Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 15 Mac 2012

Blogger umno nak londeh tukang dedah maklumat rafizi?

Tak yah buat kerja bahlol lah weh. Isu sekarang neh bukan kira sapa dedah sapa. Itu seme takde kena mengena pun dengan isu pendedahan rafizi tue. Korang nak dedahkan nama penuh wanita + ic dan etc2 wanita kat bawah neh semata2 dia dedahkan dokumen shangri-la tue ka?


Untuk rekod gambar kat atas neh gambar hiasan jek. Aku syak je lah. Tak pasti betul ke tak betul. Tapi memang gambar2 neh yang dah tersebar kat blog umno pun. Hehehe.

Sekarang neh aku nak kita berfikir isu masak semasaknya. Bagi yang tidak tahu kisah sebenar atas isu neh meh aku explain sikit supaya korang faham fakta kes.

1. Ada orang bagi info kat rafizi. Bab dia bayar untuk dapat info ka apa itu aku taktau dan takmo masuk campur. 

2. Yang penting sekarang info tue betul ke tak betul? Itu point dia kan? Kalau pun dia membayar untuk dapatkan satu2 info = info benar, ada masalah ka weh? Sepatutnya takde. Itu kalau dia bayar lah. Kalau dia dapat info percuma pun apa masalahnya juga? Bukan nya ada aktiviti rasuah disini. Jual beli info neh ialah perkara biasa beb. Siyes. 

3. PMO dah mengesahkan kesemua dokumen tersebut = tulen bila mereka bertindak menafikan pertunangan dan harijadi najib dibiayai guna wang rakyat. Kalau dokumen tersebut palsu sudah tentu PMO membuat penafian bahawa dokumen tersebut palsu, bukan buat penafian mengenai sumber perbelanjaan kan?

4. Shangri-La hotel pun mengesahkan bahawa dokumen tersebut tulen. Sekarang neh dokumen yang disebarkan oleh informer = tulen. Tiada keraguan langsung. Jadi tak perlu lah nak dedahkan2 dia. Bukan dia menfitnah sampai nak ugut dia bagai beb. Biar je lah dia dengan dunia dia. 

Dia, maybe tertanya2 sebagai rakyat wajar kah perbelanjaan tersebut dan dari mana agaknya najib dapat duit. Takan syak wasangka dia menjadi satu kesalahan pula? Bukan nya dia boleh direct pergi rumah najib tanya dan minta tolong sebagaimana saiful tue beb. Matang arh sikit der.

5. Dan dalam pendedahan rafizi, dia tak cakap pun yang najib guna wang rakyat. Dia tak sebut. Aku pun tak sebut. Yang sebut mungkin penyokong2 pr. Aku tak nafikan. Yang dia sebut, aku sebut dan aku percaya ramai bloggers pr sebut ialah kita tanya najib guna duit sapa bayar seme neh? Adakah wang sendiri? Adakah ia duit rakyat? 

Ia adalah satu perbelanjaan yang sangat besar. Minta tolong najib kemukakan bukti2 pembayaran bagi mengelakkan kira rasa syak wasangka pada menteri kita. Salah ke kita berbuat demikian? Salah ke kita nak tahu?

Kenapa nak tahu? Adakah rakyat perlu bersikap penyibuk dalam hal neh? Of course memang kena. Sebab dah terlalu banyak kali kita dengar najib suruh kita berjimat cermat tapi dia sendiri tak amalkan apa yang dia cakap. 

Dia minta kita faham kerajaan, kerajaan melalui saat2 yang sukar dan akan pulihkan ekonomi tapi cara hidup dia berbeza dengan apa yang dia selalu sebut. Kita jadi marah lah. Selepas tue selalu sangat kita didedahkan dengan berita2 rosmah berbelanja mewah, dari situ kita dah jadi was2. Banyak sangat ke wang najib sekarang neh untuk tampung gaya hidup mewah family dia?

Lepas tue kat rakyat dihalakan yang cikai2. Contohnya kedai 1malaysia. Siyes cikai. Susu tin = tin sardin = cop 1malaysia = barangan yang sangat cikai. Minta maaf, bukan aku nak kutuk2 barangan 1malaysia tue der. Tapi sepatutnya sebagai pemimpin dia kena lah bawa naik taraf hidup kita, betul tak? 

