengecam ko.. dan tak seme dari mereka ialah penyokong2 bersih.

Sudah semestinya aku tak bersetuju dengan perbuatan di atas. Bukan kerana aku nak tunjuk baik tetapi mana ek moral kita nak memberak depan orang ramai? Kalau tak buka seluar ada juga maafnya. Neh siap buka seluar lagi.. hadoiiiii

Mungkin juga kerana terlalu menyampah kat oppa najib maka mereka terlalu beremosi pada malam tadi. Aku tak nafikan rasa menyampah boleh mengundang kepada perlakuan tersebut. Tetapi kemon geng, mari lah kita bersama2 menjaga tingkahlaku kita ketika berdemo mahupun berhimpun. 

Kalau pun kita rasa menyampah yang amat kat oppa najib dan bn tetapi cuba fikirkan identiti kita sebagai orang islam. Akal manusia mungkin membenarkan tetapi akal islam? Nama ammar.. so nampak macam nama orang islam. Kita patut jadi contoh kepada orang bukan islam .. itu yang sepatutnya kan? 

Marilah kita sama2 muhasabah diri dan bersama2 belajar untuk berhimpun tanpa cetuskan provokasi dan kontroversi. Cuba jangan lari topic ketika berhimpun. Kalau seme patuhi protokol yang asas neh aku tak fikir mana2 bloggers umno plus umno ada ruang untuk menghentam balas kita..fikirkan oke. Fikirkan.

Himpunan Janji Demokrasi - Isu tukar bendera Jalur Gemilang.

Punyalah ramai orang yang hadir. Di anggarkan dekat 10,000 penyokong bersih berada di dataran ketika ini. Laporan neh aku amek dari malaysiakini. 10,000 bukan seratus orang oke. 10,000. Aku ulang balik

10,000 orang.

Tapi dalam 10,000 orang yang hadir tue ada juga yang buat slack. Bagi peluru hidup kat umno untuk buat karangan kat blog2 depa. Ini bukan beza pendapat beb. Ini namanya pecahbelahkan keputusan yang telah disepakati bersama.

Taknak ikut 100% arahan AJK JANJI DEMOKRASI takde hal. Kalau aku berada di tempat ko pun belum tentu aku patuh hundred percent. Tapi janganlah langgarlari persefahaman yang telah kita buat sebelum neh. Takde dalam plan pun nak buat benda mengarut tetapi kenapa benda mengarut juga ko buat. 

Apa pun aku minta kita seme menilai isu neh dengan mendalam. Belum terbukti seseorang yang pakai baju kuning berdarah kuning juga. Sesiapa pun boleh pakai baju kuning dan claimed dia penyokong kuning tetapi sejauh mana mereka benar2 kuning tak siapa boleh tahu..

Polemik terbaru yang sedang kecoh sekarang. Bab tukar bendera. 





1. AJK BERSIH dan penganjur janji demokrasi tidak pernah mengusulkan or menyokong kepada idea tukar bendera jalur gemilang kepada sang saka merah.

2. Aku tatau kenapa dorang buat begitu tetapi kumpulan dorang kecil dan dilihat terpencil.. di anggarkan lebih kurang dalam 10 orang.

3. Tiada bukti lagi setakat neh tetapi ada orang beranggapan yang kumpulan nak tukar bendera tue maybe kumpulan upahan seseorang.. Idea aku elok check betul2 sampai terbukti sahih.

4. Apa pun aku tak setuju langsung dengan isu tukar bendera.

5. Walaupun bendera kita ada persamaan dengan negara lain ia bukan perkara yang memalukan. Bukan berdosa pun bendera kita ada persamaan dengan U.S.A. Selain dari kita, banyak juga negara2 lain yang mempunyai persamaan bendera rasmi.

Niat kita berhimpun dan tukar kepimpinan ialah untuk ubah pentadbir yang telah corrupted di malaysia. Itu bagi penyokong PR. Bagi bersih pula, kita tiada niat nak tukar bendera ke apa ke bahkan tiada langsung dalam lapan tuntutan BERSIH menyatakan bahawa kita nak tukar BENDERA RASMI NEGARA. 

