Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Februari 2012

Ini baru bukti BRIM ialah agenda jahat BN.


Aku tidak menulis tentang BR1M selama neh sebab aku beranggapan alah normal larh der.. dorang buat kempen politik itu seme bagai. Of course dorang akan hantarkan wakil mereka dan buat di kawasan mereka dan etc2. 

Bear lah dengan seme karenah2 politiking mereka. Dah nama nya pun kempen kan. Even kalau PR memerintah pun rasa aku dorang akan buat benda yang sama. So takde hal lah nak complain pasal tue seme. Lantakkan aje. Bagi duit amek. Time undi pangkah PR. Apa susah beb?

Tapi itu seme dulu. Time borang2 takde gambar di atas neh. Bila dah tertera gambar seperti di atas neh mesti mao komplain beb. Apa point jek bagi bantuan lepas tue tulis di atas kertas tue soh undi bn? Ini salah dan bertentangan dengan etika. Selama neh cakap2 mulut kita faham jek. Cakap lah banyak2 tapi tak masuk pun telinga kita neh. Ada aku kesah? 

Tapi la neh main cop2 pula? Ko tahu kenapa salah? Mudah.

1. Kertas = dibeli guna wang rakyat.

2. Print = dibayar guna wang rakyat

Tapi apahal bn promote kempen dia guna wang rakyat? Oiii guna arh duit sendiri beb. Kata tak suka minta sedekah derma bagai. Selalu kutuk pr minta derma bagai. Dah tue hang sendiri cop pasal undi guna wang rakyat tue bukan minta derma bagai ka? 

Erkk jap. Memang bukan minta pun. Dorang guna tanpa minta kebenaran. Dalam erti kata lain merompak. At least pr minta cara baik. Yang neh dorang tak minta izin tahu2 jek guna wang rakyat untuk sebarkan kempen politik. Mana aci. Lagi satu kan benda neh terbukti cakap tak serupa bikin.

Sapa yang nafikan ia kempen politik? Aku ka? Aku tak cakap apa2 pun dalam isu neh. Piem dan tipiem sendiri nafikan sebelum neh. Banyak2 kali pula tue. Dah tue kertas tue soh pangkah bn kempen apa pula? Kempen valentine kah? Menipu jek selalu. Dah kantoi pun masih suka menipu dan menipu. Takde rasa malu ka apa ka dorang neh? Takan muka tebal sangat?

Sebab tue aku kata ia agenda jahat. Kalau ye pun nak berkempen, mengaku je terang2 macam seorang jantan. Hah ye aku nak berkempen. Korang sibuk pedehal? Kecoh lah woit. Neh lah tak mengaku lepas tue kantoi menipu. Sapa nak respect oiii? Jahat gile. Penjahat jek suka buat perangai macam dorang neh. Sorry.. i ter-ikhlas tulis.

kah kah kah

Ameno : Kalau rajin baca wall ismail sabri pasal isu neh. Serius lawak beb.

Ulasan Ibrahim Ali berhubung isu Mufti tegur Najib rai Thaipusam. [VIDEO INSIDE]

Sapa ibrahim ali neh?

Tah.

Apa kena mengena dia dengan isu neh?

Tah.

Dia neh kakitangan najib ke? Penasihat najib ke ataupun bekerja bawah najib?

Tak.

So apahal dia mencelah dalam isu neh?

Tah.

Lihat bawah neh. Ibrahim Ali sengkek isu sampai isu neh pun dia nak masuk campur. Oiiiii rakyat pasir mas tue perlukan ko untuk bantu mereka.. yang ko pergi meroyan dalam isu2 yang takde kaitan dengan ko buat apa hah?


 

kah kah kah 

Najib tak sempat nak rujuk pandangan2 agama.. = mufti perak TEGUR najib SETIAP TAHUN.

Lepas tue dia mempersoalkan niat TGNA yang pergi berbaik2 dengan penganut2 buddha. Logik lah sket. Niat TGNA terang2 orang boleh baca. Niat najib? Lagilah terang dan bersuluh. Tue pasal ada patung bagai dan siap offer u help me and i help u even dalam kuil sendiri. Pengakuan orang2 india pada hari tersebut beb. Lue nak nafi apa lagi?

kah kah kah

Ibrahim Ali neh... ko neh memang membencikan. Patutlah ramai orang menyampah kat ko. 

kah kah kah

Ameno : Jurucakap tak rasmi najib kot.

Apa kaitan web Israel neh dengan Malaysia?

Tatau lah aku. Bahasa pun bahasa yang aku tak faham. Macam mana aku nak tahu benda neh apa ke apa.. hasil translate pun aku cuma dapat faham sikit2. Sudah tentu ia tak gambarkan keadaan yang sebenar kalau faham pun sikit2 kan? 

Lihat bawah neh ;





Okey neh ada dua keratan screen yang aku amek dari web tersebut. Link nya disini. Klik sendiri kalau nak tengok apa2 ke. Aku pun tak pasti web tue memang sah milik israel atau apa sapa2 yang pandai check boleh check untuk sahihkan yang tue. Cuba aku nampak dia tulis gov di alamat dia so maybe lah benda neh di bawah kerajaan israel.

Merujuk kepada printscreen di atas neh beberapa persepsi timbul dalam otak aku ;

1. Israel menulis tentang sejarah perdagangan malaysia dan indonesia dengan israel. Agak ringkas tapi aku rasa dia telah masukkan point2 yang perlu diketahui.

2. Israel ada mengecam [atau menulis dengan persepsi tidak baik] mahathir.

3. Israel menulis bahawa malaysia tidak menghalang perdagangan dengan israel meskipun mahathir kuat menentang israel. [israel menganggap ia sebagai menentang israel walhal mahathir dipercayai menentang kezaliman israel ke atas rakyat palestine]. Perdagangan dengan israel dibenarkan dalam perundangan malaysia itu sendiri.

4. Israel juga menulis bahawa jika syarikat malaysia mahu mengimport product dari israel mereka perlu dapatkan kebenaran dari kerajaan. Berupa lesen. Alah macam yang kita dah dedahkan sebelum neh.

5. Israel menganggap syarikat2 yang diberikan lesen import di malaysia adalah sangat sedikit. 

6. Visa perniagaan yang dikeluarkan ke atas rakyat israel juga amat jarang berlaku. Ada tetapi jarang. Israel neh macam komplain lah. Senang cakap.

