Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 April 2012

Hot : Ini ke video seks mahasiswa di dataran tue?

Korang lihat dulu video yang badut cakap ada aksi panas mahasiswa tue ;


Aku tak minat nak bekap sesiapa dalam isu neh. Buang masa aku jek kalau dok bekap membekap neh. Satu sen apa pun aku tak dapat dengan bekap membekap. Tapi aku ada sedikit pandangan berhubung video di atas neh. Aku harap badutrakyat ko boleh teliti serba sedikit pandangan aku dan bersikap berani lah dengan respon semula dengan menjawab hujah aku dengan hujah bukan mengarut. Tolong ek.

Hujah aku.

1. Boleh tak apa seme benda ko jangan babitkan dengan nama adam adli? Maksud aku, apa kena mengena dengan perbuatan2 mereka tue dengan adam adli? Aku yang bukan adam adli pun rasa macam fak gile larh korang sikit2 sebut nama adam adli.. sikit2 adam adli.. apa kaitan nya adam adli dengan mahasiswa kat dalam video neh? Korang nampak dengan jelas kan muka2 dorang? Nama dorang je lah ko sebut. Takan itu pun nak diajar lagi? Bangang.

2. Apa asas ko mengatakan mereka buat benda2 tak elok? Ko tahu ka umur fahmi reza tue berapa? 35 tahun menurut malaysiakini. Kalau dia dah kahwin ko tahu ka? Aku taktau apa2 oke. Aku takmo bekap sapa2 oke. Cuma kalau nak tuduh2 orang boleh tak ko bagi bukti yang lebih jelas disini? Lepas tue nak cakap, cakap lah der. Sehingga kini aku belum lagi nampak bukti sahih perempuan tue dan fahmi reza tidur bersama2 atau keluar dari khemah dengan keadaan yang tidak sepatutnya.

3. Lepas tue nak cakap ia mengaibkan sebab tue taknak paparkan? Sepanjang yang aku tahu, tiada mana2 bloggers umno yang faham apa itu aib. Tiada juga mana2 bloggers umno yang faham apa itu dosa, Allah, Islam dan kebenaran. Terus terang aku cakap, ko cakap aib sebab benda tue takde. Kalau ada, ko orang pertama yang akan paparkan ia. Perangai ko neh, satu dunia dah tahu. Nak cuba tipu sapa lagi? Orang bodoh boleh larh percaya der. Orang bodoh je lah.

4. Bab aurat. Aku tak nafikan sewajibnya kita menegur muslimah kalau dia menayangkan aurat. Tapi sebelum dok pongpang2 tegur apa seme pastikan dulu bahawa orang yang ingin ditegur tue ialah orang islam. Jangan sampai tersalah anggap dan tersalah tegur pula.

5. Aku tak nampak apa2 kejadian yang mengatakan berlakunya seks bebas atau apa2 gejala yang tidak bermoral dalam video tersebut. Apa yang ada cuma lah persepsi yang ditanam oleh orang yang keluarkan video neh. Dia menggunakan ayat untuk membentuk persepsi. Dia bagi gambar then dia tulis ayat, so bila otak korang tertangkap benda tue maka korang sendiri automatik akan membentuk persepsi yang sama. Ini yang dia cuba buat. Tapi bukan seme orang, dia mampu tanam persepsi. Sebab ada sesetengah orang lebih suka kawal minda dan pemikiran dia sendiri, contohnya aku. 

6. Laki dan perempuan tidur bersebelahan? Aku taktahu apa hubungan dorang. So aku taktau nak cakap apa. Kalau dorang laki bini camne? Or adek beradik ka? Or ada hubungan kekeluargaan ka? Tak ka naya main tuduh2 jek. Jadi adalah lebih baik dengar penjelasan dari seme pihak yang terlibat sebelum buat analisis.

Tapi inilah nasihat aku kepada mahasiswa2 dan pendemo2 yang berkhemah di dataran tue.

1. Kalau anda perempuan beragama islam, wanita muslimah, tolong jaga aurat sekurang2nya tutup perkara2 yang perlu ditutup kalaupun belum mampu tutup rambut supaya tidak menimbulkan sangkaan buruk.

2. Elakkan tidur bersebelahan lelaki dan perempuan. Anda mungkin tiada apa2 niat tetapi kita tak boleh nak kawal persepsi orang. Khusus utk mereka yang beragama islam.

3. Kalau anda laki bini, sebaik2nya biarlah umum mengetahui hubungan anda kerana dibimbangi ada yang akan salah anggap.

4. Tolong jaga tingkahlaku anda ketika berdemo atau protes. Anda mungkin tak kesah dengan pandangan2 pihak2 yang menentang perjuangan anda tetapi kami atau lebih tepat aku, sangat2 kesah. Kenapa? Sebab sedikit sebanyak tingkahlaku korang sebenarnya akan mencalarkan perjuangan yang kita nak bawa neh. Nak kena fikir camne aiii nak menjernihkan kembali tanggapan orang lain especially atas pagar.

Aku takmo tengah syok2 bawa kereta lepas tue kena hadap dengan masalah seperti brake problem, handbrake sakit, seltbelt hancur dan etc2. Aku nak bawa kereta tue laju2 tanpa apa2 masalah cuma nak focus betul2 macam mana nak menang dan langgar seme halangan kat depan jek. Halangan dalam kereta tak perlu sebab kereta tue adalah sebahagian dari geng aku. Tolong faham. Tenkiu. Bai.

Ameno : Aku sampai sekarang blur kenapa unit amal balik awal ari tue..

Apa hukum jika menteri langgar undang-undang jalanraya?

Nak tanya satu soklan. Tolong jawab dengan jujur. Sila lihat gambar kat bawah neh terlebih dahulu oke.




Naik motor kena pakai topi keledar kan? Kalau tak pakai topi keledar salah kan? Hehehe..


Isu neh isu kecik je. Tapi kalau dah atas jalan kena larh pakai topi keledar ye tak? Kalau bawa dekat2 tue nampak cam logik tak pakai topi tapi kalau yang lain seme bertopi.. dia jek tak bertopi rasanya bukan bawa dekat2 tue.. heheheh

Jangan marah ek. Nak tanya je. Tak salah ka kalau menteri tak patuhi undang2 keselamatan jalanraya? Bukti ada neh.. 

kah kah kah

Ameno : Topi keledar takde.. topi kain ada.. hehehe..

