Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 12 Mac 2012

Surat peguam negara kepada Timbalan Menteri - Campurtangan untuk membela penjenayah ka?




Sila baca dengan teliti terlebih dahulu dua surat kat atas neh. Ia adalah surat yang dipercayai sahih dan benar, bukan versi rekaan dan fitnah. Kalau ikut dari pemahaman aku, aku menganggap neh satu bentuk campur tangan yang menggangu siasatan polis. Siyes.

Oleh tue tak heran juga bila seorang polis berkata kat aduka taruna bahawa kertas2 siasatan polis yang dihantar ke peguam negara banyak dibakolsampahkan or takde kes especially aku percaya, yang melibatkan nama2 besar dan tokoh2 terkenal.

Jelas disini kuasa polis di bawah kuasa peguam negara. Siasat bagai nak rak sekalipun, kalau peguam kata takde kes so takde kes lah jawabnya. Kalau macam neh punya karenah biokrasi elok juga polis dilepaskan terus daripada bergantung kepada peguam negara untuk mendakwa satu2 kes. 

Lebih bagus kalau polis juga diberikan sepenuhnya kuasa untuk mendakwa tanpa melalui peguam negara yang jelas membullshitkan sistem kehakiman, keadilan dan perundangan di malaysia neh.

Isu mengenai surat kat atas neh aku tak berapa jelas. Cakap terus terang neh. Tapi sinopsis yang aku dapat faham mengenai surat kat atas neh ialah ;

1. Surat kat atas neh berhubung seorang ketua kongsi gelap yang bernama goh cheng poh or tengku goh.

2. tengku goh = kongsi gelap terkenal di johor = gangster lah senang cakap.

3. tengku goh pernah ditahan dan dikenakan perintah sekatan atas sebab ada saksi2 yang memberikan keterangan dan bukti2 jenayah tengku goh. Ia disiasat oleh sekumpulan polis dan timbalan menteri pada ketika itu telah menurunkan tanda tangan bagi membenarkan penangkapan tersebut. [Sehingga tertangkapnya tengku goh].

4. Maksudnya disini ialah ada saksi / pemberi maklumat yang bekerjasama dengan polis untuk mendedahkan bukti jenayah tengku goh. Dan bila kesemua bukti tersebut dah cukup, polis telah meminta kelulusan dari timbalan menteri untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap tengku goh. Sebelum keluarkan kelulusan, timbalan menteri dah mendengar kesemua keterangan yang berkaitan dan bersetuju dengan hasil siasatan yang dikumpulkan oleh pihak polis yang bertanggungjawab menyiasat kes tersebut.

5. Namun tengku goh mencabar perintah sekatan tersebut.

6. Tengku goh melalui anak dia juga membawa kes tersebut kepada BPR untuk disiasat. Maksudnya disini dia ingin mengatakan polis dibayar untuk menfitnah dia.

7. Polis yang menyiasat kes tersebut telah dikenakan tindakan oleh BPR bila kes tersebut dibawa kat mahkamah. Kedua2 polis dikatakan bersalah dan mengambil keterangan2 saksi secara palsu dan paksa. Mereka dihukum tak pasal2. Dan didakwa terlibat dalam jenayah yang mereka tak buat.

8. Dan peguam negara pula hantar surat kat atas neh kepada timbalan menteri yang meluluskan perintah sekatan bagi memperjelaskan tindakan timbalan menteri tue salah dan mohon ditarikbalik.

Itu sinopsis jek der. Untuk lebih dalam dan detail tolong baca sini sampai benar2 faham. 

Sekarang neh aku siyes tak puas ahti kalau betul polis2 yang menyiasat kes tersebut dianiaya. Kita mungkin perlu mencari polis2 tersebut untuk menyiasat kes neh lebih lanjut. Dan satu benda yang aku rasa kecewa sangat dengan gani neh, dia sepatutnya mencari kelemahan dalam keterangan2 tengku goh, bukan nya menyebelahi tengku goh dalam kes tersebut.

Logik kah seorang peguam negara menyokong tengku goh = ketua kongsi gelap berbanding bersama2 timbalan menteri untuk menghukum penjenayah? Apa fungsi dan peranan ketua peguam negara sebenarnya neh? Melindungi penjenayah kah?

Sesuatu perlu dilakukan der. Perlunya bien neh ditamatkan daripada menjadi pemerintah der supaya kita ada sepenuh akses untuk buka kes2 lama der. Aku siyes memikirkan mesti terseksanya polis2 yang bersusah payah siasat satu2 kes kemudian akhirnya mereka sendiri ditahan dan dihukum kerana menjalankan tugas.

Ini boleh dijadikan asbab juga kenapa polis semakin kurang berdaya saing dan bersikap penakut bila melibatkan vvip der. Dan lebih keji bila BPR [ketika itu, sekarang neh SPRM] pula sanggup melibatkan diri untuk menjatuhkan rakan2 mereka sendiri. BPR + PDRM = penguatkuasa. Mereka sepatutnya berkerjasama menjatuhkan penjenayah dan bukannya melindungi penjenayah sehingga mengorbankan rakan seperjuangan sendiri.

