Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 April 2012

Breaking News - Petrol RON 97 naik malam neh.

Berkuatkuasa malam neh petrol ron 97 akan naik sebanyak 10sen. Untuk rekod, petrol ron 97 dah ditetapkan mengikut harga apungan. Benda neh dah diterangkan oleh kerajaan tahun lepas. Dan kerajaan tidak perlu bertanggungjawab untuk hebahkan kepada korang. Maknanya korang takyah lah nak melalak kalau benda neh tak masuk berita bagai. 

Tapi aku percaya kerajaan sebenarnya dah salah guna ayat. Menerusi apa yang aku nampak, kerajaan sepatutnya gunakan ayat " petrol ron 97 ditetapkan mengikut harga dunia ikut mood bien ". Maksudnya kat sini ialah ;

1. Time harga petrol dunia naik, kita akan ikut harga semasa.

2. Time harga petrol dunia menurun, kita tak perlu ikut harga semasa.

Kalau dah faham, bagus. Kalau taknak faham tak ley lah aku nak tolong. 

kah kah kah

Info neh aku dapat menerusi twitter. Aku pun tak pasti kalau ada mana2 news yang dah update benda neh. Dan aku percaya info neh sahih disebabkan ia ditweet oleh paper berbahasa cina.

Lihat bawah ;


Mula2 akhbar berbahasa cina = cinchewpress twitter minyak naik.

Aku tak faham bahasa cina then aku tanya yb sebab aku tengok yb retweet benda tue dari sana. Aku terfikir nak tanya sebab ada perkataan ron 97 dan 10.

Then yb reply cakap minyak ron 97 naik. 

Then aku tanya bila? Malam neh ka?

Lepas tue yb reply ya.

Sekian.

Mari nikmati ron 97 harga lama sebelum ia naik. Err jap. Gua naik motor. Layan 95 jek. Lagi sorang tue layan 97. Dia lah kot meraung. Jap, gua kena inform dia sekarang neh

kah kah kah

Update ;


Malaysiakini mengesahkan twitter yb di atas. tq

Ameno : Patutlah menteri semalam cakap kenaikan tidak membebankan rakyat der..  ada double meaning der.. cisssssss

Inilah soalan matematik yang bakal memecahkan otak orang paling bijak di dunia.

Siapakah orang yang paling bijak di dunia?

Tolong tampil ke depan. Sebab apa? Sebab saya mewakili parlimen malaysia = kerajaan bn ingin bertanyakan soalan matematik kat anda. Jangan bilang diri sendiri adalah profesor bagai kalau taktau nak jawab soalan kat bawah neh. 

Siyes neh.


Soalan ini ditanyakan oleh kerajaan malaysia kepada anda yang suka mengaku pakar sangat tue. Lihat bawah neh. Inilah soalan maut dan dipercayai paling sukar sekali di dunia. Peh. Memang pendidikan di malaysia adalah lebih baik dan lebih bagus dari USA, BRITAIN serta JERMAN.

 
Sekarang jawab lah pakar2 dunia. Kalau korang tak reti jawab memang sah terbuktilah malaysia memang layak diiktirafkan mempunyai kualiti pendidikan yang cemerlang berbanding dengan kebanyakkan negara2 yang maju. 

kah kah kah

Adoiiii.

Kini pakar2 dari serata dunia akan pecah hotak untuk jawab soalan neh.

Ameno : Lawak siot.

Gambar Adam Adli ditumbuk!

Kena tumbuk?

Apahal?






Okey. Isunya pasal flat kerinchi tue. Aku pun mamai der dalam isu neh. Confuse tahu tak confuse? Aku tanya orang tapi jawapan seme pakat2 berbeza.

Ada yang cakap perobohan flat kerinchi tue okey sebab nak buat pembangunan. Penduduk dapat pampasan rumah dan wang ketika disuruh berpindah.

Dan

Ada pula yang jawab okey kepala hotak hang. Apa pun tak dapat. Di halau lepas tue kena keluar duit untuk rumah baru. Logik lah sikit penempatan baru jauh dari tempat kerja apa seme. Dan penambahan kos lagi dan etc2 lah. Dan mereka neh dibantu oleh nurul izzah.

