Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 6 Mei 2012

Panas : Najib mengaku pakai rantai !

Panas.

Panas nak mampos.

Nak mampos kerana panas. 

Apa2 je lah. Sekarang najib mengaku pakai rantai der. Dasat.. dasat gileeeee wa cakapp lueee..



Terkejut nak mampos tak? Oke.

1. Siapa yang taktau ada najib razak yang fake? Mungkin juga ada yang tahu dan ada yang taktau. Bagi yang taktau, amek2 lah tahu oke. Ini ialah fake account facebook najib. ==> FAKE

2. Ari tue dah sekali. Account fake neh buat lawak. Owhh gelak je lah dia buat lawak. Tapi tak seme orang tahu dia tue FAKE dan tak semua orang faham. Lalu pihak sebelah sana kata kita fitnah depa. Kadang2 aku setuju dengan pandangan dorang. Nak buat lawak pun bertempat lah. Jangan buat lawak langgar lari der. Buat lawak bagi salam dulu. Senang nak prepare apa2 hal.

3. Dan bila orang2 yang tak sedar account neh account FAKE, maka terjadilah penyebaran2 yang mengundang fitnah ke atas najib. Yang bercakap tue orang lain, tapi yang kena maki, kutuk dan hina apa seme najib. Fitnah tidak pernah halal samada ke atas orang kafir atau ke atas orang jahat. Fitnah tetap fitnah, tak kira lah sapa yang ko fitnahkan tue. Fitnah itu berdosa bukan kerana individu tetapi kerana perbuatan fitnah itu sendiri.

Tak percaya korang tengok sini sendiri. Memang ada yang benar2 percaya itu najib razak yang bercakap. Dan sampai satu masa, nanti blog pro umno akan amek isu neh, letupkan dan cakap beginilah cara perjuangan pakatan rakyat.

Akhirnya sesuatu yang ko fikir gurauan, akan memakan diri sendiri semula. Benda2 beginilah nampak remeh tetapi bila terbalik semula ke atas diri sendiri ia membawa impak tertentu. Sedikit sebanyak ia menghakis kepercayaan orang.

Sebab tue ko nampak ada orang yang komen begini;

Owhh seme sama je lah. Aku tengok politik seme sama.

Alahh pr ka bn ka seme kaki super impose dan penipu..

Takyah semak2 kepala nak fikir pasal politik.. politik tu kotor penuh fitnah kedua2 belah pihak sama je..

Sebabnya ? Sebab diri sendiri membawa fitnah. Sepatutnya, kata penyokong PR, kita neh benci fitnah. Tapi macam mana ya, dalam pada kita benci fitnah tapi kita jaja fitnah pula? Adakah jika orang fitnah kita itu salah, tapi kalau kita fitnah orang itu betul pula?

Beginilah. Orang kata kalau tak mampu membantu, tak perlu jadi penyusah. Bukan suruh bantu sampai betul salah seme langgar. Itu bukan bantu tapi itu bodoh. Kalau nak bantu, pastikan tahu melihat dengan jelas apa itu garisan betul dan salah. 

After all, kita bukan nak angkat pemimpin, parti atau sapa2. Kita nak angkat diri sendiri untuk hidup di bawah kerajaan yang adil. Kalau yang ini kita faham, percayalah, perjalanan kita untuk mencari kerajaan yang adil semakin hampir.

Ameno : Jadilah FAKER yang TULEN.

Konspirasi Utusan terhadap Arab Saudi, jemaah haji Malaysia dan BERSIH 3 terbongkar.


Utusan Malaysia.

Ramai orang tak kenal akhbar neh. Kalau ko sebut utusan umno, cacing dalam tanah pun akan keluar dan bercakap oooo paper tue.. aku kenal. Selalu masuk dalam tanah kediaman aku neh hah. Sampai aku sendiri dah rasa bosan pasal bersepah orang buang paper tue. 

Begitulah reaksi cacing yang aku interview.  Tamat. Sebab respon cacing mengenai utusan semakin mencabar telinga orang2 umno. Sangat sukar untuk aku lepaskan di blog walaupun tak pernah aku buat apa2 tapisan selama neh. 

KAH KAH KAH

Utusan bagitau kepada pembeli utusan bahawa arab saudi sedang menyiasat mereka2 yang terlibat dalam bersih. Utusan bagitau dengan begitu beria2. Utusan bagitau seolah2 benda tue terbukti, pasti dan sahih. 

Utusan siap menamakan lagi blog yang memecahkan berita tersebut. Tapi utusan sangat rugi. Sebab apa? Sebab utusan terlupa blog amenoworld adalah blog yang paling mahir mendedahkan skandal. Bukan blog sel13. Utusan dah tersilap besar disitu.

Mari kita lihat pendedahan utusan. Rujuk keratan akhbar di atas. Lepas tue mari kita lihat sumber rujukan utusan. Rujuk blog sel13 disini.