Mungkin itulah sebabnya 2 orang mati di bangunan SPRM. Janji Allah swt itu bukan sahaja benar malahan terbukti benar lah SPRM. Siyes. 

Nota : Artikel telah dikemaskini. 

Ameno : Kes neh kes besar.. sistem kehakiman seolah2 dimonopoli oleh orang2 yang gila kuasa dan wang..

TGNA ialah drummer kepada kumpulan rock rupanya..

Owhhh...

Woooooooo...

Dasatt.. memang dasat der. Terperanjat datin maimon der..

Lihat bawah neh ;



Dah? Lihat pula video kat bawah neh juga ;



Dah? Bagos. Baca bawah neh pula ;

  • hehhehehehehee
  • perghh smat2... pakai software ap der?
  • @k890711145 << guna Adobe After Effect...bro
  • sekiranya apa yg saudara lakukan ini akan mendapat keredhaan Allah dunia akhirat, maka silakanlah buat lebih banyak video spt ini. semoga Allah merahmati saudara.
  • @ihsanisabangi <<GUA AKAN TERUS BIKIN VIDEO2 MCM NI SELAGI PENJILAT2 DAPig MASIH TERUS BUAT VIDEO2 FITNAH DAN MENGHINA...PERJUANGAN KAMU PON BLOM TENTU MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH...SO, JNG KATA APA YG KAMU BUAT SUDAH SEMPURNA DAN MENDAPAT KEREDHAANNYA...
  • "Public Enemy no.1" memang sesuai senikata tu...syabas fairuz anda memang hebat...
Dasat. 

Memang dasat orang yang takde hujah bila disuruh berhujah inilah hasil dan kreativiti yang mereka mampu zahirkan. Bukan satu dua jek video dia hina TGNA kat youtube tue. Bersepah dan memang banyak. Suara latar pula macam guna suara yusoff chong. Takan yusoff chong pun terlibat dalam video2 berniat jahat macam neh? Pelik pula aku. Ke guna software2 tertentu?

Apa pun kalau macam neh lah cara mereka melontar hujah ia adalah satu bonus kepada penyokong2 pr. Dari sini jek dah boleh fikir mana satu kumpulan bijak dan mana satu kumpulan yang tak bijak langsung.

kah kah kah

Ameno : Hebat apa buat video menghina orang???

Ahad, 11 Mac 2012

Pengalaman bergaduh dengan Nizar Jamaluddin..

Lihat gambar kat bawah neh ;



Wakil rakyat ;

1. YB Nizar Jamaluddin - PAS.

2. YB Wong Kah Woh - DAP.

Jumaat lepas aku diberikan peluang untuk bertemu kedua2 wakil rakyat di atas neh. Kami berdiskusi dan aku rasa memang seronok kerana terlibat dalam perbincangan tersebut. Buat pertama kalinya pandangan aku terhadap nizar berubah. Harus di ingat pandangan aku terhadap nizar selama neh ialah = seorang wakil rakyat yang tak buat kerja.

Kenapa? Bagi aku jika aku tak dapat baca or terima info yang dia ada buat kerja = aku anggap dia tak buat kerja. Bagi aku setiap wakil rakyat yang buat kerja harus dipromosikan kerja2 yang mereka buat kerana itu adalah sebagai satu langkah untuk memberitahu kepada orang ramai apa yang pernah dan sedang dilakukan oleh wakil2 rakyat.

Sesetengah orang menganggap itu ialah budaya promosi yang murahan. Dia buat kerja asalkan orang2 yang terkesan dengan kerja yang dia buat tue tahu cukuplah. Buat apa nak hebohkan dan hebahkan ke satu malaysia pula. Perlu ke bersikap over macam bien? 

Ya, tak perlu pun. Jangan keterlaluan. Sampai hari2 keluar masuk tv der. Aku pun bosan sampai melebih2kan benda yang remeh. Dan aku percaya semua orang pun akan bosan. Usah kata aku, malahan mungkin pembaca tv3 sendiri pun bosan.

Tapi, kalau tak diberitahu langsung itu pun tak berapa tepat. Biarlah bersederhana dalam menyampaikan maklumat kepada penyokong dan rakyat. Sekurang2nya kita perlu di alert apa yang wakil rakyat kita neh sedang buat. Sebab tue sekali sekala jika promosikan apa yang mereka buat itu adalah langkah yang patut.

Antara info2 yang aku dapat tahu pada malam itu ialah sebab sebenar pembangkang tidak boleh membentuk di bawah satu pakatan. Ia bukan masalah ROS sebaliknya tidak mencukupi syarat sekurang2 mesti ada 7 parti yang bergabung untuk membentuk di bawah satu gabungan. Tanggapan yang menyalahkan ROS tue sepatutnya dihentikanlah terus sebaliknya PR tidak memenuhi syarat kelayakkan yang tersedia dalam perlembagaan. 

