Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Mei 2012

Video Rosmah Menyanyi Lagu KPOP tersebar.

Alalalalalala..... here i come my "biggie piem". I am your dedicated stalker so must be compulsory for me to be alert this video oke.

kah kah kah

Comel dowh rosmah nyanyi lagu nobody neh. Aku pun nak ikut arh. Automatik lagu neh akan jadi lagu febret aku. Confirm.

kah kah kah

Lihat video kat bawah neh oke ;


Tapiiii aku tak jamin kalau ada orang yang bakal koma lepas tengok video neh oke. Aku oke jek dengan video neh. Almaklumlah aku big fan of rosmah aka stalker sejati dia tapi korang lain pula.. so aku tak jamin oke.. segala akibat yang mendatang selepas menonton video neh adalah tanggungan sendiri jangan babitkan aku plak der..

kah kah kah

Ameno : Rosmah reti joget siott.. ekekeke..

Skandal Zahida Rafik : Saya lihat dia masukkan 1juta - Saksi. [VIDEO INSIDE]

Meletup.

Kebabommmm..

Mari kita lihat satu video. Video neh pengakuan dari saksi yang bernama nor azman. Siapa nor azman neh? Nor azman ialah individu yang membongkarkan satu skandal yang dipercayai melibatkan zahida rafik dan shafie afdal. Nor azman neh ialah bekas pekerja shafie afdal yang bertugas sebagai pemandu peribadi kepada zahida rafik.

Kalau begitu kat sini rasanya boleh kita assume bahawa nor azman neh bekas pekerja shafie afdal bukan bekas pekerja zahida rafik walaupun dia tugaskan untuk menjaga zahida rafik. Benda neh kecoh bila zahida rafik keluar satu kenyataan di media yang mana zahida bagitau bahawa duit dia kena curi sebanyak rm200ribu.

Mula2 dia senyap selepas sebulan baru dia dedahkan hal sebenar. Aku rasa dia senyap sebab benda neh melibatkan menteri umno. So sepanjang masa tue maybe dia telah mengambil pelbagai pendekatan, nasihat, pandangan, berfikir dalam2 sebelum berani tampil ke depan untuk mengatakan semua hal di atas.

Menurut kenyataan nor azman neh juga, dia telah ditahan reman selama 3 hari, rumah digeledah dan diselongkar tetapi polis tidak menemui duit dan apa2 bukti bagi membuktikan tuduhan zahida terhadap nor azman. Sepatutnya tuduhan tue kena lah ditarik balik kan sebab takde bukti? Betul tak?

Dan aku juga berpendapat sama macam zuraidah dalam kes neh. Aku tak berminat nak tahu skandal shafie dengan siapa dan apa. Itu urusan peribadi dia. Aku cuma nak heran bab duitt jee.. mana si shafie tue dapat duit banyak2 dan kenapa si zahida diberikan hak untuk bank in kan duit tersebut? Cash lak tue der.. cash wa cakap lue. 

Ingat senang meh nak keluarkan duit cash then pergi bank in? Sepatutnya transfer je lah dari bank ke bank tapi kenapa guna jalan macam neh? Sama2 fikirkan dan semoga pihak yang berkaitan boleh ulas.


Kenyataan kat bawah neh plak dipetik dari malaysiakini ; 

"Yang paling rendah sekali RM100,000... saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta.

"Bila masuk ke dalam bank, baru saya tahu dalam beg itu, yang saya bawa ada RM1 juta... Itu nilai paling besar pernah saya bawa," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.


"Saya tidak pernah membawa duit itu, sendiri... Saya membawa dengan Zahida Rafik sekali. Saya tidak akan dibenarkan membawa duit, sendiri," katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang masalah dengan Zahida itu, Noor Azman berkata sebelum meletak jawatan beliau mempunyai "pertelingkahan" ekoran berlakunya sesuatu perkara dan ia dimaklumkan kepada Shafie.

Bagaimanapun, selepas itu beliau meletak jawatan kerana "tidak seronok bekerja" susulan berlakunya perkara itu.

Dan ini pula pandangan peribadi aku. Aku rasa tuduhan yang zahida campak ke atas nor azman neh sebenarnya merupakan satu ugutan. Kan dia dah kerja dengan shafie afdal tiga tahun lebih then dia berhenti kerja. Sepanjang tempoh tue macam2 benda dan rahsia dia dah tahu. 

So maybe tuduhan mencuri tue adalah cara nak mengikat mulut nor azman. Apa pun neh adalah andaian aku. Ia sama sekali tidak terbukti. Boleh pilih nak percaya ataupun sebaliknya. Bai.

Ameno : Sato jutaaa.. banyak tue der..

Najib, ini ke cara orang Malaysia?



Hai, najib.

Bertemu kita lagi dalam blog aku. Melalui utusan cetak hari neh najib kan ada bagitau yang penyokong2 bersih di UK yang melaung2kan perkataan BERSIH, BERSIH, BERSIH bukan cara orang malaysia. Adakah encik najib cakap begitu sebab orang tue laung BERSIH, BERSIH, BERSIH? Bagaimana pula jika dia laung UMNO, UMNO, UMNO ataupun HIDUP BN ataupun 1 MALAYSIA apakah najib ada pendapat yang lain?

Kita bagi dua contoh jek kat piem najib. Jawab dengan ikhlas taw. Yang kat bawah neh serang2 orang dalam ceramah tue cara orang malaysia ka? Yang serang umno, yang diserang dap. Cuba ulas sikit wahai piem yang konon nya berbudi pekerti neh. Jangan bias please.