Pelajar UNIKL juga dilarang menyertai Himpunan Bersih 3.

Apa kejadahnya seme neh?

Kerajaan cakap bersih ialah perhimpunan aman dan bukan perhimpunan haram. Kenapa perlu ada larangan2 seperti neh? Untuk rekod korang, kerajaan tidak mewartakan bersih sebagai perhimpunan haram oke.

Maksudnya apa? Maksudnya perhimpunan bersih bukan haram ataupun salah oke. Kerajaan tak mengenakan apa2 larangan terhadap bersih dan masalah venue tue masalah BERSIH dengan DBKL dan ia masih bukan berstatus perhimpunan HARAM. Jangan lah dok menyebarkan sesuatu yang ko sendiri pun tak faham fakta. Suka suki jek nak larang orang itu neh.

Tah pape larh weh. Lihat kat bawah neh ;


Benda neh baru di update kat facebook UNIKL sebentar tadi. Selepas UPM keluarkan larangan, kini UNIKL pula dan aku syak selepas neh mungkin keseluruhan universiti dan kolej akan keluarkan larangan yang sama seperti neh untuk sabotaj sokongan mahasiswa terhadap BERSIH 3.

Nampaknya, ini rupanya strategi yang dorang pakai. Kat tv cakap lain, kat berita cakap lain tapi tindakan pula, lain. Maksudnya dorang cakap lain tapi buat lain. Memang terbukti dari dulu lagi kalau dah suka menipu tue tetaplah menipu. Apa pun tak boleh larh dorang neh.. apa pun tak boleh.

Ameno : Mungkin nak lawan pendirian HSBC kot..

Ini dia pengundi dan rakyat tertua di dunia..

WOW..

Umur dia 159 tahun der.

kah kah kah

Haram aku nak percaya.

Pendedahan ini dalam bentuk video. Jangan nak kata sumber yang dedahkan neh menipu oke. Aku cukup fak dengan mentaliti penyokong spr [sebab kes neh antara bersih dan spr, bukan antara pr dan bn oke] yang tak habis2 nak membela SPR bagai nak rak. 

Kita minta bersihkan daftar pemilih jek pun. Bukan suruh pergi bunuh diri. Itupun kemain liat. Bila bagi bukti apa seme kemain melenting lagi penyokong2 spr kata kita saja nak memperbesarkan isu walhal kita nak TOLONG DIA BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH. 

SPR dan penyokong2 SPR patut bersyukur sebab kita orang buat kerja percuma. Kalau SPR yang buat neh berbayar.. orang dah tolong korang dedahkan daftar pemilih yang meragukan pun dah cukup bagus arh tue. Neh tidak komplain dan cakap banyak pula. Bangang.

Lihat bawah neh.


Nampak apa yang aku nampak? Ini bukti printscreen dia oke ; 



Buka laman web SPR sendiri dan check oke ==> http://www.spr.gov.my/

No ic yang dimaksudkan ialah : 530823040010

Harap2 SPR boleh berbuat sesuatu. Minda tue kasi terbuka sikit lah penyokong2 spr. Korang kalau ada otak mesti boleh tafsir betapa pentingnya pembersihan dalam daftar pemilih neh. Kita kalau ada satu sistem yang bersih tak kira lah sapa pun menang kita akan tetap rasa puas ahti. Kalau sistem tak bersih, sapa pun menang akan tetap timbul perasan tak puas ahti.. tolong larh faham. Oke, bai.

Video dan sumber disediakan oleh rakan fb.

Ameno : 159? Ekekeke.. opah semalam dah kalah tue..  

Universiti keluar larangan hadiri BERSIH 3.

Jap.

Universiti neh apa nama dia?

Owhh UPM ek?

Lihat kat bawah neh der ;


Pihak pengurusan UPM neh rasanya dah salah faham.  Meh aku jelaskan sedikit. Mungkin dorang ingat apa2 perkara yang terpakai kat BERSIH 2 tue sama macam BERSIH 3 kot. Sebenarnya jangan terkeliru oke.

1. Kerajaan dah benarkan perhimpunan bersih 3.

2. Maknanya ia bukan lagi dikenali sebagai perhimpunan haram sebaliknya ia dinamakan sebagai perhimpunan aman. Rujuk kenyataan hishammuddin sendiri.

3. Jadi ini bermakna perhimpunan neh tidak sepatutnya dilabel sebagai perhimpunan haram.

4. Dah nama perhimpunan aman sepatutnya tiada larangan dari mana2 pihak ke atas mana2 individu.

5. Ini termasuk pihak universiti sebab bersih bukan parti politik sebaliknya satu gabungan untuk mereformasikan spr. 

6. Aku percaya setiap rakyat dan mahasiswa mahukan sistem pilihanraya yang adil, bersih dan telus.

7. Jadi amatlah tidak patut UPM mengeluarkan larangan di atas. Ini bukan isu politik. Ini isu yang lebih besar dari isu politik iaitu isu membersihkan sistem pr. 

Tak perlu kot nak cakap dan letakkan persepsi yang langsung takde kaitan dengan BERSIH 3. Harap maklum.

Dan, aku rasa kalau sesiapa pergi jumpa confirm gila pihak pengurusan UPM akan bertindak keras sekerasnya ke atas korang.. sabar lah bebanyak ek. Fikirlah perkara yang terbaik untuk diri korang. Nak hadir atau tidak.. 

Ameno : Bila lak bersih 3 tue jadi perhimpunan haram? UPM tak tengok berita tv3 meh? TV3 pun sebut perhimpunan bersih 3 dibenarkan oleh kerajaan.. walaupun sebenarnya kita tak perlu minta izin dari kerajaan utk berhimpun.. ekekekek..

Drama swasta seks di Buletin Utama.

Aku mengikuti dengan rapat drama2 swasta di buletin utama dalam tiga empat hari neh. Ewahh.. sekali gua terpinjam ayat shafie afdal larh pula.

kah kah Kah

Kalau korang nak tahu buletin utama tue bukan berita, tapi drama. Drama dalam bentuk berita. Nak beri kelainan kepada penonton2 setia drama so tv3 bersama umno dan bn pun berusaha mewujudkan satu drama versi berita. Dan buletin utama itulah hasilnya. 

Dalam beberapa hari neh saja je aku perhatikan buletin utama sebab aku nak tahu macam mana depa nak mainkan isu bersih. Tapi aku tengok dorang tak berapa mainkan isu bersih melainkan sejak 2 hari kebelakangan neh baru mereka masuk jarum fitnah bagi memburuk2kan bersih.

