Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 18 Mac 2012

Hot : Family Sharizat ada kaitan dengan empat syarikat di singapore.


Bukan aku cakap, tapi akhbar singapore yang dedahkan isu tersebut. Hah.. amekaw. Kepada pembela2 shahrizat aku nak cakap amekaw.  Korang, yang selama neh dok beria2 bekap shahrizat kan? So yang neh apa pula? Pelaburan juga? Halal juga? Bukan salah guna dana awam untuk membina kekayaan peribadi kah? Dia jadi kaya, oke aku faham kalau dia dok beria2 defend position dia sebelum neh. 

Tapi, masalahnya orang2 yang bekap dia dapat apa? Usah kata lembu free nak berselisih dia kat jalan dapat senyum pun takde. Lagi mao bekap dia beria2? Tak ke sadis nama nya tue der? Menjadi pembela orang yang taktahu ko tue sapa pun.

kah kah kah

Sadis tak? At least gua pernah gak jumpa pemimpin pr suarakan isi ahti gua. 

kah kah kah

Sorry gelak jahat sikit kat pembodek2 shahrizat dalam isu neh. Kesian dowh. Sadis. Bela punya bela hapa pun tak dapat. Lawak kan?

kah kah kah

Gelak lagi. Padan muka korang !



Dalam isu neh ;

1. Family Shahrizat di sahkan ada kaitan dengan empat syarikat yang didaftarkan dan beroperasi di singapore.

2. Pendedahan dibuat oleh paper cetak terbitan singapore yang diberikan nama the straits times edisi singapore. 

3. Salah satu syarikat yang dimaksudkan ialah firma pelaburan yang diberikan nama icube investment pte ltd yang memiliki modal berbayar selama rm2.4j = $1juta

4. Akhbar straits times mendedahkan bahawa mereka mempunyai dokumen sahih yang diperolehi dari  ACRA = Singaporean Accounting and Corporate Regulatory Authority, yang mengesahkan bahawa suami shahrizat dan anak lelaki shahrizat antara pemilik saham syarikat tersebut.

Dan setelah merekodkan kesemua syarikat2 yang dimiliki oleh family shahrizat di singapore, didapati bahawa mereka dipercayai mempunyai modal berbayar sebanyak rm8.85j = $3.65juta.

Ini termasuklah anak2 shahrizat yang lain tak kira lah laki or pompuan. Seme ada kaitan dengan syarikat2 tertentu dimana mereka menjadi pengarah syarikat kepada syarikat2 tersebut. Peh. 

Jadi rm250juta nampaknya telah terpercik kat singapore juga. So, memang wajarlah skandal neh dicetak dan diedarkan dalam bentuk risalah ke setiap kampung2 dan ceruk2 perumahan tak kira lah kat mana2. 

Pendek kata asal tempat tue ada orang, risalah pasal skandal nfc harus diedarkan. Sekarang neh sapa boleh cipta risalah? Aku boleh tolong edarkan kat setiap page. Aku leh cetak untuk edarkan kat kawasan tempat aku tinggal. Tapi kawasan yang selebihnya sapa nak buat? Nak menang pru tak? Muahaha.. direct je gua tanya. 

Ameno : rm250j = asal utk rakyat dapat beli lembu dengan rega murah tp jadi hak milik shahrizat bina kekayaan plak...

Terengganu batal pinjaman 6 pelajar sertai demo Bersih, Auku

Okey.

Tindakan neh kejam dan bermotifkan politik. Awat jahat sangat ahmad said neh? Benda dah lepas, itu satu hal dan benda pun bukan nya membabitkan penentangan terhadap kerajaan bien just mahukan spr bersikap adil dengan memahami tuntutan 8 perkara, pun nak hukum pelajar gak ka? 

Dah lupa ka titah agong dulu? Bengong. Menyusahkan rakyat jek yang korang pandai. Sikit2 guna teknik ugut. Ingat zaman ugut mengugut laku ka sekarang neh? Kelaut lah weh.

Baca bawah neh beb. Korang perhatikan ayat mb ganu yang aku boldkan ;

Kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demostrasi di Mesir baru-baru ini.
Keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi, rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih 2.0 yang menimbulkan kontroversi di dalam negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan.
“Kita hantar mereka (pelajar) ke Mesir untuk menuntut ilmu tetapi apa yang mereka lakukan adalah pergi berdemostrasi, berpolitik dan situasi ini tidak seharusnya berlaku.
“Malah, daripada surat rayuan yang dihantar kepada kita (Kerajaan Negeri) jelas jawapan yang mereka berikan tidak meyakinkan kerana kita telah kenal pasti melalui blog-blog dan Internet jelas muka mereka yang terpampang dengan memakai baju bersih dan membawa bendera Terengganu,” katanya. -sh-

Dia cakap pasal berpolitik kan? Ehh tak silap aku lah kan dan terbukti banyak kali juga pelajar2 pro bien elok je berpolitik dalam negara luar negara dalam kelas luar kelas dan sebagainya. Dan aku pernah dedahkan beberapa bukti email dan docs bila ada some1 yang hack email pembodek2 bien di mesir memberikan bukti printscreen betapa POLITIKnya guru2 yang pro bien kat sana. Dasat siot. 

