Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 April 2012

Hot : Menteri belanja Zahida Rafik RM1.5juta !

Banyak tue.

Dari mana menteri tue dapat duit banyak2 hah? 


Takpe, sabar dulu. Sekarang kita citer dari awal. Padan muka zahida rafik yang cabul sangat tuduh2 orang larikan duit dia kan? Sekarang satu malaysia dah tahu skandal lue bersama menteri tuttttt... kita sama kita tahu sapa oke.

kah kah kah

Bayaran yang artis seksi di atas terima dari menteri tersebut ialah ;

RM58,000  = October

RM112,000 = November 

RM330,000 = December

RM510,000 = January

Citer dia gini. Zahida rafik cakap bekas pemandu peribadi dia [yang dilantik oleh menteri tersebut untuk memerhatikan zahida dan menguruskan segala skandal mandal dia dengan zahida] tue dituduh melarikan wang zahida rafik sebanyak rm200,000.00 pada bulan lepas.

Berang sebab di tuduh2, dia pun log report polis dan sedara mara dia pula sebentar tadi edarkan kepada ahli parlimen pkr = zuraidah kamaruddin untuk di highlightkan di parlimen. Nak tanya dari mana menteri tersebut dapat dana juta2.. tettt....

Bekas pemandu peribadi zahida rafik = nor azman = dah kerja dengan menteri tersebut selama 3 tahun dah. Memang larh nama dia bekas pemandu peribadi zahida tapi dia diarahkan bertugas oleh menteri tersebut. Hehehe..

Setiap minggu kan menteri tue dan zahida bertemu secara rahsia di hotel2 tertentu di sekitar kuala lumpur. Hehhehe.. pheewww...

Dan setiap kali bertemu setiap kali larh zahida akan diberikan duit dua ratus ribu or lebih dan etc2.. dan kemudian nya mereka akan memasukkan ia ke dalam akaun bank zahida.. pheeww.. kena check buku akaun zahida neh.. harap2 dia ada simpan penyata bank.. hehehe..

Bekas pekerja menteri tue dah berhenti pada bulan february sebab tak tahan tekanan setelah bekerja selama tiga tahun. Dan pada 3 march, si zahida kata dia curi duit zahida sebanyak rm200k, disebabkan tue larh dia berang dan mendedahkan semua hal di atas.

Aku tak pasti betul ke tak betul dia curi duit zahida tapi yang aku pentingkan sangat sekarang neh ialah kalau sungguh menteri bagi zahida duit maka duit tue belum tentu duit zahida, dan dari mana pula menteri tue dapat duit untuk diberikan kepada zahida? Tue yang kena siasat habis-habisan neh.

Dasat gile kaw.. patutlah artis suka seksi2.. rupa nya sedang pasang umpan youu..

Sumber : Mkini english.

Ameno : Duit sapa larh kena rembat tue..

Selasa, 17 April 2012

TImun babi kena aniaya oleh SPR.

Sabar opah, sabar banyak2 ye. Saya akan cuba menuntut keadilan bagi pihak opah. Tadi ketika berkenal-kenalan dengan opah saya pun tak berapa nak perasan benda neh tapi bila dah kenal2, dah mesra2 aikk baru terperasan yang opah kena naya dengan SPR. Saya percaya opah mesti frust habis kan?

Kesian opah. Kesian memang mengesiankan. Penderitaan opah timun babi wajar di berikan perhatian. Hey spr, ko jangan nak main2 jek boleh tak? Sekali aku lesing kang berterabur sistem ko..

Lihat kat bawah neh ;



Menurut member gua dari sarawak dia cakap ;

Nama : Timun Babi (?????)

No. IC : 420513125054

Tarikh Lahir : 13 Mei 1942

Jantina : Perempuan

Lokaliti : Undop (P.202, Sri Aman, Sarawak)

Daerah Mengundi : Lampaki (Kudat, Sabah?????????)

DUN : Bukit Sari (P.222, Lawas Sarawak??????)

Parlimen : Lawas??????

http://www.spr.gov.my/

by anak sarawak
Aisehmen.. 

Sekali SPR dah terkantoi dah. Neh kesilapan perkeranian ke apa lagi? Sebab tue gua marah neh. SIyes marah. SPR, lue boleh tak lantik kakitangan yang reti guna keyboard? Tak guna der ada jari tapi fail main keyboard. Gua sedih dan kecewa betul larh. SPR asyik terkantoi oleh gua dan member2 gua jek larh.. 

Tak adventerous betul larh permainan macam neh. Asyik menang jek. Kadang2 gua pedap arh asyik jadi pemenang. Siyes. Oke bai.


kah kah kah

UPdated ;

Info tambahan,

COde kad pengenalan kat tengah2 ==> 12 dalam ic  tue = untuk orang2 yang lahir di SABAH..  lihat sini

Sekarang lahir kat mana tak penting, yang penting tempat mengundi. Tempat mengundi ditentukan melalui alamat ic, masalah sekarang alamat ic dia bercelaru der..  kejap sabah, kejap sarawak apa citer neh hah?

