Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 27 Februari 2012

Berita antarabangsa melaporkan himpunan Hijau 2.0





Berita2 antarabangsa telah melaporkan himpunan hijau yang berlangsung semalam. Antara berita2 yang tersiar di beberapa laman web news ialah ;


1. bbc







Neh sebahagian kecil yang aku dapat baca. Dan di aljazeera pula versi video pendek dibuat bagi menerangkan apa itu proses tanah jarang dan effectnya kepada rakyat. Video terbabit diterbitkan secara bersiri bagi mendedahkan kesan nya kepada rakyat [dalam kes neh rakyat pahang]. Video terbabit diterbitkan oleh crew aljazeera sendiri. Nak tonton sila klik sini dan sini.

Ada di antara berita tue melaporkan kehadiran adalah 3,000. Mesti kes baca dari satu sumber dan tidak berada di kawasan himpunan. Sebab tue wartawan tue tak tahu citer. Apa pun impak positif daripada laporan2 tersebut ialah kita kini akan lebih dikenali sebagai satu perjuangan hijau yang memperjuangkan kehidupan sihat tanpa radioaktif.

Dan LYNAS pula akan berdepan dengan persepsi rakyat dari seluruh dunia. Ini antara impak yang LYNAS dan pemegang saham LYNAS akan rasakan. Antara kesan2 selepas HIJAU semalam. Bai

Ameno : Apa selepas hijau? Banyak beb. 

Betul ke kilang RARE EARTH Bukit Merah masih wujud?

Panas.

Biar betul kisah neh beb?

Lihat gambar kat bawah neh terlebih dahulu ;



Gambar2 kat atas neh merujuk kepada satu kilang yang sangat2 misteri. Sesiapa pun tak boleh masuk kat sana. Lokasi dia di ipoh perak. Kalau korang nak tahu lanjut pasal kilang neh baca kat blog MSK. Sana ada detail.

Aku nak ulas gak isu neh cuma dari sudut yang berbeza sket. Aku nak minta sesiapa yang mengetahui kewujudan kilang neh tampil dan memberikan sebarang info yang berkaitan untuk disebarkan. Kalau sungguh neh kilang rare earth kenapa ia dirahsiakan? 

Aku boleh faham bukan seme orang boleh keluar masuk kilang neh sebab ia ada radioaktif cuma aku tak faham kenapa ia dirahsiakan andai benar ia benar2 kilang rare earth. Tue jek. Dan kalau sungguh ia benar2 kilang rare earth.. rasanya ada sesuatu yang perlu orang perak dan orang yang menetap di perak [iaitu aku] lakukan. Sudah tentu kami takan bodoh2 nak menentang tanpa kajian dan fakta ilmiah.

Kami akan kaji dan membuat pelbagai research dan survey sebelum memuktamadkan sebarang keputusan. Senang cakap siasat dulu baru lah buat apa2 keputusan. Macam kes di kuantan tue le. Kes kuantan tue ada kajian dan fakta ilmiah bukan main menentang tanpa memahami kes ye. Harap maklum. Bai.


Ameno : Kena korek info... ada sapa2 sudi share?

Inilah muka pakar mencarut pulau pinang di Himpunan Hijau 2.0 semalam.

Butoh.

Bukan aku yang mencarut beb. Tapi orang yang serang himpunan hijau pulau pinang oke. Berkali2 dia mencarut. Peh. Anak didik adnan yaakob kini berada di mana2 pun beb.

kah kah kah

Mai tengok.










Benda neh jadi panas sebab ;

1. Sekumpulan provokasi datang menyemak kat majlis orang. Bila lim guan eng sampai dorang semakin meroyan.

2. Then LGE cakap "ini umno jangan layan"

3. Dorang tiba2 jadi bengkek dan panas. Aik, kalau takde kaitan dengan umno lue nak panas buat apa?

kah kah kah

Kan dah kantoi disitu.

Kisah gambar pula.

1. Gambar 1,2 dan 4 menunjukkan individu yang membutoh2kan orang semalam. Aksi dia mencarut berkali2 memang panas. Orang lain seme tengok jek. 

2. Gambar 3. Ini lah individu yang tak habis2 suruh orang balik melaka. Dia juga individu yang pernah aku lihat di beberapa demo yang dibuat oleh umno. Sesiapa rajin tolong godek please. Ini member ghani tak silap aku. Btw cakap pasal ghani.. ghani tak turun pula semalam. Takan dah retired kot? Muahahaha.

3. Gambar 5 ialah individu yang mengaku dia ahli pas. Tolong kenali individu neh. Mungkin sengaja nak burukkan reputasi pas.

