Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 22 Februari 2012

Berdosa sokong PAS.

Alamak.

Gua belum habis terkejut dengan kenyataan mufti perak tadi. Gua bertambah2 terkejut bila malaysia kalah bola dengan teruk. Dan semakin terkejut dengan statement terbaru puteri umno. Kini gua benar2 terkejut habis dengan statement terbaru tuk guru or tokoh agama di kelantan neh. Gua siyes terkejut neh beb. 

Tengok gambar bawah neh ;


Terkejut tak? Memang lah tak terkejut tengok ibrahim ali cium rosmah mansur. Tapi bayangkan kalau gua yang cium tangan rosmah mansur tue. Macam tue lah perumpamaan terkejutnya gua hari neh. Kira nya hari neh ialah hari kejutan buat gua. Peh. Nak celebrate arh tiap2 tahun. Mungkin boleh popular suatu masa nanti.

kah kah kah

Berbalik kepada insiden2 terkejut gua hari neh, tadi kan gua pergi selak laman utusan. Gua sebenarnya tengah bengkek malaysia kalah bola. So nak lepaskan rasa bengkek tue gua pandai2 buat helah untuk hilangkan rasa marah tue. Daripada gua maki orang baik gua buat apa2 kerja yang patut kan. Then tadi gua ternampak benda kat bawah neh beb. Siyes lawak siot.

Baca bawah ;

Seorang tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah tetap dengan pendiriannya bahawa menyokong parti Pas termasuk pada pilihan raya umum akan datang adalah berdosa.

Malah, Abdullah menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana individu termasuk pemimpin Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau itu.Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak sedar bahawa Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu yang tidak lagi bertegas dengan dasarnya menegakkan negara Islam.

“Pas masuk dalam pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan DAP yang tidak terima Islam sebagai dasar. “Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dasar dia liberalisme dan pluralisme yang menyatakan semua agama termasuk Islam adalah sama, orang Islam dan orang lain sama rata. Perjuangan liberalisme, pluralisme, sosialisme ini haram.

“Pas duduk sekali dan reda serta menyokong pula calon-calon DAP, PKR. Pas juga sokong dan reda bila DAP menang dan jadi pemimpin, Timbalan Perdana Menteri, berdosa dari segi hukum syarak. “Sokongan Pas itu menghancurkan Islam dan orang Islam. Umat Islam perlu menarik balik sokongan mereka kepada Pas,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. -UM-

Itu baru satu tokoh agama. Tengok kat bawah neh pula. Petikan dari satu sumber berita yang sama gak ;

Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan turut berpendapat, sokongan kepada Pas boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam yang sepatutnya bersatu. “Penyatuan umat Islam tunjang kepada kepimpinan Rasulullah SAW sebagaimana bertautnya kaum Muhajirin dan Ansar, bahkan antara Aus dan Khazraj di Madinah.

“Sekarang umat Islam berpecah kepada dua, sokong Pas dan UMNO. Sokongan sepatutnya diberikan kepada UMNO yang lebih lama (tertubuh) berbanding Pas dan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO juga terang-terangan sebut menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara. -UM-


Dah baca? Good. Apa yang gua faham menerusi kenyataan dua individu di atas neh ialah ;

1. Sokong pas pada pru akan datang = berdosa.  Tatau lah sampai bila dosanya sebab tak disebut pun pru berapa kan. kah3x.

2. Pas sokong dan reda dap menang + jadi tpm = berdosa dari segi hukum syarak.

3. Sokong pas = perpecahan kepada umat islam.

4. Umno lebih lama wujud dari pas = so umno yang patut di sokong.

5. UMNO menegakkan blablablab.. islam. 

Terkejutnya aku. Terkejut betul bila aku dapat kesimpulan seperti neh. Aku lebih terkejut bila seseorang tue suka mengeluarkan pandangan tanpa mengikuti fakta sebaliknya asyik amek persepsi then buat statement. Amek fitnah then buat statement. Senang betul jadi tokoh agama. Jatuh hukum meskipun taktahu fakta kes.

Anyway.. betul ke umno tertubuh dahulu sebelum pas? Setahu aku pas tertubuh dahulu sebelum umno. Pas tue serpihan parti islam yang diharamkan ketika zaman awal kemerdekaan dulu. Sapa ek haramkan? Owhh lupa.. kerajaan british suruh umno haramkan.. hehehehe.. sapa lah yang menyebabkan umat islam berpecah ye sebenarnya. Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Lebih terkejut daripada nak rasa kelakar.

