Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 26 Februari 2012

Warna Warni HIJAU 2.0 yang membuatkan LYNAS semakin lemas.

Macam biasa. 


Aku dah expect apa yang najib, tv3 dan geng2 mereka akan berkata. Takpe. Tue nanti dulu kita jawab. Sekarang neh kita kasi up dulu isu pasal hijau 2.0 yang berlangsung seluruh negara siang tadi. 

Antara yang berlaku di sekitar kl tadi ;

 

Neh video dari malaysiakini. Video aku ada sikit2 apa yang malaysiakini paparkan kat atas neh. Cuma suntingan malaysiakini lebih kemas. So aku siarkan disini. Bezanya malaysiakini tak siarkan babak2 terakhir yang mana time finishing hijau 2.0 di kl tadi berlambak2 kereta yang hon tanda sokongan kepada kami peserta2 himpun hijau 2.0 tadi beb. Best.

Yang neh pula video dari member facebook. Masa neh lah panas gile. Berpeluh badan aku. Boleh kata rata2 kami kat sana berpeluh sebab berjemur siot. Makk ai. Cuaca.. panas terik. Dah la kena berjalan dari puduraya sampai ke mj [aku lew tew].


Gambar2 yang aku sempat tangkap tadi tak banyak. Lebih kepada rakam sebenarnya. Aku suka flashback balik apa yang berlaku time tue. Saja. Buat kenang-kenangan beb. Tadi siap berdiri sebelah haris ibrahim. Dengar dia berucap. Time neh larh baru nak tengok pemimpin dekat2. 

Kat bawah nanti aku upload aku punya gambar. Kat sini aku nak share gambar2 di mj yang orang lain angkut dulu oke. Sumber ABU.







Yang neh dari kamera aku sendiri ;







Dek terlalu merakam sampai aku terlupa sepatutnya aku kena tangkap gambar. Baru senang nak stori. Neh tidak aku asyik rakam memanjang sampai dah pening kepala mana nak edit bagai lagi. Senang2 printscreen jek bila aku ada masa kelak. Muahahaha.

Tapi memang best sangat sampai kalau tak rakam macam tak best pula. Penuh memori kamera aku. Pasal merakam. Kalau tangkap gambar je dia oke. Aku citer sikit pengalaman aku kat sana ;

1. Kehadiran mostly orang cina. Terus terang aku cakap. Orang melayu ada tapi majoriti memang cina arh ramai.

2. Gambar pertama dan ketiga time neh dah dekat2 finishing demo. Bersurai pun awal sangat. Mungkin panas kot. Aku pun dua kali naik tandas. Panas siot. Yang gambar pertama tue budak yang pakai topeng tue tadi siap menari poco2. Masa tue kami tengah mengumpat pasal rosmah siot. Lawak. Yang sebenarnya aku tak kenal mana2 individu yang datang berhimpun hari neh pun tapi aku main slumber jek bersembang or dengar dorang bersembang. Layan.

3. Gambar ketiga plak ada sorang pompuan tue kena ceramah dengan lelaki seksi rambut panjang tue pasal isu topik vs personaliti. Dia minta focus pasal isu bukan personaliti. Aku plak galakkan dia berceramah masa tue beb. Muahaha.

4. Gambar kedua plak polis tengok keadaan. Sebenarnya masa neh memang betul ramai peserta2 demo berkumpul tepi jalanraya untuk raih sokongan. Tindakan neh agak bahaya tapi polis tak buat apa pun. Rileks jek beb. Peh. Polis terbaek [ayat manis siot].

5. Korang tengok gambar kelima plak. Korang tahu mamat neh baring tengah2 panas berapa minit? Lama siot. Aku siap rakam lagi. Biar betul mamat neh. Tidur terus ke apa. Muahaha.

6. Antara kereta2 yang bagi sokongan kepada anti lynas. Tenkiu. Sorry tak sempat nak snap seme kereta tapi ada yang aku rakam. Bunyi2 hon korang dalam kenangan. Terima kasih bebanyak2. Walaupun tak dapat nak berhimpun sekali tetapi setiap kali ada hon yang kedengaran kami macam dapat semangat sebab kami tahu perjuangan kami dekat di ahti korang seme. Oke.