Nampak tak betapa kasar dan gangsternya mereka2 neh kacau ceramah orang? At least member2 yang laung2 BERSIH tue takde gunakan bahasa kasar dan rosakkan apa2. Dia cuma laung bersih2 then diam selepas najib suruh dia diam dan berkata mahu berjumpa dia. Tapi akhirnya dia dipimpin keluar oleh bodyguard najib = dihalau cara terhormat. 

Ini ke yang ko cakap nak jumpa? Yang sebenarnya ko cakap nak jumpa tue cuma formaliti jek kan? Ko bukan nak jumpa pun. Depan2 gini pun main wayang. Belakang2 apa lagi. 

Dan video yang paling sensasi sekarang neh. Video 1punggung. Yang neh pun adat orang malaysia gak ke najib? Jangan nafikan kaitan dia dengan ko ek. Dia pakai baju yang ada cop logo 1malaysia lagi tue. 

So, kalau ada maruah jawab. Kalau takde maruah cari plastik sampah. Itu selayaknya untuk orang yang double standard dan penipu macam ko. Apa pun tak boleh larh korang neh. Hapa pun tak boleh!

 

Ameno : Najib, kalau nak meludah tolong jangan sambil mendongak.. boleh tak?

Bekas tentera gelek punggung dah insaf takmo pakai gelaran datuk dah.


Eley.

Berlagak. Tak minum 100plus. Bagi alasan sebagai melayu dan islam tak minum 100plus konon. Habis tue hisap rokok kat sebelah tue apa citer? Dah tanya majlis fatwa ka apa hukum dia? Bab bersih neh demo haram pandai pula korang melalut ikut keputusan muzakarah majlis fatwa. 

Bab rokok ada sapa2 nak ikut? Ikut time ko suka tak ikut time ko tak suka? Sama je lah ko dan kita orang. Takde beza. Aku pun ikut keputusan majlis fatwa time aku suka gak. Bab rokok aku ikut, bab demo aku tinggal. 

Tapi keputusan aku cerdik lah walaupun aku membuat 'ikutan terpilih'. Sebab apa, majlis fatwa neh cenderung buat keputusan disebabkan campurtangan politik. Yang mana betul2 sahih aku ikut, bab yang tak sahih, cincai boncai aku takan ikut. Majlis fatwa bukan tuhan der. Keputusan2 bias macam neh tak ikut pun bukan rugi apa. 

kah kah kah

Korang lihat kat bawah neh jap ;


Sumber dari member blogger semut.

Bukanlah apa sangat pun kes neh. Benda dah berlalu so makna nya tuduhan tue dah clear. Bukan juga nak ungkit mengungkit kesilapan lepas bekas tentera yang juga ketua gelek punggung. Cuma nak bagitau bahawa dia masih lagi mengamalkan sikap membuta tuli dalam membuat keputusan.

Jika pada beberapa tahun lepas dia telah membeli gelaran datuk dengan sejumlah wang untuk memperolehi projek. Semua itu dia lakukan atas nama nak memudahkan dapat projek. Tapi dia dah tinggalkan kerja2 tersebut semenjak terlibat aktif dalam kerja2 kebajikan. 

Oke lah tue. Satu usaha yang bagus dan baik sebenarnya. Sesiapa yang berusaha ke arah kebaikan kita akan puji. Ini satu usaha yang baik dari encik gelek punggung kita. Kita puji.

Tapi, kenapa pula encik gelek punggung kita yang sepatutnya menjadi semakin baik perangai neh tiba2 bertukar jadi buruk perangai pula ? Encik gelek punggung tak boleh buat macam neh. Mungkin encik2 sokong bn sokong 1malaysia sokong apa2 yang encik nak sokong tapi encik tak boleh buat macam perangai kat bawah neh ;

 

** Video kat atas neh versi pendek yang dah disunting. 

Nampak tak bagaimana encik dah memalukan diri encik dan kumpulan encik tak pasal2? Selain itu juga nada berlagak encik bab 100plus tue benar2 memalukan sebenarnya. Kalau taknak minum cakap je lah taknak minum. Toksahlah heret melayu dan islam sekali dalam percakapan encik tue.

Sejak bila pula orang melayu dan islam tak minum 100plus dan minum air suam jek ? Bersepah jek orang melayu dan islam minum 100plus. Ketua gelek punggung, takpayah nak berlagak sangat larh. Tahu larh lue orang kaya tapi takpayah nak berlagak sangat.

Jadi dulu orang2 macam kami. Fahami dulu apa itu tuntutan asas bersih 8 perkara lepas tue baru sembang kencang pongpang2. Kalau taktau citer dari awal, main menyelit2 jek nak benci sana sini meroyan sesuka ahti tak layak arh der nak sembang kencang. Siyes, tak layak.

Ameno : Encik ali boleh pakai gelaran ketua gelek punggung and guess what? Ianya percuma oke, no need to pay rm250k der..

Selasa, 15 Mei 2012

Video RTM kutuk BERSIH disebarkan.

Owhh neh larh rancangan kutuk BERSIH di RTM yang admin kbsb bagitau ari tue. Lihat video kat bawah neh. Rancangan neh disiarkan di tv ari tue menerusi saluran tv1. Aku terlepas tengok tapi RTM telah memberikan video tersebut kepada papagomo untuk diedarkan. 

Nah video yang dimaksudkan ;

 

Hahaha aku bengang plak tengok video neh der. Sengal punya RTM. Bukan apa, aku berharap kalau RTM boleh undang aku masuk tv. Kita berhujah cara baik. Takyah larh nak kutuk2 kami dengan modal2 basi kome tue. Datang secara HARAM hotak kaw.. 

Aku CABAR RTM agar bagi kami semua PELUANG untuk BERDEBAT isu neh dalam TV. Amacam? Setakat dok kutuk2 orang itupun berdasarkan cerita rekaan baik toksah. Walaupun tak dinafikan antara kami ada yang melakukan provokasi tapi adilkah keseluruhan perjuangan kami dilabel dan difitnah seolah2 seperti kami neh mempromosikan keganasan?

