Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 6 Februari 2012

Betul ke Stadium Sultan Mizan bakal diruntuhkan?





Nampaknya macam betul juga. Kerajaan belanjakan rm6juta untuk meruntuhkan bumbung yang belum runtuh lagi. Gila betul. Nak bina, ko guna duit. Dah rosak, nak repair pun guna duit. Nak runtuhkan bumbung pun kena duit. Betul2 hangus duit rakyat dalam isu stadium terengganu neh. Dasat beb.


Dalam satu kenyataan media, lihat bawah neh ;

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengakui kes kecurian itu namun menafikan jumlah kerugian sehingga RM50 juta itu.

Menurut Abdul Wahid, kerajaan negeri Terengganu membayar RM2.2 juta untuk mengkajinya dan RM6 juta lagi dibelanjakan untuk meruntuhkan bumbung yang belum runtuh.

"Namun saya mendapat maklumat, stadium itu sudah tidak selamat lagi untuk digunakan.

Menteri besar terengganu nafi bahawa jumlah kerugian akibat kecurian mencecah rm50juta. Nafi tak guna. Bagi buktilah kalau sungguh nak nafi pun. Baru orang nak percaya. Ada baiknya kalau orang2 terengganu boleh masuk ke stadium terbabit dan tangkap gambar2 terkini stadium tersebut untuk edaran. Baru kita boleh nak agak keadaan sebenar stadium terbabit. 

Aku pun dah bosan main gambar lama. Bagi larh gambar2 baru. Takde ke orang2 pakatan rakyat sukarelawan nak tangkap gambar2 stadium tersebut? Kalau ada jangan lupa email kat aku sekali beb. Muahahaha..

Tapi geng benda yang buat sakit ahti sekali bila diberitakan bahawa ;
1. 2.2 juta untuk kaji punca.

2. 6juta untuk runtuhkan bumbung yang masih belum runtuh.

Fack siot. Nak kaji punca pun berduit. Aku memang faham seme benda neh kena guna duit tapi tak mahal sangat ke 2.2juta diperuntukkan untuk kaji punca? Macam lah hasil siasatan didedahkan kepada umum. Kalau didedahkan sekalipun 2.2 juta untuk mengkaji punca tetap di anggap mahal bagi aku. Mungkin korang ada pandangan lain disini. 

Tapi aku siyes memang tak boleh blah bila tengok angka2 yang terlibat disini. Kaji je 2.2juta. Nak runtuh lagi 6juta. Itupun runtuhkan bumbung je bhai. Aduuii.. melayang2 duit rakyat beb. Last2 sekali dikhabarkan stadium terbabit memang langsung tak selamat digunakan. Mungkin kerajaan negeri hold dulu nak runtuhkan stadium terbabit secara keseluruhannya sebab sentimen pru-13 kot. 

Yelah selepas pru-12 dorang kalah teruk, so maybe disebabkan keputusan bolak balik di ambil terhadap isu stadium tue. Kalau sungguhlah kan stadium tue boleh digunakan kenapa tidak sahaja repair terus selepas bumbung runtuh? Neh mesti pasal dia ada masalah yang lain. Masalah yang serius. Penaakulan aku. Sebab tue kerajaan negeri hold dulu. 

Then bila tiba masa yang sesuai dorang akan announce bahawa stadium terbabit terpaksa diruntuhkan. Babai larh 292 juta. Ini seme bn punya pasal. Tapi jangan marah bn sangat. Marah je orang2 yang undi bn. Tangan yang mengundi itu yang memberikan peluang kepada pencuri untuk mencuri beb. Punca sebenar. Jangan nafikan ia. Bai. 

Berita penuh disini.

Ameno : Sakit jiwa

Betul ke blogger pakatan rakyat dapat kereta dari ahli politik?

KUANTAN, 6 Feb - Ini satu berita panas yang baru kami terima. Khabarnya seorang blogger terkenal"pro rakyat" yang dikatakan antara yang paling aktif di Pahang telah "dihadiahkan" sebuah kereta mewah jenama Nissan Teana (foto) oleh seorang ahli politik setempat. Difahamkan hadiah tersebut adalah sebagai"usaha" pemimpin terbabit untuk "menutup mulut" blogger berkenaan yang terlalu "lantang" mendedahkan berbagai kepincangan yang berlaku di kawasannya bahkan di Parlimen Jerantut itu sendiri. 

Soalnya sekarang, wajarkah blogger berkenaan menerima habuan tersebut, sedangkan dalam masa yang sama beliau kononnya berjuang untuk rakyat. Niat untuk membela rakyat akhirnya akan memusnahkan dirinya sendiri. Difahamkan, ahli politik terbabit menghadiahkan beliau kereta tersebut bagi membolehkan blogger berkenaan tidak lagi menghentam kepimpinan beliau atau membongkarkan isu-isu rakyat di kawasan beliau. Difahamkan blogger terbabit juga akan hadir ke Konvensyen Media Sosial 1Malaysia - Siri Jelajah MyVo1ce Negeri Pahang yang akan diadakan mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh hari ini. Kami akan cuba menyiasat maklumat ini dengan lebih lanjut untuk didedahkan kepada umum. Soalnya, siapakah blogger dan ahli politik itu?. 

[Difahamkan, kenderaan itu (Nissan Teana) kini berharga mencecah hampir RM170,000. Jika benar dakwaan ini, maka sahlah pemimpin berkenaan mahu "mulut" blogger berkenaan ditutup menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Apapun, kami amat terharu mendapat maklumat ini kerana ia jelas satu penghinaan terhadap dunia blogger itu sendiri sebenarnya. Bahkan, hingga ke saat ini krew-krew kami menjalankan tugas dengan sukarela dan tidak langsung mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak yang berkenaan. Bertuah benar sekiranya blogger itu dilayan sedemikan rupa oleh ahli politik terbabit].-PDO-


Betul ke tak betul aku tatau. Pepandai korang larh tafsir sendiri.

Ameno : Dapat gak kereta free dengan blogging. Muahaha.

Ahad, 5 Februari 2012

PR jangan susahkan rakyat lah weh..

Pakatan Rakyat jangan nak menyusahkan orang larh weh. Direct cakap neh beb. Sorry lah kalau geng2 PR terasa ahti tapi neh larh benda yang aku dah lama nak cakap. Hidup jangan jadi sochai dengan menyusahkan rakyat. Please. 