Antara hujah yang aku buka dalam perbincangan tersebut ialah mengenai isu serangan peribadi. Bagi aku, menyerang peribadi adalah sesuatu yang kita semua tak perlu buat. Tak kiralah ko lawan or kawan, jangan attack peribadi orang. Bagi aku jika isu tue melibatkan wang rakyat, masalah2 yang boleh menjejaskan rakyat, takpe aslong bukan serangan peribadi.

Aku mempunyai pandangan yang berbeza mengenai isu serangan peribadi neh. Bagi aku selagi mereka tak buat depan rakyat [dibuat secara sorok2] ia bukanlah tanggungjawab kita untuk cari dan dedah.  Contohnya macam minum arak sehingga mabok [bukan islam] ataupun ada dua tiga orang isteri [orang islam], ia bukan sesuatu yang perlu kita masuk campur pun.

Kalau mereka minum arak guna wang rakyat, itu isu. Kalau mereka mabok2 di satu lokasi atas kerana terlibat dalam keraian2 tertentu, itu bukan isu bagi aku. Asal tidak menggunakan wang rakyat or menjejaskan rakyat.

Tetapi pandangan aku disanggah dan itu satu perbincangan yang sihat. Bukan hanya disanggah oleh YB [asalnya aku sanggah pendapat YB Nizar dulu] malahan disanggah oleh rakan yang lain. Dan itu still satu perbincangan yang sihat. Kami berbeza, namun perbincangan kami sangat sihat.

Aku tak nafikan point mereka betul. Peribadi bakal pemimpin dan wakil rakyat wajar dipersoalkan kerana mereka ialah bakal pemimpin. Kalau ko dapat tahu pemimpin ko suka mabok2 [bukan islam], boleh ke ko terima situasi macam tue? Ataupun kalau ko dapat tahu pemimpin ko banyak bini2 yang disorokkan walaupun sebenarnya tidak salah pun berkahwin lebih dari satu [orang islam], boleh ke ko faham? Tidak kah ko akan syak dan ragu2 kenapa dan mengapa begitu dan begini?

Kadang2 kita taktahu apa yang kita buat time mabok2. Bayangkan sahaja kalau tengah mabok2 kita melakukan aksi2 yang tidak sepatutnya dan ia dirakam seterusnya disebarkan macam kes elizabeth wong dan CSL. Bukan kah itu akan memalukan nama baik parti dan pemimpin? Bukan kah ia akan dipersoalkan?

Siapa suka dipimpin oleh pemimpin yang dipersoalkan keperibadian mereka? Aku juga tidak suka. Sebab tue aku tak kata point mereka salah cuma dalam situasi sekarang neh aku melihat isu peribadi seringkali diperbesar2 sehingga menutup isu2 yang lebih penting kepada masyarakat.  Itu membuatkan aku memang malas melayan isu2 peribadi. 

Itu pandangan aku, tapi pandangan YB Nizar memang tepat kalau di ikutkan dari konteks sekarang neh kita memang memerlukan pemimpin yang memiliki peribadi yang baik jika tidak mahu spesis katak bertambah selepas PRU - 13 kelak. Heh.

Sebenarnya tak banyak benda yang aku boleh share kat sini hasil dari perjumpaan tersebut cuma aku dapat simpulkan bahawa kedua2 YB tersebut ada kesungguhan boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan. Yang tue aku paling suka. 

Malahan mereka mengalakkan kritikan ke atas pembangkang agar pimpinan boleh sedar salah silap mereka namun harus dibuat dalam versi mengkritik atas benda yang berfakta, dan harus ada idea bagi menanggani satu2 isu yang dikritik. Maksudnya jangan kritik babi lancau je la. Itu bukan kritik der.. itu maki. Heh.

Dan buat pertama kalinya juga aku merasakan yang nizar jamaluddin neh ada kriteria yang boleh diangkat untuk mengantikan or menghapuskan dsai. Aku nampak nizar ada ciri2 yang boleh bagi harapan malaysia baru kat aku. Cuma aku perlu lebih ruang dan masa untuk memahami sejauh mana visi2 yang ada dalam kepala hotak dia tue di usahakan oleh nya dengan nada yang bersungguh2 andai dia diberikan kuasa untuk mentadbir perak semula pada pru -13 kelak.

Aku tak suka menilai pemimpin melalui mulut mereka. Bercakap, semua orang pun boleh dan pandai. Tapi siapa yang mampu melaksanakan dasar2 yang membawa kebaikan kepada rakyat. Itu yang aku mahukan dan aku percaya semua orang pun suka menilai pemimpin melalui hasil kerja mereka. Tak kiralah dari side apa pun. 

 Ameno : Pembangkang yang membangkang pembangkang.

Gua tidak begitu bodoh lah admin page kami boikot tv3..

Pengalaman aku di ban oleh page2 pro umno bukan rahsia lagi der. Boleh kata aku takde ruang langsung dalam page2 pro umno yang jenis update setiap hari dan ada ramai fans yang komen. Aku tidak diberikan langsung ruang oleh mereka untuk berhujah walaupun aku sedia patuh jika mereka berhajat nak mengenakan apa2 syarat.

