Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 April 2012

Gambar lucah DSAI dan Adam Adli tersebar.



Aku sokong sangat wanita MCA yang report polis disebabkan tindakan2 tidak matang sesetengah individu yang super impose gambar2 dia secara keterlaluan. Bagi aku perbuatan super impose dengan cara keterlaluan dan memalukan ialah perbuatan yang tidak matang. 


Ini termasuk super impose gambar najib kepada rupa wanita dan apa2 perkara yang boleh memalukan dia. Kalau nak superimpose najib kepada superman aku takan marah sebab najib sendiri dah membayangkan diri dia sebagai superman, malahan ada komik tue lagi so takan dia nak marah kalau korang super impose gambar najib = superman? Mesti dia suka beb.


kah kah kah


Sekarang neh pembenci2 adam adli telah pun melakukan dua perkara yang memalukan. Jika mereka tuduh adam adli tidak matang maka mereka sama jek dengan yang mereka tuduh tue malahan lebih teruk dan dasat lagi. Kenapa?


1. Jika adam adli tidak matang kerana kalung mengalung ketika berdemo maka adakah tindakan mengkartunkan gambar dia secara lucah itu matang pula?


2. Jika adam adli tidak matang kerana mahu memahsuhkan hutang ptptn adakah tindakan menfitnah adam ali bersetubuh dengan dsai ialah perkara yang betul pula?


Adam adli ialah mahasewel kerana dia mahukan pendidikan percuma tapi menggunakan kaedah yang salah itu anggapan ko, tapi adakah ko ingat ko mahataksewel kerana bencikan adam adli dengan melakukan mengkartunkan gambar dia secara lucah dan menfitnah dia melakukan "ops belakang"?


Kalau ko tatau, maka aku bagitau. Beginilah, ko sendiri pun tidak matang untuk mengatakan orang tidak matang. Belajar untuk matang dulu sebelum pongpang pasal kematangan. Jangan malukan diri sendiri. 


Aku juga tidak setuju dengan tindakan mengarut sesetengah mahasiswa ketika demo mahsuh ptptn semalam tapi oleh kerana aku matang maka aku hujahkan guna akal rasional tanpa perlu super impose atau melakukan apa2 fitnah. Ini barulah cara orang matang berfikir. 


Ameno : Takde hujah fitnah pun jadi. 

Gambar Najib Bonceng Motosikal.







Anwar ibrahim bukan nak sangat naik motor sebenarnya pun. Siyes. Dia naik motor sebab dia dihalang daripada memasuki tempat ceramah. Kalau dia tak dihalang memang dia takan naik motor. Buat apa dia naik motor sedangkan dia ada kereta kan? 


Maksud aku ialah kalau ko ada 100 ribu dan disuruh beli kenderaan mesti ko beli kereta kan? Dan kalau disuruh pilih samada beli antara kereta import dan kereta nasional mesti ko beli kereta import kan? Tak kisah larh kalau secondhand atau apa2 yang penting ko sendiri yang nak guna dan rasa selesa peduli apa orang lain nak anggap apa2 pun.


So sama juga dalam kes anwar ibrahim. Dia tak perlu susah payah nak tunjukkan diri dia wasatiyyah apa seme. Dia sendiri rasa selesa nak guna kereta mewah atau apa sahaja asalkan dia tahu bahawa perjuangan dia ialah nak membuat reformasi sistem pentadbiran di malaysia bukan nak mempromosikan diri sendiri sebagai wasatiyyah atau apa untuk mendapatkan simpati orang ramai.


Jadi bila gambar anwar ibrahim membonceng motosikal tersebar di media online, beberapa penyokong umno melihat ia mungkin satu kempen yang baik untuk najib. Sedangkan macam aku sebut di atas, anwar bukan nak sangat naik motor. Dia tak heran larh. Dia terpaksa naik jek tue sebab nak meloloskan diri ke tempat ceramah. 


Berbeza pula dengan najib. Dia terpaksa mencipta pelbagai kempen untuk menaikkan reputasi dan imej peribadi sedangkan kalau kita tengok di media2 arus perdana imej anwar ibrahim yang hari2 dicalarkan oleh barisan nasional tanpa henti. Tapi masih lagi gagal menaikkan imej diri sendiri agar dilihat lebih berkaliber dari anwar ibrahim, kenapa?


Mudah. Apabila sesuatu itu bersifat lakonan tak kira sebaik mana pun ko buat orang akan tetap boleh nampak heyy itu hanya lakonan sahaja larh der. Sama dalam kes motor neh. Ko hanya berlakon wasatiyyah untuk mendekati rakyat jek konon nak melawan dengan insiden anwar ibrahim yang bonceng motor hari tue padahal satu apa pun tak jadi.


Maksud aku, sebagai piem mana lah dia boleh memikirkan dsai itu 24 jam kan? Betul tak? Dia patut buat kerja dia. Jika dia buat kerja bagus, imej dia akan naik automatik. Dia tak payah susah2 nak buat kartun dan membayangkan diri sendiri sebagai superman, naik motor, round satu malaysia dan pongpang2 diri sendiri sangat wasatiyyah dengan guna wang rakyat atau apa seme semata2 nak melawan imej dengan dsai. 