Dan nak ditambahkan citer lagi, kalau korang tengok ic lama tue, menurut seorang informer aku yang aku suka2 anggap informer [padahal pengkomen di kbsb] dia cakap ;

Jays Stuart Tengok nombor IC nya pon sudah tahu case tipu ni, IC baru 420513-12-5054(12 utk Sabah) & IC Lama K203611(K utk Sarawak & H utk Sabah). -KBSB-


Mampos larh kaw SPR.. dah kantoi.. wa cakap lue dah kantoi!!!

kah kah kah

AMeno : APa pun tak boleh larh.. 

Inilah bapa paling best sekali di dunia.

Ini pun kena respect gak.

Bersemangat gila bapa kepada mahasiswa yang bercamping kat dataran tue der. Memang bapa yang memahami perjuangan anak. Cayalah. Jeles siot aku.

kah kah kah


 

Bagus pakcik bagus. Pakcik memang memahami. Sesetengah orang, keluarga dorang tak memahami. Sudah larh tak faham menyemak pula tue. SUdah larh menyemak, mengarut cakap macam gud2 pula tue. Cam guna tenaga duit dia seme plak apa2 benda yang kita nak juangkan neh.

Kepada keluarga2 yang memahami perjuangan anak2 dia, syabas di ucapkan anda memang best. Kepada keluarga yang tak faham, nasihat aku err apa ek? Diam lebih bagos kot?

kah kah kah

Sorry.. i terjujur. Bai

Nak beli kereta baru? 

Ameno : Apa pun tak boleh..

Timun Babi pun daftar mengundi, korang?

Respect gila.

Ini betul2 realiti. Agaknya nama2 orang kat sana macam neh memang normal kot. Kita mana larh nak faham sangat cara mereka macam mana kan.. 

Lihat kat bawah neh. 


Check kat SPR sendiri der. Sapa2 yang cakap gua tipu, gua hempuk dia kang baru tahu.

Link untuk korang periksa okey ==> klik sini.

Oke bai.

Ameno : Hebat2..



Najib sebenarnya yang memperkenalkan PTPTN.





Demm. 


Gua kena tipu. Dengan sapa? Dengan sapa2 yang sokong umno dan menteri2 umno. Sohai.  Citer dia gini, ari tue kan keluar berita apa seme mengatakan bahawa ;


1. Dsai yang memperkenalkan ptptn


2. Dsai yang meluluskan ptptn


3. Ketika itu dsai ialah tpm yang mana mahathir ialah pm, oleh kerana mahathir ke luar negara tinggal dsai jek masa tue jadi di anggap dsai lah kepala yang besar meluluskan ptptn.


Jadi kenapa dsai sibuk pongpang2 cakap nak mahsuh ptptn padahal dia yang perkenalkan dasar ptptn? Bodoh ke apa dia tue? <-- Kata2 penyokong umno kepada masyarakat internet malaysia..


Sekali check punya check punya check memang celaka nak mampos hakikatnya der. Buta2 jek penyokong2 umno buat fitnah, sebarkan auta, meroyan tanpa fakta, bercakap tanpa bukti dengan menyalahkan dsai dan pkr khususnya dalam kes neh. 


Oke2, balik semula kepada isu asal. Bagi aku dalam isu neh sapa yang perkenalkan ptptn tue sebenarnya tak penting. Ptptn tue pada asalnya membuat niat yang baik, ini kita sokong tapi masalahnya cara dia menyampaikan niat yang baik tue dah tersasar daripada perjuangan asal.


Ptptn ialah satu pinjaman khusus untuk mereka2 yang mahu melanjutkan pelajaran tapi takde duit nak belajar. Takde duit nak belajar sebab gagal dapat biasiswa. Gagal dapat biasiswa sebab gagal dapat keputusan cemerlang. Jadi, niat ptptn tue ialah nak membantu mereka2 yang ada keinginan nak mengubah kehidupan mereka melalui ilmu pengetahuan, ini satu perkara yang bagus sebab bagi harapan pada mereka2 yang ada usaha nak belajar. Aku suka dan sokong.