Sampai satu saat, aku dah tak boleh nak pergi memana dah untuk berpolitik di facebook melalui profile peribadi melainkan hanya melalui fan page. Tapi ruangan tue aku rasa sangat terhad dan ia seperti tidak memuaskan jiwa aku. Sebab aku jenis tak suka berhujah syok sendiri or sesama geng sendiri. 

Maksud aku kalau kita ada satu2 isu, then kita pun potpet2 diskus sesama kita then potpet2 mengutuk2 bien, so apa yang kita dapat dari situ? Kita tak dapat apa2, ia ibarat macam bersembang2 sesama kita jek der. So aku pun tulis lah blog. Idea asal sebab aku tengok sesama blog pr dan bn neh sering berlawan isu. Macam best siot. Jadi aku pun masuk arh sekali nak berlawan [actually berhujah] sambil melahirkan apa yang aku rasa. Itu jek.

Aku dulu ada persepsi bahawa penyokong2 bien memang tak suka berhujah dan tidak boleh menerima perbezaan pandangan. Ini berbeza dengan penyokong2 pr. Bagi aku penyokong2 pr neh suka berhujah dan boleh menerima perbezaan pandangan tak kiralah samada condong atau tak condong kepada mereka.

Tapi persepsi tue dah berubah dalam beberapa bulan yang lepas sebagaimana berubahnya tagline di blog aku neh. Semakin aku mengenali mereka, semakin aku nampak mereka dan penyokong2 bien sebenarnya takde jauh beza. Kalau kita lihat dari sudut yang besar kita sukar nak nampak dan menilai perkara2 yang kecil dan details kalau tak masuk dalam lingkungan tersebut.

Bila kita dah termasuk dalam lingkungan tersebut, mengenali ataupun melihat sendiri perangai2 sesetengah penyokong pr maka kita akan berasa sangat2 selesa jika berada di laluan tengah2. Aku dulu taktahu sebab tidak merapatkan diri or cuba untuk mengenali mereka secara detail, tetapi bila ruang untuk melibatkan diri dengan kumpulan2 tersebut dicuba oleh aku, aku dapati ia sangat bukan aku.

Berbeza pandangan bagi aku ialah satu bentuk keterbukaan yang semua orang kena terima tak kira dari side mana pun ko duduk. Jangan bercakap pasal media berat sebelah der kalau ko sendiri pun gagal amalkan apa yang ko juangkan. Jangan. Pengalaman menjadikan aku sangat berhati2. Aku ada banyak pengalaman di ban der. Sangat banyak. Ia tidak terkira. Sebab tue aku mahir dalam bab persediaan.

Dan kini antara page yang termasuk dalam koleksi pageyangamenoworldkenaban juga telah memilih untuk menutup pandangan orang yang berbeza dengan mereka. Kalau tv3 kena kutuk sebab sekat pandangan orang yang berbeza dengan mereka, maka apa persepsi yang aku kena zahirkan melalui perbuatan admin page kat bawah neh? Heh.




Ameno : Ketam ajar anak jalan lurus sebab taknak anak ketam tiru perangai mak ketam yang jalan senget. Itu yang aku faham le.. Heh.

Shahrizat letak jawatan? Tipu je tue.


Tah hapa2.

Ada ka seme sebok canangkan dia meletak jawatan?

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Fail der.. failll wa cakap sama lue. Meh gua bagitau lue seme, dia bukan meletak jawatan sebenarnya. Baca bebaik apa benda yang tertera kat bawah neh der ;

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said today she will resign as women, family and community minister next month.
“On April 8, when my term as senator ends, I will step down as... minister,” she told reporters at Desa Water Park here.


1. Penggal dia sebagai senator akan berakhir pada bulan april.

2. Dia juga akan meletak jawatan sebagai menteri.

3. Dalam erti kata lain dia membebaskan diri dia dari jawatan kerajaan = 0.

4. Selepas bulan april dan seterusnya najib + bn akan mencari strategi supaya bien akan memenangi pru - 13. Dalam bahasa mudah sedaya upaya mengurniakan permintaan rakyat atas isu2 yang dilihat benar2 boleh mempengaruhi rakyat berpersepsi buruk terhadap kerajaan.

Apa yang dilakukan oleh menteri2 neh seme di panggil strategy untuk survive. Kalau dia tak letak jawatan then pr akan ada modal besar untuk balon bn atas tersebut. So bila dia dah letak jawatan bien akan membalas hujah dengan mengatakan isu nfc dalam siasatan. Neh lah sifir mudah yang dilakukan oleh pak2 menteri yang berkuasa. 

Nak tengok shahrizat dihukum atau apa memang tidak akan mungkin berlaku sampai bebila selagi bien masih berkuasa. Itu sebab shahrizat masih pegang jawatan ketua wanita umno meskipun dia dah melepaskan jawatan menteri + tidak sambung perlantikkan sebagai senator. 

