Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 4 Mac 2012

Statement Mahathir yang mengejutkan..


Kadang2 bersangka baik pada orang tertentu hanya akan menyusahkan kita jek. Mungkin sejak dari awal lagi aku tak sepatutnya bersangka baik pada mahathir. Aku terkejut gile baca statement dia kat atas neh ;


" Oleh itu tidak perlulah kita mengagung2 kan Nabi Muhammad SAW. Memandailah bersyukur kepada Allah swt sahaja. "

Usul asal kejadian aku taktahu. Apa sebenarnya yang mahathir cuba nak maksud? Aku siyes blur dan taktahu. Tapi kenyataan di atas neh jelas tidak patut dibuat oleh dia. Sekali lagi ia boleh mengelirukan. Sekurang2nya ia mengelirukan aku sebenarnya. Aku taktahu nak anggap macam mana statement tersebut.

Keratan akhbar lama. Dari paper apa aku taktahu. Mungkin juga utusan. Mungkin juga berita harian. Yang tepat aku taktahu. Korang boleh lihat sumbernya disini. Sesiapa yang tahu boleh info melalui komen kat bawah. Aku tengah cuba faham bagaimana kah sikapnya seorang pemimpin bernama mahathir neh.

Pendek kata aku terlalu terkejut sampai tak boleh nak cakap apa2 lagi dah. Tipu lah kalau kata aku tak respect mahathir der. Aku respect gak mahathir neh. Walaupun aku tak berapa gemar cara dia yang seolah2 mempersendakan islam tetapi aku pernah terfikir yang maybe dia bukan meremeh2kan islam tetapi merendah2kan orang islam yang hipokrit. 

Untuk mengatakan dia tiada jasa langsung di malaysia neh mustahil bagi aku. Aku suka pemikiran mahathir walaupun aku tak boleh terima pandangan dia dalam beberapa isu. Namun rasanya aku kena fikir semula siapa yang aku hormat neh. Aku dah semakin ragu2 dengan tokoh di atas. Sangka baik aku dah semakin susut dan menipis. Macam mana?

Ameno : Apa sebenarnya yang cuba disampaikan?

Najib, aku tak maafkan kamu.

Najib cakap semalam ;

"Kalau dahulu sedikit sebanyak kita buat silap, maka, saya hendak menyatakan bagi pihak BN, kita minta maaf kepada semua, yang menang minta maaf dan yang kalah pun minta maaf.

"Kita berjanji untuk belajar daripada kesilapan itu dan akan melaksanakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Kuala Ketil, di sini hari ini. -UM-

Respon balas. Pergi matilah weh. Jangan. Kasar sangat tue beb. Cuma nak bagitau kat najib, jangan harap dan jangan mimpi lah weh. Hanya dengan minta maaf ia tidak mengubah apa2 perkara yang telah menyusahkan rakyat selama neh. Perkara2 buruk yang dilakukan kepada rakyat oleh bien tidak akan bertukar tinggg jadi benda baik hanya bersandarkan kepada kata2 minta maaf.

Jika minta maaf itu begitu bernilai baik mahsuhkan sahaja sistem keadilan di negara neh. Selesaikan sahaja seme perkara dengan ucapan minta maaf. Kan simple? Contoh kes bawah neh ;


Adakah dengan meminta maaf maka kes di atas neh di anggap tidak wujud or selesai? Pun tidak. Hak rakyat tetap pernah dinafikan. Malahan sedang dinafikan. Dan mungkin akan terus dinafikan jika bien diberikan mandat untuk terus memerintah negara neh.

Minta maaf najib satu sen pun tak laku. Minta maaf najib bukan boleh pulihkan skandal pkfz. Jauh sekali betulkan penyelewengan demi penyelewengan yang melibatkan beberapa pemimpin utama bien. Contoh isu lembu dan nfc. Adakah minta maaf najib boleh menangkap shahrizat masuk ke dalam jail? Pun tidak. 

Adakah minta maaf najib boleh memulihkan stadium runtuh? Bumbung bocor ataupun kehilangan wang berbillion2 ringgit akibat ketidakcekapan dalam menguruskan dana negara? Tidak. 

Minta maaf najib juga tidak boleh mengembalikan semula wang yang dicuri oleh kakitangan kerajaan ketika membeli teropong paling mahal di dunia sekalipun. Ini sekecil2 corruption pun dorang takley settle lagi nak fikir dorang akan selesaikan corruption yang lebih besar rangkaian nya?Jangan hadap der. 

Bagaimana pula dengan isu khir toyo? Adakah minta maaf najib boleh mengantikan semula wang2 yang khir amek dari rakyat selangor? Pun tidak. Minta maaf sebenarnya tak laku lah najib. Setelah melakukan pelbagai corruption semudah abc jek minta maaf dan minta orang undi bien? My foot lah ko. Senang betul hidup macam tue. Selepas membunuh, minta maaf, kes selesai. Boleh?

Sekarang neh cuma ada satu jalan jek yang najib dan bien boleh buat. Tak perlu susah payah nak minta maaf or jelajah satu malaysia seme bagai untuk terangkan kepada rakyat. Buang masa seme tue. Kalau sungguh bien benar2 perjuangkan rakyat ko betulkan balik seme penyelewengan yang dibuat oleh bien. Yang salah ko kena tangkap termasuk diri ko sendiri sebab terlibat dalam skandal kapal selam, makmal sekolah terbakar, kehilangan enjit jet. Tue seme ketika ko jadi menteri di bawah kementerian2 tertentu. 

