Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 24 Februari 2012

Syria kagum rejim Umno sokong regim Assad [awas, video 18SG]


Alamak geng.

Patutlah tivi three asyik menipu tak habis2. Berpadu pula dengan utusan dan bh online. Peh. Terbaik. Gandingan termantap. Penipu berkerjasama dengan penipu demi sebuah penipuan. Peh. Marvelous punya penipuan. Memang bapak2 penipuan sungguh.

Baca bawah neh beb ;

Syria Kagumi Pendirian UMNO Tolak Campurtangan Luar


KUALA LUMPUR, 22 Feb – Syria mengangumi pendirian UMNO sebagai sebuah parti politik yang mantap dalam menyatakan pendirian menolak sebarang campurtangan luar dan tidak menerima hakikat berkaitan unsur-unsur luar dalam usaha memporak-perandakan sesebuah negara.

Dutanya, Dr. Mohamad Khafif menyatakan demikian dalam kunjungan hormatnya kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn semalam.

Jelasnya, pergolakan yang berlaku di negara-negara Arab sejak kebelakangan ini turut berlaku di Syria yang telah mengakibatkan korban nyawa tetapi beliau percaya bahawa ia akan dapat ditangani sebelum krisis lebih teruk berlaku.

Dalam ucapan balasnya, Tengku Adnan menerangkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap berpegang teguh dan yakin bahawa setiap permasalahan dalam sesebuah negara hanya akan dapat diselesaikan oleh masyarakat di dalamnya sendiri tanpa ada penglibatan dari pihak luar.

“Pendirian kita adalah jelas berhubung isu-isu antarabangsa dan begitu juga dengan apa yang berlaku di Syiria yang mana kita percaya bahawa rakyat Syiria sendiri bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan dan kestabilan dalam negara tersebut,” katanya.

Dalam hal ini beliau turut memberi analogi Malaysia yang pernah mengalami demonstrasi jalanan ekoran ketidakpuasan hati pihak tertentu apabila tewas dalam pemilihan atau dalam sesuatu kes termasuklah perbicaraan di mahkamah.

“Ini adalah kerja-kerja pembangkang yang mahukan kuasa sehinggakan sanggup dipergunakan oleh pihak luar bagi membuat kekacauan. Mereka ini apabila tidak dapat kuasa melalui pilihan raya maka mereka akan mengadakan demonstrasi atas nama reformasi dan sebagainya asal saja boleh menjatuhkan kerajaan yang ada,” ujarnya.

Tambahnya, sebagai sebuah parti politik yang berkerajaan dan mempunyai pengalaman, penyelesaian krisis perlulah dilakukan dengan matang dan berhati-hati agar tidak memudaratkan dan mengundang pertelingkahan kepada rakyat dan negara. – MediaUMNO

Sumber : umno-online

Dah baca good.  Patutlah najib tak bagi respon apa pun pasal syria beb. Geng ma. Geng. Mana boleh lawan geng sendiri beb.

KAH KAH KAH

Lihat video bawah neh ;



Sekarang korang tahu kami di pihak mana dan umno di pihak mana? Setakat cakap tak guna beb. Kami ada bukti, korang penyokong umno ada bukti? Takdak. So bila sendiri digelar pengkhianat, penjahat, perompak, penzalim, penyamun dan pelbagai gelaran jahat yang etc2, itu adalah disebabkan diri sendiri bersubahat dengan penjahat.

Walaupun bukan seme yang datang dari umno itu jahat dan bukan seme benda yang bien buat itu buruk tetapi banyak dari apa yang mereka buat itu ialah jahat dan buruk. Mereka malahan di ketuai oleh orang2 yang jahat. 

Korang mungkin tak jahat tapi bila korang sokong penjahat sedikit sebanyak orang akan tetap beranggapan korang tue jahat. So kenapa nak sokong sesuatu yang jahat dan kejam? Jom tukar. Ubah sekarang. Malaysia dah takde hope selagi mana bien dan umno memerintahnya. Percayalah weh.

Lebih banyak video? Klik sini ==> semut. 

Ameno : Jahat gile..

Imam Hoslan : Kenapa saya baling kasut

Masih ingat kisah imam yang baling kasut sebab menentang rasuah dan salah laku kuasa baru2 neh? Nampak macam pelik tapi itulah realiti kehidupan di malaysia neh. Tiada keadilan untuk mereka2 yang menentang rasuah dan salah guna kuasa oleh mereka2 yang berpaksikan umno dan suku sakat mereka.

Lihat video di bawah neh. Saksikan pengakuan seorang imam yang tertindas. Dia digari, ditahan dan dihalau semata2 menentang kemungkaran.

 

Walaupun dia ada bukti yang membenarkan kata2 dia nampaknya hakim langsung takmo buka kes disebabkan hakim bersetongkol dengan puak2 zalim. Itu tak heran lagi. Yang terbaru kes dia baling kasut akhirnya jadi kes polis meskipun hakim sendiri pada ketika itu mengatakan insiden tersebut di anggap selesai. 

Lihat bawah neh ;

Laporan akhbar Malay Mail hari ini menyebut, polis menyiasat kes membaling kasut itu mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan untuk menghalang tugas penjawat awam.

