Kaki melawan

Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ads

Saturday, June 30, 2012

Tahun-tahun terburuk aku.

Sepuluh tahun sebelumnya.

1. PAS = Parti yang sesat.

2. TGNA = Tuan Guru yang jahat.

3. Baca utusan = percaya utusan.

4. Tonton buletin utama = percaya buletin utama.

5. Menganggap berita ialah sefakta faktanya.

6. Percaya akhbar arus perdana sehabisnya.

7. Gunakan internet untuk meroyan dan mengorat.

8. Suka dunia hiburan yang melalaikan tetapi kedekut nak keluarkan duit untuk artis.

9. Suka fashion tak peduli hukum.

10. Politik adalah bullshit. Bullshit adalah politik. 

11. Mahathir adalah agung.

Sepuluh tahun selepasnya.

1. Politik tak bullshit. Yang bullshit ialah pemain2 politik yang licik.

2. PAS tak sesat. Yang sesat itu berita.

3. Utusan bukan pelapor tetapi pereka fitnah.

4. Buletin utama ialah cerakarama dalam bentuk berita.

5. Berita tak semestinya fakta.

6. Media arus perdana sakit jiwa.

7. Gunakan internet untuk cari info, ilmu, kebenaran dan tengok pakwe2 aku yang cute.

8. Suka fashion tapi terai peduli hukum.

9. Mahathir ialah insan biasa. Hati terluka sebab ditipu oleh tokoh terkemuka ini.

10. TGNA bukan setan dan bukan pula sesat seperti yang umno selalu bilang di tv3.

11. Ada misi dan visi untuk mengubah malaysia.

Sebelum dan selepas. Jangan duduk dan percaya tanpa kaji satu2 cerita macam aku dulu2 oke. 


Ameno : Apahal aku boh gambar neh weh? Ekekeke..

Tidur dalam khemah 32 hari takde masuk buletin utama pula..

Karam Singh Walia masih hidup lagi kan? Aku rasa ye sebab pernah terdengar suara dia potpetpotpet pasal lynas hari tue. Kalau betul dia masih hidup apasal dia tak masukkan isu orang yang tidur dalam khemah selama 32 hari akibat aktiviti pembangunan di cameron highland tak masuk tv3 plak?

Lagi sorang wartawan pompuan tue apa nama dia? Aku lupa nama kakak tue. Kan ke dia dan karam singh walia dikenali sebagai penyelamat alam sekitar? Apahal mereka acuh tak acuh jek apa yang berlaku di pahang? Najib marah ke apa?

kah kah kah

Korang tengok video kat bawah neh. Sebenarnya ramai orang tak percaya perkara2 seperti neh telah dan masih berlaku di malaysia. Bagi mereka malaysia ialah negara yang paling selamat dan aman.  Tapi sebenarnya malaysia takde lah seaman mana pun.

Kalau aman takan lah orang yang buat report polis untuk meminta keadilan kena siasat dengan polis balik? Orang yang buat kesalahan dilepaskan, orang yang memohon keadilan plak kena macam2. Lihat laporan video dari team harakah. Pakat sebar2kan oke ;

 

Ameno : Dah 32 hari tunggu karam singh walia buat coverage.. tak kunjung2 tiba.. tak jumpa jalan kot.. dia tahu ke kilang lynas jek.. ekekeke..

Gempar : Dokumen kos perbelanjaan karnival terima kasih rakyat tersebar.


7 April 2012,  Kerajaan campuran PKR-DAP-PAS Selangor telah merayakan Ulangtahun ke-4  memerintah Selangor. Perayaan penuh mewah bernilai RM1 juta  itu  diadakan pada 7 April 2012 di Stadium Melawati, Kuala Selangor.  


Jumlah perbelanjaan RM1 juta dalam perbelanjaan sambutan empat tahun tersebut disahkan sendiri oleh beberapa pegawai dan kakitangan Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan Setiausaha Sulit Menteri Besar iaitu Norzatun Aini. 

