Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 April 2012

Pengalaman gempa bumi di Malaysia - 11 april 2012.

Citer dia macam neh, tadi kan aku tengah update blog. Masa tue aku tengah layan citer pasal najib kat blog addin. Aku layan kat rumah member aku.  Member aku tue totok umno. Gua kira slumber arh juga kutuk2 umno guna line internet penyokong umno. Panas gak member aku tue tadi. Dia siap nak jirus aku dengan air time aku kutuk2 tipiem. Sekali member sayang tipiem beb, najib takpe.

kah kah kah

Oit ko jangan meroyan kat blog aku pula. Kita friend forever oke.  Aku nya PC minggu depan baru sampai, kena main order2 pula, aku dah lar rimas update guna tablet jadah neh, so esok aku akan mai umah ko petang2 untuk update blog lagi oke??

kah kah kah

Enough, kang dia balon aku time2 neh juga, rumah da larh dekat2. Hehehe. Sambung balik kisah pasal gempa bumi. Time aku tengah sedap2 baca artikel blog addin tiba2 komputer member gua bergoyang2. Masa tue aku memang rasa pelik.

Apa jadah komputer neh bergoyang. Then aku buka arh blog aku untuk buat entry baru kan. Time tengah buat seme2 action tue tiba2 dengan aku sekali bergoyang2. Apa ke hel pula aku dan komputer neh bergoyang bersama2 hah? Aku rasa cuak tapi rileks arh juga.

Aku pun pergi kat fan page amenoworld dan taip ;

Wehhhhhh aku cam bergoyang2 jek kat dalam rumah neh..

Then aku tengah nak tekan post kaler biru tue kan, tiba2..

Jeng jeng jeng..

PC terpadam. What the hell is this? Aku pun bangkit ;

 " Wehhh, gempa bumi jom2 keluar, aku dah matikan seme suis cepat2 keluar.. ko tengok air dan pokok bergoyang2 kat luar, ko tak pasan ka? Kan ko berjaya aku baring memang larh tak perasan sangat ingatkan aku pening2 tadi " 

Demm.

Aku belum sempat post mesej tadi der. Jawab aku dalam ahti je larh. "Oke2".

Sekali aku tengok seme orang keluar rumah. Pakcik makcik nenek atuk adik abang kakak seme keluar der. Jadi betul larh bukan aku sorang je rasa bergoyang2. Rupanya2 kat sini memang satu kawasan rasa bergoyang. Takpe lagi. Lepas buat2 kecoh dekat setengah jam aku pun balik rumah aku dan update blog aku pasal najib tue.

Lepas update blog aku tinjau2 fb baru aku tahu rupanya bukan aku je rasa bergoyang2 tadi, rupanya ada tempat lain turut bergoyang2 tadi der. Lokasi aku perak. So kira goyang2 tadi goyang2 satu malaysia arh der.

Demm.. seram juga ek. Bayangkan kalau tadi tengah tsunami per citer? Gua dah larh tengah bersiap2 nak mengata najib sekali tsunami mai.. memang menyeramkan der. Kalau tengah berzikir ke apa.. takde larh rasa menyesal sangat kan?

Muahaha.. 

Adoii larh. Insaf sekejap aku. Dan tadi ada larh orang indonesia ajar aku. Dia cakap kalau gempa bumi datang kita kena cakap addo addo. Aku pun tatau kenapa dia ajar aku benda tapi dia kata petua orang2 tua dia. Tak sampai ahti pula aku nak gelak petua dia tue. Aku layankan aje.

Hahaha..

Dan sekian lah citer gempa bumi tadi. Ada apa2 nak tambah atau ada sapa2 rasa bengang lepas baca citer neh? Jangan marah der..

kah kah kah

Ameno : Siyes seram gak tadi..

Najib pakai rantai.


Aku tatau hukum. Siyes.

Lihat bawah neh lagi ;


Dan aku betul2 taktau bab hukum. Dan ini juga betul2 seriyus.

Dan lihat lagi. Lebih dekat ;


Aku harap ada sesiapa yang pakar bab hukum boleh jelaskan. Memang senang der nak petik dari google apa seme tapi kemon larh lebih baik kita tanya pada yang pakar  Salah ke tak salah ke apa ke senang sket nak story ke apa seme. Hopefully kita akan diberikan penjelasan berhubung perkara lain bagi mengelakkan persepsi negatif apa seme.

So geng, tolong2 ek tanya pada yang pakar. Contohnya ustazah mashitah, jamil khir ataupun ulama muda umno. Mari sama2 nantikan jawapan mereka. Oke bai.

GaMbAr daRi bLOGgER AdDIN.

Ameno : Selalu artis lelaki pakai rantai sebab nak nampak cool.. heheheh..

Kelantan negeri kaya dalam masa 4 bulan jer..

Tolong lah piem. Tolong lah cakap negeri2 lain sengkek, daif, miskin, hina dan apa seme. Tolong larh aku merayu gila babi neh. Siyes.


Dulu piem cakap kelantan negeri miskin. Tup2 lepas 4 bulan kelantan dah tak miskin lagi dah. Siyes. Lihat laporan berita dari BH neh sendiri. Dipetik dari page kami boikot tv3.