Lawan rasuah punya pasal pun kena halau - ONLY IN MALAYSIA! WELL DONE UMNO!

Sedia?

Ada berani?

Nak jadi macam imam neh? Bagus. Dia kena halau sebab melawan rasuah. Ini negara apa hah? Undang2 bawah tapak kaki umno ke apa? Sohai!

Kes dia macam neh ;

Sementara itu, ketika Malaysiakini, Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu tersebut tidak dilayan.

Beliau mendakwa telah membuat banyak laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan tersebut, tetapi tiada tindakan.

Malah, dakwanya, Umno turut terbabit didakwanya telah digunakan MAIWP untuk menyingkirkannya.

Menurut Hoslan, beliau menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan.

Katanya, beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya.


Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu dalam setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.

Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lepas, katanya,
khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut.

Sebaik mendengar khutbah tersebut, Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya.-MKINI-


Alamak.

Apa JAHAT sangat neh? Orang tue hanya melawan rasuah, korupsi, penyelewengan, penindasan, kezaliman dan penyalahgunaan masjid sebab korang berpolitik [pasal khutbah bersih] pun kena halau dan disekat gaji nya? Ko sapa sekarang neh? Apa hak ko nak menghalang kami semua menegakkan keadilan di malaysia neh? Ko ingat malaysia ko punya? Umno punya? Orang jahat yang punya?

Imam kat bawah neh dikecohkan dalam berita sebab dia baling kasut kat hakim. Walhal isu sebenarnya dia baling kasut sebab ketidakadilan dalam proses mahkamah. Dia bukan marah kena usir pun der tapi dia geram lah setelah bertahun2 dia menghentam penindasan last2 mahkamah boleh membenarkan pula tindakan2 mereka yang jahat dan zalim. Adil ka tue?



Berdosa kah seorang imam melawan kemungkaran di tempatnya? Lue fikirlah sendiri. Gua dah panas baca berita neh. Bai.

Ameno : <Bahasa mencarut>

Betul ke Nabi saw suruh pertahankan bangsa, kaum dan raja?

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.

NONEKatanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."
"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina. Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.

Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.
"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

NONETambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya. -MKINI-

Sekali lagi nama Nabi saw dipetik dan dipermain2kan dalam isu neh. Senang nya berhujah. Sikit2 guna nama Nabi saw. Sikit2 guna Nabi saw.  Langsung tak rasa kasih ka malu ka takut ka apa.. main petik jek tak fikir akibat dan kesan negatifnya di kemudian hari.

Lihat atas neh ;

Mufti kata ;

1. Perjuangan jati = satu jihad. Sebenarnya aku cenderung tidak percaya syaitan ada logo. Malahan aku tak percaya langsung pun. Aku tahu logo tue ciptaan orang dan sengaja di promosikan sebagai satu bentuk  logo yang membawa imej syaitan dan sebagainya. Lebih kurang satu simbol geng2 yang mengiktirafkan syaitan and the geng lah. Ia bukan logo syaitan tetapi ia logo kumpulan pro syaitan. Lebih kurang gitu.

So sepatutnya jati, peka lah sikit. Nak cipta logo pun.. biarlah realistik dan takde kena mengena dengan pertubuhan2 macam neh. Usah kata kreatif, inovatif pun failed. Kalau tak reti reka logo kot ye pun check dulu sumber logo tue apa.  

Ia ada kaitan dengan pertubuhan apa2 ka dan etc. Jangan main cedok dan balon kemudian jadikan ia logo sendiri. Nanti dipertikaikan reti pula marah. Aku tak pertikaikan logo tue logo syaitan. Jangan salah faham sebab aku tak percaya seme benda neh. Aku cuma nak bagitau betapa takde daya saing nya pereka cipta logo jati tue ajek. Copy paste sangat.

2.  Wajib pertahankan akidah daripada di ejek? Aku taktahu macam mana tapi kenyataan neh agak kurang tepat. Akidah sekarang neh di ejek bukan kerana orang suka2 datang dan ejek booo akidah umat islam booo sama dia. Tak betul tue. Akidah umat islam diperlekehkan sebab kata pemuda umno buku seks kanak2 harus diharamkan namun dalam masa yang sama mangga playboy melayu terbitan utusan milik umno dibiarkan berleluasa. Seks kanak2 dalam bentuk kartun. Tapi dalam majalah mangga ia gambar realiti, betul2 punya.  Seme terjojol keluar. Yang duduk dalam kolam mandi ada, yang pakai nampak tut ada, yang lelaki tayang badan pun ada. Itu bukan akidah umat islam kah?

