Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 28 Mac 2012

Chopper 1malaysia kini di pasaran - USD150,000.00 sebiji.


Lihat gambar di atas neh. Tue apa? Orang panggil chopper. Aku panggil motor besar. Lagi selesa panggil motor besar dari chooper. Okey sekarang lupakan isu nama dan gelaran. Meh kita lihat isu neh lebih detail. Kita akan cakap pasal fakta disini. Mari kita fahamkan apa kaitan wang rakyat dengan motor besar neh.



1. Motor neh dibeli guna wang rakyat. Korang leh baca kat utusan sendiri disini. Sila fahamkan bila dia tulis begini ;

Menurut Najib, kemunculan 1Malaysia Chopper merupakan satu pendekatan mempromosi negara ini dan permulaan baik dalam kerjasama di antara Malaysia dan AS untuk menerokai bidang permotoran khususnya motosikal berkuasa besar.

Aku tak faham najib meroyan pasal apa. Benda neh under pelancongan. Apa kena mengena dengan menerokai industri permotoran? Dia ada plan buat RnD ka? Takda. Kilang motor? Takde. So apa maksud dia menerokai industri permotoran hanya dengan menjadikan motor neh sebagai bahan pelancongan ? Aihh.. aku harap dia tak fikir yang rakyat malaysia neh adalah bebal2 belaka.. or sekurang2nya pembaca utusan adalah bebal2 belaka..

 
2. Benda neh under kementerian pelancongan. Boleh dilihat bila utusan tulis begini ;

Beliau berkata demikian selepas menerima 1Malaysia Chopper bagi pihak Kementerian Pelancongan serta merasmikan pakej pelancongan '5 Mountains Motorcycle Tour' di pekarangan Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

3. Chopper neh sekarang ada sebiji. Dan harga dia usd USD150,000.00.


4. Apa tujuan chooper 1malaysia neh? Meh aku story sikit ;


- Untuk masuk rancangan discovery channel bagi 2 episode.

- menjadi pameran dalam bilik pameran


5. Apa kebaikan kepada malaysia? Menurut ng yen yen chopper neh nanti akan menarik pelancong ke malaysia.


Jangan gelak dulu. Tolong jangan gelak. Aku percaya takde orang kat dunia neh nak melawat satu2 negara untuk melihat chopper. Siyes. Chopper bukan benda unik. Ia ada di mana2 sekarang neh. Dalam tv luar tv benda tue dah selalu tengok.


Ya, tak dapat dinafikan size dan reka bentuk maybe berbeza2, tapi still benda tue bukan benda unik sehingga mendorong satu2 orang nak datang ke malaysia semata2 nak melihat chopper. Tolong faham, aku bukan nak kritik sebarangan. Kalau nak dijadikan pameran aku takley nak kata apa lah. Keputusan dah dibuat, barang dah siap, duit dah keluar.


Yang aku boleh tolong tambahbaik kat sini ialah apa kata sewakan chooper tue. Maksud aku untuk dibawa round2 macam kuda. Sekali pusing rm5. Lebih kurang gitu lah. Daripada jadi bahan pameran = besi berkarat kan. At least dapat gak  rakyat malaysia merasa naik chopper kan?

Cuma kalau nak kata ia boleh menarik pelancong masuk ke malaysia, siyes aku cakap, itu jawapan sasau. Tolonglah faham. Nak mempromosikan malaysia sebagai destinasi pelancongan, kena perbanyakkan benda unik dan berbeza bukan apa yang dorang ada, kita buat sekali. Strategi yang ng yen2 guna neh sangat salah. 

Untuk menarik pelancong malaysia aku tak nafikan, ada kelebihan disini, teringin gak aku nak pegang2 benda alah tue selalu tengok orang punya, nak sentuh2 tak berani satgi kena sound sesia jek.

Tapi nak tarik pelancong luar? Aku cakap itu strategi bodoh. Namun yang paling aku kesalkan sekali ialah nama chooper neh. Still lagi nak kaitkan dengan nama 1 malaysia. Cukuplah chooper malaysia jek. 1 tue tak perlu wujud. Berapa lama lah sangat najib jadi piem di malaysia neh. Bila dia berambos apa jadi dengan slogan2 dia? Turut sama berambos ma. Piem lain kalau betul masih bien akan cipta slogan baru, kalau pr pun sama, slogan baru. So takpayah nak satu malaysia sangat lah weh. Fikir panjang oke. Bai.