Dia hanya perlu jalankan tanggungjawab dia sebagai piem dengan mencari jalan bagaimana mahu mentadbir negara neh dengan cekap dan efisiyen supaya kebajikan rakyat boleh terbela. Itu sahaja.


Dsai tue ketua pemimpin pembangkang. Dia itu tugasnya berpolitik semata2. Dan dia langsung tak salah. Sebab? Memang itulah tugas ketua pembangkang. Kalau dia tak berpolitik maka baik dia toksah jadi ahli politik, itu makan gaji buta namanya! Dia kena membangkang dan mempersoalkan sesuatu bagi pihak rakyat. Apa yang penting adakah persoalan2 politik yang dia bangkitkan itu relevant atau tidak, fitnah fakta atau auta? Itu je.


Tapi yang herannya, pasal apa piem yang mana tugas utama dia ialah mentadbir negara pun boleh sibuk main politik 24 jam semata2 nak melawan dengan dsai sehingga mengabaikan rakyat yang menjadi tanggungjawab dia? Sebab tue aku tengok piem malaysia neh semakin lama semakin sasau. 


Bien dan seluruh jentera dia benar2 mensasarkan dan mengutamakan dsai melebihi daripada rakyat. Ya, dsai juga rakyat tapi malangnya bukan dsai jek der. Aku neh pun rakyat. Yang baca blog neh pun rakyat, hey bien, ko ada ramai rakyat yang lain selain dari dsai oke? 


Aku taktau sapa sebenarnya yang taksub dsai sekarang neh. Penyokong2 yang sering membela dsai ataupun pembenci2 dsai yang seringkali mengutuk dsai ? Orang kata kalau terlalu bencikan seseorang lama2 kita boleh jadi sayang pada dia, rasanya itu kot yang dah berlaku kat bien. Kebencian terlampau mereka terhadap dsai menjadikan mereka anwarisme, sebab tue 24 jam hanya nama dsai je yang tertera di minda mereka mengalahkan orang2 yang sokong pr itu sendiri. Heh.


Ameno : Dulu aku tak percaya anwarisme wujud tapi sekarang aku dah percaya..

BN gunakan budak sekolah untuk berkempen politik.


Maut.

Di ulangi ada yang MAUT dan meninggal selepas menghadiri kempen politik BN. BN sebenarnya tak boleh larh dipersalahkan kalau budak neh maut dalam kemalangan selepas bawa motor laju2. Itu betul. Dia pun dah jadi arwah. Maka Alfatihah jek untuk dia sebaik-baik cara. Lihat sini.

Masalahnya sekarang ialah kita heran pasal apa bien gunakan budak2 sekolah neh untuk berkempen? Ini yang kita jadi marah sangat. Budak umur 16 tahun bukan reti mengundi pun der. Di suruh pula hadiri program bien, munasabah ka?

Lihat bawah ;

 

Pilih bien? Nak pilih apa? Mengundi pun tak reti lagi. Mengarut jek. Apa yang lebih mendukacitakan ialah ;

1. Budak2 neh dibayar rm10 ketika hadiri program neh.

2. Baju free

3. Makan free

4. Di angkut guna bas awam, persiaran, kilang dan sekolah. Maybe ada yang skip naik motor sendiri. Contoh arwah yang kemalangan tue. [Ini bukan nak kecam arwah ye, harap maklum].

5. Membabitkan lebih kurang 80 buah bas yang digunakan untuk angkut pelajar2 neh ke program anjuran bien.

6. 58 buah sekolah yang terlibat.

Sekarang kira ;

RM10 untuk setiap pelajar x dengan jumlah yang hadir = kos ?

Harga sehelai baju pilih bn untuk setiap pelajar x dengan jumlah yang hadir = kos ?

80 buah bas yang digunakan untuk mengangkut para pelajar pergi dan balik x dengan upah kepada setiap pemandu bas = kos ?

BERAPA BANYAK KOS daa.. 

Kos makan? Aku fikir makan free tue logik juga. Takde hal. Itu tak masuk kos2 tersembunyik apa seme. Semakin fikir semakin pening dan semakin sasau. Duit cam air jek depa buat. Kalau buat program yang betul2 boleh manfaatkan rakyat takde hal der.

Tapi program neh dapat apa jek? Contohnya ko panggil bebudak2 sekolah neh then dengar apa yang ko nak sampaikan, bagi makan, bagi minum, bagi baju then bagi duit jadi apa jek yang ko, aku dan rakyat dapat hasil dari program tersebut? Apa pun tak dapat kan? Sia2 jek. Sebab tue aku makin lama makin sasau dengan bien neh. Aku tak boleh tengok dorang semakin menghabiskan wang pembayar cukai untuk program2 karut lagi mengarut der. Siyes.

Tolonglah vote bien out der. Tolong larh ! 


Nota : Gambar budak merokok dan pakai rantai. 

Ameno : Budak2 pun kena hadir ceramah politik ka? 

Gambar panas aksi Mahasiswa ketika berdemo mahsuh PTPTN.