Nampaknya selepas 4 bulan kelantan dah jadi kaya raya der. Kemain kaw banglo, kereta mewah seme cukup. Gila arh. Aku dah jeles habis neh. Harap2 lepas neh piem kutuk dan keji negeri2 lain pula. Kalau boleh 4,5 bulan sebelum pilihanraya bermula.


Lepas tue bila dah dekat2 pilihanraya terbitkan pula artikel di atas neh. Time neh larh nak tambat balik jiwa2 yang dah kena kutuk kaw2 kan?


kah kah kah


Ameno : Kejap miskin kejap kaya.. cuba cakap bebetul sikit der.. 

Tipiem tipu aku..

Sohai. 


Buta2 gua kena kencing dengan tipiem. Dah larh ketika gua potpet2 pasal neh penyokong2 umno pun ikut balon gua. Chi shing punya tipiem. Dah tua2 pun nak menipu. Bukan aku kata orang muda boleh menipu cuma agak2 lah beb. Lue tue tipiem please lah behave sket.


Kalau stock tipiem pun slumber menipu tak agak2 apa lagi kita nak anggap stock yang lebih rendah dari tue kan? Lihat bukti penipuan tipiem kat bawah neh sekaligus membuat aku kecewa ;






Kat atas neh apa? Meh aku explain sket ;


Penipu punya Muhyiddin
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm 
"Hakikatnya, jelas Timbalan Perdana Menteri, generasi muda di negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman. 

Menurut beliau, fakta tersebut berdasarkan laporan Daya Saing Global 2011/2012 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang meletakkan kualiti pendidikan negara berada di tangga ke-14 dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara-negara ASEAN." 
Ok, fakta dia ambil dari World Economic Forum. Jadi...
Download PDF dari WEF, buka m/s 21, tengok ranking Malaysia 
http://www.weforum.org/s?s=global+competitive
http://www3.weforum.org/docs/WEF_GCR_Report_2011-12.pdf
Malaysia RANK ke-38, Singapore RANK ke-4.

Check m/s 19, column Health & Primary Education, malaysia rank - 33, singapore rank-3
Akhir skali, cuba check ranking US, Britain dengan German. -Alang KBSB-

Maksud nya apa? Maksudnya ;


1. Tipiem telah memanipulasikan angka. Dia ingat matematik aku stock 52 tue maksudkan pemikiran aku pun standard 52 jek kot? Waklue.


2. Kalau duduk no 2 bawah asean tapi jurang no 1 dan 2 tue jauh berbeza baik toksah bangga2 sebut no 2 di kalangan negeri asean der.


3. Lepas tue kalau hanya amek satu point jek dan mengabaikan point2 lain baik toksah bangga gak der.


4. Yang ingin tipiem bangga2 ialah angka 14. Konon nya sistem pendidikan di malaysia neh lebih baik dari UK, GERMANY dan US. Padahal setelah mengabungkan kesemua hasil kajian dan laporan hasil penyelidikan, pencapaian malaysia takde lah baik mana pun. 


5. Perbandingan dengan US, germany dan UK dibuat dalam semua aspek. Mereka tak kalah hampir seme juga hampir menang seme tapi terbukti mereka memang lebih bagus dalam banyak perkara berbanding malaysia. 


Yang menjadi persoalan nya kenapa tipiem memanipulasikan angka? Hanya perlu buka satu laman web telah menafikan pembohongan tipiem der.


Lihat bawah ayat yang aku copy paste dari laman tersebut ;



Switzerland tops the overall rankings in The Global Competitiveness Report 2011-2012. Singapore overtakes Sweden for second position. Northern and Western European countries dominate the top 10 with Sweden (3rd), Finland (4th), Germany (6th), the Netherlands (7th), Denmark (8th) and the United Kingdom (10th). Japan remains the second-ranked Asian economy at 9th place, despite falling three places since last year.  The United States continues its decline for the third year in a row, falling one more place to fifth position.


Kat atas neh secara keseluruhan. Yang tipiem tekan kan ialah kualiti pendidikan. Betul ke angka 14 tue der? Betul. Aku sendiri dah check di laman web terbabit. Mohon korang buka page 248 dan 249. Aku tak tipu der. Klik sini ==> 


http://www3.weforum.org/docs/WEF_GCR_Report_2011-12.pdf


Jadi sekarang neh boleh berbangga kah angka 14 neh? Kalau nak baca satu2 benda kena faham gak cara mana nak baca benda tue kan? Bukan main baca jek. Memang kalau ikut pecahan malaysia ada lah mendapat no 14 tue. Kalau ikut mata 5.1. Kalau 5.1 dari per 10 itu maksudnya tahap sedang = tengah2 lebih sedikit.


Kalau yang no 14 pun hanya tengah2 apatah lagi no 15 dan seterusnya kan? Germany sendiri berada di kedudukan 17 dengan mata 4.9 der. Kurang 0.2 mata dari malaysia. So kalau ini yang tipiem nak bangga aku takley nak kata apa larh.


Apakah kriteria yang digunakan untuk mengadili hal neh? Yang paling penting apakah yang dimaksudkan kualiti sistem pendidikan neh? Ini yang aku tak jelas. Ia boleh dinilai dengan macam2 aspek, dan setelah membaca pelbagai perbandingan dengan negara2 lain aku percaya korang juga akan rasa malu nak berbangga dengan angka 14 tue der. Siyes.