4. Gambar 6 dan 8 ialah gambar ketika seorang pendemo pro himpunan hijau diserang bertubi2 dan beramai2 oleh samseng2 provokasi neh.

5. Gambar 7 dan 9 ialah gambar di mana lelaki2 neh mengamuk sakan sebab nama umno disebut. Tiada sesiapa maki umno cuma sebut nama umno jek. Tapi apahal dorang panas kalau tiada kaitan dengan umno? Siap mengungkit pongpang pasal BR1M lagi. Kalau tak pro umno buat apa defend umno bagai?

kah kah kah

Dalam isu macam neh sepatutnya geng2 yang tak pro umno tetapi marah bila nama umno disebut seharusnya kena belajar menghormati perhimpunan orang lain. Ko nak demo sangat pada hari dan kawasan yang sama? Demo lah cara aman. Buat apa ko serang orang?

Dah la serang orang lepas tue berlagak2 pula nak marah LGE. Seriyus aku cakap menteri2 selangor, penang dan kedah neh memang dah beberapa kali kena sembur. Ini bukti betapa rileks nya mereka sebagai rakyat di negeri memasing2 hadir untuk sembur mb dan km memasing2. Kalau kena dengan mb pro bn usah kata sembur [meluahkan rasa marah] nak dekat pun jangan mimpi der. Jangan mimpi wa cakap lue.

Walaupun aku tidak suka kepada aksi samseng2 kat atas neh tapi satu benda yang aku rasa impak positif daripada tindakan samseng2 di atas neh ialah ketua menteri pulau pinang tak arahkan pun body guard or even polis ketika kejadian untuk tahan mereka semua dan rileks jek walaupun kena serang. Masih ingat kes ahli pkr nak serah surat kat najib bersempena isu bersih di kl sentral hari tue? Apa dia dapat? Sekarang lue orang banding sendiri. Bai

Ameno : Apa pun tak boleh.

Betul ke bilik hotel boleh berkunci dari luar? Kes Ustaz BadrolAmin. - UPDATED!


Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahrom dinasihatkan supaya mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan yang dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.

Kerajaan Negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu dan mendesak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan professional demi menjaga maruah beliau sebagai muslim sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.


Kerajaan Negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau.


Sepanjang tempoh bercuti ini, tugas-tugas beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh Sekretariat akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar yang diketuai oleh Setiausaha Akhbar Dato' Menteri Besar.


Akhir sekali Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan.



DIkeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Di suruh bercuti.

Dalam kes neh memang terbukti ada keraguan yang munasabah sebab tue lah ustaz disuruh bercuti. Ini tanggapan dan persepsi orang. Kalau dia jelas tidak bersalah, tiada keraguan, of course kerajaan negeri selangor takan suruh dia bercuti. 

Aku ada terbaca komen daripada shukur di blog aku semalam. Dia saksi kejadian. Apa yang dia cakap TIDAK MEWAKILI pendirian aku. Aku suka berpegang kepada sesiapa pun berhak menyatakan apa yang dia tahu dan samada ia benar atau tidak, itu analisis masing2. Aku tak suruh sesiapa percaya dan aku juga tidak berminat nak menyekat mana2 pihak dari menyatakan apa2 disini. Itu sahaja.

Dia cakap macam neh kat ruangan komen ;

saya pekerja hotel tersebut malah saya tahu cerita tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...kami tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2 pun kita tunggu lah...yang pasti 20 orang yg di dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Amin.

Ini pandangan ikhlas aku dalam isu neh. Aku bagi pandangan selaku rakyat. Aku tidak mahu berpihak dan memihak kepada sesiapa pun dalam isu neh.

1. Ustaz dikatakan di tangkap khalwat. Ustaz dah nafikan. Namun JAIP menyatakan hal yang sebaliknya. Kenyataan JAIP tidak sama dengan kenyataan ustaz. Ada konflik kat sini. So kat sini aku dah taktahu sapa bercakap betul dan siapa bercakap tidak betul.

2. Macam2 andaian muncul apabila isteri orang lain datang untuk berjumpa ustaz. Ada macam2 persepsi. Antaranya ada yang mengatakan perlu ke ustaz masuk bilik sekali? Kalau nak uruskan hal sewa bilik hotel ke apa susah sangat ke nak gunakan isteri ustaz yang turut sekali dalam rapat rakyat di kuantan semalam? Bagaimana dengan telefon? Takan bilik ustaz berkunci dari luar sedangkan bilik hotel berkunci dari dalam. Bilik hotel apa yang boleh berkunci dari luar. Ini pandangan orang. Aku tak nampak pandangan seperti neh boleh diketepikan.