Yang tue ada meh dikenakan tindakan? Guru dan student beb. Berpolitik pro bien walhal belajar guna wang pembayar cukai, bukan wang yang dibayar oleh menteri2 bien pun. Takde pun ko amek tindakan. Ada pernah ka? Tak pernah kan?

Beginilah nasib student, dianiayai weh. Ingat weh, apa yang bien dah buat kat rakyat malaysia neh. 6 orang menjadi mangsa kekejaman politik bien. Dan sebelum2 neh ramai telah menjadi mangsa mereka.

Mereka tak sedar orang dah benci depa tapi mereka dok paksa2 kita terima cara depa tadbir negara neh weh. Tangan yang mengundi bien pada pru - 13 akan datang ialah tangan yang menghalalkan kekejaman ke atas sahabat2 kita yang teraniaya angkara bien. Ingat tue. Bersedia kah anda menjadi rakan subahat bien di akhirat kelak? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Jahat gile.

Ummi akan berceramah balon dsai setiap minggu.

Deemm..

Berita apa yang aku baca kat utusan neh beb? Dasat siot. Dasat gegila beb. Siyes neh. 


Sasaran ummi tak lain dan tak bukan ialah anwar ibrahim semata2. Peh. Gile arh. Orang gila talak pun tak gila macam ummi. Bagi aku kalau ummi nak attack pr, memang logik gak kan sebab dia pro bn. Tapi masalahnya aku heran yang ummi hanya attack dsai jek dari dulu. Kenapa hanya dsai? Sedangkan ramai lagi pemimpin pembangkang yang dia boleh attack tp kenapa hanya dsai? 

Dulu dia juga cakap ada koleksi video seks dsai. Berkotak2. Bersiri2. Taknak dedahkan ke? Tersimpan di lokasi rahsia yang aku tak tahan baca tue. Lawak siot.

kah kah kah

Sorry lah bukan nak tuduh2 tapi tatau lah betul tak betul mulut2 orang yang bercakap neh. Dorang kata ahti ummi ada pada dsai. Siyes aku selalu dengar orang cakap macam neh. Dorang bagitau lah yang ummi tue sebenarnya jeng jeng jeng nak kan dsai masa dia jadi tipiem dulu. Benda neh pun tak terbukti melalui fakta pun der. Just cakap2 kosong. Serba salah gak aku nak percaya kan.

Tapi bila perhatikan tindakan2 ummi.. tah lah. Memang jelas terpancar macam orang putus cinta. Beria2 sangat attack dsai. Padahal ramai lagi pemimpin pembangkang yang dia leh attack tapi dia tetap hanya attack dsai gak. Kenapa ek?

kah kah kah

Apa pun kalau sungguh ummi akan berceramah tiap2 minggu untuk balon dsai [semata2] dan dibenarkan keluar masuk universiti untuk kegiatan ceramah dia, terbuktilah pru memang semakin hampir. 

Dan, dalam masa yang sama juga aku nak tanya kalau ummi keluar masuk universiti untuk buat ceramah politik, benda tue salah ke tak? Ummi boleh didakwa ke tak? Yelah berpolitik dalam universiti dan kepada budak2 universiti kan? Takan takde sound menyound pula? Dia bukan status menteri apatah lagi pemimpin pun kan. Hidup jangan bias beb.

Ameno : Meroyan yang tak diubati.. memang parah siot


Jumaat, 16 Mac 2012

Mahal nya kos pentadbiran PTPTN.

Mak aiii.

Kos pentadbiran dia kemain dasat lagi tue der. Mahal gile tue. Dasat siot. Ini namanya membunuh ! Ini siyesss.. 

kah kah kah

Aku bukan peminjam PTPTN. So aku taktahu nak ulas sebagai peminjam. Tapi sebagai orang luar aku leh ulas pandangan aku jek kot. Lihat dokumen kat bawah neh. Yang dah tersebar dekat dua hari. 



Korang nampak tak highlight kuning tue? Good. Nampak kan? Sekarang neh aku selalu dengar peminjam2 complaint bab riba / bunga / faedah = kerajaan sebut sebagai kos pentadbiran. Sekarang neh aku dah faham kenapa depa dok complaint2. Memang banyak tue der. Siyes banyak.

Bagi aku mustahil pula kalau nak menguruskan ptptn neh tanpa mengeluarkan kos pentadbiran. Tapi aku tetap heran kenapa ia banyak sangat der. Ini idea aku je lah. Sekadar idea..