Macam neh, bloggers umno sekarang sebarkan dokumen di atas neh dan mengaitkan ia dengan pakatan rakyat di selangor. Mereka kata ia satu pembaziran. Bagi aku ia memang pembaziran kalau rakyat tak dapat manfaat satusen pun. Kalau dapat manfaat oke tapi kena nilai juga samada bayaran tue setimpal atau tidak dengan perkhidmatan yang telah ditawarkan. 

Tapi sebelum kita melangkah jauh lebih dalam mengenai isu neh apa kata kita pastikan dulu bahawa dokumen neh sebenarnya dokumen ori atau tidak? Apahal bloggers umno main sebar dokumen sekerat2 macam neh tanpa apa2 reference?

Apa bukti bahawa dokumen ini sahih? Aku bukan tuduh apa2 aku cuma minta bukti yang lebih konkrit bagi menunjukkan dokumen di atas adalah tulen. Kalau bloggers umno boleh buktikan dokumen yang disebarkan itu tulen dan disahkan sendiri oleh norzatun aini sebagaimana yang bloggers umno sebut sendiri maka kita boleh pergi lebih jauh, dalam isu tersebut.

Kalau yang neh pun korang takley buktikan so jangan buang masa kita seme untuk melayan isu tersebut. Bak kata pepatah, umno dan fitnah, berpisah tiada. Jadi buktikan dulu dokumen yang korang sebarkan tue bukan fitnah then baru kita berhujah sapa betul dan sapa salah. Oke?

kah kah kah

Ameno : Apahal aku tiba2 teringat kat penyebaran invois kpop tue hah? Ekekeke..

Friday, June 29, 2012

Menjawab bloggers umno isu gambar Altantuya di FRANCE adalah FAKE.

Bloggers umno dok kata kami siarkan gambar fake, super impose dan fitnah. Kenyataan mereka boleh dilihat kat sini dan sini.

Peh.

Kemain marah pengkomen2 di blog aku. Takpe. Freedom of speech. 

Blogger umno kata ;


Sebab? Blog dsai telah petik berita dari malaysiakini yang melaporkan mengenai isu gambar Altantuya. Hoii.. sepatutnya malaysiakini lah bodoh. Bukan anwar ibrahim. Tapi lebih tepat orang yang kata gambar2 tersebut di paris larh bodoh. Bukannya anwar ibrahim mahupun malaysiakini atau aku.

kah kah kah

Isu pertama oke. 

Kata blogger umno ;

Gambar yang di dakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral, Paris sebenarnya adalah suatu pembohongan besar.




Altantuya sebenarnya tidak berada di Paris, malah mendiang Mongolia ini sebenarnya bergambar dihadapan sebuah bangunan dinamakan Gothic Cathedral Duomo, di Milan, Itali.

Dan mereka berikan gambar kat bawah neh sebagai hujah. Kata mereka gambar kat bawah neh dan gambar Altantuya kat atas ialah di satu lokasi yang sama iaitu di italy bukan di perancis. Lokasi yang dimaksudkan ialah Milan Duomo Gothic Cathedral Saint Mary Nascent 1386.


Kat bawah neh pula ialah gambar bangunan yang dimaksudkan oleh blogger umno. Iaitu Milan Duomo Gothic Cathedral. Aku nak  korang lihat bangunan tersebut dari pelbagai sudut.

Dan blogger umno pula berikan gambar Notre Dame Cathedral sebagai hujah bagi menafikan Altantuya pernah berada di perancis ;


Dan beberapa gambar lain. 3 dari sudut jauh dan satu dari sudut dekat. Lihat sini.  Dan, aku juga telah lakukan carian google. Ini pula gambar2 yang aku dapati di google atas nama Notre Dame Cathedral, Perancis.






Rujuk sini.