Dalam insiden Rabu lalu, Hoslan bertindak membaling kasutnya ke arah panel hakim yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menghalang beliau daripada terus tinggal di kuarters imam, Masjid Ar-Rahman. -MKINI-

Hari tue sendiri gak kata takmo buka kes tapi hari neh dah mula main polis bila imam gunakan media alternatif untuk sebarkan penyelewengan dan penipuan geng2 yang mencuri duit masjid dan hakim yang langsung buat tak peduli atas isu tersebut.

Alamak. Dah takut kantoi pula. Baru sibuk nak jaga imej. Nak tutup mulut orang lah tue. Apa pun tak boleh lah di malaysia. Apa pun tak boleh. Jom hijau.

Ameno : Kaki songlap dilindungi.

Khamis, 23 Februari 2012

Kontena ZIM terbang masuk ke Malaysia pula dahh..

Lihat gambar bawah neh ;



Itu kontena ZIM. Dari mana kontena ZIM neh datang? Sudah tentu dia dikeluarkan dari kapal penghantar ZIM. Kalau tidak buat apa cop ZIM atas kontena terbabit? Sekarang neh statement terbaru dari westport berkenaan isu neh ialah kapal ZIM cuma datang buat persinggahan dan tiada apa2 urusniaga dijalankan.

Maksudnya disini tiada berlaku penghantaran kontena dan sebagai2nya lah kan. Masalahnya sekarang kalau tiada apa2 hal yang dinyatakan sebelum neh dari mana pula kontena zim neh datang? Takan terbang pula kot? Rasanya itu alasan yang paling logik sekali. Tolonglah percaya kekawan seme. Kontena neh terbang datang jejalan kat malaysia neh jek then dia balik lah bila dah habis cuti2 semalaysia.

Apa pun dalam isu neh aku bukan nak cakap ko israel dan aku bukan israel. Cuma aku nak memperjelaskan betapa hipokritnya sesetengah orang dalam mengulas isu israel neh. Bila sendiri pun bekerjasama dengan israel kenapa nak pongpang diri sendiri bersih sangat kekonon nya tiada hubungan dengan israel? Tue jek main point dia sebenarnya.

Jadi orang belajar untuk mengaku sesuatu hal. Jangan hanya pandai nak menghighlightkan kesalahan orang lain tanpa belajar untuk cermin diri sendiri. Kot ye pun miskin cermin pinjamlah lori kontena zim punya cermin. Takan depa kedekut kot. Kata geng.

kah kah kah

Ameno : Kontena pun nak cuti2 semalaysia rupanya.

Bakar Alquran mana suara keramat Najib, Umno, perkasa dan Hasan Ali.

Tak dengar pun.

Ada sapa2 dengar? Aku tak dengar pun. Pagi tadi angka kematian 4 orang, selepas tue dilaporkan meningkat kepada 6 orang tapi menerusi portal antarabangsa ia sebenarnya lebih dari 6 orang. Kesahihan angka kematian neh mungkin disebabkan wartawan belum menerusi info yang mencukupi apatah lagi bukan semua yang mati itu dilaporkan terus kepada pihak berkuasa.

Namun dalam masa yang sama tidak pula diperincikan kenapa mereka mati. Yang neh aku percaya mesti ada kaitan dengan tentera amerika. Bukan nak bersikap dikriminasi tetapi tentera amerika memang layak dibenci pun. Dorang tue menjijikkan.




Bagi yang tidak mengikuti isu neh dari awal ;

1. Seorang pekerja yang berwarganegara afghanistan telah terjumpa cebisan Alquran di sisa pelupusan sampah.

2. Kes neh kemudiannya kecoh sebagai menghina Alquran kerana melupuskan Alquran semata2 kerana mengesyaki Alquran digunakan untuk menghantar mesej sesama umat islam di afghanistan.

3. Nato mula2 minta maaf then cakap mereka akan siasat isu neh. Mereka juga cakap bahawa insiden neh sepatutnya tidak berlaku namun menafikan Alquran sengaja dibakar bagi menghina umat islam. Malahan tiada bukti pun atas perkara tersebut.

Itu kata nato lah. Nak follow korang punya pasal. Aku sikit pun tak percaya. Bagi mereka yang suka menceroboh negara orang tak kira apa jenis perbuatan baik yang mereka buat mereka tetap penjahat. Pandangan aku terhadap nato tidak berubah samada dia buat atau tidak pun hal tersebut. Lagi siapa boleh buktikan nato neh bercakap benda betul walaupun aku sendiri tak boleh nak buktikan nato neh bercakap tipu.

Bukan sekali dua ye geng2 neh mencari pasal dengan umat islam. Kebanyakkan mereka neh bukan ada agama pun. Sebab tue tak reti nak respect agama orang lain. Orang2 yang beragama neh tak kiralah apa agama mereka sekalipun selalunya cenderung respect agama orang lain.

Kefackan nato dan tentera amerika bukan lagi rahsia di dunia neh. Kefackan amerika dan israel juga bukan lagi rahsia di alam neh. Pas akan mengadakan protes atas insiden neh esok selepas solat jumaat.

Masalahnya yang aku heran tue sampai ke hari neh najib dan geng2 yang sepatutnya suka sangat jaga akidah umat islam mendiamkan diri. Alamak. Takan takut dengan obama kot najib? Tak man arh macam tue. Perkasa, Hasan Ali dan Umno pun diam jek tak menyalak. Takan tunggu greenlight dari najib kot baru nak menyalak?