1. Pandangan aku ialah, kenapa tidak kakitangan kerajaan sendiri yang uruskan ek? Jimat sikit kos pentadbiran kan? Kakitangan kerajaan kan ramai? Takan untuk suruh dorang uruskan kos pentadbiran jadi masalah pula? Hanya perlu tambah satu jenis kerja je. Bukan susah mana pun kalau boleh dipratikkan betul2.

2. Dan kalau tak boleh juga nak lambakkan kerja neh kepada kakitangan kerajaan [err selama neh yang uruskan pinjaman ptptn neh sapa, pihak ketiga ka? aku taktau] kenapa perlu tinggi sangat kos yang dikenakan terhadap peminjam ? Itu baru merujuk kepada seorang peminjam. Bukan ber-orang2 lagi. Kalau ber-orang2 peminjam, maka banyaklah kos pentadbiran yang ptptn boleh raih. 

3. PTPTN dapat wang dari pembayar cukai kan? So.. apa kata kerajaan wujudkan satu mekanisme yang mesra kepada pelajar, mesra untuk pembayaran semula tanpa perlu menyusahkan ptptn.

Sia2 jek charge orang mahal2 kalau last2 lepas belajar depa takmo bayar sebab marah or berdendam, tak dapat kerja, mahal dan etc2. Yang rugi tetap PTPTN. Bukan orang lain pun. Tapi aku tak galak lah orang jangan bayar lepas pinjam. Dah pandai pinjam kena bayar lah der. Orang lain pun nak sambung belajar gak der. Bai.

Ameno : Kereta kancil secondhand lepas dah..

Banyaknya kek harijadi Najib..

Beb..

Tadi aku google. Google punya google sekali terserempak dengan imej kat bawah neh beb. Bukan ciplak ek. Najib sendiri sebarkan dalam internet. Layan dulu gambar2 kat bawah neh oke ;



Banyak siot kek dia. Besar kecik seme cukup. Yang coklat, yang tak coklat pun ada. Macam2 bentuk, rupa dan rasa. Seme complete siot. Bestnya jadi najib. Dapat kek banyak2. 

kah kah kah

Tapi kan.. aku heran lah weh. Napa depa beli kek banyak2 dan suruh najib potong sekaligus? Ampu dan bodek najib ek? Takpelah. Tapi guna sendiri kan? Tak potong dari peruntukkan untuk setiap jabatan kan? Alah beli kek tong2 ramai2 baru berapa jek kena keluar der. Takan itu pun hadap duit rakyat gak ? Betul tak?

kah kah kah

Apa pun kalau korang nak ENJOY tengok muka najib POTONG kek banyak2 boleh klik sini beb. Muahahaha.. kek gambar najib dan rosmah pun ada siot. Siyes. Tengok bawah neh ;



kah kah kah

Adoiiyaii.. macam2 beb.

Ameno : Bagi aku cikit kek coklat tue rosmah.. please..

SKMM nafi arah telco laksana cukai khidmat prabayar 6%.

Drama. 

Yup, drama telah bermula beb.

kah kah kah

Lihat bawah neh. Statement terbaru dari SKMM yang dipetik dari utusan malaysia ;


Depa nafi beb. Takpe. Kita tunggu lah penjelasan dari orang yang mengesahkan hal tersebut. Apa yang pasti setiap notis yang skmm keluarkan mestilah ada bukti kan? Tak kisah lah samada dia keluarkan melalui email or surat tapi mesti ada bukti kan?

Kita berharap sangat notis tersebut boleh didedahkan meskipun kita tahu ia mungkin mustahil sebab memburukkan imej kerajaan di mata rakyat. Tapi kalau sapa2 leh akses kepada maklumat tersebut mohon didedahkan buktinya kat sini. Baru kita leh tengok sapa sebenarnya yang main wayang beb.

Err jap. SKMM nafi keluarkan notis tapi tak nafikan yang cukai tersebut tidak akan dilaksanakan, kan? Betul tak ayat aku neh der?

kah kah kah

Adoiiiyaiii

Berita pasal cukai prepaid rujuk sini.

Ameno : Kang najib berlakon jadi hero beb. Lepas tue mesti suruh orang undi bien beb. Muahaha..

Cukai untuk pengguna prepaid bermula 1julai 2012.

Amek kaw. 

Benda dah keluar berita. Bukan sekadar cakap2 jek. Ia dah diluluskan oleh kerajaan [ baca bien] dan notis mengenai perkara tue pula dah diedarkan oleh mcmc [skmm]. 

Baca bawah neh ;


Ini bermaksud 1julai neh kita akan terpaksa membayar cukai untuk membeli prepaid. Yang aku tak faham dari dulu lagi, benda tue kan dah tentu2 termasuk dengan cukai perkhidmatan kenapa nak kenakan cukai lagi? Hasil perbincangan aku dengan kekawan aku [dulu2] kami rasa yang kerajaan perkenalkan neh cukai perkhidmatan = macam gst. Sebelum neh cukai yang dikenakan secara kolektif tue nama dia cukai jualan.