Selepas itu marilah kita bertanyakan kepada utusan beberapa persoalan yang penting. Ini kerana utusan berperanan menyebarkan ia dalam media arus perdana yang mana rata2 rakyat di malaysia menganggap bahawa ;

Suratkhabar laporkan sesuatu = apa yang dilaporkan adalah fakta dan wajib dipercayai. 

Rakyat malaysia kebanyakkan tidak berfikir sebegini ;

Suratkhabar laporkan sesuatu = apa yang dilaporkan itu boleh jadi fakta, boleh jadi persepsi, boleh jadi andaian, boleh jadi salah faham, boleh jadi fitnah dan etc2..

1. Siapa ada bukti bahawa laporan arab saudi memantau jemaah haji dari malaysia? = Tiada.

2. Siapa ada tunjukkan rujukan daripada perisikan arab saudi bahawa mereka sedang memburu penyokong bersih ? = Tiada.

3. Siapa ada bukti bahawa arab saudi bercadang sukarkan perjalanan jemaah haji dari malaysia? Sekurang2nya laporan akhbar dari kerajaan arab saudi. = Tiada. 

4. Siapa ada bukti bahawa arab saudi sedang mencari pemimpin pembangkang perihal bersih? = Tiada. 

Jadi apa yang utusan ada? Dia cuma ada sel13. Jadi apa yang sel13 ada? Sel13 ada penulisan sahaja. Ada bukti? *Takde. Ada keterangan yang boleh menyokong kenyataan dia? *Takde. Ada kenyataan akhbar arab saudi? *Takde. Ada kenyataan dari sumber risikan arab saudi? *Takde. Ada kenyataan dari pemimpin arab saudi mengenai hal tersebut? *Takde.[* sehingga hal neh ditulis] Ya, apa pun takde. Di ulangi sekali lagi, apa pun takde. Takde.

TAKDE? Ya, takde. Takde? Jadi macam mana utusan boleh terbitkan satu artikel yang tiada asas? Syuiisssssh... tengok kiri kanan. Dah tengok? Ada utusan kat kiri kanan? Ada? Kalau ada direct tanya dia, kalau takde meh baca analisis dan persepsi aku.

Kesimpulan bagi aku sangat mudah. Apa yang ingin dihasilkan melalui penerbitan artikel tersebut ialah ;

1. Menimbulkan suasana kelam kabut = menakut2kan orang tak kira jemaah haji ataupun penyokong2 bersih di mekah dan madinah.

2. Mengaitkan dengan kedutaan apa seme adalah sebagai soft warning kepada penyokong2 bersih mekah dan madinah bahawa anda sedang diperhatikan. Tajaan anda dalam ancaman.

3. Menyebut2 nama penguatkuasa arab saudi apa seme adalah sebagai jalan untuk mengecam / mengugut penyokong2 bersih bahawa apa yang anda buat, saya tahu dan anda akan mendapat balasannya sebab bila2 masa saya boleh call penguatkuasa arab saudi dan anda bakal kena.

Sememangnya sejak dari awal lagi memang tiada apa2 siasatan pun yang dibuka oleh arab saudi. Arab saudi apa jek dengan bersih neh? Apa jek nak kesah? Dorang apa pun tak kesah dan tak heran. Booooo.. banyak lagi benda aku nak fikir kata arab saudi. 

Tetapi kerajaan umno kesah dan amek peduli. Jadi untuk mengajar mereka2 yang menyokong bersih neh maka sesuatu perlu dilakukan. Nak direct terus sound mungkin sukar disebabkan situasinya tak sama macam di mesir. Jadi ikut jalan belit2 asalkan matlamatnya sampai. Semua kaedah neh ada dalam kepala hotak aku. Ia bukan sukar untuk mengenalpasti lawan yang hanya tahu dengki tak tentu pasal. Memang, bukan sukar.

Ameno : Penguatkuasa arab saudi boleh tuntut komisen sebab nama anda digunakan untuk menjayakan filem..

Zulkifli Nordin dah tahu sapa pecah lubang isu skandal Azmin Ali.

Dia cakap dia dah tahu.

Hero melayu islamik dah mula mai tunjuk muka. Jeng jeng jeng.. 


Hei, aku dah tahu siapa dalang penyebaran gambar skandal azmin ali..


Ini semua kerja orang dalam PKR lah.. sapa lagi. 


Semua neh disebabkan perebutan kuasa dalam pkr itu sendiri.. orang tue nak meraih perhatian anwar ibrahim..


Tunggu, sampai masa nanti saya akan dedahkan siapa yang rakamkan video tersebut. 


Selain itu ada beberapa lagi video yang membabitkan pemimpin pembangkang yang lain. Pelakonnya memang tak disangka.

kah kah kah

Seme benda dia tahu.. takde ke dia taktau..?

kah kah kah

Ameno : Interframe mesti mao...