6. Benda yang dah lepas perlu kita belajar untuk terima, redha dan akur bahawa ia dah lepas. Ia sudah melalui satu tempoh dan tiada guna untuk kita ungkit mengungkiti.

7. Lagipun apa yang penting sekarang ialah ubah sistem pentadbiran negara, bukan ubah bendera. Tak rugi satusen pun kalau kekalkan bendera lama tetapi mungkin rugi kalau tukar bendera baru. Nak buat macam2 protokol remeh temeh dan tak pasal2 kena ubah itu neh.. 

8. Sekali lagi diperjelaskan bahawa janji demokrasi tiada kaitan dengan isu penukaran bendera. Ia tidak tertakluk dan tiada kaitan dengan apa yang BERSIH sedang perjuangkan.

Apa pun isu neh dah jadi modal untuk orang2 umno memburukkan himpunan janji demokrasi. Terima je lah dengan ahti yang terbuka. Akan datang kita perbaiki lagi. Ada masa. Yang pasti jamal anak yunus tak hadir malam  neh setelah beria2 ugut melalui akhbar..

kah kah kah 

Sumber gambar : KBSB.

Video kontroversi Janji Demokrasi tersebar.

Pehhh..

Cekap jek blogger umno merakam video tersebut dan terus upload di youtube ek? Saksikan video kat bawah neh terlebih dahulu geng ;


 

Blogger umno kata video di atas memaparkan aksi liar penyokong bersih. Mungkin tak sopan tetapi nak cakap liar macam tak kena. Setiap orang ada guideline tersendiri bagaimana mereka mahu menghormati orang lain. Aku takmo jadi hakim sesiapa meskipun aku sendiri secara peribadinya tidak bersetuju dengan aksi tersebut.

Untuk rekod, AJK bersih janji demokrasi tidak menyeru kepada apa2 perlakuan seperti dalam video di atas. Telah pun dikeluarkan statement dan notis bahawa JANJI DEMOKRASI ialah perhimpunan aman bukan perhimpunan provokasi. Sesetengah dari mereka mungkin telah melanggar arahan.

Aku juga nak ulas beberapa perkara. Aku taknak letakkan kesalahan ataupun tuduhan kepada sesiapa sebaliknya aku harap bloggers umno juga boleh bertindak matang dalam menganalisis sesuatu tindakan. Jangan main tuduh2 jek.

1. Kalau diperhatikan video kat atas, kebanyakkan yang memijak dan melakukan provokasi ialah mereka2 yang tak pakai baju bersih dan tak nampak muka nya.. apa pasal? Mula2 yang pijak gambar rosmah dan oppa najib.. ada nampak muka2 orang lelaki yang berbaju hitam? Ada tak wajah lelaki berbaju merah sehingga mendorong peserta2 bersih yang lain terpengaruh? Aku tak tuduh apa2.. just menganalisis jek oke.

2. Kenapa blogger umno buat2 buta dengan perbuatan pemuda bersih kat bawah neh ;



Nak tahu apa dia buat? Dia kutip gambar rosmah yang berterabur tue. Mungkin itu jek gambar yang dia nampak so itulah yang dia kutip. Kenapa taknak buat artikel

PEMUDA BERSIH SELAMATKAN GAMBAR ROSMAH YANG TERABUR ATAS JALANRAYA DARIPADA TERUS DIPIJAK OLEH ORANG YANG LALU LALANG.

Kadang2 orang yang lalu lalang maybe tak perasan. Kalau ada orang yang perasan, tak semestinya seme orang pun akan perasan. Jangan nak buat penilaian sembrono jek beb.

Berkenaan cara layanan mereka terhadap gambar oppa najib seperti biasa aku sama sekali tidak akan menyokong kepada apa2 perlakuan seperti itu. Bukan sebab aku berlagak baik or oppa najib tue member kamcing aku sebab kami agak sekorean tetapi sebab aku fikir aku takan dapat apa2 kepuasan dengan memperlakukan gambar dia seperti itu.