Bagi menanggani permasalahan macam neh adalah amat wajar untuk umat islam belajar cermin diri sendiri terlebih dahulu. Kita jangan jadi hipokrit. Salah orang kita nampak tapi salah diri sendiri kita buat2 buta. Ini tidak betul. Seseorang yang murtad ia bukan semudah abc. Hari neh ko penganut islam esok ko murtad. Tidak.

Ia perlukan proses. Antara penyumbang kepada proses2 itu ialah bilamana dakwah islam disukarkan dan dakyah agama lain di longgarkan. Proses untuk mengenali Allah swt dan islam dilakukan dalam keadaan yang terpilih dan tidak menyeluruh sebab perlu menjaga ahti pemimpin dan kerajaan manakala proses untuk melakukan dosa diberikan ruang dan peluang yang melimpah ruah. Kena faham masalah sebenar baru boleh tahu punca. Bila dah tahu punca baru boleh overcome.

3. Bab raja. Bab neh bab yang sangat sensitif. Salah cakap ke dalam lah ko tak pasal2. Bagi aku dalam isu neh mudah sahaja. Seseorang yang menerima islam bukan takat kena terima je, sebaliknya kena amal sekali. Kalau setakat terima kawan2 aku yang bukan beragama islam pun terima islam neh. Terima islam atas dasar hormat kepelbagaian agama di malaysia neh. 

Lagi satu kita neh manusia biasa jek. Bukan lah tanggungjawab untuk melindungi raja2. Aku tak naik kereta mewah or tinggal di rumah mewah pun. Aku tak pun takde dapat elaun2 khas tiap2 bulan. Siapa aku yang pertahankan raja? Aku tak mampu. Aku orang biasa yang nak pertahankan diri sendiri pun kadang2 tak lalu. Sekarang siapa yang kena pertahankan siapa? Aku minta maaf banyak2 jika ia datang ke soal neh aku adalah insan biasa. Aku tak mampu nak pertahankan raja. Orang2 macam aku neh bergelut untuk hidup. Aku takde masa nak fikir pertahankan orang2 kaya sedangkan aku sendiri sesak hidup dalam kesusahan.

Jadi berhentilah gunakan nama Nabi saw bagi memaksa orang2 macam aku neh pertahankan sesuatu yang aku tak layak pun nak pertahankan. Aku hidup dalam suasana yang sangat2 biasa.. orang macam aku diharapkan untuk menjadi benteng org2 yang hidup mewah? Logik lah sket Nabi saw suruh buat macam neh der.

Jangan gunakan nama Nabi saw. Jangan heret Nabi saw dalam isu macam neh. Jangan sesekali babitkan Nabi saw. Nabi saw tue Nabi saw aku dan kita seluruh umat islam. Baginda bawa utusan untuk seluruh manusia tanpa kira bangsa, anutan, status, dan warna kulit serta negara sekalipun. 

Jika mahu berhujah, hujahlah. Jangan lah berhujah sampai heretkan nama Nabi saw dalam isu2 macam neh. Bukan orang islam tak kenal siapa Nabi saw tue. Umat islam kenal. Kenal sangat. Sebab tue umat islam faham sangat raja yang Nabi saw maksudkan tue raja yang bagaimana. Jadi.. tolong ber ahti2 atas tiap sesuatu yang kita sampaikan apatah lagi peranan kita neh mufti. Bukan orang yang biasa2 pun yang mana kalau melalut.. takde sapa yang nak heran. Bai.

Nota : Antara twitter dari drmaza ==> ‎@realDrMAZA: Jngn salahguna hadis; jk sultan @ raja itu kaki judi atau arak, apakah dia pun byangan Allah?

Ameno :  Takde hujah Nabi saw pulak jadi mangsa.

Ibadah Umrah pun Anwar tipu orang!

Panas beb. Terkejut aku. Macam neh punya kes pun ada? Gile kantoi beb. Gila. 

Baca bawah neh sat ;



Sebentar tadi saya dapat email dari seseorang tentang Anwar sedang  tweet bahawa dia dan Wan Azizah sedang menjalani ibadah UMRAH Di Kota Mekah tetapi apabila kita check dengan kedutaan Arab Saudi Anwar tidak berada di sana. Anwar tidak pernah memohon visa untuk umrah dalam masa terdekat.

Malah apabila ada hamba Allah buat pemeriksaan di kedutaan Malaysia di Arab Saudi nama Anwar dan Wan Azizah tidak ada dalam senarai rakyat Malaysia yang menjalani ibadah Umrah.