Memang dari jauh nampak sama. Tetapi kalau diperhatikan betul2 memang ada perbezaan. Dan aku telah lakukan sedikit analisis bagi memastikan apa yang blogger umno hujah neh betul ke tak betul. Aku tak tengok pada bangunan tapi aku tengok pada lantai. Korang lihat sendiri kat bawah neh ;


Kalau tengok pada struktur bangunan memang dari jarak dekat sukar nak cari perbezaan church di milan dan church di paris. Warna dan reka bentuk agak serupa. Tetapi corak hiasan cermin ada perbezaan. Aku dah perhatikan. Aku agak mengiyakan kata2 blogger umno bahawa gambar tersebut kemungkinan besar di milan bukan di paris.

Sebab? Lihat gambar kat bawah neh oke ;


 
Gambar pertama church di paris manakala gambar kedua ialah church di italy. Kalau diperhatikan lantai dalam kedua2 gambar tersebut, memang lantai di gambar kedua iaitu italy ada persamaan dengan lantai yang Altantuya pijak.

Oke, takan sekarang asia sentinel nak menipu pula? Asia sentinel telah melaporkan ;

On Dec. 5, 2007, Asia Sentinel published 10 pictures of Altantuya in a variety of poses on a variety of locations in Paris including in front of Louis Vuitton’s iconic store as well as the Eiffel Tower, the Cathedral de Notre Dame, the Place de Concorde and other locations. At least one blogger questioned whether the pictures were faked. They were transmitted to Asia Sentinel by the Mongolian Honorary Consul to Malaysia, who would hardly have been suspected of faking them.

Rujuk sini untuk full story.

The thing is, the person yang reported gambar tersebut di paris wasn't malaysiakini tetapi wartawan asia sentinel. Aku terpedaya sebab never been there. Perhaps many of us pun never been there. So no wonder kita tidak tahu. Yang penting setelah kita tahu, kita perbetulkan kesalahan kita bukan teruskan lagi kesalahan tersebut. 

Namun ketika mula2 mereka published gambar2 tersebut pada tahun 2007, mereka tak mentioned pun pasal lokasi apa seme kecuali bagitau yang Altantuya sedang bercuti ke eropah ;

From a series of pictures made available to Asia Sentinel by Syed Abdul Rahman AlHabshi, the honorary Mongolian Consul General in Malaysia, Altantuya looks like nothing more than an attractive young woman off on the trip of her life to Europe. AlHabshi declined a request to say where the pictures came from but they are believed to have been found among her possessions after she was killed. She looks happy. Perhaps she was with her lover when these were taken. Her family has declined to elaborate on the circumstances of the pictures.

Full news kat sini.

So ini bermakna kemungkinan besar wartawan asia sentinel tersalah tulis daripada europe menjadi paris. Kesilapan neh nampak kecil tapi kadang2 kalau tukar europe kepada paris boleh membawa pelbagai persepsi. So tak sesuai langsung. 

Apatah lagi gambar2 tersebut tak seme nya di paris kan. Kalau diperhatikan gambar2 altantuya yang tersebar di beberapa lokasi lain selain dari duomo gothic menunjukkan lokasi2 tersebut sememangnya di paris. 

Walaupun altantuya tak bergambar di notre dame itu tak bererti altantuya tak pernah menjejaki perancis. Dia mungkin di anggap bergambar di notre dome sebaliknya gambar sebenar ialah di guomo gothic. 

Itu tak mengubah apa2. Itu cuma menjelaskan bahawa oowwhhh bukan amek gambar di notre dome rupanya. Bangunan tue kat italy. Jadi dia telah pergi ke italy, perancis dan lain2 tempat rupanya. Itu jek.

Jika blogger umno menganggap tidak bergambar di notre dome bererti tidak menjejaki paris sebenarnya itu tak tepat. Tidak bergambar di notre dome bererti tidak bergambar di notre dome. Bukan bererti tak pernah menjejaki paris.