Kenapa aku cakap macam tue? Sebab gambar di atas neh. Jelas lagi terang. Gambar neh memaparkan dua individu bengong [yang kat depan tue dipercayai adun malim nawar = dap] yang telah menghancurkan kepercayaan orang2 yang mengundi mereka pada pru yang lepas.

Sejak peristiwa 16 sept yang juga di gelar angan2 matjenin oleh aku, adun2 bn yang sepatutnya melompat masuk ke pr bertukar menjadi adun2 pr yang melompat masuk menyokong bn walaupun takde yang pernah mengaku masuk bn. Ini apa? Ini ialah kebiadapan.

Kenapa biadap? Mudah.

1. Kebanyakkan rakyat yang undi mereka2 neh atas kapasiti parti dulu, kerja kemudian. Maknanya adun2 neh dipilih sebab mereka bertanding atas tiket pr. Jadi rakyat yang dah marahkan bn yang rakus menyeleweng neh telah memberikan mandat kepada pr untuk stop seme penyelewengan yang dilakukan oleh umno tapi sayangnya mereka tersilap undi. Walaupun tak undi bn tapi tetap macam undi bn bagi mereka2 yang lompat neh. Ini memang sochai beb.

2. Sudahlah keluar dari pr, itu satu hal. Taknak letak jawatan, satu hal lagi. Menentang pr, satu hal lagi, menyokong bn, satu hal yang lain pula, menyamar di depan tv seolah2 bebas sedangkan sokong bn, satu hal lagi. Berapa banyak punya hal da dorang2 neh buat? Tak ke sochai namanya tue beb? Bab bayaran? Itu seme benda takde bukti. Aku nak cakap pun payah. Sesiapa pun boleh cakap adun neh kena bayar, adun tue kena bayar tapi masalahnya cakap2 macam neh takde nilai. Orang sekarang nak bukti. Asalkan ko bagi bukti walaupun ko tak cakap apa2 pun orang akan faham benda tue. Asal bagi bukti je dah cukup. Rakyat makin lama makin bijak. Kita kena ikut arus kebijaksanaan rakyat. 

3. Lepas keluar dari pr terus tak buat kerja. Bukan kah ini sochai? Kalau sungguh pun pr tue problem bagai napa relate dengan pengundi pula? Ko keluar dari pr itu satu hal tapi bila ko tak buat kerja itu hal yang lain pula. Kenapa seme adun2 yang keluar pr neh memilih untuk abaikan kawasan pengundian dia? Takut berdepan dengan rakyat? Hait time keluar parti tak reti takut? Dah alang2 tak buat kerja kenapa tak letak jawatan sebagai adun dan mp jek? Napa nak pegang jawatan yang ko tak mampu laksanakan tugas dengan baik? Makan gaji buta? Sebab tue aku cakap ini kesochaian beb.

Ini juga pengajaran kepada pakatan rakyat terutamanya pkr. Jangan pilih calon meroyan dan calon tangkap muat. Tolong prihatin sikit dengan rakyat. Ingat kami undi pr semata2 nak hadap dengan calon lompat ka? Pergi mampos. 

Cuba bayangkan ek, setelah bersusah payah kita berkempen bagai untuk pakatan rakyat ganti bn last2 bila menang kawasan, calon2 tersebut pergi lompat sokong bn dan itu pun disebabkan kecuaian sesetengah parti yang tak reti nak pilih calon bebetul sebelum letakkan seseorang itu sebagai calon. 

Janganlah susahkan rakyat lagi. Apa yang bn buat dah cukup sochai. PR jangan tambahkan sochai lagi. Bukan hanya rakyat jek kena ubah pemikiran dengan tukar undi dari bn kepada pr, pr lebih2 lagi kena ubah cara dorang pilih calon. Hidup jangan jadi sochai dengan memilih calon meroyan. Ingat tue. Bai. 

Sumber gambar : sini

Ameno : Bebas yang sokong bn? Ini rupanya maksud bebas di malaysia. Heh

Sapa pula serang ceramah pakatan rakyat di Pekan Kuala Sawah neh? Updated!

Info neh dapat secara bertulis jek. Takde pengesahan gambar waima video bagi mengesahkan dakwaan tersebut. Betul tak betul itu kena tanya chegu bard larh sebab dia sendiri tulis di twitter dia neh. 

Lihat bawah sat ;


Point penting disini ;

1. Banner dan poster ceramah dikoyak dan dicuri.

2. Sekumpulan pemuda datang memprovoke dengan mengugut mereka2 yang sedang membuat persiapan untuk ceramah di lokasi ceramah.

3. Mereka tak mengakui pun mereka tue pemuda umno [aku tafsir penulisan chegubard takde pun menyatakan bahawa pemuda2 tersebut mengakui mereka ialah pemuda umno] cuma menurut laporan chegubard dorang cakap neh tempat kuat umno. Kalau nak buat program akan di pukul. Peh dasat. Samseng pekan kuala sawah plak pas neh ek? Ari tue jalan dusun kan?

kah kah kah

Lawak siot. Aku tak takut pun..

4. Serangan berbaur kata2 kesat dan racist di lemparkan. 

Aku berharap ada rakaman video dan gambar supaya benda neh boleh captured kepercayaan orang. Senang sket kita nak sebarkan. Kalau based on cakap2 macam neh leceh. Nanti orang umno kata kita fitnah pula. Lagi susah nak menjawab. Tunggu geng2 yang kena serang upload bukti. 

Bagi aku daripada dok lawan macam neh baik kita debat jek. Buang masa lah main cara kasar neh. Satu hapa tak dapat. Kalau debat, berhujah at least masing2 boleh share pandangan masing2 dan kaji kelemahan dan kebaikan masing2. So please pada geng2 yang suka main kasar tue, sila tukar cara anda berfikir sebelum kami tolong tukarkan untuk anda. Bai.

UPDATED ;


Laporan polis telah dibuat. Kredit to king jason atas gambar neh. Sekarang tunggu respon dari POLIS pula.

Ameno : Apa pun tak boleh beb.

Sila larh berambos Tuan Guru Nik Aziz weh..

Dah tua. Dah uzur. Jangan gila untuk berkuasa. Pemikiran dan pendengaran pun dah tak setajam dulu. Pentadbiran TGNA di kelantan pula di anggap lemah. Kenyataan yang selalu di keluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz juga selalu nya bercelaru dan mengelirukan. Apa haizhh nak jadi dengan tuk guru neh? Sila larh pergi. 