Yang salah tue je larh ko balon. Toksahlah dok buat drama2 fitnah macam neh untuk mempertahankan apa yang jelas salah. Polis tak salah seme tapi polis juga tak betul seme der. Pendemo bersih pada hari tue tak betul seme tapi pada hari tue kami juga bukan salah seme der. 

Bersikap lah adil. Buatlah penilaian berdasarkan kepada situasi. Jangan generalisekan seme. Alamak aaii.. gua betul2 panas larh tengok video neh. Ehh nak mencarut larh pula. Sesiapa tolong sabarkan aku. Kang ada yang kena maki neh. Sie.

Ameno : RTM, gua cabar lue jemput gua masuk tvvvvv oi

Video demo tunjuk punggung tersebar.

Ceh.

Tak minum hundred plus konon? Aku minum jek 100plus. Owhh lupa aku kan separuh melayu mana sama dengan dorang.

kah kah kah

Lepas tue pongpang2 pasal nak jaga punggung. Hak ek ney. Nak jaga punggung pun sampai berarak jejauh pergi rumah ambiga ? Suruh orang sedar diri satu hal lepas tue suruh orang saman satu hal. Bengong ke apa pakcik neh?

Bapak sapa lah neh. Aku rasa serba salah nak kutuk lebih2. Kang terkutuk punya terkutuk sekali member2 pro pr. Arhh sudah. Redha je lah dengan perbuatan mereka disamping mendoakan agar mereka jangan terus melakukan perkara2 yang memalukan seperti neh lagi. Tolong larh weh.. tolong !

Nah tengok video kat bawah neh sendiri dan nilaikan sendiri. 


Bukan nak bekap ambiga sangat tapi biar cerdik sket pun kalau nak balon ambiga der. Jangan buat lawak sarkis. Orang bukan sahaja tak support lue malahan lue sebenarnya semakin memalukan diri sendiri dan perjuangan parti lue jek. Ka, piem ada suruh korang memalukan diri sendiri demi parti?

kah kah kah

Sengal.

Ameno : Nak jaga punggung konon....

Konspirasi penipuan UMNO dalam VIDEO NIZAR terbongkar.

Terima kasih mata. Tapi sebelum tue aku terpaksa cakap aku memang terpedaya habis dengan video neh. Ini kerana ;

1. Tengok sekali imbas.

2. Tengok nak cepat2 sampai forward2

3. Boring ketika tengok, cuma spot babak2 penting yang melibatkan nizar.

4. Rasa mengantuk ketika tengok membuatkan aku tak berapa tengok video neh GUNA MATA AKU sampai habis. Apa yang aku buat ialah aku tengok kejap2 then aku buka windows lain walaupun TELINGA aku dengar ISI video tersebut sampai habis.

Aku terpaksa cakap kali neh. Lainkali kalau nak tengok video yang dijaja oleh UMNO, korang kena tengok GUNA MATA dan TELINGA supaya kita boleh SPOT tang mana MEREKA MENIPU. Jangan ikut perangai aku. Jelas itu satu kebodohan diri sendiri. Demm. 

Aku tak sepatutnya rasa mengantuk mendengar ceramah2 umno. Kesilapan diri sendiri insya-Allah akan diperbaiki. Tapi tue lah setiap kali aku dengar ceramah2 umno memang automatic aku rasa boring nak mampos der. Tapi takpe, aku akan ubah lain kali. Nizar, sorry der. I tak tersengaja menyalahkan U. Ekekek.. mampos den.

Sekarang mari kita beralih semula ke atas tajuk entry di atas. Kita citer dari mula. Mula2 korang tengok video kat bawah neh terlebih dahulu. Video yang buat aku mengantuk neh. 


Sekarang tengok sampai habis. Jangan nak mengantuk2 sangat larh der macam aku semalam. Ekekeke... Dah ke? Okey benda penting yang perlu kita fahami dalam video di atas neh ;

1. Video neh sebenarnya telah dimanipulasi. Bukanlah tidak wujud seme adegan2 di atas. Wujud cuma mereka telah masukkan sesuatu dalam video di atas dan membuang sesuatu. Maksudnya ia telah diedit dengan urutan yang tidak betul.

2. Video neh sebenarnya telah ditukar suara nya. Ketika nizar nak balik, penceramah tue sebenarnya tengah sembang isu lain. Bukan isu nizar jamaluddin pun. Dan ini juga keypoint kita. Bukan kita nak kata penceramah umno berhenti berceramah terus pun. Cuma kita diberitahu bahawa depa tukar topic.  So lain2 bab takde kaitan pun. Kalau ikut twitter nizar dia cuma sembang bab tukar topic so stick to the point sudah.

3. Video asal penceramah tengah sembang bab lain. Lihat bawah neh ;

 

Tang mana UMNO edit?

1. Tang isi ceramah. Time tue penceramah umno sembang pasal lain. Tapi depa tukar / tambahkan suara latar yang lain.

2. Rakaman. Bermula dari minit ke 4 dan ke atas. Rakaman tue sebenarnya di awal ketika nizar mula2 mai. Bukan semasa nizar nak balik. Tapi depa edit sikit2 lepas tue depa masukkan suara latar ==> saya berani kata depan2. Memang betul dia ada cakap macam tue tapi dia cakap macam tue pasal isu debat. Bukan ada kaitan dengan ancak ataupun topic yang dia sedang kutuk2 nizar tue.

Yang sebenarnya nizar disuruh balik oleh pemimpin umno sendiri sebab nak mengelakkan kejadian yang tidak diingini. So nizar pun akur. Bukan dihalau juga sebagaimana yang disangka oleh penyokong2 umno.