SB, BERSIH dan Khalid Ismeth yang tersepit.

Mari kita hentikan seme neh. Tolonglah. Aku sebenarnya dah rasa kelakar. Ya, siyes. Mula2 aku rasa kelakar. Then aku rasa semak. Last sekali aku rasa demm.. perlu ke sampai ke tahap neh? Ia dah menganiaya orang yang tak bersalah oke. Orang yang tak bersalah. Ugutan itu betul tapi tuduhan menyepak itu salah.

Sekarang bukan masa nak salahkan sesiapa. Memang bukan. Mari ikut aku amek cermin. Ya, cermin. Sekarang cermin kat depan aku. Bercakap mengadap cermin memang mencabar. Sangat mencabar. Mari kita imbas kembali.

Kronologi.

1. Seme neh bermula bila zaharin dok sebarkan isu SB. Ya, tidak mampu menipu untuk mengatakan aku tidak terpengaruh. Aku sememangnya terpengaruh.

2. Lepas tue ramai orang sebarkan gambar2 yang konon nya SB. Antaranya kat bawah neh ;


Selain dari gambar di atas, banyak lagi gambar2 yang dikatakan SB disebarkan. Aku tak terkecuali sebarkan ia cuma aku tidaklah mengatakan mereka2 tue sememangnya SB. 

Contoh ;


Aku cuma berharap polis siasat dan ada lah tulis begini ;


3 orang neh dipercayai ada batu dan baling ke arah polis. Sekarang neh, dorang neh sapa? Tolong jangan nak mencemarkan reputasi bersih, mohon siasat kot2 SB.


Klik sini.


Dan



Ini satu lagi. Lepas buat provoke lari.. ko sapa ? Sapa? Mencemarkan nama baik bersih.. tak guna punya orang.. mungkin SB.. sebarkan.


Klik sini.

Dua link sahaja sebab aku tak sebarkan banyak posting pasal SB neh. Aku cuma sebarkan tiga gambar, dua di atas dan yang lagi satu ialah gambar lelaki baju kuning pegang kayu. Itu aku amek dari TYB.

Walaupun kita menulis " mungkin " dan etc2, tetapi bukan seme orang akan faham sebagaimana yang kita faham. Itu kena salahkan diri sendiri sebab dah berani tulis  "mungkin". Kalau yang direct tuduh tue lagi lah. Habis seme dianggapnya SB. Last2 memalukan diri sendiri. Adoii.

3. Selepas itu zaharin keluarkan kenyataan balas. Start situ aku dah faham bahawa neh seme hanyalah permainan. Aku agak bernasib baik kerana tidak meleret2 bermain permainan tersebut.

4. Tetapi masih lagi ramai yang tidak mahu hentikan permainan neh. Mereka masih tegar menganggap sana sini adalah kesalahan SB semata2.

5. Last sekali, tercetuslah kisah di bawah neh.



Khalid ismeth di anggap individu yang menyepak polis. Alamak ai. Jelas lagi terang bahawa mereka ialah dua individu yang berbeza. Mula2 blogger umno yang up isu neh. Bukan papa gomo, blog lain. Lepas tue papa gomo sahut. Lepas papa gomo sahut barulah jadi kes polis.

Mula2 aku rasa blogger umno nak perli penyokong pakatan rakyat yang taksub menggila salahkan seme ke atas SB. Aku mengaku bahawa penyokong2 pr memang kelakar time neh. Habis seme dicampakkan kesalahan ke atas SB. Sebelum dan selepas penjelasan zaharin. Habis seme depa kait2kan. 

Orang pakai baju sama SB. Orang yang berdiri dekat polis pun di anggap SB. Orang yang pakai band kuning pun SB. Orang yang pakai penutup mulut pun SB. Arhh sudah. Seme SB. Ia disebarkan oleh seme orang, seme sekali tak kiralah page apa pun.. kecuali satu page yang memang personally aku jaga. Aku kawal kandungan dia. Bukan page amenoworld. Page lain oke.

Ketaksuban tidak mahu mengakui kesalahan diri sendiri menjadi punca seme. Ketaksuban menganggap diri sendiri adalah maksum menjadi punca hal neh. Bloggers umno cuma main2 tapi macam mana seriyus nya polis sanggup petik benda permainan neh menjadi kes ? Ini disebabkan mereka dah tertekan.

Satu dunia mengecam mereka ganas. Satu dunia. BBC, Aljazeera, persepsi rakyat malaysia dalam dan luar negara. Itu tak masuk persepsi wartawan2 yang kena bantai. Ya, aku juga punya persepsi yang sama. Tidak aku nafikan. 

Kenapa? Ini kerana aku berpegang kepada situasi. Oleh kerana yang melanggar arahan itu di dataran maka di dataran sahaja lah ko serang. Menyerang pendemo di kawasan lain tak sepatutnya wujud. Menyerang di dataran ialah satu keperluan tapi menyerang pendemo di kawasan lain ialah kezaliman.