Maksud aku sepatutnya dia tolong kita meningkatkan pendapatan kita, kan? Melalui dasar2 dan polisi2 kerajaan yang menjurus kepada sosialis + kebajikan yang disalutkan dengan elemen islam yang menjaga seluruh rakyat tak kira apa bangsa or agama sekalipun.

Maaf cakap, orang yang faham islam akan nampak islam bukan sekadar cara hidup malahan satu sistem yang mana semua orang boleh terlibat dalam nya tanpa perlu tukar agama asal masing2. Siyes. Ini sesuatu yang orang bukan islam tidak perlu takut.

Tetapi apa yang najib buat sekarang adalah terbalik. Dia downgraded kan lagi hidup rakyat. Katakan dulu kita mampu beli sardin ayam brand sekarang dia halakan kita sardin yang taktahu sumber mereka. Tah halal tah haram. Tah bersih tah kotor. Cop syarikat takde nak check. Info apa pun takde nak kenalpasti pembuat sardin or susu tin [contoh] tersebut. Nampak tak cara mana najib memerintah neh?

Semakin lama semakin mencikaikan rakyat. Dan itu tak masuk lagi angkara kroni = projek yang berlaku bila nak jayakan kedai 1malaysia neh. Maleh aku nak cakap dah. Dah penat. Kita sama kita tahu sudah lah. Yang bloggers umno pun memang tahu juga. Hakikat beb.

Jadi bila semua elemen tersebut bergabung menjadi satu, kita memang akan bersikap penyibuk dalam hal seperti neh. Memang kita sebagai rakyat berhak tahu dari mana najib dapatkan kesemua wang2 untuk berbelanja mewah. Jangan anggap persoalan2 rakyat ialah satu musuh buat pemimpin.

Jika apa yang rakyat sangka itu adalah salah maka buktikan ia dengan fakta. Kita akan terima fakta andai najib betul2 boleh kemukakan bukti bahawa dia benar2 bayar guna wang sendiri. Jangan risau, kita benci pun kita tak benci individu tetapi kita benci sikap atau lebih tepat perbuatan.

So kalau ada bukti lampirkan sahaja. Tak perlu lah nak mengenakan orang yang mendedahkan bukti tersebut. Kesian dia. Kang tak pasal2 kena ugut, kacau dan etc2 pula. Bai.

Ameno : Heran aku.. soal keselamatan individu neh tak patut terbatas kepada parti.. polis kena melindungi seme rakyat malaysia tanpa kira parti. Kalau ada yang mendedahkan identiti pemberi maklumat or orang2 lain di media online [hal2 personal kecuali gambar dan nama] sepatutnya ditahan mereka2 itu sebab membahayakan orang yang dia dedahkan tue..

Umno buat kacau di ceramah PR kat pekan.

Laaa. 

Aku ingatkan depa dah belajar dari kesilapan lepas. Tapi nampaknya depa masih tetap meneruskan satu sikap yang tidak "mesra perbezaan". Dalam politik di malaysia neh kalau kita tak sokong bien sebenarnya tak salah. Sebab bien bukan lah kerajaan islam yang memimpin dengan adil dan saksama sehingga menyebabkan kita tak boleh nak jatuhkan dia. 

Kalau bien kerajaan adil = menjatuhkan dia = aku berdosa = kerana menolak pemerintah yang adil kepada rakyatnya. Yang tue aku boleh faham kenapa penyokong2 umno akan marah dan buat provoke di setiap ceramah pr. Tapi masalahnya bien bukan macam tue. Jangan salah faham. Aku tak kata pr = kerajaan adil gak. PR belum lagi mampu mendapat label kerajaan adil tapi pr boleh di anggap lebih baik dari bien. 

Dan sebagai rakyat, aku akan berusaha memilih kerajaan yang lebih baik dan lebih baik sehingga berhasilkan mendapatkan kerajaan adil. Orang akan cakap ia sukar + mustahil + tidak mungkin untuk mendapatkan kerajaan yang adil tapi aku menganggap kata2 seperti itu tidak akan membantu rakyat macam aku. Rakyat macam aku dan kita seme bebas mempunyai impian untuk membentuk dan mewujudkan kerajaan yang adil. 

