Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 Mac 2012

Siapakah Pandikar Amin Mulia yang menghalang siasatan PAC ke atas NFC?


Speaker jek pun.

Tapi kenapa sibuk campur tangan? Sudahlah takley dibahas dalam parlimen atas alasan tah hapa2. Korang bayangkan ek, kalau benda neh takley dibahaskan di parlimen so macam mana kita nak tahu beberapa fakta yang penting berhubung kes neh?

Contoh kes sekarang neh kita dah bangkitkan beberapa bukti yang mengaitkan dana nfc digunakan oleh family shahrizat untuk bina kekayaan di singapore. So pr nak bentang bukti2 neh dalam parlimen. 

Bila pr bentang bukti2 neh dalam parlimen kita boleh lah nak fahamkan orang lain bahawa isu nfc neh memang ada bukti kukuh. Ini yang kita nak tekankan sangat. Dorang mungkin boleh sorok rekod mahkamah tapi rekod parlimen ramai orang boleh akses. So ini antara sesuatu yang kita boleh tayang dan tayang selagi isu nfc tidak diadili.

Tapi sekarang neh speaker tak bagi pr bahas isu nfc dalam parlimen. Bila kita takley bahas dalam parlimen maka penyokong2 umno akan sentiasa bercakap bahawa isu nfc ialah satu propaganda pembangkang walaupun terbukti kita cakap berdasarkan bukti yang lengkap.

Bila dah bahas dalam parlimen, masa tue boleh tengok macam mana pemimpin2 kita akan menjawab isu neh. Kita nak harapkan mahkamah? Berapa ramai sangat yang boleh ikuti prosiding mahkamah? Itupun dengan peraturan2 yang melecehkan disamping penggunaan ayat2 yang jelas aku takan faham sebab bukan belajar undang2 beb.

Kalau dibahaskan dalam parlimen masa tue memang direct arh boleh tengok air muka menteri2 bien nak menjawab dalam isu neh. Menghalang ia daripada dibahaskan dalam parlimen adalah perkara yang memalukan. Jelas bien melindungi shahrizat sampai ke saat2 akhir. Kalau tidak buat apa siasatan nfc dipulangkan semula dua kali kepada polis diraja malaysia sebelum di heret ke mahkamah? 

Nak jadikan ia macam kes khir toyo? Ada sesiapa tepuk tangan masa khir toyo didenda setahun? Takde kan? Kena booo lagi ada. Sebab apa? Sebab orang takan terbeli dengan wayang bien lagi. Sedar lah weh. Kes nfc neh membuktikan yang bien bukan sahaja dilihat sebagai menyokong pengsonglap malahan terbukti juga sebagai pengsonglap. Neh bukan tuduh2 der. Bukan. Aku dah lakukan pemerhatian terperinci. Siyes neh. Aku keji gile larh dengan kerajaan macam neh.

Dan berbalik kepada isu pasal speaker yang menghalang siasatan pac ke atas nfc, aku baca dari tmi. Baca bawah neh ;

Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengarahkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) untuk menghentikan inkuiri terhadap penyalahgunaan RM250 juta dana awam oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

The Malaysian Insider difahamkan panel sedang mengadakan mesyuarat tergempar untuk menolak arahan Speaker Dewan Rakyat sehari selepas keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pemilik syarikat tersebut, enggan berhadapan dengan jawatankuasa berkenaan.

“Speaker mengarahkan untuk ‘menghentikan’ inkuiri terhadap NFC dan keputusan itu adalah sub judis,” menurut sumber melalui pesanan ringkas. -TMI-
Ini apa? Ini bukti campurtangan. Speaker, ko dah jadi pembela shahrizat pula ke? Sapa arahkan speaker berbuat demikian? Dan jawapan pac selepas habis bermesyuarat ada kat bawah neh ;

Jawatankuasa Kira-Kira Awam menegaskan akan meneruskan siasatan terhadap inkuiri pertuduhan penyalahgunaan dana awam RM250 juta oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp). 

Bagaimanapun, Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata kepada pemberita mereka akan mematuhi arahan Speaker Dewan Rakyat yang perkara menjurus kepada dakwaan jenayah dihadapi Pengarah NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail adalah subjudis.

“Tan Sri Pandikar Amin Mulia menasihatkan kami menuruti Dewan,” kata Ahli Parlimen Padang Besar itu (gambar). “Tapi saya dimaklumkan perkara berkenaan Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang tidak berkaitan perkara mahkamah boleh dibincangkan.

“Apa yang akan kami sentuh adalah bagaimana dana awam digunakan, diluluskan, kajian bagaimana akan dibuat dan masalah bagaimana akan timbul. Perjanjian persetujuan tidak akan berubah sekiranya mereka dibawa berjumpa PAC. Tiada subjudis di sini.”-TMI-

Siasatan akan diteruskan walaupun wakil nfc tidak terlibat. Peh. Siapa shahrizat neh yang dorang begitu beria2 melindungi dia hah? Tak puas ahti betul aku. Begini ke layanan nya bila orang2 besar, vvip, kenamaan buat salah? Rakyat yang sokong bien. memang sedang dipersampahkan. Dan korang memang bebal. 