Memang betul penceramah umno ada kutuk pas depan2 nizar tapi tue bukan isu langsung sebab yang menjadi isu ialah bab depa tukar topic kepada topic dsai dan lina joy. Itu jek pun yang nizar persoalkan dan sebarkan dalam twitter pun. Bab lain dia tak usik dan sentuh pun. Sepatutnya depa sembang pasal nizar kan? Kenapa tukar topic ? Sebab tuan punya badan ada kat depan2 kan ?

Lagipun nizar datang situ bukan nak berdebat. Kang kalau dia berdebat korang meroyan lak tuduh2 dia kacau ceramah orang lain. Bab video neh pula aku nak nasihat sket la kat penyokong2 umno. Korang tengoklah kejahatan bloggers umno macam mana? Dorang sanggup ubahsuai video demi nak menang. 

Dulu aku tak pernah faham kenapa orang2 pr neh suka sangat cakap neh video edit. Confirm edit. Mesti edit punyalah. Tengok pun belum, dan2 cakap edit. Tapi rasanya aku dah tahu sebabnya. Ini seme salah bloggers umno sendiri. Korang memang pakar edit2 video apa seme. Salah satu bukti ialah video di atas neh.

Korang edit suara dalam video tersebut. Korang memasukkan suara yang salah walaupun rakaman tue betul. Sudahnya korang yang akan rugi sebab mencemarkan kredibliti diri sendiri. 

Lepas tue nak ejek2 penyokong2 pr takley terima kebenaran larh, taksub apa seme tapi lue sendiri yang edit apa seme sehingga menghakis kepercayaan orang lain lue tak fikir pula? Masa tue lue tak kaji pula diri lue yang suka menyebarkan penipuan sehingga orang dah serik nak percayakan lue?

Jangan salahkan orang lain kenapa orang tolak perjuangan umno salahkan jek diri sendiri yang suka sangat berbohong. Orang kalau dah kena bohong berkali2 pun reti gak nak serik der. Kaki kencing betul larh depa neh. Merata pula tue. Sie. 

Ameno : Umno kakiedit.

Protes BERSIH di majlis Najib di UK.

Bersih, bersih, bersih ..

kah kah kah

Najib,

Meh dengar pandangan aku. Aku nak cakap kat ko PADAN MUKA!


 

Can you stop that please? If you want to tell me meet me later, oke?

kah kah kah

Dan2 jek meet you later. Boleh meh? Kalau boleh aku pun nak jumpa ko gak neh najib. Ini betul2 punya cakap neh. Seriyus. Bukan main2 oke. Jom kita jumpa sebab aku nak luahkan banyak benda kat ko neh. Boleh tak? Jangan sembang kencang jek weh. 

Tak pasti samada demostran bersih tue berpeluang jumpa najib atau tidak. Kita tunggu butiran lanjut bila dorang update apa2 yang terbaru oke.  Bai.

Ameno : Sampai ke UK orang menyampah kat ko najib.

Isnin, 14 Mei 2012

Tolong jangan rahsiakan dari orang melayu dan bukan melayu.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

PM pertama Orang Islam yang Islamik.

Anak2 melayu sibuk berdemo. Pagi petang siang malam tengahari buta, panas terik dan setiap masa. Di samping itu, anak2 cina, india, penan, iban, campur dan seme jenis bangsa termasuk bangladesh dan indonesia pun sibuk berdemo pagi petang siang malam tengahari buta dan malam2. 

Entah apa benda yang depa sibukkan demo tue tak pula diketahui oleh aku. Tapi oleh kerana negara neh mengamalkan sistem demokrasi dan menurut perlembagaan sesiapa pun berhak berhimpun maka tidak lah menjadi satu kesalahan kepada sesiapa pun untuk berdemo 24jam. 

                               Orang islam dan bukan islam berdemo dalam surau pula.

Perancangan sebenarnya telah dan sedang diatur dengan baik. Kemas lagi berterusan. PRU - 13 adalah rancangan pengislamikkan malaysia yang pastinya membuahkan hasil pada pru - 14 nanti. Biarpun bakal kalah pada pru - 13 neh, pakatan rakyat tetap akan meneruskan agenda untuk melawan penipuan, penyelewengan, salah laku dan korupsi oleh barisan nasional. 

Bukanlah menjadi satu rahsia lagi kepada rakyat marhaen bahawa pakatan rakyat ada rancangan mahu menglingkupkan korupsi barisan nasional. Dengan bantuan dari pelbagai sumber termasuk bantuan2 dari pihak tertentu dan persendirian, mereka terus ke depan meneruskan rancangan tersebut. 

Faktor Anwar Ibrahim sangat penting. Keupayaan dia menyebabkan barisan nasional tak senang duduk sekaligus mewujudkan virus anwarisme di kalangan penyokong2 umno. Walaupun, kadang2 penyokong2 pakatan rakyat sendiri tak berapa menghiraukan anwar ibrahim.

                       Rosmah mansor akan dilantik menjadi PM jika PR berjaya menjadi kerajaan pusat kelak.

Rancangan sebenar penyokong pakatan rakyat bukanlah melantik anwar ibrahim sebagai PM. Sokongan padu dan jitu diberikan kepada anwar ibrahim adalah semata2 nak memudahkan lagi rancangan yang lain. Malaysia bakal diterajui oleh pemimpin2 islam yang islamik menjelang 2020. Bagaimanakah nasib raja2 melayu? Mereka akan menerima nasib yang buruk bagi raja yang zalim dan balasan yang baik bagi raja yang adil. Sesuai mengikut konsep keadilan yang juga termaktub dalam islam. Semuanya akan ditamatkan.

Pakatan rakyat amat yakin bahawa mereka akan mendapat kejayaan padu pada 2017 [ pru - 14] . Kenapa?

