Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 19 Februari 2012

Isu gambar DSAI bernandek : DR Maza pun kena sound ka?

Laaa..

Kelakar siot.

Orang tue taraf ulama. Ahli agama. Ko apa ada? Cerminlah ilmu diri sendiri sebelum congceng nak salahkan orang. Ilmu aku neh rendah jek. Tue pasal aku selalu berdiri kat belakang para ulama. Tak dapat nak jadi sepandai dorang tapi at least apa2 yang bermanfaat aku dapat amek.

Dr Maza dalam satu kenyataan yang keluar di utusan dan dipetik dalam TMI ada berkata bahawa ;
Seorang bekas Mufti Perlis telah menuduh pengkritik lawatan Perdana Menteri ke Batu Caves sempena Thaipusam baru-baru ini mengamalkan ‘double standards’ kerana mereka telah berdiam diri berkenaan dengan lawatan yang serupa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Asri Zainul Abidin berkata bahawa sebuah gambar yang beliau letak di laman Facebook berkenaan dengan lawatan Thaipusam Datuk Seri Najib Razak ke kuil di Gombak telah mendapat beratus-ratus komen negatif, sedangkan gambar yang menunjuk pemimpin pembangkang sedang merayakan perayaan yang sama di Ipoh telah dianggap sebagai palsu.

Di petik dari Utusan Malaysia, beliau telah berkata semalam “Saya telah menerima hampir 1,000 komen mendakwa kehadiran Perdana Menteri bertentangan dengan ajaran Islam, termasuk semua jenis fatwa yang bermotifkan politik.”

“Bagaimanapun, apabila saya memuat naik gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan yang serupa di Ipoh, mereka berkata gambar perlu diperiksa oleh sebab ada kemungkinan imej Anwar telah ditindih (superimpose).”

Asri berkata, adalah jelas bahawa pengkritik Najib telah menggunakan agama demi agenda mereka sendiri dan beliau telah memberi amaran kepada kumpulan minoriti umat Islam ini bahawa mengeksploitasi Islam untuk menyokong politik mereka yang berat sebelah adalah satu “dosa besar”.

Amalan seperti ini akan memberi kesan yang besar terhadap umat Islam dan ia merupakan satu ancaman kepada Islam, tambah beliau. -TMI-

Time neh tak pasal2 akan ada yang congceng neh ulama wahabi lah apa bagai lah. Confirm beb. Confirm. 

kah kah kah

Kalau gambar tue palsu awal2 lagi dsai dah declared benda tue palsu. Itu sebab gambar tue betul. Sebab tue dia diam jek. Lagi tak faham rentak ahli politik. Nak membekap jek 24 jam. Kadang2 perbuatan macam neh lah melemakkan pemimpin sebenarnya.

Sabar dulu. Ruangan nak membalon aku ada kat bawah neh. Aku dah masak kena macam2 dengan pentaksub2 dsai neh. Tak heran lah der. Lue nak cakap apa lue cakap. Yang wa tahu wa takmo terjebak dengan politik ketaksuban. Yang benar wa angkat yang tak salah wa tolak. Wa takan ikut individu or label tapi wa ikut prinsip. Itu yang penting.

Walaupun ada yang bagitau aku nandek tue adat.. bukan sebahagian dari upacara keagamaan tapi agak2 lah beb. Apahal pula seorang pemimpin perlu dinandekkan semata2 nak menunjukkan betapa tolenrasinya muslim dengan bukan muslim? Banyak lagi adat2 lain takmo ikut sekali ka? Tolenrasi maaa. Buat lah seme sekali.

kah kah kah

Sama seperti isu israel, dsai amend dan ubah keterangan asal meskipun dia takmo mengaku lantakkan disitu, dalam isu neh pun dia kena tampil beri keterangan. Kalau taktahu cakap jek taktahu. Kalau nak dengar pandangan ulama dalam hal neh mohon lah mana2 ulama tampil berikan komen dalam hal tersebut. 