Akhirnya ia akan berbalik semula kepada aku. Seronok nya sekejap jek. Dapat pijak gambar. Tetapi perbuatan yang sedikit itulah yang akhirnya akan dinilai2 orang. Jangan lupa, walaupun sejuta kebaikan yang kita buat, keburukan juga lah yang akan diperbesar2kan. Sebab tue aku cakap tak sesuai.

Apa pun aku cabar blogger umno buat report polis. Aku pun nak pastikan juga bahawa yang benar2 memulakan insiden provokasi itu adalah penyokong bersih dan bukan nya SB. Bukan apa, kalau ia SB akhirnya kebenaran akan terbongkar. Kalau ia peserta bersih, marilah kita sama2 belajar untuk berhimpun guna akal bukan guna emosi. Bai. 

Gambar-gambar terkini perhimpunan janji demokrasi.

Agak2 korang si hishamuddin gunakan teropong malam tak untuk teropong peserta bersih yang sedang berhimpun di sekitar dataran merdeka pada ketika neh?

Pffftttt..

Penyokong umno tengah panas. Macam2 dorang cakap. Antaranya ;

1. Aku tengok orang kafir je ramai berhimpun.Eloklah melayu bodoh seme mengikut diperbodohkan oleh orang kafir.

Mula2 dia kata orang bukan islam ramai then dia cakap melayu diperbodohkan oleh orang bukan islam. Aik.. kalau dah orang bukan islam yang ramai maka orang bukan islam itu lah yang diperbodohkan oleh orang bukan islam dan orang islam [AMBIGA + A.Samad.Said].

KAH KAH KAH

2. Melayu berdemo, orang kafir dok tepuk tangan.

Cari la ayat lain. Aku dah boring. Kalau fakta, takpe. Masalahnya ia repekan. Ko pergi rumah orang bukan islam satu persatu check dorang tepuk tangan ke? Sohai.

3. Malam2 merdeka neh duduk rumah baca doa lagi bagus. Buat apa bercampur lelaki pompuan.

Hoi gampang. 

Time kerajaan buat konsert takde plak ko memekak benda sama? Masa ada 24 jam. Kita ada 365 hari setahun. 12 bulan. Berdosa besar ke kalau kita bahagikan masa2 tertentu untuk berdoa, untuk bekerja, untuk tidur, untuk bersolat dan untuk MENGUNING? Adakah KEKUNINGAN menuntut masa 24 jam sehingga melarang ko daripada berdoa apa seme?

Bercampur laki pompuan untuk mendapatkan keadilan bukan perkara yang salah sebab perempuan pun berhak atas negara neh. Ini bukan negara lelaki. Ini negara kita seme.

Kalau ke konsert pesta seks bebas ko boleh bagi hujah seperti tue. Tapi dalam soal menuntut keadilan alasan tue boleh direct masuk longkang. Lagipun, sedar lah diri sket. Pejuang2 kemerdekaan bukan terdiri dari orang lelaki jek. Hanya kerana itu yang selalu terpampang di media tak bererti tiada perempuan yang berjuang untuk membebaskan tanahair. Tak percaya? Pergi lah baca sejarah kemerdekaan, PEMALAS.

Bebel dah habis. Sekarang layankan gambar2 neh. Gambar2 neh seme aku amek dari beberapa pages..

1. R.A.M.M

2. Theyellowboutique

3. Semut dan papan kekunci.

4. Pemuda padang terap.

5. Malaysiakini.

6. PDRM.

7. Rakan facebook.

8. Rakan facebook dua.

9. Rakan facebook tiga.
































































 

Sedikit info ;

1. Wall PDRM KL update gambar2 bersih tetapi kita tak boleh view / akses detail seme gambar2 yang dorang update. Ada sesetengah gambar jek. Motif? Aku pun tak pasti kenapa.

2. DBKL siap letak papan kenyataan yang mengatakan kawasan dataran merdeka ditutup.

3. Orang semakin ramai tetapi mynewshub cakap ada seratus orang jek yang hadir. Utusan pun tak pernah buat lawak gini. Pecah perut aku baca. Ada sesiapa bawa kalkulator? Tolong larh mynewshub kira geng.. check sini sendiri.. wakakak.. 