Itu satu. Kedua blogger umno menganggap bahawa gambar2 Altantuya yang menunjukkan dia benar2 berada di paris adalah merupakan gambar2 fake dan super impose. 

Kata mereka ia dapat dibuktikan dengan perisian tertentu. Sebenarnya perisian tersebut memang boleh mengesan satu2 gambar tue telah di edit atau apa.. tetapi sayangnya ia tidak cukup berkesan untuk membuktikan bahawa satu2 gambar tersebut ialah super impose mahupun sebaliknya.

Kenapa aku cakap begitu? Dulu aku pun pernah guna software tersebut. Aku amek satu gambar. Aku cerahkan then aku gelapkan. Aku bukan ubah apa2 pun. Cuma cerahkan dan gelapkan. Lepas tue aku tambahkan tulisan. Itupun dia bagi analisis bahawa gambar tersebut telah diedit.

So, perisian macam neh mana boleh disandarkan jadi hujah. Apatah lagi jika sendiri lakukan editing dan sendiri check untuk dapatkan result tertentu. Lagi lah tak boleh pakai. Maksud aku kat sini sesiapa boleh save apa2 gambar then sesiapa boleh uji gambar tersebut melalui software yang dinyatakan then sesiapa pun boleh mendapatkan result yang di ingini. Simple bukan? 

Dulu2 aku pernah guna software tersebut. Tetapi setelah mengenali fungsi software tersebut akhirnya aku dah faham macam mana. Jadi aku tak gunakan dia lagi. Kalau tidak dah lama dah aku guna untuk check gambar2 super impose. Buat apa sibuk tanya orang satu2 gambar tue real atau gambar super impose.

Gambar super impose bererti gambar tue tak wujud. Gambar edit bererti kita nak cantikkan gambar tersebut ataupun edit bagi tujuan tertentu tanpa mengubah struktur asal gambar tersebut.  Apa yang akan berlaku dalam gambar Altantuya ialah gambar2 dia berada di paris akan dinafikan oleh blogger umno sebagai gambar super impose. 

Dan mereka akan jadikan software tersebut sebagai hujah. Aku nak cakap hujah tersebut tiada kredibliti. So jangan buang masa. Nasihat ikhlas dari aku neh oke. 

kah kah kah

Rekod kemasukkan dia ke paris sebenarnya tiada tetapi tak semestinya dia masuk ke sana atas nama Altantuya Shariibuu. Walaupun kita takde bukti yang kukuh nak mengaitkan dia dengan najib razak secara langsung sekurang2nya kita ada bahan nak mengaitkan Altantuya dengan razak baginda. 

Kaitan razak baginda dengan najib razak pula ialah skandal scorpene. Seme benda neh saling kait mengait. Sayangnya yang tahu cerita samada dah mati dibunuh ataupun lari sebab di ugut. Yang hidup pun menyorok tah ke mana. Yang ada cuma lah najib razak dan rosmah mansur. Dua individu neh takan buka mulut selagi bn masih memerintah. Nak tahu cerita sebenar undi lah PR. Oke?

kah kah kah

Ameno : Ada sapa2 nak sponsor aku ke itali dan paris untuk sahkan gambar2 altantuya tersebut kat mana? Aku tunggu jek neh.. ekekekek..

Hot : Misteri persembunyian Daniyar bakal menantu Najib terdedah. - UPDATED!

Daniyar neh pergi menyorok. Pergi sembunyi selepas skandal penipuan nya terdedah. Daniyar menipu dalam dua perkara. Satu berkaitan dokumen yang diubahsuai konon nya dia menamatkan pelajaran tinggi di kazakhtan tetapi sebaliknya dia tidak pernah bersekolah di sana bahkan tidak pernah pun berjaya menamatkan pelajaran di sekolah tinggi pun. 