Diam takan selesaikan isu. Diam hanya akan hasilkan persepsi. Kalau persepsi baik okey. Kalau persepsi tak baik? Persepsi yang jejaskan pr? Persepsi yang menghilangkan undi? Owwhh.. itu tidak boleh dimaafkan.

Start noww.. pentaksub2 dsai akan marah.. kebabommmmm...

kah kah kah

Ameno : Apa pun tak boleh wehh.. 

Saya jaga akidah, peranan pemimpin Islam: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata setiap tindakannya dalam sambutan keagamaan kaum lain di negara ini adalah berlandaskan kepada syariat Islam yang dibenarkan. 

Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukannya adalah mencontohi tindakan Nabi Muhammad SAW dalam menghormati agama orang lain, tanpa menyalahi akidah Islam itu sendiri.


"Saya jaga akidah. Saya jaga peranan saya sebagai pemimpin Islam. Kita juga mesti ikut cara-cara Rasulullah SAW yang menghormati agama orang lain tapi tidak menyalahi dari segi akidah," katanya semasa menutup Perhimpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. 
Beliau berkata, dengan cara ini, umat Islam dan agama Islam akan lebih dihormati dan kepimpinan umat Islam itu akan membawa rahmat bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada rakyat negara ini. 
Menyentuh mengenai kenyataan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria mengenai kehadiran Perdana Menteri di sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini, Najib berkata beliau berasa lega apabila Mufti Perak itu menyatakan apa yang dilakukannya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak dan ia juga disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. 
"Saya terangkan kepada dia (Harussani), kenapa dan di mana saya pada ketika itu. Saya tidak masuk pun, saya di pekarangan dalam dewan dan saya bagi ucapan menyentuh soal sosio ekonomi orang India beragama Hindu. Saya tidak terbabit dalam majlis keagamaan sama sekali. 
"Saya rasa lega dan berterima kasih kepada Mufti Perak apabila menyatakan bahawa ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak dan juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa," katanya. - BERNAMA

Bagus najib bagus. Jaga akidah ialah satu perbuatan yang bagus. Saya mesti puji. Errr jap nak tanya sket. Gambar kat bawah neh gambar pasal apa ek?


Jangan marah ye najib. Neh nak tanya sikit. Merujuk kepada keratan berita di atas neh, csl cakap genting akan bermasalah kalau pakatan ambil alih kerajaan disebabkan peranan pas. Adakah ini bermaksud bahawa selama neh genting aman kerana bien protect dia? Hehehe..

Kalau nak di ikutkan pembahagian kerusi.. umno ketua nya. Umno ada begitu banyak kerusi dibanding dengan mca dan mic. Jadi.. takanlah umno ialah ketua yang protect " genting judi kasino kes bunuh diri along lintah darat mabok berjudi orang gila berjudi banyak masalah terjadi angkara judi "  selama neh?  

Jangan marah najib. Tanya jek pasal neh. Sebab najib juga cakap najib jaga akidah kan? Peranan pemimpin islam kan? Hehehe.. selamat menjawab ye. Saya tunggu. Bai.

Ameno : Lawak siott.. sanggup buat statement tak tengok cermin.

Mati ada di mana2 tapi jangan mati kerana kecuaian kerajaan.


Apahal tajuk aku macam neh? Yaa.. sudah semestinya tajuk neh ada kaitan dengan kerajaan. Dan paling penting ia ada kaitan dengan kecuaian manusia. Of course lah beb. Sila rujuk gambar di atas neh terlebih dahulu. Sudah? Bagos.

Ini ialah kemalangan. Kemalangan neh sesuatu yang telah ditakdirkan. Jangan kita salahkan kerajaan atas isu neh. Itu kerja gila beb. Kemalangan neh telah pun meragutnya nyawa seseorang. Alfatihah di ucapkan. 

Maafkan saya kerana menggunakan gambar neh sebagai hujah balas untuk merayu kepada kerajaan agar berbuat sesuatu agar kes2 seperti neh dapat dikurangkan. Harus di ingat neh bukan posting nak mengatakan kematian itu berlaku kerana kerajaan salahnya sebaliknya nak mengatakan sesuatu seperti neh boleh dielakkan andai kita sama2 bekerjasama mengelakkan diri daripada bersikap cuai [tidak merujuk kepada arwah].