Kata2 yang melemahkan, menjatuhkan, tak membantu, malas tak sepatutnya dipedulikan oleh kita semua. Mereka yang malas berjuang untuk mendapatkan kerajaan yang adil adalah loser. Dalam hidup neh, kalau kehidupan kita hanya untuk makan, tidur, bekerja, bercinta, cari duit, sebenarnya takde erti langsung. Aku dah pernah hidup macam tue dulu. Tapi hidup macam tue tak seronok langsung.

Yang seronoknya hidup macam sekarang. Baru rasa macam hidup ada erti bila mempunyai impian yang besar dan berusaha sedaya upaya mengejar impian tersebut. Siyes. Baca bawah neh sat ;

Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit. Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam -PDO-

Klik PDO kalau nak baca artikel tue sampai habis. Aku petik sikit sebab nak ulas bab perangai umno yang jelas tak matang langsung dalam berhadapan dengan kempen2 pr. Cuba baca ayat di atas tue. Apa yang depa buat?

1. Buat ceramah di lokasi yang berdekatan dengan ceramah pr = tujuan memprovokasi = maksudnya mereka suka nak cari pasal dengan kita walaupun kita buat ceramah bukan nak cari pasal.

2. Mengejek2 penceramah2 kita. Nampaknya mereka takde fakta sebab tue menggunakan medium mengejek2 orang untuk melontarkan pandangan. Kalau ko ada hujah, apakah ko akan ejek2 orang? Sudah tentu ko akan luahkan hujah2 ko untuk didebatkan kan? Tapi masalahnya depa takde hujah sebab tue ejek2 orang. 

Lihat bawah neh pula. Gambar bebudak yang buat kacau ;





Ini seme perangai2 bahlol + loser yang harus dibendung segera oleh umno kalau sungguh nak membersihkan imej samseng dari parti mereka. Menjadi samseng tidak akan mendapat sokongan dari atas pagar yang lebih suka berfikir dan mengikut sesuatu perkara berdasarkan betul dan salah.

Dan golongan atas pagar ialah golongan yang terramai mengikuti politik di malaysia neh. Bukan penyokong pr or penyokong bien, tapi golongan atas pagar neh. Dan aku tak nampak apa berdosanya menjadi golongan pemikir walaupun mungkin sesetengah penyokong bien dan pr marah dengan pendrian korang. Bai.

Ameno : Kalau tak kacau ceramah orang tak boleh ka?

Rabu, 14 Mac 2012

Korang nak tahu apa yang Najib dah buat kat Malaysia sekarang? Meh baca sini.

Gila siot.




Kita boleh perhatikan apa benda yang najib dah buat selama neh beb. Siyes. Inilah kot yang orang sebut2 selalu dunia berita tanpa sempadan. Popular lah najib selepas neh. 24jam kena perhatikan sampai google pun tak senang duduk.

kah kah kah

Kalau korang berhajat nak amek tahu apa benda yang telah najib buat kat malaysia neh senang jek beb. Siyes. Senang gile geng. Bukan susah pun. Tak payah call2 dia ke or email dia apa bagai seme. Ini betul2 senang gile. Kalau korang nak tengok apa yang najib dah buat kat malaysia neh sama macam aku yang memang tengah tengok sambil tak henti2 gelak sebab kelaka sangat korang dipersilakan lah

Klik bawah neh.

Kelakar siot.

Aku suka.

kah kah kah

Mampuih lah pembangunan blog neh kena menyorok sesegera mungkin beb. Kang ada yang mengamok karang. Muahahaha..

Ameno : Lawak tapi ada fakta dan isi beb. Itu yang penting der..

Majlis harijadi najib rm80ribu pula - Tolong dedahkan jumlah sebenar gaji Najib! - UPDATED!






Updated ; 

Kat atas neh dokumen yang dipercayai benar lagi sahih yang diperolehi dari hotel shangri-la.

Point penting yang perlu difahami kita semua ialah ;

1. Yang neh ialah majlis untuk meraikan harijadi najib = majlis peribadi. Takde kaitan dengan kerajaan dan etc2.

2. Majlis neh dibuat dalam sri perdana =  kediaman rasmi perdana menteri = menggunakan semua fasilitis dan kemudahan2 rakyat yang diperuntukan khusus kepada perdana menteri lakukan kerja dia bagi mentadbir negara. Buat majlis hari jadi = majlis peribadi = tiada kaitan dengan kerja2 rakyat der.