Apa pun kalau orang2 umno tak join protes bersama pas besok bagi menyuarakan bantahan terhadap nato yang fack tue.. terbuktilah korang memang suka berlakon. Apabila ia sampai kepada perkara yang benar2 memerlukan korang untuk bersama2 menegakkan apa yang umat islam kena buat korang langsung tak bertindak.

Tapi itupun okey lagi sebenarnya. Malas bersuara dan hanya bersuara bila perlu untuk mendapatkan kuasa. Okey lagi bagi aku. Yang tak okeynya bila dorang berdiri disebelah amerika dalam isu neh. Itu jek. Err apa nama? Barua amerika? Agent CIA? Hehehe.. sapa lah tue ek.

kah kah kah

Ameno : Menyalak ikut timing.

Wakil kerajaan dalam NFC tatau NFC beli kondo walaupun dibayar rm700 untuk hadir mesyuarat der..


Sedihnya baca laporan berita kat atas neh. Dibayar rm700 untuk hadiri mesyuarat pun tak reti buat kerja. Tak pasti samada bayar rm700 untuk sekali mesyuarat ataupun sebulan rm700 tapi yang penting duit rakyat dibayar kepada kepala hanggok yang tak reti buat kerja dengan betul.

Beginilah, dengar nasihat aku kali neh. Ketiga2 wakil kerajaan neh sila beramboskan mereka dari jawatan yang mereka pegang dan lantiklah aku dan tiga orang yang lain. Sekurang2nya aku ada kejujuran untuk menjaga hak rakyat meskipun tiada pengalaman dan bukan arif dalam bidang neh. Itupun lebih baik sebab pengalaman boleh dicari dan ilmu boleh ditimba.

Tiga individu neh makan gaji buta dan tak buat kerja. Kalau kerajaan simpan mereka maka kerajaan juga mengiktirafkan tiga individu yang tak reti buat kerja neh. Macam mana dia boleh terlepas pandang laporan perbelanjaan nfc sejak tahun pertama lagi ketika nfc beroperasi?

Kalau pun dia terlepas pandang pembelian kondo macam mana pula dia boleh terlepas pandang isu soal kad kredit sedangkan hal tersebut jelas ternyata dalam cashbook nfc? Bagaimana pula dengan pengakuan salleh bahawa pembelian kondo merupakan satu pelaburan adalah tindakan yang bijak? Bukan kah ketika itu ketiga2 individu neh sepatutnya sudah boleh menyemak apa yang mereka terlepas pandang in order untuk menjaga amanah rakyat?

Macam mana pula dengan pembelian tanah2 di putrajaya yang jelas menggunakan dana nfc? Macam mana ketiga2 individu neh langsung tak reti nak pergi godek info pasal laporan kewangan perbelanjaan keluar masuk nfc sedangkan mereka duduk dalam bod nfc?

Bagaimana mereka neh boleh jadi bod tanpa buat kerja? Tidak kah peranan bod neh memastikan segala apa yang dilakukan oleh pengurusan nfc berada dalam pengetahuan mereka supaya tiada kerugian yang berlaku? 

Bukan kah sesetengah perkara perlukan kelulusan bod sebelum ia boleh di proceed apatah lagi dana rm250juta itu dinyatakan dengan jelas ia diasingkan dalam satu akaun khas yang mana memerlukan kelulusan2 pihak tertentu termasuk bod untuk dikeluarkan? Jika bod proceed maka baru hantar usul kepada kementerian kewangan sebelum di approved untuk dikeluarkan?

Hey.. aku keji gila dengan dorang neh. Bahasa baik memang takde arh. Bila nak mampos? Terjunlah bangunan sekarang. Pilihlah mana2 sprm yang berdekatan. Bai.

Ameno : Makan gaji buta jek.

Sejarah Malaysia dan Israel yang kita semua perlu tahu.


Pertama tolong faham. 

Rakyat bukan benteng kepada mana2 parti, pemimpin, raja dan sebagainya. Rakyat malaysia bukan benteng kepada umno dan bn. Rakyat malaysia bukan benteng kepada sultan dan raja. Rakyat malaysia juga bukan benteng kepada pakatan rakyat dan dsai.

Kami rakyat malaysia perlukan pembelaan dan bukan harus diposisikan sebagai benteng kepada mana2 pihak. Tolonglah belajar untuk faham yang neh. Sebab tue dalam mengulas isu perhubungan malaysia dengan israel kita kena bersikap adil. 

Kita tidak harus meletakkan diri kita sebagai benteng kepada mana2 pihak dalam isu neh. Dosa tidak menjadi pahala hanya kerana ko bertukar parti. Sejarah tidak akan hilang hanya kerana ko lupa. Apa yang pernah ko buat dulu tidak akan terhapus hanya kerana ko memilih untuk tidak mengakui nya.

Umno adalah penyebab utama hubungan israel dan malaysia terjalin.