Siang semalam ketika aku ditanda dalam gambar neh aku terus direct tanya ini adat sapa yang dorang ikut? Syukur gambar neh telah dipadam dari terus tersebar di facebook rakan2 tapi memadam gambar bukan bermaksud memadam perbuatan der.

Perkara di atas neh tetap berlaku samada gambar neh wujud ataupun tidak. Sabar dulu. Biar aku terangkan kenapa aku berpendapat cara korang salah. Ko boleh suka dan boleh tak suka tapi inilah pemikiran aku. Ko mungkin ada pemikiran yang lain tetapi terserah kerana setiap dari kita mempunyai pemikiran yang berbeza2. Bukan memaksa orang menerima pemikiran kita tetapi cuma nak sampaikan apa yang kita fikirkan. 

Aku boleh cakap perbuatan kat atas neh sangat tidak patut. Maaf jika aku terlalu jujur dan berterus terang. Biar orang biadap dengan kita, bukan kita biadap dengan orang. Ada sesetengah perkara apabila kita marah kita akan lakukan apa2 tindakan ikut perasan. Tapi ikut perasan sekalipun tak semestinya kita akan menjadi biadap.

Contohnya, kita marah orang buang kek kita, so kita balas larh balik oitt bodoh napa ko lempar kek aku hah? Itu luahan kemarahan kita. Tapi kalau kita pergi bantai, terajang dan belasah dia, lepas tue curi duit dia then beli kek baru then makan depan2 dia, itu apa? Itu yang kita kata biadap. Maksudnya cara kita salurkan kemarahan tue walaupun atas niat yang betul tapi telah menggunakan cara yang kurang betul. Itu akan tetap dianggap salah.

Sama macam demo semalam. Niat itu betul. Perjuangan itu juga betul. Matlamat itu juga betul. Tapi sayang ia tidak disusuli dengan tindakan yang betul. Aku dari dulu lagi tak faham kenapa mesti bakar gambar, kalung atau ikut adat tertentu atau buat apa2 perkara yang sebenarnya tiada kaitan langsung dengan perjuangan mahasiswa yang menuntut pendidikan percuma neh.

Dah baca kali aku difahamkan bahawa pendidikan percuma itu ialah satu perkara yang semua mahasiswa pasti suka. Samada mereka penyokong kerajaan ataupun pembangkang ataupun tidak berminat dengan mana2 parti politik, pendidikan percuma ialah satu nikmat yang mana mereka semua suka. 

Sapa tak suka? Aku juga suka. Pendidikan percuma untuk semua rakyat malaysia tanpa mengira status, pangkat, jantina, usia, taraf, kaum dan agama. Ini perkara yang sangat bagus jika malaysia boleh laksanakan ia.

Tapi untuk pergi ke arah itu, untuk mencapai tujuan itu bukan kah lebih bagus dan manis jika kita menggunakan cara yang betul? Jika ko nak bagi anak ko makan, takan ko merompak susu der?

Nama perjuangan nak mahsuhkan ptptn [hutang]. Kalau nak mahsuhkan ptptn aku sendiri tidak bersetuju. Tetapi kalau nak convert ptptn kepada satu sistem yang lebih prihatin kepada pelajar aku sangat setuju. Pendirian aku dalam kes neh ialah pendidikan berkualiti dan percuma harus diberikan kepada mereka yang benar2 mahukan ia.

Maksud aku, mereka yang benar2 ingin belajar, ada usaha untuk tingkatkan ilmu, tanpa kira usia, pangkat, status, kaum, agama dan sebagainya harus diberikan peluang untuk belajar jika mereka benar2 boleh belajar. Pendidikan percuma tak layak untuk mereka malas atau bersikap main2. Wang pembayar cukai bukan untuk mereka yang suka main2. 

Ini impian aku. Aku juga bencikan sistem yang berasaskan peperiksaan hafalan semata2. Bagi aku kepandaian seseorang tidak boleh ditentukan sejauh mana dia mampu menghafal bab2 dan kandungan buku teks sebaliknya sejauh mana dia boleh menggunakan bakat dan ilmu yang dia ada berdasarkan keadaan dan situasi tertentu. 

Jadi pendidikan percuma itu bukan sahaja tidak boleh ditentukan sejauh mana A yang dia mampu raih melalui SPM atau apa.. sebaliknya harus diberikan kepada mereka yang benar2 berkebolehan. Jadi bukan sahaja kerajaan perlu dipastikan agar memberikan pendidikan percuma yang berkualiti, sistem pembelajaran tradisi juga harus di ubah dari awal. Tak perlu larh nak paksa seme orang belajar subjek yang sama dari kecik.

Ini lah impian aku. Dan ini juga aku ingin perjuangkan. Tapi aku takmo ketika berjuang menggunakan cara2 yang kurang bijak dalam menunjukkan perasan. Jadi aku minta kalau kita benar2 pandai maka kita gunakan sahaja cara2 yang biasa orang2 pandai gunakan untuk melepaskan perkara yang ingin di sampaikan. Tak guna juga kalau kita pongpang sana sini tapi akhirnya kita akan dikritik balik. Bukan kah lebih bagus kalau kita menghormati lawan yang akhirnya membuatkan kita akan mendapat penghormatan dan sokongan dari orang ramai?