Aku hanya akan memaafkan bien jika semua penyeleweng2 dibicarakan dan dihukum setimpal dengan kesalahan mereka. Selagi itu bien tak buat, selagi itu jangan mimpi minta maaf ko tue bernilai. Bai. 

Ameno : Bakolsampah aje layak utk ucapan macam tue.

Rosmah Terima Anugerah Tertinggi Dari Universiti Luar Negara Lagi.

Tahniah mem.

Hebat betul. Tak henti2 anugerah demi anugerah yang dia raih sepanjang beberapa tahun dia menjadi perdana menteri malaysia kan? Errr.. silap. Isteri perdana menteri malaysia. Tadi tue kesilapan yang tidak disengajakan. Harap maklum ye..

kah kah kah



Steven Institute Of Technology, universiti perdana pendidikan campuran swasta yang menumpukan pada penyelidikan dan keusahawanan dan komited dalam menerokai bidang kejuruteraan, sains dan pengurusan menganugerahkan anugerah tertinggi universiti itu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, pada Jumaat.

Presiden universiti itu, Dr Nariman Farvardin, menyampaikan anugerah 'Distinguished Service Medal' kepada Rosmah sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam perkhidmatan awam khususnya dalam usaha memperkasakan wanita dan kesaksamaan gender dan peranan penting dimainkan beliau dalam mengusahakan pendidikan awal di kalangan rakyat Malaysia.

Rosmah juga memainkan peranan aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan
seperti Children's Hope, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Majlis Aids Malaysia, Yayasan Jantung, dan memainkan peranan penting dalam penubuhan Program Pendidikan Awal dan Penjagaan Kanak-kanak (ECEC), yang telah menubuhkan lebih 600 pusat asuhan kanak-kanak Permata di seluruh Malaysia; di samping sering mengutarakan mengenai perlunya memulihara warisan semulajadi negara untuk generasi akan datang, katanya pada majlis yang berlangsung di universiti itu di Hoboken, di New Jersey.

Dr Farvardin berkata universiti itu hanya menganugerahkan anugerah itu kepada mereka yang telah berjaya memberikan impak besar terhadap kebajikan masyarakat.


bernama



Walaupun aku stalker rosmah, aku sendiri pun taktahu yang rosmah mansur rupanya begitu hebat dalam ==> usaha memperkasakan wanita dan kesaksamaan gender dan peranan penting dimainkan beliau dalam mengusahakan pendidikan awal di kalangan rakyat Malaysia. 

Dan ==>  sering mengutarakan mengenai perlunya memulihara warisan semulajadi negara.

Siyes beb. Aku taktahu pun. Korang tahu ke? 

KAH KAH KAH

Adoii lah.

Ameno : 600 pusat permata? Bila masee? 

Buku teks tingkatan 5 tanya macam mana nak pertahankan melayu..?



Betul ke soklan neh?

Ada logik ke soklan neh? Ingat pelajar2 form tue seme orang2 melayu ke apa? Cuba korang baca dan lihat baik2 apa yang dinyatakan oleh soalan di atas.

SEKIRANYA ANDA SEORANG PEMIMPIN, NYATAKAN DUA LANGKAH YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN STATUS QUO ORANG MELAYU?

Alamak geng.

Ini bukan soalan yang patut diketengahkan dalam buku teks pelajar tingkatan 5 beb. Apatah lagi musim racist semakin menjadi2 di kalangan kita semenjak dua menjak neh. Lebih2 lagi selepas insiden kfc kita boleh melihat bagaimana majoriti melayu dan cina saling bertekak sesama mereka tanpa mengira label parti.

Seseorang yang menyediakan soklan neh sepatutnya mengutamakan soalan2 yang berbentuk perpaduan dan kesejahteraan rakyat bersama tanpa mengira kaum. Bukan nya melontarkan persoalan2 yang boleh menyebabkan pelajar2 khususnya bukan melayu tertanya2. Apa salahnya tanya soalan mengenai mempertahankan status quo rakyat malaysia? 

Adoiii. Buku teks pun dah diserapkan unsur2 racist. Ia mungkin nampak kecil tetapi ia tetap boleh menimbulkan pertikaian sebab apa? Sebab nanti 1malaysia najib akan merundum. Dia yang beria2 melaungkan slogan 1malaysia akhirnya kantoi dengan soalan macam neh. Soalan yang membunuh slogan dia sendiri. Tak satu malaysia arh cenggini kalau sibuk cakap pasal melayu jek. Kalau beria2 pongpang cakap pasal melayu ada hasil takpe. Neh habok pun tarak. Lue fikirlah sendiri der.

Sumber : sini

Ameno : Macam mana ek orang2 bukan melayu nak jawab soklan tue?

Najib kena perli dengan rakyat kelantan part II.

Part 1 rujuk sini. Sepertimana yang aku cakap semalam sudah semestinya buletin utama tidak akan menayangkan isu najib kena perli dengan rakyat di kelantan di dalam saluran media mereka. Antara rakyat kelantan yang perli najib semalam.

Lihat bawah neh ;


Di maklumkan juga terdapat kain rentang yang yang memerli najib diturunkan oleh penyokong2 bien semalam. Laaa.. bukan nya kain rentang yang menghina pun. Sekadar minta royalti hak rakyat kelantan jer pun. Takan takut pula? Takpe.