Hentikan. Ya, hentikan. Kesemua pihak perlukan hentikan permainan saling salah menyalahkan. Mari kita berpijak hanya kepada fakta. 

Ya, melanggar baricade di dataran itu satu kesalahan. Mereka yang melanggar, polis boleh hukum ikut ketetapan undang2. Jelas arahan A.Samad Said dan Ambiga tidak dipatuhi. Tidak pernah, ya, pengerusi bersih 3 menyuruh kita melanggar arahan mahkamah. 

Ya, menghasut juga merupakan satu kesalahan. Menghasut untuk melanggar kes lain, tetapi diri sendiri yang memilih untuk terhasut dan melanggar adalah kes yang lain pula. Tangan sendiri, kaki sendiri, akal sendiri, sebijak mana pun orang yang menghasut, jika anda mampu kawal minda sendiri sudah tentu tidak termakan hasutan. Bukan budak2 kecil yang tak reti bezakan antara betul dan salah.

Ya, menyerang pendemo bersih di kawasan yang bukan larangan juga adalah kesalahan. Sudah sampai masanya untuk PDRM terima dan akui kesalahan diri sendiri bahawa bukan seme tindakan mereka mematuhi SOP.

Ya, meletakkan semua kejadian provokasi ke atas bahu SB adalah satu kesalahan. Sepatutnya setiap tuduhan harus disertakan dengan bukti dan fakta yang kukuh. Jika anda marah orang fitnah anda, apa sebab anda fitnah orang pula? Apa sebab anda marah orang lakukan hal yang anda sendiri lakukan? Apa sebab?

Seharusnya penyokong2 bersih 3 memahami apa itu tuntutan bersih dan mereka2 yang cenderung melakukan provokasi haruslah dianggap mereka2 yang tidak memahami perjuangan, bukanlah menyalahkan setiap satu provokasi sememangnya adalah SB bagi mengalihkan persepsi negatif rakyat ke atas bersih. 

Ya, menganggap perjuangan bersih adalah untuk memperjuangkan agenda pakatan rakyat, LGBT dan seks bebas juga merupakan satu kesalahan. Terdapat beza yang sangat jelas antara apa itu bersih, apa itu seks bebas, LGBT dan PR. Oleh kerana anda tidak boleh menerima bersih itu bukan menjadi alasan untuk anda menfitnah BERSIH 3. Tidak faham takpe, tidak mahu terima, it's oke, tetapi jangan .. ya jangan.. jangan sesekali meletakkan kebencian anda menjadikan anda halal untuk menfitnah dan mengada2kan cerita.

Ya, Ambiga, jawatankuasa bersih, PDRM, Hishammuddin, Pendemo BERSIH 3, Pemimpin PR,  Media arus perdana, harus mengakui kesalahan diri sendiri dan mengkaji kelemahan diri sendiri sebab bermain permainan blame game sehingga memualkan rakyat. Ada yang dah nak mampos sebab muntah banyak sangat.

Ya, khalid ismeth menulis agak kasar di facebook mengenai polis adalah satu kesalahan. Tetapi itu tidak menghalalkan tindakan mempermainkan dia sehingga dia dianggap individu yang menyepak polis. Sejauh mana pun kita nak bermain, janganlah sampai membuatkan orang anggap perkara tersebut adalah benar, jangan sampai permainan bertukar menjadi fitnah. Apatah lagi tindakan dia menyerah diri di anggap ditangkap polis. Jelas, dua perkara yang berbeza maksud. Jangan sebarkan auta hanya kerana kita benci mereka.

Ya, aku mengakui kesalahan diri sendiri jika ada terhasut korang mempercayai perkara2 yang salah dan tidak mengandungi fakta. Apa pun, ingatlah pesanan aku. Yang bebas menulis itu aku, yang bebas mempercayai itu korang. Tak pernah ya, dipaksa atau memaksa. Bai. 

Ameno : Tindakan melulu menyebabkan seorang menjadi mangsa.

Sabtu, 5 Mei 2012

Video luahan Ibu Azmin Ali tersebar.

Jangan disalahkan mereka yang buat video neh. Sudah semestinya mereka akan menggunakan segala ruang yang ada demi kepentingan politik masing2. Salahkan diri sendiri yang lambat bertindak dan amek inisiatif untuk memujuk ibu sendiri. Itu jek.

Lihat bawah neh ;



Video neh nampak biasa tapi percayalah betapa ramai orang akan terkesan dengan nya. Sebab apa? Sebab neh ialah ibu. Kita ada ibu. Ko ada, aku pun ada, kita seme ada oke, ada.

Idea aku.

1. Azmin ali kena buat report polis terlebih dahulu untuk menyangkal seme tuduhan. Kalau gambar tue benar lain citer oke. Sekarang kita cakap kalau gambar tue palsu.