Perjuangan yang mendapat sokongan dari orang ramai baru lah mampu mengubah pandangan kerajaan. Ambil contoh mudah ISA. Walaupun aku tak boleh nak kata perjuangan mahsuh ISA itu 100% tercapai buat masa sekarang tapi demo2 anti ISA neh dari dulu tak pernah lagi memburukkan suasana dengan perkara2 yang tidak sepatutnya. 

Kalaupun mereka melaungkan slogan hapus bn, tumbang bn, apa seme itu relevant sebab mahsuh ISA hanya di dokong oleh mereka2 yang anti bien. Mereka mahukan ISA di hapuskan sebab bien menggunakan ISA untuk kepentingan politik mereka. Dalam erti kata lain ISA = digunakan untuk MUSUH bien. Terang lagi jelas. Itu salah.

Berbeza dengan PTPTN. Mahsuh ptptn [hutang], ialah perjuangan yang ramai mahasiswa suka sebenarnya, tanpa mengira fahaman politik. Tapi disebabkan ada aksi2 seperti mengutuk bien, membalon individu2 yang takde kaitan, membakar dan memaparkan aksi2 yang langsung tak matang, maka mahasiswa2 yang suka pendidikan percuma neh hanya mampu suka dalam ahti. Tapi tak mampu nak suka secara realiti. 

Sedangkan jika ia dibuat betul2, usah kata 300 orang, 30,000 ribu orang pun sanggup turun. Mereka mahukan pendidikan percuma, ia satu impian yang bagus, itu suara ahti mereka, tapi sayang perjuangan yang bagus bila tidak disusuli dengan kaedah yang betul ia tetap akan dilihat tidak bagus. 

Nota : Hutang sesuatu yang wajib dibayar, itu betul. Tapi jika seseorang melupuskan hutang ko, maka ia tidak lagi menjadi satu kewajipan untuk membayarnya kembali. Pendidikan juga tidak harus dijadikan alat untuk mengaut keuntungan, ia sepatutnya tidak membebankan rakyat. 

Mana nak cari duit bayar duit buku, makan, tambang lagi, buat assignment dan etc2. Mungkin di IPTA beban tue kurang tapi kalau dah kena pinjam untuk belajar lepas tue charge pula bunga kat student apa seme, bukan kah itu satu tindakan yang terkutuk?

Dan, kalau tak belajar zaman sekarang macam mana nak dapat kerja yang elok? Kerja yang elok pun belum tentu menjanjikan gaji yang lumayan, apatah lagi kerja yang biasa2. Fikirlah. Sistem kapitalis telah mendorong seme orang berfikir bahawa duit itu adalah segala2nya, once bila kita dah fikir bahawa duit itu segala2nya maka itu lah kapitalis, negara yang mementingkan kebajikan rakyat sepatutnya akan mampu membuatkan rakyat dia berfikir bahawa wang bukan segala2nya. Inilah yang terjadi di zaman kegemilangan islam, yakni bukan sahaja sistem pentadbiran yang cekap, pendidikan juga adalah percuma.

Ameno : Nak marah pun sampaikan dengan cara yang betul der..

Kubur juga ada 1 Malaysia.

Ini bukan super impose NGOK !

Ingat otak pembangkang maksud aku, ingat otak sesetengah orang yang sebarkan kebenaran neh kerja dia suka super impose kah? Tak dinafikan ada penyokong2 pembangkang yang suka super impose, aku juga bencikan sikap mereka yang begitu tapi dalam kes neh, ia memang bukan super impose oke.

Lihat bawah ;


Kat atas neh gambar oke dan kat bawah neh pula version video ;

 

Fikir mesti mao positif, maksud aku jangan anggap apa yang ditulis oleh blogger pembangkang apa seme mestilah jahat2 dan teruk2 belaka. Ada juga posting2 yang tak berapa betul tapi berapa persen larh sangat jika dibandingkan dengan posting2 yang betul dan memang ada hujah kan?

Bukan aku nak menangkan posting2 yang tak betul tapi mentaliti sesetengah orang neh asal blogger pembangkang jek confirm dorang akan pandang negatif, termasuk larh dalam isu perkuburan neh. Khusus untuk penyokong2 taksub umno larh. Sapa lagi?

Buka minda korang tue sket. Tahu larh taksub gila babi kat umno tapi jangan sampai betul salah pun langgar der. Berbalik kepada isu perkuburan di atas, lokasi dah tahu, video dan bukti pun dah ditunjukkan, kini kita berharap ada pihak2 yang berkuasa boleh melakukan sesuatu. 

Dan aku juga tertanya2 apa hukum dia ek kubur muslim bercampur dengan kubur bukan penganut islam? Mohon pencerahan dan mohon agar perkara2 seperti di atas diperbetulkan dengan sesegera yang mungkin. Bai.

Updated ; 15 / 4 / 2012

Untuk mengelakkan daripada salah sangka, aku risau juga jika ada orang salah sangka kat aku apatah lagi selepas membaca beberapa posting yang jelas tidak betul matlamatnya, posting neh tidak bertujuan menyalahkan najib, bien atau apa ye. Ini ialah perkuburan orang asli. Kita tidak tahu sejauh mana orang asli neh faham hukum.