Tolong, tolong, tolong larh wehh....


Dulu beria2 katok mahathir konon nya lama sangat jadi PM. Tapi sekarang tgna sendiri lama sangat dah jadi MB. Apa cerita pula? Teruk sangat ke pemimpin pelapis pas kelantan sehingga tuan guru rasa berat sangat nak berundur ? Dungu ke dorang tue?

Nak marah? Boleh. 

Sila marah awang selamat disini. Di atas tue antara point isi penulisan dia. Aku tak faham apa motif dia menulis artikel tersebut. Samada nak mengesa nik aziz berundur ataupun nak memerli nik aziz yang mempertahankan jawatannya di kelantan. Aku siyes taktau dan tak minat nak amek tahu.


Cuma aku berminat nak mengulas isu yang dia tulis neh. Bagi aku kalau ko nak suruh nik aziz berundur sekalipun sila bagi alasan2 yang boleh diterimapakai. Jangan main tulis sebab nak lepas marah. Kalau macam neh sapa nak respect artikel ko? Benda diterbitkan di paper beb. Bukan blog macam aku. Logiklah kalau tak ikut standard kewartawanan. Tapi korang tue wartawan patut ada etika bukan asal nak tulis boleh main tulis jek. Tah pape.

Saranan mengesa nik aziz berundur bagi aku ia bukan saranan yang teruk. Cuma ia mungkin dilihat teruk sebab tukang saran tue sendiri berotak senget. Kalau yang saran tue ialah orang yang berakhlak elok, insya-Allah seme pihak boleh mengambil pendekatan untuk berhujah secara positif dan matang disini. 

Bagi aku tahap kesihatan, tahap kecerdasan dan ketajaman akal untuk menganalisis adalah ciri2 yang penting untuk jadi pemimpin. Kalau betul seseorang pemimpin itu tidak sihat, lebih baik berundur dan bagi peluang pada orang lain untuk memimpin. Jangan pula kita paksa dia memimpin dan terus memimpin sehingga dia rasa ini satu kewajipan dia untuk tidak mengecewakan orang lain.

Lain orang lain cara pemerintahannya. Kita kena bagi peluang untuk orang lain membuktikan kemampuannya. Bagi aku satu2 pemimpin, apabila memimpin terlalu lama, mereka mungkin dah masuk ke tahap tepu idea. Sebab tue kita kena pilih pemimpin baru yang boleh bawa perubahan. Jika sebelum neh buruk kepada baik, kali neh kita mahukan baik kepada yang lebih baik lagi. 

Bagi aku lebih bagus kalau TGNA boleh tumpukan kepada usaha memperkukuhkan pas. Pengalaman TGNA dalam mentadbir kelantan pula digunakan untuk membimbing orang baru. Yelah, senang sket nak pantau cara orang baru buat kerja selepas berundur kan. Barulah boleh lihat sendiri boleh ke tak boleh ke dia mentadbir. Kalau ada silap salah boleh tegur dan nasihat.

Mungkin juga rakyat kelantan sendiri selesa bersama tuk guru, kita tak tahu disini. Mungkin bukan sebab tuk guru tidak mahu berundur tetapi tuk guru terpaksa untuk tidak berundur pun boleh jadi juga. Apa pun ini urusan rakyat kelantan sendiri untuk decide. Bukan aku dan bukan pula awang selamat neh.  Bai. 

Nota : Sudah terjadi beberapa kali orang salah faham tajuk artikel di blog. Bagi menclearkan sesuatu, aku nak inform bahawa tajuk artikel  ==> Sila larh berambos Tuan Guru Nik Aziz weh.. [merujuk kepada penulisan awang selamat]. Walaupun aku melihat saranan agar Nik Aziz berundur ialah saranan yang positif, supaya dia boleh kukuhkan jentera pas, tetapi aku punya tajuk boleh di anggap begini ==> berundur bukan bererti mengalah tetapi mencipta strategi. 

Ameno : Mahathir di gesa berundur oleh umno sendiri.. bukan nya orang lain.. awang selamat neh meroyan jek.

Sabtu, 4 Februari 2012

Video jawapan balas Shahrizat kepada Rafidah.

Shahrizat perli Rafidah dalam video neh beb. Memang umno sesama umno akan bercakaran sesama sendiri larh pas neh. Sorang team tolak shahrizat, sorang team sokong shahrizat. Yang sokong shahrizat neh memang bukan cikai2 beb. Mahathir pun tak balon shahrizat kaw2 dalam isu neh sebagaimana mahathir balon paklah and the geng. Kenapa? Walhal sama je.. 

Jeng jeng jeng..

Dengan musuh kita kena lawan sungguh2 tegakkan prinsip. Dengan kawan kita kena cari jalan yang paling less damage. Ini amalan kebanyakkan orang beb. Aku pun tak terkecuali. Fakta beb. 

kah kah kah

Lihat bawah neh ;

 

Mengulas pandangan shahrizat dalam video neh aku nak cakap dia ialah seorang wanita yang degil. Kita dah explain banyak kali kenapa dia kena berundur2 dan hingga ke tahap mengeluarkan perkataan berambos tapi dia masih tak faham2. 

Tak guna cakap banyak dengan orang yang taknak faham2 neh. Jalan mudah ialah undi pr dan jatuhkan shahrizat dan pemimpin bn yang corrupt sekali harung. Amacam? Ada bran ka?

kah kah kah

Ameno : Shahrizat tunai umrah guna duit sendiri kan?

Pas roboh Surau Al Salihin, kenapa? 10 perkara yang anda perlu tahu.

Kedah Times: Beliau berani mengatakan Surau Al Salihin bukan rumah Allah dengan alasan tandas tidak terpisah dari bangunan utama. Apa bezanya pulak jika surau baru yang akan dibina dalam kompleks yang boleh di akses dari luar pada bila-bila masa? Didalam kompleks pula ada bermacam-macam tempat najis dan berbagai-bagai perlakuan maksiat.