Maksudnya disini untuk satu kad prabayar kita bukan sahaja perlu membayar cukai jualan [setiap kad yang terjual] tapi kita kena bayar cukai perkhidmatan juga. Memang atas kad tulis cukai perkhidmatan tapi kita orang suspect tue sebenarnya cukai jualan [cukai yang dikenakan ke atas kita sebelum neh sepertimana yang tercatit atas kad prabayar].

Itu kita orang suspicion lah. Korang janganlah percaya pula. Maybe korang ada pandangan masing2. Tapi aku dan kekawan aku beranggapan begitu. Masalahnya kerajaan tak takut meh hilang sokongan bila memperkenalkan cukai neh? Cuba fikir jap.

Aku ada beberapa tanggapan dalam isu neh.

1. Kerajaan sengaja meluluskan cukai neh then dia akan tarik balik = di anggap hero + wira last minit. Padahal kita yang beria2 menentangnya der.

2. Kerajaan memang berani mati perkenalkan cukai neh kerana yakin akan menang besar untuk pru - 13.

3. Kerajaan ada alternatif untuk menyakinkan rakyat betapa relevantnya cukai neh dan akan menterbalikkan kesalahan kepada syarikat telekomunikasi.

4. Kerajaan bagi jaminan setiap cukai yang dikutip akan kembali semula kepada rakyat menerusi manifesto bien untuk pru -13.

Aku pun tak pasti mana satu betul. Tapi tanggapan2 macam neh memang ada dalam kepala hotak aku sekarang neh. Apa pun salam barang naik untuk penyokong2 malaysia. Kali neh tak kira ko bien ka pr ka apa ka cukai untuk prepaid kita tetap kena bayar kalau ia benar2 dilaksanakan kelak der...

Adoiiii rabak lagi duit gua..

Sedihhhhhhhhhhh....................... <-- takley nak kah kah kah siot.

Ameno : Apa pun nak cukai..

Khamis, 15 Mac 2012

Blogger umno nak londeh tukang dedah maklumat rafizi?

Tak yah buat kerja bahlol lah weh. Isu sekarang neh bukan kira sapa dedah sapa. Itu seme takde kena mengena pun dengan isu pendedahan rafizi tue. Korang nak dedahkan nama penuh wanita + ic dan etc2 wanita kat bawah neh semata2 dia dedahkan dokumen shangri-la tue ka?


Untuk rekod gambar kat atas neh gambar hiasan jek. Aku syak je lah. Tak pasti betul ke tak betul. Tapi memang gambar2 neh yang dah tersebar kat blog umno pun. Hehehe.

Sekarang neh aku nak kita berfikir isu masak semasaknya. Bagi yang tidak tahu kisah sebenar atas isu neh meh aku explain sikit supaya korang faham fakta kes.

1. Ada orang bagi info kat rafizi. Bab dia bayar untuk dapat info ka apa itu aku taktau dan takmo masuk campur. 

2. Yang penting sekarang info tue betul ke tak betul? Itu point dia kan? Kalau pun dia membayar untuk dapatkan satu2 info = info benar, ada masalah ka weh? Sepatutnya takde. Itu kalau dia bayar lah. Kalau dia dapat info percuma pun apa masalahnya juga? Bukan nya ada aktiviti rasuah disini. Jual beli info neh ialah perkara biasa beb. Siyes. 

3. PMO dah mengesahkan kesemua dokumen tersebut = tulen bila mereka bertindak menafikan pertunangan dan harijadi najib dibiayai guna wang rakyat. Kalau dokumen tersebut palsu sudah tentu PMO membuat penafian bahawa dokumen tersebut palsu, bukan buat penafian mengenai sumber perbelanjaan kan?

4. Shangri-La hotel pun mengesahkan bahawa dokumen tersebut tulen. Sekarang neh dokumen yang disebarkan oleh informer = tulen. Tiada keraguan langsung. Jadi tak perlu lah nak dedahkan2 dia. Bukan dia menfitnah sampai nak ugut dia bagai beb. Biar je lah dia dengan dunia dia. 

Dia, maybe tertanya2 sebagai rakyat wajar kah perbelanjaan tersebut dan dari mana agaknya najib dapat duit. Takan syak wasangka dia menjadi satu kesalahan pula? Bukan nya dia boleh direct pergi rumah najib tanya dan minta tolong sebagaimana saiful tue beb. Matang arh sikit der.

5. Dan dalam pendedahan rafizi, dia tak cakap pun yang najib guna wang rakyat. Dia tak sebut. Aku pun tak sebut. Yang sebut mungkin penyokong2 pr. Aku tak nafikan. Yang dia sebut, aku sebut dan aku percaya ramai bloggers pr sebut ialah kita tanya najib guna duit sapa bayar seme neh? Adakah wang sendiri? Adakah ia duit rakyat? 