Sumber bergambar disini. 


Ameno : Aii najib.. kemain rock lagi. kah3x..

Joget-joget atas pentas umno.



Tak percaya?

Tengok gambar kat belakang tue lah. Tue banner apa? Muka sapa? Terpampang tulisan apa? Nampak tak? Paling2 koman pun nampak kan muka najib kat banner tue, betul?

Yang kat atas pentas tue sapa? Artis ek? Aku tak kenal kalau betul depa tue artis. Sorry lah ek. Gambar pun kecik. So tak jelas. Orang kat belakang takde. Maksud aku kerusi tue kosong. Nasib baik. Kalau pompuan yang duduk maybe tak kisah kalau lelaki aku fikir mao meleleh air liur. Mana tak nya ada pompuan berdua joget depan dia gitu, gile arh.

kah kah kah

Aku kan memang kelakar gile tengok gambar kat atas neh. Bukan apa saat tengok gambar neh aku terbayangkan najib yang dok pongpang bahawa umno perjuangkan islam bagai. Kelakar siot. Takan penganjur buat event apa pun dia tak perasan? At least dia sepatutnya bagi warning acara2 event tue biarlah selari dengan konsep umno.

Jangan buat acara2 yang merapu sakan sehingga menjejaskan nama baik dia dan umno. Dah lah terpampang muka dia kat belakang tue. Clear plak tue. Kalau dia boleh keluarkan arahan2 dan surat pekeliling yang menindas pro2 pr takanlah arahan2 atau garis panduan tertentu bagi event2 umno, dia tak boleh nak tetapkan, betul tak? 

Yang sebetulnya bukan tak boleh, cuma tak mahu. Orang yang tak mahu neh biasanya suka lah pada benda2 macam kat atas neh. Kalau dah suka tue maksudnya apa? Maksudnya kata2 perjuangan islam tue retorik. Yang neh baru betul. Umno hanya melaungkan slogan retorik perjuangkan islam, perjuangkan akidah tapi habuk pun takde. 

Jangan marahkan persepsi orang. Sendiri yang buat, aku tak suruh, rakyat tak paksa, awak sendiri yang tunjuk, so pepandai lah tanggung. Bai.

Ameno : Tak agak2 betul pompuan berdua tue.. 

Surat Arahan Turun Bendera Politik.



Lihat surat kat atas neh. Surat kat atas neh mengeluarkan arahan bahawa semua bendera politik harus diturunkan daripada premis2 kerajaan dalam masa 7 hari bekerja sebelum majlis tolong turunkan. Surat neh diberikan kepada siapa? Tah. Tidak dinyatakan dengan jelas.

At least kalau ada nama ka apa ka boleh lah kita fahamkan kenapa arahan tersebut dikeluarkan, tapi oleh kerana info neh sangat ringkas maka nak cakap apa pun susah. Kalau surat neh ditujukan kepada pembangkang aku setuju sangat arahan di atas neh. Kat tempat aku bendera pas dan bn berkibaran di kawasan sekolah sekalipun. Pandangan itu menyakitkan. Siyes.

Aku bukan marah pada pas dan bn mengantungkan bendera cuma aku tak gemar cara mereka mengantungkan bendera politik. Bagi aku itu buang duit. Orang kata itu mencetuskan suasana pilihanraya, senang cakap nak bagi havoc lagi lah. Contoh kalau musim perayaan, takde bunga api tak sah kan, mestilah nak main bunga api juga macam tue juga dengan pru. Kalau takde bendera tak sah lah, macam mana nak rasai kemeriahan pilihanraya.

Tapi bagi aku pula tue seme tak berfaedah. Instead mengantung bendera parti seme, better korang gantung manisfesto dan hujah. Maksudnya kalau pr perintah apa yang pr akan buat di kawasan tersebut, apa rancangan pembangunan mereka, apa keburukkan bn disitu, dan etc2. Bagi aku kalau korang gantung benda macam neh orang akan baca dan cuba faham. Sebab nak masuk tv segala bagai media tak dapat kan? So better lah pr gantung banner2 macam neh at least sambil gantung banner sambil berkempen. 