Saiburi Sudin: Ambik akhbar Sinar Harian baca betoi-betoi. YB Ghani kata bangunan Madrasah Salihiah (ulang sekali lagi BANGUNAN, maksudnya bangunan keseluruhan tu..) tidak boleh dinamakan ‘Rumah Allah’ kerana di situ ada tandas, pejabat dan surau yang tidak terpisah. Tujuannya, jangan sewenang-wenangnya nak kata, bila runtuh bangunan tu bermakna runtuh Rumah Allah. Kalau setakat ada surau kat situ kita nak isytiharkan sebagai ‘Rumah Allah’ bermakna Wisma Darul Aman, Kompleks Shahab Perdana, Pekan Rabu juga adalah ‘Rumah Allah’ kerana dalamnya ada surau. Macam tu ka?
 
KT tanya apa bezanya pulak jika surau baru yang akan dibina dalam kompleks yang boleh di akses dari luar pada bila-bila masa? Jawabnya, samalah! mana boleh kata Aman Central itu ‘Rumah Allah’ hanya kerana sebuah surau besar akan dibina di situ. Masjid adalah sahih layak menerima gelaran Rumah Allah, tapi harus diingat ia hanya merujuk kepada bangunan rungan solat itu sahaja, tidak termasuk tandas masjid. Sebab itu ikut Mazhab Shafie bangunan musolla mesti terpisah dengan tandas. Tak taula pulak kalau ada mazhab baru UMNO yang isytihar tandas sebagai ‘Rumah Allah’. Waliyazubillah.


Kedah Times: Kenapa Majlis Fatwa/Mufti membuat keputusan kedua menyanggah keputusan pertama?
 

Saiburi Sudin: Ada sorang rakan marahkan kerajaan negeri depan SS kerana ‘runtuhkan surau untuk bina shopping complex’. Rupanya dia dapat maklumat tu dari TV3 dan Utusan Melayu. Bila diterang perkara sebenar dari A sampai Z. Orang tu pun faham, lantas berkata, “Kalau macam tu aku pun setuju 100%”. Begitu juga dengan Majlis Fatwa, kali pertama dia membuat keputusan hanya berdasarkan isu ‘roboh surau, untuk buat shopping complex’, memang jelas haram. Tapi selepas diberi penjelasan dan Majlis Fatwa pun tahu hujung pangkal isu sebenar... maka keputusan kedua yang dibuat adalah berdasarkan maklumat yang sebenar dan tepat, tentulah keputusan kedua itu yang lebih berwibawa dan haq.
 


Kedah Times: Bukankah Dato' Amiruddin Hamzah membawa kehendak Kerajaan Negeri dengan memaksa Mufti tukar keputusan Fatwa pertama? 


Saiburi Sudin: Fatwa tidak dibuat oleh Dato’ Mufti seorang tetapi setelah bermuzakarah dengan 9 lagi ahli Majlis Fatwa yang arif lagi berwibawa. Jangan hina Mufti seolah-olah beliau boleh dipaksa buat keputusan menurut kehendak Exco. Ingat Mufti Kedah tu macam ulamak UMNO ke?
 


Kedah Times: Adakah penukaran dari fatwa pertama kapada fatwa kedua oleh mufti telah dirujuk/sembah maklum kepada KDYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Ugama Islam Negeri Kedah? Inilah cara kerja pemerintahan yang diketuai oleh Ustaz Azizan yang berpelajaran tinggi agama.
 

Saiburi Sudin: Prosedurnya mesti macam tu, kalau masih tak percaya pergi jumpa Dato’ Mufti minta penjelasan.
 


Kedah Times: Penjelasan yang diberikan dalam perkara ini amat bercanggah. Ghani sewenang-wenang mempergunakan KDYMM Tuanku Sultan sebagai sandaran. Jika benar tidak dipersembah maklum kepada KDYMM Tuanku Sultan bermakna Ghani Ahmad adalah pembohong besar dan Kerajaan Kedah lebih besar pembohongannya, MB terutamanya. Sekarang terbukti bahawa bukan setakat Mufti yang bertanggungjawab dengan hal ehwal ugama Islam dipermainkan PAS, tapi KDYMM Sultan Kedah pun dipermainkan oleh Kerajaan PAS/PR Negeri Kedah.
 

Saiburi Sudin: Apa punya hujah.. “Jika benar tidak dipersembah...” lepas tu “Ghani Ahmad/kerajaan negeri Kedah adalah pembohong besar”. Lepas tu lagi.. “Sekarang terbukti bahawa..” Orang berakal tak berhujah bersandarkan ‘kalau’, ‘andai’, ‘jika’, ‘sekiranya’..lalu terus jatuh hukum. Macam nilah contoh.. “Sekiranya hang curi duit aku, hang memang jahat, tak guna punya orang, maka terbuktilah hang tipu kata hang tak curi, hang patut dihukum” @!#$%^&*#$... wayar putuih punya ayat.
 


Kedah Times: BBSMS bukan cakap fasal sejarah. Yang dicakapkan, dipersoalkan dan dipertahankan ialah TANAH WAQAF KHAS untuk kegiatan Islam di surau tersebut. Bangunan yang ada sekarang memang baru dibina semula sejak dua tahun yang lalu. 


Saiburi Sudin: Habag terus terang macam tu bukan ka senang. Ini tidak, siang malam TV3, Utusan Meloya lapor ‘Surau yang berusia 100 tahun’ (ulang beratus kali).. sampai la la ni pun tiap2 hari dok sebut benda tu, Naina Marikan sebut surau 100 tahun ada nilai sejarah wajar dikekalkan. Takpala Naina tu orang Penang dia tak tau apa satu... ini Mat Bashah, Datuk Tengku Non Persatuan Kerabat yang dok kelewark dalam Aloq Setaq tiap-tiap hari pun sebut ‘surau 100 tahun’ apa kejadahnya. Nampak sangat tak ikuti perkembangan langsung tapi gatai nak bagi ulasan.
 


Kedah Times: Ghani kata Madradah ini dibuat sebagai tempat perniagaan. Itu ada pengimarahan surau. Awat, salah?.
 

Saiburi Sudin: YB Ghani ada kata salah ka? Yang salahnya dok pi habag satu satu dunia kononnya kerajaan negeri nak runtuh ‘Rumah Allah’ seolah-olah seluruh bangunan tu adalah tempat musolla. Habagla elok-elok kata yang nak diruntuh tu bangunan Salihiah yang di dalamnya ada surau, pejabat, tandas dll.
 