3.  Perdana Menteri membelanjakan sekitar RM79,053 untuk satu majlis meraikan hari lahir beliau; pecahannya seperti berikut:

Buffet untuk 100 tetamu @ RM207 setiap seorang

RM20,700

Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai

RM7,738

Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai

RM5,300

Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai

RM795

Gubahan bunga @ RM30,000 + 6% cukai

RM31,800

Caj pengendalian @ RM12,000 + 6% cukai

RM12,720

JUMLAH

RM79,053

4. Majlis neh dihadiri lebih kurang 100 orang jek beb. Hehehe mahal siot untuk 100 orang punya makan.

5. Sekarang kita tengok time pula. Majlis neh berlangsung start pukul 7 tue. Peh. Waktu mahgrib tue der. Jangan salah faham. Aku saja jek nak bagitau time majlis tue dekat2 waktu mahgrib beb.

6. Then kita tengok pula tujuan majlis neh. Tujuan majlis = raikan hari jadi. Najib = orang islam yang pro wasatiyah. Agak2 der.. orang jenis apa yang meraikan majlis hari jadi macam neh? Kalau bebudak tue toksah cakap lah der. Biasa sangat dah kita buat sambutan harijadi untuk depa. Yang si najib neh bukan budak2 der tapi datuk kepada budak2 lagi. Hehehe.. Lue fikirlah sendiri der. 

7. Pada tahun 2011 najib dah habiskan 80k duit untuk buat majlis hari jadi. Pada tahun yang sama najib habiskan 400k juga untuk raikan majlis pertunangan anak dia. So kat sini terbukti der najib banyak duit. Tapi dari mana dia ada duit sebanyak tue? Berapa gaji dia? Yang neh kita minta dia dedahkan supaya kita tak rasa was2.

8. Majlis hari jadi neh telah diadakan dalam rumah pm yang menggunakan bil api + bil air = yang dibayar oleh wang rakyat der. Yang tue kita memang pasti. So macam mana najib nak kira benda begini? Adakah bil api + air satu hari neh najib bayar juga? Bagaimanakah pengasingan dilakukan?

9. Majlis hari jadi neh juga menggunakan kakitangan tertentu untuk melayan tetamu. Adakah kakitangan kerajaan digunakan? Almaklumlah, orang luar bukan boleh keluar masuk sri perdana der. Even kakitangan hotel shangri-la sekalipun. Jika ya, adakah najib bayar ot mereka? Guna wang sapa lagi? Yang tue kita nak najib perjelaskan.

10. Dan yang terakhir yang kita nak najib dedahkan ialah siapakah tetamu2 yang dia jemput pada hari tersebut? Kita mahu tahu senarai tetamu. Kot2 ada cross link dengan tender2 kerajaan kah. Kena dedahkan seme tue ye najib. Please. 

Najib, anda memang seorang perdana menteri di malaysia tetapi anda bukan bos saya, sebaliknya saya dan rakyat yang lain ialah boss anda. Kami berhak tahu seme tue demi menjaga kepentingan dan hak2 rakyat disini.



Siyes.

Najib kena dedahkan seme tue untuk mengelakkan keraguan dan rasa was2 kita terhadapnya. Aku dah semakin pelik gile. Logik lah beb persoalan2 aku neh . 

Belanja tunang = rm400 ribu semalam? Banyak gaji dia untuk support seme tue?

Belanja hari jadi = Dekat rm80ribu semalam? Untuk 100 tetamu jek pun? Banyak gile duit dia.. dibuat dalam rumah rasmi PM. Bil elektrik kita yang bayar tue der..

Belanja hantaran time tunang = tak tahu kos dia berapa tapi mereka yang terlibat bagitau memang mewah siott..

Belanja rosmah setiap hari = ??? Takan rosmah pergi sana pergi sini guna duit rakyat? Shopping? Baju mahal? Beg mahal? Cincin mahal? Aksesori keronsang. Aku selalu nampak dia pakai kerongsang mahal2 yang dia selitkan kat selendang dia tue. Sekali tengok mao makan riban2 beb keronsang macam tue.