Pendek kata, aku suspect penduduk2 kat situ pun sebenarnya dah berpecah kepada beberapa kelompok. Maybe ada yang sokong dan maybe ada yang tidak sokong. So bila penduduk di sana dah rata2 berpecah dan tidak sehaluan, kita nak main masuk terjah pun tak boleh kan? Sepatutnya kasi dorang sehaluan dulu. Apahal ko setuju? Apahal ko tak setuju? Tarik keluar seme point dan cari titik permasalahan. Ini cara aku selesaikan masalah lah kan. Lain orang aku taktau.

So senang cakap, dalam isu neh aku tidak mahu membela sesiapa. Sebab tak jelas pun dengan situasi sebenar. Kerja2 perobohan juga berjaya dirakamkan oleh admin jkk. Sila rujuk video dan gambar2 kat bawah neh.

 

Neh pula gambar2 yang admin JKK sempat rakam ;







Yang neh pemilik kedai ada report kat admin JKKK bahawa dia dan bersama 8 pemilik kedai lain dihalau tanpa dibayar sebarang pampasan. Peh. Itu tak patut berlaku der.

Terbaru mengenai adam adli yang dipetik dari mkini ialah ;


Rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk.

Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.

Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.

Adam ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu.

Sumber rujuk sini. Live dari admin JKKK.

Dan satu lagi sumber gambar dari edyes SAMM. Klik sini.

Ameno : Orang runding guna bahasa depa guna tangan.. dasat tul.

Gambar pejabat NGO JATI Hasan Ali.



Gambar oleh MSO. Klik sini.

Sekarang neh aku mempunyai beberapa persoalan di minda ;

1. Mana hasan ali dapat duit untuk bayar sewa bulanan pejabat dia?

2. Mana hasan ali dapat sumber kewangan untuk membeli kesemua peralatan pejabat?

3. Kenapa hasan ali tidak mengadakan segala bagai sidang di pejabatnya sebaliknya berbuat demikian di rumahnya atau di hotel2 tertentu?

Persoalan2 neh sebenarnya tidak perlu di jawab oleh hasan ali kalau seriyus dia benar2 mahu memperjuangkan akidah. Betul2 aku cakap neh beb. Tapi oleh kerana dia bergerak sana sini guna label mempertahankan akidah yang mesra umno maka semua persoalan2 neh wujud di dalam minda aku. 

Lagipun apa jek kerja dia sekarang ek selain jadi wakil rakyat yang slumber mak enon tinggalkan kawasan dia? Kawasan dia tak berjaga beb sekarang neh. Memang dapat beriban tapi boleh ke nak bayar sewa pejabat apa seme? Aku bukan nak tuduh2 tapi kalau siyes dia menerima dana dan peruntukkan dari kumpulan yang pro parti tertentu, apakah tidak salah kita mempersoalkan kredibliti dia? 

Apatah lagi dalam setiap sesi jelajah dia hanya membalon pas semata2 padahal aim dia nak mempertahankan akidah jek kan? Yang dia dok pongpang kutuk pas tue buat apa? Itu kan dah lari motif asal.

Bila di fikir2 balik.. macam mana lah mso boleh dapat gambar neh kalau bukan orang dalam hasan ali sendiri yang tangkap dan edarkan kepada mso kan? Sudah semestinya orang2 sekeliling hasan ali pun dah mula nampak permainan hasan ali. Berubahlah sementara ada masa neh, satgi terlambat, jangan menyesal pula. Bai.

Ameno : Hehehe.. pejabat kosong sebab seme keluar gi makan kot.

Nazri Aziz dah mengamuk marah SPRM.

Aikk Nazri Aziz? Makan cili ke apa?

kah kah kah

Nazri aziz semalam telah mengeluarkan statement menegur salah seorang pegawai sprm disebabkan pegawai sprm memberitahu kepada peserta forum bahawa SPRM menyiasat kesemua kes rasuah yang dilaporkan tetapi selepas siasatan siap dan hantar kepada pejabat peguam negara, kertas siasatan kebanyakkan nya ditolak atas alasan tiada bukti yang lengkap.

Kalau dibaca betul2 statement shukri  = timbalan pesuruhjaya operasi SPRM, kita mungkin akan membuat beberapa pandangan iaitu ;

1. pejabat peguam negara tolak kertas siasatan sprm dan tidak mahu buka kes walaupun kertas siasatan telah diserahkan.

2. sprm suka buat kerja tak cermat sehingga pejabat peguam negara terpaksa tolak kertas2 siasatan mereka akibat masalah bukti yang tidak mencukupi.