Gua takmo dipersampahkan oleh pemimpin2 bien. Siyes. Tolak bien. Satu undi kepada bien bererti kita mengkulibatakkan diri kita demi kerakusan pemimpin2 bien merembat dana awam untuk membina kekayaan peribadi. Siyes gua bukan kulibatak. Siyes, gua juga bukan sampah. Sapa terasa padan muka.

Green Car? Apa tue? 

Ameno : Keji siot.

Kenyataan paling bangang Awang Adek.

Ya Allah Ya Tuhanku.. 

Engkau jauhkanlah aku dan penduduk malaysia dari menteri yang TIDAK cerdik.. amin..

Korang nak tahu kenapa aku berdoa macam tue? Sebabnya ada kat bawah neh ;


Had paras hutang : 55% daripada KDNK.

Paras hutang terkini : 53% daripada KDNK

Jawapan Awang Adek berkenaan isu tersebut : "Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu,"

Hahaha.. adoi lah adoii lahh.. betul ke dia neh menteri aku? Betul ke dia neh menteri kewangan? Lagi 2% jek nak dekati had dia cakap bukan kritikal? Tue sebenarnya dah boleh dikira sebagai nyawa2 ikan. 

Bukan tahap kritikal apa pula? Lagi 2% jek nak mendekati had yang dibenarkan. Takan nak tunggu betul2 55% baru di anggap kritikal? Kalau dah masuk ke angka 55% orang kata tue dah KO = tumbang = mampos terus. Kalau dah masuk ke angka 56 dan ke atas memang berpontesi bankrupt leh jawabnya. Takan tak reti2 nak faham lagi?

Sebelum 55%, daripada 50% - 53% sepatutnya di anggap tahap kritikal.

54% = tahap nazak.

40 - 49% = membimbangkan.

Inilah pemahaman aku. Walaupun aku tak belajar ekonomi tapi aku fikir penganalisis mesti membuat analisis seperti neh. Sebab tue aku cakap, amatlah berbahaya jika bien diteruskan memerintah negara neh. Siyes. Kita semua kini berada dalam situasi yang sangat2 berbahaya geng. Tak takut ke?

Ameno : Sapa lah lantik dia jadi menteri..

Hot : Huruf Alif digantikan dengan 1malaysia. - Mesti sebar!

Makin lama makin meroyan + sasau + merapu + mengarut. Jika semalam ada orang meroyan mensejarahkan tandas yang pernah digunakan oleh piem, kali neh kesasauan datang dari ahli2.. err ahli apa ek? Hahaha.. aku taktau ahli apa, aku labelkan dorang ahli pro 1 malaysia boleh? Nak tahu apa yang dorang buat? 

Lihat gambar bawah neh ;




Ada member facebook inform kat aku.

Lihatlah sendiri gambar kat atas neh beb. Bukan super impose geng. Aku mempercayai orang yang bagi info neh kat aku, siyes. Takde sebab ai dorang nak menipu seme tue. Lihat bebaik gambar kat atas neh.

Ada crown dan mewarnakan ia lagi seakan2 menyerupai logo 1malaysia. Aisehmen. Aku pun tak faham lah mentaliti dorang neh macam mana. Siyes. Tak perlu beb nak taksub bagai neh seme. Masih ingat kes songkok? Tue lah akibatnya bila terlalu jauh.. umno dan bien tue manusia biasa jek. Logo 1 malaysia tue lagi lah benda yang biasa2. Korang tak perlu buat seme neh. Dan yang paling penting tak perlu nak mensatumalaysiakan pula huruf2 Alquran.

Dan, cuba fikir ke dalam sikit. Kalau alif = 1 = bukan kah makna sebenar dia sepatutnya telah berubah?

1 = nombor.

Alif = sebutan.

Faham tak? 

Bersama gambar di atas, dia berikan aku link jawapan ustaz, lihat kat bawah neh ;

Lokasi dah dinyatakan. Sapa2 nak saksikan depan mata boleh lah melawat ke lokasi kejadian. Peh. Ini betul2 taksub gila sawan neh. Siyes. Apa pun nak satu malaysia. Tak boleh blah betul.

kah kah kah

Ameno : Bikin sasau je lah weh.

Selasa, 20 Mac 2012

Aksi seks Anwar.. sapa tak pernah tengok?

Pernah.

Seme pun pernah tengok. Gila kaw. Mana ada yang tak pernah tengok. Macam2 aksi ada. Dengan lelaki ada. Dengan pompuan pun ada. Dengan lelaki yang tak nampak macam lelaki pun ada. Dengan pompuan yang nampak macam lelaki pun ada. Pendek kata dengan seme golongan pun ada.

Siyes. Tak percaya? Baca bawah neh geng ;
Menurut akhbar milik Umno itu lagi, Nallakarupan mendakwa, kecenderungan Anwar sebagai seorang biseksual bukan lagi rahsia dan beliau sendiri pernah melihat aksi seks pemimpin pembangkang berkenaan sama ada bersama lelaki atau wanita.