Tapi dia menggunakan dokumen palsu untuk memohon kemasukkan ke university of columbia. Melalui dokumen tersebut lah dia berjaya mengesahkan tempat dalam university tersebut, tempat di mana dia bertemu dengan tunang nya yang juga anak kepada najib razak, pm malaysia sekarang.

Yang kedua daniyar menipu mengenai pembelian sebuah kondo mewah. Kondo tersebut dibeli menggunakan wang bapa tirinya. Bapa tiri nya mengamanahkan dia untuk melakukan urusan jual beli tetapi dia letak nama mak dia sebagai pemilik kondo tersebut. Kemudian mak si daniyar telah menjual kondo tersebut dengan harga USD 1dollar [apasal macam pernah ku dengar di malaysia ek.. ?] kepada daniyar. Menjadikan kondo tersebut hak milik daniyar.

Maira Nazabayez dan bapa tiri daniyar telah sah bercerai tahun lepas selepas polis mula menyiasat aktiviti2 hitam si maira. Maira kini telah ditahan oleh polis. Info lanjut mengenainya korang boleh baca sini sendiri. Sekarang kita bukan nak citer bab maira tapi citer bab daniyar nazabayez neh.

Citer dia agak best sebab tunang dia anak najib dan rosmah. Dan najib dan rosmah ialah pm malaysia bersama. Sebab tue citer neh jadi kontroversi apa seme. Kalau korang baca TMI, korang akan nampak TMI ada update mengenai isu di mana kah bakal menantu rosmah berada. 

Lihat bawah neh oke. Sedikit petikan untuk korang ;


Untuk berita lanjut korang boleh baca sini.

Apa kaitan berita di atas dengan lokasi sebenar daniyar? Nak tahu apa kaitannya, korang kena tengok dengan teliti gambar2 kat bawah neh oke ;


Perhatikan muka daniyar baik2.



Perhatikan pula gambar di atas neh baik2. Itu bukan pokok paya bakau ke yang kat belakang tue? Dan askar2 yang berada di belakang tue ada macam askar omputih ke? Tengok jenis tanah dan sungai..


Tengok jalan tar, reka bentuk bangunan, kabel dan seme2 yang ada di dalam gambar di atas. Korang rasa macam biasa lihat tak pemandangan neh? Ada tak dengan pemandangan yang biasa di lihat di malaysia? Ke pemandangan yang biasa di lihat di Sandhurst, Surrey? 


Aku tak nafikan wujudnya kemungkinan berlaku pertukaran latihan antara tentera malaysia dengan tentera diraja Sandhurtst. Aku juga tak nafikan yang mungkin daniyar berada di sana atas sebab2 tertentu yang mungkin di uruskan oleh akedemi tentera nya. Jadi aku takmo salah sangka melulu.

Hopefully kepada yang berkenaan boleh sahkan wujud ke latihan seumpama itu? Betul ke ada latihan lawatan antara tentera2 dari pelbagai akedemi luar negara dengan malaysia? Kalau takde apa kejadahnya si daniyar berada di malaysia? Berlakon ke apa?

Jika betul berlakon, sapa uruskan daniyar ke sini? Adakah malaysia tempat persembunyian daniyar? Kenapa dia taknak reveal lokasi sebenar dia kepada media kalau sungguh dia tak bersalah?

Phewwwww.. pelbagai persoalan timbul. Najib, najib. Ko memang kontroversi habis. Tak cukup dengan rosmah mansur, kini dengan isu bakal besan plak. Macam mana nak dapatkan persepsi baik kalau berita tak baik mengenai ko sentiasa tersebar?

kah kah kah


Info berkaitan mengenai isu di atas klik sini dan sini.


BACA seme sekali oke.

Updated 29 june 2012 ;



Siap guna nama samaran tue beb. Biar betul?

kah kah kah

Check google sendiri kat ==> sini untuk uniform sandhurst.

Dan baca milosuam bab penyamaran. Klik sini.

Ameno : Confused den.. sandhurst dah tukar lokasi dan uniform ke apa? Ekekeke..