Lihat dulu video kat bawah neh ;


Najib kata kalau sayang dia kena sokong tok pa. Uwekk. Nak muntah aku dengar. Agak2nya nak cakap ayat perkataan kalau sayang dia tue. Maksud aku patut dia guna perkataan kalau sayang umno ke, bien ke logik lah sikit. Neh direct sebut kalau sayang dia.. memang rasa tak malu disitu. Sapa tah sayang dia.

kah kah kah

Yang tak boleh blah tue kan gaya dia bercakap tue. Cuba korang tengok betul2. Aku tahu aku tak sepatutnya cakap pasal neh tapi masalahnya aku tak boleh bertahan dengan mendiamkan diri. Mesti nak cakap juga sebab rasa menyampah yang amat. Siyes.

kah kah kah

Lepas tue sempat lagi sebarkan auta. Nak tahu pasal apa? Dia cakap pasal pelaburan. Tahun lalu pelaburan rekod? Rekod apa tah? Mengarut jek lah ko najib. Cuba tunjuk bukti tang mana kata2 tersebut merupakan satu fakta? Apa pun aku dan kebanyakkan rakyat di malaysia neh tak rasa. Itu barulah rekod. Dan yang paling penting, fakta. Heh.

Tengok satu lagi video kat bawah neh ;



Point penting dalam video kat atas neh ; 

1. BU cakap program dihadiri hampir 20k rakyat kelantan. Macam betul. 

2. Lepas tue bien memberi jaminan bahawa jika mandat bertukar kepada bien mereka akan tetap berpaksikan kepada islam. 

Korang faham tak apa benda yang dorang cakap tue? Begini sepatutnya yang kita seme perlu faham.

- Pas memerintah kelantan selama neh.

- Pas berpaksikan kepada islam.

- Jika bien perintah kelantan maka bien akan tetap berpaksikan kepada islam. [ kesinambungan corak pemerintahan pas ]

Itu sebab bien + najib + bu = guna perkataan tetap berpaksikan kepada islam. Kalau pemerintahan pas tidak pernah berpaksikan kepada islam buat apa mereka sebut akan tetap berpaksikan kepada islam? Sudah semestinya pas berpaksikan kepada islam dan bien faham tentang tue sebab tue mereka guna perkataan akan tetap pertahankan islam di kelantan.

Lalu, kenapa pula selama neh mereka kata pas tidak pernah pertahankan islam dalam pelbagai saluran media dan blogs mereka? Boleh nampak tak macam mana lidah mereka berfungsi? Mereka akan tend untuk bercakap apa sahaja walaupun benda yang mereka cakap tue kadang2 mengelirukan rakyat.

Takpelah. Itu okey lagi. Fungsi lidah mereka aku dah sedia hafal. Ini pembelit yang kita seme tak boleh lawan punya. Bukan kategori raja tapi maharaja pembelit. Hebat bukan. Tapi yang lebih hebat ialah orang2 yang hadir ke dalam program tersebut. Cuba korang perhatikan muka orang2 dalam video tue? Korang tak rasa ke apa yang aku rasa?

kah kah kah

Ameno : Hoii najib.. jangan pongpang pasal akidah lah weii.. tue judi kasino dan hub hiburan malam tue apa benda nya?

Sabtu, 3 Mac 2012

Fakta LYNAS yang anda mesti tahu 3 - Edisi siasat selepas HIJAU 2.

Sebelum neh aku dah sebarkan dua artikel awal lynas info2 yang korang kena tahu dan mesti faham untuk anti lynas. Aku paling tak suka dengan orang yang suka follow isu tanpa fahami kes. Nanti bila orang tanya depa terkial2 nak menjawab. Bila terkial2 nak menjawab itulah yang akan buka ruang persepsi konon nya anti lynas neh mempengaruhi orang ramai supaya sokong mereka walhal penyokong2 depa apa pun taktahu. Siyes menyampah siot.

Sekarang korang tengok dulu poster kat bawah neh.


Nota : Klik sini untuk paparan besar tentang poster2 kat atas neh

Poster kat atas neh korang kena hadam sebelum sebar. Jangan sebar tanpa fahami fakta kes. Aku dah terbaca beberapa komen di facebook di mana penyokong2 anti lynas tak faham apa pun sebab depa bantah lynas. Main balon jek. Kelakar siot.  Membalon + menyokong = kedua2 pihak kena ada fakta. Jangan ikut melulu lah weh. Orang balon, ko pun balon. Tapi orang balon ada fakta, ko balon apa? Apa pun takde. Kan dah leceh pada perjuangan kita neh.

Kat atas neh info asas. Sekarang kita pergi dalam lagi dalam isu lynas neh.

1. Pada beberapa hari lepas, kabinet kata kerajaan setuju sisa lynas dihantar pula ke australia. Lihat sini.

Secara am nya ia menyelesaikan hampir 50% masalah utama protes anti lynas neh. Namun adakah neh perkara yang logik? Jika australia menerima sisa = itu bermaksud bukan kah lebih bagus kilang tersebut dibina sahaja di australia? Ramai orang tak faham kenapa negara australia yang begitu besar membina kilang di malaysia? Mudah. 

Australia = negara yang mementingkan alam sekitar. LYNAS dibantah oleh penduduk australia dan ditolak oleh kerajaan sana atas faktor neh. Ini faktor utama. Operasi lynas akan jejaskan alam sekitar yang mana akan memungkinkan side effect kepada kesihatan penduduk australia.