Pernah melihat sendiri = maksudnya pernah melihat dsai "bermain" depan mata sendiri.

Korang fikir anwar ibrahim cukup bodoh nak "bermain" depan orang? Oke, kalau bukan begitu dia nak cakap dia intai dsai "bermain"? Korang tak rasa kelakar ke beb?

Utusan dan tv3 hanya berselang seli serang dsai isu video seks + israel. Lepas habis israel bangkit isu video seks. Lepas isu video seks bangkit balik isu israel. Tak pun liwat, tak pun jam omega, tak pun homoseks. Sampai bila pemimpin2 kerajaan nak serang dsai dan pr atas isu2 macam neh?

Jadi orang matang lah sikit. Nak tuduh orang berzina ka apa ka bagi lah bukti yang betul. Bagi bukti tue bukan bermaksud edar kat youtube bagai. Bagi pada penguatkuasa undang2 untuk diambil tindakan. Biarkan ia dibicarakan di mahkamah. Tue maksudnya. Tak perlu serang2 dsai dengan isu yang sama secara berulangan jek. Macam takde penyelesaian. Semak tahu tak?

Dan sampai bila utusan dan tv3 nak menjaja cerita seks kat rakyat hah? Di satu pihak dok pongpang2 cakap pasal akidah dan pr neh teruk, di satu pihak yang sama mempromosikan seks sebagai bahan untuk tarik sokongan. Dan lebih teruk pihak2 tersebut menjual ia dalam bentuk product seperti mangga dan drama2 mengarut di station tv mereka yang turut sama beria2 pongpang2 pasal pas neh sesat dan etc2. Tak ke itu dinamakan hipokrit dan bermuka2?

Kejap tv ko baca berita kutuk pas neh sesat, dsai neh jahat dan etc, nanti dah habis berita, tv ko juga tayang pasal drama peluk2 sana sini.. lepas tue bila buka facebook, manusia2 yang pro tv ko pula yeahhhhh tv3 best.. seronok sangat layan mentor dan etc..

Dan manusia2 yang sama tue pula kalau ko buka wall mereka, mereka akan mengutuk2 pr sebagai anak dajal, sesat, tak bersyukur pada umno.. menjual akidah pada cina dan etc2. Inilah generasi yang aku lihat sekarang neh. Siyes sampah. Ooowhh sorry lah kalau ada sesiapa yang terasa. I terpaksa cakap benda yang i nampak, oke? Bai.

kah kah kah


Ameno : Lepas habis pongpang kutuk pas dan pr di berita, dok tayang mentor melalak2 dengan aksi pompuan seksi.. siyes suwei.

Hot : Najib guna tandas ini dan ianya satu sejarah!

Sakit perut aku.

kah kah kah

Kelakar siot. Siyes. Bagi aku gelak habis dulu oke. 

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah kah

Bapak punya kelakar. Macam neh pun kes pun ada? Adoiii. Mao aku sebarkan ke satu dunia.

Lihat gambar bawah neh ;


Tak agak2 punya pembodek. Pasal guna tandas pun nak kecoh. Kerja gila. Najib buat apa kat dalam tandas tue takde ke nak rakam seme beb?

kah kah kah

Adoii.. kalau lah aku leh tengok orang yang buat perkara bangang kat atas neh.. 

kah kah kah

Ameno : Sejarah paling lucu sekali..

PR, jangan gadai tanah orang melayu please.


Gila arh kaw. 

Kali neh dengan bukti sekali. Minta tolong jangan nafikan ia geng. Kita dah bagi bukti sekali. Patutlah sultan selangor bertitah seperti kat bawah neh ;


SHAH ALAM 19 Mac - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan agar tidak ada mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri bertindak memindahkan pemilikan tanah rizab Melayu di negeri ini kepada individu atau syarikat bukan Melayu.
Justeru, baginda mahu agar tanah rizab Melayu di negeri ini dipertahankan kerana ia merupakan khazanah dan amanah untuk kepentingan generasi akan datang.
Titah baginda, sebarang perkara atau keputusan melibatkan tanah rizab Melayu harus mematuhi peruntukan-peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.




Minta tolong utusan siarkan bukti dokumen kat atas tue dalam paper terbitan mereka. Harap2 tv3 pun boleh hebahkan dalam news mereka. Pleaseee......



kah kah kah


Sumber asal : sini

Ameno : Utusan..utusan rentikanlah fitnah dan memutarbelitkan statement sultan..

Jawapan Parlimen mengenai barangan Israel masuk Malaysia.


Oke, walaupun dah didedahkan banyak kali sebelum2 neh masih ada di antara mereka yang was2 dan tidak mahu percayakan bukti2 yang telah disebarkan mengenai isu neh. Soalnya sekarang mereka beranggapan bahawa perdagangan itu tidak wujud.