Apa yang berlaku?

Kisahnya begini. Seme neh ada kaitan dengan satu projek. Projek yang dimaksudkan ialah pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi. Projek neh telah tergendala sejak beberapa tahun. Tergendala kerana masalah kontraktor yang diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan projek neh gagal menjalankan tugasnya.


Selain dari itu ;


1. Kos projek telah bertambah kepada 200juta. Baca bawah sat ;

1) Seksyen 1 : sepanjang 22.5 kilometer, ditawarkan kepada syarikat Hartajaya-Benteng Timur-AMR Jeli JV Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM118 juta. Projek bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Februari 2005 dan sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009 (Tempoh lanjut Masa ke-3). Kontrak bagi segmen ini telah ditamatkan pada 16 jun 2010 dengan kemajuan kerja semasa ditapak ialah 85% ; dan
2) Seksyen 2 : sepanjang 10.6 kilometer, ditawarkan kepada syarikat Satriadesa Corporation Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM44.9 juta. Projek bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Ogos 2005 dan sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009 (Tempoh Lanjutan Masa ke-4). Kontrak bagi segmen ini telah ditamatkan pada 23 September 2010 dengan kemajuan kerja semasa di tapak ialah 48%.

b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini Kerajaan telah merampas Bon Pelaksanaan dari kontraktor-kontraktor berkenaan dan akan mengenakan tindakan senarai hitam kepada syarikat dan ahli-ahli pengarah syarikat terlibat dari mengambil bahagian dalam mana-mana tender Kerajaan pada masa hadapan. Sehubungan itu, JKR juga pada masa kini sedang dalam proses untuk memanggil tender baru bagi melantik kontraktor penyelamat bagi meneruskan baki kerja yang terbengkalai.

Kat atas neh jawapan dari kerajaan bila diajukan soalan berkaitan permasalahan di atas neh. Sekarang neh apa kena mengena projek neh dengan kemalangan yang telah berlaku di atas neh? Kaitan nya ialah ;

Jalan yang sering mengakibatkan kemalangan neh ialah antara jalan yang terlibat dalam projek di atas neh. Jalan neh perlukan traffic light. Ia telah diminta selama 7 tahun namun sehingga kini tiada sesiapa pun yang tampil memenuhi tuntutan tersebut. Kenapa? Tah. Takan susah sangat nak approved traffic light di satu2 kawasan sehingga makan masa sampai 7 tahun?

Penting sangat ke traffic light di jalan tersebut? Ya. Penting. Aku takde gambar jalan tersebut tp dari apa yang aku diberitahu jalan tersebut merupakan jalan selekoh yang memang berbahaya. Selekoh satu hal, dua hala satu hal yang lain pula.

Jalan tersebut juga antara jalan yang memang kerap berlaku kemalangan jalan raya. Sebab tue pentingnya traffic light diletakkan di jalan tersebut.

2. Kontraktor yang sama masih menjalankan tugas tersebut. Jika merujuk kepada jawapan di atas diberitahu kontraktor lama telah diblacklist tapi disini ada aduan yang diterima memberitahu bahawa kontraktor sama masih menjalankan projek neh. Apa sudah berlaku sebenarnya? 

3. Sila baca bawah neh dulu ;

TAMPIN 18 Okt. 2009 - Isu projek menaik taraf Jalan Pasir Panjang-Linggi yang terbengkalai sejak 2005 akan selesai apabila ia siap dalam tempoh enam bulan akan datang. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sebelum ini, projek berkenaan yang menelan belanja RM118 juta terbengkalai

Petikan berita tue bila? 2009. 6 bulan dari sekarang tue bila? Sekarang tahun berapa? 2012 dah pun. Adakah sudah siap? Masih belum. Kalau dia lambat buat kerja dan kerja tersebut tidak menyebabkan kerosakkan harta benda, kerugian, kecelakaan dan menyebabkan orang ramai maut maka orang boleh bagi consideration lagi. 