Kalau ikut akal aku, dedua2 neh patut dipersalahkan. Bukti tak lengkap = tidak mencukupi pun takpe. Sebenarnya asalkan ada sahaja bukti, kes memang dah boleh dibuka untuk pendakwaan di mahkamah. Semasa kes berjalan pun, boleh cari bukti sekali. Tak rugi apa der. 

At least nampak sikit ketegasan pejabat peguam negara untuk membendung gejala rasuah. Tapi itu seme tak berlaku sebab apa? Sebab mereka tiada ketegasan untuk membendung rasuah. Orang kalau dia takde rasa benci terhadap rasuah, maksudnya apa? Pepaham sendiri lah ek.

kah kah kah

Namun dalam masa yang sama sprm juga dilihat seolah2 cuba melarikan diri dengan menunding jari ke arah pejabat peguam negara. Itupun salah juga. Dah tahu kuasa ko tue terhad, lainkali pergilah berjuang supaya ko diberikan kuasa untuk mendakwa sendiri tanpa bergantung kepada pejabat peguam negara. Buat lah memo ka, hantar usul ke piem ka apa ka. Jangan lah hanya menyalahkan pejabat peguam negara je padahal korang tue rakan sekroni juga.

Tapi apa yang paling pelik sekali sekarang neh ialah statement balas nazri aziz. Yang dia beria2 marah sangat kenapa? Tue jek jadi persoalan nya. Dia sound shukri ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menegur Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull yang merungut tentang kes-kes rasuah yang telah ditolak oleh Pejabat Peguam Negara.

NONENazri dipetik oleh akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily di Kuala Kangsar Sabtu lalu, sebagai menyifatkan Shukri (kiri) mempunyai watak yang lemah dan tidak sepatutnya merungut secara terbuka.


Malah, katanya, Shukri tidak perlu membuat sebarang penjelasan kepada umum kerana ia merupakan tugas Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa seseorang individu.

Tugas Shukri, tegas Nazri, adalah hanya untuk menyiasat dan "saya harap ini tidak akan mengelirukan rakyat."

Nazri juga mahu Shukri berhenti membuat kenyataan sedemikian pada masa depan. -MKINI-

Owhh..

Shukri buat penjelasan, nazri aziz cakap tak perlu. Maksudnya sprm sekarang takley cakap apa2 arh. Especially yang membabitkan pejabat peguam negara kan kan kan?

kah kah kah

Ada sesuatu disini. Memang ada sesuatu. 

kah kah kah

Ameno : Nak cover up sapa arh tue..

Isnin, 2 April 2012

'Kenaikan harga gula, bahan bakar tak akan beban rakyat'


Menteri yang cakap. Dia cakap tidak akan membebankan rakyat. Dia bercakap bagi pihak siapa? Diri dia or mewakili rakyat? Isu nya mudah. Nak tahu benda neh beban ke tak beban ke ko kena tanya rakyat sendiri. 

Direct, jangan tapis2. Bagi aku keluar tv3. Aku nak cakap dalam berita. Aku nak cakap kenaikan apa jenis barang makan dan apa jenis barang keperluan asas pun memang membebankan rakyat. Lepas tue kita buat sesi telefon. Jangan tapis2 gak. Tengok ramai yang setuju dengan aku atau ramai yang sokong kenyataan menteri. Ada berani kah?

Dan aku suka nak petik pandangan facebooker di mkini yang cakap ;

nak tau beban pada rakyat @ tidak, try la naikkan harga  -mkini-

Ya, aku setuju dengan pandangan dia. Kalau ko nak tahu benda neh beban ke tak beban kepada rakyat, SEKARANG ko NAIKKAN seme barangan keperluan tue, naik dan potong segala bentuk subsidi yang wujud. Mari kita sama2 saksikan siapa yang terkena.

Dan dalam waktu yang sama, kebodohan menteri malaysia memang terserlah. Dia pongpang2 cakap kenaikan tak membebankan lepas tue dalam masa yang sama dia pongpang2 sembang pasal kedai rakyat 1malaysia. Dah kalau tak membebankan buat apa ko buat kedai rakyat 1malaysia? Bodoh ke tak bodoh jawab nya tue?

Susah. Memang susah. Susah orang2 cerdik diperintah oleh orang2 bodoh. Tolonglah orang2 bodoh, beramboslah dari situ. Itu bukan tempat korang. Menderita kami yang cerdik neh. Please lah faham.

kah kah kah

Kenaikan terbaru harga gula dan bahan api tidak akan terlalu membebankan rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.