Apa yang dorang buat dalam empat hari aku mengikuti drama swasta di buletin utama ialah dorang pergi tayangkan citer pasal peribadi dsai. Lebih tepat dorang jaja citer dsai dan shamsidar telah ber-asmara sehingga ada anak bersama. Ini, bagi pandangan aku adalah satu dakwaan keji.

Bukan aku nak bela dsai kat sini. Jangan salah faham. Aku pun tak kata aku percaya dan tak percaya kepada perkara2 tersebut cuma bagi aku kalau ko dah berani pongpang2 cakap pasal orang kenapa tidak ko buka peluang dan ruang untuk dengar pula jawapan balas dari pihak yang kena tuduh tue kan?

Korang nak tahu apa yang buletin utama buat? Aku dah kaji serba sedikit taktik dorang. Mula2 dorang keluarkan benda kat bawah neh. Lihat video neh ;


Pompuan neh baru sahaja menuduh dsai dan shamsidar telah menjalin satu hubungan yang sangat keji. Lepas tue dia desakkan penjelasan. Helloo.. kejap. Aku nak fikir. Sebelum ko suruh orang jelaskan itu neh ko ada bukti tak yang mengatakan dia dan shamsidar menjalinkan hubungan sulit? Bila aku sebut pasal bukti, aku maksudkan bukti dan bukannya air liur aku harap ko boleh faham.

Dan buletin utama pun satu. Ko berani siar statement pompuan neh tapi ko ada tak calling2 dsai dan tanya dia benda neh betul ke tak betul? Tak kesah larh apa respon dsai sekalipun tapi tanggungjawab ko sebagai pemberita kena dengar hujah dari kesemua pihak kan? Napa ko buat pemberitaan terpilih ek? Ko neh nak jadi berita tapi cara ko lebih kepada drama swasta yang bila2 masa boleh jek karang skrip sendiri. Dah kalau gitu ko tukar lah nama kepada buletin drama. Kan lebih tepat disitu.

Lepas tue sehari berlalu. Dia siar pula berita kat bawah neh. Yang kat bawah neh lagi besar tuduhan dia der. Ummi cakap dsai bayar azmin 200juta. Lepas tue si nalla siap tunjuk2 lagi video rakaman seks yang mengandungi aksi dsai dan shamsidar bersama. 

Maii ai.


Nampak tak buletin drama buat apa sekarang? Sekarang dia sedang campak persepsi. Dia campak benda2 yang belum tentu sahih ke atas dsai tanpa membenarkan dsai menjawab segala tuduhan. Dia siarkan menerusi berita yang mana semua rakyat malaysia boleh akses dan kalau pun dsai menjawab berapa kerat sangat yang mampu mendengar penjelasan dia?

Memang ramai yang akan bagi alasan.. alah takde sapa nak percaya kat tv3 dah. Memang larh der itu kata ko. Ko tahu meh 26juta rakyat malaysia neh ada akal yang sama macam ko? Kalau seme akal sama macam ko dah lama dah bien kena tolak der. Disebabkan ada yang tak berakal macam tue larh maka bien masih memegang tampuk kekuasaan negara lagi. Dan salah satu strategi yang mereka guna pakai untuk kekal berkuasa ialah melalui buletin utama. 

Mereka hidangkan kepada rakyat cerita2 persepsi tapi mereka letak label berita. Dan rakyat yang bangang pula seringkali menganggap bahawa berita = fakta. Walhal berita = ialah satu cerita yang wartawan dapat dari sesuatu kejadian sebelum sebarkan. Ia boleh jadi fakta, boleh jadi auta, boleh jadi fitnah, boleh jadi tuduhan dan boleh jadi persepsi. 

Tetapi sayang, bukan ramai yang tahu akan hakikat sebenar. Mereka malas mengkaji kebenaran sebab tue cenderung menjadi pengikut. Bila buletin utama cakap A.. terbangang2 arh pergi cakap A juga.. langsung takde inisiatif nak mengkaji hal sebenar. Sikap pemalas dan tunggu orang suap info je. 

Lepas ummi pongpang2 dia cakap pasal video seks.

 

Sekarang fahamkan kronologi kisah neh.

1. Mula2 ada pompuan cakap dsai dan shamsidar ada hubungan.

2. Ummi kemudian cakap azmin dibayar rm200juta dan azmin tahu isteri dia tidur dengan dsai.

3. Nalla pula tunjukkan video yang ada aksi dsai dan shamsidar.

4. Last, JMM tampil desak dsai menjawab meskipun tv3 takan siarkan kenyataan penuh dsai di tv sampai bila2.

Strategi tanam persepsi serong.  

Bagi orang yang tak cerdik dia akan anggap berita = fakta. So dia akan telan bulat2 tanpa fahami fakta kes. 

Ya, yang mana taktau citer confirm dah ingat dsai dan shamsidar ada skandal. Aku taktau benda neh betul ke tak betul ye.. tapi kemon larh nak tuduh2 orang ada skandal dekat2 pru? Macam dah takde benda lain yang nak dibuat. 

Jangan pongpang2 cakap takde kaitan dengan umno. Semua orang tahu siapa tv3 tue sebenarnya. Tolong larh kalau nak menipu pun tengok sket orang yang ingin ditipu tue. Jangan tak reti pilih mangsa plak.

Last kat bawah neh ;
 

Nampak? Dah tuduh2 orang lepas tue suruh orang jawab. Nak jawab macam mana tv3 tak panggil pun. Cuba tv3 panggil atau call dsai dan siarkan penjelasan dsai di kaca tv tanpa potong2, boleh ka berbuat demikian? Bagi adil lah kedua belah pihak kan? 

Neh tidak, sendiri tuduh2 orang lepas tue desak2 orang jawab. Orang memang nak jawab tapi yang desak2 orang jawab pun tak berani nak siarkan penjelasan penuh orang yang dituduh so apa point nak jawab2 lagi? Itu tak masuk lagi dengan SPIN apa seme. Kang orang cakap A, sampai kat dia terus jadi Z.

Tapi ikut pandangan ikhlas aku, dakwaan seperti neh sedikit sebanyak memang mencemarkan maruah dsai dan yang paling penting maruah budak pompuan yang langsung tak terlibat dalam politik tue. Dia tue anak azmin. Umur dia aku taktau tapi kemon larh. Mana dia nak hadap muka dia kalau tv3 dok ari2 jaja dia anak haram apa seme? Bagaimana pula dengan kawan2 dia? Apa pula pandangan kenalan2 dia? 