Ini ialah satu kebenaran yang pahit bagi ahli2 biasa umno nak telan. Walaupun mereka berjuta kali cuba nak meletakkan kesalahan neh ke atas orang lain samada pr ataupun dsai semata2 mereka tetap tidak boleh nak padamkan hakikat neh.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa ;

1. Pada tahun 1994, Tuanku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah menjadi rakyat malaysia yang pertama menjejaki israel setelah sekian lama selepas malaysia merdeka pada tahun 1957. Kisah neh sebenarnya pernah disiarkan dalam utusan malaysia dan berita harian pada tahun tersebut. Juga ada ura2 yang mengambarkan pontesi pelancongan yang boleh diwujudkan bagi kedua2 negara tersebut. Namun kisah neh mati setakat itu. [ Mohon jangan bercakap yang buruk pasal tuanku kerana dia telah pun meninggaldunia. ]

2. Pada tahun 1997, PAS pernah mengadakan protes untuk membantah kehadiran pasukan kriket israel masuk ke malaysia bagi menyertai pertandingan kriket. Kemasukan pasukan terbabit di izinkan oleh Mahathir sendiri atas nama semangat kesukanan. Jika kita fikirkan secara logik setiap negara hanya layak menghantar wakil jika mereka di iktirafkan sebagai sebuah negara. Jadi boleh faham kenapa pas membantah kehadiran pasukan kriket israel di malaysia.

3. Permit import barangan ke israel perlukan pengesahan daripada MITI sendiri. Ini bermakna sejak tahun 1996 kerajaan telah pun memakan cukai hasil pengeluaran permit import tersebut. Ini diakui sendiri oleh Mukhriz Mahathir.

4.  MITI pernah mempromosikan israel atas tujuan hubungan perniagaan melalui beberapa buku2 yang memang terdapat dalam perpustakaan di dalam department itu sendiri. 

5. Malaysia juga mengeskport kelapa sawit ke israel atas tujuan perniagaan.

6. Beberapa pimpinan kerajaan pernah bertemu dengan pemimpin israel atas beberapa tujuan samada tertutup ataupun di dalam forum2 tertentu. Yang sebenarnya tidak hairan jika pemimpin bn dan dsai berkawan dengan yahudi dan israel. Tuntutan tugas menyebabkan mereka semua neh akan terdedah kepada perhubungan seperti neh tak kiralah atas tujuan apa sekalipun ketika itu. Namun jika pertemuan2 seperti neh dirahsiakan bukan kah itu akan mengundang persepsi?

7. Pada tahun 1994 akta larangan import yang mana menyekat israel dan malaysia berkerjasama dalam bidang perdagangan telah pun dipinda. Akta neh dipinda bagi membolehkan syarikat2 swasta malaysia mengimport barang dagangan ke israel ataupun mengeskport barangan malaysia ke israel. Tahun 1994 ialah tahun di mana anwar ibrahim ialah timbalan menteri kewangan. Setelah disemak di dapati bahawa akta larangan import neh di bawah urusan jabatan kastam. Dan jabatan kastam pun betul2 berada di bawah kementerian kewangan. Dan menteri kewangan ketika itu ialah dsai itu sendiri.

Dsai ketika itu ialah pemimpin umno. Dia banyak kali keluar masuk tv dan berita menghina, mengecam dan mengherdik pas. Aku tak pernah suka apa yang dsai selalu ucapkan dalam tv meskipun aku tak pernah sokong pas ketika itu. Pas juga antara parti yang aku pernah fikir sesat kerana selalu sangat baca utusan. Tapi aneh, setiap kali dsai meroyan kutuk pas, aku betul2 rasa menyampah. Bukan pada pas tetapi pada dsai. Ini berbeza bila mahathir kutuk pas. Aku macam takde perasaan.

Jika dsai pada ketika itu bertegas dan tidak bersetuju dengan apa yang berlaku pada tahun 1994 dia sepatutnya bersuara dan menghalang perkara tersebut daripada berlaku. Itu sekurang2nya jika dia tidak mampu untuk meletak jawatan. Perkara neh pernah dibincangkan dalam dewan parlimen dan menjadi panas. 

Tetapi aneh orang hanya nampak mahathir dan umno semata2. Sedangkan ketika itu dsai juga berdiri bersebelahan dengan mahathir dan meluluskan akta neh tanpa rasa bersalah. Jadi disini selain dari mahathir, dsai juga tidak kurang salahnya dalam isu neh. 

Peduli hapa samada mahathir no 1 dan dsai no 2 yang penting kesalahan tetap terpikul atas bahu dua orang neh. Dua orang neh jika bekerjasama dengan baik boleh menolak berlakunya perdagangan itu dan juga boleh menyebabkan perdagangan itu wujud.

Dalam kes kemasukan kapal israel ke malaysia, mereka penyokong2 umno sekali lagi bertindak menjadi sukarelawan menjadi benteng kepada pemimpin umno yang tak kenal pun ko sapa der. 

Mereka sanggup mengiyakan hubungan dagang yang berlaku dan menjelaskan ia langsung takde kaitan dengan kerajaan walhal akta larangan import neh ialah akses kepada puncanya kemasukkan kapal2 israel ke malaysia. Bila larangan pengimportan tue dibuka maka dengan mudahnya kapal2 israel yang berperanan menghantar barangan dari israel ke malaysia berlaku.