Kalau tak percaya sila baca sendiri. Baca sampai habis der. Maksud aku yang malaysia punya bab jek. Yang neh tv3 pun takan keluarkan der. Siyes.


KAH KAH KAH


Ameno : Buat lawak je pandai. 

SPM 2011 : Sains 52 pun boleh dapat A?


Sains antara subjek yang aku minat. Dan selalunya bila kita minat subjek neh kita memang akan score baik punya dalam subjek neh. Sains aku standard 80 ke atas setiap kali ujian. Tak kiralah ujian mengejut ke ujian berjadual ke apa ke. Aku memang terer dalam subjek sains dan sejarah. Sekarang aku dah menyesal sebab terer sejarah. Aku tak menyesal sebab suka sains. Nasib baik bien tak boleh menipu dalam sains sebab ia subjek yang satu dunia belajar. 

Kalau bien boleh menipu dalam sains aku percaya sangat dorang akan memandai2 cakap manusia di malaysia neh, dorang larh yang cipta. Ini boleh jadi der. Siyes. Berdasarkan kajian ilmiah aku beberapa tahun neh ke atas pemimpin2 bien aku sangat2 percaya dorang boleh bertindak sejauh itu kalau mereka boleh memandai2 me-reka2 isi pembelajaran sains di dunia neh.

Sekarang neh aku bukan nak cakap pasal sains dan bien. Itu satu gabungan yang sangat tidak ilmiah. BN lebih sesuai digabungkan dengan perompak dan pencuri tapi bukan dengan sains. Kalau rujuk paper kat atas neh, di mana ianya telah tersebar meluas ke serata wall fb dan twitter, aku dapati semakin lama semakin rendah markah yang diperlukan untuk mendapat A. Demm.

Kalau sains 52 boleh dapat A time neh, maka matemarik aku pun dah lebih2 layak dapat A der. Tue standard markah matematik aku jek. Aku memang lemau matematik der. Cakap terus terang. Aku tatau larh apa masalahnya aku dengan matematik tapi aku tak pernah benci pun subjek matematik neh. Cuma aku lemau gila dalam subjek neh. Aku sendiri pun rasa tak boleh blah der.

kah kah kah

Sekarang neh kalau sungguh lah dokumen kat atas neh benar2 mewakili pengiraan markah
untuk SPM 2011, bukan kah semakin lama semakin rendah tahap kepandaian budak2? Bukan nya semakin pandai?  Tapi aku tak berapa kesah sangat der dalam isu neh. Kalau dalam matematik apa seme aku berpendapat tahap pengiraan markah memang penting. Tapi kalau dalam subjek sejarah dan perlukan daya hafalan apa seme, itu seme tak penting. Sistem pendidikan di malaysia neh lebih kepada menghafal,ini sebenarnya satu sistem yang aku sendiri kalau mampu ubah memang nak ubah. 

Kalau bercakap pasal sistem pendidikan impian aku, aku impikan sistem pendidikan yang terbuka. Maksudnya sejak kecil lagi budak2 harus diberikan pilihan apa yang dorang minat nak belajar dan apa yang dorang tak minat nak belajar. 

Aku fikir perkara neh akan memudahkan mereka lebih mahir dalam satu2 bidang. Ia akan membantu mereka menguasai satu2 perkara dengan mendalam dan seterusnya membantu mereka menjadi kreatif dan inovatif. 

Biasanya bila mereka dah jadi kreatif dan inovatif mereka akan mampu mencipta apa2. Itulah pendidikan yang aku ingin sangat diamalkan di malaysia neh. Bagi aku mana2 pelajar tak perlu dipaksa untuk belahar apa2 subjek yang mereka tak minat dan tak pandai. Daripada buang masa dok study benda yang tak minat kan better study subjek2 yang memang minat dan boleh pergi? Akal, bakat dan kecenderungan setiap manusia neh berbeza2 tapi apahal mereka perlu belajar perkara yang sama sepertimana orang lain?

Tapi perkara neh akan memakan masa yang sangat lama. Mula2 kena tumbangkan bien dulu. Selepas tue baru boleh fikir macam mana nak propose idea neh kat pr untuk dilaksanakan. Kena buat kajian mendalam bagaimana kita boleh laksanakan benda neh. Apa pun selagi bien kerajaan selagi itu perkara2 macam neh takan terlaksana. Percayalah.

 

Ameno : Bukan main cerdik walaupun makin banyak dapat A.. kah kah kah

Persatuan kontraktor Melayu atau Persatuan kontraktor BN?

Ceh.

Nama jek persatuan kontraktor melayu tapi nak buat mesyuarat pun kena tunggu kelulusan dari bien. Tah hapa2. Better tak payah letak nama NGO apa seme. Better ko mengaku je persatuan kontraktor bien. Buang title melayu dan buang title ngo. Jangan berlakon sampai menyusahkan orang.



Lihat surat kat atas neh. Nama dia NGO tapi NGO pun bn boleh kawal sebab NGO neh dikatakan bergabung dengan bien. Patutlah selalu sangat orang cakap tender2 kerajaan neh kalau tak sokong bien dan umno tak boleh dapat. Kalau bukan kroni apa seme pun tak boleh dapat. Walhal bien tue parti, yang diberikan mandat untuk menjadi adil kepada semua tak kira lah sapa2 pun yang rakyat sokong sebab bien naik pun atas undi rakyat, kalau rakyat tak undi depa tak merasa lah jadi pemimpin.