Sehingga hari neh karpal dan bn bermain wayang. Karpal dan bn belum lagi mendapat kepercayaan orang islam sepenuhnya. Walaupun karpal dan pas berada di dalam ikatan yang sama tetapi karpal dan pas bebas melontarkan pandangan masing2. Tidak mustahil karpal akan mati sebelum pakatan rakyat memerintah malaysia sekaligus menghilangkan modal bagi bn untuk menyerang pr. 

Pesan bn kepada penyokong2 bn seranglah pakatan rakyat menggunakan sentimen racist dan agama agar kita boleh menakutkan2 orang melayu yang bodoh, malas berfikir dan lebih takutkan kristian berbanding Allah swt walaupun untuk sesaat.

Sumber dalaman otak berfikir aku mengesahkan bahawa mereka amat seriyus dalam melaksanakan agenda neh. Sesetengah orang melayu terlalu sibuk untuk berfikir dengan teliti. Mereka dihasut untuk benci orang bukan melayu sedangkan mereka lupa bahawa bangsa bukan sesuatu yang kita semua boleh pilih. Umno dan mca dipergunakan untuk menyemai sentimen kebencian neh.

Dalam saat melayu2 dan bukan melayu berkecamuk sesama mereka saling bergaduh, bn dan pr telah bersedia siap menyediakan pelan masing2. Mereka sedang mengatur langkah demi langkah untuk memiliki mandat pemerintahan. Walaupun begitu, apa yang sampai kepada kita, hanyalah berfocus kepada pertelingkahan kedua2 belah pihak tanpa menjelaskan secara terperinci apa yang rakyat macam kita perlu lakukan bila kedua2 belah pihak neh bertelingkahan.

Siasatan aku mendapati terdapat beberapa rahsia yang tidak diketahui oleh rakyat malaysia yang malas berfikir walaupun di mana2 mereka berada. Apa yang dilakukan oleh pr dan bn adalah sebahagian dari percaturan negara demokrasi berparlimen untuk mempertahankan kuasa masing2. Inilah rahsianya. Baca dengan mimik kelakar.

1. BN dan PR sesama sendiri bertemu sesama sendiri ataupun dengan pelbagai wakil, agensi, NGOs, samada secara rahsia, sulit, terangan2, mesyuarat atau apa sahaja bagi membincangkan dua perkara penting menjelang PRU - 13 kelak. Target mereka yang pertama PRU - 13 dan kedua PRU - 14. Apakah target mereka kelak ? Alamak aii. Kan dah cakap PRU - 13 dan PRU - 14 tue target depa yang ko ulang soklan neh napa? Kan dah susah aku nak memPARODYkan ko. 

2. BN dan PR memanjangkan pesanan mereka kepada rakyat bahawa mereka mahukan mandat pemerintahan dalam PRU - 13 dengan mengemukakan manisfesto masing2. Rakyat yang bijak tidak merasa apa2. Rakyat yang bodoh akan cemas tak tentu pasal.

3. BN menyatakan dalam PRU-13 nanti, satu modus operandi diketuai oleh pasukan khas akan memastikan elemen komunis, freemason, illuminati, yahudi, anti-islam, agenda negara kristian, racist, sentimen keagamaan dan isu2 fitnah dikaitkan dengan PR. Sebab ia melibatkan cita2 BN yang kita semua sedia tahu iaitu untuk menakutkan2 orang melayu yang bodoh dan malas berfikir bagi mengekalkan kuasa mereka supaya boleh terus menyeleweng untuk seumur hayat mereka ! 

Kenyataan BN neh sebenarnya telah memberikan peluang kepada peristiwa 13 mei untuk berulang kembali. Sudahkan anda lupa? Hari yang mana BN kalah teruk tetapi setelah menyemai insiden perkauman rakyat yang tak berdosa jadi mangsa dan kesan dari pada itu menyebabkan BN kembali menjadi kerajaan pusat.

4. Perdebatan tidak pernah berlaku antara Najib dan Anwar Ibrahim meskipun ramai rakyat ingin melihat bagaimana kedua2 wakil tertinggi daripada kedua2 parti neh menterjemahkan manisfesto masing2 dihadapan rakyat supaya boleh dinilai dengan adil dan saksama. [Kenapa tidak mahu berdebat? Apakah ada alasan tertentu? ] Kata Najib, kalau dia buka mulut, anwar ibrahim akan demam. Berdebatlah najib, rakyat mahu melihat anwar ibrahim demam.

5. Pasal apa perdebatan tidak pernah berlaku, tanya ahmad maslan. Dia cakap debat budaya barat !

PM kata undang2 di malaysia hanya membolehkan pemimpin islam menjadi perdana menteri sebab kewujudan raja2 melayu. Raja2 melayu tidak akan sama sekali berkompromi jika pemerintahan dikuasai oleh mereka2 yang bukan islam. Ini satu tamparan hebat kepada penyokong2 yang suka membenci melulu tanpa mengetahui fakta dan hakikat perlembagaan.

6. Dan hari neh, najib keluar negara lagi untuk kali ke berapa tah. Sumber rujuk bernama oke.

Andai rakyat masih belum faham perancangan neh, keluarkan sahaja otak yang ada kat atas kepala tue. Ini kerana Allah swt tidak memberikan akal kepada manusia untuk dijadikan perhiasan. Otak di atas, akal di dalam, bukan bermaksud ia aksesori. Jangan sampai tak reti bezakan apa itu perhiasan atas kepala dengan akal diri sendiri. 