Ia adalah satu perbelanjaan yang sangat besar. Minta tolong najib kemukakan bukti2 pembayaran bagi mengelakkan kira rasa syak wasangka pada menteri kita. Salah ke kita berbuat demikian? Salah ke kita nak tahu?

Kenapa nak tahu? Adakah rakyat perlu bersikap penyibuk dalam hal neh? Of course memang kena. Sebab dah terlalu banyak kali kita dengar najib suruh kita berjimat cermat tapi dia sendiri tak amalkan apa yang dia cakap. 

Dia minta kita faham kerajaan, kerajaan melalui saat2 yang sukar dan akan pulihkan ekonomi tapi cara hidup dia berbeza dengan apa yang dia selalu sebut. Kita jadi marah lah. Selepas tue selalu sangat kita didedahkan dengan berita2 rosmah berbelanja mewah, dari situ kita dah jadi was2. Banyak sangat ke wang najib sekarang neh untuk tampung gaya hidup mewah family dia?

Lepas tue kat rakyat dihalakan yang cikai2. Contohnya kedai 1malaysia. Siyes cikai. Susu tin = tin sardin = cop 1malaysia = barangan yang sangat cikai. Minta maaf, bukan aku nak kutuk2 barangan 1malaysia tue der. Tapi sepatutnya sebagai pemimpin dia kena lah bawa naik taraf hidup kita, betul tak? 

Maksud aku sepatutnya dia tolong kita meningkatkan pendapatan kita, kan? Melalui dasar2 dan polisi2 kerajaan yang menjurus kepada sosialis + kebajikan yang disalutkan dengan elemen islam yang menjaga seluruh rakyat tak kira apa bangsa or agama sekalipun.

Maaf cakap, orang yang faham islam akan nampak islam bukan sekadar cara hidup malahan satu sistem yang mana semua orang boleh terlibat dalam nya tanpa perlu tukar agama asal masing2. Siyes. Ini sesuatu yang orang bukan islam tidak perlu takut.

Tetapi apa yang najib buat sekarang adalah terbalik. Dia downgraded kan lagi hidup rakyat. Katakan dulu kita mampu beli sardin ayam brand sekarang dia halakan kita sardin yang taktahu sumber mereka. Tah halal tah haram. Tah bersih tah kotor. Cop syarikat takde nak check. Info apa pun takde nak kenalpasti pembuat sardin or susu tin [contoh] tersebut. Nampak tak cara mana najib memerintah neh?

Semakin lama semakin mencikaikan rakyat. Dan itu tak masuk lagi angkara kroni = projek yang berlaku bila nak jayakan kedai 1malaysia neh. Maleh aku nak cakap dah. Dah penat. Kita sama kita tahu sudah lah. Yang bloggers umno pun memang tahu juga. Hakikat beb.

Jadi bila semua elemen tersebut bergabung menjadi satu, kita memang akan bersikap penyibuk dalam hal seperti neh. Memang kita sebagai rakyat berhak tahu dari mana najib dapatkan kesemua wang2 untuk berbelanja mewah. Jangan anggap persoalan2 rakyat ialah satu musuh buat pemimpin.

Jika apa yang rakyat sangka itu adalah salah maka buktikan ia dengan fakta. Kita akan terima fakta andai najib betul2 boleh kemukakan bukti bahawa dia benar2 bayar guna wang sendiri. Jangan risau, kita benci pun kita tak benci individu tetapi kita benci sikap atau lebih tepat perbuatan.

So kalau ada bukti lampirkan sahaja. Tak perlu lah nak mengenakan orang yang mendedahkan bukti tersebut. Kesian dia. Kang tak pasal2 kena ugut, kacau dan etc2 pula. Bai.

Ameno : Heran aku.. soal keselamatan individu neh tak patut terbatas kepada parti.. polis kena melindungi seme rakyat malaysia tanpa kira parti. Kalau ada yang mendedahkan identiti pemberi maklumat or orang2 lain di media online [hal2 personal kecuali gambar dan nama] sepatutnya ditahan mereka2 itu sebab membahayakan orang yang dia dedahkan tue..

Umno buat kacau di ceramah PR kat pekan.

Laaa. 

Aku ingatkan depa dah belajar dari kesilapan lepas. Tapi nampaknya depa masih tetap meneruskan satu sikap yang tidak "mesra perbezaan". Dalam politik di malaysia neh kalau kita tak sokong bien sebenarnya tak salah. Sebab bien bukan lah kerajaan islam yang memimpin dengan adil dan saksama sehingga menyebabkan kita tak boleh nak jatuhkan dia. 

Kalau bien kerajaan adil = menjatuhkan dia = aku berdosa = kerana menolak pemerintah yang adil kepada rakyatnya. Yang tue aku boleh faham kenapa penyokong2 umno akan marah dan buat provoke di setiap ceramah pr. Tapi masalahnya bien bukan macam tue. Jangan salah faham. Aku tak kata pr = kerajaan adil gak. PR belum lagi mampu mendapat label kerajaan adil tapi pr boleh di anggap lebih baik dari bien. 