Tapi masalahnya semakin lama semakin tersasar pula aihh kita melihat peranan ptptn tue. Selepas ptptn mai.. berlambak2 ipts tumbuh bak cendawan. Macam menjadikan pendidikan untuk rakyat tue sebagai product perniagaan pula. Lepas tue dok letak charge pengurusan apa seme. Lepas tue dok naik2 charge bila bebudak tak bayar macam bunga. Mana boleh gitu. Contoh ek ;


Ali pinjam ptptn 30 ribu. Charge untuk uruskan pinjaman ali ialah rm20 di mana kena print paper, sign apa seme.. jadi jumlah keseluruhan hutang ali ialah rm30,020.00. Selepas ali habis belajar dia memang tak pernah bayar ptptn. Setelah setahun berlaku ali check hutang ptptn tiba2 dia melihat hutang nya menjadi 55,000. Aiik? Dari mana datang nya lebihan rm25,000 neh? Bila dia tanya kepada pentadbiran ptptn, ptptn cakap yang ko tak bayar tue sapa suruh mangkaq? Padan ar muka kena charge pentadbiran. Itu perkara biasa dan itu bukan bunga. Itu kos yang perlu sebab kami perlu uruskan apa2 yang perlu untuk memastikan ptptn neh terus beroperasi.


Ali pun sangat frust. Babi punya ptptn. Aku pinjam 30k aku patut bayar 30k jek. Kalaupun kena charge pentadbiran apa seme takan sampai 25k? Gila babi punya pinjaman. Itu baru aku, macam mana pula dengan lain2? Kalau ada 10 orang yang pinjam, 10 kali dia charge kos pentadbiran, kalau ada 1,000 orang maka 1,000 kos pentadbiran.. takan begitu mahal sangat cas pentadbiran untuk menguruskan ptptn neh? Gaji apa seme gamaknya aku kena tanggung? 


Kalau gitu ptptn tue bank pinjaman, tapi dia letak nama ptptn supaya tak nampak sangat dia tue bank pinjaman.. jadi rakyat tak perasan.. kalau rakyat dah perasan ptptn = bank pinjaman pendidikan confirm bien kena tiaw sebab menjual pendidikan kepada rakyat untuk keuntungan kapitalis.. fikir ali. 


Demm.


Mahasiswa dah marah neh. Kalau sungguh nak menjadikan pendidikan tue product perniagaan, gentle jek bagitau kat rakyat.. hoii rakyat malaysia sekarang aku nak menjadikan sektor pendidikan tinggi satu perniagaan, ko suka atau tak suka ko punya pasal sebab aku menteri dan ko rakyat jadi ada aku kesah?


kah kah kah


Simple. At least kita dah terang2 diberitahu bahawa bien neh memang tak guna langsung. Bidang pendidikan pun dia nak balon kita kiri kanan. Jadi kita boleh berfikir bahawa kita kena cari alternatif lain. Ini tidak, dah larh balon kita kiri kanan, taknak mengaku lagi, menyalahkan orang lain pula lepas tue buat2 berlakon innocent. Memang mangkaq betul larh bien neh.


Apa pun kalau ikut teori akal aku, ptptn tue patut jadi biasiswa 100% tak kiralah belajar kat ipta atau ipts. Maksudnya dia automatik biasiswa dan student automatik boleh sambung belajar tanpa risau kos pengajian. Kalau kos buku dan kos makanan aku sangat setuju dorang usaha sendiri. Ini lah masa nya nak bergelut dengan kehidupan sementelah dari kecik bergantung harap pada family jek kan? 


Dan kepada student2 yang pemalas dan belajar main2 dia kena bayar balik pinjaman dia. Itu baru betul. Jangan ditanggung biawak hidup. Aku berfikiran bahawa semakin ramai rakyat yang pandai2 di malaysia maka semakin kita maju, kerajaan tak rugi apa pun pandaikan rakyat sendiri, kita akan dapat keuntungan nya kelak pada masa akan datang, percayalah.

SOURCE :  Link dari Penyata Rasmi Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997 m/s 144, Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh " YAB Dato’ Seri Mohd Najib " (ketika itu Menteri Pendidikan) di Dewan Rakyat pada jam 9.06 malam

Pada tarikh tersebut rang undang2 DISOKONG Timbalan yang Dipertua Datuk Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin yang juga mempengerusikan mesyuarat. Berdasarkan fakta tarikh tersebut juga , Tun Dr. Mahathir sendiri memegang jawatan Perdana Menteri ketika PTPTN ditubuhkan

Sumber: Penyata Rasmi Parlimen

[ http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-13051997.pdf ]



Ameno :  Sapa2 yang salahkan dsai tue confirm tahan malu.. itupun kalau dia ada kemaluan arh der.. muahahaha

Isnin, 16 April 2012

Pakcik ini kena tahan sebab pakai baju BERSIH 3.

Ya. Betul. Ini ialah penahanan pertama.

Pakcik yang dimaksudkan boleh korang lihat melalui gambar di bawah neh ;


Siapa pakcik neh? Kenapa dia ditahan? Adakah dia merompak? Membunuh? Merogol? Bukan bukan dan bukan. Dia ditahan oleh polis sebab pakai baju bersih. Alamak maiii.. pakai baju bersih pun salah ka? Takan kena pakai baju KOTOR plak weh?

kah kah kah

Mengikut keterangan mengenai kes neh kan ;

 
Saudara Mohamad Karim dari Perak ditahan di Pudu Raya kira2 jam 12.00 tadi kerana memakai baju kuning Bersih. Beliau telah dibawa ke Pondok Polis untuk diambil keterangan.
 