Kedah Times: Tiada anak qariah bersolat jamaah di surau itu? Itulah butanya Ghani niiih... Pernahkah Ghani Ahmad bersolat disurau tersebut setiap waktu solat, terutamanya waktu solat subuh? Hee.. Ghani, berdua orang bersolat disitu pada masuk waktu sudah dikira jemaah tauuuu... bahlol.
 

Saiburi Sudin: Seorang pemimpin tak perlu pi tengok sendiri. Dia ada kakitangan untuk siasat. PM dok ceramah macam-macam isu tu, awat setiap kejadian dia turun pi tengok sendiri ka? Untuk jawab soalan ni senang saja, pi sendiri waktu Maghrib, Isya dan Subuh kat surau tu maka dapatlah jawapannya. Sejak isu ni disensasikan, baru ada lampu kat surau Maghrib dan Isya, tuu pun ada orang ke takdak tak tau. Tapi nak habag lagi sebelum ni.. lepas waktu Asar siap boh rantai dengan pedai ayam (pad lock).
 

Tujuan isu tak dak orang berjemaah ni dibangkitkan, nak habag bagi.. kesian dekat pewakaf tu. Bukankah jika wakaf tu dipindahkan (istibdal) ke tempat yang lebih dimakmurkan... dengan modal RM1.48 juta tu mampu bina 7 buah surau di tempat lain, insya Allah pahala mengalir dekat pewakaf tak putus-putus dengan banyaknya. Tang mana pulak wakaf yang baharu tu nak buat? Itu serah dekat MAIK, depa akan umumkan nanti nak buat tang mana nak buat apa, lagu mana tapi buat tetap buat depa tak boleh guna duit tu selain wakaf yang lebih baik, depa pun reti hukum hakam, toksah dok kalutlah.
 


Kedah Times: Orang berdemontrasi memang datang dari luar kawasan itu, kerana, itulah namanya perihatin terhadap tindakan keji Kerajaan PAS Kedah berusaha nak runtuhkan surau itu, maka dari segenap ceruk rantau mereka akan datang menyokong. Merekalah juga yang akan datang lagi untuk pertahankan surau tersebut dan mereka akan bermandi darah disitu.
 

Saiburi Sudin: Habih 200 ahli kariah kononnya yang ada kat situ awat tak prihatin sama? Betoi ka dari segenap ceruk rantau? Yang SS tau Bet Ketua Pemuda Taman Wira angkut puak muda UMNO Taman Wira dengan beberapa orang geng Perkasa. Nak burukkan peribadi tak maula, tapi SS kenai sekog-sekog kalau hak mai dari Taman Wira tu. SS nasihat beberapa orang dari depa tu elok lengkapkan solat fardhu 5 waktu dulu sebelum kalut dok solat hajat politik tu. Toksah cadang nak mandi darahlah, buat mati katak saja.
 


Kedah Times: Pernahkah Ghani ke Pulau Pinang. Disana, ditengah-tengah 100% masyarakat Cina, di Cullia Street, di Jalan Burmah, di Jalan Meclister, malah di jalan tempat asal kedai kitab Allahyanham Yussuf Rawa bapak kapada MP Parit Buntar masih tersergam mesjid/surau tanpa seinci pun diusik dan sudah beratus tahun ianya berada disitu. Dimana duduknya umat Islam yang bersolat disurau/mesjid disitu tiada sapa yang tahu. Apabila tiba saja waktu solat azan akan berkumandang, tiada siapa pun yang melarang. 


Saiburi Sudin: Maka terjawablah fitnah yang mengatakan azan dilarang dikumandangkan di masjid dan surau di Pulau Pinang yang diperintah PR yang ketua menterinya DAP.
 


Kedah Times: Jadi, sama lah juga dengan surau Salihin. Jangan jauh, lihat Mesjid Nagor Alor Star, tiada seorang pun umat Islam disekitar itu, tapi ianya masih disitu dan adaaa... je umat Islam yang bersolat jamaah. Ghani, awak jangan perbodohkan orang.
 

Saiburi Sudin: Tak sama aih, kat surau Salihiah tu.. waktu Maghrib, Isya dan Subuh pada kebanyakan waktu tak ada orang pun pi dok memakmurkan surau tu.
 


Kedah Times: Memadailah awak perbodohkan rakyat di DUN Air Hitam, awak lari tak bagi bantuan masa banjir.
 

Saiburi Sudin: Taktik alih isu setelah takleh pii dah isu bangunan Salihiah. YB Ghani lari pi mana? Yang SS tau siang malam dia berendam air banjir bersama penduduk. Pi tanya orang Jerlun, jangan tanya ahli UMNO Johor Bharu. Yang tak nampak batang hidung ialah Datuk Mukhriz Mahathir. Cuba tanya dia, berapa kali dia turun masa banjir besaq hari tu?
 


Kedah Times: Tanah Gereja tidak termasuk lokasi strategik? Heeey.. Ghani, awak ni jadi Exco pekak kaaa...?
 

Dalam lokasi kawasan konon nak dibangun Aman Central niiiii.... Gereja dihujung/sempadan tanah projek sebelah pekan dan surau dihujung sebelah jalan kancot. Bersambung tanah tuuuu... Pi lah roboh dan ambil juga tanah gereja tuuuu... Awat, Kerajaan PAS takut kat kristian tak takut kat Islam?

Saiburi Sudin: YB Ghani dah bagi alasan tapi masih tak faham. Shopping Complex dikunjungi oleh semua orang, yang nak ramai pun orang Melayulah sebab orang Melayulah pengguna terbesar di negara ini. Buat shopping complex yang ada sebuah surau besar, gah boleh nampaknya syiar Islam di situ sudah tentu membanggakan kita. Tapi kalau runtuh gereja, depa nak bina balik dalam shopping complex tu.. hangpa syok sangatka shopping complex pertama di Kedah ada gereja? Ok, katakanlah depa setuju pi buat gereja tu tang lain sebagai ganti, nak cari tang mana di Kedah ni buat gereja baru? Belakang rumah Chot? Tepi rumah Sobri Sudin? Biaq pi lah gereja tu dok tangtu, sesuai sangat bukan dalam perkampungan orang Islam pun daripada depa buat lain gereja di tempat baru, akan timbul lagi kontroversi baru.
 