Yang neh pula sekitar kuantan. Sumber blogger addin. Sebab dia berada di sana.









Yang neh pun sama. Sekitar kuantan gak. Neh sumbangan ABU gak.

























Yang neh pula ada cerita masing2. Mai tengok.




Pelbagai bangsa yang bersama2 untuk himpunan hijau 2.





Dua gambar neh merujuk kepada MCA. Dorang pun anti lynas beb. Alamak macam mana tue?




Neh dari rakan2 kk, sabah. Mereka pun anti lynas gak.




Neh dari perak. Aku dapat tahu dekat 2k orang berhimpun. Gambar2 penuh nanti kalau dapat aku upload sini.




Bukti kami benar2 mahu hijau dan benar2 hijau. Kemas balik selepas berhimpun beb.  Masa kat mj tadi aku berani jamin kami tak tinggal sebarang sampah. Siyes beb.




Orang asli pun bantah LYNAS beb. Semua orang faham sangat bahaya dan kesan radiasi kepada manusia neh beb. Kucing kalau boleh demo, dorang pun join juga beb.




Uncle neh sumbangkan air mineral kepada orang ramai yang hadir himpunan lynas 2 beb. Cayalah uncle.



Memang dapat minuman free. Tapi jangan risau sebelum mereka mai berhimpun neh depa tak expect pun dapat minuman free ye. Mai sebab nak bantah lynas. Dapat air percuma layan kan ajek. Cayalah mereka yang menaja neh. Ikhlas yang pasti bukan pasal nak undi oke.


Polis pada hari neh memang terbaek. Aku suspect dorang pun bantah lynas gak. Mana tak nya neh pasal nyawa beb. Kerja gile taat kat bien sampai sanggup korbankan nyawa. Kat mj pun sama. 

Bayangkan ek ketika pendemo2 lynas sedang meraih sokongan dari pengguna2 jalanraya siang tadi, polis tak larang / halang or tegur sekalipun. Depa perhatikan jek. Aku macam tak percaya. Tapi itulah dia yang aku alami siang tadi di MJ. Boleh kata hari neh memang aku manis mulut puji2 polis beb.


kah kah kah


Hijau payung hijau beb. Lue ada? Muahaha..

 
Ketika kami berhimpun tadi rupanya website lynas di godam. Aku taktau sapa punya kerja. Tapi of course geng2 anti lynas punya kerja lah neh. Impak negatif ka positif ka tetap ada melalui perbuatan neh beb. Berani buat kenalah terima kritikan ka pujian ka apa2 yang mendatang kelak oke.


Aku tak minat nak share2 gambar pemimpin yang aku percaya ramai orang dah share tadi. Aku suka berpegang dengan kata2 haris ibrahim siang tadi ketika di mj bahawa ;


1. lynas bukan agenda pr.


2. lynas ialah bantahan yang lahir dari rakyat sendiri.


3. Apa yang berlaku hari neh mencerminkan kemahuan rakyat, pr cuma bersama2 suara rakyat bukan mendepani rakyat.


4. Apa yang terjadi dalam himpunan hijau 2 neh membuktikan keinginan yang lahir dari suara rakyat sendiri terhadap projek lynas. Semua [kreativiti] yang ada disini ialah usaha rakyat, takde kaitan dengan politik dan sebagainya. Ini semua kerja keras rakyat dan ngo yang terlibat.


Aku dengar sampai terlupa nak rakam masa neh. Tapi memang best bila dapat lihat seorang pejuang bercakap depan2 tanpa melalui kaca tv. Selalu nampak segak jek kan hari neh amekaw seme berpeluh sakan. Panas siot.

Yang neh pula dari penang. Update dari BBUTV3.



Yang neh versi aman. Yang kat bawah neh versi samseng. Alamak kami boleh jek berhimpun aman tanpa provokasi. Sapa punya kerja lah. Ada sapa2 nampak ghani or geng2 dia ka? Muahahah








Nanti pasal samseng2 neh aku update di entry yang lain. Share sini sket untuk himpunan hijau jek. Oke.