Aku tak nampak pun lokasi gambar neh ditahan seolah2 mengambarkan pakcik neh berada di puduraya. Siap ada lampu menyala kat situ.. bazir lektrik betul tengah2 hari nyala lampu.. tapi mungkin juga ketika neh dia dah dilepaskan dan baru nak hebahkan kenyataan bahawa dia ada ditahan oleh polis kerana memakai baju bersih. Dia tidak dipenjarakan cuma dia ditahan untuk di ambil keterangan sahaja.

Kenapa polis nak amek keterangan dia? I don't know lar der. Tapi asbab kenapa penahanan dia ialah kerana pakai baju bersih. Dan selepas memberikan keterangan dia dah dilepaskan. Aduhaiii sanggup jerk polis nak amek keterangan2 yang tak berfaedah macam neh?

kah kah kah

Woittt penjenayah tegar tengah tergelak2 tue abang polis.. dorang seronok tue abang polis.. dorang cakap kan.. yahoooooo kita merdeka lagi beberapa minggu sebab seluruh pdrm akan menumpukan pemikiran mereka kepada bersih 3.. so enjoyyy!!!!

kah kah kah
 
Adoii larh.. adoiii.. kartun betul sistem perundangan kat malaysia neh der.. Dan menurut berita semasa pula, beberapa hari lepas gambar FRU sedang berlatih untuk menghadapi peserta bersih, lihat gambar ;
 
 
Practise ke abang2 fru? Hehehe.. kita orang nak bagitau yang kita orang mai duduk dan bantah jek taw.. simpan larh seme tenaga korang tue.. tak baik oke memerangi rakyat yang memperjuangkan keadilan untuk ko, aku dan kita seme.. takan nak dengki kot? Tak geng arh gini.. heheheh..
 
Siap sedia geng..

Syoknyaaa kena mandi oleh fru pas neh..
 

kah kah kah
 
 
Sumber pakcik bersih kena tahan klik sini.

Sumber gambar fru tengah practise klik sini.

Ameno : Duduk aman dan bantah aman selama 2 jam pun salah.. apa pun tak boleh larh malaysia neh.. adoii..

Najib, Mati dan DAP.



Kah kah kah


Ini memang kelakar. Semalam kan dah heboh perangai2 penyokong umno yang suka menyebarkan perkara2 lucah dan mencipta fitnah melalui gambar kartun adam dan dsai. Hari neh pula gambar najib dan kalung kematian pula tersebar.


Betul ke neh perbuatan penyokong pr? Kalau betul aku nak fack kan aje depa. Memang depa biol nak mampos. Tapi masalahnya betul ka depa yang buat? 


Lihat bawah neh jap ;


Gambar ni aku ambil dari facebook.
Mendidih darah aku bila tengok gambar yang dibuat sebegini..Jangan sampai buat benda macam ni!Bayangkan orang yang buat kerja ni, bapak dia punya muka letak gambar diatas tu?Apa perasaan anda?
Kalau benci PM sekalipun, tak perlulah sampai ke tahap macam ni!Jangan bermain dengan api!!
Politik puak pakatan haram makin hari makin menjadi tahap melampaunya! -AS-


Owh ye.. ko amek dari wall fb? Fb sapa? Bagi link der.. bagi link supaya kami senang nak membalon depa..  kalau setakat pongpang2 aku amek dari situ dari sini, dari sana apa seme aku pun tak heran. Bagi link supaya kita orang boleh kenal sapa yang buat kerja2 terkutuk neh.


Harus di ingat, banyak sangat cybertroopers umno yang menyamar sokong pr tapi hakikatnya mereka tue bien yang merosakkan reputasi pr. Aku dah kenal dah taktik2 macam neh. Aku berani kerat jari larh geng2 pr setaksub2 mereka pun kalau ditegur jek pasal gambar2 begini mereka juga takan sokong individu2 yang buat kerja2 macam neh.


So ada bukti ka penyokong pr yang buat? Bak mai link larh. Ada bukti ka dap yang buat? Bak mai link juga larh. Setakat cakap sapa2 pun boleh. At least aku dah terang2 bagi bukti sapa yang terlibat dalam isu gambar lucah dsai dan adam adli semalam tue. 


Yang printscreen dan sebarkan dengan niat mengeji tue peguam kepada ummi hafilda, dari hp dia.. dan dia printscreen pula dari penyokong totok umno yang kita seme kenal sapa dia.. ada tulis nama lagi der.. lue pun kenal dia sapa.. bukan orang biasa2 orang kuat umno juga tue.


kah kah kah


Dan, hari neh bila masyarakat mula memperkatakan tentang sikap penyokong2 bien, lue cari modal baru untuk menterbalikkan pemikiran tersebut dengan menanam persepsi bahawa pr ka bien ka seme sama. Tapi lue silap besar larh der. Lue silap besar kalau lue ingat masyarakat nak percaya tanpa bukti dan hujah yang benar. 