Oleh yang demikian kita minta agar mereka diberikan pengetahuan agar perkara2 seperti neh tidak berulang lagi. Dan perkuburan neh dah lama wujud samada satu malaysia tue ada ataupun satu malaysia tue takde. Perkataan satu malaysia dalam tajuk artikel di atas ialah mahu menerangkan "betapa 1malaysia" kubur2 tersebut. Bukan lah nak kata bien mewujudkan kubur satu malaysia. Harap maklum.  

Updated ;

20/4/2012 


Kubur neh tidak bercampur sesama islam dan bukan islam. Segala salah faham yang timbul amatlah dikesali. Sila rujuk posting neh untuk penjelasan penuh.

Ameno : Kubur neh tidak bercampur islam dan bukan islam.

Sabtu, 14 April 2012

Harga sebenar RON 97 dan RON 95 tanpa subsidi.

Sebenarnya isu neh dah lama kecoh dalam seminggu dua neh. Aku pun asyik terlupa jek nak check kat station minyak. Depa kata harga subsidi neh hanya tertera di station minyak petronas tapi aku rasa tak kot. Sebab dulu rasa pernah perasan kat shell. Kat tempat skrin yang papar liter tue. Nanti nak pergi check dan tangkap gambar untuk lebih kepastian.

Apa pun lihat gambar kat bawah neh jap ;


Carta neh tidak disediakan oleh aku. Aku hanya nak gunakan info yang dia sediakan di atas neh. Kata2 yang terpapar dalam carta di atas tidak semestinya mewakili pendirian blog neh. Sekarang kalau kita teliti betul2 maka kita akan faham bahawa ;

1. harga ron 95 tanpa subsidi = rm3.35

2. harga ron 97 tanpa subsidi = rm2.90

Tolong jangan bagi hujah bahawa ron 97 masih ada subsidi lagi ye sebab dah banyak kali kita diberitahu oleh kerajaan bahawa ron 97 memang takde subsidi langsung. RON 97 biasanya minyak yang digunakan untuk kereta2 yang berprestasi baik masalah sekarang yang kita seme dok pakat2 heran pasal apa harga ron 95 tanpa subsidi lebih murah jika dibandingkan dengan ron 97?

Ini satu keheranan pada aku. RON 95 ialah minyak yang kurang kualiti dibanding dengan ron 97. Aku sendiri terus terang cakap memang guna ron 95. Cukuplah bagi pengguna motor macam aku. Yang penting macam mana kita jaga kenderaan kita. Kalau guna minyak mahal tapi lasak dan tak reti jaga kenderaan pun tak guna juga.

Tapi still ianya satu persoalan yang harus dijawab oleh kerajaan juga. Pasal apa minyak ron 97 lebih murah berbanding ron 95 jika harga tanpa subsidi digunapakai? Adakah ini satu lagi pemanipulasian maklumat oleh kerajaan? Dia nak pengguna2 ron 95 fikir owhh kerajaan dah tanggung hampir separuh harga subsidi petrol ka?

Dan.. satu lagi adakah ini juga kaedah pengiraan yang digunapakai ketika membentangkan bajet 2012? Maksud aku, katakanlah kerajaan tulis kat dalam bajet bahawa harga ron 95 tanpa susbsidi ialah 3.35 then 1.45 di anggap subsidi kan? So adakah 1.45 neh dikalikan dengan berapa2 yang patut lepas tue dapat jumlah subsidi minyak. Lepas tue jumlah neh larh yang diwar2kan oleh kerajaan ke serata malaysia. Macam tue ka?

Benda neh penting bagi aku sebab kalau kerajaan dah tipu dari segi harga sebenar ron 95 itu bermaksud kerajaan dah war2kan jumlah subsidi yang kurang tepat. Bila jumlah subsidi yang diwar2kan berlebihan daripada apa yang sebenarnya kita guna ini bermaksud ada lebihan wang. Jadi jika ada lebihan wang maka kita percaya ada unsur2 penyelewengan. 

Jadi ada baiknya jika kita diberikan bukti langsung berapa harga sebenar ron 95 tanpa subsidi. Kalau boleh takmo bukti cakap2 je kena ada keterangan dokumen apa seme. Aku dengan bien neh terus terang cakap tak percaya dah. Kalau setakat guna mulut nak yakinkan aku apa seme sorry larh der. Lue boleh mimpi. Siyes.

Ameno : RON 95 takde kualiti lebih mahal dari minyak yang ada kualiti ka?

Jumaat, 13 April 2012

Identiti sebenar Najib ialah SUPERMAN terdedah!

Superman ialah najib?


Najib ialah superman?


Ya Allah, ini berita paling panas sekali. Akhirnya identiti sebenar superman telah berjaya didedahkan. Ya Allah, aku tatau pun najib tue superman. Sekarang aku baru tahu dan aku sangat2 terkejut. 