Selepas tue macam biasa mesti geng2 penyokong lynas akan ejek2 kita dan tanya apa selepas hijau? Apa yang kami dapat? Kepuasan apa yang kami raih? Ada keuntungan ka? Okey itu seme kita akan jawab kat mereka satu persatu2. Meremeh2 usaha kami mungkin kesukaan korang tetapi bila sesuatu kebaikan itu hadir korang juga tak malu tumpang semangkok. Jangan nak cong lah. Ingat BR1M? Itu ialah apa selepas BERSIH. Bai.


Ameno : Penat tapi berbaloi2..

Terkini : Penjelasan penuh Ustaz BadrolAmin.

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.


Dr. Badrulamin Bahron

Respon aku atas isu neh ialah kenyataan ustaz boleh diterima sehingga ada apa2 bukti yang boleh menidakkan statement dia. Itu jek. Bai.

Sumber : sini

Ustaz BadrolAmin nafi ditangkap khalwat.

Neh SMS dari ustaz sendiri beb ;

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula" -ASD-

Betul tak betul tue aku tak pasti. Tapi setelah difikir2 logiknya memang macam tak logik ustaz bangang2 nak pergi berkhalwat di saat seluruh rakyat malaysia sedang memerhatikan kuantan sempena HIJAU yang bakal berlangsung beberapa jam dari sekarang.

Sumber berita memang ada menyebut pimpinan PKR. Lihat bawah neh ;


Setelah berfikir dan berfikir aku rasa kes dia macam neh ;

1. Pompuan tue lari rumah dan pergi kat tempat ustaz menginap.

2. Pompuan tue takan bangang2 nak pergi kalau tak kenal ustaz tue kan? Maybe dia minta pertolongan ke apa mana aku nak tahu. Aku syak mereka neh saling kenal mengenal.

3. Then suami pompuan tue pula mungkin tahu pompuan tue lari cari ustaz. Sebab tue dia call jabatan agama islam untuk serbu. Rasanya time neh dia dah tahu no bilik sekali kot. Maybe dia dah dapat maklumat.

4. Lepas tue jaip pun serbu. Mungkin setelah disoalsiasat maka ustaz lepas.

Apa pun kalau difikir2 pun agak tidak munasabah seorang pemimpin keadilan nak buat onar time seme mata memandang ke tempat tersebut. Lebih2 lagi dia bawa bini dia sekali. Memang pelik walaupun bukan mustahil. Namun menuduh dia tanpa bukti juga adalah salah. Apatah lagi dia telah menafikan ia.

Seelok2nya langkah terbaik yang boleh dibuat oleh ustaz ialah buat pc dan terangkan kecelaruan neh. Untuk lebih adil elok menyoalsiasat juga pegawai2 yang menyerbu ustaz dan kalau boleh kita dengar juga pandangan si suami yang "kelarian" isteri tue.

Nasihat aku kepada isteri2 orang, korang kalau nak lari ke apa ke jangan menyusahkan orang dan jangan lah lari kat laki orang pula. Hal rumahtangga tak reti settle sendiri takpe. Boleh jek minta orang ketiga tolong. Tapi biarlah minta tolong dengan family. Baru lah tak timbul pertikaian dan sebagainya. Masa nak kahwin reti pula. Masa nak cerai buat lah ikut aturan juga.

Kalau pun lelaki taknak ceraikan ko dan sebagainya takan dengan lari mengadu kat laki orang tengah2 malam tindakan yang betul pula? Kalau sendiri susah takpe. Jangan susahkan orang lain. Hope isteri yang lari tue pun buat penjelasan gak. Jangan disebabkan ko, nama pr pula rosak tak pasal2. Bai.

Ameno : direct je gua sound. Sorry. Gua memang takde belas kasihan dengan pompuan yang suka lari2 neh. 

Sabtu, 25 Februari 2012

Kenapa aku, ko dan kita semua perlu HIJAU esok?