Kalau lue siyes ada pendirian.. lue sendiri pun takan buat super impose tapi lue tengok blog lue sendiri.. pasal apa bila lue sendiri buat lue tak fikir ia salah tapi bila orang lain buat dan2 lue anggap salah? Aku tak kata perbuatan super impose gambar2 pemimpin bien tue betul ek, aku sendiri pun tak suka cuma aku tak faham kenapa bila lue buat lue tak fikir salah tapi bila orang lain buat lue terhegeh2 kata salah ? Lue boleh faham tak point gua kat sini apa? Moga2 faham larh kan.. aku terlalu bersangka baik neh kot..


kah kah kah


Ameno : Jangan2 geng sendiri buat.. kah3x.. 

Ahad, 15 April 2012

Gambar lucah DSAI dan Adam Adli tersebar.



Aku sokong sangat wanita MCA yang report polis disebabkan tindakan2 tidak matang sesetengah individu yang super impose gambar2 dia secara keterlaluan. Bagi aku perbuatan super impose dengan cara keterlaluan dan memalukan ialah perbuatan yang tidak matang. 


Ini termasuk super impose gambar najib kepada rupa wanita dan apa2 perkara yang boleh memalukan dia. Kalau nak superimpose najib kepada superman aku takan marah sebab najib sendiri dah membayangkan diri dia sebagai superman, malahan ada komik tue lagi so takan dia nak marah kalau korang super impose gambar najib = superman? Mesti dia suka beb.


kah kah kah


Sekarang neh pembenci2 adam adli telah pun melakukan dua perkara yang memalukan. Jika mereka tuduh adam adli tidak matang maka mereka sama jek dengan yang mereka tuduh tue malahan lebih teruk dan dasat lagi. Kenapa?


1. Jika adam adli tidak matang kerana kalung mengalung ketika berdemo maka adakah tindakan mengkartunkan gambar dia secara lucah itu matang pula?


2. Jika adam adli tidak matang kerana mahu memahsuhkan hutang ptptn adakah tindakan menfitnah adam ali bersetubuh dengan dsai ialah perkara yang betul pula?


Adam adli ialah mahasewel kerana dia mahukan pendidikan percuma tapi menggunakan kaedah yang salah itu anggapan ko, tapi adakah ko ingat ko mahataksewel kerana bencikan adam adli dengan melakukan mengkartunkan gambar dia secara lucah dan menfitnah dia melakukan "ops belakang"?


Kalau ko tatau, maka aku bagitau. Beginilah, ko sendiri pun tidak matang untuk mengatakan orang tidak matang. Belajar untuk matang dulu sebelum pongpang pasal kematangan. Jangan malukan diri sendiri. 


Aku juga tidak setuju dengan tindakan mengarut sesetengah mahasiswa ketika demo mahsuh ptptn semalam tapi oleh kerana aku matang maka aku hujahkan guna akal rasional tanpa perlu super impose atau melakukan apa2 fitnah. Ini barulah cara orang matang berfikir. 


Ameno : Takde hujah fitnah pun jadi. 

Gambar Najib Bonceng Motosikal.







Anwar ibrahim bukan nak sangat naik motor sebenarnya pun. Siyes. Dia naik motor sebab dia dihalang daripada memasuki tempat ceramah. Kalau dia tak dihalang memang dia takan naik motor. Buat apa dia naik motor sedangkan dia ada kereta kan? 


Maksud aku ialah kalau ko ada 100 ribu dan disuruh beli kenderaan mesti ko beli kereta kan? Dan kalau disuruh pilih samada beli antara kereta import dan kereta nasional mesti ko beli kereta import kan? Tak kisah larh kalau secondhand atau apa2 yang penting ko sendiri yang nak guna dan rasa selesa peduli apa orang lain nak anggap apa2 pun.


So sama juga dalam kes anwar ibrahim. Dia tak perlu susah payah nak tunjukkan diri dia wasatiyyah apa seme. Dia sendiri rasa selesa nak guna kereta mewah atau apa sahaja asalkan dia tahu bahawa perjuangan dia ialah nak membuat reformasi sistem pentadbiran di malaysia bukan nak mempromosikan diri sendiri sebagai wasatiyyah atau apa untuk mendapatkan simpati orang ramai.


Jadi bila gambar anwar ibrahim membonceng motosikal tersebar di media online, beberapa penyokong umno melihat ia mungkin satu kempen yang baik untuk najib. Sedangkan macam aku sebut di atas, anwar bukan nak sangat naik motor. Dia tak heran larh. Dia terpaksa naik jek tue sebab nak meloloskan diri ke tempat ceramah. 