Sayangnya penyokong2 bn dan pr masih nak memusuhi sesama sendiri atas nama politik. Inilah muslihat yang dijaja oleh mereka2 yang dibayar untuk melaga2kan kesemua rakyat sesama mereka sendiri. Aku sayang diri aku sendiri dan aku percaya setiap dari kita juga sayang diri masing2. Ini juga adalah salah satu bukti kenapa Allah swt bagi nyawa kepada setiap dari kita. Utamakan kasih sayang kepada diri sendiri sebelum sibuk nak sayang parti apa seme. 

Menerima sistem demokrasi di malaysia, menerima sesiapa berhak sokong sesiapa, menerima bahawa bn dan pr adalah parti politik, menerima bahawa mereka harus dinilai berdasarkan kerja, manisfesto dan corak pentadbiran, menerima bahawa rakyat mahukan diperintah oleh mereka2 yang telus dan amanah, menerima bahawa setiap penyelewengan harus dihentikan, menerima bahawa setiap kejahatan akan dibenci, menerima bahawa setiap fitnah tidak boleh dibiarkan, menerima bahawa rakyat hanya mahukan polisi2 yang menyenangkan mereka adalah perkara yang NORMAL.

Kami mahukan pemikir2 politik yang bebas dari label taksub, benci melulu, meluahkan perbezaan guna hujah.. jika tidak....

Bersatulah seluruh rakyat malaysia jadilah mereka2 yang berfikir, meneliti dan mengkaji.
P/S : Islam is the way of my life but islam never ask me to fitnah2. 
Melayu itu hanya separuh dari bangsaku.
Dan malaysia itu memang negaraku.

     Berapa percent kah orang2 bodoh yang wujud di negara neh? Stastistik perlu dibentang untuk kajian bersama.

Pastikan anda memahami apa itu parody. Mempercayai artikel itu SEPENUHNYA fakta itu adalah keputusan diri sendiri. Tiada kena mengena dengan penulis, hari neh, esok ataupun sampai bila2. Bai.

Nota : Artikel neh ditulis atas permintaan dari rakan2 facebook yang menyampah baca member2 umno depa sebarkan artikel RAHSIAKAN DARI ORANG MELAYU yang sedang giat disebarkan oleh rakan2 umno kita. Tenkiu.

Ameno : Eekekek.. 

Polis sebarkan video pendemo bersih yang nak MATI. [VIDEO INSIDE].

kah kah kah

Tolong lah polisssssssssssssssssssssssssssssssss

Tolong larh weh !!!!! Tolong !!!!!

Nama korang tue POLIS DIRAJA MALAYSIA. Bukannya POLIS Melawak di Malaysia. Boleh tak korang berhenti buat lawak ? Aku dah sakit perut neh tahu tak?

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Adoiiii.. polis2 malaysia.. adoiiii...

Korang lihat video bawah neh sat ;



 

Dalam satu kenyataan pdrm di malaysia insider, dia cakap kan ;

Polis menyokong dakwaan Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa terdapat ada pihak yang mahukan berlakunya insiden kematian dan kecederaan serius sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, dan mengesahkan mereka mempunyai bukti terhadap dakwaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata bukti tersebut berdasarkan video yang dikumpul pihak berkuasa terbabit ketika perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih di Dataran Merdeka.

“Memang ada pihak yang mahukan kematian berlaku. Saya rasa bukan setakat menteri yang berkata begitu kami pihak polis turut mempunyai bukti,” katanya kepada pemberota di sini. Khalid menjelaskan pihaknya mempunyai video yang menunjukkan ada individu yang mengatakan berkenaan kematian ketika perhimpunan Bersih tersebut.

“Kami mempunyai simpanan video yang menunjukkan ada pihak yang menyebut tidak mengapa jika ada lima orang mati sekalipun,” katanya, menambah wartawan boleh melihat video itu dan membantu pihak polis mengenal pasti individu terbabit.

Namun Khalid berkata tiada tindakan setakat ini diambil terhadap individu tersebut kerana dia tidak melanggar mana-mana pruntukan undang-undang. -TMI-

Sorang jek pun bercakap. Tapi dorang buat kenyataan seolah2 ADA PIHAK yang bercakap. Pakcik yang bercakap neh pun bukan ada apa2 niat yang serong. Dia bercakap macam tue sebab bersemangat. Biasalah, dah namanya pun pakcik2. 

Dah berusia plak tue, tambahan cuaca panas, berjemur lagi. Kalau diperhatikan dia bercakap dengan orang lain. Suara pakcik tue jek aku dengar, yang sebelah pihak sana tak dengar pula. Nak gunakan video neh untuk kutuk2 bersih lagi ka?

Cakap2 macam neh pun polis nak amek pusing? Kelakar betul. Cakap2 macam neh bagi aku, sepak masuk tong sampah je la. Satusen takde effect apatah lagi mana ada kematian pun dalam bersih 3. Apa pun takde. So apa relevantnya polis siarkan video neh? 

Dah siar satu hal. So orang kenal pasti satu hal. Lepas tue cakap tidak akan amek tindakan satu hal. Jadi apa pointnya polis buat kerja sia2 macam neh? Jangan2 nak cakap peserta2 bersih mengalakkan kematian kot? Mungkin gak tv3 akan ulas isu neh malam kang. Nak tengok arh drama dorang. Mesti fitnah sensasi lagi kaw.

kah kah kah

Ameno : Pakcik tue bersemangat nak mati dah.. sebab nak menentang kejahatan spr.. itu pun nak ejek2 ka?

Pengakuan hebat dari student UITM.


Ini orang yang printscreen. Bukan aku. Baca apa yang dia tulis. Baca dan spot satu perkara. Pedulikan yang lain. Cuma spot tang perkataan duit poket tue jek. Sekarang nampak dan jelas tak sapa sebenarnya yang upah sapa ? 