Menurutnya, kenaikan harga gula tidak memberi impak yang besar kepada pengguna kerana setiap isirumah hanya menggunakan purata 5kg sebulan.


Bercakap ketika sesi soal-jawab di Dewan Rakyat, beliau kenaikan (20 sen) harga gula sekilogram hanya membabitkan tambahan RM1 sebulan kepada mereka.


Ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (PAS-Sik), timbalan menteri menjelaskan bahawa kenaikan harga bahan api juga merupakan peningkatan kecil kepada purata pengguna jalan raya.


Sementara itu, Bernama melaporkan Tan berkata kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif yang mampu membantu meringankan beban rakyat dalam menangani masalah peningkatan kos sara hidup.


Beliau memberitahu Dewan Rakyat ini termasuk memberi subsidi dan mengawal harga serta memastikan bekalan barang kawalan termasuk barangan keperluan.


Menurutnya, kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan inisiatif yang diharapkan dapat mengawal kenaikan harga barang runcit agar pengguna yang berpendapatan rendah masih mampu membeli berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan mereka.-MKINI-

Lihat petikan kaler merah. Tidak terlalu membebankan rakyat tetapi buat alternatif untuk meringankan beban rakyat? Korang faham dia cakap apa? Yang sebenarnya memang membebankan rakyat, mengaku je terus terang. And alternatif ko pun alternatif sampah. Langsung tak guna dan haprak.

Sebenarnya kalau dibuat betul2, ada jek alternatif yang lebih baik tapi masalahnya kerajaan suka buat kerja cincai boncai. Ada ramai cerdik pandai yang sudi salur idea kat kerajaan tapi kerajaan nak terima ka idea kami? Pergi mampos. Kroni dulu, untung dulu, rakyat paling terakhir. Itupun time undi. Itulah hakikatnya di malaysia.

Ameno : Tak membebankan rakyat macam ko jek kot.

Gambar-gambar sekolah terbaik di Malaysia.

Tahu kah anda tipiem cakap tahap pendidikan di malaysia adalah lebih baik berbanding amerika, britain dan german? Ini seriyus, bukan cakap main2 der.

Lihat bukti kenyataan tipiem kat bawah neh terlebih dahulu ;



Dan kat bawah neh ialah gambar-gambar yang boleh membuktikan statement tipiem kita. Memang terbaik.Salute sama tipiem. Hari2 sambut aprilfool pun takpak, kami seronok sebab boleh gelak2 hilang duka.

kah kah kah
















Seteruk2 amerika pun tak pernah lagi aku tengok sekolah dorang begini. Aku tengok kadang2 rakyat amerika memang demand pasal pendidikan terover2. Bayangkan untuk sekolah yang aku fikir memang dah lengkap selengkap lengkapnya pun depa boleh complain dalam rancangan dokumentari bahawa sekolah dorang mempunyai sistem pendidikan yang teruk hanya semata2 kekurangan cikgu dan fasilitis untuk kanak2 yang "penyakit tertentu" [maaf aku lupa nama penyakit tue].

Macam tue dorang punya pemikiran. Siyes. Satu kekurangan merupakan disaster kepada seluruh sistem persekolahan. Dan dorang akan buat kempen, buat provokasi, sebarkan di media even masuk tv semata2 nak komplain mengenai kekurangan2 yang terdapat di sekolah2 dorang.

Bab britain toksah cakap lah. Pendidikan di britian memang berada di tahap terbaik, malahan menjadi role model kebanyakkan negara. Tapi berbeza di malaysia. Sebab malaysia neh lebih baik dari dorang. Tak caya korang tanya tipiem sendiri lah beb.

kah kah kah

Ameno : Aprilfool is everyday in Malaysia.

Ahad, 1 April 2012

Isu renjatan elektrik : Orang meninggal jangan di usik papa gomo. - Updated!

Papa gomo neh aku tak reti lah nak bercakap dengan dia. Aku kadang2 pernah terfikir jangan2 dia neh blogger upahan pr kot. Cuba selidik bebaik posting dia. Konon nya membela umno tapi 99% hanya memburukkan umno luar dalam. Langsung takde imej ilmiah. Siyes. 