Jika sisa lynas di hantar semula kepada aussie itu bermaksud = tambahan kos. Dalam dalam artikel yang sama kerajaan australia menegaskan bahawa mereka tidak menyokong sebarang import + eskport sisa radiasi tak kira kepada mana2 negara sekarang pun. Apa maksudnya tue? Maksudnya samada sisa itu kekal di malaysia or dihantar ke luar dari malaysia or berada di mana2 tanah yang wujud di dunia neh sekalipun atas nama mana2 negara ia TIDAK DISOKONG oleh KERAJAAN AUSSIE. Faham? 

Jadi jika anda fikir kata2 oleh kabinet umno neh munasabah, sila fikir semula.

2. Che rosli sokong lynas. Yang neh antara hujah yang sering digunakan berulang2 kali oleh penyokong2 lynas. Kata mereka che rosli = pas = sokong lynas. Tapi mereka lupa bahawa penyokong2 anti lynas = dari mca + bn pun ada. Lynas tidak boleh ditolak or disokong atas faktor individu. Yang neh mereka perlu difahamkan. Kita tak anti lynas hanya semata2 ko anti, aku anti atau sesiapa anti. Bukan. Ini persepsi yang salah. Jadi andai kata pr + che rosli dan sesiapa pun sekalipun sokong lynas itu bukan isu langsung. Fahami kes.

Lynas ditentang kerana ia merbahaya kepada penduduk di sekitarnya. Che rosli berpendapat lynas selamat JIKA.. lynas okey KALAU.. lynas tiada kesan ANDAI.. jika, kalau, andai digunakan untuk mengambarkan lynas selamat. Itu bukan selamat maksudnya.

Kata penyokong umno, kalau bawa kereta pun terdedah kepada risiko dan bahaya. Mereka bandingkan kereta = radiasi? Kereta = teknologi. Radiasi = teknologi ka? Penggunaan kereta lebih banyak impak positif berbanding impak negatif. Kewujudan kilang lynas di malaysia impak negatif lebih besar dari impak positif. 

Peluang pekerjaan yang besar = takde. Lynas menjanji 350 pekerjaan sahaja. Itupun utk mereka2 yang mahir der. Ada jentera, mesin yang mana memerlukan org yang betul2 mahir dan pakar je boleh operate seme tue.

Peluang cukai = bebas 12 tahun.

Peluang meningkatkan taraf hidup penduduk sekitar = takde, harga tanah dan kedai jatuh kerana kilang lynas = radiasi. Sapa nak duduk di kawasan ada kilang seperti itu?

Peluang penyakit = ada, terbuka luas kerana kawasan kilang dekat dengan kawasan perumahan. Janji 35km tp ia jadi 25km. Macam mana tue? 35km pun sebenarnya tak munasabah gak.  

Jadi apa yang ada sebenarnya untuk rakyat? Untuk rakyat = apa pun takde. Untuk kerajaan = terlibat dalam projek pembinaan + operasi kilang lynas. Tak kiralah macam mana ia tertulis atas kertas tapi atas duit, individu2 tertentu ada memperolehi kepentingan disitu.

3. Mahathir pun sokong lynas gak. Ini tokoh yang disegani ramai orang umno. Mereka kerap menganggap kata2 tokoh neh sebagai penanda aras apa yang perlu mereka sokong dan apa yang tidak perlu disokong. Hidup yang berpandukan kepada kata2 orang lain bukan lah hidup bagi pendapat aku. Dalam hidup neh kita ada akal seharusnya akal kita menentukan apa yang kita patut sokong dan apa yang tidak patut kita sokong.

Kenapa mahathir pro lynas? Baca sini. Anak mahathir ada kepentingan dalam lynas. Syarikat dia menjadi pembekal. Dan kilang lynas dibina oleh kontraktor malaysia der. Ingat bumbung runtuh? Parlimen bocor? Stadium hancur? Monorel tergendala? Terowong banjir? Masjid retak? Dewan tak siap? 

Bercakap pasal kontraktor malaysia itu satu hal. Bercakap pasal pemantauan yang tidak telus, itu satu hal yang lain. Bercakap pasal ketelusan media, itu satu hal lagi. Bercakap pasal pemimpin yang tidak jujur itu satu hal yang lain.  Kesemua hal neh digabungkan menjadi satu rangkaian organisasi yang besar untuk menutup kepalsuan. Ini bukan perkara yang main2. Mengapa orang2 kaya neh menganggap pelaburan yang merisikokan nyawa manusia ialah pelaburan yang menguntungkan? 

Orang2 yang sokong lynas mengatakan bahawa lynas dibina oleh mereka yang pakar dan mahir tapi akhirnya kita dapat tahu kontraktor malaysia yang bina. Orang2 yang sokong lynas mengatakan bahawa jentera2 lynas itu dibawa dari australia tapi akhirnya kita dapati ia sebenarnya datang dari china kerana china pengeluar utama tanah jarang.

China yang kita tahu, mereka juga mengabaikan kesihatan dan keselamatan rakyat yang duduk di sekitar kilang tanah jarang. Ini perbandingan yang mereka mahu kita buat dan kemudian paksa kita percaya dan setuju?

4. Pelabur dan pembekal lynas tarik diri. Sejak tahun lepas sehingga ke tahun neh terdapat beberapa insiden yang menyebabkan lynas malaysia terpaksa melambatkan operasi kilang mereka. 

Ia bukan rahsia bahawa pembekal resin kepada pembinaan kilang lynas tarik diri. Ia juga bukan rahsia HSBC australia menjual kesemua saham2 mereka dalam LYNAS malaysia disebabkan kontroversi yang tak berkesudahan mengenai isu keselamatan. Untuk menjaga reputasi dan nama baik bank mereka, jadi mereka tarik diri.