Benda pun takde bukti lagi tapi itulah tv3 dok siar ari2. Aku tak boleh nak bayangkan kalau2 mungkin pernah orang ejek2 dia anak haram ke apa ke depan2 dia. Politik yang dibawa oleh bn neh bagi aku tersangatlah keji dan terdesak. Buletin utama tue tunggu masa jek nak hancur aku rasa. Allah swt melihat.. cepat atau lambat. Beringat2 lah tv3.. jangan sampai dah terhantok baru nak bertaubat.

Ameno : Drama dalam berita..

Selasa, 24 April 2012

Dataran Merdeka Dah kena tutup..


Aik?

Dorang tutup dataran merdeka beb.

Dorang pagar dengan pagar besi, pita kuning dan benda alah kotak2 tue. Apa ke nama dia tah aku tatau. Maksudnya disini pada 28 april nanti kena rempuh arh ke lokasi tersebut kalau nak duduk dan bantah. Alamak aii.. tak boleh nya nak bantah elok2. Kasi arh chance weh. 

Aku tak pasti samada seluruh kawasan dataran merdeka akan di pagari ataupun hanya tempat perkhemahan jek yang telah dipagari. Sapa2 yang berada di lokasi or berhampiran boleh larh tolong tinjau2kan suasana dan inform kat kami disini.

Alamak aiii.. tak sangka DBKL semakin lama semakin tegas. Mungkin sebab nak dekat2 BERSIH kot.. adoiii.. ari tue hishammuddin cakap lain.. sekarang lain pula tindakan nya.. apa citer seme neh beb?

Harus di ingat dataran merdeka harta awam bukan hak sesiapa pun. Dengar citer mdc pernah anjurkan program kat situ.. so program mcd = bertaraf nasional ka beb? Sapa2 ada info pasal neh tolong bagi detail sat.. Nak tunjuk kat orang betapa bias nya layanan mereka terhadap bersih.

Ameno : Depa buat macam bersih 2 larh neh.. 

Pompuan seksi menari di majlis BN. - UPDATED!

Maleh aku nak sembang kencang. Korang tengok gambar dulu.






Aku tatau neh majlis apa. Tapi ia anjuran yb umno der. Majlis neh lebih kurang cam mini konsert. Bersebelahan dengan majlis pelancaran bersih 3. Dipercayai mereka sengaja mengadakan majlis pada hari tersebut di kawasan yang berdekatan sebab nak mencuri tumpuan.

Aku sejujurnya tak kesah bab arak dan babi yang dihidangkan dalam majlis anjuran umno tue. Ia dihidangkan untuk orang2 bukan islam so what?





Ini pemikiran aku. Korang mungkin ada pemikiran lain. Ada juga orang yang berkata aku terlalu terbuka tapi aku cakap ini bukan terbuka tapi respect each other. Hanya kerana ko tak boleh makan maka jangan ko larang orang makan pula. 

Tapi dorang cakap neh majlis pelbagai kaum so kalau nak respect apa pun perlu ka ada babi dan arak disitu? Habis tue kalau selama neh elok je ko hidang lembu meskipun ada penganut hindu, ko tak fikir sensitiviti orang india pula? 

Kalau bercakap pasal sensitiviti, jangan fikir pasal umat islam jek, biar adil pada seme sebab islam itu adil der. Ini pandangan aku. Mungkin korang ada pendapat yang lain disitu. Tapi yang tak boleh diterima sepatutnya pertunjukkan tersebut. Pertunjukkan yang ada wanita2 berpakaian seksi dan terbuka kat depan belakang tue. Motif majlis? Susah nak cakap sebab info tak jelas. Kang cakap2 kang terfitnah arh sudah. Mampos disitu tak pasal2.

Apa pun nasihat aku kepada umno, toksah larh buat keraian2 macam neh lagi. Awak tue nak jadi pemimpin. Seorang pemimpin kena bawa imej baik dan kena bawa perkara2 yang baik kepada rakyat. Cuba belajar jadi role model bukan jadi maksiat model. Kalau pemimpin pun dah senget macam mana rakyat tak tiru der?

Tak habis2 dijaja perkara2 yang sewel kat rakyat lepas tue dalam tv dok pongpang2 cakap pas sesat.. oii malu larh sket der.. malu larh wooii..

Info detail pasal hal di atas kena baca sini.

Ameno : Neh tak keluar kat tv3.. 

Manusia paling tua kini di Malaysia..?

Lihat daftar pemilih kat bawah neh sat ;


Makcik neh berusia 116 tahun.  Dah lepas pun hari ulangtahun kelahiran dia. Kalau ini daftar pemilih yang betul, bermakna dia masih hidup lagi dan dia memang berkelayakkan mencipta record dunia sebagai manusia yang tertua sekali. Siyes.

Semakan boleh dilakukan di laman web SPR itu sendiri. Klik kat link yang disediakan ;


Wahh...

Ini antara daftar pengundi yang meragukan tapi kalau sungguh dia masih hidup lagi memang boleh jadi rekod dunia beb. 116 tahun tue.. Kalau nak tahu senarai pemegang rekod manusia paling tua di dunia tahun lepas berasal dari brazil. Yang dicatatkan ialah 114. 

Makna nya opah kat atas neh dah mengatasi dia sebab opah neh berusia 116 tahun pada tahun neh dan masih ada lagi. Wanita dari brazil tue dah pergi tahun lepas. Sekarang berpindah kepada wanita yang berasal dari amerika, juga dalam usia yang sama. Tapi kalau sungguh opah neh masih hidup dan ada, maka rekod tue patut jadi milik kita. Tolong berbuat sesuatu, sebab opah neh baru sahaja mencipta rekod dunia. Dia, ialah manusia paling tertua di dunia dan masih hidup lagi. Bai. 

Rujuk rekod dunia manusia paling tua disini.

Ameno : Baru perasan cipta rekod..

SPR cakap IC Hijau tak boleh mengundi tapi kenapa makcik ni ada dalam daftar pemilih pula?

Pendedahan pertama, ya memang tak boleh mengundi.

Tapi pendedahan yang kedua, boleh mengundi pula. Apa citer? Kedua2 IC tersebut ada tarikh luput. Yang pertama boleh check sini. Sekarang kita cakap pasal IC yang kedua. 