3. Namun dalam masa yang sama tokok tambah citer, fitnah, bertuala lah, apa lah benda2 yang sebenarnya takde kaitan dengan kes tidak perlu di ada2kan. Nak cakap ka apa ka biarlah menulis berdasarkan hal yang benar or sekurang2nya dalam pengetahuan ko. 

Janganlah buat2 citer macam yoyo oh jek ustaz tue bertuala dan etc2. Neh dah mendatangkan kes seolah2 korang memang menuduh ustaz telah berzina or sekurang2 dalam proses melakukan perzinaan. JAIP pun cuma cakap tangkap khalwat. Takde pun JAIP buat citer bertuala dan etc2 tue seme takde langsung dalam statement JAIP. So janganlah tokok tambah citer beb. 

4. Ustaz harus diberikan ruang untuk bersuara. Selain dari ustaz, JAIP, pasangan suami isteri yang terlibat, saksi kejadian dan segala2 yang terlibat dalam kes neh harus diberikan ruang dan hak yang sama rata untuk bersuara. Jangan menuduh sehingga terbukti ustaz bersalah dan jangan pula menganggap neh konspirasi umno sehingga ia terbukti benar.

Simple. Dalam kes neh kedua2 pihak harus sama2 berlapang dada. Baik dari side ustaz baik dari side anti ustaz. Kedua2 pihak jangan saling tuduh menuduh dan salah menyalahkan apatah lagi fitnah menfitnah. Biarkan sahaja kes neh berjalan dan disiasat. Kalau benar ustaz bersalah, aku percaya ustaz tahu laluan dia dan kalau sebaliknya kita sama2 harus menerima hakikat tersebut. Simple.

Nota : Kalau boleh elakkan main isu peribadi orang ye.  

Updated ;

 
Adakah anda sudah membacanya? Bagus. Harus di ingat individu yang mengaku bahawa dia di tahan dalam bilik oleh JAIP ialah ustaz badrolamin sendiri. JAIP tidak bercakap demikian pun. JAIP cuma cakap ditangkap khalwat tetapi tidak menyebut mana2 keadaan tertentu.

Yang sebut bilik2 neh bloggers umno dan ironinya, ustaz pun mengatakan dia ditahan dalam bilik. Baca sini jika anda tidak percaya. So sekarang anda tahu kenapa kes neh jadi bercelaru? Kalau boleh elakkan daripada menyebelahi mana2 pihak dan biarkan sahaja JAIP selesaikan kes neh. Simple as that. Bai.

Ameno : Jangan mendekati sesuatu yang boleh menimbulkan syak beb. 

Hot : Video pendemo pendemo Anti LYNAS diserang - Aik napa ada bendera umno?

Okey.

Berbalik pada kisah samseng2 yang suka buat pasal. Dorang neh memang dah bengang gamaknya bila melihat anti lynas mendapat sambutan hangat. Sorry lah samseng2 korang punya plan bukan menambahbaikan persepsi terhadap lynas or bien sebaliknya semakin memburukkan suasana. Itu akibatnya bila suka bertindak tanpa berfikir beb.

Lihat bawah neh. Versi video ;

 

Sekarang ada sesiapa perasan ghani and the geng tak? 

kah kah kah

Nasihat aku kalau korang sokong lynas jemput lah lynas buat kilang sebelah rumah korang. Tapi pastikan korang tinggal ditempat yang takde kaitan dengan rakyat yang tak inginkan lynas okey? Lihat versi gambar pula. Tadi aku dah share sekeping dua. Neh ada lagi.










Lihat gambar terakhir di atas neh. Aku takmo tuduh samseng neh datang dari mana. Tapi apa kena mengena bendera tersebut dengan samseng2 yang buat kacau ketika protes anti lynas di penang sebentar tadi? Boleh fahamkan kenapa? Jangan marah ye kalau sendiri yang rosakkan nama baik sendiri. Bai


Updated ;

1. SIla lihat topi yang mereka pakai tue. Ada lambang apa?

2. Geng2 anti lynas bukan sahaja diserang malahan dirosakkan barang2 yang mereka bawa untuk protes aman.

3. Geng2 anti lynas tidak menyerang sebaliknya diserang. 

Tolong jangan up / fitnah geng2 anti lynas cuba cetuskan rusuhan jika anda tidak berada di sana maka janganlah buat2 citer macam tahu segala2nya. Aku bukan nak bekap anti lynas sebab aku pro mereka tapi aku tahu sangat dorang bukan protes untuk cari pasal dorang cuma nak suarakan bantahan secara aman so memang dorang akan mengelak dari memprovokasi pun. Bai. 