Oh My Allah.. sikit lagi der.. skettt lagiii aku masuk hospital sebab kemain terkejut dan trauma gila babi. Ini tak boleh jadi. Bukti najib ialah superman boleh dirujuk kat bawah neh ;




Apa lagi korang nak cakap? Ketahui lah korang seme, bahawa superman itu najib dan najib itu piem malaysia. Dan identiti sebenar najib kini terdedah.. baru aku tahu..


kah kah kah


Nota : Komik najib superman kini giat disebarkan ke merata sekolah di seluruh malaysia. Buat guna duit sapa larh tue.. muahahah


Baca lanjut kat sini 


Ameno : Macam neh punya pemikiran ka piem aku? Adoii tolong larh wehh tolongggg.....

KTM arah pasang bendera BN di 28 stesen Selangor.

Hanya di selangor. Buat masa sekarang neh larh. Lepas neh kalau bien plan nak buat kat seluruh negara confirm arh gua malas nak layan ktm lagi. Walaupun sekali sekala layan tapi tetap takmo layan ktm yang ada logo bien. Siyes der. Semak. 


Pasal apa? Dah larh buka tv muka bien, buka paper pun kena hadap bien, buka internet pun story pasal bien, takan nak layan ktm pun kena pass logo bien plak? Bien sana sini? Siyes boleh mampos gini der. Please larh bien jangan buat rakyat suffer lagi.. please. I don't want bien sana sini oke, please.


kah kah kah






Tapi apa yang best nya kan ;


Sementara itu, Mohd Zin ketika dihubungi Malaysiakinimenafikan mengeluarkan arahan itu dan "tidak ingat" sama ada menandatangani sebarang surat arahan berkaitan.
Bagaimanapun, beliau berpendapat, pemasangan bendera tersebut tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter. 
Malah, katanya, selain bendera BN, bendera parti lain juga turut boleh dipasang. 
Selangor Umno liaison committee secretary Mohd Zin Mohamed"Saya tidak ada arahkan. Tapi kalau nak pasang bendera tak apa, asalkan tak ganggu isyarat. Kalau bendera lain nak naikkan pun tak jadi masalah. Asalkan tak ganggu keselamatan. 
"Tapi saya tak ada keluarkan arahan khusus... Saya tak ingat kalau saya ada tanda tangan apa-apa arahan... Mungkin pegawai saya nak bantu kita," katanya. 
Mohd Zin berkata, jika benar, ia mungkin kerana ada pihak kasihan kepada BN yang menjadi pembangkang di Selangor dan mengalami kesukaran menaikkan bendera di kawasan awam. 
"Dekat Selangor, kita pembangkang. Kalau naikkan bendera BN, nanti pihak berkuasa tempatan akan turunkan. Jadi mungkin agaknya ada yang kesian dekat kita dan nak bantu kita berkempen. 
"Tapi saya tak ada halangan kalau nak pasang bendera," katanya. -MKINI-


Kesian? Tak boleh nak pasang bendera bien di selangor?


kah kah kah


Woittt lue ari2 kempen dalam tv paper apa seme, pr tak boleh masuk selama bertahun2 sampai sekarang takde sapa pun nak kesian? Ada lue fikir? Kecik punya hal jek tue. 


Tak boleh pasang konon. Aku pergi selangor ada jek bendera bien meroyan. Kadang2 aku memaki hamun pr sebab bangang sangat biarkan bendera bien berkibar disitu. Siyes. Ikut mood arh. Kalau time tue najib dan bien tengah merapu memang bendera bien boleh jek bikin gua panas.


kah kah kah


Lepas tue kan yang aku tertarik tue dia cakap kan.. bendera lain pun boleh. Hehehe.. ye ke? Oke, good. Lepas neh aku nak pr pun pasang bendera di ktm. Cepat. Bagi membuktikan kata2 menteri tersebut. Kalau tak lulus atas alasan remeh temeh dan meroyan siap sedia kena maki. Pasal apa? 


Pasal lue sendiri yang keluarkan statement cakap boleh, takde sapa2 pun yang paksa lue cakap, dah lue berani cakap lue kena berani tanggung risiko. Kalau lue terang2 cakap bendera parti lain tak boleh takpe larh.. kita consider lue memang berani mampos dengan bersikap bias.. takpe itupun lebih bagus sebab jujur ma. Ingat, jujur itu sikap yang bagus. Biarpun terang2 mengaku bias aslong lue jujur. Simple.


kah kah kah


Ameno : Bila nak kesiankan pr dan benarkan pr berkempen di tv pula hah?

LAPORAN PENILAIAN VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM.

Ini diperolehi dari laman blog umno. Mereka kata ;


1. Ini laporan dari pakar.


2. Kalau pakar yang buat laporan neh boleh tak aku nak tanya dia dari mana? 


3. Tujuan aku nak tahu sebab mereka guna bahasa malaysia.


4. Adakah laporan tue telah diterjemahkan? Jika ya, kenapa translate dan kenapa sebarkan ? Tujuan nya dan adakah ini dibawah pengetahuan POLIS atau mana2 pihak berkuasa?