Kedah Times: Ghani jangan memandai-mandai nak samakan Al Bukhari runtuhkan Mesjid Alor Malai dengan Sanny Ho nak runtuhkan surau Salihin. AlBukhari runtuh Mesjid tak buat kompleks perniagaan, dibiar dan diindahkan lagi dengan suasana sekitar perkuburan. Yang Sanny Ho/Kerajaan PAS nak runtuhkan surau Salihin ini, nak dirikan komplek perniagaan yang didalamnya nanti akan ada segala punca dan bentuk maksiat yang akan merusakkan anak-anak muda Islam di Alor Star.
 

Saiburi Sudin: Tok sah dok loyaq buruk memang tak sama.. sana runtuh masjid, sini roboh surau. Sana Giant, sini Aman Central. Yang samanya ialah konsep istibdal, yakni pindah wakaf kepada yang lebih besar manfaat. Wakaf masjid lama tu pindah ke masjid Bukhari yang baru, bukan pindah fizikal masjid tapi pindah kepentingan, maknanya masjid baru tu adalah kesinambungan dari masjid lama sebab tak boleh buat dua masjid dalam satu khariah. Wakaf Madrasah Salihiah pindah ke tempat lain yang akan diputuskan oleh MAIK. Runtuh bangunan Salihin bukan kerana keperluan buat kompleks. Tak cukup tanah wakaf besaq kelemboi tu nak buat keseluruhan Aman Central tapi runtuh untuk naik taraf surau kat situ, daripada dok tersorok celah pembangunan yang nanti akan nampak lebih lekeh dan tersisih. Betoi ka segala bentuk maksiat akan muncul di situ, tolong senarai sat kedai-kedai maksiat tu?
 


Kedah Times: Perbezaannya diantaranya kerja AlBukhari dengan Sanny Ho yang diizinkan oleh Kerajaan PAS/Kerajaan Islam konon amat jauh. Barua punya Exco Penerangan.... Heeyy Ghani, awak buang lah kupiah putih dan title USTAZ dihujung nama awak tuuuuu... HIPOKRIT.


Persoalannyaaa... Ghani niii... bukan penyangak kaaa?. Memang Ghani ni penyangak yang bertopengkan Islam.

Saiburi Sudin: Itulah bahasa orang yang nak mengangkat martabat Islam konon, pakat-pakat nilai tengoklah nuu. Nak kalih isu pulak dah, dari isu masjid dan surau kepada isu Bukhary dan Sanny Ho. Kalau nak bahas bab penguasaan ekonomi Melayu/Cina.. tunggu lepas ni, sebab apa Melayu jadi ‘kucing kurap’ dalam ekonomi Malaysia? Siapa pengkhianatnya? Laa kita fokus isu Salihiah dulu.


Kedah Times: Masaalahynyaaa.... PKNK dijadikan alat menangguk kekayaan kapada kroni-KRONI PAS dan MB Kedah, juga sesiapa penyangak-penyangak PAS yang hidup kaya raya sekarang ini.
 

Saiburi Sudin: Tak perlu serahkan pada SPRM, tapi kita serahkan kepada Allah SWT untuk ‘menjawab’ segala fitnah jahat yang dilemparkan terhadap pemimpin PAS itu.
 

Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar member taufik dan hidayah kepada golongan yang ghurur atau tertipu dengan perjuangan yang kononnya mengangkat martabat Islam tapi hakikatnya mereka sedang memusnahkan imej Islam. Amiiiiin.


Baca, faham dan sebar bagi menjawab segala auta yang dilemparkan ke atas pas kedah.

Sumber asal : sini


Ameno : Salah sendiri taknampak salah org dia reka.

Jumaat, 3 Februari 2012

Adun PAS melawat pasar babi.



Mula2 mari kenal pasti ini gambar super impose ke betul?

Dah. Ini dipercayai gambar betul sebab sehingga kini tiada sesiapa pun menafikan ini gambar super impose.

Selepas itu nak pastikan apa dulu tujuannya ke pasar babi neh..

Owhh dengar citer nak bagi angpow dan limau mandarin..

So.. urmmm... haaa... oooo.... jap. Urmmm... nak fikir jap. Ermmm... eehh boleh tak aku diam je dalam isu neh? Bukan apa pasal aku tak berapa faham sangat isu neh macam mana. 

Aku ingat nak masuk disko dulu lepak2 then keluar balik untuk bagi jawapan kat korang kalau aku rajin larh kan. Cuma korang jangan salah sangka lak aku kaki disko bila cakap macam neh. Aku just nak joget2 jek beb. 

Hah apa? Janganlah kamu menghampiri tempat2 yang boleh membuatkan orang menyangka buruk terhadap kamu? Lepaklah.. asalkan aku tak buat kerja2 haram. Disko tak haram, yang haram itu arak dan joget peluk2 jek beb. 

Hah apa? Boleh mengundang persepsi serong? Ada aku kesah? 

kah kah kah

Nota mengenai gambar : Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor (Rosalan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina dengan penjual daging babi sambil mengedarkan limau mandarin.

Ameno : Errr.. dulu sapa main gambar pemimpin bn yang tangkap gambar di kandang babi tue ek..?

Gambar Najib Yang Handsome kat Batu Caves.

Sapa ada baca malaysiakini tadi?Ada baca tak pasal geng2 pkr yang bantah kedatangan najib ke batu caves? Kata mereka kedatangan najib ada agenda politik. Aku nak tergelak. Bukan apa, tindakan dorang neh lawak beb. 

Walaupun ko tak suka najib ke apa tapi ko kena hormat dia tue piem malaysia. Dia boleh melibatkan diri dia dengan aktiviti2 kemasyarakatan. Tanpa halangan dan sekatan. Sebab? Dia piem ma. Ko mungkin tak suka tapi belum tentu penganut2 hindu yang lain tak suka juga. So kalau nak ikut ko punya perasaan jek, bagaimana pula dengan yang lain? Adoii.

Lagipun fikir lah panjang sket. Esok lusa kang ada pula mamat2 mca ka, mic ka yang bantah kedatangan pemimpin2 pr ke aktiviti2 kemasyarakatan yang lain. Macam mana? Orang nak berpolitik pun biarlah betul2. Apa jua niat najib ke batu caves lantak disitu. Yang penting kehadiran dia ke sana atas kapasiti jawatan dia sebagai pm malaysia. Yang tue kita seme kena hormat suka tak suka sekalipun. 

Cuba lah jangan nak mempolitikkan benda2 yang takde faedah macam neh. Bukan apa tak pasal2 jek geng2 pembangkang akan digelar ketandusan isu. Walhal banyak lagi isu2 besar yang sedang menanti untuk diletupkan. Pommm.. pomm kebabomm..