Ini bermakna pada bila2 masa andai bn menang semula sebagai kerajaan, shahrizat berkemungkinan akan dilantik menjadi menteri dan etc2 semula. Apa tak mungkin meh? Mungkin maa.. dia duduk jadi menteri pun bukan pasal dia menang kerusi wakil rakyat pun der. Dia kalah beb dengan nurul izzah but still boleh pegang jawatan dalam kerajaan, so apa pula takde kemungkinan dia akan diberikan semula jawatan tersebut selepas pru - 13 berlangsung?

So, ini bukan isu yang gembira untuk diraikan. Buang masa jek. Ini propaganda untuk menyedapkan ahti rakyat. Ini ialah satu tindakan merasuah pemikiran rakyat agar memandang bien itu masih relevant der..

Aku takan rasa sedap jika melihat shahrizat meletak jawatan pun. Aku akan rasa seronok kalau shahrizat pulangkan duit semula then minta maaf tapi kalau tak mampu pulangkan semula aku mahu dia dan family dia dipenjarakan sebab salahgunakan dana kerajaan untuk membina kekayaan peribadi. 

Dan hukuman kena lah setimpal dengan kesalahan yang dibuat. Jangan bagi setahun jek. Jangan buat rakyat macam budak2 yang suka main kat taman tue der. Kalau boleh seumur hidup beb penjarakan shahrizat dan family tue. Baru dipanggil keadilan ma. Simple je. Najib, lue boleh buat tak?

Ameno : Taktik jek seme tue..

Adnan Yaakob mengamok gile kat wartawan akhbar cina.

Marah ke der?

Kalau aku jadi adnan yaakob aku pun marah gak der. Yelah.. sebab melaporkan sesuatu yang kurang tepat. Tapi, boleh percaya ke kata2 adnan masalahnya pun?

kah kah kah



Isu dia gini ;

1. Semalam wartawan akhbar cina interview adnan dan bertanya isu lynas di gebeng tue.

2. Silap adnan gak yang pergi topic lynas buat apa? Dah alang2 dia bercakap so wartawan amek kesempatan lah tanya. 

3. Wartawan tanya isu penggunaan sungai lembing sebagai lokasi pembuangan sisa are.

4. Then adnan balas. Dia cakap lebih kurang begini ;

Adnan memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sisa radioaktif itu dibuang ke dalam Sungai Lembing, dan berkata ia hanyalah satu contoh yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan pada satu majlis makan malam.

Katanya, Raja Abdul Aziz berkata terdapat banyak gua di Malaysia yang boleh dijadikan tapak pelupusan sisa seperti di Sungai Lembing.

Dengan nada tinggi, Adnan berkata, beliau tidak pernah kata bahan tersebut boleh dibuang di Sungai Lembing. -MKINI-
kah kah kah

Contoh ==> sungai lembing.

Contoh ==> gua di malaysia

Nampak sangat dah terkantoi disitu der. Yang kena fikir pelan pembuangan sisa neh urusan lynas bukan urusan adnan dan AELB der.. kenapa sibuk dan beria2 sangat AELB dan adnan nak masuk campur sampai berbincang dalam satu majlis makan malam? Ada logik meh?

Then ada ahti lagi bagi contoh sungai lembing dan gua2 di malaysia? Dah gile apa si AELB tue? Bagi contoh biar cerdik sikit weh. Contohnya rumah adnan, rumah dia or rumah najib. Tue baru contoh yang betul beb. Gila punya orang. Nak rosakkan alam sekitar tak agak2 rasa malu pun.

Then ;

5. Adnan marah. Dia cakap macam neh pula ;

 "Awak lapor saya kata begitu. Jika MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh mengatakan perkara yang sama, maka dia juga bodoh. Semua akhbar Cina dan wartawan yang melaporkan berita itu adalah bodoh.

"Mereka boleh saman saya! Saya juga boleh saman mereka."

Apabila seorang wartawan cuba untuk menerangkan kepadanya, Adnan menyampuk: "Tidak perlu hendak jelaskan. Saya terima SMS yang mengatakan akhbar Cina melaporkan saya mencadangkan sisa itu dibuang ke Sungai Lembing..

"Anda lapor tanpa mengesahkannya sendiri, ini adalah benar-benar bodoh." -mkini-

Sapa yang bodoh sebenarnya? Tugas wartawan melapor. Isu neh sebenarnya simple je. Ada buat sidang media then kumpulan anti lynas mendedahkan bahawa sungai lembing adalah tapak cadangan yang diberikan oleh adnan yaakob dalam satu majlis makan malam. Wartawan = lapor. Apa hal pula nak label dia = bodoh?

Tak puas ahti attack lah kat orang yang bagitau info tersebut, bukan dok attack wartawan yang melapor tue. Lagi satu tapak cadangan = tapak contoh = lebih kurang sama jek pun. Lue nak cari satu tapak seolah2 macam sungai lembing [sebagai contoh] dan menyatakan terdapat banyak2 gua di malaysia pun still idea tak masuk akal yang dibuat oleh AELB dan diterima senyum2 pula oleh adnan yaakob. Patutnya kalau lue cerdik lue kena bantah benda neh depan2 si pemberi " contoh" tersebut. Ia membabitkan alam sekitar der.