4. Terlalu banyak polis yang berkawal walhal hishamuddin dengan yakin nya bercakap janji demokrasi tidak akan mendapat sambutan luar biasa.. owhh oke tapi motif ramai polis disuruh berkawal tue apa? Rakam video ke apa? Video bersih 3 yang lepas tak siap2 lagi kan? Banyak rabu dah berlalu neh hishammuddin oi.. wakakaka

5. Mat sabu pun mai berhimpun.

6. Selain dari dataran merdeka beberapa lokasi lain pun ada perhimpunan janji demokrasi juga. Antaranya di Melaka dan Ipoh.

7. Kat luar negara pun ada yang berkumpul juga. Lokasinya di Perth, Australia.

8. A.Samad Said menyifatkan program janji demokrasi berjaya.

9. Bacaan sajak oleh A.Samad Said pada malam ambang kemerdekaan merupakan satu kesalahan menurut PDRM dan ia akan disiasat mengikut peraturan sukaahtiaku.

10. Himpunan neh berjaya mengcollect hampir 10,000 orang keseluruhannya.

11. UMNO menyifatkan ia sebagai gagal dan tidak memenuhi misi.

12. Abby abadi pun hadir.

13. UMNO cakap napa A.Samad Said tak pakai kuning.. alamakk nama dia janji demokrasi bukan janji kuning.. elok pakai kuning tapi kalau tak pakai kuning takde hal. Maybe nak elakkan dikesan oleh polis.. almaklumlah himpunan lepas polis siap tahan lagi A.Samad Said kan.

14. Perhimpunan janji demokrasi dicemari beberapa insiden yang tak sepatutnya tetapi ia bukan lah sesuatu yang disokong oleh AJK JANJI DEMOKRASI.

15. AJK JANJI DEMOKRASI alert mengenai insiden2 tersebut dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak yang berkaitan untuk menyiasat dan menyelesaikan hal tersebut. 

Thursday, August 30, 2012

UMNO dengki DSAI berkempen guna BAS.

Alahai bongoknya kawwww

kah kah kah

Sementara tunggu member2 update perhimpunan janji demokrasi di dataran sebab aku tak pergi, kita layankan satu isu yang timbul disebabkan sikap baghal orang umno. Mungkin ramai yang dah tahu yang dsai akan berkempen jelajah satu malaysia guna bas.

Bas tersebut juga boleh menjadi pentas ceramah bila dibuka.. lihat gambar contoh kat bawah neh geng ;



Bas tersebut lebih baik jika dibandingkan dengan bas mewah najib.

Kenapa?

1. Bas mewah najib hanya boleh memuatkan beberapa orang. Bas neh pula sebaliknya. Ramai orang boleh melepak dalam neh. Takde lah sampai satu kampung tapi at least kita boleh muatkan satu team untuk berkempen dari daerah ke daerah or negeri ke negeri.

2. Menggunakan bas lebih pratikal dan jimat dari segi masa dan wang. Mereka boleh duduk dalam satu bas dan berbincang terus agenda yang bakal diucapkan dalam ceramah dan sebagainya.

3. Ia juga pratikal sebab boleh buka terus jadi pentas ceramah. Lihat kat bawah neh geng ;


Nampak tak kelebihan2 yang ada pada bas di atas berbanding pada bas mewah najib? Itu pun tv kemain sembang pongpang najib berkempen naik bas.. cisss setakat bas mewah nak kecoh bagai.. kelakar gilee larh team lue orang.

Bila gambar + isu dsai berkempen guna bas tersebar mula larh geng2 umno mempersoalkan dari mana pkr dapat duit beli bas tersebut? Guna wang pembayar cukai ke? Bahkan ada yang persoalkan gambar dsai kat bas tersebut which is aku rasa bukan isu at all.

Baca sini ;

1. Apa tujuan bas tersebut? Berkempen politik. 

2. Oleh siapa? DSAI.

3. So logik ke tak logik muka DSAI terpampang kat bas tue?

4. DSAI dan wakil rakyat PR akan turun berkempen politik menggunakan bas tersebut.

5. DSAI akan dilantik jadi PM andai PR menang.

6. Jawatan DSAI = ketua pembangkang. So sekali lagi, logik ke tak logik muka orang tue berada kat bas tersebut?

Bercakap pasal modal pula. UMNO.. umno. Korang boleh berkempen buat blog apa seme gunakan wang rakyat tapi korang bising bila PKR buat perkara yang sama? Aku pernah mengulas dulu. Bagi aku tiada masalah untuk UMNO bayar blogger bagi menyebarkan kempen2 politik mereka kerana blogger juga manusia dan mereka perlu hidup.