Belanja anak2 najib yang belum berkahwin dan bekerja = ??? taktau berapa tapi still najib kena sara depa kan? So dari mana depa dapat duit untuk belanja hari2 dan bayar duit untuk study dan keluar dengan kekawan? Takan baju anak2 dia pun kita support beb? Biar betul??

Setelah dihimpun2kan dan difikir2kan sebenarnya gaya hidup najib = satu gaya hidup yang sangat mewah. Dia berubat pun ke luar negara. Tak percaya pada pakar sendiri. Yang tue dah sah2 guna wang rakyat. Tak boleh nak kata apa dah sebab termasuk dalam kelebihan yang dia raih sebagai PM. 

Tapi macam mana pula dengan kes dia bercuti ke australia masa tahun baru 2012 ari tue? Yang kecoh menginap di hotel mewah? Dia guna duit sapa lak tue? Kena siasat. Sebenarnya ada terlalu banyak perbelanjaan najib yang kita sebagai rakyat nak tahu dari mana sumber wang yang digunakan. Siyes. Najib kena dedahkan jumlah gaji dia supaya kita boleh lakukan perkiraan matematik logik ke tak logik pendapatan dia boleh support semua gaya perbelanjaan mewah dia.

Artikel neh telah dikemaskini.

Ameno : Sakit ahti der..

Projek RM22juta terbelangkai.. - satu lagi gajah putih?


Neh ada melibatkan satu lagi projek yang  menggunakan dana awam untuk buat satu pembangunan dan kemudian nya projek tersebut tersekat separuh jalan. Kali neh jumlah yang membabitkan projek neh ialah sebanyak rm22juta. 

Kita tak kisah der kerajaan nak buat projek. Kita faham betapa perlunya pembangunan untuk rakyat marhaen. Tapi kita marah kalau projek2 tersebut menimbulkan masalah yang akhirnya mengakibatkan kerugian dan pembaziran yang melibatkan wang dan masa yang telah diperuntukkan. 

Yang neh kita terpaksa marah sebab benar2 merugikan rakyat. Buat apa kerajaan buat projek, labur duit pembayar cukai sana sini lepas tue hasilnya satu haramjadah rakyat tak dapat? Kan memang wajar kita marah?


Sekarang neh citer pasal projek rm22juta dulu.

1. Lokasi projek di tanjung karang.

2. Nilai projek neh rm22juta.

3. Pelan projek ialah untuk pembinaan jeti dengan fasiliti yang lengkap. Benda neh related dengan hal2 maritim. Dan dibina untuk kegunaan lembaga kemajuan ikan malaysia [LKIM].

4. Peruntukkan wang datang dari kementerian asas tani. Noh omar ka? Yang tue kena selidik tahun lah der.

5. Apa masalah pada projek neh? 

- tidak merujuk kepada beberapa agensi penting semasa melakukan operasi pembinaan di mana pelan pembinaan mereka itu sendiri tidak di iktirafkan oleh agensi2 yang berkuatkuasa. 

- Sekarang dah siap 90% tapi kerajaan negeri takley bagi cf sebab apa? Sebab = tidak merujuk kepada agensi2 tertentu. Peranan agensi2 tersebut ialah memberikan jaminan bahawa projek tersebut diyakini selamat. Kalau dah takde jaminan keselamatan macam mana nak luluskan bangunan yang telah dibina?

- Sebab tue kerajaan negeri tidak boleh meluluskan projek tersebut melalui agensi mereka iaitu majlis daerah kuala selangor [MDKS].

Dalam kes neh kerajaan negeri juga boleh dipersalahkan sedikit sebanyak. Bila satu2 projek tue terbina di satu2 lokasi takan takde orang yang perasan especially mereka2 yang terlibat dengan agensi yang berkuasa dalam soal kelulusan? Bagi aku untuk kakitangan kerajaan negeri mereka boleh didakwa atas faktor kecuaian dan kelalaian. Sehingga 90% projek siap baru bising nak complaint. Sebelum tue buat apa? Tidor? 