Neh terbalik pula depa buat. Dah larh yang undi tue rakyat, bien siap buat bantuan terpilih lagi. Kalau ada yang bagi alasan penyokong2 bien memang larh wajar mendapat manfaat sebab dah undi bien tapi kalau dah gitu jangan lah kutip cukai dari penyokong2 pr der. Kalau sungguh nak cakap pasal adil kat sini kan? Kita buat betul2, bagi adil betul2. Jangan lue pongpang2 pasal adil tapi bila cukai lue cekau juga dari penyokong pr. Dasar bullshit lah seme neh. 

Ameno : Tukar nama.. takde lah ada yang terpedaya dengan ngo2 macam neh. Memana ngo yang pro bien elok letak kami blablabla dan pro bien. Senang sket nak jauhkan diri dari ngo2 macam neh..

Selasa, 10 April 2012

Kerajaan benar bersih 3 berhimpun.

Bagus.




Ini namanya dorang dah belajar dari kesilapan lepas. Ini satu perkara yang bagus. Oleh kerana tiada yang melarang dan menghalang maka ramai2 orang patut turun berhimpun pada bersih 3 kali neh.


Bagaimana pula dengan mahasiswa dan mereka2 yang bekerja kerajaan? Adakah kerajaan juga sanggup mengizinkan mereka menyokong perhimpunan bersih 3? Adakah kebenaran neh tertakluk kepada semua rakyat malaysia ataupun ada beberapa pengecualian yang lain ?


Apa pun, aku ucapkan syabas sebab kerajaan benarkan perhimpunan bersih 3. Cuma diharapkan buletin utama dan utusan toksah provoke dan fitnah yang bukan2 terhadap bersih 3 oke. Dan kepada anti bersih, lue jangan cakap banyak, perhimpunan neh telah diizinkan oleh hishammuddin sendiri, faham?


Baca bawah ;


Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan. 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.
Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen di ibu negara hari ini. -MKINI


Apa pun jangan pula kenakan orang last2 minit ye. Di mulut jek beria2 pongpang setuju apa seme kang tiba hari yang dijanjikan tiba2 roadblock sana sini.. apa seme.. tue seme aku taknak.


Kalau sungguh dah benarkan, maka sila benarkan sehingga ke saat2 terakhir. Jangan nak tipu2 orang macam yang korang buat kat bersih 2 dulu ek.


Ameno : Lain maciamm..

Isnin, 9 April 2012

FRU kena bantai pun nak bangga ka?

Sorry. Aku memang mempunyai pendirian yang berbeza dalam isu neh. Jadi manusia akal adil harus di depan bukan mata politik. Lihat bawah neh ;






Ini sebenarnya isu bola sepak. Bukan isu politik pun. Pakcik neh fru. Dia kena belasah. Aku tatau punca kejadian dia kena belasah tapi wajarkah gambar dia dipolitikkan hanya semata2 ko benci umno? Tah2 dia sokong pr, ko tahu ke? Ko kenal ke? Dia buat tugas dia pada ketika itu adalah atas arahan boss dia. Apabila ko menjadi pekerja, suka tak suka itu ko punya pasal. Arahan boss ko kena buat. 


Jadi apabila aku ternampak ada sesetengah orang yang menggunakan isu neh dan mempolitikkan mangsa = fru tersebut jelas orang2 tue takde rasa simpati dan tidak tahu membezakan betul dan salah satu2 kejadian. Kita harus pandai  membezakan situasi der.


Apa yang terjadi ketika demo tak kiralah demo bersih atau apa, itu adalah situasi yang berbeza dengan apa yang terjadi kat atas neh. Tak suka bien ko punya pasal tapi jangan sampai ko punya tak suka tue mendorong ko buat perkara2 yang mengarut.


Cuba bayangkan ek apa perasan ahli keluarga mangsa bila melihat gambar2 mangsa dipolitik apa seme semata2 nak balon bien? Ko ada family, aku juga ada, kita semua ada, jadi orang belajarlah bertimbang rasa. Isu neh dari awal lagi, pun bukan isu politik. 


Menggunakan gambar mangsa semata2 nak serang bien adalah satu perbuatan dayus yang dibuat oleh orang2 yang kekurangan hujah dan fakta. Kalau rasa kurang fakta dan hujah nak serang bien, jangan pernah bimbang, buka tv3 dan baca utusan sahaja dah cukup. Ko akan jumpa banyak point2 menarik untuk nak balon mereka. Jangan gunakan isu2 seperti neh. Oleh kerana yang buat itu adalah orang lain, maka jangan ko serang orang lain hanya semata2 mereka semua adalah FRU. Itu salah. 


Ameno : Taksub politik sampai tak reti beza betul salah itu bahaya der.. 

Lambang bersih 3 ada salib dan ia sokong kristian.



Aku tatau samada aku yang terlalu bijak ataupun memang ada sesetengah orang memang bodoh takde batasan. Cuba korang lihat logo di atas neh betul2. Lihat dengan teliti dan kalau boleh sambil lihat sambil gelak pun takpe.