Hubungan diplomatik atau hubungan perdagangan itu bukan isu. Isu utama ialah hubungan dengan israel tetap wujud dan berlaku. Jika hubungan diplomatik ditafsirkan sebagai mengiktirafkan negara israel maka hubungan perdagangan pula boleh ditafsirkan sebagai  menyalurkan wang kepada israel untuk mereka membeli bom dan sebagainya.

Dan ada juga yang berhujah bahawa jika malaysia tidak buka laluan maka singapore akan buka dan ia akan menrencatkan malaysia sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa. Ia akan menjejaskan logistik malaysia dan ramai syarikat2 tidak akan berminat dengan malaysia. Jika ini berlaku maka ekonomi malaysia akan slowdown. 

Sebab tue aku tekankan konsep hipokrit disini. Jangan kaitkan orang lain dengan israel sampai sendiri lupa bahawa ko juga ada kaitan dengan israel. Aku dah pernah cakap dulu. Jika pr amekalih putrajaya pun belum tentu kapal2 neh akan dihalang memasuki malaysia. Akan tetapi aku sangat2 mempercayai bahawa pas akan cari alternatif untuk memastikan hal tersebut terlaksana samada cepat ataupun lambat.

Dan aku tak nafikan bahawa dsai turut sekali menjadi penyumbang kepada insiden neh. Ini mungkin kerana dia umno dulu baru pkr. Apa yang pernah dia buat ketika berada dalam umno tidak patut menjadi penanda aras apa yang dia ingin buat sekarang. Itu betul. Kita tidak boleh mengecam dsai atas dosa dia ketika berada dalam umno. 

Namun dalam masa yang sama kita juga tidak boleh buat2 lupa pada sejarah dan fakta. Dsai sekurang2nya perlu menjelaskan secara keseluruhan apa yang berlaku pada tahun 1994 - 1996 tanpa menyembunyikan apa pun.

Keluar dari umno bukan bermaksud kesalahan dia dibersihkan ataupun hilang begitu sahaja. Dia mencatit kesalahan dalam dua keadaan yang berbeza ;

1. Kesalahan tercatit atas sebab dia sendiri sebagai individu yang membenarkan hal tersebut

2. Kesalahan tercatit atas nama parti dan jawatan yang dia pegang. 

Jadi disini adalah lebih baik dia minta maaf kerana terlibat dalam proses kelulusan tersebut. Minta maaf neh seterusnya akan digunakan sebagai hujah untuk kita sampaikan kepada rakan2 umno bahawa dsai sudah pun berubah pendirian dia dalam soal kerjasama dengan israel. Anwar memang masih relevant sebagai ketua kepada malaysia baru tetapi itupun jika dia mahu mendengar dan memahami suara rakyat.

Orang takan peduli samada ia kisah lampau ataupun lepas yang orang peduli ialah fakta tetap fakta dan ia memang tersimpan kemas dalam catatan sejarah. Jika pas sudi, mereka patut buka balik apa yang telah berlaku pada tahun mei 1994.

Aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada tahun tue. Kita boleh saksikan apa yang berlaku pada tahun 1994 jika sesiapa memilik hansard parlimen yang membentangkan akta larangan import untuk dipinda. Pada ketika itu kita boleh meneliti dengan jelas betapa hipokritnya parti yang bernama umno neh.

Dosa rakyat guna barangan israel ialah dosa kerajaan barisan nasional.

Setiap kali bila orang2 umno kematian hujah bila kita membangkitkan isu bahawa jelas bn mengiktirafkan israel secara tidak langsung meskipun tiada hubungan diplomatik maka mereka akan mencampakkan alasan alah ko pun makan mekdi. Israel gak tue. Ada ko kesah?

Tapi mereka lupa. Orang2 macam neh selalu lupa bila mereka terlalu ingin sangat menjadi benteng kepada pemimpin umno. Pemimpin umno pun tak pandang ko sapa. Usah kata pemimpin umno, pemimpin pr pun tak pandang aku sapa der. Tapi aku perlu berjuang membanteras kezaliman atas label pr sebab kerja secara berkumpulan lebih cepat terkesan der.

Itu lebih baik daripada aku duduk dalam bien yang jelas2 menjadikan kezaliman sebagai motto hidup mereka. Dalam bien, yang rasuah, yang menyeleweng, yang anti islam, yang suka hiburan melampau, yang suka perkara2 jahat dan rosak terlalu ramai sehinggakan kita nak angkat muka dan cakap nooo pun tak boleh sebab terlalu teruknya hidup memperjuangkan keadilan dalam bien yang langsung sama sekali tidak kisah pasal rakyat dan keadilan.

Menyalahkan rakyat kembali dalam isu israel neh adalah satu kebodohan melampau puak2 tertentu. Adakah apabila aku lahir aku diberitahu oii ko tahu mekdi tue israel punya? Ko jangan makan taw. Oii ko tahu intel tue ada kilang di israel? Intel tue nak buat komputer tue. Ko jangan beli product2 yang guna intel faham. Oii ko tahu coke tue sapa punya? Ko kena boikot faham.

TIBA2. 

Pong pang pong pang seme info neh masuk dan tiba2 aku menjadi rakyat yang tidak tahu apa2 pasal neh diberitahu aku rupanya adalah penyumbang kepada kematian rakyat palestine. Ko tahu apa perasan aku ketika itu? Lebih baik ko jangan tanya.