Adakah organisasi bank sebegitu BODOH sehingga nak melakukan satu2 perkara berdasarkan kepada kempen anti lynas yang konon nya TIADA FAKTA ? Sudah tentu ada FAKTA yang munasabah sehingga menyebabkan bank ini tarik diri dan saham lynas malaysia menurun. Jika kami orang2 yang tidak belajar sains ialah bodoh bagaimana pula penyokong2 umno menyifatkan keputusan2 bank + pembekal2 lynas + pemain2 saham di seluruh dunia? Bagaimana dengan penulis2 artikel mengenai kesihatan, keselamatan dan pencinta alam sekitar dimana mengutuk dan menghentam lynas malaysia yang terang2 bukan ditulis oleh aku dan orang2 pr? Adakah semua orang ialah bodoh dan mereka sahaja yang pandai? 

5. Selepas hijau 2 berlalu, najib menegaskan bahawa kajian sainstifik membuktikan lynas selamat. Ya, kita faham kajian berpihak. Dari dia selamat tapi kajian kita kata ia tidak selamat pula. Tapi adakah kita mendengar bahawa seluruh penyokong2 lynas akan berpindah ke kuantan? Tidak. 

Jadi jika najib beranggapan projek neh selamat dia harus buktikan ia melalui perbuatan bukan melalui cakap mulut. Disarankan seme penyokong2 lynas duduk di kuantan dan seme penolak2 lynas dipindahkan tanpa melibatkan sebarang kos ke tempat lain. Itu baru adil. Penyokong lynas = duduk dekat lynas, pembenci lynas = duduk jauh2 dari kilang lynas.

6. Statement najib di atas neh ialah statement terawal selepas hijau 2. Selepas itu menteri buat statement. Kemudian AELB, pihak yang memantau lynas buat statement. Kesemua statement2 mereka bercelaru dan sangat berbeza antara satu sama lain. 

Mari fahami terlebih dahulu apa statement mereka ;

Menteri kesihatan = Lynas tidak akan dibenarkan beroperasi andai sisa tidak dihantar pulang ke aussie semula.

AELB = Sisa akan dikitar semula.

Najib = Lynas selamat dari segi sainstifik dan sisa lynas akan dihantar jauh dari kawasan penduduk. Lihat sini. Ini statement terbaru najib. Siapa najib? = PM malaysia. Siapa menteri kesihatan? = bekerja bawah najib. Statement siapa lebih patut diberikan perhatian dan penekanan? Of course statement najib lah. Sebab dia ketua ma. 

Ini bermaksud apa? Maksudnya sisa lynas akan kekal dan tetap berada di dalam ini negara meskipun bukan berada di pahang. Kali neh setelah bukan hanya nyawa rakyat pahang jek jadi taruhan. Ia mungkin nyawa aku, nyawa ko dan nyawa sesiapa sahaja. Bagaimana jika ia dibuang di perak? Di kelantan? Di perlis? Di terengganu? Di johor? Di selangor? Di penang? Di kedah? Ataupun di mana2 sahaja? Bagaimana? Sebab tue aku cakap isu lynas neh isu nasional. Setelah membahayakan nyawa rakyat pahang nampaknya ia belum bagus tanpa melibatkan nyawa bukan rakyat pahang.

7. Pelan kitar semula tidak wujud. Tak kira semanis mana pun ayat AELB pelan kitar semula langsung tak pernah wujud. Ia hanyalah kata2 bagi melegakan suasana tetapi rakyat bukan bodoh. Jika ia boleh dikitar semula maka apa sebab menteri2 cakap ia akan dipindahkan ke kawasan lain or dipertimbangkan untuk di hantar semula ke aussie? Dan andai ia boleh dikitar semula sekalipun sudah tentu ia akan diusahakan oleh china yang dah terang2 menguasaikan 97% proses tanah jarang.

Boleh nampak tak sejauh mana nyawa kita berada di kelas paling bawah dalam ahti pemimpin2 malaysia? Mereka tidak pernah menganggap nyawa kita bernilai jadi kenapa perlu kita bersusah payah mengekalkan kedudukan mereka kelak pada pru - 13 akan datang? Fikir masak2.

Nota : Artikel neh telah dikemaskini.

Ameno : Seseorang yang hidup berpaksikan wang akan sentiasa mencari wang walaupun dia dah banyak wang..

Betul ke kekecohan demo anti LYNAS di penang takde kaitan dengan umno ?


Takde kaitan beb. Seriyus. Lihat gambar di atas neh. Gambar neh lebih panas daripada gambar2 yang telah tersebar sebelum neh. Gambar dari sisi atas. Jelas lagi terang nampak betapa anti lynas diserang pro lynas. Tak agak2 mai majlis orang lepas tue attack orang.

Then yang lebih lawak tue, salahkan pihak yang diserang sebagai pencetus provokasi. Kalau tengok video dan gambar dari awal korang akan fahami bahawa fakta kes kepada tercetusnya kekacauan neh ialah ;

1. LGE sampai di lokasi.

2. Sebelum neh geng2 provokasi tak tau arh depa buat apa tapi selepas lge sampai ramai2 pakai keliling kereta lge dan meroyan2. 

3. LGE keluar dari kereta dan mereka masih lagi tak henti2 meroyan.

4. Then lge cakap ini umno toksah layan.

5. Jadi depa marah bila word ==> UMNO disebut. 

6. Start tue depa meroyan. Serang wartawan, Serang peserta anti lynas. Mencarut seme cukup. Tak percaya? Lihat bukti disini. Yang takley load video aku dah printscreen siap2 utk korang tengok betapa keji gila perbuatan mereka neh beb. Lihat sini.