7. Israel juga menulis bahawa syarikat2 di malaysia tidak suka jika kerajaan tahu mereka menjalankan hubungan perniagaan dengan israel. Maknanya benda neh kena rahsia arh. Gila kot pemikiran syarikat neh. Dah lesen import pun apply dari kerajaan.. macam mana pula kerajaan boleh tidak tahu. Bengong!

Itu seme stastistik dan ulasan yang berakhir pada tahun 2002. Rasanya zaman mahathir lain zaman najib lain kan? Israel, dont worry lah. Aku percaya hubungan malaysia dan israel kini lebih erat berbanding zaman mahathir. Betul tak?

kah kah kah

Kalau rajin baca dan fahamkan sendiri. Apa yang aku fahamkan neh pun hasil google translate beb.

Ameno : Perdagangan malaysia - israel, memang dibenarkan dalam undang2 negara kata website israel.. urmm

Apa masalahnya sambut Valentine? - Nazri Aziz.


Mana ada masalah. Nak sambut ko sambutlah. Ada aku kesah? Yang orang nak cegah sekarang bebudak muda beragama islam yang belum berkahwin daripada meraikan sambutan neh. 

Lagipun dah cukup2lah perayaan yang kita umat islam raikan. Perlu ke kita sibuk menyemak nak meraikan sesuatu yang bukan pun penting melainkan ia lebih kepada semangat melariskan barangan perniagaan sempena valentine? Tokey2 kaya makin kaya.. ko dapat apa jek?

Ini hujah dari akal beb. Hujah agama belum bagi lagi. Si nazri aziz neh memang tongong. Tapi yang aku lebih terkejut ialah ada juga individu2 yang aku percaya melayu + beragama islam boleh slumber siott masuk paper kutuk pas cegah sambutan valentine ke atas umat islam. Ko biar betik beb? 

Baca bawah neh ;


Sumber nstp. Klik jek sini kalau nak baca direct. Aku rasa ramai orang confused napa pas melarang sambutan valentine ke atas umat islam. Cuba baca balik apa yang aku taip sebelum neh.

AKU RASA RAMAI ORANG CONFUSED KENAPA PAS MELARANG SAMBUTAN VALENTINE.

Of course korang akan confused kalau ini yang korang anggap. Untuk rekod, pas tidak melarang sambutan valentine. Yang larang neh termaktub sebahagian dari fatwa negara = keputusan muzakarah yang melibatkan orang cerdik pandai agama.

Orang cerdik pandai agama = bukan semua nya datang dari PAS. Mereka melarang setelah memikirkan niat dan kesan akibat menyambut hari tersebut terhadap umat islam. Ia bukan suka2 pas cakap larang terus ia menjadi larangan. Ia juga bukan keputusan dari majlis fatwa negara malahan ia terpakai untuk semua negara yang majoritinya penduduk islam. Ini pengetahuan am geng. Pengetahuan am. Bagaimana dua orang individu islam di atas neh boleh mempersoalkan pas? Hairan.

Muka lelaki pertama ada dalam gambar di atas neh. Kalau lah aku.. adoii. Minta jejauh geng. Jauh nak bagi komen2 macam neh dalam paper. Buat kena maki je lah. Tak pasal2. Niat valentine itu sebenarnya menjurus kepada konsep kasih sayang antara kekasih. Ia dikomersilkan sehingga merangkumi semua jenis hubungan kasih sayang. Seiringan dengan perubahan zaman. 

Seme nya atas satu sebab. Duit. Lagi ramai orang beli hadiah untuk raikan valentine lebih bagus. So why focus pada kekasih jek kalau kita boleh sasarkan seme jenis perhubungan yang wujud? Sah2 jika dinilai dari hujah akal korang dipergunakan untuk mengkayakan orang lain. Sadis. 

Dan nazri juga sebenarnya dah salah faham. Dia tak faham konsep bercerai roboh bersatu teguh. Maksudnya disini jika ko nak beromen, ko kena cari pakwe dulu. Kena buka baju dulu. Kena ringan2 dulu then baru berat2. Maaf ek guna hujah lucah dan direct neh. Tapi rasanya ia memang sesuai mengambarkan situasi neh. Ko kena bina jalan2 untuk beromen.

Ko tak boleh cakap heyo .. aku nak beromen. Tetttt... terus2 ko dah dibegitukan. Tidak. Konsep moral umat islam juga begini. Valentine ialah salah satu jalan2 yang boleh digunakan untuk merosakkan akidah umat islam. Jalan2 neh jika dibina betul2 ia akan bersatu teguh dan boleh menghancurkan moral umat islam.

Dan apa yang pas buat ialah pecahkan jalan2 yang telah teguh neh. Pas kasi roboh. Mula2 boleh sambut valentine tapi sekarang dah tak boleh. Kegiatan nak beromen telah disukarkan dengan pertambahan halangan. Dah lah hari2 biasa pun rasa risau dengan jabatan pencegahan maksiat. Neh larangan valentine pula dikuatkuasakan ke atas umat islam. Demm.. lagi sukar nak beromen. Kemana aku nak mengadu neh oiii?

Jika nazri fahami konsep neh nescaya dia tidak akan berasa pas berada di alam keconfused.  Sebaliknya dia akan sedar diri nya lah yang sebenarnya sedang confused. Seseorang pencuri pun belajar untuk mencuri. Jadi seseorang yang buang anak pun dia akan belajar untuk beromen2 dulu dan ia mungkin dipratikkan pada hari2 tertentu atas nama kasih sayang. Tolonglah faham.

Artikel melarang sambutan valentine hanya terpakai untuk umat islam. Tiada larangan ke atas orang bukan islam. Jangan salah faham. tq

Ameno : Sapa yang sebenarnya confused?

Rosmah Mansur terima Ijazah keshoppingan pula.



Macam tak percaya. Tapi penghargaan neh benar2 wujud. Sebelum neh rosmah mansur telah menerima satu ijazah kedoktoran dari australia. Dan dia pun dah marah mereka2 yang memperkatakan ijazah kedoktoran yang dia terima. 

Padan muka korang. Rosmah cakap macam neh sebagai respon balas kepada korang2 yang dengki dengan apa yang dia dapat ;


"Saya tidak mahu menangani isu-isu remeh-temeh peribadi. Ia adalah semua daripada kekecewaan. Ia adalah semua keluar ... Saya tidak tahu ... Mungkin cemburu," katanya yang , jelas kelihatan kecewa.