Berbeza pula dengan najib. Dia terpaksa mencipta pelbagai kempen untuk menaikkan reputasi dan imej peribadi sedangkan kalau kita tengok di media2 arus perdana imej anwar ibrahim yang hari2 dicalarkan oleh barisan nasional tanpa henti. Tapi masih lagi gagal menaikkan imej diri sendiri agar dilihat lebih berkaliber dari anwar ibrahim, kenapa?


Mudah. Apabila sesuatu itu bersifat lakonan tak kira sebaik mana pun ko buat orang akan tetap boleh nampak heyy itu hanya lakonan sahaja larh der. Sama dalam kes motor neh. Ko hanya berlakon wasatiyyah untuk mendekati rakyat jek konon nak melawan dengan insiden anwar ibrahim yang bonceng motor hari tue padahal satu apa pun tak jadi.


Maksud aku, sebagai piem mana lah dia boleh memikirkan dsai itu 24 jam kan? Betul tak? Dia patut buat kerja dia. Jika dia buat kerja bagus, imej dia akan naik automatik. Dia tak payah susah2 nak buat kartun dan membayangkan diri sendiri sebagai superman, naik motor, round satu malaysia dan pongpang2 diri sendiri sangat wasatiyyah dengan guna wang rakyat atau apa seme semata2 nak melawan imej dengan dsai. 


Dia hanya perlu jalankan tanggungjawab dia sebagai piem dengan mencari jalan bagaimana mahu mentadbir negara neh dengan cekap dan efisiyen supaya kebajikan rakyat boleh terbela. Itu sahaja.


Dsai tue ketua pemimpin pembangkang. Dia itu tugasnya berpolitik semata2. Dan dia langsung tak salah. Sebab? Memang itulah tugas ketua pembangkang. Kalau dia tak berpolitik maka baik dia toksah jadi ahli politik, itu makan gaji buta namanya! Dia kena membangkang dan mempersoalkan sesuatu bagi pihak rakyat. Apa yang penting adakah persoalan2 politik yang dia bangkitkan itu relevant atau tidak, fitnah fakta atau auta? Itu je.


Tapi yang herannya, pasal apa piem yang mana tugas utama dia ialah mentadbir negara pun boleh sibuk main politik 24 jam semata2 nak melawan dengan dsai sehingga mengabaikan rakyat yang menjadi tanggungjawab dia? Sebab tue aku tengok piem malaysia neh semakin lama semakin sasau. 


Bien dan seluruh jentera dia benar2 mensasarkan dan mengutamakan dsai melebihi daripada rakyat. Ya, dsai juga rakyat tapi malangnya bukan dsai jek der. Aku neh pun rakyat. Yang baca blog neh pun rakyat, hey bien, ko ada ramai rakyat yang lain selain dari dsai oke? 


Aku taktau sapa sebenarnya yang taksub dsai sekarang neh. Penyokong2 yang sering membela dsai ataupun pembenci2 dsai yang seringkali mengutuk dsai ? Orang kata kalau terlalu bencikan seseorang lama2 kita boleh jadi sayang pada dia, rasanya itu kot yang dah berlaku kat bien. Kebencian terlampau mereka terhadap dsai menjadikan mereka anwarisme, sebab tue 24 jam hanya nama dsai je yang tertera di minda mereka mengalahkan orang2 yang sokong pr itu sendiri. Heh.


Ameno : Dulu aku tak percaya anwarisme wujud tapi sekarang aku dah percaya..

BN gunakan budak sekolah untuk berkempen politik.


Maut.

Di ulangi ada yang MAUT dan meninggal selepas menghadiri kempen politik BN. BN sebenarnya tak boleh larh dipersalahkan kalau budak neh maut dalam kemalangan selepas bawa motor laju2. Itu betul. Dia pun dah jadi arwah. Maka Alfatihah jek untuk dia sebaik-baik cara. Lihat sini.

Masalahnya sekarang ialah kita heran pasal apa bien gunakan budak2 sekolah neh untuk berkempen? Ini yang kita jadi marah sangat. Budak umur 16 tahun bukan reti mengundi pun der. Di suruh pula hadiri program bien, munasabah ka?

Lihat bawah ;

 

Pilih bien? Nak pilih apa? Mengundi pun tak reti lagi. Mengarut jek. Apa yang lebih mendukacitakan ialah ;

1. Budak2 neh dibayar rm10 ketika hadiri program neh.

2. Baju free

3. Makan free

4. Di angkut guna bas awam, persiaran, kilang dan sekolah. Maybe ada yang skip naik motor sendiri. Contoh arwah yang kemalangan tue. [Ini bukan nak kecam arwah ye, harap maklum].

5. Membabitkan lebih kurang 80 buah bas yang digunakan untuk angkut pelajar2 neh ke program anjuran bien.

6. 58 buah sekolah yang terlibat.

Sekarang kira ;

RM10 untuk setiap pelajar x dengan jumlah yang hadir = kos ?