Aku memang pernah terfikir macam tue. Aku kenal ramai kekawan umno. Aku tak dapat nafikan memang ada di antara mereka yang bodoh piang. Maaf cakap lah geng, kita kawan tetap kawan, cuma dalam politik neh istilah bodoh piang tue merujuk kepada akal politik bukan merujuk kepada hubungan persahabatan kita. Jangan terasa lebih2 lak.

kah kah kah

Sambung balik citer tadi, oleh kerana terlalu ramai nya kekawan umno yang aku kenal, aku dapati dorang neh ada satu patern. Tak kira lah sebodoh mana pun dorang dalam akal berpolitik, tapi kalau bab2 mati ka, bab2 hukum ka, dorang jarang nak melebih2. Cukup jarang. Itu bagi kenalan2 aku lah kan. Lain orang lain perangainya. Kawan2 umno korang aku taktau lah perangai depa macam mana. 

Oke sekarang kita nak citer pasal papa gomo. Baru2 neh papa gomo ada terbitkan satu artikel. Sebelum dia terbitkan artikel neh, aku ada baca di facebook MSO. Dia ada bagitau bahawa ada dua aktivis umno meninggal dunia ketika nak gantung bendera parti. Jadi marilah kita sama2 sedekah Alfatihah. Aku amek dan sebarkan di wall page aku.

Aku takde niat apa2. Cuma nak ucapkan Alfatihah. MSO pun sama. Kami lawan memang lawan dalam bab politik dengan bien, tapi bab2 lain, kita masih kawan. Kita masih boleh raya sekali, aku masih boleh paw kekawan umno aku dan aku percaya ramai di antara kita boleh berkawan sesama sendiri. Cuma aku tak nafikan terdapat kekeliruan info berhubung punca kematian mereka berdua. Mula2 dilaporkan terkena petir tapi rupanya terkena renjatan elektrik.

Apa yang amat menyedihkan sekali ialah papa gomo telah mempolitikkan isu tersebut. Bagi aku, itu satu tindakan yang sangat kurang ajar dan biadap. Orang tue aktivis umno. Dia dah meninggar der. Biarlah dia. Kenapa papa gomo perlu menjaja gambar dia dan menfitnah dia sebagai orang pas dan menyakitkan ahti keluarga dia seme dengan entry yang bertujuan fitnah dan memalukan?

Aku bukan cakap kosong. Benda neh memang dah terbukti beb. Lihat bawah neh ;


Info neh mula2 disebarkan oleh blogger sungairapatonline. Dia tulis sesuatu yang aku percaya menjurus kepada fitnah dan menghina mangsa yang meninggal tue kemudian nya dia dah betulkan balik. Aku percaya artikel asal dia telah dicopy paste oleh papa gomo sebelum SRO edit artikel dia. Lihat sini.

Nota : Sila perhatikan url address SRO atas entry tue apa.. => penyokong-pas

Lepas tue, papa gomo mungkin terbaca. Bila dia terbaca info tue, dia pun buat drama baru. Macam biasa, karang skrip baik punya. Korang boleh rujuk sini. Aku pun dah printscreen beberapa sebagai bukti bahawa dia pernah menulis artikel tersebut. Kot2 lepas neh dia sedar bahawa dia dah terfitnah orang sendiri ka apa ka, boleh lah aku tunjukkan bukti tersebut. 

Lihat bawah neh ;


Ini perenggan pertama artikel. Aku percaya ini yang papagomo paste dari SRO. Dan lihat bawah pula ;


Skrip papa gomo yang bodoh. Dan2 jek ahli2 pas, fb, blog seme salahkan tnb? Bila masa tah. Kelakar gile aku baca skrip dia weh. Siyes. Telenovela pun kalah siot. Drama korea kesayangan aku pun tak boleh lawan papa gomo punya skrip. Memang betul2 mengemparkan. 

kah kah kah

Apa pun aku nak minta maaf kepada keluarga mangsa. Bukan lah aku nak kata yang meninggal tue umno dan etc2 maka mereka layak dikeji apa seme. Cuma aku nak membetulkan salah faham yang timbul je. Aku berharap kepada semua aktivis parti politik tak kiralah dari parti mana pun, tolonglah jaga keselamatan masing2 ketika buat kerja2 parti termasuklah pasang bendera.

Tak perlu lah pasang kat tiang2 elektrik tue kalau sungguh akhirnya nyawa jadi galang ganti. Pasang jek tempat lain. Yang lebih selamat. Dan marilah kita sama2 menghadiahkan Alfatihah kepada kedua2 mangsa aktivis umno. Walaupun kami neh penyokong pr, insya-Allah, Alfatihah kami neh tetap halal bagi penyokong2 umno. Ingatlah kita tetap bersaudara walaupun berbeza parti. Al-fatihah.