Tetapi kalau satu2 kerja tue menyebabkan satu2 hal yang sepatutnya boleh dielakkan menjadi tidak dapat dielakkan, ini masalah yang sangat besar. Kalau jalan itu siap sepenuhnya ikut tempoh dan memenuhi spesifikasi keselamatan rasanya tiada sesiapa pun akan complain kan??

Aku harap ada sesiapa yang boleh amek gambar di lokasi kejadian yang memerlukan traffic light tue supaya aku boleh upload kat sini. Kalau ada gambar yang jelas baru kita boleh faham situasi. Dan kalau ada sesiapa yang rajin tolong juga tangkap gambar pekerja2 yang bina jalan tue. 

Tangkap gambar baju pekerja2 [sebab kadang2 ada nama syarikat printed atas baju mereka] dan papan tanda projek. Kalau sungguh kerajaan dah tukar syarikat lain sepatutnya ia stated atas nama papan tender. Kita perlukan bukti untuk disebarkan kepada orang ramai.

Ameno : Kos meningkat.. jalan tak siap2 juga..

Sabtu, 18 Februari 2012

Kerja kosong - Berlakon menjadi pelbagai watak ketika berdemo - URGENT!

Ini ada satu atau dua ataupun beberapa individu yang dicari bagi memenuhi beberapa jawatan penting dalam misi merampas semula penang, kedah dan lain2 negeri agar kembali semula kepada bien. 

Kalau korang pandai berlakon adalah satu kelebihan. Tapi kalau tak pandai pun takpe. Benda boleh belajar. Tak payah nak risau sangat. Insya-Allah sama2 cari rezeki neh kan. Kita kena berusaha untuk hidup ma.

kah kah kah

Lihat bawah neh ;





Ini apa?

Ini ialah ahli2 pas yang sedang keluar parti. Ya. Errk silap. Ini ialah ahli2 yang sedang berlakon sebagai ahli2 pas yang sedang keluar parti. Ini antara kerja yang korang kena buat nanti, insya-Allah. Cuba study dulu yang mana patut untuk lebih menjiwai watak ketika di panggil untuk berlakon.

Lihat bawah neh pula ;



Ini apa?

Ini ialah ahli2 yang mesra umno [jangan cakap ahli umno nanti dorang marah taw.. ] yang sedang berdemo protes marah kat LGE.. dorang pernah bawa kek tahi.. lepas tue bawa coli dan seluar dalam.. peh. Gila siot.

Apasal muka sama macam gambar kat atas tue weh?

Ya. Nampaknya soklan tersebut dah appear kat otak memasing. Aku faham. Korang seme mesti perasan benda tue. Dan sudah semestinya korang seme akan tertanya2 soklan tersebut kan kan kan?

Bagos.

Macam aku kata tadi. Ini kerja kosong. Ini kerja yang korang kena buat. Kalau pandai berlakon adalah satu kelebihan. Sekarang sudah faham bidang kerja yang korang bakal apply neh?

kah kah kah

Baca sini lanjut.

Ameno : Kejap umno.. kejap pas... chakkk..

Jadual laluan kapal ZIM ISRAEL ke MALAYSIA Part 2.





Okey2 aku agak penat hari neh sebab ada buat majlis sket. Ingat cadang nak lepak2 jap sambil check2 apa yang patut tapi tak boleh nak tahan bila aku ternampak hujah dari penyokong2 umno yang buat aku rasa sangat


kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Itulah dia. Aku rasa sangat kah kah kah.. sehingga kalau aku tak balas balik hujah2 depa maka aku takan boleh nak hentikan rasa kah kah kah neh.

Isu nya simple. Pasal jadual perjalanan kapal zim tue. Klik sini untuk artikel first atas isu neh.

Kat sini hujah2 mereka. Aku petik dan jawab direct.