Sudah sah Anwar memang menipu rakyat Malaysia kononnya dia sekarang tenang dihadapan Kaabah.

Masyaallah tak kanlah demi politik ibadah Umrah pun Anwar nak tipu jika benar ini berlaku Anwar perlu bertaubat Nasuha dengan segera. -SRO-

Baca pula komen2 kat bawah neh ;

Anonymous says:
February 14, 2012 9:57 PM
AKU DETUJU BRO DI ATAS

ALJUBURI NI SUKA GLAMOUR, KALAU BUAT APA PUN MESTI NAK CERITA SATU DUNIA. NAPA PI UMRAH TAK HIGHLIGHT GAMBAR DIA KAT SANA

TAH TAH PI TUTUH MINAH SIAM PA

HAHAHAHAHAHAHA


Anonymous says:
February 14, 2012 7:42 PM
Anugerah Tuhan tak perlu visa dari Kedutaan Arab Saudi. Semuanya benar dan betul, pergi Haji pun dah 2 kali, tapi tahun bile peliwat ni pergi takkan berani nak bagitau sebab takut terkantoi dengan penyokong2 yg selalu dikencingnya. Cuma satu je la nak bagitau.. peliwat ni jenis yang gila glamour, ke mana sahaja dia pergi pasti akan ade gambar dia beserta rakan. Tapi masa dia "buat" ibadah haji dulu ade gambar tak?? Yang pergi "buat" umrah ni pun ade gambar dia tak???

Cer tanye peliwat tu.. cer tanye... jangan asyik kene kencing dengan dia tiap2 hari...

Cukuplah dua tue. Kang mengamuk pula pengikut2 dsai dalam blog neh. Komen dipetik dari SRO tue. Korang boleh klik dan baca sendiri di link yang aku dah sertakan di atas neh. Rasanya sebelum neh memang dah beberapa kali juga aku nampak penyokong2 umno mengulas bahawa dsai menipu dalam mengerjakan umrah. Rupanya dorang petik dari blog di atas neh.

Isu nya mudah. Kalau nak membalon dsai pun biarlah atas topic yang benar2 relevant. Kalau betul dia menipu pergi umrah ko patut kemuka kan hujah dan bukti yang lebih kukuh. Hanya berdasarkan keterangan ayat ko yang bermodalkan perkataan jek terus jek ko direct kata orang tue menipu tak pergi umrah. Logik kah? Ko ingat seme orang nampak perkataan ko tue sebagai bukti nyata kan?

Bila ko cakap takde kedutaan arab sahkan dsai tak berada di sana, kami kena percaya ka? Ko sapa? Apahal pula kedutaan arab boleh sahkan dengan ko? Sama gak dalam isu visa dan senarai nama pengerja umrah. Ko sapa? Bila ko cakap takdak kami kena percaya ka apa ka? Kelakar gile neh. 

Artikel neh bukan nak menunjukkan aku beria2 defend dsai pun. Sampaikan aku beria2 buat posting bagai. Cuma aku suka bercakap benar yang betul dan benar. 







Gambar2 neh diperolehi dari blog haji arshad. Haji arshad neh sapa? Dia menetap di kota mekah. Dia lah yang upload gambar2 terkini dsai ketika berada di restoran felda 'dsaji. Restoran tue terdapat di mekah. Kalau korang taknak percaya dan fikir alah setakat gambar neh.. kat mana2 pun boleh amek dan claimed ia berada di mekah.. klik sini.

Sumber utusan sendiri. Bandingkan gambar2 di atas neh dan gambar dalam utusan. Ada atau tiada persamaan pemandangan dalam gambar2 tersebut. Baca bawah neh ;

  1. Ini gambar di restoran, mana2 pun boleh sheikh..Bahrain, Lebanon, Dubai. Kita nak gambar dia di Masjidil Haram atau Madinah..Ker guaner?
    Reply
  2. Farul_izraf: berlapang dada & berbaik sangka adalah lebih baik
    Reply
  3. Takkan gambar dalam restoran ajer. Siarlah gambar masa menunaikan Umrah ke, di sekitar Haram ke. Tak bawak jumpa CL ke? siarlah gambar gambar Anuwar di mekah/Madinah semoga dapat menjawab persoalan rakyat Malaysia

Dipetik dari blog haji arshad. Klik sini.

Sampai haji pun dorang nak syak berbohong bagai hanya semata2 dia upload gambar2 dsai di dalam restoran dsaji yang terdapat di mekah. Logik lah sket. Dia nak pergi umrah itu urusan peribadi dia. Menangkap gambar, menghebahkan ibadah, bukan sebahagian dari rukun wajib umrah pun. Dia nak tangkap or taknak dia punya pasal lah.