Updated.

Hish.. bukan setakat posting jek fitnah, sekali gambar pun fitnah der. Isu neh dah dibongkarkan oleh sahabat blogger semut dan papan kekunci. Rujuk sini. Sekarang neh aku cuma terfikir satu perkara jek. Kat mana nak letak muka? Kat mana nak letak muka der?

KAH KAH KAH

Baca ini juga.

Ameno : Papa gomo memang keji permainkan kematian orang..

Farahhana, ko yakin ke DSAI ada hubungan sulit dengan bini orang?

Ini pandangan aku. Kalau ko tak yakin benda tue benar dan betul ko takan amek port. Tapi bila ko dah amek port tue maksudnya ko percaya tuduhan tue ada. Dan bila ko dah memilih untuk percaya tuduhan tersebut, itu bermakna ko pun individu yang turut sama menuduh kan?

Bagi aku, ko neh main cakap je kan? At least tengok lah kiri kanan atas bawah nak buat statement apa pun. Aku bukan nak bekap dsai ka azmin dalam isu neh. Sebab pemikiran aku mudah je dalam kes neh. Kalau ko ada bukti then ko pergi report kat pejabat agama dan mahkamah syariah.

Ko cakap lah yang dsai tue ada hubungan sulit dengan sekian2 dan mohon di ambil tindakan. Ada dua sebab ;

1. Sebab dia orang islam. So menjalin hubungan dengan isteri orang hukum dia berdosa.

2. Sebab dia pemimpin. Pemimpin yang ada moral yang teruk tidak layak di angkat sebagai pemimpin.

Simple. Kalau ada bukti then ko pergi buat pertuduhan, kes dan sebagainya. Ko cakap pongpang2 dalam paper tv dan seme tue apa jek yang ko dapat? Mungkin ada yang sokong ko. Mungkin ada yang keji ko. Tapi sokong dan keji ka apa ka tidak akan menyelesaikan apa2 masalah pun.

Akhirnya benda neh akan berulang setiap kali pru sehingga orang rasa semak. Kalau benda tue betul pun orang rasa semak. Kalau benda tue tak betul pun lagi lah orang rasa semak. Asyik2 dok cakap dia ada hubungan dengan bini orang. Asyik2 dok pongpang isu sama selama bertahun2. Ingat orang tak reti jemu ka? 

Kalau ko dihadapkan dengan makanan yang sama setiap hari untuk setiap waktu ko pun reti nak complain bagai, apatah lagi rakyat yang setiap kali nak dekat pru, ada jek kisah dsai main dengan bini orang lah, main dengan anak orang lain, main dengan pelacur lah, main dengan office boy lah, main dengan itu neh lah. Sampai bila kisah dsai main itu dan main ini harus dijaja dalam setiap kempen2 pru bien? 

Hello, kalau ada bukti, then dakwa. Jangan lah asyik2 cakap tapi dakwa nya tak pernah. Aku pun boleh cakap najib ada affair dengan orang tue orang neh tapi bukti? Mana ada. Cakap kan zaman neh laku sangat. Cakap je apa2 yang ko nak cakap selagi boleh cakap. Agak2 nak mampos mengucap lah pula. Simple.

Jadi orang gunakanlah akal yang telah dikurniakan. Aku dah banyak kali cakap. Ada bukti then ko bagi. Bukan kat aku or mana2 blog dan rakyat malaysia. Sebaliknya bagi pada pihak yang boleh dakwa dsai atas isu tersebut. Isu neh perlu penutup. Selagi mana ko jaja isu2 macam neh, selagi itulah umno dan bien akan menjadi kebencian orang. Aku tak tipu der. Lue fikirlah sendiri.

Kenyataan farahhana kat bawah neh. Dipetik dari utusan malaysia.



Ameno : Dengan haiwan takdak ka?

Shahrir masuk PAS? Khalid Samad dah sahkan. .

Mak aiii.


Mula2 aku fikir tipu jek neh. Confirm tipu der. Tapi bila aku tengok kemain lagi pemimpin itu neh buat statement bagai. Biar betul? Ini citer betul ka? Bukan citer tipu2 meh? Bukan kah neh citer april fool jek neh?

Tapi rupa-rupanya.. peh. Korang saksikan sendiri kenyataan penuh khalid samad neh. Masa tue baru korang tahu langit tinggi ke rendah ke serdahana tinggi ke serdahana rendah ke, katik dan etc.