Zaini Azmi Shipping services lah, orang lain hire that kompeni utk hantar barang. x semestinya barang tu berasai dari israel, kompeni israel. boleh jadi barang dari negara luar transit dari haifa port. takat tunjuk bukti macam tu tak cukup lagi. tapi aku x kata mustahil langsung tiada barang israel langsung dalm negara kita. x kira dari barang grey market lagi. 

nak tuduh bagi byk lagi bukti. nie apa pon x dpt conclude, yg dpt conclude kemungkinan ada nya trip dari haifa port ke port klang. cargo still uncertain. 

kah kah kah

Apa? Shipping service? Kontena uncertain? kah kah kah. Oittt shipping service tue sapa punya company. Itu jek point dia. Aku peduli hapa dengan dia punya barang. Yang aku nak korang seme focus cuma 3 perkara iaitu ;

1. Kapal israel memang masuk perairan malaysia. Dia masuk as shipping service pun still kapal yang dimiliki dari syarikat israel yang dibenarkan berlabuh untuk hantar barang. Kalau kerajaan malaysia tak benar dia hanya boleh masuk takat singapore sahaja. Then untuk ke malaysia guna service lain. Adoiiiyaii.. Tue pasal aku cakap kah kah kah tadi.

2. Kapal israel = salah satu syarikat = yang dimiliki oleh israel = yang digunakan untuk hasilkan wang. Peduli hapa dia punya pekerja, barang dan etc2 yang berada atas kapal tue. Yang penting kapal tue sah2 dimiliki oleh israel. Apa yang leceh sangat nak faham.

3. Tiada sekatan laluan terhadap kapal israel. Kenapa malaysia tak sekat laluan air terhadap kapal israel sebagai israel sekat jalan air, darat dan udara untuk masuk gaza? Kalau kerajaan sekat, israel memang sampai ke mampos tak boleh masuk malaysia beb. Sebab tue kalau bagi hujah kah kah kah.. jangan bagi hujah lagi bagus.

 Muhammad PaEz aku sokong ko zaini azmi: bila bloger yg hnya tau menulis. brdasarkan logic . macamnila jdnya. knape korang xtnya bnda kpada org yg bkrja dlm bidang perkapalan n logistic. setakat bace kat page org pastu agree. hmmmm. xsmstinya kapal daftar kat israel bwak brang israel . org tgah yg byar shiping cost yg trmasuk dlm harga barang selalunya. xda berkaitan dengan kerajaan nak.byar or brdagang ngn diorg. dan undang malaysia untuk kapal camni pun mmg dah lama ada. knape slama ni xda org amik peduli. sbb ang pa nak pertahankan dsai tu kan.

Neh lagi sorang. Menulis berdasarkan logic pun salah. Takan dia nak soh aku menulis benda yang tidak logic? Owhh benda2 yang bloggers umno selalu tulis tue kot? kah kah kah betul lah hujah dia neh. 

Kapal tue bukan daftar kat israel. Kapal tue ialah kapal yang dimiliki oleh israel untuk berniaga. Peduli apa dengan isi barang yang penting kapal itu sendiri yang masalahnya pun. Neh kes orang yang tak faham isu. Kalau sungguh anti israel kenapa hanya sasarkan pada hubungan diplomatik? 

Kenapa tidak merangkumi seme jenis hubungan? Owhh.. sebab wang maaa.. wang punya pasal. Untuk kekal berkuasa hubungan diplomatik jangan dibina, untuk kekal cari wang, kita jalin hubungan perdagangan. Tak kira apa jenis hubungan, hubungan dengan israel tetap wujud, tetap ada, ia tetap berlaku tak kira dibina atas nama apa pun. Dah kalau gitu nak heret dan blame dsai 24 kat tv tue buat apa sedangkan sendiri pun ada hubungan dengan israel? 

Kenapa cakap seolah2 macam takde walhal ia memang ada? Boleh nampak tak kenapa aku congceng kat sini? Aku nak citer pasal hipokrasi jek. Lagi nak heret2 cakap org nak pertahankan dsai pula. Masa bila? Gua sendiri pun kena balon sebab balon dsai apa? Lue reti baca ke tak? Pergi check dulu posting2 lama sebelum congceng hujah kah kah kah woittt. 