Kenapa ko anti lynas? Ko belajar sains meh? Ko tahu tak lynas tue selamat? Ko tak reti pasal neh buat cara tak reti. Jangan nak berlagak pandai dengan budak sains. Apa yang ko cakap tue langsung tak akedemik, sampah dan tak berasas. Jangan anti lynas. Kita sokong sebab lynas selamat. 

Lagipun ko ingat aku taktau meh bahawa anti lynas tue tajaan pembangkang untuk lawan kerajaan? Alah bukan apa sangat cuma nak lawan kerajaan.. so saja2 lah buat hijau la kuning la apa lah. Saja nak populis padahal taktau satu hapa pun pasal lynas. Pigidah. 

Ini antara komen2 yang wujud bila kita menyuarakan bantahan anti lynas.  Sebenarnya pendirian mereka tidak semua nya salah. Ada yang betul. Tetapi perjuangan kita juga bukan salah. Malahan lebih betul dari pendirian mereka. Walaupun mereka ada fakta akedemik, kita juga bukan lawan guna hujah sampah.

Sudah banyak bahan bacaan pasal lynas neh di share tetapi mungkin masih ramai yang sukar nak faham. Mungkin bahasa yang digunakan terlalu akedemikal sehingga menyebabkan sukar untuk mereka memahami apa itu lynas dan kenapa perlu kita bantah projek neh.

Adakah lynas berbahaya?

Tidak. Lynas neh sebenarnya baik. Dia akan menguntungkan malaysia geng. Kita akan dapat memecahkan monopoli negara china yang menguasai 97% pasaran rare earth. Memecahkan monopoli china bererti membuka satu lagi peluang untuk menjana pendapatan negara. Ini impak positif.

Selain itu teknologi yang di bawa oleh lynas boleh dipelajari oleh rakyat malaysia. Jika pekerja2 malaysia terlibat dalam operasi kilang lynas kita boleh belajar bagaimana nak operate kilang seperti neh, belajar teknologi mereka dan kemudiannya kembangkan ia untuk kegunaan rakyat sendiri.  

Bukan senang ye nak operate kilang2 seperti neh. Ia memerlukan kemahiran dan kepakaran yang tinggi. Berada di malaysia ialah satu keuntungan kepada rakyat malaysia itu sendiri untuk mengintai teknologi mereka dan seterusnya belajar sehingga mahir. Mana tahu suatu hari nanti kita ada rakyat malaysia yang cipta mesin proses nadir bumi. 

Habis kalau best sangat kenapa ada anti lynas?

Lynas memang best tapi sayang operasi lynas itu akan menghasilkan sisa. Sisa itu kemudiannya akan menghasilkan radiasi. Semakin banyak sisa yang terhasil dan terkumpul, semakin tinggi radiasi akan terbentuk. Sisa itu menurut lynas tidak akan dipindahkan semula ke australia. Sebaliknya akan kekal di malaysia. Terpulanglah cara mana lynas malaysia nak uruskan ia yang penting ia akan kekal di malaysia.

Baca bawah neh ;

‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. 

Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.

 ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!. -HD-

Itu baru setahun. Bukan 12 tahun. Itu jika tiada operasi tambahan. Bayangkan jika mereka menambahkan operasi. Bukan kah sisa juga akan bertambah? Dari dulu lagi LYNAS tidak menjawab bagaimanakah mereka akan menguruskan sisa neh. Aku dah baca banyak artikel pasal lynas neh mostly dari malaysia insider english dan bm version.

Mula2 lynas malaysia cakap sisa pemprosesan boleh dibuang sebagai sampah domestik. Maksudnya boleh dilepaskan begitu sahaja. Namun setelah diteliti kita dapati sisa tersebut tidak boleh dilepaskan begitu sahaja sebab ia mengandungi radiasi.

Kemudian kata mereka radiasi itu sangat kecil. Alah radiasi rokok lagi bahaya. Radiasi tv lagi tinggi. Setakat lynas apa lah sangat. Namun mereka lupa kita juga bukan orang bodoh. Radiasi itu kecil kerana jumlah nya sedikit. Bagaimana jika sisa itu semakin banyak? Bukan kah radiasi akan semakin tinggi?