Baca bawah neh ;

SHAH ALAM, 1 April:Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan berita abangnya Datuk Shahril Samad menyertai PAS masih bertaraf berita angin yang belum sahih.

(Gambar sidang media Shahril yang disiarkan oleh blog kononnya beliau keluar Umno dan menyertai PAS)

"Saya sendiri belum dapat sahkan kerana dia tidak beritahu apa-apa kepada saya...mungkin berita April Fool kot kerana hari ini 1 April," kata Khalid ketika dihubungi Harakahdaily.

Beberapa blog hari ini melaporkan berita kononnnya Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Samad mengumumkan keluar dari Umno dan menyertai PAS bersama lebih 2,000 orang ahli.

Blog melaporkan, ketika mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman itu, berlaku kekacauan yang dipercayai dilakukan oleh ahli Umno yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.

Empat orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital, lapor blog itu. 

Ia kemudian disuraikan oleh polis.

Shahril dlaporkan blog itu berkata:

“Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."

Blog itu juga melaporkan, difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di Johor pada PRU13 ini.

Ketika ditanya sama ada Shahril akan membuat road show bersama adiknya Khalid Samad, Shahril menjelaskan

"Selepas apa yang berlaku tadi (keganasan sidang media), saya berfikir Road Show akan bermula di luar Johor terlebih dahulu. Sebelum memberi tumpuan kepada Johor secara habis-habisan menjelang pengundian," lapor blog itu.

Beliau yang juga bekas Menteri berbuat demikian bersama-sama 2,000 orang pengikutnya. Shahrir adalah abang kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, lapor blog itu lagi.-Harakah-

Kesimpulan nya apa? Kesimpulan nya khalid samad dah sahkan bahawa benda neh april fool jek. 

kah kah kah

Namun sayang, masih ada yang percayakan benda neh sebagai real pula. Mak aii.. Jangan terpedaya der. Orang buat sindir je. Mungkin gak benar dia sambut april fool. Apa pun itu niat dia malas aku nak ulas lebih2. Cuma simpati pada yang terpedaya siap pergi hebahkan di wall fb lagi kecoh kecoh shahrir samad masuk pas.. panas2.. hebahkan shahrir masuk pas.. dah insaf bagai.. umno bakal tumbang dan etc.. adoii tergelak aku der. Siyes.

Pada sesiapa yang terpedaya tue, aku harap korang maafkan lah mereka. Mereka tue bergurau tapi sayang tak kena tempat dan time. Tue jek. Bai.

kah kah kah

Ameno : Lawak tapi ramai tak dapat tangkap ia adalah lawak.

Rekod dunia : Malaysia sambut April Fool tiap-tiap hari.


Cis.

Baru aku tahu. Patutlah tiap2 hari kena tipu jek. Celaka betul lah. Buletin utama dan media arus perdana bersekutu dengan menteri2 malaysia berpakat menyambut april fool setiap hari. Konon nya niat mereka nak bergurau senda tapi tak lawak oke. Tak lawak.

Di ulangi sekali lagi

TAK LAWAK OKE.

Mohon sesangat kepada kerajaan bien hentikan lawak april fool korang tue. Hukum sambut april fool haram. So buletin utama, utusan dan geng2 anda sila lah berhenti buat kerja haram. Tolong lah faham. Oke bai.

kah kah kah

Gambar : 9gag.

Ameno : Patutlah hari2 gua kena tipu.. kah3x..

Sabtu, 31 Mac 2012

Tipiem, hukum sambut April Fool tue haram.

Mungkin terlalu busy sampai tatau. Takley nak salahkan tipiem yang tersambut april fool gak. Dia terlalu sibuk buat urusan macam2 sampai terlepas perkara2 yang penting macam neh. Tanggungjawab kita yang tahu kena lah saling mengingatkan tipiem kita kan. 

Kita neh rakyat yang berdedikasi. Kita jalankan tanggungjawab kita dengan menjadi rakyat yang sering ingat mengingatkan pemimpin2 kita apa yang boleh dan apa yang tak boleh dibuat.

Samada pemimpin nak ikut ke taknak nasihat2 kita itu lain citer. Asalkan kita dah lepas tanggungjawab kita dengan memberikan peringatan kepada mereka cukuplah. Tadi melalui berita TMI tipiem kita ada membuat lawak. Mungkin bersempena sambutan april fool esoknya. Buktinya ada di bawah neh ;



Bukti bahawa sambutan april fool tue haram boleh klik sini. Harap lepas neh tipiem kita alert lah sikit. Buat lawak ke apa ke takde masalah sebenarnya. Cuma janganlah buat lawak april fool pula.

kah kah kah

Ameno : Sekolah malaysia lebih bagus dari britain? Kah kah kah German? Lagi kah kah kah.