Takan tak perasan ada jentera bagai berlegar2 kat kawasan tersebut? Takan tak reti nak baca papan tanda dan semak dengan agensi bahawa projek neh sebenarnya tiada dalam listing yang telah diluluskan? Neh lah perangai kakitangan kerajaan. Maleh aku nak cakap. Kalau boleh menilai perangai dan prestasi penjawat awam, dah lama aku buat.

6. Atas paper tulis dah siap sehingga 80 - 80 % tapi apa yang terpapar atas tanah tidak mengambarkan apa yang terpapar atas paper. Pelik.

Apa yang boleh kerajaan negeri buat untuk mengurangkan kerugian dalam projek neh? Asal dan cadangan projek neh memang baik, untuk kemudahan rakyat dan mewujudkan peluang pekerjaan so kalau biarkan ia rugi habis memang dasat arh jawabnya.

Cadangan aku ialah amek alih projek neh daripada kerajaan pusat dan perbaiki balik mana2 yang tak elok. Inilah masanya untuk kerajaan negeri buktikan yang mereka pandai memperbaiki mana2 kerosakkan yang dilakukan oleh kerajaan pusat. 

Di samping itu kena report polis dan sprm. Kementerian yang meluluskan tue kena bertanggungjawab sepenuhnya dan syarikat yang diberikan tender neh kena disiasat. Kot2 ada link ke apa tue seme kena korek habis arh. Moga2 menteri yang bertanggungjawab tue boleh gak berambos sebagaimana shahrizat. Heh. Bai.

Ameno : Apa pun tak boleh lah sekarang..

Ratu Cantik Berbikini di negeri Pakatan Rakyat.


Slow-slow.

Kisah neh sebenarnya bermula di selangor. Aku nak korang seme perhatikan gambar neh. Tapi jangan slow-slow. Kang lain pula jadinya beb.

Muahaha.

Part 1.

Gambar atas neh ialah merujuk kepada satu pertandingan ratu cantik yang berlaku di selangor di bawah pentadbiran khalid ibrahim. Isu neh memang isu besar. Siyes. Lihat bawah neh kenapa isu neh besar sangat.


Dah tengok? Nampak apa yang aku highlightkan tue? Dia tulis perkataan selangor kan? Jangan silap baca der. Untuk lebih kepastian sila baca blog tue sendiri ======> disini.

kah kah kah

Epilog = sebelum part 1 bermula.

Lihat bawah neh ;


Gambar atas neh ialah merujuk kepada satu pesta bikini dan erotik yang berlaku di pulau pinang. Nampak tak aku letak anak panah tue? Nampak kan. Isu neh tersangatttttt besar beb. Bahaya. Siyes. Kalau tak percaya korang baca blog tue ====> disini.

kah kah kah

Mana satu betul neh beb? Di selangor ka di penang? Cuba citer bebetul sikit beb? Jap gua calling google dulu. Google bagi respon der..


kah kah kah

kannntoiii.

Petik gambar dari mana2 hala dok tuduh2 kerajaan negeri pakatan rakyat itu neh. Senang betul depa buat fitnah tanpa rasa malu sedikit pun. Bila dah kantoi pun tetap tegar meneruskan fitnah tanpa rasa malu. 

And again, benda2 gini bukan di bawah kerajaan negeri der. Kalau nak call pencegahan maksiat jika berlaku maksiat oke, tapi nak kata kerajaan negeri yang usul or luluskan program neh, itu tidak tepat. Ia tiada kaitan dengan negeri or pusat sekalipun.

Benda neh bagi aku mudah jek. Isu2 yang membabitkan moral dan etc2, kita kena tengok sejauh mana ia merosakkan minda masyarakat. First cegah dulu orang islam daripada terlibat dengan parti2 macam neh. 

Once orang islam dah clear dan bebas dari benda2 gini baru lah kita tengok sejauh mana benda2 gini merosakkan moral umat bukan islam. Jika ia benar2 parah boleh lah kita fikir satu kaedah yang sesuai untuk atasi ia tapi kalau ianya tak memberi apa2 impak kepada mereka, nak buat apa kita kaco2? Lantaklah disitu.

Yang selalu buang anak dan etc2 pun banyak org islam berbanding bukan islam. Sama juga menagih, merogol dan etc kebanyakkan orang islam berbanding bukan islam. Jika event neh event khusus untuk bukan islam dinasihatkan tak payahlah semak sangat nak ukur moral mereka. Baik cermin di muka sendiri dulu sebelum sibuk cermin muka orang. Bai.