Rosmah turut ditanya mengenai kriteria yang digunakan oleh Universiti Curtin yang memilih dirinya bagi anugerah itu.

"Saya tidak tahu... apa kriterianya. Saya tidak tahu. Berita sya diberi anugerah itu sesuatu yang mengejutkan.

"Tetapi saya diberitahu bahawa naib canselor (universiti itu) sedang mencari seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada negara,” katanya.


Oii nak pergi mana tue? Belum habis neh hah. Baca lah sampai habis dulu. Bunuh diri? Bangunan SPRM mana ada kat sana. Lepak lah weh. Baru rosmah cakap sikit dah nak bunuh diri. 

Baru rosmah meluahkan diri dia ada ciri2 kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosoal dan menganjurkan program yang memberi manfaat kepada rakyat dah korang seme pakat2 merajuk nak bunuh diri. Lepak lah weh. Rosmah hanya bersikap jujur. Cuba jangan dengki tak pepasal. Boleh tak?

kah kah kah

Yang sebenarnya rosmah ada melakukan sumbangan kepada pihak university.  Korang mana tahu seme tue. Melalak jek. Cuba belajar mengorek keluar sisi baik dan prihatin dari mem kita neh. Berlapang dada lah weh. Berlapang dada lah. Baca bawah neh. Antara sebab2 yang dipercayai rosmah dapat doktor. 
Pada tahun 2010, Agensi Kelayakan Malaysia memberikan status swaakreditasi berikutan audit institusi yang termasuk lawatan oleh panel MQA juruaudit ke kampus universiti. Kampus telah dibuka di Miri pada tahun 1998.

Curtin Sarawak telah menerima pelbagai sumber pembiayaan di Malaysia:

Pada bulan Ogos 2003, Curtin Sarawak menjadi universiti antarabangsa pertama di Malaysia berhak untuk mengakses geran berprestij IRPA ("Penumpuan Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan") Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Pada Disember 2004, penyelidik di Curtin Sarawak telah dianugerahkan geran IRPA pertama mereka.

Sebagai tambahan kepada sumber pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan, Curtin Sarawak telah juga akses kepada dana daripada Kerajaan Negeri Sarawak serta dari pelbagai rakan industri.

J
ika ini adalah benar, kenapa dana awam harus pergi ke universiti asing apabila banyak sekolah di Sarawak tidak mempunyai kemudahan-kemudahan asas? Berapa banyak jumlah dana yang Curtin telah terima ?
Di samping itu, BioValley kerajaan Sarawak Park Projek yang akan dibangunkan di kampus Curtin Sarawak. Projek itu sepatutnya untuk meningkatkan R & D bagi memenuhi keperluan teknologi di negeri ini, terutamanya untuk Koridor Tenaga Diperbaharui (Score) Sarawak.

Curtin Sarawak juga dikaitkan dengan kepimpinan Sarawak.Dari laman web Curtin:
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, yang juga pengerusi Majlis Curtin Sarawak, berkata fasa pertama projek yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian akan dibangunkan di tapak seluas 10 ekar di kampus.
Laman web Perth Kini melaporkan :


Kali TERAKHIR Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Perth, beliau telah berhadapan dengan protes marah semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel.


Hari ini, ia merupakan lawatan yang jauh lebih aman kerana beliau menyelinap masuk ke Curtin University secara rahsia dengan isterinya, yang menerima Ijazah Doktor Kehormat ... 
Lawatan terakhir Perdana Menteri ke Perth untuk CHOGM pada bulan Oktober telah berdepan dengan protes marah apabila sekumpulan "Bersihkan Malaysia" telah mengadakan perhimpunan di Tempat Forrest , berkempen untuk reformasi pilihan raya di Malaysia. -AnilNetto-

Dah faham?

Hidup jangan mendengki ajek boleh tak? Hidup tue cuba lah belajar jadi macam rosmah mansur. Di mana2 pun ada jek orang nak mengiktirafkan dia.

kah kah kah

Selain dari ijazah kedoktoran yang baru2 diterima oleh rosmah mansur, dia juga mendapat ijazah keshoppingan. Ijazah keshoppingan neh akan membawa kepada gelaran Ratu Shopping aka Kaki Shopping worldwide.

Penghargaan neh disampaikan oleh rakyat malaysia kepada rosmah mansur setiap hari melalui blog, media sosial dan cakap2 mulut. Bagi rakyat malaysia tiada lagi individu lain yang lebih layak mendapat penghargaan neh berbanding rosmah mansur kerana telah memenuhi beberapa ciri2 penting bagi meletakkan dia dalam kedudukan itu. 

Antaranya ialah ;

1. Kaki boros

2. Kaki pembaziran

3. Kaki suka pergi luar negara

4. Kaki suka barangan branded

5. Kaki suka menginap di tempat mewah

Di sebabkan keprihatin dan kasih sayang rosmah terhadap wang membuatkan rakyat malaysia mahu menghargai rosmah mansur dengan memberikan dia anugerah khusus neh. Ijazah kedoktoran shopping. Tahniah mem. Dalam masa beberapa hari dapat 2 anugerah cemerlang. Semoga terus berbakti. Kami rakyat malaysia bangga dengan mu wahai ratu shopping negara !

kah kah kah

Ameno : Tengah plan untuk masukkan shopping sebagai salah satu sukan olimpik. Aku percaya rosmah mampu menguasai pingat tersebut. Sama2 doakan ek.

Isnin, 13 Februari 2012

Pas mahukan keadilan untuk penghina Nabi SAW?

Apa tue?

Jap. PAS mahukan apa? Keadilan? Untuk siapa? Kejap. Harakah salah lapor neh kot. Ye tak? Sangka baik neh. Siyes beb. Lihat bawah neh ;




Terdapat kecelaruan maklumat dalam isu neh. Info yang betul ialah bukan si mamat neh nak balik arab saudi tapi lelaki neh nak lari dari arab saudi. Selepas suka suki menghina Nabi saw dia nak larikan diri. Okeylah tue at least dia tahu rasa takut.

Dan ia bertambah2 okey bila dia secara sukarelanya memohon ampun dan mahu bertaubat. Kenyataan di petik dari twitter milik dia sendiri. Tak kesah lah pun apa yang akan berlaku ke atas dia tapi aku percaya kerajaan arab saudi ada caranya nak memastikan kejadian neh tidak berulang lagi.