Lihat kat bawah neh oke ;


Inilah bukti yang kita ada. Dan rakan blogger, semut sempat rakam dalam bentuk video takut2 SPR padam lepas tue cakap kita menipu pula. 

Lihat kat bawah neh ;


Cakap banyak takmo. Sekarang bukti dah ada depan mata. Aku nak tanya kat SPR kenapa ;

1. IC ada tarikh luput patut warna hijau kan? Napa ic dia warna biru?

2. IC ada tarikh luput takley mengundi kan? Tapi kenapa dia boleh mengundi?

Mohon SPR jangan bagi alasan klise dengan menyalahkan kerani2 SPR ek. Tolong. Rasanya neh bukan sekadar masalah kerani semata2 neh masalah sistem. Ada sesuatu yang tak kena kat spr sekarang neh sebab tue kita ramai2 nak mai tolong BERSIHkan. Bai.

Ameno : SPR bangga2 cakap daftar pemilih mereka paling terbersih di dunia.. Heheheh.. lalwaks..

Anwar Ibrahim menangis atas bahu Ibrahim Ali.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Citer dia gini. Tadi aku ada baca komen di facebook. Orang tue cakap kalau korang tengok video ucapan ibrahim ali di majlis pelancaran TIBAI.. lagi kelakar dari adegan2 dia yang rotan poster tue. Aku pun nak tengok larh tang mana kelakar nya tue. Mula2 tengok memang tak kelakar sangat tapi makin lama memang betul dia cakap.. makin kelakar.

kah kah kah

Adoiii..

Lawakkkk gileeeeeee satu halll... tapi yang lebih sadis ialah dia punya temberang pehhh.. kemain kawww..


Beberapa benda yang Ibrahim Ali sebut kat dalam video neh ialah ; 

1. Ibrahim Ali cakap anwar ibrahim marah bila ibrahim ali berdampingan dengan mana2 pemimpin..

2. Anwar Ibrahim tak senang ibrahim ali berjaya menemui beberapa pemimpin2 islam antarabangsa.

3. Bagi tepukan pada arwah tun ghafar baba [sepatutnya sedekahkan Alfatihah, bagi tepukan dapat apa ekekek]

4. Anwar ibrahim minta tolong nak jumpa ibrahim ali sebelum anwar ibrahim kena pecat. Lepas tue ibrahim ali cakap dia nak basuh kereta. [ Aku tahan gelak ]

5. Anwar peluk ibrahim ali dan menangis atas bahu ibrahim ali. [ aku tahan gelak ]

6. Ibrahim ali jek boleh selesaikan masalah anwar ibrahim ketika mahathir nak pecat dsai.

7. Siapa dsai dalam bahasa yang ringkas - pengkhianat, pembohong, peliwat, penghasut, pemecah belah, penyeleweng, pengadu domba, yang paling besar sekali kejahatan dsai ialah perpecahan terhadap orang melayu sekarang neh.

8. Pas jahanam sebab dsai.

9. Dap runtuh sebab dsai.  

10. Dsai menyokong pluralisme dan israel.

Setelah menonton video ucapan kat atas neh aku memang YAKIN sangat yang ibrahim ali memang bengong. Siyes. Suka2 jek nak tukar nama anwar. Macam lah nama ibrahim tue hak ekslusif milik dia jek. Bengong lagi. 

Sanggup depa beria2 nak balon dsai jek. Hebat sangat ke dsai neh? Dari dulu lagi aku tak faham2 kenapa seluruh umno dan ngo2 mesra bien begitu takutkan dsai? Aku tak nampak pun dsai tue hebat. Cam biasa2 jek. Takde larh best sebagaimana yang orang selalu gembar gemburkan pun. Hehehe.

Tapi yang aku paling tak tahan tue bila dia cakap anwar menangis atas bahu dia tue.. tue yang aku rasa kelakar gile. Tah betul tah tidak yang dsai beria2 nak nageh atas bahu dia.. ekekeke.. plawok2.. memang plawokk.. sama macam dia cakap mahathir jumpa dia dan bagitau seme hal [skandal] yang membabitkan dsai sebelum dsai dipecat. 

Hehehe.. dan2 jek mahathir nak bagitau dia apa seme. Kiranya dalam semua kejadian dan kisah.. dia larh satu2 hero kat sana dan hero kat sini. Boleh kata di mana ada ibrahim ali disitulah dia menjadi hero.. agaknya kot. Berdasarkan kepada cara dia bercerita.. hehehe.. ibrahim .. ibrahim. Cakap besar je larh ko.

Korang tengok lah sendiri buat gelak2 boleh larh.. tapi pastikan korang dah makan ubat antibiotik hapus fitnah supaya tak terjebak dengan virus fitnah oke.

Nota : Tibai = ada majlis syura? Ada mursyidul Am? Apa benda tue der? 

kah kah kah

Ameno : Nagis atas bahu ibrahim? Eekekeke.. tue part paling lawak tue der..

Isnin, 23 April 2012

Surat PDRM tolak himpunan BERSIH 3.0.

Ini ialah surat dari PDRM itu sendiri. Dengan surat neh membuktikan bahawa ;

1. PDRM tidak mengizinkan BERSIH berhimpun di lokasi yang kita minta iaitu = dataran merdeka.

2. Jadi ini juga bermakna tiada jaminan keselamatan akan diberikan.

3. Automatik jika berhimpun juga di lokasi yang dinyatakan akan di anggap melanggar undang2.

Lihat surat kat bawah neh ;

 

Hishammudin dalam satu kenyataan ada bagitau bahawa dia tahu bahawa BERSIH bukan lah berbahaya kepada masyarakat. Dan dia juga mengatakan bahawa kerajaan mematuhi akta perhimpunan aman yang telah di luluskan.

Jadi sekarang neh apa masalah ek kalau DBKL dan PDRM bertolak ansur sket dengan BERSIH ye tak? Bukan nak guna lama pun. Makan masa beberapa jam jek. Masa himpunan bebas dsai tue boleh jek.. takan bersih tak boleh pula?

Aku tak pasti samada ajk bersih akan tukar venue atau tidak tapi pada pandangan aku dataran merdeka tue dah oke sesangat dah. Duduk bantah di kawasan yang terbuka baru larh orang perasan kenapa kita duduk ramai2 kat situ. 