Aku takmo ulas pasal perdagangan g to g ka apa ka [istilah2 perdagangan2 antara negara] tapi aku cuma nak bagitau bahawa perdagangan tersebut boleh wujud hanya kerana ia diluluskan oleh kerajaan. Maksudnya apa?

Maksudnya kalau kerajaan larang import barangan dari israel tak kira lah ko swasta ka, kerajaan ka apa ka ko nak import apa2 dari israel memang tak boleh sebab dah dilarang oleh kerajaan dalam erti kata lain kalau ko import juga = langgar undang2 = boleh didakwa. Itu kalau dilarang. Sebelum 1994 memang ia dilarang.

Tetapi selepas 1994, ia sudah tidak dilarang lagi. Telah dipinda.Siapa yang meminda? Kabinet 1994, tak kiralah siapa mereka itu samada dah bertukar posisi menjadi pembangkang ka atau apa ka, mereka adalah manusia2 yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kelulusan tersebut. Tak kurang dan tak lebih.

Pindaan tersebut membolehkan MITI telah mengeluarkan permit untuk mana2 syarikat yang mahu mengimport barangan dari israel. Tak kiralah ko swasta ka kerajaan ka apa ka kalau ko nak import barangan dari israel ko kena dapatkan permit import barangan israel terlebih dahulu then baru ko boleh import barangan2 dari israel.

Jadi, isu nya disini jelas bahawa pengimportan berlaku atas izin kerajaan. Ya, mungkin bukan kerajaan yang import dan sebagainya tetapi pengimportan tersebut hanya boleh berlaku dengan izin kerajaan.

Kegunaan2 barangan yang di import dari israel kat malaysia neh memang meluas. Bukan semua product israel dilabel made from israel. Ada yang diselindungkan sebab tidak mahu menjejaskan perniagaan masing2 ataupun untuk mengelakkan daripada menjadi isu dan pertikaian masyarakat. Dan ramai orang di malaysia sebenarnya telah, sedang, masih dan mungkin akan terus menggunakan product2 dari israel.

Ameno : Kini seme pun israel der..

Isnin, 19 Mac 2012

Isu Wikileaks: Penjelasan Dari Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim

KENYATAAN MEDIA
19 MAC 2012

Isu Wikileaks: Penjelasan Dari Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim

Pertamanya kami mahu menjelaskan bahawa permohonan yang diajukan oleh Wikileaks kepada Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah satu wawancara antara Julian Assange dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kemudiannya barulah pihak kami diberitahu Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara tersebut. Makanya Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange. 
Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya. Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim ke atas mereka.

Keduanya, kami merasa terpanggil apabila Dato' Seri Najib Razak menggunakan isu ini sebagai pelantar untuk mentohmah Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya takut berdebat dengan Raja Petra. Kami kesal kerana Dato' Seri Najib Razak bercakap tidak berdasarkan fakta yang sebenar kerana tidak timbul soal debat sedangkan yang dipersetujui antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Julian Assange adalah wawancara satu sama satu. Akan tetapi oleh kerana YAB Perdana Menteri beriya-iya bercakap soal debat, kami berpendirian adalah sangat baik untuk rakyat dan negara ini sekiranya Dato' Seri Najib Razak bersetuju untuk berdebat dengan YB Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Perdebatan antara YB Ketua Pembangkang dengan YAB Perdana Menteri berkaitan isu nasional pastinya memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan negara Malaysia. Justeru keengganan Dato' Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim memunculkan tanda tanya di kalangan rakyat terbanyak, sama ada YAB Perdana Menteri takut ataupun tidak punya komitmen untuk menyuburkan amalan Demokrasi di negara ini.

Ibrahim Yaacob
Ketua Staf
Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim

Kalau sungguh kenyataan media kat atas neh adalah merujuk kepada fakta kes, sekarang neh dsai perlu memahamkan apa tujuan asal rpk sehingga dia buat seme perkara2 di atas. Sila runding semula dengan rpk. Jumpa ka apa ka untuk berbincang dan sebagainya. Jangan biarkan rpk terus mengeluarkan statement2 yang merugikan diri dia dan pr lebih2 lagi menjelang pru -13.

Jangan pandang rendah pada rpk ye walaupun dia takde kuasa tapi impak dan kesan negatif  tetap akan wujud jika hujah2 dia digunakan untuk membantai pr. Kalau boleh dapatkan bukti bahawa rpk di ugut oleh bien mengenai kebebasan anak dia dan dia. 

Tak guna dok serang2 peribadi orang. Kalau boleh runding better runding buat apa cipta musuh kalau sebenarnya kita boleh berkawan. Pendek kata sila cari jalan penyelesaian yang terbaik yang boleh melegakan semua pihak yang berbalah. Simple.

Ameno : Tak mo side sapa2 lah..

Hasan Ali dibayar rm5,000 setiap kali berceramah ka?

Tatau betul tak betul. Tapi kan benda neh khabarnya menjadi pertikaian oleh cawangan umno larut. Peh. Kalau betul maka terbuktilah bukan akidah yang di juangkan, sebaliknya money money money, siyes. 