5. Jika ya, apa rasionalnya disebarkan di blog menjelang perhimpunan bersih 3 dan pru - 13?


6. Maksud aku, kalau ye itu anwar pun jadi apa? Apakah yang korang boleh buat? Apakah korang boleh dakwa dia atau apa?


7. Dari mana, bagaimana dan mengapa ada blogger yang berupaya menyebarkan laporan neh?


8. Kalau boleh mendakwa dia atau apa, kenapa tidak proses kes neh menjadi kes polis, siasat dan dakwa? Kenapa nak sebarkan dan hebahkan kepada kami? Aku tatau orang lain tapi aku sendiri tak sokong sesiapa disebabkan sesiapa atau mana2 individu, aku sokong satu2 hal atau satu2 perkara bersandarkan kepada bukti dan hujah betul salah, kalau pun itu dsai dah terang2 korang seme salah sebab apa? 


Sebab mampu mendakwa dia tapi tak pula buat cara tue, neh dok hebah2 lagi larh orang tak percaya bahawa itu dsai. Kalau sungguh itu dsai atau apa, buktikan di mahkamah dan dakwa dia, jangan dok sebar dan sebar dan sebar tiap2 ari, tiap2 bulan dan tiap2 tahun dok guna hujah sama. Kalau pun korang tak bosan, fikirkan kesannya ke atas kami. Kami, reti bosan.


Dari dulu lagi aku dah tegaskan banyak kali rakyat tak sokong pr disebabkan dsai. Dsai hanya sebahagian kecil dari pr, apabila kita sokong pr, kita sokong kerana dasar pembaharuan, bukan kerana dsai atau mana2 individu. Sekecil2 neh pun takley faham macam mana nak harap yang lebih kompleks lagi? Lue fikirlah sendiri.


Laporan tersebut berada di bawah neh ;


(A) Penilaian secara Teknikal:

1-   Tarikh video dirakamkan adalah pada 21-02-2011.
2-   Waktu ianya mula dirakamkan – bermula pada 22:23 bersamaan 10.23 malam.
3-   Waktu ianya selesai dirakamkan adalah pada 22:45 bersamaan 10.45 malam.
4-   Saiz Fail yang dirakamkan adalah – hanya 6.5MB
5-   Dipercayai kamera yang digunakan untuk merakam aksi dalam video ini adalah dari jenis “web camera”. 
6-   Ini adalah disebabkan ianya mempunyai bukaan ruang rakaman 18mm-34mm. 
7-   Selain itu kejelasan gambar hanya boleh dibandingkan secara pemerhatian 100% mode pada tahap 54Kbps (Kilobits per second).
8-   “Kbps” (Kilobits per second) adalah suatu indeks dan sistem untuk mengukur kelajuan rakaman serta kualiti atau resolusi sesuatu gambar dan video.

"K" is expressed in binary bits as "01001011." In traditional usage, 1,024 bits of data equals a kilobit, while 1,024 bytes equals a kilobyte. Kbps always refers to kilobits, while the designation of KB/sec refers to kilobytes.
1024 bits = 1 kilobit
1024 bytes = 1 kilobyte = 8 kilobits
1024 kilobytes = 1 megabyte = 8,192 kilobits
· Written By: R. Kayne
· Edited By: Niki Foster
· Copyright Protected:
2003-2012 Conjecture Corporation



Kanta atau lensa kamera

Gambar 1 – Video dinilai pada saiz pemerhatian 100% dan FLV 54Kbps
Gambar 2 – Perbandingan kanta (lens) yang digunakan pada ‘Webcam’

9. Dari segi penggunaan kanta atau lensa kamera, kita dapat lihat dengan jelas perbandingan bentuk ruang lensa yang digunakan. Parameter saiz ruang kanta adalah didalam lingkungan 18mm hingga 34mm.

10. Ini dapat dilihat dengan jelas pada lekok seperti dalam gambar rajah di atas.

11. Perkaitan huraian teknikal ini sekaligus menyangkal bahawa sebelum ini terdapat kenyataan bahawa saiz badan di bahagian perut adalah tidak sama. Jika mengikut penilaian teknikal ianya pasti akan berlaku sedikit “distortion” atau lengkung pada paparan gambar kerana kesan daripada penggunaan kanta atau lensa kamera. Atas dasar itu, penelitian terperinci telah dilakukkan dan menunjukkan persamaan yang jelas antara individu di dalam video ini dan rupa paras fizikal Dato’ Seri Anuar Ibrahim adalah dua individu yang sama.

12. Percanggahan pendapat yang menyatakan bahawa saiz perut Anwar Ibrahim tidak sama, sepatutnya tidak timbul dan sememangnya ianya merupakan Anwar Ibrahim. Berikut dilampirkan imej-imej yang menunjukkan bahawa individu yang dinyatakan dalam video in dan Dato’ Seri Anuar Ibrahim adalah dua individu yang sama.

Gambar 3: Imej yang menunjukkan persamaan yang sangat jelas kedua-dua rupa. Penilaian imej ini dijalankan berdasarkan perbandingan dari pandangan sisi serta cara belahan rambut yang sama.

Gambar 4: Imej ini juga menunjukkan pandangan sisi. Gaya potongan rambut yang sama serta rangka bentuk muka yang sangat serupa dapat dilihat di sini.

Gambar 5: Imej ini menunjukkan keluasan dahi Anwar Ibrahim. Selain itu, komposisi, ruang lekuk pada pipi, serta sudut pandangan Anwar Ibrahim juga sama dalm gambar ini.