7. Selepas insiden tersebut kecoh, menteri umno mula menafikan ia. Konon nya ia takde kaitan dengan umno. Dan penyerang menyerang sebab wartawan cari pasal. Nak membela punya pasal mereka juga sanggup mengatakan bahawa  lge punca kekacauan.

Ak ek ne.
 
Aku sendiri pun tidak boleh menuduh mereka neh direct dari umno. Apa yang aku boleh hujahkan menyatakan persepsi bahawa mereka neh at least sekurang2nya sokong umno meskipun aku tidak menolak andaian bahawa mereka belum tentu di hantar oleh umno penang untuk berbuat kekacauan.

Lihat juga gambar kat bawah neh. 


Jelas lagi terang ada yang pakai topi umno. Yang baju merah pakai spek tue siap mengaku ahli pas lagi. Sebab tue aku minta sesapa yang ada bukti mereka pernah berbaju bn or umno sekurang2nya untuk disebarkan bagi membuktikan persepsi kita bahawa mereka = umno adalah satu fakta.

Secara am nya ramai orang dah jelas pendirian politik mereka. Tapi aku suka nak tutup mulut penyokong2 umno dengan hadirkan bukti yang lebih jelas dan terang. Baru senang sket nak tulis direct sah2 neh umno kan?

So kepada sesiapa yang ada gambar individu2 di atas neh yang pakai baju umno, please sebarkan. Nak2 yang mencarut2 tue. Aku paling suka nak edarkan gambar dia berbaju umno. Anak didik adnan yaakob tue beb.

kah kah kah

Ameno : Demo sendiri takde sambutan demo orang mereka kaco.

Jumaat, 2 Mac 2012

Papan Iklan Surau pun jadi masalah ka ?


Marah.

Tapi marah yang mengarut dan sia2.

Mereka neh aku nak tulis sebagai penyokong2 yang dipercayai pro umno dan perkasa. Rasanya aku dah tulis sehabis tepat bagi mengambarkan kumpulan neh. Aku tidak melakukan tuduhan melulu tetapi isu surau wakaf di kedah yang dirobohkan untuk membina surau baru yang lebih besar dan cantik nampaknya hanya mengundang kekelakaran bagi mereka2 yang faham isu neh dari awal.

Keratan akhbar di atas merujuk kepada satu kumpulan yang marah kehadiran papan iklan yang menerangkan reka bentuk surau baru selain info2 yang berkaitan dengan nya. Ia di letakkan di jalan terbuka untuk dinilai dan dilihat oleh orang ramai bagi memberitahu kepada penduduk sekitar berkenaan isu pembinaan surau baru.

Tindakan neh rupanya mengundang kemarahan mereka. Logik ke? Logik ke ko sebagai manusia marah bila orang bina surau dan robohkan pejabat insurans yang mana dibina atas tanah wakaf? Logik ke? Logik ke ko sebagai manusia mempertahankan pejabat insurans yang hanya memuatkan satu dua jemaah surau dalam satu2 masa dan sepanjang masa bilik surau tue tidak digunakan tetapi marah bila kerajaan negeri bina surau yang lebih besar dan luas agar ramai orang boleh menggunakan nya? Logik ke?

Ramai tidak tahu bahawa pejabat insurans tersebut memuatkan satu bilik surau yang mana penduduk sekitar tidak tahu kewujudan nya. Dan apa yang MB kedah buat ialah dirikan surau yang lebih ramai orang sedar kewujudan nya. Ini pun rupanya salah bagi mereka. Haizh.

Lebih info? Baca sini. 

Ameno : Benda baik pun nak marah..

Najib kena perli dengan rakyat Kelantan.

Amek kaw.

Seme orang tahu Najib dalam rangka lawatan kerja sehari ke kelantan hari neh. Errk jap. Silap. Bukan seme orang tahu tapi ada mereka2 yang tahu. Hehehe.

Lihat gambar bawah neh beb ;




Kredit gambar pada blogger kerabu bersuara. Gambar di ambil di kawasan jeli, kelantan tempat di mana najib akan mengadakan pertemuan dengan rakyat kelantan. Dan banner di atas neh disediakan untuk menyambut kehadiran najib ke jeli, kelantan.

Sekali perli makan dalam beb. Kalau aku jadi najib sekarang gak aku terbang pulang ke kl. Itu kalau aku, jadi najib. Tapi masalahnya najib bukan aku. So mana pernah dia ada rasa malu dan segan. Tv3 pun gerenti tak citer pasal neh. Mesti dia cakap berjuta2 rakyat kelantan tolak pas dan sokong kepimpinan najib punyalah.

Tak percaya? Takpe. Tunggu berita malam neh. Penyokong2 umno pada masa itu korang akan saksikan apa yang aku tulis kat sini adalah benar. Dan bila dah benar, adakah korang akan memilih untuk tolak najib? Pun tidak. Benar atau salah sebenarnya bukan isu langsung pada korang. Asal sahaja ia umno mestilah kena sokong kan? Heh. Bai.

Ameno : Malu siot..

Komen ulama muda umno mengenai statement Mahathir mengenai Hudud.

Pencerahan yang terbaik dari ulama muda umno. Tonton sampai habis. Ada isi dan point penting yang kita boleh amek kat sini. 