2. Jumpa ibu dan buat penjelasan sehabisnya. Biar ibu faham betul2 dengan apa yang telah berlaku.

3. Bila ibu dah faham, panggil press agar ibu boleh buat statement terbaru mengenai insiden tersebut. Jika ummi boleh, kenapa azmin tidak boleh? Ibu masing2 kan?

4. Lepas tue, keluarkan kenyataan menyeru polis dan mereka2 yang berkaitan siasat habis2 mengenai gambar tersebut. Perlu disiasat agar nama azmin tidak terkait2 lagi dengan insiden tersebut. Macam aku kata sebelum neh, ia perlukan penutup. Membiarkan ia tergantung sebenarnya lebih bahaya kerana ia mencipta lebih banyak persepsi dan tanggapan.

5. Kalau boleh tiru jek jejak langkah Salahudin Ayub yang bersumpah tadi. Sekurang2nya ia boleh menambah keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kenyataan penafian. Bersumpah, bagi sesetengah orang, mereka menganggap ia tidak boleh selesaikan masalah, dan anggapan itu sememangnya benar. Tetapi kadang2 ia juga boleh menyelamatkan keadaan sebab sedikit sebanyak mencairkan persepsi negatif. Cuba dulu, usaha mesti mao ada.

Oke bai.

Ameno : Adoii.. gunakan ibu lah pula..

Salahuddin Ayub bersumpah bebas zina..

Ini ialah naib presiden pas. 


Apa dia buat? Dia telah bersumpah. Yes. Bersumpah. Berikut sedikit keterangan sumpah dari saksi yang menyaksikan dia bersumpah ;


Jika dia boleh maka kenapa yang lain tidak boleh? Jika ia boleh melenyapkan persepsi maka kenapa ia salah? Jika ia boleh membantu untuk menambah kepercayaan umum terhadap diri sendiri maka kenapa tidak diteruskan?

Beginilah kita boleh mencari malaysia baru. Kita tidak boleh mencari malaysia baru hanya kerana kita nak. Kita kena berusaha untuk merealisasikan impian mewujudkan malaysia baru. Untuk merealisasikan impian malaysia baru kita perlukan kerjasama dari semua orang.

Ya, semua orang. Ini termasuklah orang2 umno, bien dan atas pagar. Setakat nak harapkan orang2 pr? Toksah mimpi lar der. Jadi, jika anda mahu malaysia baru, tambat dulu kepercayaan orang2 atas pagar dan bien. Kita perlukan mereka untuk mengubah sistem pentadbiran negara. 

Ini kerana dari awal lagi mereka2 neh bukan musuh kita. Musuh kita ialah mereka2 yang gila kuasa dan salah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Jangan lepaskan kemarahan ke atas orang yang salah. Sudah sampai masanya untuk kita memujuk mereka agar bersama2 dengan impian kita. Jika sumpah boleh merealisasikan hal tersebut, why not. Sekian.

Salahuddin Ayub bersumpah ==> Klik sini.

Ameno : Walaupun tak bersumpah pun aku tak caya.. terang2 jalan citer mengarut.. tapi kalau dah bersumpah pun oke sebab menambahkan keyakinan orang..

Jumaat, 4 Mei 2012

Ustazah Mashitah dah mengamuk pasal BERSIH 3.


Ustazah dah mengamuk. Boleh percaya ke seorang ustazah akan menulis macam neh? Neh ka cara penulisan seorang ustazah dalam kolum akhbarnya? Sejak bila ruangan agama menjadi ruangan politik? Kalau nak berpolitik terus terang sudey jangan gunakan pentas dakwah sebagai medan.


Sebenarnya tak salah sambil berdakwah sambil berpolitik apa seme. Ramai orang buat macam tue. Takde hal pun. Masalahnya ustazah neh kan dia tak mengaku dia neh berpolitik tetapi sebenarnya dia memang berpolitik pun. Maknanya dia nak masyarakat anggap dia berdakwah walhal terang lagi jelas kan dia berpolitik tue.

Aku dengar citer dia bakal calon. Kat mana? Titiwangsa kot. Apa pun tunggu lah bila senarai calon dah di umumkan nanti. Sekarang mari kita tengok apa yang seorang ustazah yang taknak mengaku dia sedang berpolitik bercakap pasal bersih 3.