Apa yang menjadi pertikaian ialah setiap isu2 yang disebarkan itu adakah ia benar2 fakta ataupun fitnah? Apabila kita telah menjadi kerajaan, suka tak suka kita perlukan wang untuk bergerak dan berkempen. Kita tak beli minyak guna air liur oke.

Jika PR asingkan sedikit wang untuk buat kerja2 kempen untuk mendapatkan sokongan orang ramai aku tak nampak kenapa ia jadi satu isu. Jangan sembang kencang sedangkan umno juga melakukan hal yang serupa. Berapa banyak unit tempur yang menggunakan dana awam? Adakah sesiapa bising? Mereka tak bising jika tak fitnah. Mereka bising sebab ia lebih banyak fitnah dan auta berbanding fakta.

Yang penting asingkan peruntukan dengan cara yang betul. Janganlah ko ada rm2juta, 1juta ko gunakan untuk kempen2 politik. Kalau ko gunakan 100 ribu untuk kempen politik logik akal juga.. manakala selebihnya ko gunakan untuk kebaikan rakyat jelata.

Tapi don't worry larh bloggers umno. Sebab itupun tak betul juga. Walaupun aku tak nampak apa salahnya pr mengasingkan sedikit peruntukkan untuk kempen2 politik, mereka tak buat pun perkara tersebut. Bas tersebut dibiayai oleh khalid ibrahim tanpa melibatkan wang pembayar cukai. Maksudnya takde kena mengena langsung dengan wang kerajaan negeri.

Rujuk sini.

Dan mesti lepas neh bloggers umno pertikaikan dari mana khalid dapat duit. Jangan lupa khalid kaya sebelum dia duduk dalam pr. Dan macam bloggers umno sering katakan, dia kaya angkara umno.. so disinilah kebijaksanaan khalid terserlah. UMNO tolong kayakan khalid ibrahim dan khalid ibrahim pula tolong pkr untuk berkempen setelah dia dikayakan oleh UMNO. 

Bagaimana? Adakah sakit ahti anda terhenti disitu?

kah kah kah 

Jangan lupa baca ini juga.

Hebahan berita larangan ke janji demokrasi oleh PDRM.

Yup.

PDRM dah gunakan saluran berita. Aku percaya mungkin akan masuk berita tv3 malam neh. Aku tak boleh tengok berita tue dari awal sebab takde kat rumah on that time der. Kalau buletin utama siarkan ia di awal2 waktu kemungkinan besar untuk aku terlepas menonton ia adalah sangat tinggi melainkan aku berkejar dengan motor untuk balik rumah semata2 nak tonton berita YANG MANA aku rasa buang masa aku jekkk.. 

kah kah kah

Apa pun kat bawah neh ialah hebahan berita oleh BERNAMA ;



Sumber : sini

Polis nasihatkan orang jangan sertai perhimpunan tersebut. Polis mungkin akan memerhatikan anda di mana2 ketika anda sedang bersiap2 nak p berhimpun. Kalau naik kereta, hati2. Sebab polis dah keluarkan notis larangan.

Tetapi geng, aku ada satu idea. Korang boleh cakap tatau. Sebab? PDRM keluarkan notis last minit so mana seme orang alerted dengan benda tue kan? Tue boleh jadi satu alasan juga bagi mereka2 yang mungkin terpaksa berhadapan dengan soal siasat polis.

Kalau tahu pun korang pakat2 je lah cakap tatau. Habis citer.

kah kah kah

Menjelang janji demokrasi - Trak FRU dikesan.

Woww..

Dapat laporan dari member facebook. Aku fikir sesiapa yang berada di jalan sekitar dataran merdeka or tempat yang berhampiran jalan menuju ke dataran merdeka maybe dah perasan dengan kehadiran trak fru. 