Tapi dalam hal lain pula, jika benar premis kerajaan digunakan untuk mengantungkan bendera politik, pr kena hormat arahan di atas neh. Memang kena buang. Dan kena belajar sedar diri. Cuba bayangkan kalau perak tue pr yang perintah lepas tue bien pergi gantung bendera dia kat seme premis2 kerajaan, apakah pr tidak akan keluarkan arahan sepertimana arahan di atas? Mesti keluarkan juga kan? 

Sama juga dengan kes neh. Kawasan perak diperintah oleh bien, ko boleh suka dan boleh tak suka tapi oleh kerana dadu dipegang oleh bien, maka ko terpaksa menurut arahan. Dan walaupun bien mengantungkan bendera di kawasan sekolah dan etc2 seme, pas dan pr tidak perlu mencontohi mereka. Sekolah tempat bebudak belajar. Kena belajar hormat pada persekitaran bebudak neh. Tak kira bien atau pr, asalkan ada sahaja bendera mereka disitu siyes aku merasakan itu sampah.

Sumber : semut.

Ameno : Sekolah bukan tempat politik.

Selasa, 27 Mac 2012

PM belanja juta2 round Malaysia? Nak tipu pun tak agak2 der..





Ini ialah jawapan dari parlimen. Terima kasih YB, sebab upload benda neh kat dalam facebook yb. Mari kita sama2 perhatikan apa benda yang dimaksudkan dalam kenyataan di atas neh.

1. YB tanya piem berapa banyak peruntukkan segera yang telah diluluskan semasa lawatan rasmi najib dan muhyiddin ke negeri2.

2. Lepas tue jawapan bertulis yang didapati ialah ;

- jumlah peruntukkan segera yang diluluskan oleh piem dan tipiem ialah sebanyak 

rm608.68 juta.

608.68 juta neh apa? Jumlah wang yang piem dan tipiem habiskan semasa melawat satu malaysia ka?

Bukan.

Jumlah peruntukkan segera yang diluluskan.

Contoh?

 " Oleh kerana masyarakat orang asli taat dan setia kepada kita, saya tambah lagi 30 juta. " <-- Najib.

Inilah yang kita panggil express punya projek. Aku cenderung tak percaya kepada kewujudan angka2 neh. Siyes. Tapi dalam masa yang sama aku juga tak berapa nak suka membaca bila ada orang beranggapan bahawa najib round2 satu malaysia dan buang duit sebanyak rm608.68juta. Salah makna tue. Nak marah boleh tapi kena marah dengan memahami perkara yang sebenar. Barulah tujuan marah tue boleh disalurkan dengan betul.

Jawapan parlimen neh sepatutnya berdasarkan kepada fakta. Kalau diminta bukti, betul ka peruntukkan tersebut telah diluluskan, mungkin parlimen boleh bagi bukti tapi betul ke tak betul peruntukkan tue telah dibelanjakan atau akan dibelanjakan bagi kegunaan projek2 yang dicadangkan, itu belum pasti lagi.

Maksud aku disini ialah najib dan muhyiddin boleh pongpang cakap 10 juta sana, 10 juta sini, then bagitau kementerian kita telah luluskan 10 juta untuk itu, 10 juta untuk ini.. then bila masuk bab pelaksanaan dan perancangan masa tue baru kita boleh nampak sejauh mana benda neh akan pergi. Adakah ia mati tengah jalan or mati sebab tak cukup dana? Itu seme melibatkan perkara yang lebih dalam lagi der.

Lainlah kalau najib boleh bagi bukti bahawa peruntukkan2 segera yang diluluskan tue memang sedang berjalan. Maksud aku disini ialah jika ada bukti ia benar2 wujud, oke aku surrender dengan syak wasangka aku. Siyes.

Angka2 neh sapa2 pun boleh sebut dan cakap tapi tah betul tah tidak sapa yang tahu kan? Apa pun fahami dulu benda yang ingin dibenci, jangan dok galak nak membenci sampai tersalah benci. Bai.

Ameno : Main wayang jek piem neh. 

Tindakan dia takde kaitan dengan saya - Respon Nazri Aziz insiden pergaduhan anak.

Nazri aziz dah bagi respon isu anak dia yang terlibat dalam insiden bergaduhan di kondominium mount kiara baru2 neh. Respon dia rujuk bawah ;


Artikel neh telah disunting di mana aku cuma amek part2 yang penting jek. Kalau nak artikel penuh klik sini.