Dah ke? Bagus. Lepas tue tengok kat bawah neh pula.


Lambang bersih 3.0 ada 'salib' - menyokong bersih sama menyokong kristianisasi. secara halus mereka menyebarkan kristian di kalangan orang melayu/islam...hati hati lah niat jahat mereka...


Read more: http://www.pisau.net/2012/04/lambang-bersih-30-ada-salib.html#ixzz1rWexxsNS


Dipetik dari blogger umno yang tertera link nya di atas neh. Artikel dia agak panjang tapi aku petik sikit je sebab nak counter balik fitnah neh. Tak perlu susah payah nak baca sampai habis sebab fitnah dia memang jelas terkantoi melalui tajuk jek sekalipun. 


Tak serik2 terkantoi akibat terfitnah aktivis sendiri kali neh mereka meneruskan misi menfitnah yang lain pula. Korang baca bebaik apa yang disebutkan oleh blogger di atas.


LAMBANG BERSIH 3.


Ulang lagi sekali


LAMBANG BERSIH 3


Apa dia?


LAMBANG BERSIH 3.


Faham?


Menurut korang, adakah gambar di atas tue boleh dianggap sebagai lambang bersih 3 ataupun satu poster yang ditampalkan dengan kata2, lukisan mahkota dan disertakan dengan logo bersih 3? Ingat ye lambang = logo = mempunyai maksud yang serupa.


Korang faham kan? Pembaca amenoworld neh cerdik2 belaka. Tak perlu larh kot aku susah2 nak explain. Rasanya semua orang kenal apa itu logo = lambang bersih 3. Lambang bersih 1 hingga ke 3 hanya ada satu yang jelas dan menjadi hafalan setiap orang. Benda yang sebegini remeh, sebegini senang pun tak hadam2 lagi? Macam mana korang menulis blog neh? 


kah kah kah


Ameno : Itupun ada yang percaya der.. lawak siot. 

Ahad, 8 April 2012

JMM nak buat demo anti LBGT dan seks bebas..

Ini kumpulan sarkas di malaysia. Suka sangat buat lawak sarkis. Dalam dok pongpang cakap demo menyusahkan orang apa seme depa boleh lak g bantai buat demo. Tak kesah lah tue yang aku tahu depa buat demo di dataran merdeka pada 21 april neh so aku harap pembenci2 demo neh boleh lah bantai JMM sebagai ;

- menyusahkan orang ramai

- bodoh takde kerja asyik nak berdemo je

- peniaga rugi apa seme

- negara rugi berbillion2 sebab demo

- dataran merdeka bukan patut digunakan untuk berdemo = perhimpunan awam.

Aku nak komen2 macam neh timbul bagi mengecam JMM sebagaimana bersih 3 menerima kecaman yang sama. Sebab apa? Sebab lokasi demo tue sama beb. Agak tidak adil kalau bersih 3 kena kecam tapi demo JMM tidak kecam pula.

Jangan lah nak pongpang cakap JMM buat demo sebab anti LGBT apa masalahnya ? So bersih 3 pun sama juga, kami demo anti kotor apa pula masalahnya ? Jangan buat tindakan terpilih der. Aku paling benci mentaliti gitu. Arhh komputer neh payah lah. Sakit mata aku. Cepat2lah minggu depan datang nak beli komputer baru neh. Siot betul larh.

kah kah kah

Lagi satu aku percaya aku telah berjaya mengesan penipuan dalam artikel kat bawah neh ;


Sekumpulan 30 NGO di bawah gabungan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengumumkan untuk berhimpun pada 21 April untuk menentang “agenda lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT)" serta seks bebas.
Akhbar Mingguan Malaysia melaporkan pengerusi JMM Azwanddin Hamzah sebagai berkata, perhimmpunan itu akan diadakan di Dataran Merdera, Kuala Lumpur.

Azwanddin dipetik sebagai berkata, JMM juga akan mendedahkan nama NGO yang mendapat dana daripada kumpulan LGBT antarabangsa – Lesbian, Gay, Biseksual, Trans dan Interseks Antarabangsa (Ilga).

Laporan itu menyebut, dana berkenaan adalah untuk mempromosi gaya hidup LGBT, seks bebas dan perkahwinan sejenis di Malaysia.

Perhimpunan tersebut diadakan selang seminggu selepas tarikh perhimpunan pelajar untuk membantah hutang PTPTN dan juga seminggu sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, juga di lokasi sama.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam laporannya pada 2011 menggesa kerajaan untuk menggubal undang-undang bagi melindungi hak golongan minoriti seks.

1. Aku sesungguhnya tak percaya bawah JMM ada 30 ngo yang lain. Siyes. Ahli JMM bukan ramai mana pun. Okey, tak semestinya ramai ahli = boleh tentukan bilangan NGO tapi korang percaya ke bawah JMM ada 30 NGO ? Jaringan Melayu Malaysia neh bawah dia apa jek NGO2 yang wujud? Salah sebut ke apa malaysiakini neh? 30 NGO atau 30 NGOK? Apa pandangan korang?