Kemudian mereka kata alah.. bukan hari2 kena radiasi. Jarang2 kena. Macam xray tue. Pun ada radiasi gak. Tapi terpaksa tahanlah kesan radiasi kalau nak berubat. Sama macam gebeng. Sekali sekala kena radiasi takde apa hal sangat. 

Dan sekali lagi mereka lupa. Badan manusia neh berbeza2. Boleh jadi sesetengah manusia boleh kena radiasi xray. Tapi bukan pula bagi manusia yang lain. Contohnya sedara aku sorang neh. Dia tak boleh kena radiasi even dari x ray pun sampai doktor tak boleh nak x ray dia. So tahap kesihatan yang berbeza2 bagi setiap manusia neh akan menghasilkan kesan yang berbeza2 juga.  

Dan akhirnya mereka pun terdiam. Mereka tidak menjawab bagaimana sisa tersebut akan di uruskan. Ada pernah terbaca bahawa mereka akan kumpulkan ia di satu tempat dan tempat tersebut dijamin tertutup. Tiada akan ada radiasi yang KELUAR namun dalam masa yang sama mereka juga menerangkan bahawa tidak boleh memberikan jaminan keselamatan 100% kerana ia sesuatu yang mustahil!

Faham tak? Radiasi memang wujud di sisa buangan tetapi radiasi tersebut berkumpul di satu tempat dan tidak akan dibiarkan untuk keluar namun tidak boleh berikan seratus peratus jaminan keselamatan sebab ia mustahil. Alasan mereka ialah mana ada pemprosesan nadir bumi yang 100% selamat. Nah.

Di jamin selamat tetapi bukanlah keselamatan yang sepenuhnya? Jika anda jadi penduduk kuantan maka apa yang anda akan fikir? 

Apa yang berlaku ketika di proses pula?

Ketika di proses ini yang akan berlaku ;



Selepas itu, ini pula akan berlaku ;


Kat sini lah argument kita pasal sisa bermula. Jika ia penuh macam mana lynas malaysia akan uruskan dia? Bina loji simpanan yang baru? Lepaskan ia sebagai sampah domestik? Atau kekalkan ia dalam loji penyimpanan sisa? Adakah ini bermakna loji simpanan yang ada radiasi tersebut akan kekal berada di situ sampai bila2? Bagaimana jika berlaku hakisan tanah? Bagaimana jika berlaku gegaran? Gelinciran? Gempa bumi? Tsunami? Atau apa sahaja. Adakah ia akan selamat? 

Jika korang pernah baca dulu ada kes pasal paip yang digunakan dalam pembinaan kilang lynas neh tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Sepatutnya guna paip jenis tue tapi mereka guna jenis lain. Tak pasti sejauh mana ia akan memberikan kesan negatif tapi kalau takde kesan buat apa engineer yang terlibat dalam lynas neh bersuara?

Dan bayangkan jika berlaku kebocoran dan sebagaimana apa yang penduduk kuantan akan alami? Lihat bawah neh ;





Ini hanya akan terjadi jika radiasi tersebut bocor / dilepaskan keluar. Selagi ia tidak dilepaskan keluar, selagi itu penduduk kuantan akan selamat. Itu adalah fakta. Tapi macam aku cakap kat atas tadi, risiko tetap ada. Oleh kerana itu kenapa rakyat kuantan perlu menghadapi risiko neh? At least mesti ada sebab yang nyata untuk mereka bersedia menanggung sebarang risiko bukan?

LYNAS offer peluang pekerjaan pada penduduk setempat der.

Jangan bohong. Peluang pekerjaan cuma 350 sahaja. Dan sudah tentu ia bukan boleh guna sebarangan buruh. Ia perlukan buruh mahir dan separuh mahir. Dan ia perlukan seorang yang tahu mengendalikan operasi mesin dan sistem. Ia juga perlukan seseorang yang berpengalaman tinggi bagi menguruskan kilang.  Apakah layak orang malaysia mengetuai lynas? Tidak. LYNAS  [ MALAYSIA ] 100% dimiliki oleh australia. Kita takde saham satu sen. So apa keuntungan kepada penduduk kuantan untuk mereka bersedia menanggung risiko? Jawapan nya ialah ==> TIADA.