Jangan samakan seme pemimpin adalah sama. Jika najib rasa dia mahu hebahkan ke seantero dunia, itu hak dia walaupun kita sebenarnya lebih suka kalau dia jangan buat lagi di lainkali. Hal peribadi dia, hal amalan dia elok dia sahaja yang tahu. Rakyat malaysia tidak perlu didedahkan dengan perkara2 seperti itu melalui berita2 di tv3 sebab nanti di anggap mempamerkan [menunjuk2] amal ibadah pula.

Jadi, jika dsai tidak menunjukkan2 which is satu perkara bagus sebab aku juga tidak suka jika dia mengambil pendirian sebagaimana najib yang beria2 menunjuk buat itu buat ini di media sosial sehingga menjadi bahan umpatan orang, bukanlah satu kesalahan pun.

Jadi blogger, belajarlah menulis dengan rasa tanggungjawab. Jadi penulis komen, belajarlah menulis dengan fakta. Janganlah menghebahkan benda2 merapu macam neh. Dsai tidak perlu pun menghebabkan amalan dia di mekah. Itu bukan syarat samada umrah dia diterima Allah swt atau tidak bagi mengesahkan dia menunaikan umrah atau tidak. Itu urusan Allah swt. Bukan kita seme. 

Pandai nasihatkan orang supaya bertaubat dan sebagainya. Sehingga ke hari neh dah berpuluh2 kali orang menasihatkan aku bertaubat yang mana rata2 datang dari orang2 umno dan bloggers umno sendiri. Sejujurnya, aku sendiri rasa malu nak suruh orang bertaubat. Siyes. 

Aku rasa untuk menasihatkan orang dengan perkara seperti itu, aku perlukan keberanian yang sangat luar biasa. Aku perlu berani hingga lupa rasa malu terhadap Allah swt. Oleh kerana keberanian aku belum sampai ke taraf itu dan kalau boleh aku takmo ia berlaku pun sampai bila2 maka aku lebih suka jika aku belajar untuk sedar diri. Bai.

Ameno : Jangan hanya pandai gantung cermin.. tapi tak reti guna.. 

Selasa, 21 Februari 2012

Logo JATI tue logo Setan? Tipu jek.

Kah kah kah

Sapa yang mengiktirafkan logo kat bawah neh logo setan?


Errk silap pula dah. Tue logo jati. Sorry2 Hasan Ali. Silap. Kat bawah neh sebenarnya ;



Sapa yang menganggap dan mengiktirafkan kedua2 logo di atas neh sebagai logo setan?

Jawapan dia ialah ==> manusia.

Manusia2 neh pandai2 jek buat logo dan pongpang kata ia logo setan. Benda neh seme tak pernah diperkatakan oleh alim ulama dan sebagainya. Jangan kita terpengaruh sudah dengan perkara2 mengarut macam neh. Setan pun terkejut. Manusia neh siap buat kerja lebih masa lagi untuk depa. Cipta logo khas? Taktau setan nak berterima kasih ke tidak.

kah kah kah

Dulu aku pernah gak tanya member pasal neh. Betul ke 666 neh angka berbahaya macam 444? Dia cakap memang betul. Dan bila dah semakin lama hidup maka aku semakin sedar dan faham. Itu seme angka aje lah beb. Gila betul aku time tue.

So aku harap kekawan pun fikirlah dalam sedalamnya. Memang kalau korang tengok citer super natural angka2 neh dan even simbol di atas neh pernah keluar dalam beberapa episode terbitan mereka. 

Sekali lagi aku cakap.. kita orang islam hanya perlu percaya sesuatu berdasarkan keterangan yang memang sahih dan ada dalil yang benar. Kita tak harus terlibat dengan perkara2 yang tidak terbukti benar. Bai.

 Ameno : Setan pun reti nak berlogo kah?

Kenyataan Terkini TG Nik Aziz Berkaitan Isu Pertemuan Dengan Anwar Dan Palestin.