Btw, aku nak tegaskan disini berdasarkan fakta terkini dsai sudah mengubah keterangan asal di wsj kepada sokongan terhadap keselamatan negara israel asalkan dia berambos dari tanah arab [keluar dari palestine]. Sila check previous posting beb. Aku cakap based apa yang stated dalam news. Hujah pasal israel neh pun base link. Hujah2 dorang berdua neh base apa? 

Penafian sahaja beb. Aku tak pun tak pernah menyatakan apa2 barang yang mereka bawa.. kah kah kah tapi dorang pongpang pasal barang dan benda2 yang takde related langsung. kah kah kah punya hujah. Beria gila defend kerajaan tue. Kah kah kah betul beb.


Muhammad PaEz blajar dlu camner proses penghantaran barang guna kapal. tau ape die port transit. apa sistem di guna. macamana die check. baru la bleh depat isu ni. salam n selamat tgahari semua.


 
kah kah kah punya hujah. Korang tak rasa kesian ke? Aku boleh jek memperkecil2kan dia. Tapi tak guna beb. Kita kalau nak ejek orang memang mudah. Cakap jek apa lah bengap sangat ko neh dan blablabla.. tapi jalan yang lebih baik ialah kita tunjukkan sket kat dia tang mana dia bengap supaya dia faham betapa bengapnya dia dan dia mungkin akan berusaha atasi masalah kebengapan tersebut.

Paez.. benda neh takde kaitan langsung dengan apa yang ko congcengkan diatas. Isunya mudah. Kapal yang dimiliki oleh israel memang telah dibenarkan untuk masuk, berlabuh, hantar barang ke malaysia atas tujuan perniagaan. Semakin banyak negara yang open laluan kepada syarikat perkapalan israel semakin banyak peluang israel bina duit. Faham tak? 

kah kah kah betul lah dorang neh kan?

 
Khairee Ibrahim aku sokong zaini ngn paez...blajar dulu la sistem perdagangan perkapalan,,,adakala kapten kapal org lain,,tp kapal tu didaftarkan di negara lain,,,kebayakn adalah FOC,bkn flag discriminaton,,tgok kapal tu plak,,adakah crew2 kapal tu org yahudi jgk,,,byk bnder kena tgok,,
Yang neh lagi best. Kenapa kena tengok sistem perdagangan kapal pula. Awat kapal perdagangan dari israel lain ka apa sistem dia jika dibandingkan dengan kapal perdagangan yang bukan dimiliki oleh israel? Kah kah kah betul punya hujah. Macam neh punya hujah pun wujud. Adoii laa.. adoii. Ya Allah swt ko tolonglah aku. 
 
Aku dah tak larat nak gelak neh Ya Allah swt. Aku dah jelaskan dengan tepat kat atas neh. Ia takde kaitan dengan crew, ada atau tiada flag or jenis barang. Isunya simple. Kapal yang dimiliki oleh israel dibenarkan berlabuh dan berniaga di malaysia. Itu jekkkk point dia yang paling utama. 

Azlan Abdul Hadi Ala dah berpuluh tahun benda ni berlaku...nak undi punya pasal baru nak kecoh...kalau xcaya tanyalah budak2 keje old port,north port atau westport...
Tahu takpe. Dah berpuluh2 tahun benda neh.. jadi kenapa korang semak sangat dengan statement dsai sehingga congceng2 bawa kepada fitnah di kaca tv tue? Cakap satu hal yang jelas sudah lah. Neh tidak dari statement di wsj bawa kepada agent israel, geng yahudi, tali barut, nak jual negara dan blablablab. 
 