Gambar neh di ambil ketika berada di kajang. Lihatlah gambar yang member facebook aku sempat captured ;



Sumber : sini

Kat depan dan kat belakang. Apa pun mohon kekawan baca dan fahamkan mesej oleh ajk janji demokrasi mengenai perhimpunan yang bakal berlangsung malam ini ;

Salam Demokrasi,

Kami dari pihak seketariat #janji demokrasi ingin memaklumkan kepada semua penyokong/peserta bahawa Pn. Maria Chin Abdullah baru saja menerima notis dari pihak polis. Antara kandungan surat ini a

dalah:

a)Gagal memberi pemberitahuan di bawah Sek 9(1),Akta Perhimpunan Aman,2012 ( Akta 736) kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
b)Gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya perhimpunana iaitu Dataran Merdeka di bawah Sek 11 Akta Perhimpunan Aman,2012 (Akta 736)
c)Akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2012.

Justeru,sekali lagi kami ingin memperingati rakan2 sekalian untuk TIDAK:

1) membawa sebarang banner/playcard
2) jangan melakukan sebarang provokasi
3) ikut arahan daripada Penganjur
4) jangan berada berhampiran dengan kawasan 'siaraya RTM' ( kabel & PA System )
5) jangan bawa sebarang alat pembesar suara.

Sekian,terima kasih.
Gabungan Janji

Tolong ek patuhi larangan yang dikeluarkan oleh ajk bersih. Kali neh jangan kita bagi mereka ruang dan peluang untuk lakukan apa2 or jangan layan provokasi mereka.. ingatlah seperkara.. biar mereka buat kita tapi jangan kita balas balik dengan melawan sebaliknya kita  hanya perlu merakam jek.. mereka dapat pukul kita sekejap tetapi kita dapat pukul mereka berkali2 dengan bukti rakaman .. so jadilah manusia yang cerdik akal bukan cerdik fizikal.


ELAKKAN TERLIBAT DENGAN SEBARANG BENTUK PROVOKASI. NO PROVOKASI.. HANYA RAKAM SAHAJA.. SEBAB MENTERI KITA PALING TAKUT DENGAN RAKAMAN.. PASTIKAN MASING2 JUGA BAWA KALKULATOR SEBAB NAK BAGI AHMAD MASLAN DAN RAIS YATIM PINJAM.. MEREKA PERLU BELAJAR MATEMATIK SEMULA..

KAH KAH KAH

PDRM keluarkan larangan berhimpun untuk JANJI DEMOKRASI.

Kuning tak boleh. 

Tak kira lah janji bersih or janji demokrasi korang tak boleh berhimpun di tempat yang korang hajatkan disebabkan PDRM telah mengeluarkan satu larangan melalui satu surat kepada AJK Janji Demokrasi.

Rujuk bawah neh ;







Sumber gambar : sini

Aku puji PDRM. Aku puji juga hishammuddin + rais yatim + najib kali neh. Sebab? Dorang tak cetuskan kontroversi sangat sehingga tarikh perhimpunan tersebut berlangsung. Mencetuskan kontroversi last minit sebenarnya memberikan ruang kelebihan kepada geng2 kerajaan untuk tidak terlalu penat memikirkan helah untuk menjawab balik reaksi / respon balas daripada pendokong2 bersih.

Selepas hari tersebut berlalu, itu lain citer. Sebab tarikh berhimpun dah lepas. Ko nak cakap apa cakap lah yang penting kurang kontroversi + kurang highlight dalam arus perdana + kurang lah orang yang diberikan pendedahan mengenai hal tersebut = mungkin kurang juga sambutan + sokongan ketika hari perhimpunan. Inilah strategi terbaru mereka. Mungkin berkesan dan mungkin juga tidak berkesan.

Nak tahu betul tak betul kita tunggu larh malam neh.

Apa pun PDRM dah mengeluarkan larangan yang jelas. Ini bermaksud jika korang berhimpun juga korang mungkin akan berhadapan dengan apa2 yang tindakan yang PDRM bakal amek. So nasihat aku pastikan bawa kamera untuk rakam segala perlakuan dan elakkan mencetuskan provokasi + bergaduh. 