Tiada apa yang berubah bagi pihak pas dan tuan guru nik aziz dalam isu neh pun. Walaupun selepas mengadakan pertemuan dengan dsai. Baca bawah neh ;

Saya ingin mengulangi pendirian saya dah Majlis Syura serta pendirian PAS khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini. Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini. Hairannya sesetengah pihak yang kelihatan sangat anti Yahudi masih tergamak menjalinkan hubungan dagang dengan Israel bahkan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel. Pihak-pihak ini hakikatnya hanyalah ayam jantan yang berkokok gagah sedangkan ekornya bergelumang najis! -fp tgna-

Maksudnya kenyataan asal majlis syura iaitu dsai kena saman wsj tue masih terpakai lah. Itu ikut apa yang aku faham sebab tuan guru sendiri ada nyatakan dengan jelas bahawa pendirian pas tetap dalam isu neh dan yang paling penting ada ayat "berbeza atau tidak dengan sesiapa" tue. Maksudnya disini jelas pas mengatakan pendirian neh mungkin berbeza dengan pkr dan dsai.


So kiranya dalam isu neh pas dan pkr berbeza pendapat lah. Baru2 neh aku ada baca bahawa dap pun takmo mengiktirafkan israel sebuah negara malahan tidak sependapat dengan dsai. Tah betul tah tidak news tue. Kena godek2 balik lah. Kat mana tah aku baca. Bernama kot. Hope sapa2 ada link news tersebut boleh share kat sini.


Sumber printscreen dari kerabubersuara.

Ameno : Beza pendapat takpe jangan beza bab akidah walau dah sama2 muslim.

Mahathir Yakin Najib kalah teruk dengan DSAI jika berdebat.

Betul.

Itulah yang sebenarnya Mahathir rasakan. Aku percaya bukan mahathir jek rasa macam tue malahan hampir kesemua orang2 umno tak kira dari ceruk mana pun akan rasa macam tue. Kenapa? Lihat alasan2 kat bawah ;

debat budaya barat <-- ahmad maslan

tiada apa2 perlu didebatkan <-- mahathir

rakyat malaysia belum boleh terima budaya debat <-- mahathir

buang masa berdebat dengan dsai <-- umno bahagian

dsai akan demam kalau berdebat <-- najib

dan pelbagai lagi alasan2 yang karut marut timbul hanya semata2 kita syorkan najib dan dsai berdebat. Alasan2 tue sebenarnya alasan2 orang yang ada kepentingan. Ia bukan alasan2 yang mewakili rakyat pun. Sesiapa pun boleh bagi macam2 alasan tapi kenapa takmo minta pandangan dari rakyat sendiri sebab after all yang menilai perdebatan neh ialah rakyat marhaen. Bukan ahmad maslan, najib waima mahathir sekalipun kan?

Beginilah. Ini apa yang aku rasa dan aku percaya majoriti rakyat yang berfikir juga merasakan hal yang sama. Dalam isu perdebatan neh aku bukan nak tengok bn bergadoh dengan pr orang dsai berlawan dengan najib.Gadoh2 dan lawan2 tue kami rakyat malaysia dah selalu tengok malahan kami dah bosan dan jemu pun.

Sebaliknya aku cuma nak tahu apa perancangan dan pemikiran kedua2 pemimpin neh. Kami nak fahami hala tuju, pendirian dan bagaimanakah kedua2 pemimpin neh akan memacu ekonomi negara dan menjadi pemangkin dalam mengubah nasib kami dalam beberapa tahun yang mendatang neh.

Najib dan dsai relevant berdebat sebab sorang piem manakala sorang lagi pemimpin pembangkang yang diberi mandat menjadi piem andai pr mengambil alih putrajaya neh kelak. Jadi tolonglah faham kenapa. Mereka neh memang berdiri atas posisi yang sama rata untuk melayakkan masing2 berdebat sesama sendiri.

Aku perlu tahu apa yang ada dalam kepala hotak najib dan dsai. Untuk lebih adil, biar rakyat yang kemukakan persoalan. Kita boleh banding dan fikirkan jawapan dari kedua2 side macam mana. 

Sudah sampai masanya najib, bn dan umno memahami pemikiran rakyat. Cuba jangan asyik bercakap dan bercakap tanpa mengambil tahu apa yang rakyat inginkan. Elakkan juga bercakap dan bercakap seolah2 ia mewakili kehendak rakyat walhal kami sendiri pun suka nak tengok perdebatan neh.

Perdebatan neh bagi aku memang penting sebab ia sebagai penanda aras bagi bn dan pr itu sendiri. Kita boleh menilai mana satu yang lebih berkredibliti untuk memimpin rakyat di negara neh. Bagi aku menolak debat neh bererti melemahkan diri sendiri dan tiada keyakinan diri. Belum debat lagi dah mengalah. Macam mana rakyat nak sandarkan harapan pada bien, umno dan najib, betul? Lue fikirlah sendiri. 