Gambar 6: Persaman iras muka serta ekspressi yang sama dapat
dilihat dengan jelas pada imej ini.

Gambar 7: Persamaan dari aspek perut yang menonjol ke
depan secara perbandingan asas adalah sama.

Gambar 8: Iras muka yang sememangnya merupakan Anwar Ibrahim

Gambar 9 : Rangka muka serta bentuk badan yang sememangnya adalah Anwar Ibrahim dapat dilihat dengan jelas dalam imej ini.

Gambar 10 : Rangka muka serta bentuk badan yang sememangnya adalah Anwar Ibrahim dapat dilihat dengan jelas dalam imej ini. Kali ini imej ini dirakamkan pada jarak pandangan yang sedikit jauh bagi memudahkan penilaian persamaan dilakukan.

Gambar 11 – Persamaan jenis kanta yang digunakan untuk merakam video ini hasil perbandingan fakta teknikal pada Gambar 2


Night Vision

i. Sepanjang pemerhatian penilai, model kamera juga menunjukkan yang aksi didalam video ini dirakamkan dengan menggunakan “Night vision Mode”.

"Night vision is the ability to see in low light conditions. Whether by biological or technological means, night vision is made possible by a combination of two approaches: sufficient spectral range, and sufficient intensity range.
By: Philip Gibbs 1996 (Can Human See a single Photon?)

ii. Penggunaan “Night vision” adalah bertujuan untuk merakamkan sesuatu aktiviti didalam gelap dengan lebih terang dan jelas. Ini adalah disebabkan kemampuan pemerhatian mata manusia sangat terhad untuk melihat didalam sesuatu keadaan yang gelap jika hendak dibandingkan dengan haiwan-haiwan. Selain itu, “mode” bagi rakam menggunakan “night vision” adalah hitam putih. Ini adalah kerana kualiti “sensor” pada masa ini lebih berkesan dengan penghasilan warna hitam dan putih. Belum ada alat atau kamera lagi yang mampu merakam gambar berwarna pada ketika suasana yang gelap pada tahap kejelasan yang ditanyang dalam video ini. Ini adalah sebab utama mengapa video ini dirakamkan dalam bentuk dan hasil hitam putih. 

Gambar 12 – Contoh penggambaran menggunakan kamera “Night Vision latest Model 2012”

iii. Selain itu, secara teknikal juga, keseluruhan gambar yang ditayangkan tidak mempunyai unsur manipulasi atau penambahbaikan semula kepada video ini. Proses suntingan atau “editing” yang dilakukan hanyalah terlalu sedikit iaitu, mengemaskini tempoh masa video itu dirakamkan sahaja. Ini bermaksud rakaman ini hanya memainkan adegan penting dan tidak ditunjukkan adegan mula dan akhir.

iv. Jika kita perhatikan pada tempoh masa yang dimainkan sepanjang 22 minit penting iaitu adegan ketika Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik dan hinggalah beliau keluar dari bilik tersebut. Dapat dilihat pada jam waktu yang bergerak, ianya selaras dan sememangnya jika ianya di manipulasikan (edit and adjust), tempoh masa yang ditunjukkan pada gambar 12 pasti akan tidak selari (pasti akan berlaku “distortion” dari segi masa pada video ini).

v. Jika proses manipulasi dilakukan pada video ini, pasti akan mempunyai kesan manipulasi pada bahagian tempoh masa yang tercatat disebelah kanan video ini.

Gambar 13 – Indikator kukuh membuktikan bahawa masa adalah bukti utama video ini dirakam dan tidak dimanipulasi.


Rumusan

(A) ‘Sudah terang lagi bersuluh’, berdasarkan daripada penilaian penilai, rakaman yang dilakukan ini secara teknikalnya adalah tulen dan tiada unsur manipulasi dilakukan oleh mana-mana pihak. Dari segi individu yang terlibat dalam rakam ini 100% merujuk kepada rupa paras Anwar Ibrahim. Ini dapat dilihat dengan jelas pada setiap sudut rakam ini dilakukan serta individu-individu yang terlibat.

(B) Penilai membuat penilaian secara telus tanpa ada sebarang unsur tokok tambah atau kepentingan peribadi. Aspek yang dinilai adalah dari segala segi iaitu, rangka muka, cengkung pipi, penggayaan serta potongan rambut, rangka badan, alat yang digunakan untuk merakam, komen dari maklumat pihak professional di luar negara yang telah dinyatakan didalam buletin 8.oo malam, perbandingan gambar dalam video dan gambar fotografi di luar dan juga jarak pandangan, dekat, sederhana dekat dan juga jauh. Selain itu, rujukan buku-buku yang menunjukkan indeks persamaan teknikal video kamera juga dinilai dan diperhalusi.

(C) Hasil dari semua aspek penilai yang dinyatakan di atas, keputusannya menjurus kepada kebenaran, bahawa Anwar Ibrahim merupakan individu yang berada di dalam rakaman video ini yang bertarikh 21 Feb 2011. 

(D) Diharapkan laporan ini dapat membantu usaha dalam mencari kebenaran dan keadilan yang diperjuangkan untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. 



Sumber : mymassa


Ameno : Dan2 jek dekat bersih 3.. muahaha.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...