Isu nya simple. Kalau lue nak sound dsai atas isu 2ss, lue sound je lah. Wa pun bengkek ngan dsai atas isu tue. Wa pun luahkan isi ahti wa tapi wa takde meleret2 sampai bawa kepada fitnah macam lue orang.  Lue tak sokong 2 ss takpe, neh tidak, lue sendiri sokong 2 ss lepas tue lue pongpang2 di tv marahkan dsai yang sokong 2 ss then lue claimed lue pejuang palestine. Lue tak rasa lawak ke apa ? Kah kah kah oittt macam neh punya hujah jangan letak di fb woitt. Jadi orang biar reti malu oittt. Kah kah kah
 
 
Mohdshaznie Herosewel Ah,sembang sume nk hebat pd hal lapar cr McD gak..apa hal

Dia neh punya hujah paling best. Sebelum kami seme lapaq mcd, sapa dulu benarkan lesen francais mcd ke malaysia? Sapa? Jeng jeng jeng... Bila kita dah terbiasa makan, dah terbiasa minum benda tue dari kecik tiba2 disuruh boikot of course kita akan teragak2 dan perlukan masa. Itu jek soalnya sekarang.

Sebenarnya isu boikot mcd tak patut timbul kalau malaysia sendiri mamposkan hubungan perdagangan dengan israel, betul? Sekarang sapa punya kepala yang tak pasal2 menyebabkan kita seme terpaksa menghadapi masalah neh? Sapaaa? Kah kah kah. Lue sendiri yang pandai2 bagi lesen, lue sendiri juga yang kena tanggungjawab. Wa dan mana2 orang islam di malaysia neh ada alasan yang jelas kat depan Allah swt nanti. Kerajaan, lue dah prepared alasan lue orang ka? Kah kah kah.


Nota : Ada orang yang sama bagi dua hujah berbeza tapi aku cuma jawab satu sebab satu lagi dia paste berita yang mana mengesahkan lagi hubungan perdagangan antara malaysia - israel indirectly.


Ameno : kah kah kah

Jadual laluan kapal ZIM ISRAEL ke MALAYSIA.



Okey.

Kat atas neh ada satu jaduan perjalanan kapal israel yang masuk ke malaysia untuk menghantar barang2 yang mungkin di import oleh syarikat2 malaysia. Ataupun yang dipesan oleh syarikat2 israel yang berpengkalan di malaysia. Apa pun boleh jadi. Aku taktau fakta yang jelas dalam isu neh. Yang pasti semalam milosuam dah bongkarkan isu neh dengan bukti bergambar. Baca sini.

Bagi menguatkan keterangan milosuam, korang boleh jek semak sendiri jadual perjalanan neh dengan klik link disini. Ada orang kata milosuam menipu. Dan ada juga yang mula mengelat2 dengan spin topic dan congceng2 pasal dsai. Hello kawan. Dsai punya hal tue consider settle buat masa sekarang asalkan dia tak mengubah pendirian terkini dia. Siyes. Aku ada bukti. 

Lihat bawah neh ;




Point yang penting dalam berita di atas ialah ;

1. Dsai beranggapan pkr dan pas berbeza pendirian. 

2. Namun bukan itu yang berlaku andai korang baca betul2 petikan di atas neh.

3. Sebab? Sebab dsai juga bersetuju israel berambos [berundur] dari negara palestine [keluar dari tanah arab].

So, ini jek point dia pkr dan pas berbeza. Kita peduli hapa pun kalau israel nak bentuk negara dia jika amerika nak bagi tanah negara dia ka britian nak bagi ka apa aku kesah? Tapi kita peduli kalau israel tue nak rampas tanah palestine dan jadikan ia negara israel. Tue jek.

Kalau misi israel dah bertukar dengan merampas tanah amerika mungkin aku akan sokong jek perbuatan israel terhadap amerika. Mana nak tahu kan?

kah kah kah

Jika berita di atas neh benar2 mewakili pandangan terkini dsai aku fikir ia dah takde isu lagi dah. Nampaknya dsai dah berganjak dari pendirian asal. Kalau israel keluar dari tanah arab kita tak istilahkan ia sebagai two-state solution sebenarnya. Walaupun mungkin ada sepin di dalam artikel di atas kekonon nya dsai tidak berganjak dari keputusan asal tapi sebenarnya dia memang telah berganjak bila buat kenyataan seperti di atas.

kah kah kah

So oleh kerana dsai dah berganjak.. jadi apa point nak balon dia lagi? Takde point lah beb. Sekarang g lah balon kerajaan dalam isu di atas neh. Kalau sungguh konsisten lah beb. Kalau tak konsisten memang akan sentiasa bekap kerajaan pun.