Kat bawah neh aku nak share satu gambar handsome najib di batu caves bagi menyambut kedatangan nya kelak ;


Peh. 

Aku terkejut. Itu jek yang aku boleh cakap.

kah kah kah
Ameno : Pengsan.

Ini ke kasut Rosmah Mansur yang mahal dan cantik tue?



Gila arh. Neh kalau orang tak anggap aku stalker rosmah mansur aku sendiri pun hairan. Pasal apa? Pasal aku sendiri pun dah anggap diri aku neh stalker rasmi rosmah mansur beb.

kah kah kah

Lihat gambar kat atas neh. Okey selama neh asyik focus pasal barangan kemas dan beg tangan dia jek kan? Terbaru baju dia kan? La neh kita stalker pasal kasut dia pula. Peh. Gambar neh dapat dari wall kartunis zunar. Kasut yang dikatakan mahal neh dipercayai datangnya dari jenama jap.. nak copy paste jap.

kah kah kah

==> Christian Louboutin 


Aku haram kenal jenama neh. Aduiii memang tak branded langsung hidup aku neh beb. Tapi memang kasut dia cantik2 beb. Gila aku tengok. Time neh kalau aku ada duit aku pun nak pergi beli. Menyesal dowh tengok website dia tadi. Menyesal sebab tak mampu beli.

kah kah kah

Tadi aku dah pergi godek2 harga kasut neh di google. Aku dapati harga dia harga yang memang rosmah mampu milik beb. Siyes. Baca betul2. Harga yang rosmah mampu milik. Bukan harga yang aku dan kebanyakkan rakyat biasa mampu milik. Ada beza besar disitu beb. Range harga dia bagi kasut neh berbeza2. Dia ada koleksi ikut musim. Dia pun ada koleksi terhad. Dia pun ada custom made. 


Harga dia dalam ratus2 sampai ke ribu2 ikut koleksi larh. Kalau custom made itu harga lain. Tak sampai pun juta2 beb. Kalau nak juta2 kena bubuh berlian mutiara bagai. Tapi kan aku tatau nak kata rosmah beli guna duit rakyat ke apa dalam isu kasut neh. Sebab standard dia pun mahal2 dalam 5,6 ribu jek. 5,6 ribu bagi rosmah mungkin 50-60 beb. So susah gak nak rasa was2 dia beli kasut neh guna duit rakyat. Apatah lagi bergantung kepada persepsi semata2. Lagi susah. 

Bagi aku, setakat bawah 10ribu, rosmah pejam mata klinkk.. dah dapat. Tapi tak confirm pun memang dia pakai kasut brand neh. Lain brand lain harganya beb. Kalau brand neh standard riban2, brand lain belum tentu. Sama2 larh kita jadi stalker rosmah mansur neh yek. Check larh dia pakai kasut brand apa. Muahahah..


Ameno : Sepasang kasut = sebuah motor.

Dr Khir Toyo : Saya Menteri Besar Selangor Yang Jalankan Tugas dengan Baik.

WOW..


Bekas menteri besar telah memuji dirinya sendiri di dalam artikel di bawah neh. Ini sesungguhnya bukan sesuatu yang mengejutkan. Budaya naik lif sendiri tekan button adalah normal di dunia neh. Aku pun selalu buat. 
Tapi sekarang neh dia bukan buat budaya naik lif tekan butang sendiri sebaliknya dia bawa budaya sendiri pecahkan cermin dan orang nampak dia pecahkan cermin tersebut kemudian nya salahkan [tuduh] orang lain yang pecahkan cermin. Ini budaya yang sangat2 tidak sihat untuk di amalkan. Jangan korang tiru ye.

kah kah kah 

SHAH ALAM: Dr Mohd Khir Toyo berkata beliau serik menjadi menteri besar Selangor yang disandangnya selama lapan tahun.
“Tidak ada satu pengiktirafan yang saya dapat, sebaliknya cacian walaupun saya menjalankan tugas dengan baik.
“Saya jalankan amanah, ekonomi baik, pekerjaan banyak setinggan saya hapuskan sehingga 98 peratus. Semua baik waktu itu.
“Saya bekerja 18 jam sehari sehingga tidak ada masa untuk bersama keluarga dan anak isteri,” katanya,” katanya ketika ditemui di pejabat perniagaannya di Glenmarie di sini.
Bekas menteri besar Selangor itu menjadi ahli perniagaan sejak tiga tahun lalu setelah BN tumbang dalam pilihan raya umum 2008.
“Saya berniaga sejak tidak menjadi menteri besar, untuk mencari makan. Saya lebih senang begini.
“Ada masa untuk bersama isteri dan anak-anak,” kata Adun Sungai Panjang itu lagi.
Dr Khir menjadi menteri besar Selangor pada 2000 ekoran perletakan jawatan Tan Sri Abu Hassan Omar.Waktu itu beliau berumur  36 tahun – menteri besar kedua termuda selepas Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr Khir mengesahkan beliau  tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13.
“Saya tidak akan mempetahankan kerusi DUN itu walau yakin menang jika saya bertanding. Berilah kepada orang lain. Serik,” tambahnya sambil tersenyum.
Bagaimanapun, Dr Khir berjanji akan terus membantu BN merampas semula kerajaan negeri Selangor dari Pakatan Rakyat.
Beliau kini berdepan hukuman penjara setahun ekoran kesalahan memiliki rumah lebih murah dari harga sebenar.
Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu yakin akan bangkit lagi dalam politik.
“Saya masih muda, 45 tahun banyak masa lagi. Jalan saya masih panjang untuk pergi…
“Lihat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) dipecat dan kemudian menjadi perdana menteri,” katanya.
Dr Mahathir kalah dalam pilihan raya umum 1969 dan dipecat dari Umno kerana mengkritik Perdana Menteri waktu itu, Tunku Abdul Rahman.
Bagaimanapun, beliau diterima semula Umno semasa  Tun Razak Hussein menjadi perdana menteri.