Dan sebagai rakyat, aku akan berusaha memilih kerajaan yang lebih baik dan lebih baik sehingga berhasilkan mendapatkan kerajaan adil. Orang akan cakap ia sukar + mustahil + tidak mungkin untuk mendapatkan kerajaan yang adil tapi aku menganggap kata2 seperti itu tidak akan membantu rakyat macam aku. Rakyat macam aku dan kita seme bebas mempunyai impian untuk membentuk dan mewujudkan kerajaan yang adil. 

Kata2 yang melemahkan, menjatuhkan, tak membantu, malas tak sepatutnya dipedulikan oleh kita semua. Mereka yang malas berjuang untuk mendapatkan kerajaan yang adil adalah loser. Dalam hidup neh, kalau kehidupan kita hanya untuk makan, tidur, bekerja, bercinta, cari duit, sebenarnya takde erti langsung. Aku dah pernah hidup macam tue dulu. Tapi hidup macam tue tak seronok langsung.

Yang seronoknya hidup macam sekarang. Baru rasa macam hidup ada erti bila mempunyai impian yang besar dan berusaha sedaya upaya mengejar impian tersebut. Siyes. Baca bawah neh sat ;

Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit. Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam -PDO-

Klik PDO kalau nak baca artikel tue sampai habis. Aku petik sikit sebab nak ulas bab perangai umno yang jelas tak matang langsung dalam berhadapan dengan kempen2 pr. Cuba baca ayat di atas tue. Apa yang depa buat?

1. Buat ceramah di lokasi yang berdekatan dengan ceramah pr = tujuan memprovokasi = maksudnya mereka suka nak cari pasal dengan kita walaupun kita buat ceramah bukan nak cari pasal.

2. Mengejek2 penceramah2 kita. Nampaknya mereka takde fakta sebab tue menggunakan medium mengejek2 orang untuk melontarkan pandangan. Kalau ko ada hujah, apakah ko akan ejek2 orang? Sudah tentu ko akan luahkan hujah2 ko untuk didebatkan kan? Tapi masalahnya depa takde hujah sebab tue ejek2 orang. 

Lihat bawah neh pula. Gambar bebudak yang buat kacau ;





Ini seme perangai2 bahlol + loser yang harus dibendung segera oleh umno kalau sungguh nak membersihkan imej samseng dari parti mereka. Menjadi samseng tidak akan mendapat sokongan dari atas pagar yang lebih suka berfikir dan mengikut sesuatu perkara berdasarkan betul dan salah.

Dan golongan atas pagar ialah golongan yang terramai mengikuti politik di malaysia neh. Bukan penyokong pr or penyokong bien, tapi golongan atas pagar neh. Dan aku tak nampak apa berdosanya menjadi golongan pemikir walaupun mungkin sesetengah penyokong bien dan pr marah dengan pendrian korang. Bai.

Ameno : Kalau tak kacau ceramah orang tak boleh ka?

Rabu, 14 Mac 2012

Korang nak tahu apa yang Najib dah buat kat Malaysia sekarang? Meh baca sini.

Gila siot.




Kita boleh perhatikan apa benda yang najib dah buat selama neh beb. Siyes. Inilah kot yang orang sebut2 selalu dunia berita tanpa sempadan. Popular lah najib selepas neh. 24jam kena perhatikan sampai google pun tak senang duduk.

kah kah kah

Kalau korang berhajat nak amek tahu apa benda yang telah najib buat kat malaysia neh senang jek beb. Siyes. Senang gile geng. Bukan susah pun. Tak payah call2 dia ke or email dia apa bagai seme. Ini betul2 senang gile. Kalau korang nak tengok apa yang najib dah buat kat malaysia neh sama macam aku yang memang tengah tengok sambil tak henti2 gelak sebab kelaka sangat korang dipersilakan lah

Klik bawah neh.

Kelakar siot.

Aku suka.

kah kah kah

Mampuih lah pembangunan blog neh kena menyorok sesegera mungkin beb. Kang ada yang mengamok karang. Muahahaha..

Ameno : Lawak tapi ada fakta dan isi beb. Itu yang penting der..

Majlis harijadi najib rm80ribu pula - Tolong dedahkan jumlah sebenar gaji Najib! - UPDATED!






Updated ; 

Kat atas neh dokumen yang dipercayai benar lagi sahih yang diperolehi dari hotel shangri-la.

Point penting yang perlu difahami kita semua ialah ;

1. Yang neh ialah majlis untuk meraikan harijadi najib = majlis peribadi. Takde kaitan dengan kerajaan dan etc2.

2. Majlis neh dibuat dalam sri perdana =  kediaman rasmi perdana menteri = menggunakan semua fasilitis dan kemudahan2 rakyat yang diperuntukan khusus kepada perdana menteri lakukan kerja dia bagi mentadbir negara. Buat majlis hari jadi = majlis peribadi = tiada kaitan dengan kerja2 rakyat der.