Thursday, June 28, 2012

Skandal rasuah terkini : 5 soalan untuk Awang Adek !


Oke, mungkin ada yang dah baca mengenai dakwaan salah laku terbaru yang membabitkan awang adek. Bagi yang belum baca mohon baca kat sini terlebih dahulu untuk fahamkan isu sebenar ==> klik sini.

Kenyataan media PKR mengenai isu neh agak panjang so aku maleh nak paste sini tetapi ada 5 persoalan penting yang awang adek kena jawab bagi menepis seme persepsi dan persoalan yang bermain2 di minda kami. Soklan2 tersebut ialah ;
Justeru KEADILAN meminta Awang Adek untuk menjelaskan beberapa keraguan:

1. Mengapakah pada 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara  kepada Vertex United Sdn Bhd pada harga RM550,000.00?

2. Mengapakah Chung Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek ke Tokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999?

3. Benarkah isteri Awang Adek membeli Honda Civic 1.6 menerusi Chung Hon Cheong dan benarkah beliau yang membayar ansuran bulanan sebanyak RM2122.00 sebulan?

4. Benarkan Chung Hon Cheong membuat sumbangan (donation) kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang Adek?

5. Siapakah yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana?

Ada banyak lagi maklumat mengenai pelbagai pembayaran insuran hartanah, pembayaran road tax, pembelian kereta, bayaran pengaturan permainan golf, pembayaran bil telefon yang membabitkan Awang Adek dengan Chung Hon Cheong.

Kes-kes ini seolah-olah menunjukkan, wujudnya hubungan rapat bekas Penolong Gabenor BNM dengan syarikat yang memperolehi kontrak jutaan RM dari BNM.

Apakah hubungan ini boleh dijadikan asas untuk Chung Hon Cheong menggunakan pengaruhnya kepada pengurusan atasan BNM untuk menganugerahkan kontrak kepada beliau?

Sehubungan itu, KEADILAN memberikan tempoh tiga minggu untuk Awang Adek menjelaskan segala dakwaan yang disenaraikan terhadap beliau.

KEADILAN  juga mencabar Awang Adek untuk menafikan beliau mempunyai hubungan erat dengan individu dan syarikat terbabit.

KEADILAN akan mengemukakan langkah susulan dan mengemukakan bukti-bukti tambahan selepas penjelasan Awang Adek dibuat.

Awang Adek tidak seharusnya hanya berani mencabar Kelantan dalam isu Dinar, jawab dahulu cabaran kami!

DATO SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Machang

Aku percaya awang adek memang akan jawab dalam masa beberapa hari. Aku tak hadap sangat pun penjelasan dari dia sebenarnya. 

Sebab aku nak tunggu pkr dedahkan bukti jek. Masa tue baru best tengok awang adek kelam kabut bagi alasan untuk cover segala apa yang patut. Siyes. Tak sabar2 nak tengok wayang tepis dan elak beb. Mesti kelako.

kah kah kah 
Ameno : Senang2 ko ngaku je larh awang adek.. tutup wayang.. ekekeke..

Watikah istimewa dan gambar Mahathir yang bersolat.


Ini lah yang sedang disebarkan oleh orang2 umno. Aku pun pelik. Ada ke mereka benar2 berfikir sebelum menyebarkan satu2 hal? Bukan apa, kalau nak meraih sokongan atau apa pun tengok lah dulu caranya. Kena ke tak kena ke, neh adoii korang layankan sendiri apa benda yang depa dok kempenkan sekarang.

Muslimin & muslimat,

Insan ini bukan ulamak, namun dia tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim.

Dia mengaku ilmu agamanya tidak sehebat TGNA, tapi dialah yang mengerakkan negara islam yang lain untuk membantu ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serb.

Dia pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

Insan ini digelar Maha Firaun, dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Zionis keatas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia, dia tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa.

Ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya, dia dijemput oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.

PALING UTAMA 


Seumur hidupnya, dia tiada video seks dan tidak pernah menyokong usaha menyelamatkan negara Israel.

Oke, oke aku faham. 

Dia nak kempen umno menggunakan pengaruh mahathir. Oke, aku takmo komen bab mahathir sebab aku rasa mahathir pun taktau hal neh. Bagi aku kalau mahathir tahu dia pun akan rasa runsing. Agak2 lah woii nak gunakan gambar dia sedang bersolat lepas tue cakap seperti kat atas neh. Aku rasa dia pun reti segan gak nak tayang2 amalan dia seperti tue.

Tapi aku agak sedikit heran dengan orang yang buat karangan di atas. Ko nya ayat sebenarnya agak tak berapa betul larh. Mungkin penggunaan bahasa ataupun keterangan ko yang tidak cukup jelas menyebabkan orang yang membacanya cenderung untuk salah faham. Toksah pergi jauh, aku letak diri aku jek sebagai pembaca cukup.

Bab ko cakap begini ==>  Insan ini bukan ulamak, namun dia tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim.

Beb, solat tue bukan kira untuk ulama ke apa ke beb. Solat = umat islam yang akil bahlil, cukup syarat = wajib tunaikan ia. So ayat ko kat sini dah tak betul. Tak perlu ko nak angkat darjat mahathir lebih2 cam gini sebab tak kena gaya beb. Ubah balik ayat2 lue. Kang lue gak yang kena kritik. Gua nasihatkan jek.

Then bab ko cakap begini ==>  Ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya, dia dijemput oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.

Aku faham jek maksud ko tapi aku rasa ko dah menyampaikan sesuatu yang salah. Ko bercakap seolah2 mahathir neh terlalu agung. Macam mahathir sorang jek pernah jejak kaabah. Menggunakan perkataan dijemput oleh Allah swt sebenarnya aku faham bahasa sastera tapi penggunaan nya tak berapa kena disitu beb. 

Lebih2 lagi ko dahului dengan ayat seolah2 orang islam berpartikan selain dari umno, mendoakan kecelakaan untuk mahathir. Sapa? Bagi lah tahu orang nya.. cakap biar jelas dan direct beb. 

Supaya kami boleh pastikan ko tak fitnah. Ayat terlalu general tah betul tah tidak ada orang pernah mendoakan kecelakaan untuk mahathir tah2 rekaan ko sendiri. Mana nak tahu kan? Part last yang aku tak boleh blah tue.. tak habis2 nak kempen bab video seks. 

Kalau watikah special neh dibuat semata2 nak herdik dsai, ko jadi jujur je larh beb. Ko herdik je lah dsai dari a sampai z. Supaya orang2 yang baca boleh balas herdikan ko. Tak payah guna ayat bunga2 apa seme untuk meraih simpati bagi tujuan kempen beb. 

Sebab, tak kira lah sebunga mana pun ayat2 ko akhirnya ko tetap terkantoi sebab tak pandai karang ayat. Nah, kan aku dah komplain cara ko tulis karangan. Inilah buktinya beb.

kah kah kah
Ameno : Seram siot baca ayat depa puja mahathir.. ekekeke..

Persamaan UMNO Dan Ikhwanul Muslimin.


Macam neh. Ada penyokong umno minta sebarkan. Kata dia ;



Persamaan Logo Ikhwanul Muslimin dan Logo Umno/Barisan Nasional Yang Cuba Ditutup Oleh Ahli PAS !!! Sebarkan
.


Oke larh aku dah sebarkan. Harap dia berpuas ahti larh sebab aku dah tolong dia sebarkan. Walaupun ketika sebarkan aku sempat juga berfikir bila masa pula pas cuba menutup persamaan tersebut.. ingat pas takde kerja lain ke apa..?

kah kah kah

Dah alang2 kita nak sebarkan persamaan umno dengan IM apa kata kita sebarkan seme sekali. Baru lah orang boleh kenal dengan lebih dekat apa itu UMNO dan IM kan?