kah kah kah

Tapi kan ada beberapa benda yang aku rasa penting untuk di share kat sini iaitu ;

1. Kapal2 dari israel neh memang terus berlabuh di perairan malaysia.

2. Kapal2 neh memang ada jadual berkala untuk hantar barang2 ke malaysia

3. Barang2 neh kemudiannya tidak akan dilabel sebagai made of israel bagi mengelakkan perbuatan neh tersebar luas.

Sebab dibuat begitu adalah untuk menjaga sensitiviti rakyat malaysia. So kalau2 kita taktahu kita terpakai product israel.. nak salahkan kita pun buat apa? Bukan seme orang tahu intel ada kaitan dengan israel beb. Aku dulu2 tak tahu. Disebabkan ada internet neh lah baru aku tahu sejak 3 tahun yang lepas.

Jadi jangan nak kondem2 kita bila kita dilihat memakai barangan israel. Pasal bukan seme orang faham barang yang dia pakai tue buatan israel sebenarnya. Apatah lagi penulisan made from israel sengaja tidak diletak. Jadi orang jangan nak salahkan orang muslim seolah2 mereka tue tak konsisten dalam membalon israel walhal bukan seme muslim terdedah dengan info2 sebegini. Okey. Bai.

Ameno : Laluan perairan boleh disekat oleh kerajaan masing2 jika benar2 memboikot segala hubungan dengan israel.

Jumaat, 17 Februari 2012

Hot : Utusan kantoi menipu. Guna mayat firaun dia cakap mayat wanita - Sebarkan!

kah kah kah

Adoi. Lawak siot.

kah kah kah

Adeh2... aku taktahan kelakar dowh..

Korang lepas tahu neh kena sebarkan. Wajib neh. Bagi membuktikan betapa penipunya utusan. Usah kata berita politik, berita tak politik pun dia nak spin gak.

kah kah kah

Baca bawah neh ;



Masih ingat lagi bagaimana tidak lama dahulu Utusan pernah kantoi padamkan logo Barisan Nasional pada sebuah payung?

Kali ini kisahnya lebih kurang sama; bezanya, benda yang tidak ada, telah diada-adakan. Selalunya teknik jurnalisme murahan seperti ini digunakan oleh akhbar tabloid sahaja. Tapi entah bagaimana, akhbar teras pemikiran Melayu ini turut terkena perciknya.

Perhatikan artikel bertajuk "Jenazah wanita masih utuh, berbau wangi".

Berita luar negara ini adalah cuplikan dari Okezone.com. Dan jika anda pergi ke sumber asal artikel ini di sana, ini sahaja yang anda dapat lihat:


Maka dari mana pula datangnya gambar mayat dalam artikel cap Utusan itu?

Pada mulanya, saya terkejut juga melihat gambar mayat "yang masih utuh dan wangi" itu. Ini kerana saya 100% yakin pernah melihat gambar ini dalam sebuah buku (yang tidaklah pula saya ingat tajuknya). Maka masakan pula boleh gambar itu adalah gambar mayat wanita tersebut.

Dan apabila menyedari tiada gambar mayat tersebut di artikel asal, maka sahihlah Utusan sudah tokok tambah berita. Mungkin untuk menyedap berita dan menambah sensasi. Tapi kalau iya pun, letaklah kenyataan "Gambar sekadar hiasan".

Tapi juga, kalau pun gambar itu sekadar hiasan semata-mata, yang paling tak boleh tahan, macam mana Utusan boleh letak gambar mayat firaun sebagai gambar hiasan untuk artikel tersebut?



Neh sumber asal artikel ==> sini.

Aku nak betulkan point dia sket. Bukan gambar hiasan. Utusan memang claimed itu gambar wanita terbabit. Please read the caption carefully beb. Dia tulis apa?

Mayat wanita yang dikebumikan 3o tahun lalu blablabla.. 

kah kah kah

Lue sudah kantoi lah woittt.. 

Ameno : Kelakar siot. Firaun pun jadi mangsa.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...