Harga sehelai baju pilih bn untuk setiap pelajar x dengan jumlah yang hadir = kos ?

80 buah bas yang digunakan untuk mengangkut para pelajar pergi dan balik x dengan upah kepada setiap pemandu bas = kos ?

BERAPA BANYAK KOS daa.. 

Kos makan? Aku fikir makan free tue logik juga. Takde hal. Itu tak masuk kos2 tersembunyik apa seme. Semakin fikir semakin pening dan semakin sasau. Duit cam air jek depa buat. Kalau buat program yang betul2 boleh manfaatkan rakyat takde hal der.

Tapi program neh dapat apa jek? Contohnya ko panggil bebudak2 sekolah neh then dengar apa yang ko nak sampaikan, bagi makan, bagi minum, bagi baju then bagi duit jadi apa jek yang ko, aku dan rakyat dapat hasil dari program tersebut? Apa pun tak dapat kan? Sia2 jek. Sebab tue aku makin lama makin sasau dengan bien neh. Aku tak boleh tengok dorang semakin menghabiskan wang pembayar cukai untuk program2 karut lagi mengarut der. Siyes.

Tolonglah vote bien out der. Tolong larh ! 


Nota : Gambar budak merokok dan pakai rantai. 

Ameno : Budak2 pun kena hadir ceramah politik ka? 

Gambar panas aksi Mahasiswa ketika berdemo mahsuh PTPTN.


Siang semalam ketika aku ditanda dalam gambar neh aku terus direct tanya ini adat sapa yang dorang ikut? Syukur gambar neh telah dipadam dari terus tersebar di facebook rakan2 tapi memadam gambar bukan bermaksud memadam perbuatan der.

Perkara di atas neh tetap berlaku samada gambar neh wujud ataupun tidak. Sabar dulu. Biar aku terangkan kenapa aku berpendapat cara korang salah. Ko boleh suka dan boleh tak suka tapi inilah pemikiran aku. Ko mungkin ada pemikiran yang lain tetapi terserah kerana setiap dari kita mempunyai pemikiran yang berbeza2. Bukan memaksa orang menerima pemikiran kita tetapi cuma nak sampaikan apa yang kita fikirkan. 

Aku boleh cakap perbuatan kat atas neh sangat tidak patut. Maaf jika aku terlalu jujur dan berterus terang. Biar orang biadap dengan kita, bukan kita biadap dengan orang. Ada sesetengah perkara apabila kita marah kita akan lakukan apa2 tindakan ikut perasan. Tapi ikut perasan sekalipun tak semestinya kita akan menjadi biadap.

Contohnya, kita marah orang buang kek kita, so kita balas larh balik oitt bodoh napa ko lempar kek aku hah? Itu luahan kemarahan kita. Tapi kalau kita pergi bantai, terajang dan belasah dia, lepas tue curi duit dia then beli kek baru then makan depan2 dia, itu apa? Itu yang kita kata biadap. Maksudnya cara kita salurkan kemarahan tue walaupun atas niat yang betul tapi telah menggunakan cara yang kurang betul. Itu akan tetap dianggap salah.

Sama macam demo semalam. Niat itu betul. Perjuangan itu juga betul. Matlamat itu juga betul. Tapi sayang ia tidak disusuli dengan tindakan yang betul. Aku dari dulu lagi tak faham kenapa mesti bakar gambar, kalung atau ikut adat tertentu atau buat apa2 perkara yang sebenarnya tiada kaitan langsung dengan perjuangan mahasiswa yang menuntut pendidikan percuma neh.

Dah baca kali aku difahamkan bahawa pendidikan percuma itu ialah satu perkara yang semua mahasiswa pasti suka. Samada mereka penyokong kerajaan ataupun pembangkang ataupun tidak berminat dengan mana2 parti politik, pendidikan percuma ialah satu nikmat yang mana mereka semua suka. 

Sapa tak suka? Aku juga suka. Pendidikan percuma untuk semua rakyat malaysia tanpa mengira status, pangkat, jantina, usia, taraf, kaum dan agama. Ini perkara yang sangat bagus jika malaysia boleh laksanakan ia.

Tapi untuk pergi ke arah itu, untuk mencapai tujuan itu bukan kah lebih bagus dan manis jika kita menggunakan cara yang betul? Jika ko nak bagi anak ko makan, takan ko merompak susu der?

Nama perjuangan nak mahsuhkan ptptn [hutang]. Kalau nak mahsuhkan ptptn aku sendiri tidak bersetuju. Tetapi kalau nak convert ptptn kepada satu sistem yang lebih prihatin kepada pelajar aku sangat setuju. Pendirian aku dalam kes neh ialah pendidikan berkualiti dan percuma harus diberikan kepada mereka yang benar2 mahukan ia.