So kalau nak tukar venue aku rasa sangat2 tak berbaloi tapi kalau nak tukar juga, aku cadangkan buat kat putrajaya dan buat hari bekerja. Kita ramai2 duduk dan bantah kat sana sebab sedikit sebanyak masalah2 yang membabitkan spr neh punca nya dari bien juga. Bai.

Ameno : Nak dekat2 perhimpunan mula larh keluar macam2 alasan..

Ini kenyataan penuh Shafie Afdal isu belanja Zahida Rafik rm1.5juta - Updated!

Kejap.


Aku nak fikir. Ada ke takde. Ada ke takde.. ermm takde kot. Alhamdullilah. Aku tak sebut. Keh Keh Keh. Shafie, kalau apa yang dicakapkan kat bawah neh ialah kenyataan betul, tolong betulkan balik dengan bukti.Sekarang baca kat bawah neh dulu.


Kat bawah neh statement shafie afdal berhubung perkara tersebut ;

Berikut adalah kenyataan penuh Shafie yang diterima hari ini;
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.
“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebar-luaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”
Sumber : sini

Ini idea aku shafie ;

1. Pertama ko deal dengan individu yang dedahkan isu neh.
2. Kalau kes neh di bawa ke mahkamah pun oke. Maksud aku antara ko, dia dan zahida rafik.
3. Lepas tue kita tengok siapa betul dan siapa salah.
4. Hentikan mengugut2 orang dengan istilah saman. Ia tak berkesan zaman sekarang. PR dah banyak kali kena ugut saman dah. Korang hanya kayakan peguam2 jek. Siyes. 
5. Selesaikan masalah dengan sebarkan bukti. Kalau sungguh pemandu tue curi duit then buktikan, kalau sungguh yang berlaku sebaliknya mengaku salah lebih baik.
6. Dalam isu neh rakyat takmo tahu awak skandal dengan sapa2.. kita tak minat hal2 peribadi mana2 menteri tapi kita cuma minat nak amek tahu kalau2 dorang ada guna wang rakyat. Tue jek. Kalau ada memang logik rakyat melenting, kalau takde, baguslah.

Tolong jangan nafi dengan mengugut2 orang. Itu cara yang tidak bijak sekali sebab ia akan menimbulkan persepsi.. alah dia ugut nak saman larh.. apa seme. Heh.

Lagi satu kenyataan yang shafie harus dibetulkan ialah bila dia cakap orang yang menyebarkan laporan polis tersebut berniat jahat dan politik. Aku rasa dia takde spesifikkan sapa2 so ini bermaksud mana2 individu yang terlibat dalam menyebarkan berita neh dia anggap berniat jahat dan bermotifkan politik.

Ini satu pemikiran yang salah. Tak semestinya orang yang sebarkan isu neh berniat jahat. Contohnya cam yb zuraidah, dia sebarkan sebab ada orang datang mengadu kat dia. Aku pula sebarkan sebab aku nak tahu kebenaran. Orang lain yang sebarkan pula mungkin ada alasan2 tersendiri. 

Ko patut rasa beruntung sebab kami tanya depan2. Bayangkan ek kalau kita bisik belakang2.. pstttt orang tue kan skandal dengan orang tue kan ada bayar2 rm1.5juta deer.. then pssstt2 sana.. psttt2.. sini..  mengata belakang2.. tak rimas ka macam tue? Lagi rimas kan? So better tanya depan2. 

Nak call, takde no phone. Sebab tue yb zuraidah tanya kat parlimen supaya ia masuk news untuk ko alert. Alamakk aiii.. orang yang sebarkan pula ko sibukkan, focus pada apa yang disebarkan tue jek yang penting. Betul atau salah. Kalau betul cakap betul, kalau salah, nafi. Tapi ketika nafi.. jangan tak bagi bukti. 

Sebab apa nak bukti? Sebabnya.. nor azman tue cakap dia ada bukti. Tunggu masa je untuk didedahkan.. arhh sudah. Mari kita lihat siapa yang bercakap benar dan siapa pula yang bercakap sebaliknya. Bai. 

Updated ;

Kalau dia dah nafi, logiknya kita kena anggap penafian dia itu benar sehingga terbukti sebaliknya. Oleh itu aku percaya sekarang neh masa bola nor azman. Tolong dedahkan bukti seterusnya untuk kita sama2 menilai. Cepat der.. jangan lewat2kan ia.. penting untuk rakyat tahu sapa betul dan sapa salah oke.


Ameno : Hish.... focus pada benda penting larh.. shafie oii

Memo kantoi tersebar..

Aku tak tahu benda neh betul ke tak.

Kalau betul mohon sahkan. Kalau tak betul pun mohon sahkan juga. Kalau betul memang kes berat larh fitnah ke atas dsai neh ek.  Lihat bawah neh ;


Aku terfikir beberapa perkara dalam kepala hotak aku. Dan aku takmo huraikan disini. Kita minta pihak2 yang berkenaan sahkan dulu samada memo neh palsu atau tulen. Kalau palsu kita jangan sebarkan lagi, kalau tulen kita mohon penjelasan kenapa nak fitnah2 orang. Tue jek. Bai.

Sumber : sini

PTPTN, Pendidikan percuma dan 500 IPTS yang bakal bankrupt.

Kita dah cakap pasal PTPTN dan pendidikan percuma kat sini. 


Yang belum baca dari awal, baca lah dari awal dan sampaikan hujah masing2 tanpa perlu rasa apa2. Disini kita akan hormati semua pandangan tak kira lah pro apa pun ko. Yang penting pandangan mestilah dalam bentuk akal manusia bukan akal meroyan. 

Sekarang perhatikan respon balas yang wujud ;

1. Mahsuh pinjaman ptptn = tak logik sebab meningkatkan perbelanjaan kerajaan di kemudian hari. Jumlah subsidi akan meningkat = kerajaan terpaksa cut bajet untuk perbelanjaan lain semata2 untuk menampung pembayaran semula pinjaman ptptn. 

Memang tak logik bila ko fikir rm28billion tue kalau guna duit ko. Kalau guna duit pembayar cukai apa2 yang tak logik boleh jadi logik. Sebab itulah tujuan orang bayar cukai. Untuk mendapatkan sesuatu yang bermanfaat kepada mereka setelah bersusah payah bekerja dan membayar cukai kepada kerajaan.