Tapi nampaknya lue pun takde bangkang apa ke semua tue, so walaupun idea tue bukan direct datang dari mulut lue tetapi ia tetap sesuatu yang lue setuju juga. So takde bezalah nak salahkan AELB or lue sebab kedua2 memang layak dipersalahkan. 

Yang heran nya apa kena mengena isu pembuangan sisa lynas neh dengan lue dan AELB betul? Biarlah lynas sibuk2 fikir dan cari aku tak nampak pun apa perlu lue dan AELB beria2 cadangan or contohkan beberapa tempat untuk dibuang sisa radiasi. Melain.. jeng jeng jeng.. lue fikirlah sendiri. Kalau ikut persepsi gua memang confirm der..

kah kah kah

Ameno : Cuba lue cakap bodoh sampai bercermin adnan.. boleh?

Kisah sebenar kes pertunangan anak Najib !

Demm !

Tak payah nak bertekak lah atas isu neh. Isu yang sebegini simple pun masih ada yang tidak faham. Kalau taktahu analisis lah sampai faham betul2. Tak berapa tepat ayat disitu yang mengatakan anak najib bertunang guna duit rakyat der.. 

Kan ada 4 empat dokumen lengkap yang membolehkan pihak pembangkang dan pihak kerajaan [penyokong bien] jadikan hujah? Bagi fakta based on hujah lah der.. 

Lihat empat dokumen kat bawah terlebih dahulu ;






Nampak ? 

Hujah disini ialah ;

1. Kita ada empat dokumen yang menyatakan jumlah perbelanjaan yang melibatkan majlis pertunangan anak najib.

2. Dokumen tersebut benar dan betul sebab tiada penafian dari pihak najib yang mengatakan ianya palsu.

3. Di atas dokumen terbabit menyatakan, surat neh ditujukan khas kepada piem dengan menggunakan nama dan label perdana menteri iaitu satu jawatan yang membabitkan kerajaan.

4. Perbelanjaan tersebut sangat mewah, berlebih-lebihan dan menjurus kepada pembaziran der... bayangkan makan semalam berkos rm400++ ? Gila siottt.. 

That's fakta kita yang kita ada.

So, ada apa2 bukti yang mengatakan tak najib bayar kos tersebut guna wang rakyat? Takdak. Kalau dipercayai guna wang rakyat, boleh kita nak syak begitu. Tapi kalau direct nak tuduh dia guna wang rakyat berdasarkan keempat2 dokumen di atas neh adalah sesuatu yang tak betul. Itu tuduhan yang tidak disokong oleh bukti.

Masyarakat sekarang nak bukti. Ada bukti, tak payah cakap apa pun orang akan terima ia sebagai fakta. Yang jelas terbukti kat sini ialah pembaziran je der.. Dalam dok pongpang suruh rakyat berjimat cermat lue sendiri melakukan pembaziran. 

Memang lah majlis anak lue, hal peribadi lue tapi dah lue sendiri suka membazir tak payah lah nak nasihat rakyat bagai soh jimat. Buat apa lue nak sibuk kisahkan perbelanjaan rakyat sedangkan lue sendiri kaki membazir. Lue cakap pandai tapi tak amal apa yang lue cakap sebab tue orang jadi menyampah dan benci. Takan tak reti2 nak faham lagi?


Apa pun kes neh harus diperjelaskan di parlimen. Aku mahu satu siasatan dijalankan ke atas isu di atas. Memang ya aku tak leh tuduh direct najib guna wang rakyat but word disyaki or dipercayai menggunakan wang rakyat tue boleh tetap boleh dijadikan asas untuk membuka siasatan bagi mengclearkan kecelaruan yang timbul.


Kalau ada bukti payment voucher yang direct datang dari akaun bank peribadi najib oke, tapi kalau ada bukti yang ianya dibayar menggunakan cheque atas nama kerajaan, kat situ memang ada masalah yang sangat besar. Sebab dah terang2 terbukti bayar guna wang kerajaan. Jadi perlunya kita diberikan hak sepenuhnya untuk melihat penyata bayaran tue datang dari mana [sumber pembayaran]. Senang sket nak buat analisis.

Dulu pun ketika hal merisik depa guna kapal terbang kerajaan yang sepatutnya hanya melibatkan urusan2 rasmi. Kita pun marah gak time tue tapi biasalah ada najib dan family nak kisah der? Haram.. buat bodoh jek. So kalau yang neh kami dapat bukti yang lebih kukuh mengaitkan majlis pertunangan anak najib menggunakan wang rakyat.. siap lah. Demo depan putrajaya kali neh wa cakap lue. Jangan memainkan dengan duit rakyat. Bai.


Ameno : Bapak mahal gilee makanan pada malam tersebut.. err habis ka?

Jumaat, 9 Mac 2012

Bumbung sekolah nak runtuh..


Tolong amek perhatian lah. Neh kalau runtuh kena pelajar kan tak pasal2 masuk hospital jek. Bukan nak politikkan ke apa tapi amek perhatian pasal benda neh membabitkan nyawa.. kalau runtuh kena kat diri sendiri dan diri sendiri yang meninggaldunia takde orang nak kesah pun der.. cuma risau kalau kena kat budak2 sekolah ka, cikgu2 sekolah ka apa ka..