Ibrahim Ali nasihatkan rakyat agar berhati-hati dengan Anwar sebelum berlakunya bencana.

Kalau dulu ;

Makan bola
Tidur bola
Minum bola
Kerja bola

Bola bola bola dan bola.

Tapi sekarang ;

Buka tv kisah anwar
Buka radio kisah anwar
Buka paper aikk anwar lagi?
Buka fb pun ada anwar.
Buka twitter lagi2 lah anwar

Anwar ada di mana2. Anwar sana dan anwar sini. Hey, aku reti boring oke. Korang penyokong umno tak reti ka nak boring? Ibrahim Ali ko tak reti ka nak boring? Sapa sebenarnya anwarisme neh? Kita orang ka  korang? Nama dsai tak pernah lekang disebut dari bibir korang 24 jam sehari, 7 hari seminggu, non stop. 

Adoiii dalam pembangkang punyalah banyak pemimpin, nama anwar juga korang angkat2. Kenapa mesti anwar? Sudahlah dok serang individu. Kecik ahti pembangkang2 yang lain. Contohnya lim kit siang dan karpal singh. 

Dah bertahun2 depa jadi pembangkang tapi populariti dorang tidak segah anwar walhal anwar tue baru jek jadi pembangkang, sedangkan mereka berdua tue dah jadi pembangkang zaman berzaman lebih lama dari dsai lagi. Apa daa..

kah kah kah

Serangan terbaru untuk dsai datang dari ibrahim ali pula.

Ong ong..

PASIR MAS – Rakyat dinasihatkan berhati-hati sekiranya masih mahu menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum Ke 13, kelak. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menasihati rakyat agar menilai semula tindak-tanduk pemimpin pembangkang ini, sebelum berlakunya bencana kepada negara.

Menurutnya, Anwar tidak lekang dengan kontroversi, dibangkitkan oleh bekas pengikut setianya, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakarupan. “Isu demi isu dikaitkan dengan Anwar malah ia bukannya kontroversi yang kecil, tetapi melibatkan isu moral pemimpin terbabit.

“Bukan Nallakarupan yang lantang bersuara, tetapi ramai lagi bekas pengikutnya, mula ‘membuka pekung’ Anwar,” katanya selepas menyampaikan sumbangan zink kepada 250 mangsa ribut di Kelar, berjumlah RM 80,000, semalam. Menurutnya, rakyat perlu mengambil serius terhadap semua pendedahan yang dilakukan bekas pengikut Anwar, agar tidak lagi hidup dalam pembohongannya.

Beliau berkata, pemimpin pembangkang itu menimbulkan isu baru, dengan menyokong Israel dan pluralisme kerana cuba beralih kepada sokongan kaum bukan beragama Islam. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Anwar bijak bermain dengan sentimen mereka, kerana pemimpin PKR ini, hanya mahukan undi kaum lain.

“Anwar tidak lagi mendapat sokongan orang Islam dan Melayu, sebab itulah dia menggunakan pelbagai isu untuk memancing undi,” katanya, semalam. -SH-

Psttt..

Tindak tanduk anwar boleh menghasilkan bencana kata ibrahim ali.

kah kah kah

Kepada rakyat meh? Kepada bien kot lebih tepat. Patut arh takut semacam.

kah kah kah

Adoiiii.. inilah pemimpin pembangkang yang orang paling kenal di malaysia. Selama neh jarang ek orang kenal siapa pemimpin2 pembangkang di malaysia neh. Siyes. Time aku sekolah tue dulu haram aku kenal sapa pemimpin pembangkang. 

Yang aku kenal orang tue dari parti neh, bukan orang kerajaan. Kerja dia hentam kerajaan. Tapi anwar ibrahim berjaya membuatkan seme orang bercakap pasal dia. Lupakan samada benda tue bab betul, fitnah, rekaan, fakta or tuduhan. Yang penting sekarang kalau orang ingat najib orang akan teringat anwar juga.

kah kah kah

Ameno :  Umno + kumpulan anti anwar = anwarisme.. nama kumpulan pun siap letak nama anwar lagi.. kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...