Updated ;

Lagi video terkini pasal kekacauan di penang tadi.



Ameno : Buatlah protes sendiri jangan kaco protes aman orang lain der

Ahad, 26 Februari 2012

Warna Warni HIJAU 2.0 yang membuatkan LYNAS semakin lemas.

Macam biasa. 


Aku dah expect apa yang najib, tv3 dan geng2 mereka akan berkata. Takpe. Tue nanti dulu kita jawab. Sekarang neh kita kasi up dulu isu pasal hijau 2.0 yang berlangsung seluruh negara siang tadi. 

Antara yang berlaku di sekitar kl tadi ;

 

Neh video dari malaysiakini. Video aku ada sikit2 apa yang malaysiakini paparkan kat atas neh. Cuma suntingan malaysiakini lebih kemas. So aku siarkan disini. Bezanya malaysiakini tak siarkan babak2 terakhir yang mana time finishing hijau 2.0 di kl tadi berlambak2 kereta yang hon tanda sokongan kepada kami peserta2 himpun hijau 2.0 tadi beb. Best.

Yang neh pula video dari member facebook. Masa neh lah panas gile. Berpeluh badan aku. Boleh kata rata2 kami kat sana berpeluh sebab berjemur siot. Makk ai. Cuaca.. panas terik. Dah la kena berjalan dari puduraya sampai ke mj [aku lew tew].


Gambar2 yang aku sempat tangkap tadi tak banyak. Lebih kepada rakam sebenarnya. Aku suka flashback balik apa yang berlaku time tue. Saja. Buat kenang-kenangan beb. Tadi siap berdiri sebelah haris ibrahim. Dengar dia berucap. Time neh larh baru nak tengok pemimpin dekat2. 

Kat bawah nanti aku upload aku punya gambar. Kat sini aku nak share gambar2 di mj yang orang lain angkut dulu oke. Sumber ABU.







Yang neh dari kamera aku sendiri ;







Dek terlalu merakam sampai aku terlupa sepatutnya aku kena tangkap gambar. Baru senang nak stori. Neh tidak aku asyik rakam memanjang sampai dah pening kepala mana nak edit bagai lagi. Senang2 printscreen jek bila aku ada masa kelak. Muahahaha.

Tapi memang best sangat sampai kalau tak rakam macam tak best pula. Penuh memori kamera aku. Pasal merakam. Kalau tangkap gambar je dia oke. Aku citer sikit pengalaman aku kat sana ;

1. Kehadiran mostly orang cina. Terus terang aku cakap. Orang melayu ada tapi majoriti memang cina arh ramai.

2. Gambar pertama dan ketiga time neh dah dekat2 finishing demo. Bersurai pun awal sangat. Mungkin panas kot. Aku pun dua kali naik tandas. Panas siot. Yang gambar pertama tue budak yang pakai topeng tue tadi siap menari poco2. Masa tue kami tengah mengumpat pasal rosmah siot. Lawak. Yang sebenarnya aku tak kenal mana2 individu yang datang berhimpun hari neh pun tapi aku main slumber jek bersembang or dengar dorang bersembang. Layan.

3. Gambar ketiga plak ada sorang pompuan tue kena ceramah dengan lelaki seksi rambut panjang tue pasal isu topik vs personaliti. Dia minta focus pasal isu bukan personaliti. Aku plak galakkan dia berceramah masa tue beb. Muahaha.

4. Gambar kedua plak polis tengok keadaan. Sebenarnya masa neh memang betul ramai peserta2 demo berkumpul tepi jalanraya untuk raih sokongan. Tindakan neh agak bahaya tapi polis tak buat apa pun. Rileks jek beb. Peh. Polis terbaek [ayat manis siot].

5. Korang tengok gambar kelima plak. Korang tahu mamat neh baring tengah2 panas berapa minit? Lama siot. Aku siap rakam lagi. Biar betul mamat neh. Tidur terus ke apa. Muahaha.

6. Antara kereta2 yang bagi sokongan kepada anti lynas. Tenkiu. Sorry tak sempat nak snap seme kereta tapi ada yang aku rakam. Bunyi2 hon korang dalam kenangan. Terima kasih bebanyak2. Walaupun tak dapat nak berhimpun sekali tetapi setiap kali ada hon yang kedengaran kami macam dapat semangat sebab kami tahu perjuangan kami dekat di ahti korang seme. Oke.

Yang neh pula sekitar kuantan. Sumber blogger addin. Sebab dia berada di sana.