Aku tidak tahu. Tapi aku diberitahu. Jadi bagaimana aku kena buat. Adakah aku kena muntahkan semua makanan mekdi yang pernah aku makan? Coke yang pernah aku minum? Atau buang komputer yang pernah aku beli?

Ia bukan kesalahan aku dari awal lagi bila kesemua product neh berlegar di malaysia. Ia bukan aku dan mana2 rakyat yang pergi luluskan kesemua perkara tersebut. Ia bukan sesuatu yang normal dilakukan apabila kita akan memeriksa setiap satu product yang terjual di malaysia neh mestilah bukan datang dari israel.

Bukan nya ada komputer di setiap kedai dan bila kita terfikir nak beli satu2 product tue kita boleh tanya dia heyy neh product israel kah? Aha ye. Okey takmo beli arh. Nak cari brand lain. Aku tahu ka? Aku ada akses yang macam neh ka? Aku takde apa2 akses pun. 

Jika aku tidak mengenal internet maka aku langsung tiada akses. Ada internet pun bukan syarat ko akan tahu hal tersebut. Bukanlah setiap pengguna internet akan pergi check adakah product2 yang mereka selalu beli terkait dengan israel atau apa.  Ia memerlukan satu keadaan yang apabila ko akan tahu, maka ia jadilah ko tahu. Tak kiralah samada ko akan diberitahu melalui medium apa pun. 

Yang penting apa yang ko tahu tue tidak datang dari media kerajaan sebab media arus perdana kerajaan sedang berusaha sehingga ke hari neh mengambarkan betapa bencinya malaysia kepada israel. Namun dalam masa yang sama media online kerajaan pula cuba mengambarkan betapa okeynya kita berbisnes dengan israel sebab ia keperluan.

Jika ko sebagai kerajaan cakap ia okey, maka apa hak penyokong2 ko untuk mengatakan aku tidak okey membeli barangan israel? Aku cakap tidak okey untuk ko berkerjasama dengan israel sebab israel zalim dan jahat lalu apa salahnya jika kita bersama2 menjauhi israel andai benar kita di posisi yang menyokong rakyat palestine?

Jika ko mendengar kata2 aku maka ko akan disokeykan apa2 perkara yang ada kaitan dengan israel dan ini secara tidak langsung akan mematikan segala peluang aku untuk menggunakan barangan israel pada masa akan datang. Ia perlukan ko untuk aku dan rakyat bebas dari pengaruh israel sekurang2nya ketika berada di malaysia. Tidak kah ko dan penyokong2 ko memahami perkara semudah neh?

Jadi penyokong umno, ko tahu dosa siapa sebenarnya yang lebih berat bila rakyat membeli barangan israel samada mereka tidak sedar, baru sedar atau telah pun sedar? Fikir sebelum cakap. Bai

Sumber penulisan ;


Ameno : Terima kasih bien kerana mengisraeliatkan rakyat malaysia sampai ke hari neh. 

Rabu, 22 Februari 2012

Berdosa sokong PAS.

Alamak.

Gua belum habis terkejut dengan kenyataan mufti perak tadi. Gua bertambah2 terkejut bila malaysia kalah bola dengan teruk. Dan semakin terkejut dengan statement terbaru puteri umno. Kini gua benar2 terkejut habis dengan statement terbaru tuk guru or tokoh agama di kelantan neh. Gua siyes terkejut neh beb. 

Tengok gambar bawah neh ;


Terkejut tak? Memang lah tak terkejut tengok ibrahim ali cium rosmah mansur. Tapi bayangkan kalau gua yang cium tangan rosmah mansur tue. Macam tue lah perumpamaan terkejutnya gua hari neh. Kira nya hari neh ialah hari kejutan buat gua. Peh. Nak celebrate arh tiap2 tahun. Mungkin boleh popular suatu masa nanti.

kah kah kah

Berbalik kepada insiden2 terkejut gua hari neh, tadi kan gua pergi selak laman utusan. Gua sebenarnya tengah bengkek malaysia kalah bola. So nak lepaskan rasa bengkek tue gua pandai2 buat helah untuk hilangkan rasa marah tue. Daripada gua maki orang baik gua buat apa2 kerja yang patut kan. Then tadi gua ternampak benda kat bawah neh beb. Siyes lawak siot.

Baca bawah ;

Seorang tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah tetap dengan pendiriannya bahawa menyokong parti Pas termasuk pada pilihan raya umum akan datang adalah berdosa.

Malah, Abdullah menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana individu termasuk pemimpin Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau itu.Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak sedar bahawa Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu yang tidak lagi bertegas dengan dasarnya menegakkan negara Islam.

“Pas masuk dalam pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan DAP yang tidak terima Islam sebagai dasar. “Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dasar dia liberalisme dan pluralisme yang menyatakan semua agama termasuk Islam adalah sama, orang Islam dan orang lain sama rata. Perjuangan liberalisme, pluralisme, sosialisme ini haram.