Di norway sendiri, meskipun pendidikan dia percuma tetapi rakyat dia membayar cukai yang sangat tinggi. Ini adalah fakta. Walaupun ia keluar dari mulut najib, tetapi ia adalah fakta.

Dan rakyat malaysia tak bayar cukai ka? Bayar juga kan? Makan kfc pun ada cukai. Kereta pun ada cukai ada tol lagi. Apa yang kita tak bayar? Seme pun kita bayar der. Dan seme tue bukan nilai cukai yang rendah oke. Jadi setelah membayar sesuatu kepada kerajaan, jika kita minta sesuatu sebagai balasan bukan lah perkara yang salah pun.  

2. Ko cakap pinjaman hapus tapi PTPTN masih wujud, akal keling ke apa neh der?

Memang betul ptptn perlu wujud meskipun pinjaman akan dihapuskan. Kira macam first batch larh neh. Langkah seterusnya ialah pendidikan percuma. Maksud aku, mula2 hapuskan pinjaman ptptn kepada mahasiswa2 setelah pr amek alih putrajaya = macam rewards.

Lepas tue dasar pendidikan percuma diperkenalkan di mana aku berpendapat bahawa semua pendidikan adalah percuma sehingga terbukti mahasiswa lalai dan cuai ketika belajar dan mereka kena bayar balik setiap satu sen yang mereka guna ketika belajar sebab tue duit pembayar cukai. Kalau nak main2 apa seme.. guna duit ko sendiri jangan guna duit orang.

Dan kena ada syarat dan protokol tertentu. Tak boleh larh kita bagi pinjam dan convert pinjaman kepada biasiswa. Tak sesuai kaedah tue sebab di khuatiri akan disalahguna oleh pihak2 tertentu. Dah ramai orang complain dah. Dia dapat result bagus2 tapi pinjaman dia still pinjaman tak jadi biasiswa pun.

So kaedah yang sesuai adalah sebaliknya. Semua pendidikan tinggi adalah percuma sehingga terbukti mereka gagal patuhi syarat maka kena bayar balik. Kerajaan tidak perlu menanggung biawak hidup.

Gambar : Bloggers umno menggunakan fakta neh dengan mengatakan mahasiswa cina lebih ramai cemerlang berbanding melayu tetapi mereka lupa peluang untuk mendapatkan pembiayaian pendidikan bukan hanya melalui ptptn jek. Kita ada MARA, BAITULMAL, JPA, PETRONAS, TNB dan lain2 lagi. Untuk kiraan lebih adil ialah dedahkan jumlah permohonan ikut bangsa.. dan baru kita boleh nilai. Walaupun tak dapat dinafikan ramai jek pelajar2 yang main2 zaman sekarang.

3. Aku tak setuju idea ko. Ptptn neh bukan untuk belajar jer.. nak sara hidup lagi.. hantar duit kat kampung lagi apa seme.. 

Aku rasa ko patut belajar cari makan sendiri dan bekerja untuk bagi duit kat mak bapak ko. Gunakan pendidikan percuma sebagai pemangkin untuk ko menjadi lebih berusaha di masa hadapan.  Masa ada 24 jam. Ko boleh gunakan untuk belajar, untuk cari kerja part time, untuk pergi class, tidur dan solat. Masa itu cukup untuk lakukan apa2 perkara di atas asalkan ko pandai uruskan masa. 

Ko tak payah fikir macam mana nak bayar balik pinjaman sebab masa tue pinjaman dah sah2 percuma, ko cuma perlu belajar rajin2 dan kerja part time rajin2. Bukan aku nak kondem sangat tetapi contoh banyak depan mata neh.. mahasiswa zaman sekarang memang MALAS. Sorry. Tapi aku percaya bukan majoriti. Bukan nak cakap apa. Kalau nak makan tue.. cari larh sendiri der. Dah besar panjang. Usaha larh sket. 

4. Alah sekolah pun kena bayar.. takan nak masuk universiti nak percuma apa? ATAU saya nak pendidikan percuma dari sekolah rendah lagi.. kerajaan neh memang teruk lah..

Oke, aku dah lama tinggalkan zaman sekolah. Aku tak faham sangat sekolah sekarang neh macam mana. Tapi dari yang aku tahu, pendidikan di sekolah kerajaan memang percuma. Yang kena bayar yuran ialah mereka2 yang berkemampuan jek. Yang tak mampu dikecualikan. Lepas tue mereka kena bayar duit buku dan barang2 persekolahan. Barang2 tue sebenarnya yang lebih mahal dari yuran sekolah.

Ini termasuk harga2 makanan di kantin sekolah. Semakin lama semakin kecil tetapi rate harga makan tinggi. Ini kot yang korang komplain kan ye tak? Kalau bab neh, ia bukan dalam kategori pendidikan percuma. 

Sebab budak2 yang miskin apa seme [kalau tiada unsur2 penyelewengan di sekolah tersebut] memang dapat bantuan makanan percuma. Buku teks pun percuma. Baju sekolah pun baitumal bagi. Siap ada beg sekolah dan dibuka kan tabung lagi. Bagi aku kalau pendidikan di sekolah kerajaan, ia di tahap memang semua orang mampu. Tapi kualiti pembelajaran mungkin berbeza2 bagi setiap sekolah yang berbeza2 larh der. 

Bercakap pasal pendidikan di sekolah rendah dan tinggi aku berpendapat bahawa yuran2 sekolah di tahap yang munasabah. Tapi kalau anak ramai memang masak larh nak membayar nya juga sebab faktor2 sampingan contohnya tambang bas sekolah. Tapi still, ada bantuan larh seme tue. Pasal kat sini, kat kawasan aku neh aku tahu larh berapa ramai bebudak neh belajar tanpa bayar satu sen pun sebab miskin. Buku pun cikgu belikan. Sebab tue aku susah sket nak faham.. err korang komplain pasal apa hah?

Kalau sekolah swasta ko jangan cakap. Aku pun nak juga cari jalan macam mana nak kurangkan kos yuran di sekolah swasta neh. Pening nak bayar der. Tapi kualiti pendidikan aku cakap memang sesuatu yang sekolah kerajaan tak boleh bagi.

5. Hah eloklah tue pendidikan percuma. tapi takde kualiti buat apa?

Kan dah cakap.. yang takde kualiti kena bayar balik. Yang ada kualiti jek kita percumakan.