Kalau satu ceramah rm5k = untuk beberapa jam sahaja, bayangkan 10 ceramah? 20 ceramah? Tak ke kaya raya hasan ali lepas neh? Dasat tue beb.


Oke info penuh baca kat bawah neh ;

Suatu perkara yang amat menarik perhatian penulis hari ini apabila dikhabarkan oleh salah seorang penyokong tegar umno di kawasan ini berhubung satu ribut kecil yang kini sedang melanda Umno Larut.Semuanya bermula apabila terdapat pimpinan dan ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak penganjur yang telah membuat bayaran sebanyak RM5000 kepada Dr Hassan Ali(DHA) untuk memberi ceramah kepada penduduk di Batu Kurau baru-baru ini.

Sudahlah pada hari ceramah tersebut rata-rata hadirin yang hadir seolah-olah merasa tertipu apabila Ustaz Kazim Ellias yang sebelum ini dikhabarkan akan berganding dengan DHA dalam ceramah itu dilihat tidak muncul2 sehinggalah program ceramah selesai.Jadi terpaksalah juga mereka yang hadir mendengar kelentong DHA selama 2 jam dari awal hinggalah ke akhir ceramah walaupun kebanyakan mereka dilihat langsung tidak berminat mendengarnya.

Bebalik kepada tajuk asal.RM5000 untuk satu sesi ceramah.Biar betul? Kalau 40 buah ceramah DHA minta wang sebanyak itu bermakna jumlahnya dah mencecah RM200 000.Ini yang membuatkan Umno Larut berbalah kerana penulis difahamkan Ustaz Kazim Ellias kesayangan mereka pun tidak pernah mendapat bayaran sebanyak itu hanya untuk satu sesi ceramah.Haha padan muka hampa!!


Sumber dapat dari sini . Klik situ kalau nak baca artikel penuh. Bukan nya nak kata tak boleh dibayar kalau dipanggil berceramah oke, jangan salah faham. Cuma kalau buat ceramah2 politik, dan dia tue pula ex pr dan tiba2 dok pongpangpongpang kutuk2 pas sambil dibayar memang menimbulkan pertikaian. 

Bab halal haram aku takmo campur. Aku taktau tapi aku pertikaikan rasionalnya dia menerima bayaran dari umno untuk mengherdik pas pasal akidah sedangkan dia patut lebih faham siapa sebenarnya yang lebih banyak menjaga akidah umat islam. Ini yang aku persoalkan. Aku tak larang dia tak merayu semula. Itu hak masing2 lah kan.

Cuma aku pelik dan pertikaikan sekarang neh kalau sungguh dia dok menjaga akidah umat islam kenapa dia tak balon perkara2 yang membabitkan umno contohnya majalah playboy MANGGA. Kenapa perlu bersikap double standard bila isu2 akidah membabitkan umno? Tue bukan termasuk dalam bab akidah dah ka weh? Hanya murtad jek meh? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Hidup jangan jadi sochai beb. 

Najib yakin boleh rampas negeri-negeri pr pada pru - 13.

Peh.

Yakin gile tue. Aku tak berapa nak heran sangat dengan statement kenyakinan najib neh. Aku bukan best pun nak baca berita dia membebel potpet2 pasal bien dan etc2. Tue seme berita propa. Contohnya bila najib cakap macam neh ;

Kalau undi bien kita akan boleh laksanakan sepenuh transformasi yang dirancang. Semua kehendak rakyat, semua masalah rakyat kita akan selesaikan.

Ayat kat atas neh ialah ayat bahlol yang keluar dari piem yang baru sahaja menganggap rakyat2 malaysia adalah si pembahlol - pembahlol belaka. Mengapa aku cakap begitu? Mudah.

1. Bien menguasai parlimen di malaysia neh. Maknanya jika mereka buat apa2 usul pun automatik kira menang dari segi majoriti.

2. Bila dah begitu ia menyebabkan apa2 program transformasi yang ingin dilaksanakan oleh najib dengan mudah akan diluluskan.

3. Bien juga mampu menghukum shahrizat sebelum pru -13 bermula. = kehendak rakyat.

4. Bukan hanya shahrizat malahan lain2 penyelewengan yang terdedah pun bien boleh hukum pesalah2 tersebut tanpa memerlukan sokongan dari pr tapi kalau bab2 menghukum neh kebiasaan nya pr tanpa perlu disuruh2 akan tampil ke depan membantu bien tanpa banyak soal. = masalah rakyat.

Dalam erti kata lain bien = najib boleh selesaikan kesemua masalah rakyat sekarang neh tanpa perlu menunggu mandat untuk pru - 13 sebab dia sememangnya berkuasa untuk melaksanakan apa2 sekalipun SEKARANG. Simple.

So bila dah mampu berbuat apa2 keputusan pada masa sekarang neh apa perlu dia gunakan ayat2 seperti di atas untuk mendapatkan sokongan? Dia bukan nya takde kuasa, dia ada. Tapi apahal dia tak buat? Oke lah dia menganggap rakyat malaysia sebagai bahlol tapi itu takpe lagi. Itu tak kelakar.