1. Nazri aziz kata dia tak boleh komen isu neh sebab nanti menimbulkan prejudis. Okey, aku setuju. Memang betul, kalau dia komen, takut lebih2 sampai tersalah komen. So untuk elakkan daripada tersalah komen better tak perlu komen apa2.

2. Nazri aziz juga sebut bahawa dia tidak patut dipertanggungjawabkan dengan apa2 yang dilakukan oleh anak dia, tiada kaitan dengan dia. Yang neh pun aku setuju. Budak tue bukan budak bawah umur der. Dia dah dewasa dan besar panjang so sendiri buat sendiri lah tanggung. Memang memalukan mak bapak tapi still sendiri buat sendiri gak tanggung.

3. Kenyataan polis pula menyebut bahawa insiden pergaduhan tue hanya melibatkan bodyguard nedim anak nazri aziz dengan pengawal keselamatan. Tatau kenapa nama anak nazri terkait. Yang neh aku tak setuju dengan polis. 

Terkaitnya nedim dalam isu neh sebab bodyguard tue bodyguard nedim. Cuba kalau si nedim tue nasihatkan bodyguard dia bebaik2, hoii dia soh register nama berasingan tue register je lah, yang lue nak melawan dia kenapa? Dia pekerja kat sini, lue respect lah, dan lue pekerja wa, lue ikut lah cakap wa. Nah, simple. 

Nedim, walaupun mungkin tidak membantai pegawal keselamatan terbabit, tetapi jika dia tidak menghalang ataupun meleraikan pergaduhan tersebut itu bermaksud dia merelakan dan merestui tindakan bodyguard dia. Harus di ingat bodyguard dia tue ditugaskan untuk melindungi diri dia, jadi apa2 tindakan yang bodyguard dia buat adalah berpaksikan kepada restu bos dia. Sebab, sedang bekerja ma. Bukan terserempak kat situ. Sebab tue nedim perlu dikaitkan dalam kes neh.  Jadi tolong faham.

Anyway, wartawan tak tanya pula isu porche dan kekayaan luar biasa anak nazri aziz ye? Yang tue aku rasa nazri boleh boleh ulas kan? Lain kali tolong tanya nak dengar gak respon nazri aziz atas isu neh. Awat kaya sangat anak hang tue oii.

Ameno : Ce tengok gambar senyum nazri aziz tue bebaik..

Email peribadi Anwar Ibrahim tersebar..

Kalau ikut pemahaman aku, email neh tidak mungkin boleh diprintscreen kalau bukan saudara yy ialah individu yang mengemail dsai. Kalaupun bukan blogger yy yang email dia, ini bermakna pengirim email lah yang printscreen dan sebarkan kepada yy. Betul?

Sekarang kita perhatikan dulu kandungan email tersebut ;


Blogger yy menulis : Selepas itu Anwar Ibrahim menghantar emel untuk mendapatkan maklumat lelaki tersebut.
Menurut apa yang aku faham kat atas neh ialah, dsai membalas email orang tersebut, bukan di pihak yang menghantar. Kalau ikut kronologi penulisan yy, dia nak bagi gambaran seolah2 dsai yang approach pengirim email tersebut sebaliknya kalau diperhatikan dari printscreen di atas, dsai hanya reply email sahaja, bukan di pihak yang approach, cakap based fact oke.

Lepas tue blogger yy siarkan printscreen kat bawah neh pula ;


dan



Menurut apa yang aku faham kat atas neh ialah perbualan lama. Lihat tarikh 2011 kan? Sekarang neh aku nampak ;

1. Perbezaan masa. Kalau ikut kronologi blogger yy, yang masa 7.53 di anggap email yang dsai hantar dulu dan kemudian nya email masa 7.25 di anggap kemudian. Aku tak tuduh2 ye, itu susunan dari blogger yy sendiri. Klik link kat sumber tue dan baca sendiri posting dia.

2. Account twitter dan facebook dsai pernah dihack dulu. Aku tak ingat bila tapi memang pernah. Aku tak kata yang tukang hack buat kerja neh tapi aku nak bagi kita fikir semua aspek sebelum membuat penilaian.

Aku pun sangsi juga adakah neh email dsai yang sebenar? Adakah ini twitter dsai yang sebenar? Dia printscreen tanpa url.. aku cadangkan bagi membuktikan kata2 ko, buktikan dulu email dan twitter dsai tue adalah mewakili dsai terlebih dahulu.