Fitnah dikesan dari facebooker ==> klik sini.

Ameno : Asyik kantoi fitnah jek..

Tutorial : Masukkan komen facebook di blog ! [Bergambar].

Tutorial neh more to gambar. Hopefully kekawan faham lah ek. Tak faham tanya oke. Sekarang kita start di facebook terlebih dahulu ;

Mula2 klik sini.

Dia akan direct bawa korang kat paparan bawah neh ;


Dan lepas tue sila klik create new app tue. Tujuan kita sekarang neh nak membina satu app id. Betul ke ayat bm aku neh? Arhh lantaklah. Asal korang faham sudah.

Muahaha.

Then lepas tue dia akan terpapar begini ;


Dah kan? Lepas isi tue korang tekan butang kaler biru tue. Nanti dia minta masukkan cactha so just follow jek. Lepas tue nanti dia jadi macam kat bawah neh ;


Ikut arahan yang aku tulis kat dalam gambar tue. Then nampak tak anak panah kat bawah tue? Korang kena klik ruangan tue. Nanti dia jadi macam kat bawah neh pula ;


Dah selesai tekan butang kat bawah sekali. Kaler biru dia tulis save changes. Lepas tue tinggal dan buka tab baru. Tab baru tue buka blog masing2. Kalau guna blogspot sila tukar kepada interface lama dulu. Senang sket nak edit. Guna interface baru dia kaco sikit.

Lihat gambar bawah neh ;







1. Masukkan dalam dashboard blog memasing2.

2. Tukar interface kepada interface lama.

3. Then cari perkataan design.

4. Lepas tue cari perkataan edit html.

5. Lepas tue klik kat expand widget blablab tue..

Selesai. Maksud aku selesai untuk tarik nafas der. 

Muahaha..

Oke sambung balik.


AWAS : SILA SAVE TEMPLATE ANDA SEBELUM MEMBUAT SEBARANGAN EDIT. 

Lihat bawah neh ;


Nampak tak perkataan <head> tue? Aku dah boh anak panah kat situ. Oke, stay situ. Apa yang perlu korang buat ialah copy ayat kat bawah neh dan letakkan betul2 bawah head tue ye..

<meta content='YOUR_FACEBOOK_APPLICATION_ID'   property='fb:app_id'/>

Ingat tak facebook app id tue apa? Rujuk posting kat atas tue. Aku ada tulis kat atas. Korang pergi balik kat tab facebook yang ditinggalkan tadi. Gantikan perkataan your fc app id tue kepada = id memasing. Dan pastekan ia betul2 bawah head tue. Then save.

Selesai. Tarik nafas dulu. Ada lagi der.

Muahaha.

Sambung. Sekarang cari ayat neh kat bawah neh ;

<div class='post-footer-line post-footer-line-3'> 

Atau ;

<p class='post-footer-line post-footer-line-3'>  

Atau 

<data:post.body/>

Tak silap aku footer line tue kadang2 dia tulis 1. So ikut kesesuaian html template masing2 lah. 

Nota : Untuk memudahkan pencarian memasing sila guna button f + crlt

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<div id="fb-root"></div>
<script>(function(d){
 var js, id = 'facebook-jssdk'; if (d.getElementById(id)) {return;}
 js = d.createElement('script'); js.id = id; js.async = true;
 js.src = "//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1";
 d.getElementsByTagName('head')[0].appendChild(js);
}(document));</script>
<fb:comments width='450' colorscheme='light' expr:title='data:post.title' expr:href='data:post.canonicalUrl' expr:xid='data:post.id'/>
</b:if>

Copy benda alah kat atas neh. Korang boleh edit side dan kaler facebook comment memasing kat perkataan merah yang aku besarkan / highlight tue. Nanti korang kecikkan dia balik oke bila nak copy kat template memasing. Takut benda tue menganggu.

Dah paste ka? Bagos. Klik save. Nak tutup ka? Sabar. Belum selesai der.

Muahaha.

Last. 