Mungkin ada di antara korang yang tak faham kenapa kita beria2 sangat nak marah isu orang yang hina Nabi saw neh kan. Isu nya mudah. Kalau hari neh kita biarkan sahaja mereka2 neh hina Nabi saw dengan buat statement2 yang mengelirukan dan tidak di ambil sebarang tindakan kita bimbang budaya neh jadi ikutan. Nanti semua orang pun nak merasa bebas menghina Nabi saw dan sebagainya. Sebab tue jika arab saudi mahu mengambil tindakan tegas ini sesuatu yang aku puji. 

Tapi aku percaya juga kita wajar menghormati kerajaan arab saudi. Meskipun kita tiada apa2 perjanjian ektradisi dengan arab saudi tapi itu bukan isu. Isunya dia hina Nabi saw. Sanggup kah kita beria2 pongpang pertahankan perlembagaan negara kita dan mahu dilihat baik di sisi dunia dengan mempertahankan hamza? Walaupun n surendran kata tindakan neh mencemarkan imej malaysia di mata undang2 tapi dia apa tahu? Kita peduli apa dengan undang2 dunia rekaan manusia? 

Tak kesah der lue nak anggap wa langgar undang2 der. Janji lue jangan bagi wa serba salah dengan memilih antara undang2 dunia dengan penghina Nabi saw. Wa takmo rasa serba salah. Sebab tue tindakan kerajaan neh disokong. 

Tapi... ya ada tapi. Yang aku peliknya.. apa kena mengena isu neh dengan pas? Arhh jap. Individu tue menghina Rasul Allah swt. Dia dah mengaku dan mahu bertaubat. Bukan dalam konteks dipercayai ye. Tetapi dia memang dah mengaku dan dia akan bertaubat.

So dalam konteks neh sepatutnya pas menyokong kerajaan arab saudi bicarakan wartawan terbabit. Dan diharapkan agar wartawan terbabit bertaubat. Tapi apsal artikel neh bercelaru dan mencelarukan? 

Cara mana kerajaan arab saudi nak tetapkan hukuman rasanya itu bukan urusan aku, ko dan pas kan? Siapa kita yang nak menyemak dan ikut campur dengan mempertahankan orang yang hina Rasul Allah swt? Kalau minta maaf boleh selesaikan isu maka hapuskan sahaja sistem mahkamah.

Dan lagi satu.. sepanjang yang aku faham sehingga ke detik neh.. pas itu maksudnya parti islam semalaysia. Ke ada sapa2 nak bagitau aku bahawa pas yang aku faham bukan lagi sepertimana yang aku faham? 

Ameno : Apakah itu?

Gambar Ahmad Maslan BakulSampahkan Buku Jingga.

Like bodoh like stupid. Like bongok like bangang. Perumpamaan neh aku reka khusus untuk seseorang tue. Korang fikir lah beb. Sebagai seseorang yang ada jawatan adakah tindakan dia membakulsampahkan buku jingga di depan orang ramai ialah perbuatan yang betul?

Lihat bawah neh ;



Ini orang yang suruh kita budi bahasa? Dan blabalabala? My foot! Enh kejap. Dia neh pun sebenarnya taraf menteri. So macam mana ek seseorang yang ada jawatan dalam JPM boleh bertindak sebangang neh bagi menzahirkan perbezaan? Dia asyik kondem kondem dan kondem cara PR mendedahkan penyewengan di felda tanpa mengemukakan bukti kukuh bahawa pendedahan PR berhubung isu tersebut adalah salah dan tidak benar. Betul ke cara tue?

Kalau seseorang yang sering bagi bukti, fakta dan hujah bagi menguatkan pertuduhan sepatutnya ko buat apa untuk menafikan pertuduhan tersebut? Balas balik larh guna hujah kan? Kalau PR fitnah then buktikan lah bahawa PR fitnah. 

Kalau hujah PR tak tepat then buktikanlah ia dengan berikan hujah yang tepat, betul? Neh asyik mengelak dan bagi bola bocor jek apa ke hal? Last2 dah pedap, buku jingga pula jadi mangsa dia. Inilah salah satu contoh yang tidak boleh ditiru oleh kita seme. Kita neh rakyat biasa jek. Kalau kita buat hak eley.. orang pun tak heran der. Apa ada hal? Rakyat biasa jek. Luahkan ekspresi. 

Tapi kalau seseorang menteri buat, buat pula di majlis yang formal, memang dicop sebagai jenis tak faham apa itu budaya budi bahasa. Menteri neh takde budi bahasa beb. Tak heran dulu dia mengaku tengok video seks. Tak malu siot. 

Walaupun tengok dengan isteri tapi agak2lah weh. Perlu ke bagitau public? So macam neh punya otak pun boleh jadi menteri kita? Lagi nak bimbing dan pimpin kita? Sengkek sangat ke rakyat malaysia yang cerdik2 neh sekarang? Sampai orang meroyan pun dilantik jadi menteri. Sengal dowh.

Ameno : Bakulsampahkan ahmad maslan jom.

Latheefa Koya, PKR dan Kolumnis Arab Saudi yang hina Islam. -UPDATED!

Ini ialah pandangan peribadi aku. Tolong faham bila aku cakap neh pandangan peribadi. Tolong juga jangan meroyan mengarut dan sebagainya di sini semata2 aku menulis pandangan peribadi dalam isu neh. Aku memang tak berapa gemar cara beberapa peguam pro pkr yang melibatkan diri dalam isu neh. 

Ko boleh suka dan ko juga boleh tak suka tapi sebagaimana ko membela hak untuk kolumnis arab tue untuk bersuara seperti itu juga aku harus diberikan hak yang sama untuk berpendapat. 

Isu neh mula damage bila peguam pkr buat statement demi statement untuk defend kolumnis arab tue. Aku mahu menulis dengan jujur. So aku akan kemukakan semua hujah yang ada untuk kita seme membuat analisis sendiri. Ini bukan artikel nak menyalahkan orang atau apa. Neh artikel nak bagitau apa pendapat aku terhadap isu neh jek.

Lihat bawah neh ;


Kita kupas isu neh satu persatu dulu. Kat atas neh lah kenyataan yang menimbulkan kontroversi di arab saudi. 

Punca chaos = twitter yang diinterpresikan sebagai penghinaan oleh satu kumpulan dan satu kumpulan mengatakan ia puisi. 

Twitter neh lah punca utama ia mencetuskan chaos di arab saudi. Kata mereka [rakyat arab saudi] twitter neh berbentuk sindiran dan penghinaan kepada Nabi saw. 