Caranya, ko klik kat twitter dsai yang dalam mesej twitter tue then ko klik kanan, then kita tengok dia direct pergi mana.. bukti kena kukuh lah, jangan anggap bila kita minta bukti kita meragui itu neh, cuma kalau nak suruh kita menilai satu2 kisah, bukan kah lebih baik diperlengkapkan semua bukti terlebih dahulu?

Sejujurnya aku no komen atas email neh kalau pun benar email neh dari dsai pun. Seseorang mungkin ada niat bergurau dan etc, kita taktau. Dsai pun pernah bergurau time perjumpaan bloggers dulu, then dia terangkan dia bergurau tapi ye lah, mungkin ada orang kadangkala sensitif tak suka gurauan macam tue. Apa pun terpulang pada penilaian masing2. Lain orang lain cara pemikiran mereka. Simple.

Sumber : sini

Ameno : Sapa yang kirim email tue ek.. dia dah memusuhi dsai ka sekarang? 

Hishamuddin baru bangun tidur.


Ahli politik di negara ini diminta melaporkan kepada pihak polis sekiranya merasakan diri mereka terancam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
    
Beliau berkata kegagalan ahli politik berbuat demikian menyebabkan pihak polis sukar menjamin keselamatan mereka terutamanya ketika menghadiri ceramah umum di seluruh negara.

"Polis adil memastikan keselamatan mereka (ahli politik).. ketua pembangkang, anak kepada ketua pembangkang sekalipun, jika rasa tidak selamat mereka boleh memohon sendiri kepada polis, saya sendiri memberi jaminan.

"Tetapi jika tidak dimaklumkan dan sesuatu berlaku, ini tidak boleh salahkan pihak polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
    
Mengenai kejadian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong 'diserang' di perhimpunan pendidikan Cina di Kajang semalam, Hishammuddin berkata sekiranya polis dimaklumkan terlebih dahulu kehadiran Wee di perhimpunan itu, beliau yakin kejadian itu dapat dielakkan. -MKINI-

Baru bangun lebih baik daripada tidak bangun2 langsung. Walaupun bangun disebabkan pemimpin bien kena serang tapi okey juga sebab akhirnya dia terpaksa bangun. Walaupun hishamuddin agak lambat nak melindungi pemimpin pembangkang tetapi itu lebih baik daripada dia takmo melindungi langsung. 

Apa yang berlaku terhadap pegawai dsai, nurul izzah, yb2 pr yang di ugut melalui peluru dan sms dan risalah, adalah tindakan ganas penyokong kerajaan dan sememangnya wajar dilindungi keselamatan pemimpin2 pr.

Dan aku mohon agar hishamuddin panjangkan jaminan keselamatan terhadap kedua2 belah penyokong pr dan bien pula. Aku tak kata penyokong2 bien akan dibelasah oleh penyokong2 pr tapi bertindak adil pun takde masalah. Kang depa kata aku bias pula minta lindungi keselamatan pr je pun susah juga. Perlunya jaminan keselamatan dari polis bila berpolitik di malaysia neh sebab apa? Sebab penyokong bien suka main kasar, samseng dan ganas. Siyes. Bukan tuduhan tapi kita tengok sejarah lampau. Kita belajar dari sejarah beb.

Depa suka tikam belakang, pukul curi, lepas bantai cabut dan lari. Ini satu ancaman kepada penyokong2 pr sebenarnya sebab kita suka berdebat dan berhujah depan2, tapi kalau tiba2 penyokong bien tah datang dari mana dok pukul curi pun bahaya juga pada keselamatan kita kan? Sapa nak mati sebab berpolitik? Aku takmo. Hope hishammuddin buat jaminan macam neh. Jaminan semua pemain2 politik akan dilindungi tanpa kira politik.

Ameno : Politik samseng ada di mana2.

Isnin, 26 Mac 2012

Updated : Identiti YB yang dicekup terdedah.

Updated ;

Aku harap neh info betul lah ye. Kalau sungguh info neh ini bermakna yb tersebut ialah orang islam. Aku mesti cakap bahawa siasatan harus dilakukan dengan telus. Aku takmo tuduh apa2 tanpa mendengar respon balas dari yb terbabit. Apa yang penting sekarang neh ialah,


YB sila jawab kenapa berada di premis terbabit. 

Kalau alasan dia oke, mungkin kita boleh lupakan isu tersebut. Tapi kalau alasan dia dangkal contohnya kena debik dengan 20 orang sampai dikurung dalam pusat hiburan terbabit ka memang sah sasau. Siyes.