“Pas duduk sekali dan reda serta menyokong pula calon-calon DAP, PKR. Pas juga sokong dan reda bila DAP menang dan jadi pemimpin, Timbalan Perdana Menteri, berdosa dari segi hukum syarak. “Sokongan Pas itu menghancurkan Islam dan orang Islam. Umat Islam perlu menarik balik sokongan mereka kepada Pas,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. -UM-

Itu baru satu tokoh agama. Tengok kat bawah neh pula. Petikan dari satu sumber berita yang sama gak ;

Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan turut berpendapat, sokongan kepada Pas boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam yang sepatutnya bersatu. “Penyatuan umat Islam tunjang kepada kepimpinan Rasulullah SAW sebagaimana bertautnya kaum Muhajirin dan Ansar, bahkan antara Aus dan Khazraj di Madinah.

“Sekarang umat Islam berpecah kepada dua, sokong Pas dan UMNO. Sokongan sepatutnya diberikan kepada UMNO yang lebih lama (tertubuh) berbanding Pas dan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO juga terang-terangan sebut menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara. -UM-


Dah baca? Good. Apa yang gua faham menerusi kenyataan dua individu di atas neh ialah ;

1. Sokong pas pada pru akan datang = berdosa.  Tatau lah sampai bila dosanya sebab tak disebut pun pru berapa kan. kah3x.

2. Pas sokong dan reda dap menang + jadi tpm = berdosa dari segi hukum syarak.

3. Sokong pas = perpecahan kepada umat islam.

4. Umno lebih lama wujud dari pas = so umno yang patut di sokong.

5. UMNO menegakkan blablablab.. islam. 

Terkejutnya aku. Terkejut betul bila aku dapat kesimpulan seperti neh. Aku lebih terkejut bila seseorang tue suka mengeluarkan pandangan tanpa mengikuti fakta sebaliknya asyik amek persepsi then buat statement. Amek fitnah then buat statement. Senang betul jadi tokoh agama. Jatuh hukum meskipun taktahu fakta kes.

Anyway.. betul ke umno tertubuh dahulu sebelum pas? Setahu aku pas tertubuh dahulu sebelum umno. Pas tue serpihan parti islam yang diharamkan ketika zaman awal kemerdekaan dulu. Sapa ek haramkan? Owhh lupa.. kerajaan british suruh umno haramkan.. hehehehe.. sapa lah yang menyebabkan umat islam berpecah ye sebenarnya. Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Lebih terkejut daripada nak rasa kelakar.

Lawan rasuah punya pasal pun kena halau - ONLY IN MALAYSIA! WELL DONE UMNO!

Sedia?

Ada berani?

Nak jadi macam imam neh? Bagus. Dia kena halau sebab melawan rasuah. Ini negara apa hah? Undang2 bawah tapak kaki umno ke apa? Sohai!

Kes dia macam neh ;

Sementara itu, ketika Malaysiakini, Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu tersebut tidak dilayan.

Beliau mendakwa telah membuat banyak laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan tersebut, tetapi tiada tindakan.

Malah, dakwanya, Umno turut terbabit didakwanya telah digunakan MAIWP untuk menyingkirkannya.

Menurut Hoslan, beliau menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan.

Katanya, beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya.


Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu dalam setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.

Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lepas, katanya,
khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut.

Sebaik mendengar khutbah tersebut, Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya.-MKINI-


Alamak.

Apa JAHAT sangat neh? Orang tue hanya melawan rasuah, korupsi, penyelewengan, penindasan, kezaliman dan penyalahgunaan masjid sebab korang berpolitik [pasal khutbah bersih] pun kena halau dan disekat gaji nya? Ko sapa sekarang neh? Apa hak ko nak menghalang kami semua menegakkan keadilan di malaysia neh? Ko ingat malaysia ko punya? Umno punya? Orang jahat yang punya?

Imam kat bawah neh dikecohkan dalam berita sebab dia baling kasut kat hakim. Walhal isu sebenarnya dia baling kasut sebab ketidakadilan dalam proses mahkamah. Dia bukan marah kena usir pun der tapi dia geram lah setelah bertahun2 dia menghentam penindasan last2 mahkamah boleh membenarkan pula tindakan2 mereka yang jahat dan zalim. Adil ka tue?



Berdosa kah seorang imam melawan kemungkaran di tempatnya? Lue fikirlah sendiri. Gua dah panas baca berita neh. Bai.

Ameno : <Bahasa mencarut>

Betul ke Nabi saw suruh pertahankan bangsa, kaum dan raja?

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.

NONEKatanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."
"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina. Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.

Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.
"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

NONETambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya. -MKINI-

Sekali lagi nama Nabi saw dipetik dan dipermain2kan dalam isu neh. Senang nya berhujah. Sikit2 guna nama Nabi saw. Sikit2 guna Nabi saw.  Langsung tak rasa kasih ka malu ka takut ka apa.. main petik jek tak fikir akibat dan kesan negatifnya di kemudian hari.

Lihat atas neh ;

Mufti kata ;

1. Perjuangan jati = satu jihad. Sebenarnya aku cenderung tidak percaya syaitan ada logo. Malahan aku tak percaya langsung pun. Aku tahu logo tue ciptaan orang dan sengaja di promosikan sebagai satu bentuk  logo yang membawa imej syaitan dan sebagainya. Lebih kurang satu simbol geng2 yang mengiktirafkan syaitan and the geng lah. Ia bukan logo syaitan tetapi ia logo kumpulan pro syaitan. Lebih kurang gitu.