Datang berhimpun dengan niat yang baik. Perhimpunan neh ialah perhimpunan yang aman. Jangan ulangi apa yang pernah berlaku pada bersih 3. Sebaliknya kekalkan semangat yang pernah wujud pada bersih 2. Biar kita diserang bukan kita yang menyerang. Oke bai.

SAMAN MALU : Utusan kalah dengan Nizar Jamaluddin.


Sumber gambar : sini

Hadoii..

Lagi dan lagi. Mungkin utusan nak cipta rekod ;

1. Akhbar yang paling banyak kena saman.

2. Lepas tue paling banyak kalah dalam kes tuntutan saman.

3. Paling banyak kena minta maaf untuk elak bayar tuntutan saman.

KAH KAH KAH

Apa pun aku faham sangat. Kita sebagai manusia neh tak salah saling maaf memaafkan.. tetapi UTUSAN harus diajar juga.. lainkali kalau dia nak minta maaf suruh dia taip besar2 kat front page dan nyatakan satu muka surat penuh mengenai permohonan maaf.. 

Time sebar fitnah tak hengat donia... tapi minta maaf letak space kecik2 apa barang? Apa pun utusan belum lagi minta maaf kat nizar jamaluddin. Cuma dah minta maaf kat karpal singh aje.. apa pun kita tunggu dan lihat jika utusan nak minta maaf ke or nak bayar wang ke kat nizar jamaluddin..

TUNGGGGGUUUUU..

Video seks pemimpin pembangkang tersebar..

Opsss...

Kantoi..

Mohon sesiapa yang nak tengok jangan salahkan aku lepas dah tengok. Bukan tatau video neh 18sx.. so kenapa pepandai nak klik then sesuka ahti mak bapak kaw salahkan aku? Tengok title sudah. Terang2 gua tulis video seks.. so pepaham larh neh kan video seks..

Nah, video nya kat bawah.. nak tahu sapa yang kantoi saksikan sapa habis oke ;


 

Dengar apa yang aku dengar?

Good.

Sebarkan untuk kebaikan anak cucu kita.. penting. Biarkan rais yatim + najib tergolek

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Pesta Seks malam ini sampai jam 2 pagi.

Pemuda pas marah. Alasan dorang marah tue ialah ;
Pemuda PAS hari ini mengecam keras pesta bikini ‘Wet and Mad Wednesday’ yang dipromosikan secara terbuka anjuran kelab malam The Pool di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan diadakan pada malam ini.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Nik Abduh Nik Aziz berkata, pihaknya menganggap acara ini sebagai pesta seks kerana penganjur tanpa segan silu turut menggalakkan wanita berpakaian seksi dengan mensyaratkan kod berpakaian ghairah termasuk pakaian renang.
“DPPM menganggap acara ini sebagai pesta seks secara terbuka dan terang-terangan yang wajib ditentang oleh semua umat Islam. “Lebih menyedihkan kerana aktiviti ini bukan dianjurkan di negara Barat, tetapi ia sudah bertapak di negara ini.
“DPPM menganggap penganjur telah menghina agama Islam serta mencarik adab serta norma kehidupan manusia. -FMT-



                                    
Umat islam majoriti memang menentangnya. Aku tak berani guna word semua umat islam malaysia. Sebab memang wujud umat islam yang menyokong aktiviti2 seperti di atas kerana ada sebab2 tersendiri. 

Tetapi belum tentu orang bukan islam akan sokong pembantahan oleh pemuda pas ini. Sudah tentu aku senada dengan pemuda pas tetapi aku berharap agar pas lebih terbuka dalam menyuarakan satu2 bantahan.

Pandangan ikhlas aku ;

1. Siasat dulu siapa penganjur event neh. Event neh dipercayai sedang berlangsung.. dijadualkan malam neh. Dorang sedang seronok berbikini2 tue..

2. Lepas dah siasat penganjurnya.. jika penganjurnya bukan islam.. boleh larh cuba sedaya upaya memastikan event neh TIDAK dihadiri oleh orang islam. Jika penganjurnya orang islam, boleh larh tutup terus kelab tersebut.. kan? 