6. Sama larh dengan apa yang kerajaan buat sekarang. Yang ada kualiti seme jadi biasiswa der..

Tak sama langsung. Bagi pinjaman dulu then convert.. belum tentu lepas. Bagi percuma dulu then convert pinjaman adalah lebih baik. Dan yang penting mesti hapuskan riba apa seme. Student jek pun. Walaupun dorang result teruk... jangan ada riba waima satusen sekalipun.

Lepas tue pinjaman neh sebenarnya punca kepada pertumbuhan ipts apa seme. Lambakan ipts bermaksud lambakan mahasiswa. Pointer 2.0 pun mengaku mahasiswa.. adeh. Sorry der. Jangan marah ek.

7. Kalau gitu lingkuplah 500 ipts yang wujud di malaysia neh. Dorang nak belajar takde duit.. nak cekau kat mana? Macam larh ipta boleh penuhi permintaan yang wujud.. 

Ginilah pandangan aku.. semakin lama semakin rendah tahap A dinilai. Patut kerajaan tingkatkan balik kualiti A tue.. contohnya 80 ke atas baru boleh dapat A. Lepas tue bermakna result SPM akan semakin membuktikan pelajar makin ramai yang pandai2 or bodoh2 dalam teknik menghafal. 

So neh mengurangkan lagi tahap perasan seorang pelajar. Bila dah kurang perasan baru dorang boleh nilai tahap bakat masing2. Buka lebih banyak ipta dan convert je semua ipts tue jadi ipta. IPTS tue dah banyak untung. 

Sejak ptptn tumbuh, dorang pun memunculkan diri sebab apa? Sebab pelajar2 diberikan modal = untuk melabur di mana2 ipts = dorang. Nampaknya matlamat PTPTN tue dah semacam unit permodalan untuk mengkayakan IPTS2 di malaysia neh pula. Kalau mereka bakal lingkup pun aku rasa takde hal sebab dah banyak dah dorang sebat duit pelajar2 neh. Kesian mahasiswa.

8. Aku sokong hapus riba jek... ptptn terus wujud pun aku takde hal.

Oke, takde hal juga. Boleh sokong dan boleh tak sokong pendidikan percuma neh.

9. Jangan cakap banyak, lue pun pinjam PTPTN der.

Nope. Aku tak pinjam.. tapi aku sokong perjuangan pendidikan percuma sebab ia baik untuk generasi akan datang.

10. Bukan perjuangan sangat pun.. lebih kepada niat nak lari pinjaman.

Salah. Mahasiswa tue tak cakap pun takmo bayar. Mereka sedar mereka kena bayar dan mereka akan bayar. Mereka sekarang memperjuangkan hal masa depan. Tolong jangan nilai mereka hanya semata2 mereka di gantung pengajian oke. Maksudnya depa sedang berjuang untuk masa depan anak2 ko. Jadi jangan nak kutuk2 sangat der. Kang ko juga merasa benefitnya.. time tue timer kasih confirm takde kan?

Sebenarnya bagi pandangan aku.. terlalu banyak kemudahan yang kerajaan tawarkan tetapi tidak diterokai oleh rakyat malaysia. Selain dari ipta apa seme.. kita juga ada sekolah2 voke dan pusat giat mara serta pusat2 pembelajaran yang berdasarkan kemahiran. Which is kalau korang tak pandai guna akal korang boleh guna tenaga dan bakat.

Tapi sayangnya perkara2 seperti neh tidak mendapat promosi yang cukup meluas. Apa yang tv2 kerajaan buat ialah promote muka2 pemimpin jek. Aku pun dah naik fedup. Aku harap bila pr amek alih putrajaya nanti tolong larh sistematikkan balik kecelaruan yang wujud neh. Apa2 dasar yang baik dari bn tue boleh dipertingkatkan lagi supaya ia benar2 sampai kepada golongan sasaran.

Dan semalam ketika aku menonton running man, aku dapati ada satu idea bernas boleh diperolehi dari rancangan tue. Kat sana rupanya ada pusat kerjaya. Dia macam pusat pameran seluruh kerjaya2 yang wujud di korea. Kalau di malaysia kita boleh buat satu pusat kerjaya yang gah pun bagus. Jadikan pusat kerjaya neh sebagai penanda aras kepada lepasan SPM.. kepada apa yang mereka mahu pergi setelah tamat belajar. 

Dedahkan kepada mereka kerjaya2 yang wujud dan ajar mereka mengenali bakat dan kreativiti masing2 supaya mereka tahu buat satu2 keputusan. Maksud aku, mereka harus di ajar mengenali potensi diri supaya bila mereka buat keputusan untuk sambung belajar mereka boleh pilih bidang yang mereka pandai atau ada keinginan [minat]. Universiti harus berhenti menetapkan bidang pengajian mereka sebenarnya. Sebab pembelajaran di sekolah tue kadang2 kita mahir subjek2 tertentu sebab kaedah pengajaran bukan atas minat pun.

Boleh dikatakan rata2 student hari neh hilang punca. Dorang nak sambung belajar sebab seme orang berbuat demikian tapi bila belajar otak jam. Satu hapa tak boleh pergi. Dapat ijazah pula pointer lebih kurang nak apply kerja bagus dah tak boleh.. last2 hutang kena bayar.. kerja tetap tak begitu menarik gajinya.. masa terbuang 3,4 tahun sia2 jek.

Bukan seme ibu bapa kenal potensi anak2 dia ye. Bukan seme. Nak jumpa ibu bapa macam tue susah sebenarnya. Ada, tetapi bukan begitu meluas. Kalau potensi menari, menyanyi, mengarut mungkin ada jek kot ibu bapa macam neh. Kebanyakkan nya ibu bapa bersikap majoriti. Dia nak anak dia belajar sebab dia nak, bukan sebab anak dia nak. Bagi aku pemikiran neh salah. Ibu bapa harus berhenti berfikir seperti neh.

Sebaliknya, kita harus diajarkan dengan sikap bahawa ilmu ialah perkara yang berterusan. Belajar tak semestinya harus melalui universiti. Berjaya tak semestinya seseorang yang bergelar mahasiswa dan pendidikan pula haruslah bersifat sesuatu yang mudah didekati. Bai.


Ameno : Biarlah depa nak pendidikan percuma daripada depa mengarut nak berzina dan buang anak.. lue habiskan masa dengan pakwe makwe orang tue habiskan masa dengan berjuang.. so lue cermin diri lue baru lue sibuk cakap pasal dorang.. thanks.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...