Pada saya, ada empat sebab utama kenapa Bersih 3.0 diadakan. Pertama, pakatan pembangkang tidak bersedia hadapi PRU13. Walaupun mereka kata bersedia, hakikatnya perbalahan antara PKR, Pas, DAP dan beberapa parti pro-pembangkang di banyak negeri berhubung pembahagian kerusi agak meruncing. Mereka perlu lebih banyak masa untuk selesaikan kemelut ini. Bersih 3.0 bertujuan melambatkan PRU13.
Kedua, tekanan rakyat terhadap Kerajaan-kerajaan Negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kerana gagal mentadbir dengan baik. Rakyat di negeri-negeri pembangkang juga kerap berdemonstrasi menuntut janji-janji daripada pilihan raya dahulu ditunaikan sebelum membuat janji-janji baru. Bersih 3.0 adalah satu cara mengalih tumpuan kemarahan rakyat di negeri-negeri tersebut.
Ketiga, pakatan pembangkang tidak mampu menjawab dan menangani pelbagai skandal yang dihadapi pemimpin mereka. Pelbagai pihak, termasuk penyokong pembangkang sendiri, menuntut jawapan kepada hubungan Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar serta orientasi seks Anwar.
Juga pembelian dan pemilikan saham jutaan ringgit oleh Azmin, kes khalwat Ustaz Badrolamin Baharon dan satu lagi kes seks dalam tandas membabitkan seorang pemimpin tinggi PKR, Mohamed Sabu dengan isteri kawannya, isu pembohongan Mohammad Nizar Jamaluddin, hubungan retak Datuk Seri Azizan Razak dengan beberapa Exconya sendiri, isu Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding dalam PRU-13, desakan supaya Nik Aziz Nik Mat letak jawatan dan kemelut pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Sekali lagi, Bersih 3.0 adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan kepada isu-isu tersebut.
Keempat, populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang meningkat. Program turun padang ke seluruh negara mendapat sambutan hangat. Sokongan kaum Cina kepada Ah Jib Gor dan dalam kalangan penduduk India semakin padu. Inilah yang menakutkan pakatan pembangkang. Penganjuran Bersih 3.0 bertujuan menyekat populariti Najib, tapi sebaliknya menjadikan rakyat bertambah mual dengan sikap pembangkang yang melampau.
Pendirian Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa mengenai penganjuran demonstrasi dan pemimpin bermasalah moral membuktikan bahawa kepimpinan pembangkang tidak sepakat. Saya juga bersetuju dengan seruan penganjur S Ambiga yang mahu polis ambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada Sabtu lalu. Sebenarnya, beliau merujuk kepada Anwar, Azmin dan dirinya sendiri.

Dia bercakap pasal pakatan rakyat. Bukan cakap pasal bersih. Dia neh pun sama juga macam kebanyakkan yang lain2. Taktau apa beza antara pakatan rakyat dan bersih. Dah penat diperjelaskan. Sampai satu tahap, kita juga akan merasa bosan.

Lepas tue dia bercakap lagi pasal isu2 seks. Yang dah lepas tah betul tah tidak pasal mat sabu tue pun dia ungkit2. Alahai. Baik ko citer pasal macam mana mak dan bapak ko main untuk dapatkan ko.. lagi bagus apa. 

Ungkit dan main lah isu2 lepas. Sorry, aku tatau kebenaran kes mat sabu tue oke, tapi kalau nak amek tahu pun buat apa? Benda dah lepas. Ko dan aku siapa nak bercakap pasal benda yang dah lepas kan? Betul tak? Itupun tak pasti lagi kesahihan nya macam mana. Tah2 fitnah. Lagi mampos nak menjawab karang. 

Bercakap pasal populariti najib konon. Nak bodek dan ampu je lah yang ko pandai kan ustazah? By the way, kalau najib glamer sangat apa kes keluarkan surat paksa arah ke program anjuran bien ek? Apa kes? Kata popular what.. perlu ke nak arah orang hadir apa seme?

kah kah kah


                                         Mashitah yang kita sayangi dah takde dah..

Ameno : Ustazah, nak join politik ngaku je lah. 

Najib, janganlah menangis dan bersedih..



Lalalala.. ~~ 

Kat mana nak sorok muka?

Dia kata program bien semakin mendapat sambutan. Dia kata rakyat sudah kembali menyokong bien tapi kalau betul apa yang dia kata kenapa dia keluarkan surat kat atas neh ek? Kenapa? Kenapa? Kenapaaa??

kah kah kah

Nak tahu citer tak?

1. Surat neh surah kerahan / paksaan / wajib hadir yang diberikan oleh pimpinan kerajaan pusat kepada politeknik. 

2. Seribu bas disediakan untuk mengangkut sana sini agar menghadiri program yang dimaksudkan. 

2. Selama neh depa dok paksa ibu bapa dan kakitangan kerajaan. Kali neh depa telah membuka pencalonan terbaru. Pelajar pun kena paksa dah sekarang. Lepas neh sapa nak jadi calon dipaksahadir? Boleh jek. Amek handphone masing2 dan sms ke BIENPAKSAHADIR afundi <letaknamadirisendiri> dan hantar ke no najibkomemangsukamainwayang = pecahkan code neh sendiri oke. 

kah kah kah

3. Ada ka budak2 sekolah yang tak reti berpolitik disuruh berjemur tengah panas apa seme semata2 nak menunjukkan program dia tue ramai yang hadir?