Kata latheefa koya twitter neh ialah puisi. Ia tak semestinya mencerminkan aspirasi penulis. Tetapi ia mungkin mewakili sesuatu info yang cuba disampaikan. Dalam erti kata lain terdapat penyelewengan pemahaman. Ini pandangan latheefa. 

Aku cuma memperincikan pandangan dia. Memperincikan pandangan dia bukan bererti aku membela dia. Aku cuma mahu kita menilai semua hujah2 yang wujud. Itu sahaja. Aku tak nafikan bloggers umno dah mula main isu neh. Aku juga tak nafikan ia memang nampak damage pada pr terutamanya sekali kepada pkr. 

Kenapa peguam pro pr masuk campur?

Apa yang peguam2 pro pr [sebab bukan seme pro pkr] ulas di media, penghantaran pulang najeed ke arab saudi melanggar undang2. Mereka cakap mereka bersuara dari segi undang2. So mereka pun menaikkan isu neh. Itu tujuan nya. Di samping itu mereka menegakkan hujah bahawa itu bukan penghinaan tetapi suatu jenis puisi. Senang cakap mereka memperjuangan hak asasi untuk bersuara. Itu pendirian mereka.

Bagi aku kita memang berhak bersuara. Tetapi itu bukan alasan untuk berhak mengelirukan orang. Kalau sungguh najeed tiada niat nak memperkecilkan Rasul Allah kenapa kita perlu marah dia disoalsiasat oleh arab saudi? Kenapa tak biarkan sahaja najeed explain isu neh kepada rakyat arab saudi? Siapa aku, ko dan kita seme especially peguam2 pro pkr neh mempersoalkan isu neh?

Biarkan sahaja najeed pulang dan clarify everything pada rakyat sana. Jika itu puisi then biar dia explain sendiri. Itu tugas dia untuk memahamkan orang. Itu tugas dia untuk membetulkan salah faham neh. Aku tak nampak pun kebaikan pada pkr andai peguam2 neh mempersoalkan hishammuddin dalam kes neh. Ini kerja gila. 

Seseorang perlu diadili sebelum dihukum. So apa yang hishammuddin dan kerajaan malaysia buat ialah bekerjasama dengan kerajaan arab saudi, hantar pula najeed supaya najeed boleh jelaskan dengan terperinci apa yang dia maksudkan menerusi twitter.  So, apa masalahnya disitu?

Adakah dengan menyorok dia, menyimpan dia or sembunyikan dia ialah perbuatan yang betul? Diam2 dan biarkan orang buat persepsi sendiri ialah tindakan yang betul? Biarkan masa berlalu bila dah redha baru explain bahawa itu seme salah faham ialah tindakan yang betul? Itu kalau orang nak terima penjelasan. 

Bagaimana pula dengan mereka yang mempersoalkan hamza napa lambat buat penafian? Bagaimana? Siapa yang nak tanggung kesan daripada menangguhkan menjelaskan keadaan yang sebenar kepada rakyat arab saudi? Latheefa koya? N surendran? Ambiga? PKR? PR? RAKYAT MALAYSIA? Aku? Siapa?

Apa kaitan hamza dengan rakyat malaysia? Apa kena mengena dengan hak asasi kami rakyat malaysia disini?

Benda neh bukan isu langsung. Malaysia neh bersepah isu yang penting. Tak faham kenapa kita perlu menyemak dalam isu yang langsung satu hapa takde kaitan dengan kita. Tak salah pun latheefa nak nak cakap itu neh. Hal dan hak dia. Tapi dia bawa imej pkr. Dan sekali lagi dia seret pas. Dan bila itu seme berlaku sekali lagi kita akan terpaksa membetulkan persepsi masyarakat. Ini menyusahkan. DSAI baru lepas dalam isu israel. Latheefa kalau ye pun punya masa terluang buatlah apa2 sahaja tapi jangan heret dsai dan pkr dalam isu2 macam neh. 

Sekali lagi bloggers umno takan hentam latheefa. Mereka takan. Tapi mereka hentam dsai. Yang baling batu latheefa tapi yang kena maki dsai. Dorang tak pandai baca isu neh secara terperinci. Apa yang dorang nampak apa2 sahaja yang ada kaitan dengan pkr automatik dorang akan salahkan dsai. Dsai yang menjadi mangsa dan dia juga akhirnya kena kecam. Sapa punca nya? 

Adakah PKR wajar dipersalahkan kerana gagal kawal suara ahli2 mereka?

Aku bukan salahkan latheefa. Cuma aku rasa dia salah guna pendekatan. Apa lah salahnya dia buat pc dan etc2 untuk clarify benda neh. Bagitau jelas2 bahawa dia bukan sokong sebarang usaha penghinaan ke atas islam cuma dia mempertahankan najeed atas nama undang2 dan ia adalah salah faham semata2. Ini persepsi dia. At least orang faham bahawa dia berdiri di posisi mana. Kenapa nak buka ruang salah faham kalau seme neh boleh diperbetulkan?

Dan statement2 mereka neh juga tidak tepat. Perjuangan hak asasi neh sebenarnya dah mislead maksud sebenar. Mereka dah mula memasuki frasa menjadi penyibuk dalam segala urusan yang langsung takde kaitan dengan mereka. Penyibuk takpe lagi. Tapi ditambah lagi dengan menyebarkan persepsi yang kurang tepat. Itu yang bahaya sebenarnya.

Najeed tidak akan terus dibunuh sejurus dia tiba di arab saudi. Ruang untuk dia bela diri sendiri terbuka luas. Dia akan diadili. Tapi apa yang terpapar di twitter seolah2 satu tuduhan yang berat buat kerajaan arab saudi. Seolah2 dorang neh kerjanya nak membunuh orang tanpa mengadili dulu. Ini tindakan yang salah. Jangan serapkan pandangan kita sebagai fakta. 

Mengatakan bahawa najeed akan dihukum bunuh andai dihantar pulang ialah persepsi yang salah. Kenapa? Mudah. 

1. Kata mereka najeed = berpuisi. Berpuisi = mencerita sesuatu bukan aspirasi nak hina islam. Ada makna tersirat.

2. Dah tue kenapa pula ajeed akan digantung kalau dia benar2 berpuisi? Najeed akan dihukum gantung sebaik tiba di arab saudi dan ia salah hishamuddin = mentaliti pembela2 najeed dalam isu neh.