LYNAS jana pendapatan ekonomi negara der. Bayangkan permintaan yang tinggi terhadap rare earth. Berapa banyak malaysia boleh dapat? Untung siot.

Ya. Tapi masalahnya lynas neh bukan malaysia punya. Malaysia [atas nama kerajaan] tiada apa2 saham ataupun kepentingan pun jika lynas neh beroperasi di malaysia. Malahan ia bebas cukai selama 12 tahun. Macam mana kerajaan nak menjana ekonomi dari lynas aku tatau.  Kalau atas nama individu, ya ada. Tetapi itu individu dan syarikat proksi pro pemimpin kerajaan. Still keuntungan nya tidak mendapat kepada rakyat dan kerajaan. Ia swasta. Bukan hak milik kita keuntungan tersebut. 

Jadi sekali lagi penduduk kuantan tertanya2 apa keuntungan kepada mereka untuk membiarkan mereka sanggup berhadapan dengan risiko tinggi seperti ini?

Fikirkan teknologi yang kita boleh belajar dari mereka. Saintis PAS pun setuju. Apa masalahnya?

Apakah che rosli satu2nya saintis yang wujud di malaysia neh? Bagaimana pula dengan pakar lain yang turut tidak bersetuju dengan lynas? Apa yang membuatkan korang mesti berpegang kepada kata2 che rosli dan meninggalkan kata2 pakar yang lain? Adakah hanya che rosli yang di iktirafkan sebagai pakar di malaysia neh manakala yang lain bukan? Ya.. though dia dari pas tapi still kilang lynas bukan di bina di sebelah rumah dia. 

Saintis, doktor, peguam, nurse atau apa sahaja mereka juga kerap kali berbeza pandangan sesama mereka. Tidak terkecuali pun dalam isu lynas. Pandangan che rosli tidak salah. Dia menyokong kerana dia merasakan bahawa ada sesuatu kebaikan yang sainstis malaysia boleh dapat dari projek neh. Tapi dia lupa, nyawa manusia bukan bahan kajian.

Mungkin dia fikir jika kilang lynas di bina mengikuti spesifikasi yang ditetapkan, mematuhi semua protokol, mengikuti semua peraturan maka tiada apa2 yang akan berlaku. Tetapi dia sekali lagi terlupa bencana alam bukan sesuatu yang aku dan mana2 individu dapat kawal. Amek contoh mudah iaitu kapal terbang.

Manusia telah sedaya upaya membina kapal terbang sebaik yang mungkin agar tiada apa2 kerosakkan. Ini perlu bagi mengelakkan kemalangan. Kalau nak tahu protokol dan piawaian mereka sangat2 ketat. Tetapi tetap berlaku juga nahas kapal terbang samada kecuaian manusia ataupun tragedi alam. 

Kenapa? Sebab ada sesuatu yang sebaik mana pun kita merancang, kita tidak boleh melawan sesuatu yang Allah swt rancang. Sama dalam kes lynas. Walaupun ia ada manfaat tetapi manfaat yang merisikokan nyawa manusia tidak sepatutnya jadi pertimbangan langsung.

Lynas neh selamat der. Jangan lah fikir negatif sangat.

Kalau ia sungguh selamat kenapa australia tidak bina di negara sendiri? Negara mereka lebih besar dan luas dari malaysia tapi kenapa malaysia? Kenapa negara2 lain yang lebih mahir dan maju tak bina? Contohnya jepun yang juga akan menjadi antara pelanggan utama lynas malaysia. Kenapa jepun tak bina sendiri? Kenapa negara2 lain tak bina? Sebab tiada rare earth kat tempat mereka? Kat australia yang ada rare earth pun bina di malaysia kenapa pula? 

Jawapan nya mudah. Ia selamat hanya jika ia memenuhi spesifikasi. Ia selamat selagi tiada kebocoran. Ia selamat selagi dikendalikan dengan cekap dan teratur. Ia selamat selagi manusia dan mesin yang menguruskan pemprosesan rare earth neh tidak rosak, tidak cuai dan lalai. Adakah semua perkara2 neh bersifat kekal? Tidak. Sebab tue negara2 lain tak cukup bodoh untuk bina di negara mereka sendiri. 