Siapa sebenarnya yang bayar sapa agar perhimpunan tersebut dilihat ramai yang hadir supaya piem boleh muncul di depan tv dan media berangan cakap dia disokong oleh ramai orang muda?

Sebenarnya, macam yang aku dah tulis kat sini, aku sememangnya tak kesah langsung lah dengan apa2 benda aktiviti yang umno nak buat neh. Dia nak taja ka, upah ka, sponsor ka apa ka, apa kaitan dengan aku? Silap2 kalau aku berpeluang untuk join dan dapat bayaran, aku pergi. Aku mesti pergi. Terus terang cakap neh beb. Duit maa. Aku suka. Kalau bab undi tue citer lain oke.

kah kah kah

Tapi dalam kes neh, umno guna duit dia sendiri so dia punya pasal larh. Kalau guna duit kerajaan memang ada point kenapa aku nak melenting. Tapi takde bukti so aku malas nak main melenting. Tunggu ada bukti baru kita melenting.

Itulah aku dah pernah cakap dulu. Jangan suka2 tuduh dan fitnah orang begitu dan begini. Nanti ko sendiri yang kantoi der. Ko dok tuduh2 bersih kena bayar, kena taja, kena upah macam lah kami neh hina dan keji sangat. Sekarang dah terbukti sapa sebenarnya yang suka taja dan sponsor sana sini. 

Bila lue cakap orang kena bayar taja apa seme, mestilah lue benci dan keji gila kan perbuatan taja menaja tue? Tapi apahal lue sendiri amal perbuatan yang lue keji sebelum neh? Nampak tak sikap lue sendiri macam mana?

Aihhh... apa pun tak boleh larh lue neh.. apa pun tak boleh.

kah kah kah

Ameno : Semakin terkantoi.. 

Nizar Jamaluddin gentlemen kena kutuk. - Updated!

Ramai dah tahu rasanya citer neh.


Citer dia pasal MB perak err silap ex mb perak terjah ke ceramah umno di tualang sekah, kampar. Alamak aii. Semalam aku g sana. Tak terserempak pula dengan program neh. Kalau aku terjah bagus gak. Sekali dengan aku2 kena terjah.

kah kah kah

Mampos. Dah larh takde bodyguard bekap apa seme. Sesia kena belasah kat situ gak. Hehehe. Sambung citer. Ketika mb perak terjah ke program tersebut, time tue yang berucap tue tah sapa tah sedang beria2 kutuk nizar kaw2. 

Kutuk punya kutuk dan2 orang yang kena kutuk ada kat depan kita dah. Arh sudah. Bukan senang nak dapat peluang bercakap mengenai seseorang pemimpin depan2 lagi tue. Kalau aku diberikan peluang yang sama, contohnya aku tengah up citer2 penyelewengan bn then najib ada kat depan2 aku, aku memang go on je terus cakap depan2. 

Sebab neh juga salah satu impian aku. Rasanya bercakap mengenainya di blog dah tak relevan. Kenapa jumpa najib gak neh nak luahkan seme benda yang aku tak puas ahti. Tapi tue lah, aku tak reti bodek cam saiful. Sebab tue lah gagal jumpa najib sampai sekarang. Failed!

kah kah kah

Antara gambar2 yang Nizar upload di twitter nya semalam ;



Dok depan lagi tue. Meja tetamu khas. Aku ingat orang2 umno yang pergi pun mesti tabik nizar. Nama program plak nizar pembohong bersiri.

kah kah kah

Satu pendekatan yang bagus gak. Boleh lah pemimpin2 pr yang lain tiru. Itupun kalau korang berani lah. Ekekeke..

Sumber : twitter Nizar.


Updated ;

Video yang dimaksudkan ;



Ada masalah sket dengan artikel di atas. Jadi aku kena edit bagi memenuhi piawaian aku yang mengutamakan fakta.  Kalau ikut video kat atas neh, aku terang-terang nampak penceramah umno balon nizar depan2. Memang dia berhenti sekejap tapi lepas tue dia sambung balik sebelum nizar berangkat pulang.

Ikut pandangan aku, aku tak nampak pun macam penceramah umno tue kecut perut dan sebagainya. Lain orang mungkin lain pandangan mereka tapi aku benar2 tak nampak di manakah saatnya penceramah umno tue kecut perut? Ada sapa2 leh tunjukkan, di manakah saatnya penceramah umno tue kecut perut bila berhadapan dengan nizar?

Artikel neh telah diedit. 

Ameno : Umno pembohong seumur hidup, tajuk ceramah aku.

Cadangan mengugurkan ISLAM dari parti PAS - Harussani.


Cadangan asal dibawa oleh perkasa yang diketuai oleh Ibrahim Ali. Takpelah dia nak mengONG-ONG, itu memang kerja normal dia. Tapi yang mufti perak ikut meroyan sekali dah kenapa? Alamak aii. Jangan lah buat orang lain rasa lue neh hampeh. 

Lue tue tarafnya mufti. Lue yang ada ilmu agama kemain tinggi nak bercakap macam perkasa tue buat apa? Bercakap bab salah guna islam sebenarnya kita sama kita dah sedia maklum siapa mereka2 tue. Menafikan ia bukan bererti ia tidak benar cuma termasuk dalam kategori mereka2 yang tidak boleh menerima hakikat dan kebenaran. Tue jek.

Sedih juga tengok sebagai mufti, lue membiarkan diri lue diperalatkan oleh pemimpin2 sesuka ahti mereka. Ka, ada kenyataan asal lue yang dispin2? Kalau ada jangan segan2 saman berita harian dan nafikan ia terang-terangan. Kalau lue tak nafikan ia lue pun sama jek macam ustazah mashitah dan jamil khir. Gunakan islam sebagai alasan untuk menutup kepincangan pemimpin. 