Ini bermaksud secara tersiratnya mereka telah pun menganggap najeed = bersalah. Bukan kerajaan arab saudi yang anggap. Tetapi pembela2 si hamza neh yang anggap. Sendiri anggap, sendiri meroyan. Macam mana tue?

Biarkan kerajaan arab saudi selesaikan masalah rakyat mereka. Kita usah ikut campur.

Bagi aku dalam isu neh mudah. Andai dia bersalah or tidak bersalah, berpuisi atau apa sahaja sekalipun biarlah arab saudi selesaikan ia. Ia bukan masalah kita dari awal. Nak bersuara ke apa ke biarlah benda tue relevant. Sejak bila urusan negara orang pun kita sibuk nak ikut campur? Bagaimana pula jika negara lain sibuk nak tentukan negara kita sebegitu sebegitu? Suka kah kita? Sebagaimana kita tidak suka seperti itu juga kerajaan arab saudi tidak suka. 

Walaupun malaysia tiada apa2 perjanjiana ekstradasi ka apa ka dengan arab saudi itu bukan bermakna apabila kita bertolenrasi dengan arab saudi kita di pihak yang salah. Isu neh isu yang sangat simple. Najeed dipercayai hina islam. Dia akan diberikan peluang untuk bela diri dia. Dia belum lagi didapati bersalah. Jauh sekali digantung, So biarkan sahaja perkara itu berlaku. Tak perlu kita menyibuk dalam urusan yang bukan pun urusan kita. Mudah bukan? 



Nota : Ada yang beritahu bahawa najeed on the pulang ke arab saudi sebelum ditahan. Dia bukan nak masuk malaysia tapi nak balik ke negara asal. Dan kalaupun itu benar so apa masalahnya malaysia hantar dia guna pesawat khas? Dia tetap mahu menuju ke destinasi yang sama juga. Bukan kita ubah haluan perjalanan dia. So kenapa yang salah disitu?


Updated. Hasil info twitterer. Diberitahu bahawa hamza yang terlibat dalam mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan itu telah mengaku salah dan memohon taubat. Rujuk sini [sila translate sendiri yer]. 


So apa? Nak dihukum bunuh? Gantung? Marah atau apa? Tah pape lah mereka yang cuba mempersoalkan kerjasama malaysia dengan arab saudi dalam isu neh. Undang2 itu bersifat flexible. Ia bukan static. Kalau static peguam pun tak perlu wujud der. Bukan isu pun. Orang tue dah bertaubat tapi disebabkan salah langkah satu peluru bloggers umno tembak pongpong pang kepada pkr. Sendiri tempah beb. Bai

Ameno : Apa pun boleh bersuara tapi biarlah ia benar2 atas matlamat yang jelas.

Isu Shahrizat : Bayar balik pinjaman rm250juta untuk kekal dalam jawatan.



Ini persepsi yang nazri dan umno beri kepada shahrizat dan rakyat malaysia. Ia dibuktikan dengan statement di atas neh. Sejujurnya aku dapati ini statement yang betul. Shahrizat kena bayar balik = pulangkan semula rm250juta dan bebaskan diri dari projek NFC dan mana2 tender kerajaan selepas neh in order untuk terus kekal berpolitik.

Tapi harus di ingat jangan ingat bila orang cakap ko kena bayar balik itu bermaksud ko boleh jek suka2 bayar balik lambat2. Maybe selepas 20 tahun ka.. apa ka.. itu semua tak boleh di persetujui. Kalau itu cara yang ko gunapakai lah kan. Aku tak setuju. Aku setuju jika ;

1. Ko bayar balik secepat yang mungkin.

2. Ko dapat cash ko bayar cash. Tak dapat bayar cash bagi jek seme harta benda ko sehingga cukup rm250juta. Tukar nama kepada pemilikkan oleh kerajaan malaysia.

3. Selagi ko tak bayar balik selagi itu jangan ko terlibat dalam politik. Ada jawatan? Letak jawatan. Ada niat nak bertanding? Jangan bertanding sehingga ko clean. Dan begitulah seterus2nya.

4. Jangan melibatkan diri dengan projek nfc. Jangan melibatkan diri dengan mana2 tender kerajaan sehingga ko buat pembayaran semula. Dan selepas bayar ko nak terlibat dengan politik ko punya pasal. Tapi selagi ko terlibat dalam politik selagi itu pastikan syarikat milik ahli keluarga ko tidak boleh mendekati projek kerajaan. Ini perlu bagi mengelakkan konflik kepentingan.

5. Kerajaan juga kena bersikap telus. Apa sahaja proses pembayaran yang dibuat oleh shahrizat and the geng kena didedahkan untuk membuktikan kepada rakyat bahawa shahrizat memang bayar semula wang rm250juta tue. Jangan nak pandai2 OSAkan isu neh. Kami tak buy. Ingat tue. 

6. Last sekali, minta maaf pada rakyat malaysia. Kami tak boleh nak hukum ko sebab ko dalam perlindungan politik. Tapi ko kena minta maaf pada kami seme. Kami seme berhak mendengar ucapan maaf ko yang ikhlas. Kami, rakyat malaysia telah bersusah payah menjadi rakyat yang baik dan taat pada pemimpin tetapi pemimpin2 macam ko sentiasa mencabar kesabaran kami untuk belajar menjadi tidak taat. Sila minta maaf secara terbuka dan pastikan ia ikhlas.

Ameno : Shahrizat.. orang umno pun tahu ko salah beb

Kenyataan Celupar Datuk Ibrahim Ali, Membuatkan Ramai "Keluar Dewan Sebelum Dia Selesai" Berucap!




KUANTAN, 13 Feb - Orang ramai yang hadir ke program ceramah umum Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di Komplek Dagangan Indera Mahkota dekat sini malam tadi, kecewa dengan beberapa kenyataan panas Datuk Paduka Ibrahim Ali (foto) terhadap pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. 


Masing-masing terkejut dengan tuduhan tidak berasas Ibrahim Ali yang mengeluarkan berbagai perkataan kotor dan lucah terhadap dua pemimpin terbabit. Malah, sebahagian besar dari kalangan mereka keluar dewan dan meninggalkan majlis ketika pemimpin itu belum menghabiskan ucapannya yang berapi-api itu. Ceramah anjuran Perkasa Negeri Pahang itu dihadiri oleh lebih 500 orang tetamu yang majoritinya adalah ahli UMNO dan Perkasa sendiri. Terdapat juga beberapa orang penyokong pembangkang dan pelajar IPT yang dilihat hadir. 