Cari perkataan kat bawah neh ;

<HTML

Dah jumpa ka? Lihat bawah neh ;


Nampak kan? Oke, stay kat situ. Tambahkan benda neh kat sebelah perkataan tersebut ;

xmlns:fb="https://www.facebook.com/2008/fbml" 

Lihat contoh selepas dipastekan benda alah atas neh ;


Nampak? Then klik save. Beres. 

Klik preview dulu, tengok menjadi tak. Lepas tue tukar balik interface blog kepada interface baru. Kalau ada soalan kat memana or kalau tak jadi tanya oke. Dan ingat pastikan anda save dulu [DOWNLOAD] template sebelum memandai nak edit. Nanti kalau tersilap apa2 leh upload balik paparan sebelum edit. Takde rugi apa. Oke bai.

Nak pasang komen intense debate? Boleh, nanti aku buatkan tutorial. Dulu rasa ada buat tutorial neh tapi apahal ek dah hilang? Muahaha. Pening aku.

Ameno : Sekali sekala layan tutorial..

Selasa, 13 Mac 2012

Najib mengakui nak jadi juara ?

Macam tue ke cara seorang piem berhujah dalam parlimen? Patutlah najib takut berdebat der. Dulu aku tak faham tapi selepas tengok bukti kat bawah neh aku semakin faham.

Korang tengok sendiri jawapan najib kat bawah neh.

 

Orang tanya dengan fakta dengan hujah, si najib balas apa? Baca bawah neh ;

Tuan yang dipertua, 

Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan, nak jadi juara kepada 36 orang neh, kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4juta penjawat awam.-Najib-

Tue jek yang dia jawab kat parlimen der? Tue jek? Apa benda juara muara neh? Tak reti menjawab ke apa?

Benda neh memang wajar dipersoalkan beb. Korang fikir ek ;

1. Najib dulu bagitau kerajaan dah membuat kajian terperinci dalam isu SBPA sebelum mereka beria2 nak melaksanakan ia.

2. Then kerajaan meluluskan usul tersebut. Ia sebenarnya dah diluluskan. Sebelum cuepacs membantah berkali2 sehingga najib tarik balik SBPA baru2 neh.

3. Ketika diluluskan oleh kabinet, ketika itu 36 otang dah sign menandakan mereka setuju [or terpaksa setuju mungkin kerana tempoh persaraan ataupun faktor2 lain] dalam skim SBPA neh. Then tiba2 ia batal. So apa status 36 orang neh? Mesti lah tak adil ye tak? Apsal mereka tiba2 SBPA then ia batal kembali kepada SSM? Mereka juga kena tanggung balik tak pasal2 akibat pemahsuhan SBPA yang terbukti tidak membuat kajian terperinci sebelum meluluskan ia.

Alah macam kes warisan merdeka, portal rm1.4juta, fb rm1.8juta, email 1malaysia 50juta. Sama kes lah neh. Buat keputusan tanpa kajian. Bila orang bantah dan bantah dan bantah, akhirnya dia tersepit dan kena tarikbalik. 

Tapi mereka2 yang tak pasal2 terjebak dengan skim SBPA neh macam mana pula nasib mereka? Mereka semestinya tak setuju dengan SBPA neh sebab tue cuepacs menentang setegas2nya. Yet, aku pun tak pasti kenapa mereka sign ketika itu. Tapi yang pasti mahfuz mahu memperjuangkan nasib mereka tapi apahal najib boleh cakap macam neh ;

nak jadi juara kepada 36 orang neh, kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4juta penjawat awam. -najib-

36 orang yang dah terjebak dengan skim bodoh najib neh bukan rakyat dan tak wajar dapat pembelaan kah? Rakyat juga. Sama jek status dengan 1.4juta tue. Sama2 rakyat dan sama2 wajar dibela. 

Bodoh gile jawapan piem aku. Rupanya ada masa2nya. Najib melakukan pembelaan terpilih. Ada orang yang dia nak bantu, dia bantu. Ada yang teraniaya disebabkan tindakan dia, itu nasib ko lah kan. Itulah bukti kat atas video neh der. Tengok sendiri. Saksikan depan mata korang. Inilah piem kita der. Dasat. Bila2 masa jek aku dan ko boleh dibakolsampahkan oleh najib. Sombong gile.


Ameno : Juara waklue..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...