Lihat bawah neh ;


 

Biarlah orang2 yang alim ulama menilai, mengklasifikasikan serta menjustifikasikan isu neh. Sudah sampai masanya untuk mahathir memperincikan apa yang sebenarnya dia maksudkan melalui statement tersebut. Namun satu perkara yang jelas ialah mahathir kena tarik balik statement tersebut dan buat keterangan balas. 

Kenapa? Sebab selagi dia tidak tarik balik, kita risau juga ada pengikut2 taksub dia akan bertaklik buta atas pandangan2 dia mengenai hudud. Apatah lagi dia buat pengertian yang salah tentang zina dan rogol. Dua isu neh berbeza langsung. Zina lain, rogol lain. Zina = maksiat. Rogol = jenayah. Terma pun berbeza takan pula cara penghujahan jadi sama, betul?

Dan kalau boleh jangan delete video2 yang orang upload di youtube. Lagi didelete lagi org rancak nak upload. Sembunyikan ia tak bermaksud statement tersebut hilang ataupun akan membuatkan orang lupa. So dah berani komen kena berani hadap. Itu baru tindakan yang betul.

Ulama muda dah komen. 1Ustazah Mashitah dan Jamil Khir bila pula ye? Awak ada jawatan. Takan kalah dengan orang yang tiada jawatan? Lue fikirlah sendiri. Jangan marah pula bila orang lain berpersepsi buruk terhadap anda berdua selaku menteri2 yang menfocuskan hal ewhal agama islam neh. Bai. 

Ameno : Okey, betul gak tue.. tanya org agama lah pasal agama..

Tengku Abdullah nafi campur tangan isu khalwat Ustaz BadrolAmin.

Aku taktahu berapa tebal satu2 dinding yang selalu orang buat rumah tue. Korang tahu tak bagaimana nak menentukan ketebalan yang tepat bila satu2 rumah tue dibina? Aku tak belajar pasal tue sebab tue kurang mahir. Hehehe.

Baca bawah neh ek ;

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin PKR yang ditangkap kerana berkhalwat.

tengku abdullah ahmad shahBernama yang melaporkan memetik sumber yang sah, mengesahkan Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.

Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada saya: 'Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq'," katanya ketika dihubungi Bernamadi Kuantan, hari ini.

Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.

Semalam, Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi. -MKINI-

Ini penjelasan dari tengku mahkota sendiri. So terpulanglah pada pendapat masing2 nak analisa macam mana kan. Aku rasa dalam isu neh berehat dah cukup tepat dah. Terdapat kecelaruan statement demi statement yang membuatkan akal aku semakin berfikir. 

Aku bila dah start berfikir tue jeng jeng jeng.. mula lah.. start lah.. so lebih baik aku cadangkan ikut jek nasihat suruh berehat tue. Aku percaya ia terbaik buat masakini. Percayalah weh.

Ameno : Senyum jek boleh? 

Nazri Aziz kata Anwar macam Iblis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis" kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel.

NONE"Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang.

"Dia sekarang kata 'bukan hanya saya tetapi Mahathir (juga sokong Israel)'," kata Nazri ketika ditanya tentang tindakan kementerian luar menyiarkan tiga surat Dr Mahathir kepada kerajaan Israel ketika pentadbirannya.

Anwar takut sekarang kerana hanya beliau yang berkata keselamatan Israel itu penting." -MKINI-


Aku tak kata. Nazri yang kata. Aku pun tak faham kenapa nazri guna word iblis tue. Marah betul dia dengan dsai. Tapi hubungan dia dengan mahathir pun takde lah baik mana tapi apahal dia sanggup mengibliskan anwar ibrahim demi mempertahankan mahathir? Tah.

Tapi kan.. percayalah serang menyerang akan berlaku selepas neh. Patutnya berpolitik gunalah cara berhemah. Sorang kata macam iblis tapi sebelah pihak balas balik cakap macam setan nanti memasing saling balas membalas. Aksi seperti neh akhirnya menjemukan rakyat terutamanya orang2 atas pagar dan mereka2 yang tak minat politik.

Nazri neh pun satu. Kalau tak suka sebagainya pun gambarkan ia guna ayat yang sesuai. Jangan main balon jek. Orang macam neh lah jadi menteri malaysia. Orang macam neh banyak jek duduk dalam kabinet. Orang2 macam neh lah kita nak harapkan untuk ubah kehidupan kita? Mimpi lah der. Sampai kiamat pun gini je lah selagi org2 macam gini memegang tampuk pemerintahan negara. Apa pun tak boleh diharap.

Ameno : Iblis pula macam sapa?

Khamis, 1 Mac 2012

Bukti parasit dalam PAS ada kat sini.

Hasan ali asyik2 cakap pasal parasit. Korang tahu ke siapa parasit yang hasan ali maksudkan? Khalid samad? Bukan. Anwar ibrahim? Pun bukan. Kalau korang nak tahu jawapan nya ada di bawah neh. Lihat betul2 dan lihat dengan seteliti yang mungkin.



Sumber gambar dari rakan blogger ISA. Aku tak percaya neh gambar super impose sebab aku tahu blogger ISA bukan jenis macam tue. Dah nampak? Dah faham? Bagus. Memang bagus. Sekarang rasanya hasan ali dah mendedahkan siapa parasit sebenarnya.

Harap hasan ali boleh duduk dan fikirkan kembali perjuangan asal dia. Takde gunanya dia travel satu malaysia untuk hentam pas. Dia cakap nak perjuangkan akidah so proceed je lah dengan perjuangan dia tue. Buat apa dia travel satu malaysia pongpang2 kutuk pas? Jadi orang biarlah logik sket hasan ali oi. Bila ko balon pas, ko ingat orang taktau ko sepihak dengan sapa walaupun guna nama ngo?

