Kedah Times: Beliau
berani mengatakan Surau Al Salihin bukan rumah Allah dengan alasan
tandas tidak terpisah dari bangunan utama. Apa bezanya pulak jika surau
baru yang akan dibina dalam kompleks yang boleh di akses dari luar pada
bila-bila masa? Didalam kompleks pula ada bermacam-macam tempat najis
dan berbagai-bagai perlakuan maksiat.
Saiburi Sudin: Ambik
akhbar Sinar Harian baca betoi-betoi. YB Ghani kata bangunan Madrasah
Salihiah (ulang sekali lagi BANGUNAN, maksudnya bangunan keseluruhan
tu..) tidak boleh dinamakan ‘Rumah Allah’ kerana di situ ada tandas,
pejabat dan surau yang tidak terpisah. Tujuannya, jangan
sewenang-wenangnya nak kata, bila runtuh bangunan tu bermakna runtuh
Rumah Allah. Kalau setakat ada surau kat situ kita nak isytiharkan
sebagai ‘Rumah Allah’ bermakna Wisma Darul Aman, Kompleks Shahab
Perdana, Pekan Rabu juga adalah ‘Rumah Allah’ kerana dalamnya ada surau.
Macam tu ka?
KT
tanya apa bezanya pulak jika surau baru yang akan dibina dalam kompleks
yang boleh di akses dari luar pada bila-bila masa? Jawabnya, samalah!
mana boleh kata Aman Central itu ‘Rumah Allah’ hanya kerana sebuah surau
besar akan dibina di situ. Masjid adalah sahih layak menerima gelaran
Rumah Allah, tapi harus diingat ia hanya merujuk kepada bangunan rungan
solat itu sahaja, tidak termasuk tandas masjid. Sebab itu ikut Mazhab
Shafie bangunan musolla mesti terpisah dengan tandas. Tak taula pulak
kalau ada mazhab baru UMNO yang isytihar tandas sebagai ‘Rumah Allah’.
Waliyazubillah.
Kedah Times: Kenapa Majlis Fatwa/Mufti membuat keputusan kedua menyanggah keputusan pertama?
Saiburi Sudin: Ada
sorang rakan marahkan kerajaan negeri depan SS kerana ‘runtuhkan surau
untuk bina shopping complex’. Rupanya dia dapat maklumat tu dari TV3 dan
Utusan Melayu. Bila diterang perkara sebenar dari A sampai Z. Orang tu
pun faham, lantas berkata, “Kalau macam tu aku pun setuju 100%”. Begitu
juga dengan Majlis Fatwa, kali pertama dia membuat keputusan hanya
berdasarkan isu ‘roboh surau, untuk buat shopping complex’, memang jelas
haram. Tapi selepas diberi penjelasan dan Majlis Fatwa pun tahu hujung
pangkal isu sebenar... maka keputusan kedua yang dibuat adalah
berdasarkan maklumat yang sebenar dan tepat, tentulah keputusan kedua
itu yang lebih berwibawa dan haq.
Kedah Times: Bukankah Dato' Amiruddin Hamzah membawa kehendak Kerajaan Negeri dengan memaksa Mufti tukar keputusan Fatwa pertama?
Saiburi Sudin: Fatwa
tidak dibuat oleh Dato’ Mufti seorang tetapi setelah bermuzakarah
dengan 9 lagi ahli Majlis Fatwa yang arif lagi berwibawa. Jangan hina
Mufti seolah-olah beliau boleh dipaksa buat keputusan menurut kehendak
Exco. Ingat Mufti Kedah tu macam ulamak UMNO ke?
Kedah Times: Adakah
penukaran dari fatwa pertama kapada fatwa kedua oleh mufti telah
dirujuk/sembah maklum kepada KDYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Ugama
Islam Negeri Kedah? Inilah cara kerja pemerintahan yang diketuai oleh
Ustaz Azizan yang berpelajaran tinggi agama.
Saiburi Sudin: Prosedurnya mesti macam tu, kalau masih tak percaya pergi jumpa Dato’ Mufti minta penjelasan.