So, kat bawah neh lah identiti yb yang diperkatakan. Untuk rekod, info neh dibawa oleh era pasca [klik situ]. Aku pun tahu dari dia. Tq 


Baca sini untuk biodata penuh.


Takpelah, mari kita mendengar alasan mereka terlebih dahulu sebelum membuat apa2 konklusi. Aku pun susah nak tuduh direct.. tapi yb islam yang berhibur di pusat hiburan bagi aku tak sepatutnya wujud.. bukan nak tuduh dia terus bersalah oke, tapi siyes.. tak sepatutnya wujud.


Ini kes serius!

Betul. Kalau yang kena cekup tue orang islam maka ia kes serius. Kalau bukan islam, kalau ikut pandangan aku, aku tak amek port sosial life dorang. Ada aku kesah? Orang islam pun actually aku tak kesah juga der. 

Tapi kalau dia dok tayang2 aku memang kesah. Kalau dia sorok2 tue takde lah pula aku nak mengintip bagai kan. Macam kes yang terbaru sekali neh. Kes neh dah jadi kecoh pasal dia kena cekup ketika berhibur di pusat hiburan.


Ikut dari apa yang aku faham kat atas neh ialah ;

1. YB = pelanggan pusat hiburan.

2. Di cekup ketika berada dalam premis.. = pusat hiburan = untuk berhibur lah kan?

3. Polis = jalankan ujian dadah selepas ops tapis pusat hiburan.

Dalam erti kata lain polis lakukan serbuan ke pusat terbabit. Kenapa? Mungkin kerana  ;

- operasi sehingga melebihi masa yang dibenarkan. 

- ada aduan pusat hiburan tue menganggu orang awam

- ada aduan bahawa terdapat urusan dadah, heroin, gro dan etc2, kat pusat terbabit

Tue sebab polis pergi serbu. Tue tak kesah lagi. Yang aku fahamkan kat sini ialah polis cekup mereka semua untuk jalankan ujian kaki kencing bagi check samada mereka amek dadah atau tidak. Maksudnya tahan utk menjalankan ujian.

Sekarang neh, kalau yb tue orang islam memang satu isu bagi aku. Agak2lah der. Awak tue yb. Tengok sikit kiri kanan der. Kalau yb tue bukan islam aku malas nak campur. Lantaklah ada aku kesah? Kalau nak berhibur tue ikut orang islam, ada banyak cara dia. Pergi disko ka apa ka bukan tempat orang islam der. Cuma aku terfikir2 yb tue yb bn atau pr? 

Tak kira lah dia bn or pr, siasatan kena telus kalau dia terbukti yb beragama islam. Ingat, kes neh bukan aku pergi intip dan bongkarkan peribadi ko bagai, tidak. Aku tidak melakukan hal tersebut. 

Sebaliknya ko lah yang telah terkantoi ketika berhibur. Dan ingat juga, kalau ko orang islam, better resign lah, jangan sibuk jadi yb. Buat malu orang islam jek beb. Tak pasal2 jek menyusahkan orang. Bai. 

Ameno : Takde nama pula.. takan yb dari bien ek?

We love PM. - Kecuali aku.

Sudah penat aku menulis mengenai tentang masalah rakyat supaya najib dan bien boleh faham. Tapi nampaknya bien dan najib tak juga faham2. Oleh kerana aku dah rasa penat, aku nak take 5 jap. Jom geng kita berhibur sambil bergelak tawa dengan membaca komik kat bawah neh. Lucu siot.

kah kah kah





















Owh yer.. komik neh di edarkan sebagai goodies pada mereka2 yang mendengar taklimat di uniten hari tue. Apa nama? Open day uniten. Mungkin sesi taklimat untuk bebudak yang berminat nak belajar di uniten kot. Hehehe. Kelakar lah you all neh.

Bebudak tue pergi taklimat pasal study. Tapi goodies bag bagi barang2 yang tak related pasal study pula. Kenapa neh? Neh bukan risalah yang orang edar tepi jalan. Tapi goodies bag you. Amboii.. tak cukup dengan media arus perdana kini di universiti pun you all selit2. Dasat.

kah kah kah

Tapi.. still macam biasa.  Sebarkan auta. Sapa pun takmo percaya. You all tak reti ek kebaikan kerajaan yang you all boleh promote? Meh sini i bisik2 sket.. psttt.. dengar citer kalau nak berhenti merokok, klinik dan hospital kerajaan ada sediakan kemudahan tersebut. 