Cakap bolak balik plak tue. Tue yang aku tak tahan sampai tergelak2 baca artikel neh. Nak tahu sebab apa? Sebabnya ialah ;

1. Mula2 dia puji diri sendiri hebat sangat time jadi menteri besar. Puji setakat puji aku pun reti buat. Kalau hebat sangat bagi lah fakta dan dokumen yang membuktikan kata2 dia di atas tue. Yang sorok dokumen selepas selangor kalah teruk tue sapa? Aku ka? Bukan ko ka? Bekas menteri besar yang jalankan tugas dengan baik di selangor?

kah kah kah

2. Then dia cakap takmo bertanding dah walaupun yakin menang besar. Yang neh betul2 buat aku tergelak. Siap mengaku serik lagi beb. Lawak siot.

3. Then dia cakap dia masih muda. Bandingkan diri sendiri dengan mahathir. Perjalanan dia dalam politik masih jauh. Errr jap. Tadi sapa cakap takmo bertanding lagi? Serik? Aku ka? Rasanya.. errr ko kan? 

kah kah kah

Sebab tue aku kata dia neh cakap bolak balik. Aduiiii.. dia ingat rakyat selangor neh kalau baca, main baca tanpa ada tafsiran ka di akal masing2? Betul2 kuat puji diri sendiri larh dia neh. Even kalau dia tak buat apa2 salah pun aku fikir dia tetap jatuh gak sebab suka puji diri sendiri. 

kah kah kah

Ameno : Naik lif suruh org lain tekan butang ..

Zulkifli Nordin digesa bayar hutang.


Ini isu peribadi dia. Bukan kita boleh kecoh2kan. Yelah memasing pun ada hutang kan. Hutang dengan bank, hutang dengan family, hutang dengan kekawan, hutang itu, hutang neh sampai nak pecah kepala dok fikir macam mana nak bayar hutang. 

Penat2 berkerja, duit habis bayar hutang. Duit habis bayar hutang setelah penat2 berkerja. Berkerja semata2 nak bayar hutang. Arhh sudah. Tension. Seme pun sama je hasilnya tak kira guna ayat macam mana pun kan?

Kah kah kah

Tapi geng, janganlah contohi sikap seseorang di atas neh yer. Yelah mulut kemain riuh kutuk2 orang tapi time susah dulu tah sapa tah yang bantu dia kan kan kan? Bukan mengungkit2 tapi at least cover2 lah sikit. Tak dapat bayar banyak, bayar sikit2. '

Kot ye pun nak menghentam tengoklah kiri kanan atas bawah dulu. Sekali tersilap hentam orang daa.. kan dah kena balik. Lue fikirlah sendiri. Wa takmo campur. Hal peribadi dia, bukan hal peribadi wa. Hal peribadi wa pun bersepah tinggal untuk wa uruskan. Meskipun si zulkifli nordin neh suka serang peribadi orang.

kah kah kah

Sumber : sini

Ameno : Tukar haluan politik, bukan tukar hutang sekali gak beb.. muahahah..

Rafidah SOUND Shahrizat!

Hah

Hambek kau.

Rafidah sound shahrizat. Baca bawah neh ;

Rafidah: Leave if you are a burden!

KUALA LUMPUR: Former Wanita Umno chief Tan Sri Rafidah Aziz has launched a scathing, thinly-veiled attack on her successor Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, suggesting that the latter should vacate all posts in Umno and the government.

In a candid interview with The Malay Mail recently, Rafidah stopped short of naming Shahrizat but the references were clearly pointed at the Women, Family and Community Development Minister.

“If you are a problem to the party and government, please move out!

“That’s it (for) everyone, whether it’s got to do with cows or anything (else). That’s the most matured way of dealing with your problems,” said Rafidah.

“Why are you so hung up about the three-week decision (to take a break)? You’re missing the point!

“The point is: damn it, decide, don’t leave it (the decision to go) to the Prime Minister (Datuk Seri Najib Abdul Razak). Don’t leave the onus on the Prime Minister to decide for you.”

Rafidah’s remarks are bound to re-ignite talks of hostility between the two Umno heavyweights. Shahrizat had toppled Rafidah from her Wanita chief post in 2009.

The Kuala Kangsar MP said a chain was only as strong as its weakest link.

“If your toe has gangrene, you don’t chop off the whole leg, you just amputate the toe!”
Hence, she said leaders who have become a liability to their respective political parties should take the right step and leave the party or at least resign from their posts rather than passing the burden to party leadership as they do not fit Najib’s definition of a “winnable candidate”.

The Prime Minister had on several occassions stressed that the Barisan Nasional would only field what he termed as “winnable candidates” in the next general elections.

“Whoever is in the wrong, please do the needful. But do not use the same brush stroke to tarnish the government.That’s why I say if you’re a bother to the government, you are a liability to the government and to the party, (and should) make the decision to move away,” she said.

Known as the Iron Lady, Rafidah was also quick to slam anyone who intends to open old wounds such as the allegations of the awarding of Approved Permit (APs) that was used against her during her time in government.

She said it was unfair to equate the two incidents.

“There was no evidence and there was no link to any family member,” she said.

“You think I’m not a God-fearing woman and do all these things? It’s a sin, you know!”

Shahrizat, who is currently abroad, did not respond to calls and text messages.

The Malay Mail

Point penting ;

1. Rafidah walaupun tidak menamakan shahrizat dalam artikel di atas neh tetapi jelas dia menujukan statement neh khusus buat shahrizat.

2. Rafidah menegaskan bahawa individu yang memberi masalah kepada parti dan kerajaan harus meninggalkan jawatan nya samada dalam kerajaan, parti ataupun kedua2nya sekali. Ini barulah tindakan yang matang. Buat apa sibuk amek cuti 3 minggu pula?

3. Rafidah juga menegaskan jangan susahkan najib untuk selesaikan isu neh. Dah sendiri yang bermasalah, sendiri out lah. Jangan susahkan parti. Jangan kerana dia, parti pula musnah.

4. Rafidah juga menafikan skandal ap sama seperti skandal lembu. Berbeza dengan skandal lembu, skandal ap tidak melibatkan mana2 ahli keluarga rafidah. [suami dia itu bukan kah terbabit sekali dengan skandal ap?]

5. Shahrizat sekarang neh kat luar negara, dia juga mengabaikan semua panggilan telefon dan sms.

Kesimpulan nya?

UMNO pun marah shahrizat duduk dalam umno, jadi ada logik kah kalau pembangkang dan rakyat rasa tak marah dengan shahrizat? Mesti tak logik punya. So blah larh shahrizat, belah larh woitttt..

Ameno : Berambos je larh.. tunggu pr amek alih baru lah kami boleh hukum ko.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...