Nota : Untuk rekod bagi memana pihak yang rasa debat neh buang masa.. fikirlah tempoh debat neh cuma sejam dua jam jek. Ko tengok tv rancangan2 mengarut tue boleh jek buang masa.. takan nak tengok sesama pemimpin berdebat ko rasa buang masa? Bagi aku perdebatan najib dan dsai bukan buang masa sebaliknya saat berharga untuk aku menilai prestasi kedua2 pemimpin sebab inilah timenya aku nak gunakan kuasa aku sebagai rakyat untuk menilai cara kedua2 pemimpin neh berhujah. 

Ameno : Kalau sungguh takut mengaku jek.. neh asyik nak mengelak dan menafi je memanjang.. susah sangat jadi jujur bila dah terbiasa menipu

Anwar Ibrahim kini dikecam dalam bentuk papan tanda.


Alamak.

Sapa lah buat papan tanda neh. Salah misi dan visi betul lah. Patutnya buatlah papan tanda suruh bersolat ka, tutup aurat ka, jauhi budaya fitnah ka, jangan melepak ka atau apa2 sahaja benda2 yang baik, bagos dan perlu diperingatkan kepada orang ramai yang mungkin terlihat dengan papan tanda tersebut.

Tapi kan bila fikir2 balik penduduk pasir salak neh macam tersilap lah. Napa dia balon anwar tapi dia tak balon isu kerjasama najib dengan apco sekali? Nak membalon kena konsisten. Mana boleh pilih2. Tak kesahlah tue ko nak balon sapa tapi biarlah konsisten bukan nya buat pembalonan terpilih.

Nampak sangat bersikap bias. Dah tue sebarkan isu neh separuh benar. Kalau berani masukkan statement penuh dsai dalam wsj tue dan biarlah masyarakat menilai sendiri. Sehingga kini memang betul dsai tidak menyaman wsj atas statement di atas mungkin kerana wsj telah menyiarkan artikel kedua [konon nya penjelasan] kepada penyiaran artikel pertama.

Tapi still ia bukan alasan untuk petik statement separuh2. Patutnya petik statement penuh. Dan patut juga menilai seme hujah yang wujud. Dsai dah pun berubah nada dia dalam isu palestine - israel dengan tiba2 bagi 4 syarat yang mana kesemua syarat2 neh memang tak pernah wujud dalam statement di wsj baik yang pertama dan kedua, statement media dsai selepas kes neh kecoh dan lain2 statement melainkan 2,3 hari neh jek baru kecoh syarat2 neh. Hehehe.. 

Yang tue aku takmo ulas lah. Bagi aku pemimpin yang terpaksa tunduk dengan desakan still pemimpin yang ada ahti nak dengar suara orang ramai macam dsai tue. Ini lebih baik daripada pemimpin yang sombong tak bertempat.

kah kah kah

Ameno : Patut letak muka kapal zim kat situ baru betul beb

Betul ke Syarikat Perkapalan ZIM tue Israel yang punya?

Dorang cakap ZIM tue company yang berpengkalan di CHINA. Seriyus. Aku nampak ada orang bagi hujah2 tersebut bagi membuktikan betapa takdenya langsung kaitan malaysia dan israel. Yang sebenarnya ZIM tue hanya sebahagian kecil jek hubungan antara malaysia - israel beb. Ia bukanlah merangkumi keseluruhan hubungan yang dah terjalin.

Kalau nak di ikutkan sebenarnya kita ada banyak hubungan2 lain dengan israel. Cuma antara sedar dengan tidak sedar jek. Matlamat posting neh bukan nak mencari kesalahan kerajaan sampai terlupakan kesalahan diri sendiri. Sebaliknya nak menjelaskan betapa hipokritnya perangai sesetengah orang dalam mengulas isu anwar ibrahim - israel.

Kalau kita sendiri pun ada bekerjasama dengan israel maka janganlah congceng pasal orang lain. Tue jek isu asalnya. Bukan aku nak bekap dsai pun. Tapi itu tak bermakna pula kerajaan di posisi yang betul. 

At least dsai dah ubah statement asal. Yang kerajaan, ada ubah apa2 tak? Takde pula. Dorang semakin menambahbaik lagi hubungan mereka dengan israel apa. Tue yang aku heran sebab dalam pada dok pongpang mengecam orang lain dia sendiri terlupa dia lebih teruk dari orang yang dia kecam tue.

kah kah kah

Lihat bawah neh ;




Lihat websitenya disini

Nampak? Kita sekarang neh berada di posisi yang tak layak nak kecam mana2 negara, mana2 pengikut or mana2 penganut sekalipun sebab apa? Sebab kita sendiri pun dah di anggap bersubahat dalam membentuk israel sebagai sebuah negara.