Yang kelakar bilamana ada rakyat malaysia yang percayakan ayat2 kat atas tue. Yang tue kalau piem nak anggap bahlol pun memang patut pasal dah terbukti bahlol. Sorry ayat neh memang kasar tapi cuba bagitau aku nak membayangkan seseorang itu lebih bodoh dari bodoh apa ? Kalau ada word yang lebih molek dari bahlol sharing2 sini. Aku pun kadang2 rasa sedih juga terpaksa membahlolkan orang tapi nak buat macam mana frasa yang sopan aku tak jumpa lagi.

kah kah kah

Dan berbalik kepada keyakinan najib tue, aku takmo ulas bab tue. Sebaliknya aku nak highlightkan satu benda jek kat korang. Lihat bawah neh ;


Tengok line kuning tue. Nampak tak apa yang aku nampak? 

kah kah kah

Siyes kelakar. Tue jek yang buat aku minat nak sebarkan benda neh beb. 

Ameno : Bantuan?

Ahad, 18 Mac 2012

Hot : Family Sharizat ada kaitan dengan empat syarikat di singapore.


Bukan aku cakap, tapi akhbar singapore yang dedahkan isu tersebut. Hah.. amekaw. Kepada pembela2 shahrizat aku nak cakap amekaw.  Korang, yang selama neh dok beria2 bekap shahrizat kan? So yang neh apa pula? Pelaburan juga? Halal juga? Bukan salah guna dana awam untuk membina kekayaan peribadi kah? Dia jadi kaya, oke aku faham kalau dia dok beria2 defend position dia sebelum neh. 

Tapi, masalahnya orang2 yang bekap dia dapat apa? Usah kata lembu free nak berselisih dia kat jalan dapat senyum pun takde. Lagi mao bekap dia beria2? Tak ke sadis nama nya tue der? Menjadi pembela orang yang taktahu ko tue sapa pun.

kah kah kah

Sadis tak? At least gua pernah gak jumpa pemimpin pr suarakan isi ahti gua. 

kah kah kah

Sorry gelak jahat sikit kat pembodek2 shahrizat dalam isu neh. Kesian dowh. Sadis. Bela punya bela hapa pun tak dapat. Lawak kan?

kah kah kah

Gelak lagi. Padan muka korang !



Dalam isu neh ;

1. Family Shahrizat di sahkan ada kaitan dengan empat syarikat yang didaftarkan dan beroperasi di singapore.

2. Pendedahan dibuat oleh paper cetak terbitan singapore yang diberikan nama the straits times edisi singapore. 

3. Salah satu syarikat yang dimaksudkan ialah firma pelaburan yang diberikan nama icube investment pte ltd yang memiliki modal berbayar selama rm2.4j = $1juta

4. Akhbar straits times mendedahkan bahawa mereka mempunyai dokumen sahih yang diperolehi dari  ACRA = Singaporean Accounting and Corporate Regulatory Authority, yang mengesahkan bahawa suami shahrizat dan anak lelaki shahrizat antara pemilik saham syarikat tersebut.

Dan setelah merekodkan kesemua syarikat2 yang dimiliki oleh family shahrizat di singapore, didapati bahawa mereka dipercayai mempunyai modal berbayar sebanyak rm8.85j = $3.65juta.

Ini termasuklah anak2 shahrizat yang lain tak kira lah laki or pompuan. Seme ada kaitan dengan syarikat2 tertentu dimana mereka menjadi pengarah syarikat kepada syarikat2 tersebut. Peh. 

Jadi rm250juta nampaknya telah terpercik kat singapore juga. So, memang wajarlah skandal neh dicetak dan diedarkan dalam bentuk risalah ke setiap kampung2 dan ceruk2 perumahan tak kira lah kat mana2. 

Pendek kata asal tempat tue ada orang, risalah pasal skandal nfc harus diedarkan. Sekarang neh sapa boleh cipta risalah? Aku boleh tolong edarkan kat setiap page. Aku leh cetak untuk edarkan kat kawasan tempat aku tinggal. Tapi kawasan yang selebihnya sapa nak buat? Nak menang pru tak? Muahaha.. direct je gua tanya. 

Ameno : rm250j = asal utk rakyat dapat beli lembu dengan rega murah tp jadi hak milik shahrizat bina kekayaan plak...

Terengganu batal pinjaman 6 pelajar sertai demo Bersih, Auku

Okey.

Tindakan neh kejam dan bermotifkan politik. Awat jahat sangat ahmad said neh? Benda dah lepas, itu satu hal dan benda pun bukan nya membabitkan penentangan terhadap kerajaan bien just mahukan spr bersikap adil dengan memahami tuntutan 8 perkara, pun nak hukum pelajar gak ka? 

Dah lupa ka titah agong dulu? Bengong. Menyusahkan rakyat jek yang korang pandai. Sikit2 guna teknik ugut. Ingat zaman ugut mengugut laku ka sekarang neh? Kelaut lah weh.