2. Aku percaya memang wujud LBGT di malaysia neh. Aku juga percaya LGBT neh memang sesetengah dari mereka dah cross the line dengan menuntut perkara2 yang tidak munasabah. Aku juga sokong masalah LBGT perlu diberikan penekanan di malaysia. Tapi yang aku heran ialah kenapa dan2 JMM nak demo bantah LGBT seminggu sebelum bersih 3? Oleh kerana dulu mereka pernah pongpang fitnah bersih = promote LGBT, aku suspect demo mereka sebenarnya adalah satu propa utk mengaitkan bersih 3 dengan perkara tersebut. Kali neh kena buat lebih tersusun sebab babitkan sasterawan negara yang ramai orang hormat iaitu A.SAMAD.SAID, so takley ikut taktik2 yang lepas der..

3. Tapi aku melihat JMM melakukan tindakan terpilih di mana dia mengatakan LGBT ada kaitan dengan seks bebas. Bodoh gila statement tue. Tak suka LGBT pun toksah lah tuduh2 orang nak promote seks bebas. 


Marina pun dah sound ari tue. Gila ke apa nak promote seks bebas di malaysia neh? Marina yang open minded pun cakap gila takan ada orang bangang2 yang percaya LGBT neh nak promote seks bebas? Kalau ye pun mereka amalkan seks luar nikah.. = seks bebas.. tapi bukanlah mereka ada niat nak promote. Contoh macam a berzina dengan b, mereka berzina tapi takde lah niat nak promote apa seme. Itu dah masuk kategori lain der. Tak suka takpe tapi jangan tuduh2.

Tapi apa pun aku nak tengok sejauh mana orang2 yang kritik bersih berdemo pada ari tue akan kritik JMM neh sekali. JMM tue ada niat politik. Aku tak kata demo JMM tue salah oke, aku sendiri pun tak bantah demo tersebut cuma aku nak tengok sejauh mana pengritik2 bersih 3 akan kutuk demo JMM neh gak. Benda tetap serupa der. Demo tetap demo. 

kah kah kah

Ameno : Dan2 demo anti LBGT.. sebelum neh tak terfikir pula.. 




Tarian Seksi Tiang pun Anwar Ibrahim yang salah.

Salah kan je anwar. Molek betul perangai blogger umno neh kan? Apa pun mesti nak kait dengan PR dan DSAI tak pasal2. Senang betul kerja depa. Lihat bawah neh ;








Nampaknya, Regim Dap di Pulau Pinang semakin maju. Apabila kebanyakkan pub dan club kat Pulau Pinang sudah mencapai tahap setaraf Thailand dengan kewujudan penari tiang. Baca pendedahan dari blog GBP.

GPB menerima beberapa satu email yang dihantar mengenai aksi tarian seksi menggunakan tiang di sebuah PUB terkenal di P.Pinang . Menurut pengirim tersebut , penari terbabit adalah dari negara China ( China Doll) . Lebih menarik sekali , pub terbabit di dalam Parlimen Permatang Pauh !


Hebat betul negeri regim DAP ..di pub pun sudah menyajikan aksi panas tarian tiang . Anwar mesti suka punya sebab yang menari itu pun China Doll ..hahaha
Fuhh.. dulu kita ingat kat Selangor dan Thailand saja yang ada penari tiang ni. Rupanya disebabkan kebebasan kerajaan Pakatan Haram dan Dap. Kini ia merebak ke Pulau Pinang. Hmm.. bila pulak 'benda' ni nak merebak ke Kedah pulak? <== GBP

McTheory:
Teringin juga nak tengok kerajaan ISLE Pas Kedah dok menari tiang! he he.. <== KedahkeKL.

Aku tak buat kajian mendalam lagi pasal imej yang depa letak kat blog tue. Harap2 ada yang rajin buat sementara aku tengah nak replace komputer baru neh. Sekarang susah sikit nak fikir apa2 sebab nak malas nak melayan komputer yang rosak.

Asalnya aku malas nak melayan posting merapu dari bloggers umno tapi disebabkan rasa kelakar aku fikir nak layan arh juga. Cuba korang baca ayat yang aku highlightkan tue betul2.  

1. Penulis blogger menerima email dari pembaca = maksudnya pembaca dia kaki pub ka apa? Yelah hanya masuk pub baru boleh dapat gambar2 tue kan? Ingat kalau tak layan pub boleh ka amek gambar2 tue? Bukannya pub terbuka pun sampai ko boleh buat alasan TERLALU, TERTENGOK, TERMASUK dan sebagainya kan? Hehehe..

2. Dan2 pula tahu penari tue dari china. Ingat nak bezakan china malaysia dengan orang cina tempatan senang ka? Muka dorang lebih kurang jek der.. melainkan ko tanya apa seme. Dah kalau ko tanya apa seme jangan2 member ko = pembaca blog yang mengirimkan email tue nak layan pompuan tue kot.. tue pasal tanya macam2.. kah kah kah.. neh aku fikir je ek bukan tuduh2 der..

3. Dan2 nak kaitkan dengan dsai apa seme. Betul ke kat permatang pauh ada pub macam tue? Betul ke dap yang salah? Aku bukan nak bekap sapa2 dah kalau ko tahu napa tak buat aduan apa seme? Pergi lah report dengan bagi nama pub dan lokasi detail. Tangkap sekali gambar pub tue dari luar bagi membuktikan tuduhan ko tue.