So sepatutnya jati, peka lah sikit. Nak cipta logo pun.. biarlah realistik dan takde kena mengena dengan pertubuhan2 macam neh. Usah kata kreatif, inovatif pun failed. Kalau tak reti reka logo kot ye pun check dulu sumber logo tue apa.  

Ia ada kaitan dengan pertubuhan apa2 ka dan etc. Jangan main cedok dan balon kemudian jadikan ia logo sendiri. Nanti dipertikaikan reti pula marah. Aku tak pertikaikan logo tue logo syaitan. Jangan salah faham sebab aku tak percaya seme benda neh. Aku cuma nak bagitau betapa takde daya saing nya pereka cipta logo jati tue ajek. Copy paste sangat.

2.  Wajib pertahankan akidah daripada di ejek? Aku taktahu macam mana tapi kenyataan neh agak kurang tepat. Akidah sekarang neh di ejek bukan kerana orang suka2 datang dan ejek booo akidah umat islam booo sama dia. Tak betul tue. Akidah umat islam diperlekehkan sebab kata pemuda umno buku seks kanak2 harus diharamkan namun dalam masa yang sama mangga playboy melayu terbitan utusan milik umno dibiarkan berleluasa. Seks kanak2 dalam bentuk kartun. Tapi dalam majalah mangga ia gambar realiti, betul2 punya.  Seme terjojol keluar. Yang duduk dalam kolam mandi ada, yang pakai nampak tut ada, yang lelaki tayang badan pun ada. Itu bukan akidah umat islam kah?

Bagi menanggani permasalahan macam neh adalah amat wajar untuk umat islam belajar cermin diri sendiri terlebih dahulu. Kita jangan jadi hipokrit. Salah orang kita nampak tapi salah diri sendiri kita buat2 buta. Ini tidak betul. Seseorang yang murtad ia bukan semudah abc. Hari neh ko penganut islam esok ko murtad. Tidak.

Ia perlukan proses. Antara penyumbang kepada proses2 itu ialah bilamana dakwah islam disukarkan dan dakyah agama lain di longgarkan. Proses untuk mengenali Allah swt dan islam dilakukan dalam keadaan yang terpilih dan tidak menyeluruh sebab perlu menjaga ahti pemimpin dan kerajaan manakala proses untuk melakukan dosa diberikan ruang dan peluang yang melimpah ruah. Kena faham masalah sebenar baru boleh tahu punca. Bila dah tahu punca baru boleh overcome.

3. Bab raja. Bab neh bab yang sangat sensitif. Salah cakap ke dalam lah ko tak pasal2. Bagi aku dalam isu neh mudah sahaja. Seseorang yang menerima islam bukan takat kena terima je, sebaliknya kena amal sekali. Kalau setakat terima kawan2 aku yang bukan beragama islam pun terima islam neh. Terima islam atas dasar hormat kepelbagaian agama di malaysia neh. 

Lagi satu kita neh manusia biasa jek. Bukan lah tanggungjawab untuk melindungi raja2. Aku tak naik kereta mewah or tinggal di rumah mewah pun. Aku tak pun takde dapat elaun2 khas tiap2 bulan. Siapa aku yang pertahankan raja? Aku tak mampu. Aku orang biasa yang nak pertahankan diri sendiri pun kadang2 tak lalu. Sekarang siapa yang kena pertahankan siapa? Aku minta maaf banyak2 jika ia datang ke soal neh aku adalah insan biasa. Aku tak mampu nak pertahankan raja. Orang2 macam aku neh bergelut untuk hidup. Aku takde masa nak fikir pertahankan orang2 kaya sedangkan aku sendiri sesak hidup dalam kesusahan.

Jadi berhentilah gunakan nama Nabi saw bagi memaksa orang2 macam aku neh pertahankan sesuatu yang aku tak layak pun nak pertahankan. Aku hidup dalam suasana yang sangat2 biasa.. orang macam aku diharapkan untuk menjadi benteng org2 yang hidup mewah? Logik lah sket Nabi saw suruh buat macam neh der.

Jangan gunakan nama Nabi saw. Jangan heret Nabi saw dalam isu macam neh. Jangan sesekali babitkan Nabi saw. Nabi saw tue Nabi saw aku dan kita seluruh umat islam. Baginda bawa utusan untuk seluruh manusia tanpa kira bangsa, anutan, status, dan warna kulit serta negara sekalipun. 

Jika mahu berhujah, hujahlah. Jangan lah berhujah sampai heretkan nama Nabi saw dalam isu2 macam neh. Bukan orang islam tak kenal siapa Nabi saw tue. Umat islam kenal. Kenal sangat. Sebab tue umat islam faham sangat raja yang Nabi saw maksudkan tue raja yang bagaimana. Jadi.. tolong ber ahti2 atas tiap sesuatu yang kita sampaikan apatah lagi peranan kita neh mufti. Bukan orang yang biasa2 pun yang mana kalau melalut.. takde sapa yang nak heran. Bai.

Nota : Antara twitter dari drmaza ==> ‎@realDrMAZA: Jngn salahguna hadis; jk sultan @ raja itu kaki judi atau arak, apakah dia pun byangan Allah?

Ameno :  Takde hujah Nabi saw pulak jadi mangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...