Baca bawah neh beb. Korang perhatikan ayat mb ganu yang aku boldkan ;

Kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demostrasi di Mesir baru-baru ini.
Keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi, rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih 2.0 yang menimbulkan kontroversi di dalam negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan.
“Kita hantar mereka (pelajar) ke Mesir untuk menuntut ilmu tetapi apa yang mereka lakukan adalah pergi berdemostrasi, berpolitik dan situasi ini tidak seharusnya berlaku.
“Malah, daripada surat rayuan yang dihantar kepada kita (Kerajaan Negeri) jelas jawapan yang mereka berikan tidak meyakinkan kerana kita telah kenal pasti melalui blog-blog dan Internet jelas muka mereka yang terpampang dengan memakai baju bersih dan membawa bendera Terengganu,” katanya. -sh-

Dia cakap pasal berpolitik kan? Ehh tak silap aku lah kan dan terbukti banyak kali juga pelajar2 pro bien elok je berpolitik dalam negara luar negara dalam kelas luar kelas dan sebagainya. Dan aku pernah dedahkan beberapa bukti email dan docs bila ada some1 yang hack email pembodek2 bien di mesir memberikan bukti printscreen betapa POLITIKnya guru2 yang pro bien kat sana. Dasat siot. 

Yang tue ada meh dikenakan tindakan? Guru dan student beb. Berpolitik pro bien walhal belajar guna wang pembayar cukai, bukan wang yang dibayar oleh menteri2 bien pun. Takde pun ko amek tindakan. Ada pernah ka? Tak pernah kan?

Beginilah nasib student, dianiayai weh. Ingat weh, apa yang bien dah buat kat rakyat malaysia neh. 6 orang menjadi mangsa kekejaman politik bien. Dan sebelum2 neh ramai telah menjadi mangsa mereka.

Mereka tak sedar orang dah benci depa tapi mereka dok paksa2 kita terima cara depa tadbir negara neh weh. Tangan yang mengundi bien pada pru - 13 akan datang ialah tangan yang menghalalkan kekejaman ke atas sahabat2 kita yang teraniaya angkara bien. Ingat tue. Bersedia kah anda menjadi rakan subahat bien di akhirat kelak? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Jahat gile.

Ummi akan berceramah balon dsai setiap minggu.

Deemm..

Berita apa yang aku baca kat utusan neh beb? Dasat siot. Dasat gegila beb. Siyes neh. 


Sasaran ummi tak lain dan tak bukan ialah anwar ibrahim semata2. Peh. Gile arh. Orang gila talak pun tak gila macam ummi. Bagi aku kalau ummi nak attack pr, memang logik gak kan sebab dia pro bn. Tapi masalahnya aku heran yang ummi hanya attack dsai jek dari dulu. Kenapa hanya dsai? Sedangkan ramai lagi pemimpin pembangkang yang dia boleh attack tp kenapa hanya dsai? 

Dulu dia juga cakap ada koleksi video seks dsai. Berkotak2. Bersiri2. Taknak dedahkan ke? Tersimpan di lokasi rahsia yang aku tak tahan baca tue. Lawak siot.

kah kah kah

Sorry lah bukan nak tuduh2 tapi tatau lah betul tak betul mulut2 orang yang bercakap neh. Dorang kata ahti ummi ada pada dsai. Siyes aku selalu dengar orang cakap macam neh. Dorang bagitau lah yang ummi tue sebenarnya jeng jeng jeng nak kan dsai masa dia jadi tipiem dulu. Benda neh pun tak terbukti melalui fakta pun der. Just cakap2 kosong. Serba salah gak aku nak percaya kan.

Tapi bila perhatikan tindakan2 ummi.. tah lah. Memang jelas terpancar macam orang putus cinta. Beria2 sangat attack dsai. Padahal ramai lagi pemimpin pembangkang yang dia leh attack tapi dia tetap hanya attack dsai gak. Kenapa ek?

kah kah kah

Apa pun kalau sungguh ummi akan berceramah tiap2 minggu untuk balon dsai [semata2] dan dibenarkan keluar masuk universiti untuk kegiatan ceramah dia, terbuktilah pru memang semakin hampir. 

Dan, dalam masa yang sama juga aku nak tanya kalau ummi keluar masuk universiti untuk buat ceramah politik, benda tue salah ke tak? Ummi boleh didakwa ke tak? Yelah berpolitik dalam universiti dan kepada budak2 universiti kan? Takan takde sound menyound pula? Dia bukan status menteri apatah lagi pemimpin pun kan. Hidup jangan bias beb.

Ameno : Meroyan yang tak diubati.. memang parah siot


Jumaat, 16 Mac 2012

Mahal nya kos pentadbiran PTPTN.

Mak aiii.