Aku dari dulu malas nak bercakap2 buruk pasal seseorang yang dah kena pecat neh sebab pimpinan pas pun macam malas nak layan dia. Tapi makin lama makin melampau pula. Asal keluar berita dia cakap pasal parasit. Asal keluar isu dia confirm pasal parasit. Sapa sebenarnya yang parasit? Dia lupa scan diri sendiri ke apa? Bai.

Ameno : Paradox.

Tutorial : Cara mudah remove timeline di fanpage.

Dari semalam otak aku dah senget dengan timeline facebook kat fb amenoworld. Kalau aku tak tukar nanti susah aku nak belajar guna timeline kat fanpage yang lain2 so aku kena korbankan satu page untuk buat research and study pasal timeline neh.

Tapi menjadi satu hal pula tadi apabila aku update status, status tersebut tidak dapat dikesan. Lahabau. Berpinau2 mata aku mencari2. Mana pula dia menyorok? Nak update pun dah rasa seram. Main sorok2 pula. Bukan ada berjanji ke apa. Takde kira satu dua tiga terus hilang. Nak mencari pun takde klue. Gampang aih timeline.

Dan tadi.. hehehe.. aku dah temui caranya untuk berhentikan pening aku sementara aku betul2 memahami penggunaan timeline neh. Kalau boleh aku harap facebook jangan buat untuk fanpage. Untuk paparan admin sebenarnya dia tak sepening untuk paparan fans. Aku ingat kalau fans tengok timeline fanpage dorang pun sanggup jek unlike balik. Semak siot.

Tips dicilok dari blogger semut. Hehehe. Dah lega sket mata aku bila dah dapat tahu trick utk skip timeline buat masa2 tertentu. Caranya mudah beb. 

Mula2 korang buka apa2 fanpage or fanpage korang sendiri. Then kat address bar tue korang tukar macam kat bawah neh ;






Nampak tak? Mudah jek. Dari www tukar ke m. M = mobile. Makna nya korang akan view page dalam mode mobile. Nampak macam simple tapi ia tak sepening timeline. At least senang nak catch up updates terbaru betul tak? Itu yang penting jek pun.

Contoh paparan mobile dari fp semut ada kat bawah neh ;


Ringkas tapi senang sebab boleh kesan seme posting2 terbaru yang disusun ikut aturan. Kan lebih baik macam neh. Tak fahamlah aku kenapa si mark neh suka suki tukar. Memang lah benda free tapi kita orang sebagai pengguna ada banyak jasanya taw. Kalau takde orang guna product dia, jangan haraplah facebook nak paymes macam neh. Hargai sket peminat2 setia fb neh oi mark. Jangan bikin orang panas lah weh. Bai.

Ameno : Timeline yang merimaskan.

Najib, ko jangan temberang lah weh.

Neh berita dua hari lepas. Aku baru perasan tadi. Seme neh gara2 P1 yang takde line. Satu hari tak berinternet rasa macam tertinggal seratus hari punya berita. Baru kini aku faham kuasa media internet. Memang nampak sangat bezanya orang yang tengok berita2 tv berbanding berita2 di internet beb.



Isu sekarang neh pasal sprm. Korang baca bawah dulu ;

"Saya bersetuju dengan pandangan lembaga penasihat SPRM bahawa untuk mencerminkan kebebasan SPRM, sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah perlu diwujudkan. Suruhanjaya ini akan diberi kuasa untuk melantik dan memecat kakitangan SPRM.

"Tetapi isu ini perlu pindaan perlembagaan. Insya-Allah jika BN diberi mandat dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, pindaan perlembagaan akan dijalankan dan suruhanjaya ini akan ditubuhkan," kata Najib semasa merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah di Putrajaya hari ini. -MKINI-

Baca bebaik apa yang dia cakapkan tue. Petikan yang lebih senang dihadam ;

1. Najib nak bagi lebih kuasa kepada SPRM dengan penubuhan satu suruhanjaya.

2. Penubuhan suruhanjaya perlukan pindaan perlembagaan.

3. Kalau undi bn = pindaan perlembagaan akan berlaku.

WAKLUE!!!!

Sekarang pun boleh kalau dia nak buat. Bila masa PR halang / larang / bantah / protes / tak sokong / tak setuju / benci = pindaan perlembagaan yang membolehkan sprm diberikan kuasa lebih agar menjadi lebih bebas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab mereka?

Bila masa beb? Bilaaa? Mana ada pernah pun. Woitt najib, sekarang aku sebagai rakyat cabar ko bawa usul tue. Dan yang paling penting mestilah mereka2 yang duduk dalam suruhanjaya tue ialah mereka2 yang tiada kepentingan. Kalau boleh rakyat harus dilantik untuk duduk dalam suruhanjaya terbabit. Rakyat punya suara paling penting sekarang neh.

Dan aku sangat percaya sekarang pun PR akan bersetuju. Tak payah beria2 sangat nak soh undi bien lah weh. Propa je le ko. Rahsia ko dah terkantoi lebih banyak bila ex adun manis = adun bien = bongkar sebentar tadi. Korang leh baca direct kat sini beb.

Aku dah agak dah perangai najib neh. Patutlah suka bolak balik. Nampaknya syak wasangka aku semakin menampakkan kerealitian disini. 

Ameno : Tipu jek pandai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...