3.  Perdana Menteri membelanjakan sekitar RM79,053 untuk satu majlis meraikan hari lahir beliau; pecahannya seperti berikut:

Buffet untuk 100 tetamu @ RM207 setiap seorang

RM20,700

Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai

RM7,738

Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai

RM5,300

Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai

RM795

Gubahan bunga @ RM30,000 + 6% cukai

RM31,800

Caj pengendalian @ RM12,000 + 6% cukai

RM12,720

JUMLAH

RM79,053

4. Majlis neh dihadiri lebih kurang 100 orang jek beb. Hehehe mahal siot untuk 100 orang punya makan.

5. Sekarang kita tengok time pula. Majlis neh berlangsung start pukul 7 tue. Peh. Waktu mahgrib tue der. Jangan salah faham. Aku saja jek nak bagitau time majlis tue dekat2 waktu mahgrib beb.

6. Then kita tengok pula tujuan majlis neh. Tujuan majlis = raikan hari jadi. Najib = orang islam yang pro wasatiyah. Agak2 der.. orang jenis apa yang meraikan majlis hari jadi macam neh? Kalau bebudak tue toksah cakap lah der. Biasa sangat dah kita buat sambutan harijadi untuk depa. Yang si najib neh bukan budak2 der tapi datuk kepada budak2 lagi. Hehehe.. Lue fikirlah sendiri der. 

7. Pada tahun 2011 najib dah habiskan 80k duit untuk buat majlis hari jadi. Pada tahun yang sama najib habiskan 400k juga untuk raikan majlis pertunangan anak dia. So kat sini terbukti der najib banyak duit. Tapi dari mana dia ada duit sebanyak tue? Berapa gaji dia? Yang neh kita minta dia dedahkan supaya kita tak rasa was2.

8. Majlis hari jadi neh telah diadakan dalam rumah pm yang menggunakan bil api + bil air = yang dibayar oleh wang rakyat der. Yang tue kita memang pasti. So macam mana najib nak kira benda begini? Adakah bil api + air satu hari neh najib bayar juga? Bagaimanakah pengasingan dilakukan?

9. Majlis hari jadi neh juga menggunakan kakitangan tertentu untuk melayan tetamu. Adakah kakitangan kerajaan digunakan? Almaklumlah, orang luar bukan boleh keluar masuk sri perdana der. Even kakitangan hotel shangri-la sekalipun. Jika ya, adakah najib bayar ot mereka? Guna wang sapa lagi? Yang tue kita nak najib perjelaskan.

10. Dan yang terakhir yang kita nak najib dedahkan ialah siapakah tetamu2 yang dia jemput pada hari tersebut? Kita mahu tahu senarai tetamu. Kot2 ada cross link dengan tender2 kerajaan kah. Kena dedahkan seme tue ye najib. Please. 

Najib, anda memang seorang perdana menteri di malaysia tetapi anda bukan bos saya, sebaliknya saya dan rakyat yang lain ialah boss anda. Kami berhak tahu seme tue demi menjaga kepentingan dan hak2 rakyat disini.



Siyes.

Najib kena dedahkan seme tue untuk mengelakkan keraguan dan rasa was2 kita terhadapnya. Aku dah semakin pelik gile. Logik lah beb persoalan2 aku neh . 

Belanja tunang = rm400 ribu semalam? Banyak gaji dia untuk support seme tue?

Belanja hari jadi = Dekat rm80ribu semalam? Untuk 100 tetamu jek pun? Banyak gile duit dia.. dibuat dalam rumah rasmi PM. Bil elektrik kita yang bayar tue der..

Belanja hantaran time tunang = tak tahu kos dia berapa tapi mereka yang terlibat bagitau memang mewah siott..

Belanja rosmah setiap hari = ??? Takan rosmah pergi sana pergi sini guna duit rakyat? Shopping? Baju mahal? Beg mahal? Cincin mahal? Aksesori keronsang. Aku selalu nampak dia pakai kerongsang mahal2 yang dia selitkan kat selendang dia tue. Sekali tengok mao makan riban2 beb keronsang macam tue.

Belanja anak2 najib yang belum berkahwin dan bekerja = ??? taktau berapa tapi still najib kena sara depa kan? So dari mana depa dapat duit untuk belanja hari2 dan bayar duit untuk study dan keluar dengan kekawan? Takan baju anak2 dia pun kita support beb? Biar betul??

Setelah dihimpun2kan dan difikir2kan sebenarnya gaya hidup najib = satu gaya hidup yang sangat mewah. Dia berubat pun ke luar negara. Tak percaya pada pakar sendiri. Yang tue dah sah2 guna wang rakyat. Tak boleh nak kata apa dah sebab termasuk dalam kelebihan yang dia raih sebagai PM. 