Kos pentadbiran dia kemain dasat lagi tue der. Mahal gile tue. Dasat siot. Ini namanya membunuh ! Ini siyesss.. 

kah kah kah

Aku bukan peminjam PTPTN. So aku taktahu nak ulas sebagai peminjam. Tapi sebagai orang luar aku leh ulas pandangan aku jek kot. Lihat dokumen kat bawah neh. Yang dah tersebar dekat dua hari. 



Korang nampak tak highlight kuning tue? Good. Nampak kan? Sekarang neh aku selalu dengar peminjam2 complaint bab riba / bunga / faedah = kerajaan sebut sebagai kos pentadbiran. Sekarang neh aku dah faham kenapa depa dok complaint2. Memang banyak tue der. Siyes banyak.

Bagi aku mustahil pula kalau nak menguruskan ptptn neh tanpa mengeluarkan kos pentadbiran. Tapi aku tetap heran kenapa ia banyak sangat der. Ini idea aku je lah. Sekadar idea..

1. Pandangan aku ialah, kenapa tidak kakitangan kerajaan sendiri yang uruskan ek? Jimat sikit kos pentadbiran kan? Kakitangan kerajaan kan ramai? Takan untuk suruh dorang uruskan kos pentadbiran jadi masalah pula? Hanya perlu tambah satu jenis kerja je. Bukan susah mana pun kalau boleh dipratikkan betul2.

2. Dan kalau tak boleh juga nak lambakkan kerja neh kepada kakitangan kerajaan [err selama neh yang uruskan pinjaman ptptn neh sapa, pihak ketiga ka? aku taktau] kenapa perlu tinggi sangat kos yang dikenakan terhadap peminjam ? Itu baru merujuk kepada seorang peminjam. Bukan ber-orang2 lagi. Kalau ber-orang2 peminjam, maka banyaklah kos pentadbiran yang ptptn boleh raih. 

3. PTPTN dapat wang dari pembayar cukai kan? So.. apa kata kerajaan wujudkan satu mekanisme yang mesra kepada pelajar, mesra untuk pembayaran semula tanpa perlu menyusahkan ptptn.

Sia2 jek charge orang mahal2 kalau last2 lepas belajar depa takmo bayar sebab marah or berdendam, tak dapat kerja, mahal dan etc2. Yang rugi tetap PTPTN. Bukan orang lain pun. Tapi aku tak galak lah orang jangan bayar lepas pinjam. Dah pandai pinjam kena bayar lah der. Orang lain pun nak sambung belajar gak der. Bai.

Ameno : Kereta kancil secondhand lepas dah..

Banyaknya kek harijadi Najib..

Beb..

Tadi aku google. Google punya google sekali terserempak dengan imej kat bawah neh beb. Bukan ciplak ek. Najib sendiri sebarkan dalam internet. Layan dulu gambar2 kat bawah neh oke ;



Banyak siot kek dia. Besar kecik seme cukup. Yang coklat, yang tak coklat pun ada. Macam2 bentuk, rupa dan rasa. Seme complete siot. Bestnya jadi najib. Dapat kek banyak2. 

kah kah kah

Tapi kan.. aku heran lah weh. Napa depa beli kek banyak2 dan suruh najib potong sekaligus? Ampu dan bodek najib ek? Takpelah. Tapi guna sendiri kan? Tak potong dari peruntukkan untuk setiap jabatan kan? Alah beli kek tong2 ramai2 baru berapa jek kena keluar der. Takan itu pun hadap duit rakyat gak ? Betul tak?

kah kah kah

Apa pun kalau korang nak ENJOY tengok muka najib POTONG kek banyak2 boleh klik sini beb. Muahahaha.. kek gambar najib dan rosmah pun ada siot. Siyes. Tengok bawah neh ;



kah kah kah

Adoiiyaii.. macam2 beb.

Ameno : Bagi aku cikit kek coklat tue rosmah.. please..

SKMM nafi arah telco laksana cukai khidmat prabayar 6%.

Drama. 

Yup, drama telah bermula beb.

kah kah kah

Lihat bawah neh. Statement terbaru dari SKMM yang dipetik dari utusan malaysia ;


Depa nafi beb. Takpe. Kita tunggu lah penjelasan dari orang yang mengesahkan hal tersebut. Apa yang pasti setiap notis yang skmm keluarkan mestilah ada bukti kan? Tak kisah lah samada dia keluarkan melalui email or surat tapi mesti ada bukti kan?

Kita berharap sangat notis tersebut boleh didedahkan meskipun kita tahu ia mungkin mustahil sebab memburukkan imej kerajaan di mata rakyat. Tapi kalau sapa2 leh akses kepada maklumat tersebut mohon didedahkan buktinya kat sini. Baru kita leh tengok sapa sebenarnya yang main wayang beb.

Err jap. SKMM nafi keluarkan notis tapi tak nafikan yang cukai tersebut tidak akan dilaksanakan, kan? Betul tak ayat aku neh der?

kah kah kah

Adoiiiyaiii

Berita pasal cukai prepaid rujuk sini.

Ameno : Kang najib berlakon jadi hero beb. Lepas tue mesti suruh orang undi bien beb. Muahaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...