Jangan nak letak satu dua gambar lepas tue dan2 cakap itu salah dsai dan dap. Aku pun boleh buat macam tue. Tapi masalahnya takmo. Posting takde kredibliti dan lebih bersifat tuduhan tanpa asas. 

Macam mana ek penulisan2 macam tue pun boleh ada yang follow? Betul ke orang yang benar2 bangang habis wujud di dunia neh? Aku pernah was2 tapi bila perhatikan jek bloggers umno menulis dan pengkomen2 yang pro mereka, rasa was2 tue hilang tiba2. Bukan nak sangka diri neh bijak sangat cuma tak sangka orang yang betul2 bangang wujud di malaysia neh. Siyes.


Dalam isu neh dah kalau wujud pub macam tue dan ada promosikan tarian tiang lucah dan etc2, kalau tak puas ahti apa seme pergi report kat penguatkuasa. Kalau penguatkuasa kata tak salah then ko tanya lue penguatkuasa kerja sini berapa lama? Sebelum or selepas dap? PUB tue wujud sebelum or selepas dap? Kalau dah temui jawapan nya baru fikir nak salahkan sapa. Jangan buat entry bangang macam neh lagi der. Siyes memalukan.

Konon nak counter attack isu penari tiang. Tapi lue lupa penari tiang tue bukan blogger pr yang dedahkan tapi paper metro. Isu tue panas sebab penari tiang = melayu. Bukan pasal ditangkap dalam negeri bien apa seme. Orang pun dok kecoh2 pasal denda rm25. Isunya lebih kepada kesesuaian jenis hukuman. Orang tak fikir sangat pasal parti. Tah kenapa lah blogger umno neh terasa bagai. Mesti sebab banyak makan cili. Pasal tue posting seme tak berapa nak cerdik. 

kah kah kah

Ameno : Apa pun tak boleh larh

Sabtu, 7 April 2012

Najib jadi menteri Wanita.

Aku neh salah dengar atau salah baca? Biar betul berita yang baru masuk neh? Najib? Menteri wanita? Apa? Najib = seorang lelaki menjadi menteri di kementerian wanita yang harus menjaga kebajikan dan hal ewhal wanita? Apakah itu sebenarnya? Dah pupus ke apa wanita2 yang berkelayakkan jadi menteri sementara dalam umno dan bien?



Lihat bawah neh ;

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini bahawa beliau akan memangku jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Ia berikutan pengumuman Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarganya.

Najib mengumumkan perkara itu pada satu majlis di Temerloh, Pahang hari ini, lapor Bernama. -MKINI-

Ini lawak ke apa? Makna nya serupa tak payah lantik sapa2 pangku jawatan tersebut. Aku bukan nak kondem sesuka ahti der tapi jelas neh makan gaji buta. Pangku jawatan sebab nak sign apa jek bukan nak faham tugas pun. Siyes. Mula2 aku ingat memang arh lawak kan.

Apa ke hal pula menteri lelaki ditugaskan menjaga hal ewhal wanita kan? Yang tue pun aku tak nafikan juga. Memang tak logik pun. Hanya perempuan je faham keperluan pompuan, lelaki ? Faham juga. Faham nak menyusahkan or mengacau tue seme boleh lah. Kalau artis2 korea yang cute2 yang aku minat ke apa insya-Allah aku anggap dia faham. 

kah kah kah

Tapi bila aku fikir dalam2, neh bukan sekadar lawak jek der. Neh gaji buta. Tambahan satu lagi jawatan bermakna tambahan gaji. Takan najib buat kerja takde gaji kan? Dan sebelum neh najib dah ada jawatan lain. Yang tue pun tak terbuat der. Tambah satu lagi tugas?

Memang lah untuk beberapa bulan. So takanlah untuk beberapa bulan neh kebajikan wanita berhak di abaikan? Betul tak? Walaupun hanya berperanan nak memangku jawatan sekalipun, bagi lah pada mereka yang betul2 boleh buat kerja. Sebab bukan buat kerja percuma, berbayar seme tue.

Tolong najib, tolong pecat diri ko sebagai pemangku dan lantik orang lain. Ko nak jaga hal ewhal lelaki pun fail sebab nampak cam pondan, neh kan pula nak jaga hal ewhal wanita? Buat kena kutuk boleh lah.

Please pertimbangkan idea aku. Bagi aku seteruk2nya shahrizat tue, kementerian wanita tue still ada buat kerja2 yang bagus juga walaupun wujud bantuan terpilih. Nak banding dengan najib, ermmm serupa shahrizat tak yah letak jawatan der. Cakap siyes neh.

Najib.. najib.. kementerian khusus untuk wanita pun ko nak balon. Dah lama ke hidup jadi lelaki neh najib?

kah kah kah

Ameno : Najib dah bosan jadi lelaki ke apa?

Video PERKASA jalan-jalan cari gaduh di majlis PKR tersebar....



Tonton video kat atas neh terlebih dahulu. Ahli2 perkasa buat kacau di tempat orang. Orang nak buat majlis pun tak senang. Takan nak buat majlis dan ceramah pun nak kacau2 orang2? Kalau nak debat buat cara elok toksah mai kacau tempat orang.