Meh aku mulakan dulu.









Amacam? Ada sapa2 nak tolong edarkan tak? I help u already umno, u help me lah pula. Oke?


kah kah kah


Ameno : Nak samakan sangat, meh kita samakan betul2..

Kenyataan RASMI BN mengenai isu pengantungan AMBIGA sampai Mati.


Lihat kat atas neh. Kenyataan rasmi dari bn mengenai isu pengantungan ambiga sampai mati yang dicadangkan salah seorang mp umno dalam parlimen semalam. Aku tak heran dengan kenyataan mp dari umno sebab ini bukan kali pertama ek geng2 umno mendesak agar ambiga dihukum dengan pelbagai cara. 

Ada yang suruh buang negara, ada yang suruh lucut kerakyatan, ada yang suruh masukkan dalam penjara dan pelbagai perkara lagi larh. Benda basi. Not a new thing larh orang kata. So memang tak heran. Tapi aku sedikit heran dengan tindakan drastik bn mengenai insiden tersebut.

Kenapa pula depa beria2 cuba menjadikan kenyataan mp umno tue bukan mewakili pendirian bn? Bukan kah selama neh mostly umno memang beria2 desak agar ambiga dihukum? Apakah umno dah kena ugut dengan MIC? Alarh.. jangan taknak mengaku oke. Aku dah baca kat TMI tadi. Rujuk sini.

Inilah time nak buat perangai cam korang. Kalau time pas, korang mesti kata pas kena buli dengan dap larh pkr larh apa jadah larh.. sekarang neh time mic arahkan umno dan bn agar stop serangan berterusan terhadap ambiga or bakal hilang sokongan dari kaum india.

Aik? Kena ugut ka umno? Sudah takut ka? MIC aje pun.. kata umno tue leader, takan anak buah ugut sikit lue dah cuak? At least dap ada kerusi banyak dalam PR.. ada logik juga kadangkala pas terpaksa berkompromi.. tapi sekarang UMNO yang ada banyak kerusi dalam parlimen, pasai apa big boss kena tunduk kat anak buah? Dah takde tutttttt ke apa?

kah kah kah

Sorry arh.. gua tanya je sebab heran. Itulah gua dah pesan. Lenkali lantik lelaki jadi pm, lelaki oke. Pastikan lelaki sejati. Bukan lelaki pondan or lelaki lembik. Kan dah terkantoi kena buli.

kah kah kah

Ameno : Umno kena buli.. ye yeh.. umno kena buli.. ekekeke..

Wednesday, June 27, 2012

Peserta NGO pro umno mengadu kat paper yang dorang cedera..

Kejap.

Aku nak gelak dulu.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Member mengadu siot. Member kata cedera dibelasah. Siap tunjuk gambar lagi. Alololololooo kesian nya aku tengok. Sakit ke bang?

kah kah kah



Calar sikit di hidung tetap merupakan satu kecederaan. Aku tak nafikan. So aku tumpang gelak je lah ek kat ko. Oke?

kah kah kah

Tapi kalau nak dibandingkan dengan kat bawah neh ;


Kalau abang ngo pro umno tak tunjukkan kecederaan dia lagi oke kot.

kah kah kah

Tak boleh blah betul. Tercalar sikit jek kemain ko mengadu masuk paper apa seme. Ingatkan teruk larh sangat. Rupa-rupanya calar sikit jek pun. Itu pun berani lagi tayang muka kat akhbar.. kalau aku malu siottt.. elok buat2 mengaku tak cedera daripada cedera.

kah kah kah

Kelakar sey..

Baca blog aduka taruna pasal isu neh kat sini oke ==> klik sini.

Sumber gambar : sini

Ameno : Bab hidung bercalar tue ada tak tv3 laporkan? Ekekeke.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...