Sepatutnya islam digunakan ikut acuan dan norma yang betul. Acuan dan norma yang betul ialah setiap yang zalim, jahat dan buruk ada tempatnya. Begitu juga setiap yang baik, betul dan benar ada tempatnya. Jangan kelirukan orang lain. Nanti orang akan fikir bahawa owhh islam macam tue rupanya. Owhh islam macam neh rupanya. Itu pasal kita lihat ramai orang cenderung hina islam sebab apa? Sebab dorang salah faham disebabkan adanya mufti2 macam lue dan pemimpin2 macam umno.

Contoh kes yang mudah ialah cetakan akhbar bh di atas neh. Di depannya saat lue pongpang2 kutuk pas, dibelakangnya menyelitkan keputusan no ekor. Apa citer? 

Lihat kat bawah neh. Dengan muka dengan nama lagi. BOD mediaprima yang juga BOD NSTP yang juga memiliki BH online.



Seme mereka kecuali sorang ialah MELAYU + ISLAM. Kalau setakat buang iklan judi tue satu sen pun tak effect penjualan berita harian sebab apa? Rata2 yang beli BH ialah orang2 islam dan melayu. Aku tak pernah jumpa lagi orang2 cina dan india baca bh online. Dorang biasa baca the star, nstp atau paper bahasa dorang. Siyes.

Bab tue aku cadangkan kepada mufti perak. Toksah lah pak mufti dok bersembur2 air liur dok kutuk2 dan hentam pas sana sini. Simpan enegry tue g nasihat orang2 yang benar2 perlukan nasihat tersebut. Nak balon pas sekalipun balon atas isu yang betul. Neh ada ka mencadangkan majlis fatwa gugurkan nama islam dalam PAS? 

Heyy.. sejak bila majlis fatwa ada hak nak tentukan nama parti orang? Kalaupun ko benar2 nak gugurkan nama islam ko tengok dulu SIS - sisters in islam tue apa. Itu ko nak gugurkan, aku siap bentangkan red carpet lagi untuk ko. Memang terang lagi jelas pengikut2 dan ketua2 mereka tak berapa nak "ISLAM" walaupun guna nama ISLAM. Neh, PAS yang ko sibukkan. Apa, dah tak kerja berfaedah lagi yang nak dibuat ka mufti? Bai.



Sumber BOD nstp klik sini.

Sumber gambar bh : rakan facebook, klik sini.

Kenyataan penuh Mufti perak klik sini

Ameno : Yang taksub dalam berpolitik tak semestinya SESAT dalam akidah. Aku pun tak suka pengikut2 taksub tapi jangan pandai2 tuduh orang2 yang taksub berpolitik tue menyeleweng dari ajaran islam yang sebenarnya mufti weh.. taksub politik dengan taksub akidah.. ialah dua perkara yang jelas berbeza.

Kembar 4 antara pendemo BERSIH 3 yang dikehendaki PDRM.

Dasat siot.

Ko ada? Kembar empat bersaudara ahli unit amal PAS pun sokong BERSIH 3 der. Jeles tak? Please lah jeles wehhhhhhh.....

kah kah kah

Lihat gambar bawah neh der ;


Gambar di atas neh merujuk kepada kembar 4 bersaudara yang dikehendaki oleh pdrm bagi membantu siasatan dalam isu provokasi bersih 3. Kenapa aku tahu dorang kembar? Senang jek. 

Sebab polis tampal dan edar muka2 orang yang sama dan serupa neh sebanyak 4 kali atas no yang berbeza2. So ini terbuktilah bahawa mereka berempat neh KEMBAR. Betul tak? Betul kan? Bijak tak analisis aku? Bijakk kan?

kah kah kah


Mula2 polis keluarkan 49 senarai individu yang dikehendaki. Lepas tue 25. Lepas tue berapa tah menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan ialah 149 setakat neh. Dalam dalam senarai 141 tue, 4 daripada adalah KEMBAR 4. 

kah kah kah

Aku rasa kalau kita tengok gambar2 yang polis di edarkan tue, usah kata kembar 4, kembar 2,3 dan mungkin juga 5 pun mungkin wujud. Tapi tue lah gambar2 tue tak pula di edarkan dalam facebook pdrm. Aku nak tengok satu persatu pun susah. Aku percaya selain kembar 4 neh mungkin juga ada kembar2 yang lain. Siyes.

kah kah kah

Ameno : Polis, ko buat lawak ek?

Ahad, 13 Mei 2012

Panas : UMNO desak hapus TOL.

Woiitt..

Tak takut ka negara bakal bankrupt apa seme? Tak takut ka di gelar pengkhianat umno oii? Tak takut ke kena tuduh haramjadah apa seme? Takut gak ke digelar tak reti bersyukur, tak kenang budi dan nak FREE jek seme. 

kah kah kah

Woittt.. ini bukan super impose oiii. Kalau maluu minta najib sponsor plastic bag oke. Aku tak berapa kaya der. Mana leh sponsor itu neh. Najib boleh larh. Buktinya perhimpunan agung umno berjaya dilangsungkan dengan bantuan pelbagai sponsor kan?

kah kah kah

Oii geng2 umno, meh baca sini oiii..



Tolong tolong.. kat mana penyokong2 umno nak letak muka neh? Dalam longkang? Dalam tong sampah? Dalam jamban? Kat mana neh? Penyokong2 umno dah tanya2 aku neh. Aku pun dah melimbang libu nak jawab persoalan2 mereka. Siyes neh der. Tak pasti pilihan terbaik yang mana satu. Longkang, jamban dan tongsampah lebih kurang sama jek seme. Aku izinkan korang buat pilihan terbaik untuk dorang. Kesian dorang..

kah kah kah

Ameno : Rupanya depa pun reti buat demo hapus toll.. kah3x
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...