Ceramah bermula jam 8.30 itu menampilkan cucu kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba, iaitu Zahid Mat Arip sebagai penceramah utama. Beliau banyak menceritakan pengalamannya berkerja dengan Anwar sehinggalah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang dipimpin opleh mantan Timbalan Perdana Menteri itu. 

Zahid mengejutkan orang ramai dengan "jerit pekik"nya ketika berceramah dan tidak sesuai untuk majlis yang diadakan secara tertutup di dalam dewan seperti itu. Ceramah kedua disampaikan oleh Prof Madya Ashraf Wajdi Dasuki. Beliau lebih banyak mengimbau sejarah perjuangan orang Melayu dari zaman sebelum kemerdekaan sehinggalah sekarang. Beliau turut menyentuh isu-isu semasa, termasuk betapa pentingnya kuasa Melayu dikekalkan jika tidak mahu bangsa terjajah semula. 

Menyentuh soal tindakan pembangkang mempertikaikan kehadiran PM ke sambutan perayaan Hari Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Beliau berkata, tiada apa yang perlu dipersoalkan kerana Tok Guru Nik Aziz pun selalu hadir ke majlis di tokong-tokong Budhha di Kelantan. "Kenapa bila Nik Aziz hadir ke majlis itu boleh, tapi bila PM hadir tak boleh. Inilah budaya PAS yang hanya mencari kesalahan orang lain jer", kata beliau -PDO-

Info di petik dari PDO, sila rujuk akhir artikel di atas neh. Aku nak betulkan sikit persepsi orang mengenai isu tgna tue. Nampaknya ada individu2 yang tak faham isu sebenar dalam kes thaipusam tue.

1. Yang citer pasal thaipusam tue mufti perak. Mufti perak bukan pembangkang. Neh salah faham terbesar neh. Mufti perak = ahli agama yang bertanggungjawab menasihati pemimpin dalam urusan agama islam. Jadi berhenti kaitkan ia dengan pembangkang. Kita tak pernah suruh mufti perak keluarkan statement balon najib dalam isu thaipusam.

2. Dalam isu thaipusam yang jelas ditentang mufti ialah isu meraikan thaipusam. Najib memperlihatkan diri dia sebagai meraikan perayaan tersebut. Manakala isu tgna pula dia hadir sekadar memenuhi jemputan atas perpaduan antara agama. Tokong baru dibina dan TGNA pergi bagi membuktikan betapa islam itu bertolenrasi. Bagi ku agama ku, bagi mu agama mu. Pemimpin islam faham dan hormatkan perbezaan agama. Kita tak benci penganut agama lain dan orang bukan islam.

3. Dalam erti kata lain ia adalah berbeza dari segi sambutan dan niat serta matlamat. Satu sambut perayaan satu lagi bukan sambut tapi memenuhi jemputan atas kapasiti menunjukkan betapa tolerannya islam. TGNA mahu menunjukkan bahawa PAS bukan parti ektremis sebagaimana yang sering difitnahkan oleh orang lain. 

TGNA hadir atas kapasiti pemimpin. Itu sahaja. Dia tidak sambut malahan ada orang kata dia rasmikan tokong tersebut tapi ayat yang aku rasa lebih sesuai bukan rasmi sebab TGNA sendiri guna statement memenuhi jemputan. Itu sahaja. Harus di ingat majlis perasmian tokong dengan majlis perayaan ialah dua majlis yang membawa maksud serta niat yang berbeza. Dan harus juga difahami memenuhi jemputan dengan merasmikan rumah ibadat juga membawa maksud yang berbeza.

4. Najib pula.. aduhaiii cara dia... aku rasa malas nak buat persepsi tapi dia pergi sana siap cakap pasal tolong saya lah.. parti lah dan etc2. Tak nampak macam dia nak memenuhi jemputan dengan menghormati sambutan tersebut. Patung gergasi dia.. aduhaii.  Selepas tue sanggup pergi buat benda2 yang jelas boleh menjejaskan akidah. Aku tak tuduh ye. Aku cuma sampaikan apa yang mufti perak sampaikan. Itu jek.

5. Jadi selepas neh perkasa dan ibrahim ali toksah gebang yang bukan2lah. Aku cadangkan ko amek fakta dulu then baru bercakap. Cuba belajar fahami isu terlebih dahulu. Kenapa mesti nak bercakap dan bercakap tanpa memahami satu2 isu dengan jelas? Kenapa nak memperlihatkan diri sendiri macam orang gila dan bingai? Kenapa nak rosakkan imej diri sendiri atas benda2 sendiri fitnah? Hairan aku. Kuasa duit ke apa neh? Tah. Bai.

Ameno : Elakkan meroyan. Tenkiu.

Label ‘parti ajaran sesat’: MB Terengganu sedia disaman Pas.

Orang degil. Tak boleh nak buat apa dah. Elok juga bawa kes neh ke mahkamah. Di situ nanti kita kena clearkan balik seme fitnah2 utusan terhadap pas. Antaranya ;

1. Melabelkan umno kafir melalui amanat haji hadi awang. Ini fitnah. Terang lagi jelas TGHH tidak melabelkan umno kafir dan sebagainya. Dia tak sebut nama umno sekalipun. Dia mengulas tentang hal sebenar. Orang makan cili sudah tentu terasa cili. 

2. Isu memali pun sama. Kita kasi clearkan seme. Biar rakyat tahu hal sebenar. Umno jelas menyelewengkan maklumat sebenar dalam isu memali neh. Melabelkan orang alim sebagai penganas dan menghina peribadi dia setelah dia meninggal bertahun2 lama nya adalah perbuatan yang keji.

Kenyataan MB terengganu berhubung isu PAS PARTI AJARAN SESAT kat bawah neh ;


Nampak? Pemimpin PAS tidak pernah mengkafirkan umno pun. Janganlah nak memandai2 buat citer. Sendiri makan cili sendiri rasa pedas lah weh. Sapa suruh makan cili ? Lainkali taknak rasa pedas ko jangan makan cili beb. Baru betul.

Pemimpin PAS selama neh tidak pernah mengkafirkan umno. PAS juga tidak pernah kafirkan umno. Ya, memang ada sikap ahli2 pas yang keterlaluan dalam berbahas tetapi jika dibanding dengan akhlak ahli umno pun akan kurangnya? Kita cakap pasal pemimpin dan bukan pasal ahli kan? Kalau dah ahli pas yang label, maka ahli umno pun sering balas gak. 