Yang neh pun sama. Sekitar kuantan gak. Neh sumbangan ABU gak.

























Yang neh pula ada cerita masing2. Mai tengok.




Pelbagai bangsa yang bersama2 untuk himpunan hijau 2.





Dua gambar neh merujuk kepada MCA. Dorang pun anti lynas beb. Alamak macam mana tue?




Neh dari rakan2 kk, sabah. Mereka pun anti lynas gak.




Neh dari perak. Aku dapat tahu dekat 2k orang berhimpun. Gambar2 penuh nanti kalau dapat aku upload sini.




Bukti kami benar2 mahu hijau dan benar2 hijau. Kemas balik selepas berhimpun beb.  Masa kat mj tadi aku berani jamin kami tak tinggal sebarang sampah. Siyes beb.




Orang asli pun bantah LYNAS beb. Semua orang faham sangat bahaya dan kesan radiasi kepada manusia neh beb. Kucing kalau boleh demo, dorang pun join juga beb.




Uncle neh sumbangkan air mineral kepada orang ramai yang hadir himpunan lynas 2 beb. Cayalah uncle.



Memang dapat minuman free. Tapi jangan risau sebelum mereka mai berhimpun neh depa tak expect pun dapat minuman free ye. Mai sebab nak bantah lynas. Dapat air percuma layan kan ajek. Cayalah mereka yang menaja neh. Ikhlas yang pasti bukan pasal nak undi oke.


Polis pada hari neh memang terbaek. Aku suspect dorang pun bantah lynas gak. Mana tak nya neh pasal nyawa beb. Kerja gile taat kat bien sampai sanggup korbankan nyawa. Kat mj pun sama. 

Bayangkan ek ketika pendemo2 lynas sedang meraih sokongan dari pengguna2 jalanraya siang tadi, polis tak larang / halang or tegur sekalipun. Depa perhatikan jek. Aku macam tak percaya. Tapi itulah dia yang aku alami siang tadi di MJ. Boleh kata hari neh memang aku manis mulut puji2 polis beb.


kah kah kah


Hijau payung hijau beb. Lue ada? Muahaha..

 
Ketika kami berhimpun tadi rupanya website lynas di godam. Aku taktau sapa punya kerja. Tapi of course geng2 anti lynas punya kerja lah neh. Impak negatif ka positif ka tetap ada melalui perbuatan neh beb. Berani buat kenalah terima kritikan ka pujian ka apa2 yang mendatang kelak oke.


Aku tak minat nak share2 gambar pemimpin yang aku percaya ramai orang dah share tadi. Aku suka berpegang dengan kata2 haris ibrahim siang tadi ketika di mj bahawa ;


1. lynas bukan agenda pr.


2. lynas ialah bantahan yang lahir dari rakyat sendiri.


3. Apa yang berlaku hari neh mencerminkan kemahuan rakyat, pr cuma bersama2 suara rakyat bukan mendepani rakyat.


4. Apa yang terjadi dalam himpunan hijau 2 neh membuktikan keinginan yang lahir dari suara rakyat sendiri terhadap projek lynas. Semua [kreativiti] yang ada disini ialah usaha rakyat, takde kaitan dengan politik dan sebagainya. Ini semua kerja keras rakyat dan ngo yang terlibat.


Aku dengar sampai terlupa nak rakam masa neh. Tapi memang best bila dapat lihat seorang pejuang bercakap depan2 tanpa melalui kaca tv. Selalu nampak segak jek kan hari neh amekaw seme berpeluh sakan. Panas siot.

Yang neh pula dari penang. Update dari BBUTV3.



Yang neh versi aman. Yang kat bawah neh versi samseng. Alamak kami boleh jek berhimpun aman tanpa provokasi. Sapa punya kerja lah. Ada sapa2 nampak ghani or geng2 dia ka? Muahahah








Nanti pasal samseng2 neh aku update di entry yang lain. Share sini sket untuk himpunan hijau jek. Oke.


Selepas tue macam biasa mesti geng2 penyokong lynas akan ejek2 kita dan tanya apa selepas hijau? Apa yang kami dapat? Kepuasan apa yang kami raih? Ada keuntungan ka? Okey itu seme kita akan jawab kat mereka satu persatu2. Meremeh2 usaha kami mungkin kesukaan korang tetapi bila sesuatu kebaikan itu hadir korang juga tak malu tumpang semangkok. Jangan nak cong lah. Ingat BR1M? Itu ialah apa selepas BERSIH. Bai.


Ameno : Penat tapi berbaloi2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...