Lepas neh confirm arh masuk tv3.. confirm punyalah. Aku nak duduk tercongok kat depan tv malam kang. Apa lah ek yang depa nak cakapkan tue..

kah kah kah

Peminat IPHONE 4S baca neh.

Ameno : Budak2 sekolah tue seme afundi diri sendiri utk hadir ke program tue oke.. jangan jeles..

Konspirasi Mahasiswa Mesir terdedah..

Gila kaw.

Mahasiswa pun reti main konspirasi apa seme ek? Sapa lah guru mereka kan. Habislah satu malaysia sekarang neh dah pandai main konspirasi sana sini.. aku pun nak buat konspirasi dan skandal arhh sebab kan.. cam gud2 jek..

kah kah kah


Kisahnya begini.  Jeng jeng jeng..

Lihat gambar kat atas neh. Inilah gambar konspirasi yang dimaksudkan. Ekekeke. Kisah asalnya bebudak mahasiswa neh dipaksa untuk berkonspirasi seolah2 mereka bencikan BERSIH = pengotor. Malang. Malang sebab mereka tak rela walaupun hanya berlakon. Berlakon jek pun mereka tak sanggup. Nak konspirasi besar2 lagi? Mana mao nya.

Yang sebenarnya mereka telah di undang untuk menjayakan satu program yang menyokong keamanan. Dengan kemain bangga2 lagi mereka pergi dan sokong program tue tanpa rasa berbelah bagi. Biasalah, keamanan kan? Sapa tak suka. 

Tapi sayangnya, ketika bergambar ramai2, pihak penganjur telah mengkonspirasikan kehadiran mereka seolah2 mereka anti BERSIH aka PENGOTOR. Arhhh sudah. Siap tayangkan lagi kat media. Macam mana neh? Sejak bila aku anti BERSIH kata setiap mahasiswa2 yang hadir itu.

kah kah kah

Yang sebenarnya, mahasiswa2 mesir adalah mereka2 yang sangat pemBERSIH. Siyes. Lihat kat bawah neh oke ;







Kesian mahasiswa2 mesir kita. Disebabkan mereka sangat pemBERSIH, mereka terpaksa menjadi ALIEN dengan menyorokkan wajah masing2 akibat dipaksa menyokong KOTOR. 

KAH KAH KAH

Inilah demokrasi di malaysia. Demokrasi ala bien. Kalau tatau apa itu demokrasi ala bien baca sini dan sini kerana disitu ada menerangkan dengan jelas dan tepat apa itu demokrasi ala bien.



Wajah2 kesedihan mahasiswa yang satuharamjadah tak faham apa kehelnya gua kena pegang banner neh oiii?

kah kah kah

Adoiii.. apa pun tak boleh.. apa pun tak boleh larh weh..

Ameno : Terkonspirasi.

Khamis, 3 Mei 2012

Kisah Azmin Ali romen-romen..

Ya.

Semua orang nak tahu citer neh. Eh, jap. Bukan seme orang. Aku taknak tahu citer romen2. Kalau korang aku taktau lah nak tahu ke taknak tahu. Tapi yang pasti umno memang nak tahu citer neh. Siyes. Bukti ada kat bawah neh.




Umno bukan sahaja nak tahu malahan dorang siap sebarkan lagi. Dalam tv, dalam paper apa seme. Memang tak agak2. Langsung tak sensor. Hari neh kecoh, esok dah siar kat paper. Cepat dan pantas. Ini bukti dorang memang nak kasi panas.

So apa kita nak buat neh?

Pecah dan perintah. 

Pertama kita pecah.

1. Segala tuduhan atau apa2 berkaitan azmin ali kalau ada bukti dakwa ke mahkamah. Bawa lah kes neh kemana2 ko nak bawa ko punya pasal dan ko punya suka. Jangan lah masuk paper tv apa seme ulang dan ulang, ulang dan ulang, ulang dan ulang sampai mampos ke kesudahannya masih sama iaitu ulang dan ulang. Ia perlu ada penamat dan penutup. Tolong faham.

2. Jangan heret rakyat dalam skandal lucah dan porno. Jika ko nak dakwa azmin maka jangan babitkan rakyat. Buat ikut aturan dan protokol. Buat apa sahaja sebab rakyat tak berminat pun nak tahu skandal sapa2. Apa yang rakyat minat nak tahu ialah cara mana kita boleh hidup selesa di malaysia neh. Itu jek. 

3. Kalau pun pemimpin A terlibat skandal atau apa, rakyat takan beralih sokongan sebab kita sokong atas nama prinsip bukan individu. Mana2 individu yang bermasalah kita redah kasi pecah. Simple.