Sesuatu yang ramai orang taktau tapi you all takmo sebarkan. Sebaliknya tak henti2 sebarkan auta. Lepas tue dok pongpang2 cakap rakyat tak reti menghargai kebaikan kerajaan walhal lue sendiri pun tak sebar kebaikan kerajaan lagi ada ahti nak salahkan orang. Tak sedar diri betul. Bai.

Ameno : Hehehe.. terbitan itu neh memang senang der.. tapi dana nya datang dari mana? Siapa? Lue fikir student ada duit ka? Belajar pun ptptn der.. hutang wa cakap lue..

Video Panas : Karnival Terima Kasih Rakyat di Selangor di kacau.

Korang dipersilakan tengok video bawah neh. Inilah kerja2 orang yang bangang bin bahlol. Datang kacau karnival orang lain. Lepas baling batu lepas tue cabut. Aku fikir kalau dah berani baling batu kena lah berani hadap. Aihh tahu pula takut. 

Time baling batu tak reti pula takut. Lari punya lari last2 sampai tertinggal member sendiri. Inikah nama nya perjuangan a ba ta? Tah aku pun taktau a ba ta tue apa. Main cedok jek kata2 bloggers umno sebab dorang suka cakap macam tue.

kah kah kah

Lihat video kat bawah ;

 

Video kat atas neh merujuk kepada satu insiden dimana ada seorang pengikut umno tertinggal kat belakang selepas baling batu. Yang kekawan lain seme dah lari meninggalkan dia sorang2 kat situ [lari lambat sangat kot sampai kena tangkap].

Lepas dah ditahan, dia dibawa masuk. Mungkin ada penyokong2 pr yang hantok [pukul] dia time dia di bawa masuk tue seme dorang seme menjerit jangan pukul bagai seme. Yang sebenarnya memang betul pun tindakan tue. Iaitu jangan dipukul maloan2 neh. Mereka tue upahan jek. Kalau nak pukul, kita cari big boss depa. Maksud aku pukul dengan hujah bukan dengan bahasa badan.

Maloan umno tue sepatutnya bersyukur disebabkan pengikut2 pr neh majoriti berakal cerdik. Kita tak suka menentang orang gunakan emosi tapi lebih kepada akal fikiran. Kalau keadaan yang terbalik berlaku, katakan lah maloan tue penyokong pr yang dapat kat sekumpulan maloan2 umno, confirm mampos kena belasah. Siyes.

Tapi video kat atas neh kurang clear sebab tak dapat tangkap muka maloan tersebut. Sapa ada video dan gambar yang lebih clear meh share sini. Sapa yang ada gambar keseluruhan malaon2 yang buat kacau baling batu tue pun oke, share sini gak. Teringin nak tengok muka2 terdesak minta penyepak tue. Bai. 

Ameno : Jangan kaco ceramah orang lah der.. lue layan ceramah lue sendiri lah..

Ahad, 25 Mac 2012

Gambar bodek tersebar.






Wanita dan puteri umno selepas neh jangan nak salahkan persepsi buruk orang ramai terhadap parti umno selepas neh. Tolong lah faham. Sebab apa? Sebab korang sendiri yang merelakan persepsi tersebut. Korang bagi lah sejuta alasan sekalipun yang kita orang nampak dan faham cuma ;

Kondo

Tanah di beberapa lokasi termasuk putrajaya

Pasaraya

Kad Kredit

Firma pelaburan

Rangkaian restoran mewah

Ini jek. 

Kita orang takmo faham kes mahkamah ka tunggu bicara ka, PAC ka, apa ka tue seme kita orang dah anggap WAYANG. Yang kita orang betul2 anggap tak wayang ialah ada pemimpin2 tertinggi umno menghalalkan penyelewengan dan salah guna wang rakyat secara terang - terangan meskipun rakyat dah jelas menunjukkan rasa amarah mereka. 

Tapi takpelah. Korang tetap takmo terima dan aku bukan pula bukan suka memaksa. Kita tunggu pru 13. Tapi tolong jangan tangkap aku kalau aku pergi edarkan risalah pasal skandal nfc, minta tolong sesangat. Tenkiu.

Ameno : Bodek baik punya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...