Kedah Times: Penjelasan
yang diberikan dalam perkara ini amat bercanggah. Ghani sewenang-wenang
mempergunakan KDYMM Tuanku Sultan sebagai sandaran. Jika benar tidak
dipersembah maklum kepada KDYMM Tuanku Sultan bermakna Ghani Ahmad
adalah pembohong besar dan Kerajaan Kedah lebih besar pembohongannya, MB
terutamanya. Sekarang terbukti bahawa bukan setakat Mufti yang
bertanggungjawab dengan hal ehwal ugama Islam dipermainkan PAS, tapi
KDYMM Sultan Kedah pun dipermainkan oleh Kerajaan PAS/PR Negeri Kedah.
Saiburi Sudin: Apa
punya hujah.. “Jika benar tidak dipersembah...” lepas tu “Ghani
Ahmad/kerajaan negeri Kedah adalah pembohong besar”. Lepas tu lagi..
“Sekarang terbukti bahawa..” Orang berakal tak berhujah bersandarkan
‘kalau’, ‘andai’, ‘jika’, ‘sekiranya’..lalu terus jatuh hukum. Macam
nilah contoh.. “Sekiranya hang curi duit aku, hang memang jahat, tak
guna punya orang, maka terbuktilah hang tipu kata hang tak curi, hang
patut dihukum” @!#$%^&*#$... wayar putuih punya ayat.
Kedah Times: BBSMS
bukan cakap fasal sejarah. Yang dicakapkan, dipersoalkan dan
dipertahankan ialah TANAH WAQAF KHAS untuk kegiatan Islam di surau
tersebut. Bangunan yang ada sekarang memang baru dibina semula sejak dua
tahun yang lalu.
Saiburi Sudin: Habag
terus terang macam tu bukan ka senang. Ini tidak, siang malam TV3,
Utusan Meloya lapor ‘Surau yang berusia 100 tahun’ (ulang beratus
kali).. sampai la la ni pun tiap2 hari dok sebut benda tu, Naina Marikan
sebut surau 100 tahun ada nilai sejarah wajar dikekalkan. Takpala Naina
tu orang Penang dia tak tau apa satu... ini Mat Bashah, Datuk Tengku
Non Persatuan Kerabat yang dok kelewark dalam Aloq Setaq tiap-tiap hari
pun sebut ‘surau 100 tahun’ apa kejadahnya. Nampak sangat tak ikuti
perkembangan langsung tapi gatai nak bagi ulasan.
Kedah Times: Ghani kata Madradah ini dibuat sebagai tempat perniagaan. Itu ada pengimarahan surau. Awat, salah?.
Saiburi Sudin: YB
Ghani ada kata salah ka? Yang salahnya dok pi habag satu satu dunia
kononnya kerajaan negeri nak runtuh ‘Rumah Allah’ seolah-olah seluruh
bangunan tu adalah tempat musolla. Habagla elok-elok kata yang nak
diruntuh tu bangunan Salihiah yang di dalamnya ada surau, pejabat,
tandas dll.
Kedah Times: Tiada
anak qariah bersolat jamaah di surau itu? Itulah butanya Ghani niiih...
Pernahkah Ghani Ahmad bersolat disurau tersebut setiap waktu solat,
terutamanya waktu solat subuh? Hee.. Ghani, berdua orang bersolat disitu
pada masuk waktu sudah dikira jemaah tauuuu... bahlol.
Saiburi Sudin: Seorang
pemimpin tak perlu pi tengok sendiri. Dia ada kakitangan untuk siasat.
PM dok ceramah macam-macam isu tu, awat setiap kejadian dia turun pi
tengok sendiri ka? Untuk jawab soalan ni senang saja, pi sendiri waktu
Maghrib, Isya dan Subuh kat surau tu maka dapatlah jawapannya. Sejak isu
ni disensasikan, baru ada lampu kat surau Maghrib dan Isya, tuu pun ada
orang ke takdak tak tau. Tapi nak habag lagi sebelum ni.. lepas waktu
Asar siap boh rantai dengan pedai ayam (pad lock).
Tujuan
isu tak dak orang berjemaah ni dibangkitkan, nak habag bagi.. kesian
dekat pewakaf tu. Bukankah jika wakaf tu dipindahkan (istibdal) ke
tempat yang lebih dimakmurkan... dengan modal RM1.48 juta tu mampu bina 7
buah surau di tempat lain, insya Allah pahala mengalir dekat pewakaf
tak putus-putus dengan banyaknya. Tang mana pulak wakaf yang baharu tu
nak buat? Itu serah dekat MAIK, depa akan umumkan nanti nak buat tang
mana nak buat apa, lagu mana tapi buat tetap buat depa tak boleh guna
duit tu selain wakaf yang lebih baik, depa pun reti hukum hakam, toksah
dok kalutlah.