Maksud aku, mereka yang benar2 ingin belajar, ada usaha untuk tingkatkan ilmu, tanpa kira usia, pangkat, status, kaum, agama dan sebagainya harus diberikan peluang untuk belajar jika mereka benar2 boleh belajar. Pendidikan percuma tak layak untuk mereka malas atau bersikap main2. Wang pembayar cukai bukan untuk mereka yang suka main2. 

Ini impian aku. Aku juga bencikan sistem yang berasaskan peperiksaan hafalan semata2. Bagi aku kepandaian seseorang tidak boleh ditentukan sejauh mana dia mampu menghafal bab2 dan kandungan buku teks sebaliknya sejauh mana dia boleh menggunakan bakat dan ilmu yang dia ada berdasarkan keadaan dan situasi tertentu. 

Jadi pendidikan percuma itu bukan sahaja tidak boleh ditentukan sejauh mana A yang dia mampu raih melalui SPM atau apa.. sebaliknya harus diberikan kepada mereka yang benar2 berkebolehan. Jadi bukan sahaja kerajaan perlu dipastikan agar memberikan pendidikan percuma yang berkualiti, sistem pembelajaran tradisi juga harus di ubah dari awal. Tak perlu larh nak paksa seme orang belajar subjek yang sama dari kecik.

Ini lah impian aku. Dan ini juga aku ingin perjuangkan. Tapi aku takmo ketika berjuang menggunakan cara2 yang kurang bijak dalam menunjukkan perasan. Jadi aku minta kalau kita benar2 pandai maka kita gunakan sahaja cara2 yang biasa orang2 pandai gunakan untuk melepaskan perkara yang ingin di sampaikan. Tak guna juga kalau kita pongpang sana sini tapi akhirnya kita akan dikritik balik. Bukan kah lebih bagus kalau kita menghormati lawan yang akhirnya membuatkan kita akan mendapat penghormatan dan sokongan dari orang ramai?

Perjuangan yang mendapat sokongan dari orang ramai baru lah mampu mengubah pandangan kerajaan. Ambil contoh mudah ISA. Walaupun aku tak boleh nak kata perjuangan mahsuh ISA itu 100% tercapai buat masa sekarang tapi demo2 anti ISA neh dari dulu tak pernah lagi memburukkan suasana dengan perkara2 yang tidak sepatutnya. 

Kalaupun mereka melaungkan slogan hapus bn, tumbang bn, apa seme itu relevant sebab mahsuh ISA hanya di dokong oleh mereka2 yang anti bien. Mereka mahukan ISA di hapuskan sebab bien menggunakan ISA untuk kepentingan politik mereka. Dalam erti kata lain ISA = digunakan untuk MUSUH bien. Terang lagi jelas. Itu salah.

Berbeza dengan PTPTN. Mahsuh ptptn [hutang], ialah perjuangan yang ramai mahasiswa suka sebenarnya, tanpa mengira fahaman politik. Tapi disebabkan ada aksi2 seperti mengutuk bien, membalon individu2 yang takde kaitan, membakar dan memaparkan aksi2 yang langsung tak matang, maka mahasiswa2 yang suka pendidikan percuma neh hanya mampu suka dalam ahti. Tapi tak mampu nak suka secara realiti. 

Sedangkan jika ia dibuat betul2, usah kata 300 orang, 30,000 ribu orang pun sanggup turun. Mereka mahukan pendidikan percuma, ia satu impian yang bagus, itu suara ahti mereka, tapi sayang perjuangan yang bagus bila tidak disusuli dengan kaedah yang betul ia tetap akan dilihat tidak bagus. 

Nota : Hutang sesuatu yang wajib dibayar, itu betul. Tapi jika seseorang melupuskan hutang ko, maka ia tidak lagi menjadi satu kewajipan untuk membayarnya kembali. Pendidikan juga tidak harus dijadikan alat untuk mengaut keuntungan, ia sepatutnya tidak membebankan rakyat. 

Mana nak cari duit bayar duit buku, makan, tambang lagi, buat assignment dan etc2. Mungkin di IPTA beban tue kurang tapi kalau dah kena pinjam untuk belajar lepas tue charge pula bunga kat student apa seme, bukan kah itu satu tindakan yang terkutuk?

Dan, kalau tak belajar zaman sekarang macam mana nak dapat kerja yang elok? Kerja yang elok pun belum tentu menjanjikan gaji yang lumayan, apatah lagi kerja yang biasa2. Fikirlah. Sistem kapitalis telah mendorong seme orang berfikir bahawa duit itu adalah segala2nya, once bila kita dah fikir bahawa duit itu segala2nya maka itu lah kapitalis, negara yang mementingkan kebajikan rakyat sepatutnya akan mampu membuatkan rakyat dia berfikir bahawa wang bukan segala2nya. Inilah yang terjadi di zaman kegemilangan islam, yakni bukan sahaja sistem pentadbiran yang cekap, pendidikan juga adalah percuma.

Ameno : Nak marah pun sampaikan dengan cara yang betul der..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...