Malaysia neh negara demokrasi. Maksudnya sesiapa berhak dan bebas sokong sesiapa. Kalau perkasa tak puas ahti apa seme, dorang pun boleh je buat ceramah ke apa seme untuk mendapatkan sokongan rakyat. Ke sebab takde sokongan sebab tue kacau majlis orang?

kah kah kah

Kesian betul aku tengok penyokong2 perkasa. Dah lama menggunakan taktik kasar dalam melaungkan kebencian mereka terhadap pr. Kalau dorang benci perkara yang ada asasnya aku fikir mungkin dorang boleh dapat ramai penyokong tapi sayangnya dorang melakukan kebencian yang tiada asas dan lebih malang kebencian terpilih.

Maksud aku bila benda tue membabitkan pr dan2 perkasa benci apa seme. Tapi bila benda tue babitkan bien ke apa dan2 perkasa tak bersuara. Kat situ jek dah nampak bias. Masyarakat berfikir der. Masyarakat memerhatikan. Dorang kaji dan dorang akan faham. Majoriti yang tak suka parti2 neh memilih untuk mengkaji kedua2 belah pihak, kalau pun dorang memilih untuk tidak sokong pr, itu dah sah2 dorang lagi lah tak sokong bien dan perkasa.

So jagalah tingkah laku ahli sendiri. Buat malu orang kampung je lah. Tersebar di youtube sebab kacau majlis orang. Kalau tangkap pencuri apa seme logik arh juga dapat glamer.. neh tidak sebab menghuru-harakan majlis orang..  silap2 kucing ko pun rasa malu der..

kah kah kah

Sadis siot..

Ameno : Takyah ganggu majlis orang.. respect sudah..

Jumaat, 6 April 2012

Geng datuk Nalla kena tetak, parang, bom dan pisau terbang.

Ini betul2 seriyus.

Jangan main2 der. Gua kemain takut lagi. Parang terbang, bom melompat, berguling dan menari seme cukup der. Gegila kaw2 punya geng datuk nalla kena. Pehh.. dsai.. dsai apa lah nak jadi dengan ko neh.. 

kah kah kah

Menurut petikan beritaakupunyasuka ;

Di anggarkan dekat sejuta geng datuk nalla dilaporkan berada dalam keadaan kritikal plus koma akibat diserang, diugut dan apa seme selepas datuk nalla mengemukakan cabaran debat kepada dsai baru2 neh. Ini juga dipercayai ada kaitan dengan pendedahan yang akan dibuat oleh kumpulan lawak2bangang iaitu kumpulan anti dsai.

Kumpulan anti-dsai dianggotai oleh ;

1. pakciksongkoksedangyanglupabayarhutang = zulkifli nordin.

2. makcikyangsukabuatdramacitersekssanasini = ummi hafilda

3. nalayangtimbuldekat2pru = nalakaruppan

4. pakcikyangsukameroyankattv3 = zahrain

5.apafungsikewujudanindianehhah = n.gobalakrishnan

6. pelakontetapdramabuletinutama = anuar shaari

Ahli2 kumpulan di atas neh dipercayai masih sihat walafiat, aman damai dan belum lagi diparang2 dan di ugut2 oleh dsai. Tak silap aku, dsai dan geng2 mereka cukup fobia dengan katak. Rasanya mereka mungkin selamat selama2nya daripada diparang2 oleh geng2 dsai. Bersyukurlah ek.

kah kah kah

Apa pun diharapkan geng2 datuk nalla yang kena ugut, kena serang, dapat surat apa seme tue boleh lah meneruskan lagi drama2 saspenlawaknakmampos di buletin utama. Insya-Allah aku akan percayakan anda sambil tergelak terguling2. Percayalaaaaaa...

kah kah kah

Ameno : Dan2 kena ugut apa seme.. kah kah kah seriyus kelakar der..

Adakah ini cara PAS berkempen?

Cuba korang tengok gambar kat bawah neh. Siyes kelakar der. 



Apa?

Undi pas masuk syurga? Ko biar betik? Aku undi pas dan aku akan confirm masuk syurga? Sapa takmo kalau gitu. Aku pun mao. Undi pas je tak payah susah payah fikir apa benda terus masuk syurga.

kah kah kah

Adoiiiiyaiiiiiiii lawak siot.

Ini seme kempen2 provokasi jek. Ini belum terbukti datang dari pas apa seme. Untuk rekod, bukanlah bermaksud undi pas dijamin syurga apa seme. Apa yang ingin disampaikan ialah kalau kita undi pas, kita akan bersama2 cari jalan untuk ke syurga. So kepada sesiapa yang terserempak dengan kempen2 atau poster2 atau gambar2 macam di atas neh mohon fikir dulu sebelum main percaya terus. 

Kita taktau siapa di sebalik perkara2 tersebut. Kalau tanya aku, aku suspect neh provokasi jek. Sukar gak aku nak percaya orang2 pas akan buat perkara di atas sebab dah selalu bergaul dengan mereka. Ada juga member2 dari pas risau orang salah sangka dengan kempen2 begini.

Sebab tue aku cenderung nak fikir bahawa gambar kempen di atas neh lebih kepada provokasi sesetengah pihak. Mohon alert oke. Bai.

Ameno : Undi bien or pas takde lah direct masuk syurga or neraka, cara hidup kita jek yang boleh tentukan samada kita ke syurga or neraka der..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...