4. Berikan ruang kepada azmin untuk jelaskan apa2 yang dia ingin jelaskan. Ko boleh terima dan boleh tak terima tapi biarkan sahaja dia jelaskan apa2 yang dia ingin jelaskan. Jangan lah tutup penjelasan dia, sensor, spin atau apa dalam tv apa seme. Tak adil bagi pihak dia. 

Oleh kerana dia dah saman, maka beban pembuktian jatuh kepada pihak yang menuduh dia berskandal. Jadi, sekali lagi, selesaikan kes neh ikut aturan yang betul. Dadu di tangan ko, bukan di tangan azmin. Ko nak dakwa maka buat cara nak dakwa, kalau taknak dakwa apa seme, diam2 sudah.

Kedua kita perintah.

1. Toksah layan isu neh. Kita nak mencari malaysia baru. Matlamat ada kat depan situ. Melayan isu neh, mencari alasan itu neh sebenarnya hanya mengheret kita jauh ke dalam.

2. Was2 ka, sangsi ka apa seme, azmin ali dah saman. So biarkan sahaja kes neh berjalan ikut kronologi.

3. Jangan layan topic klise dengan ayat yang klise. A tuduh B fitnah, B tuduh A fitnah, sampai ke mampos tak habis. Orang atas pagar membaca dan menilai. Jangan biar dorang sangka bahawa A dan B takde beza. Jangan sesekali.

4. Langkah mudah yang boleh di buat ialah mendesak kerajaan atau mana2 penguatkuasa bawa kes neh ke mahkamah dan dakwa ikut aturan yang betul, kalau mereka taknak terima saman azmin sebagai hujah. Itu jek. Membiarkan ia tergantung atau apa sebenarnya adalah langkah untuk mencetuskan kekeliruan. 

Tidak baik untuk kita. Jika mereka rasa itu betul sangat, hah dakwa sahaja di mahkamah. Jangan potpet2 di telinga kita azmin itu azmin neh azmin sana azmin sini, azmin sumpah, azmin buat akuan, azmin taubat dan azmin derhaka. Jadi orang, kita pun reti bosan oke. Sangat reti.

Akhir sekali, aku tidak menyebelahi mana2 pihak dalam kes neh. Aku tidak berminat nak menyebelahi. Tidak pernah ada cita2 untuk berpaksi. Aku percaya ramai orang juga tidak berminat nak menyebelahi mana2 pihak dalam kes neh. Apa yang aku nak dan orang lain nak ialah cuma politik bersih. Bai.

Ameno : Video seks gua bakal tersebar.. nantikan..

Rabu, 2 Mei 2012

Apa masalahnya budak neh kena heret dengan POLIS?

Aku dah tak boleh sabar dah. Macam2 video keluar. Semakin lama semakin sakit ahti aku tengok kekejaman polis terhadap pendemo2 bersih neh. Apa masalahnya nak melayan seme orang macam penjenayah? Penjenayah pun tak dilayan seteruk pendemo2 bersih neh.

Lihat bawah sendiri. Ini video baru yang di upload.


Sedikit info mengenai kejadian di atas ialah ; 

1. Lelaki neh kena heret dengan polis.

2. Dia tatau kenapa atau apa yang berlaku = binggung.

3. Lepas tue dia kena hina macam2.

Sumber wartawan malaysiakini. Dia berada di lokasi kejadian. So video kat atas neh sedikit petikan dari kejadian tersebut.

Memang apa pun tak boleh larh polis2 yang bertugas pada hari tersebut. Apa pun tak boleh.

Ameno : Layan rakyat macam anjing je depa neh.. 

SPR, rupanya ada banyak pengundi 100 tahun ke atas neh..

Hai,

SPR.  Seperti biasa kau memerlukan aku untuk membetulkan daftar pemilih kao tue. Harus di ingat aku kerja errrr silap..  tolong neh secara percuma jek. Percuma je taw. Bukan macam ko dibayar gaji. Jadi berterima kasihlah bila aku dah tolong ko bersihkan daftar pemilih neh. Oke? 

kah kah kah

Jangan nak kondem dan bagi alasan konon2 aku nak cari salah kao jek walhal aku nak ko betulkan sistem ko tue jek. Nak cari pengundi hantu pun tak reti. Baik jawatan ko tue bagi jek kat aku sekarang. Aku sudi buat kerja dan layak oke sebab aku bukan ahli mana2 parti.

kah kah kah



Nak lagi? Yang lain2 adalah seperti di bawah neh. Ada yang SPR sepatutnya dah tahu. Ada yang SPR perlu diberitahu.

530823040010
830820125953
901204335004 
900206740068
960330145121 
970828740103 
970504305076 
980410750573 
981230740014 
990327740648 
001018745081

Jadi sekaligus membuktikan tuntutan BERSIH 3 hari tue benar2 relevant. Bersihkan senarai pengundi, so SPR apalagi.. kasi bersih larh der......

Ameno : Nak lagi ka SPR? Ekekekeke...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...