Kedah Times: Orang
berdemontrasi memang datang dari luar kawasan itu, kerana, itulah
namanya perihatin terhadap tindakan keji Kerajaan PAS Kedah berusaha nak
runtuhkan surau itu, maka dari segenap ceruk rantau mereka akan datang
menyokong. Merekalah juga yang akan datang lagi untuk pertahankan surau
tersebut dan mereka akan bermandi darah disitu.
Saiburi Sudin: Habih
200 ahli kariah kononnya yang ada kat situ awat tak prihatin sama?
Betoi ka dari segenap ceruk rantau? Yang SS tau Bet Ketua Pemuda Taman
Wira angkut puak muda UMNO Taman Wira dengan beberapa orang geng
Perkasa. Nak burukkan peribadi tak maula, tapi SS kenai sekog-sekog
kalau hak mai dari Taman Wira tu. SS nasihat beberapa orang dari depa tu
elok lengkapkan solat fardhu 5 waktu dulu sebelum kalut dok solat hajat
politik tu. Toksah cadang nak mandi darahlah, buat mati katak saja.
Kedah Times: Pernahkah
Ghani ke Pulau Pinang. Disana, ditengah-tengah 100% masyarakat Cina, di
Cullia Street, di Jalan Burmah, di Jalan Meclister, malah di jalan
tempat asal kedai kitab Allahyanham Yussuf Rawa bapak kapada MP Parit
Buntar masih tersergam mesjid/surau tanpa seinci pun diusik dan sudah
beratus tahun ianya berada disitu. Dimana duduknya umat Islam yang
bersolat disurau/mesjid disitu tiada sapa yang tahu. Apabila tiba saja
waktu solat azan akan berkumandang, tiada siapa pun yang melarang.
Saiburi Sudin: Maka
terjawablah fitnah yang mengatakan azan dilarang dikumandangkan di
masjid dan surau di Pulau Pinang yang diperintah PR yang ketua
menterinya DAP.
Kedah Times: Jadi,
sama lah juga dengan surau Salihin. Jangan jauh, lihat Mesjid Nagor
Alor Star, tiada seorang pun umat Islam disekitar itu, tapi ianya masih
disitu dan adaaa... je umat Islam yang bersolat jamaah. Ghani, awak
jangan perbodohkan orang.
Saiburi Sudin: Tak
sama aih, kat surau Salihiah tu.. waktu Maghrib, Isya dan Subuh pada
kebanyakan waktu tak ada orang pun pi dok memakmurkan surau tu.
Kedah Times: Memadailah awak perbodohkan rakyat di DUN Air Hitam, awak lari tak bagi bantuan masa banjir.
Saiburi Sudin: Taktik
alih isu setelah takleh pii dah isu bangunan Salihiah. YB Ghani lari pi
mana? Yang SS tau siang malam dia berendam air banjir bersama penduduk.
Pi tanya orang Jerlun, jangan tanya ahli UMNO Johor Bharu. Yang tak
nampak batang hidung ialah Datuk Mukhriz Mahathir. Cuba tanya dia,
berapa kali dia turun masa banjir besaq hari tu?
Kedah Times: Tanah Gereja tidak termasuk lokasi strategik? Heeey.. Ghani, awak ni jadi Exco pekak kaaa...?
Dalam
lokasi kawasan konon nak dibangun Aman Central niiiii.... Gereja
dihujung/sempadan tanah projek sebelah pekan dan surau dihujung sebelah
jalan kancot. Bersambung tanah tuuuu... Pi lah roboh dan ambil juga
tanah gereja tuuuu... Awat, Kerajaan PAS takut kat kristian tak takut
kat Islam?