Lihat berita kat bawah neh ;

KUANTAN – Keadaan bumbung salah satu bangunan sebuah sekolah kebangsaan di sini yang hampir tercabut menjadikan ibu bapa tidak senang duduk selepas menghantar anak-anak ke sekolah.


Lebih membimbangkan, bahagian bawah bumbung yang rosak itu menjadi tempat permainan pelajar-pelajar ketika waktu rehat atau waktu pulang sekolah.

Seorang penjaga, Abdul Majid Ahmad, 63, berkata, dia yang setiap menghantar dan mengambil cucunya, Noor Aina Shafiqah Mohamad Shukri, 9, di sekolah berkenaan tidak mahu ada murid yang tercedera akibat kecuaian orang lain.

“Saya bimbang jika dibiarkan, satu hari nanti ada yang tercedera kerana saya lihat semakin hari bumbung itu sudah semakin jatuh,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kawasan bahagian bawah bumbung itu juga tidak diletakkan tanda amaran supaya pelajar tidak menghampiri tempat itu.

Abdul Majid berkata, sebelum ini, ibu bapa pernah membuat aduan berkaitan masalah itu ketika mesyuarat PIBG - SH-

Arhh sudah, kuantan rupanya. Tolong alert lah. Ada ahti lagi nak menglynas..konon selamat. Bab bumbung sekolah pun fail. Kot ye pun mampu jaga keselamatan penduduk cuba utama kan benda yang dah terang2 nampak tak selamatnya dulu bagi membuktikan bn benar2 konsisten dalam menjaga keselamatan penduduk.

Neh yang ringkas dan cikai pun lembab nak bertindak lagi mao menglynas? Buat lawak jek der.. lue fikirlah sendiri. Bai

Ameno : Tue kalau runtuh boleh buat topic bumbung sekolah runtuh.. asyik bumbung stadium dan parlimen jek jadi hujah.. muahahah

Misterinya bila mendaftar sebagai pengundi..


Cuba korang tengok gambar kat atas tue.. Dah? Itu apa? Surat ucap tahniah der. Bagus betul orang umno ampang neh. Respect aku dekat dorang. Dorang ada sikap yang suka menghargai pengundi baru dan aku memang akan puji sikap mereka tue.. tapi kan der.. aku pelik sket lah.. kat bawah neh apa pula? 


Hahh..? 

Apa ? Hahahaha.. 

Aku respect umno punya strategi. Kalau ada orang kutuk, orang tue sebenarnya tak faham apa itu strategi dan perang propaganda. Kesian. Kalau 100 orang pengundi baru yang berdaftar, 100 lah orang akan terima surat macam kat atas neh dan sekurang2nya mungkin ada di antara 100 orang tue yang terserap dengan info atas surat terbabit. Ini membuktikan umno telah berusaha pelbagai peringkat untuk mempertahankan kuasa yang sedia ada dan merampas kuasa yang mereka hilang. Kesungguhan mereka aku akan puji walaupun apa yang terpapar atas kertas tersebut adalah salah.

Ini sesuatu yang kerajaan pr paling lemah dan lemau. Kebanyakkan yang promote pr secara jemaah neh adalah geng2 indi. Selalu apa yang pr buat ialah mereka lebih tekankan usaha promote parti masing2. Dap promote dap, pkr promote pkr, pas promote pas errk jap. Pas promote pr lebih kot daripada promote pas sendiri. Heh.

Sebenarnya sudah sampai masanya untuk pr mengcounterattack perang2 propaganda bn neh. Janganlah memakai mentaliti lama alahh takde org terpengaruh lah der.. dan etc2.. itu seme kerja2 dan alasan2 orang yang PEMALAS. Aku ulang PEMALAS.

Ko nak orang undi ko, tapi ko malas promote apa benda yang ko boleh tawarkan, jadi orang pun akan ragu2 untuk undi ko, bila org tak undi ko, ko cakap org malas berubah padahal ko sendiri malas nak mempromote apa yang ko mampu tawarkan. Lepas tue bila orang complaint ko soh orang buka web ko lah, pergi pejabat ko lah, tanya orang tue, orang neh lah.. itu alasan2 yang cikai dan sadis. 

Yang nak undi ko, tapi yang kena cari maklumat pasal parti ko, ialah pengundi2? Sekarang sapa yang rayu sapa? Ko ke atau pengundi? Dah tahu media arus perdana di kuasai oleh bien, sepatutnya lancarkan perang dan strategi macam mana nak sampaikan maklumat kepada rakyat.. sudah sampai masanya untuk pr lebih advance berbanding bien yang aku lihat semakin lama semakin ke depan dan konsisten mempromosikan parti mereka. 