3. Jika penganjur tersebut bukan islam secara sengaja membenarkan orang2 islam terlibat dalam event tersebut, pun boleh juga ditahan dan tutup terus kelab dia..

4. Walaupun aku sangat bersetuju event seperti neh tidak juga patut dihadiri oleh orang2 bukan islam tetapi buat masa sekarang aku rasa malu nak cakap begitu.. sebab apa? Daripada aku larang orang bukan islam hadir ke event neh baik aku cari jalan untuk pastikan umat islam yang menonong keluar kat tv, majalah dan sebagainya jaga akhlak, pakaian dan imej mereka terlebih dahulu.

Dalam pada kita pongpang2 nak membanteras aktiviti tidak bermoral bukan islam kadangkala kita terlupa aka tak sedar diri yang umat islam sendiri masih banyak yang terabai. 

Selesaikan kes ikut tingkat keutamaan. Bukan pula aku menyokong kepada aktiviti2 seperti neh bahkan aku percaya orang2 bukan islam yang mempunyai kepercayaan atau ada agama juga tidak akan bersetuju dengan event seperti itu.. tetapi macam aku sebut tadi.. selesaikan kes ikut tingkat keutamaan..

Jika ada umat islam yang lalai bertembung dengan bukan muslim yang liar.. siapa yang perlu kita pimpin dulu? Faham bukan? Walaupun kelab malam itu tidak patut menganjurkan pesta maksiat tetapi jika ia menganjurkan untuk orang2 bukan islam.. apa jek kita nak cakap? 

Mereka bukan islam so pesta bikini ke seks bebas ke apa ke nak kesah apa ? Halal atau haram tidak terpakai untuk mereka bukan? Sama macam kes babi dan arak. Kita tak boleh makan babi, tak boleh minum arak, tetapi larangan tersebut tidak terpakai untuk masyarakat bukan beragama islam. Ia khusus untuk orang islam semata2. 

Jika pas boleh mengasingkan hudud dengan mengatakan ia hanya untuk orang islam semata2, apa sebab pas tak boleh berfikir bahawa halal dan haram dalam islam itu juga terpakai untuk orang islam semata2?

Ya, aku tak nafikan sama sekali. Bila bala datang, ia datang kepada seme. Bukan kepada orang bukan islam jek yang kena bahkan kepada orang2 islam itu juga. Tetapi aku cadangkan agar kita selesaikan kes ikut tingkat keutamaan. Masih ada banyak perkara kritikal yang membelenggu umat islam.. kita sedang dipandang enteng kerana cakap tak serupa bikin..

Kita melarang + menegur orang bukan islam yang berbikini tetapi dalam waktu yang sama orang2 islam kita pun telah terkantoi banyak kali berbikini.. kenapa tidak kita tangkap dan tahan mereka untuk diberikan pengajaran? 

Perkara dah lepas?

Tidak dilakukan dalam disko?

Tidak dibuat dalam satu acara / keramaian?

Itu ke alasan kita? Kalau diperhatikan betul2, punca utama event neh dilarang adalah disebabkan pakaian bukan? Menurut anda, bagaimanakah pakaian sesetengah umat islam di malaysia? Pakaian artis2 islam kita? Tolong larh berkata2 yang benar.. 

Jika dari awal lagi kita sudah ambil langkah pencegahan, langkah untuk menguatkuasakan peraturan2 tertentu, nescayalah bantahan kali neh sudah semestinya relevant dan kena pada tempat..

Sejujurnya aku tak pasti sejauh mana umat islam bakal terlibat dalam event neh. Jika ada, aku mohon JAKIM atau sesiapa yang berkuasa dalam jabatan agama, pergi tangkap. Jika tiada, aku berharap kita belajarlah berlapang dada sementara kita sedang dalam usaha menguatkan jemaah kita..

Ingatlah, suasana seperti neh bukan suasana yang baru..ia dah lama diwujudkan sejak bn mentadbir negara neh. Dan sesuatu seperti neh sebenarnya perlukan strategi yang TEPAT supaya kita tidak dilihat terlalu menekan sesuatu perkara yang bukan pada tempatnya. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...