China yang terlebih dahulu bina kilang rare earth tue telah menghasilkan pelbagai disaster kepada rakyatnya sendiri. Tidak kah anda sedar? Aku of course bukan pakar tapi apakah penulisan neh boleh korang nafikan ia? Baca sini.

Faktor kewangan, pelaburan dan strategik perniagaan lah der..

Okey. Sekali lagi, untuk siapa orang kuantan taruhkan nyawa mereka? LYNAS? Siapa lynas? Apa kaitan nya dengan rakyat kuantan dan kerajaan? Apa keuntungan yang kita akan dapat setelah merisikokan nyawa disini? Perlu ada sesuatu yang kita patut terima bukan? Kalau hanya sainstis dan orang2 tertentu jek terima maka apa perlu seluruh rakyat kuantan pula menjadi taruhan? Nampak tak? 

Ia mungkin mengurangkan beban lynas australia. Mungkin strategik bagi mereka. Mungkin keuntungan bagi mereka tapi apa pula yang kuantan dapat setelah merisikokan semua neh demi lynas australia? Apa?

Mereka tak dapat apa. Mereka hanya dapat ketakutan. Mereka hanya dapat kebimbangan. Mereka risau. Jika kita di tempat mereka, kita juga akan menghadapi perkara yang sama. Cakap memang senang. Ia selamat dan etc2. Okey, letakkan ia di sebelah rumah ko. Kenapa pula perlu letakkan ia di kawasan yang orang tak mahu?

Jika najib mahu, adnan mahu, penyokong2 umno mahu, che rosli mahu, orang yang belajar bidang neh mahu maka silalah suruh lynas buat kilang di sebelah rumah anda. Anda sendiri duduk dan tinggal di kawasan yang anda kata selamat. Jangan risikokan orang yang tak ingin terdedah dengan semua jenis bentuk ancaman neh. Kan tak adil disitu. Kenapa yang tidak menyokong perlu menerima risiko dan yang menyokong langsung tak mahu pula menerima risiko?

Dan tahu kah anda impak negatif daripada pembinaan kilang lynas neh? Harga rumah, tanah dan sekitar kuantan jatuh. Sapa nak duduk dekat kilang yang ada radiasi? Ko gila? Aku tak ingin. Malahan orang yang menyokong juga tak ingin. Macam mana pula orang yang tak menyokong boleh jadi ada ingin pula?

Kesan penyakit. Siapa yang akan bayar kos perubatan jika mereka sakit? Kerajaan ? Orang yang menyokong? tv 3? BN? Che rosli? Sapa pun takmo. Tapi suruh orang pergi check doktor kalau terkena radiasi. 

Wahhh.. senang dan sedap betul bercakap seolah2 rakyat kuantan petik duit kat pokok dan amek neh doktor aku nak check radiasi ada ke takde. Kalau ada aku juga kena keluarkan duit aku untuk rawat diri aku sendiri. Siapa yang tolong dan bantu aku setelah aku bersusah payah membenarkan radiasi beroperasi di tempat aku? Sekali lagi. Tiada siapa yang sudi setelah memaksa rakyat kuantan berkorban, tiada sesiapa pun yang sudi tanggung risiko. 

Mereka2 yang kononnya hebat bercakap dan konon nya cerdik pandai juga tidak sudi amek risiko tetapi memaksa rakyat marhaen menanggung risiko? Dan sekali lagi rakyat menikam rakyat disini. 

Ia tidak begitu menyakitkan jika pemimpin yang menikam rakyat. Ini kerana kita tahu pemimpin lazim nya gila kuasa. Tetapi apa yang sakit dan apa yang membuatkan kita luka lebih dalam ialah apabila ada rakyat yang menyokong pemimpin untuk mengadaikan nyawa rakyat disini. Tahu kah anda apa itu pengkhianatan? Tengok cermin.

                                                                                 
 Ameno : Jangan biarkan generasi kita berpenyakit angkara lynas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...