Mereka dilihat lebih efektif. Kadang2 aku kagum gak tengok. Program mereka takde sambutan pun mereka tetap beria2 turun padang. Mereka edarkan risalah dan sungguh2 menyuruh orang undi bn. Dalam setiap aktiviti mereka, mereka akan memastikan unsur2 mengundi bien tue diterapkan dalam apa jua keadaan. Walaupun aku tak suka apa yang mereka sampaikan tapi usaha mereka itu aku puji sebab bersungguh. Ini berbeza dengan pr. Dorang selalu bagi alasan duit punca masalah tapi geng2 ABU elok je buat pelbagai program walaupun dana terhad. Macam mana parti2 yang lebih kukuh dana nya boleh kalah dengan bebudak ABU? Tak malu ke derr..?

Lihat bawah neh gak ;


















Kalau pimpinan pr cerdik, dorang pun patut dah lama buat kartun untuk counter attack. Tapi jangan sebarkan info2 fitnah macam kat atas neh. Sepatutnya lawan guna fakta. Bagitau apa yang pr dah buat dan akan buat jika diberikan peluang perintah negara neh. Itu kalau pimpinan pr betul2 cerdik lah kan. 

Macam mana pas boleh counter attack video pasal hudud dan bob lokman, takan pasal kartun tak boleh pula? Jangan takut jika di anggap meniru. Ia lebih baik daripada duduk diam dan tak berbuat apa2 untuk mematikan fitnah2 di atas neh. 

Kalau dah setiap hari di edarkan risalah2 macam neh lama kelamaan orang akan terserap juga dengan info2 yang disuakan. Sebab tue ada bagosnya pr lawan balik dengan cara yang sama. Kalau boleh jangan bagi alasan kekurangan dana sebagai punca utama malas nak berpropaganda. Aku dah bosan dengar alasan tue. Cikai sangat. Aku yang haprak duit neh pun reti nak cari dana der untuk menyebarkan kebaikan pr.. takan pemimpin2 pr kalah dengan aku? Ceh.. memalukan.

Ameno : Malas jek alasan utama.. tak pun karenah biokrasi.. kah3x..

Khamis, 8 Mac 2012

Surat apa ni ek jabatan pelajaran negeri sabah?

Halohaaa kerajaan negeri di sabah,

Perlu ke berbuat demikian? Lihat bawah neh ;



Motif ? Tah, taktau. Nak buang cikgu2 yang sokong pembangkang ke? 



Adakah surat neh juga telah disebarkan kepada semua jenis sekolah2 di malaysia? Motif? Kalau korang tanya aku, cuma satu jek yang aku nampak kat sini.. iaitu mahu menguasai dan menentukan hala tuju cikgu2 yang sokong pembangkang.

Kita taktahu apa yang mereka akan buat selepas selesai mengkategorikan cikgu2 tersebut tapi satu benda yang kita bimbang jika cikgu2 dikenakan tindakan tata tertib or dibuang kerja tak pasal2 disebabkan sokong pembangkang.

Jika itu berlaku ini sama sekali tidak adil der. Cikgu2 yang sokong pembangkang ada hak dan kebebasan, asalkan mereka tak jadikan sekolah dan murid2 tempat untuk berpolitik, cukuplah.

Aku tak nampak apa perlunya bn mencari cikgu2 yang pro pr neh.. jangan2.. jeng jeng jeng.. kepada cikgu2 yang menyokong pr ber ahti2 lah dalam setiap pergerakkan anda kerana anda kini sedang diperhatikan oleh pengetua dan geng2 mereka. Bai

Ameno : Seram siott.. apa pun tak boleh ... 

Celcom ke yang hantar SMS tanya pasal undi BN tak lepas dapat BR1M..?

Hehehe..

Kelakar lah you all neh. Perlu ke tanya soklan neh dalam SMS ? 

Lihat bawah jap ;



Neh bukan handphone aku. Dan neh pun bukan sms yang dihantar kepada aku. Aku dapat info dari seseorang yang SMS neh asyik2 di hantar kepada no dia untuk mendapatkan respon balas. Aku syak no neh dah menghantar banyak sms kepada penerima2 BRIM. 

Aku tak faham kenapa nak sibuk tanya orang pasal neh ek? Ayat dia yang tak boleh blah tue..

Jika anda menerima BR1M RM500, semestikah anda mengundi BN sebagai tanda terima kasih?

Tatau neh satu pertanyaan ke ataupun desakan.. 

Kah kah kah

Jika ini dilakukan oleh bn dan geng2 mereka aku nasihatkan hentikan ia sekarang juga. Sia2 jek korang buat sms bagai neh. Sebab? Sebab soalan tue tak berapa tepat dengan niat survey korang sebenarnya. Sepatutnya direct jek. Senang. Ubah sikit persoalan tue. Sepatutnya tanya orang ;

Adakah anda akan mengundi bn pada pru - 13 kelak?

Dan aku minta reramai jawablah Ya, bukan apa, kita kena kelirukan bn sebenarnya. Kita kena buat2 mereka perasan yang mereka memang mendapat banyak sokongan.. Hehehe.. bila masa lagi kita nak mempermainkan bien kalau bukan sekarang kan?

kah kah kah

Ameno : Neh baru sms der.. belum kartun lagi.. itu lagi lawak der..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...