Saiburi Sudin: YB
Ghani dah bagi alasan tapi masih tak faham. Shopping Complex dikunjungi
oleh semua orang, yang nak ramai pun orang Melayulah sebab orang
Melayulah pengguna terbesar di negara ini. Buat shopping complex yang
ada sebuah surau besar, gah boleh nampaknya syiar Islam di situ sudah
tentu membanggakan kita. Tapi kalau runtuh gereja, depa nak bina balik
dalam shopping complex tu.. hangpa syok sangatka shopping complex
pertama di Kedah ada gereja? Ok, katakanlah depa setuju pi buat gereja
tu tang lain sebagai ganti, nak cari tang mana di Kedah ni buat gereja
baru? Belakang rumah Chot? Tepi rumah Sobri Sudin? Biaq pi lah gereja tu
dok tangtu, sesuai sangat bukan dalam perkampungan orang Islam pun
daripada depa buat lain gereja di tempat baru, akan timbul lagi
kontroversi baru.

Kedah Times: Ghani
jangan memandai-mandai nak samakan Al Bukhari runtuhkan Mesjid Alor
Malai dengan Sanny Ho nak runtuhkan surau Salihin. AlBukhari runtuh
Mesjid tak buat kompleks perniagaan, dibiar dan diindahkan lagi dengan
suasana sekitar perkuburan. Yang Sanny Ho/Kerajaan PAS nak runtuhkan
surau Salihin ini, nak dirikan komplek perniagaan yang didalamnya nanti
akan ada segala punca dan bentuk maksiat yang akan merusakkan anak-anak
muda Islam di Alor Star.
Saiburi Sudin: Tok
sah dok loyaq buruk memang tak sama.. sana runtuh masjid, sini roboh
surau. Sana Giant, sini Aman Central. Yang samanya ialah konsep
istibdal, yakni pindah wakaf kepada yang lebih besar manfaat. Wakaf
masjid lama tu pindah ke masjid Bukhari yang baru, bukan pindah fizikal
masjid tapi pindah kepentingan, maknanya masjid baru tu adalah
kesinambungan dari masjid lama sebab tak boleh buat dua masjid dalam
satu khariah. Wakaf Madrasah Salihiah pindah ke tempat lain yang akan
diputuskan oleh MAIK. Runtuh bangunan Salihin bukan kerana keperluan
buat kompleks. Tak cukup tanah wakaf besaq kelemboi tu nak buat
keseluruhan Aman Central tapi runtuh untuk naik taraf surau kat situ,
daripada dok tersorok celah pembangunan yang nanti akan nampak lebih
lekeh dan tersisih. Betoi ka segala bentuk maksiat akan muncul di situ,
tolong senarai sat kedai-kedai maksiat tu?
Kedah Times: Perbezaannya
diantaranya kerja AlBukhari dengan Sanny Ho yang diizinkan oleh
Kerajaan PAS/Kerajaan Islam konon amat jauh. Barua punya Exco
Penerangan.... Heeyy Ghani, awak buang lah kupiah putih dan title USTAZ
dihujung nama awak tuuuuu... HIPOKRIT.
Persoalannyaaa... Ghani niii... bukan penyangak kaaa?. Memang Ghani ni penyangak yang bertopengkan Islam.
Saiburi Sudin: Itulah
bahasa orang yang nak mengangkat martabat Islam konon, pakat-pakat
nilai tengoklah nuu. Nak kalih isu pulak dah, dari isu masjid dan surau
kepada isu Bukhary dan Sanny Ho. Kalau nak bahas bab penguasaan ekonomi
Melayu/Cina.. tunggu lepas ni, sebab apa Melayu jadi ‘kucing kurap’
dalam ekonomi Malaysia? Siapa pengkhianatnya? Laa kita fokus isu
Salihiah dulu.
Kedah Times: Masaalahynyaaa....
PKNK dijadikan alat menangguk kekayaan kapada kroni-KRONI PAS dan MB
Kedah, juga sesiapa penyangak-penyangak PAS yang hidup kaya raya
sekarang ini.
Saiburi Sudin: Tak
perlu serahkan pada SPRM, tapi kita serahkan kepada Allah SWT untuk
‘menjawab’ segala fitnah jahat yang dilemparkan terhadap pemimpin PAS
itu.
Marilah
kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar member taufik dan hidayah kepada
golongan yang ghurur atau tertipu dengan perjuangan yang kononnya
mengangkat martabat Islam tapi hakikatnya mereka sedang memusnahkan imej
Islam. Amiiiiin.
Baca, faham dan sebar bagi menjawab segala auta yang dilemparkan ke atas pas kedah.
Sumber asal : sini
Ameno : Salah sendiri taknampak salah org dia reka.