Senang cakap pemimpin bandingnya pemimpin, ahli bandingnya ahli. Oleh kerana mat said neh mewakili pemimpin maka kita nak betulkan persepsi neh. Pemimpin pas memang tidak pernah kafirkan umno. Itulah hakikatnya. 

Benda neh tersebar sebab utusan. Orang cakap pasal hukum nanti dorang spin cakap pas kafirkan umno. Orang cakap pasal islam nanti dia spin cakap pas sesatkan orang. Orang cakap pasal firman Allah swt nanti dia spin cakap pasal undi pas masuk syurga. Boleh nampak tak permainan media utusan neh macam mana? Batu api pun kalah. 

Taknak menyampaikan apa yang pas ceramahkan, takpe. Takde sapa paksa ko untuk berbuat demikian utusan. Tapi sekurang2nya kalau ada niat nak melaporkan tue laporkan yang benar. Kalau ye pun nak spin sangat maka tulis lah ini persepsi saya. Ini sangkaan saya. Ini dakwaan saya. Ia tak semestinya fakta. Apa susah sangat? Melaga2kan sesama islam? Sesama melayu? Itu kerja utusan beb. Jangan bagi nasihat pada orang yang salah. Bai.

Ameno : Saman jek..

Ahad, 12 Februari 2012

Lata kinjang tukar nama jadi lata bien.

Hari neh aku pergi mandi beb. Lama tak mandi manda. Muahaha.. tapi kan adoiii. Pergi mandi pun dah tak seaman dulu beb. Nak mandi pun rasa tension. Ada ka patut aku dihadapkan dengan bendera2 bien? Agak2 lah woittt. Usah kata time mandi, time solat pun dia belasah aku dengan bendera bien. Tak patut siot. 

Lihat bawah neh ;










Aku suka bn menaiktarafkan lata kinjang. Tidak aku kondem yang neh. Berbanding dulu2 [dulu aku pernah pergi sekali jek.. dah agak lama maybe 8 tahun yang lepas kot] aku dapati kemudahan yang berada di lata kinjang memang semakin lama semakin baik. 

Tidak aku nafikan yang neh. Siyes cakap. Kemudahan yang ada di lata kijang memang berubah seiring dengan perubahan waktu. Ini bagus. Tenkiu lah pada yang prihatin. Tapi masalahnya ada beberapa perkara perlu dipertingkatkan lagi. Ia memang semakin baik cuma belum cukup bagus. Itu kesimpulan yang aku nak jelaskan disini.

1. Gambar pertama merujuk kepada herm.. apa ek? Surau ka? Susah nak cakap ia surau sebab dorang cakap ia dewan serbaguna yang digunakan untuk solat. Aku pun tak faham tapi aku guna balik jek ayat neh. Cakap surau kang takut lari maksud pula.

2. Keadaan dia sangat kotor. Tidak berjaga. Yang neh aku bukan nak kondem. Cuma nak bagitau jek.

3. Tempat tue juga terkopak. Ini pun bukan nak kondem. Cuma nak bagitau jek.

4. Kat depan tempat yang digunakan untuk bersolat tue kan ada satu dewan kecik. Baru buat. Aku diberitahu ia adalah tempat untuk mesyuarat dan etc. Aku ada snap pic tapi sapa tah delete. Tak sengaja katanya. Tertekan. Takpe. Sapa yang pernah pergi akan tahu. Dewan yang baru dibina tue lebih cantik dari tempat yang digunakan untuk solat neh. Neh bukan nak kondem. Cuma nak bagitau jek. Memang tak heran sebab dewan mesyuarat tue baru buat, manakala tempat yang digunakan untuk bersolat neh dibina pada tahun 1993. [Sila rujuk pada plak penghargaan yang terdapat dalam gambar di atas].

5. Aku juga diberitahu tempat yang digunakan untuk bersolat neh tidak termasuk dalam projek untuk dinaiktarafkan. Ada pembinaan dalam kawasan mandi manda. Aku tak pasti dia bina tandas ka tempat melepak ka surau ka apa ka.. bila aku tanya dorang buat taktau jek. Kenapa tah? Jangan2 dorang ingat aku neh suka menyibuk kot. Tah lah.. salah ke menyibuk hal2 macam neh? Muahaha..

6. Bagi pandangan aku tempat untuk bersolat tue haruslah dibaikpulih dan dinaiktarafkan. Aku harap sesiapa tolong bawa cadangan neh. Amat sedih lah tempat yang digunakan untuk bersolat tue.. ia benar2 menghiris perasaan aku. Okey.. memang jemaah kurang. Cakap terus terang.. memang kurang sesangat orang yang gunakan tempat tadi tue untuk bersolat meskipun jumlah yang dipercayai boleh bersolat adalah tidak sama dengan jumlah yang telah bersolat tadi. Itu belakang citer. Siapa tahu yang mereka bersolat di kawasan mandi? Dan siapa pula tahu yang mereka bersolat di tempat lain? Rasanya bukan urusan kita kan? Abaikan.

7. Yang amat menyedihkan juga ialah tempat yang digunakan untuk bersolat tue kan.. dipenuhi dengan bendera bien. Cakap terus terang. Bendera bien lebih besar dari bendera malaysia. Ini negara bien ka negara malaysia. SIla rujuk gambar di atas ek.

8. Bagi pandangan aku, tempat yang digunakan untuk bersolat tue tak sepatutnya diletakkan dengan bendera bien. Siyes cakap neh beb. Nak bersolat pun terpaksa hadap bendera bien. Sengsara siot.

9. Lepas tue kan aku sempat juga snap papan tanda projek. Satu lagi projek kerajaan barisan nasional. Aku minta ubah sikit. Satu lagi projek untuk rakyat malaysia. Ini lebih bagus. Baik pr or bn sila gunakan ungkapan neh. Macam membanggakan diri plak bila tulis macam tue. Adoiii. Buat projek pun bukan petik duit dari poket. Rakyat juga salur beb. Hargai sikit lah weh.

Okey, aku dah cuba bersikap lapang dada dalam entry neh. Aku tak kutuk bien kan? Kalau penyokong umno nak terasa gak tak faham larh aku. Bai.  

Ameno : Tandas lagi cun dari tempat yang digunakan untuk bersolat. Siyes beb.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...