Tapi macam mana pula dengan kes dia bercuti ke australia masa tahun baru 2012 ari tue? Yang kecoh menginap di hotel mewah? Dia guna duit sapa lak tue? Kena siasat. Sebenarnya ada terlalu banyak perbelanjaan najib yang kita sebagai rakyat nak tahu dari mana sumber wang yang digunakan. Siyes. Najib kena dedahkan jumlah gaji dia supaya kita boleh lakukan perkiraan matematik logik ke tak logik pendapatan dia boleh support semua gaya perbelanjaan mewah dia.

Artikel neh telah dikemaskini.

Ameno : Sakit ahti der..

Projek RM22juta terbelangkai.. - satu lagi gajah putih?


Neh ada melibatkan satu lagi projek yang  menggunakan dana awam untuk buat satu pembangunan dan kemudian nya projek tersebut tersekat separuh jalan. Kali neh jumlah yang membabitkan projek neh ialah sebanyak rm22juta. 

Kita tak kisah der kerajaan nak buat projek. Kita faham betapa perlunya pembangunan untuk rakyat marhaen. Tapi kita marah kalau projek2 tersebut menimbulkan masalah yang akhirnya mengakibatkan kerugian dan pembaziran yang melibatkan wang dan masa yang telah diperuntukkan. 

Yang neh kita terpaksa marah sebab benar2 merugikan rakyat. Buat apa kerajaan buat projek, labur duit pembayar cukai sana sini lepas tue hasilnya satu haramjadah rakyat tak dapat? Kan memang wajar kita marah?


Sekarang neh citer pasal projek rm22juta dulu.

1. Lokasi projek di tanjung karang.

2. Nilai projek neh rm22juta.

3. Pelan projek ialah untuk pembinaan jeti dengan fasiliti yang lengkap. Benda neh related dengan hal2 maritim. Dan dibina untuk kegunaan lembaga kemajuan ikan malaysia [LKIM].

4. Peruntukkan wang datang dari kementerian asas tani. Noh omar ka? Yang tue kena selidik tahun lah der.

5. Apa masalah pada projek neh? 

- tidak merujuk kepada beberapa agensi penting semasa melakukan operasi pembinaan di mana pelan pembinaan mereka itu sendiri tidak di iktirafkan oleh agensi2 yang berkuatkuasa. 

- Sekarang dah siap 90% tapi kerajaan negeri takley bagi cf sebab apa? Sebab = tidak merujuk kepada agensi2 tertentu. Peranan agensi2 tersebut ialah memberikan jaminan bahawa projek tersebut diyakini selamat. Kalau dah takde jaminan keselamatan macam mana nak luluskan bangunan yang telah dibina?

- Sebab tue kerajaan negeri tidak boleh meluluskan projek tersebut melalui agensi mereka iaitu majlis daerah kuala selangor [MDKS].

Dalam kes neh kerajaan negeri juga boleh dipersalahkan sedikit sebanyak. Bila satu2 projek tue terbina di satu2 lokasi takan takde orang yang perasan especially mereka2 yang terlibat dengan agensi yang berkuasa dalam soal kelulusan? Bagi aku untuk kakitangan kerajaan negeri mereka boleh didakwa atas faktor kecuaian dan kelalaian. Sehingga 90% projek siap baru bising nak complaint. Sebelum tue buat apa? Tidor? 

Takan tak perasan ada jentera bagai berlegar2 kat kawasan tersebut? Takan tak reti nak baca papan tanda dan semak dengan agensi bahawa projek neh sebenarnya tiada dalam listing yang telah diluluskan? Neh lah perangai kakitangan kerajaan. Maleh aku nak cakap. Kalau boleh menilai perangai dan prestasi penjawat awam, dah lama aku buat.

6. Atas paper tulis dah siap sehingga 80 - 80 % tapi apa yang terpapar atas tanah tidak mengambarkan apa yang terpapar atas paper. Pelik.

Apa yang boleh kerajaan negeri buat untuk mengurangkan kerugian dalam projek neh? Asal dan cadangan projek neh memang baik, untuk kemudahan rakyat dan mewujudkan peluang pekerjaan so kalau biarkan ia rugi habis memang dasat arh jawabnya.

Cadangan aku ialah amek alih projek neh daripada kerajaan pusat dan perbaiki balik mana2 yang tak elok. Inilah masanya untuk kerajaan negeri buktikan yang mereka pandai memperbaiki mana2 kerosakkan yang dilakukan oleh kerajaan pusat. 

Di samping itu kena report polis dan sprm. Kementerian yang meluluskan tue kena bertanggungjawab sepenuhnya dan syarikat yang diberikan tender neh kena disiasat. Kot2 ada link ke apa tue seme kena korek habis arh. Moga2 menteri yang bertanggungjawab tue boleh gak berambos sebagaimana shahrizat. Heh. Bai.

Ameno : Apa pun tak boleh lah sekarang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...