Jadi orang belajarlah sedar diri. Telek dulu kelemahan diri sendiri dan perbaiki la ia agar tidak berulang lagi. Komen2 seperti menyalahkan dsai, dap, pr, kafir harbi, iran, syiah, freemason dan lain2 perkara bahlol yang selalu dibuat oleh muslim adalah sesuatu yang perlu dijauhi.

Kita tak berada di posisi yang betul dalam menterjemahkan konsep kita untuk menentang israel dan membela palestine. Posisi yang kita duduk neh sebenarnya posisi yang salah. Untuk membetulkan posisi neh kita kena ubah diri kita agar kita dapat berfikir dengan betul untuk memilih pemimpin yang betul. 

Once pemimpin yang betul telah kita pilih, kita dan dia akan sama2 mengubah apa yang telah merasuk sistem pentadbiran negara kita. Syarat pertama untuk mengubah perkara2 macam neh supaya kita dilihat benar2 konsisten menentang kezaliman. Tue jek.

BTW, aku tak percaya pun kalau PR amek alih, ZIM neh akan dihalang terus daripada memasuki Malaysia cuma untuk menuju ke arah itu ia perlukan proses yang berterusan. Yang neh insya-Allah PAS boleh merealitikan ia. Itupun jika PR diberikan mandat untuk mentadbir. Selagi ia kekal berada di tangan bien, ia kekal angan2. At least PAS ada harapan dan usaha untuk mengubah seme neh. 

Ameno : Memang ada bisnesman2 yang cuak dengan pr.. lebih2 lagi yang buat kerja haram dan jahat.. neh seme soal periuk nasi beb.. pasal ada org2 dalam bien yang boleh jaga kepentingan depa..

Isnin, 20 Februari 2012

Rakyat Israel dibenarkan masuk malaysia dengan bersyarat.


Citizen?

Rakyat? Israel? Rakyat Israel? Perkataan rakyat tak patut wujud pun sebab israel neh bukan negara. Kalau bukan negara dari mana wujudnya istilah rakyat beb? Tah hapa2 punya kerajaan bien. Takde hubungan diplomatik bukan bermaksud tiada apa2 hubungan dengan israel.

Aku tak faham betul lah sikap sesetengah orang neh. Mereka menganggap bahawa hubungan diplomatik tue macam hebat dan besar sangat jika wujudnya kedutaan israel di malaysia neh. Takde kedutaan israel maksudnya malaysia tidak mengiktirafkan israel. Walhal malaysia dah lama iktirafkan israel sebagai sebuah negara sebab tue wujudkan pernyataan rakyat israel sebagaimana statement berita di atas neh.

Berita di atas neh dipetik dari the sundaily. Lihat bawah neh ;



Bukan berita dari portal pembangkang yer. Harap faham lah. Dalam isu neh aku cuma nak pegang atas satu hujah jek. Jika kerajaan sendiri ada hubungan dengan rakyat israel, dengan israel, tak kisahlah atas nama hubungan apa sekalipun so apa masalahnya pun jika dsai menyokong 2 ss [ketika itu]? Untuk rekod aku tak sokong 2 ss dan dsai atas isu neh ketika dia masih berpegang kepada pendirian tersebut.

Lagi satu kerajaan sendiri pun sehingga sekarang masih berpaksi kepada sokongan kepada 2 ss. Kenapa takmo kutuk dan kecam diri sendiri? Alamak.. sendiri pun tak betul tapi beria2 nak betul kan orang lain? AKu tak boleh terima kehipokritan macam neh. Serius lawak beb.

Last but not least baca bawah neh ;

Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan…‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel. Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut. -sumber-

Baca betul2. Syeikh cakap pasal hubungan dagang. Yang neh aku tak fikir merujuk kepada kapal israel jek. Sudah sampai masanya untuk kita fahamkan betul2 apa itu hubungan dagang. 

Aku sendiri pun suka untuk check diri sendiri sejauh mana aku terlibat dengan israel neh. So aku harap bien pun belajar2 cermin diri sebelum sibuk congceng pasal orang lain yer. Dalam hidup neh jika pandai sedar diri memang bagus. Jangan patchisowai sangat beb. Bai.

Ameno : Gila larhh.. kalau makan mekdi tue apa citer? Laptop tue apa citer? Hubungan dagang gak ke apa ke? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...