Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 Januari 2012

Zambry harap tuah pada tahun Naga?


Sebagai MB yang beragama islam adalah amat tidak manis zambry buat statement begini. Agama kita berbeza2. Walaupun dia mungkin ada maksud yang lain tetapi lebih baik jangan sebab ini boleh menjurus kepada salah faham dan salah tanggapan pada pandangan orang lain terutamanya yang beragama islam.

Kadang2 sebagai manusia kita pun rasa macam okey. Contohnya macam bila kaca pecah kita anggap bad luck. Walhal ahti kita sendiri rasa berdegup2 sebelum tue lagi sehingga menyebabkan kaca pecah. Makna nya kita tak ahti2 time pegang barang akibat kegelisahan lalu menyebabkan kaca pecah.

Maksudnya disini, kita rasa tak selesa sebelum kaca tue pecah lagi, tapi kita tak nampak " punca sebenar " sebab ahti gelisah neh benda dalaman yang sukar dibaca tapi bab kaca pecah neh benda yang senang nampak so automatik kita anggap owhh kaca pecah.. mesti ada sesuatu berlaku dan bila ia betul2 maka mula larh kita beranggapan bahawa bila setiap kali kaca pecah memang bad thing is coming.

Persepsi neh kadangkala menyusahkan sebab ia boleh di anggap benar lama kelamaan sehingga ia menjadi sebahagian dari amalan. Contohnya tahun2 seperti aries dan blablabla. Begitu ramai orang2 islam yang mempercayai hal2 seperti neh meskipun kita tahu persamaan yang wujud hanyalah kebetulan nya semata2. Mempercayai tahun2 kelahiran boleh mengambarkan sikap2 tertentu sesungguhnya bukanlah sesuatu yang perlu diamalkan oleh mana2 orang islam. Itu seme adalah karut lagi mengarut.

Sama juga dengan ucapan2 si zambry neh. Dia mungkin sekadar berucap dan menganggap bahawa ucapan2 dia ialah sekadar ucapan2 biasa tapi neh juga boleh menimbulkan persepsi seolah2 dia menjerumuskan diri dia dalam mempercayai tahun2 tertentu ada tuah2 tertentu walhal dalam islam kita tiada perkara2 seperti itu. 

Tuah ataupun malang adalah ciptaan manusia sendiri. Tak kira lah cara mana kita berdepan dengan tuah or malang tapi semua tue terjadi adalah disebabkan oleh manusia samada diri sendiri or orang lain penyebabnya. Kerajaan yang baik mungkin boleh bagi tuah [polisi dan amalan pentadbiran yang baik] kepada rakyat dan sama juga jika sebaliknya. 

Ucapan zambry neh sebenarnya tidak perlu ada. Ia boleh menimbulkan salah sangka. Dia kena jaga tutur kata dia. Walaupun tak hingin nak salah sangka tapi fikirlah bahawa penilaian dan pandangan manusia neh berbeza2. Cegah lebih baik.

Ameno : Tuah sendiri usaha..

Skandal NFC : NFC dan NFCorp berbeza, Pemberi maklumat NFC pencuri!





Salleh dah buat statement baru berhubung isu neh. Ibrahim ali pun menumpang sekali. Aku taknak percaya apa2 yang si salleh dan ibrahim ali neh cakap sehingga ia terbukti benar. Bagi aku neh hanya alasan demi alasan. Aku dah tulis banyak kali pasal nfc. Paper pro pakatan rakyat pun sama. Media dan blogs pun sama. Dah jenuh dan jemu. Tapi baru sekarang salleh bagi alasan bahawa nfc tue lain, nfc corp tue lain? 


Wahhh..

Adakah rakyat ialah sang bodoh disini salleh? Hari tue time kecoh pasal bab gaji riban2, apa ko buat? Senyap. Time kecoh skandal kad kredit riban2, apa ko buat? Senyap gak. Mula2 ko cakap bak bukti then dah bagi ko senyap last2 ko balas dengan menyaman orang 100juta.

Walaupun saman tue belum dimuktamadkan lagi tapi niat nak menyaman 100 juta tue ada kan? Ko saman je lah. Biar kita lihat apa yang si rafizi akan dedahkan di mahkamah. Biar satu malaysia dan rakyat tahu apa bezanya nfc dan nfc corp disini. 

Menurut statement si salleh neh ;

1. NFC lain, NFCorp lain.

2. NFC kerajaan punya, NFCorp hak milik peribadi keluarga shahrizat dan salleh. Dalam erti kata lain NFC = dana kerajaan, NFCorp = dana sendiri.

3. Yang didedahkan selama neh ialah NFCorp.. oleh kerana NFCorp milik keluarga mereka maka apa2 urusniaga dalam tue adalah hak mereka sepenuhnya.

Inilah dia persepsi yang dia cuba tanamkan pada kita semua. Dan dia juga menganggap bahawa seluruh rakyat malaysia bodoh dengan memberikan penjelasan neh. Seseorang tolonglah pegang aku sebelum aku baling dia neh dengan kasut.

Kenapa?

Mudah.

Time orang dedahkan dia beli kondo, napa dia cakap, heyyyyy i beli kondo guna nfcorp. Under my own company. Bukan under nfc. NFCorp, my own company, private nothing to do with the gov at all.

Adakah nfc beli kondo juga? Sampai dia tak faham dan terkeliru yang mana satu? Adakah nfc dan nfcorp dua2 beli kondo sehingga dia tak boleh bezakan disini????

Kenapa time tue dia tak cakap bahawa audit siasat pasal nfc, bukan nya nfcorp. Yang you all dedah neh ialah pasal nfcorp, bukan pasal nfc. So janganlah pandai2 nak campurkan adukkan nfc dengan nfcorp sebab dua benda neh berbeza. Napa tidak bagi alasan tue?

Time orang dedah isu gaji riban2, pembelian tanah dan aset, aliran keluar wang tunai dan kad kredit bagai, apasal dia tak bidas cakap helloooowwww.... dont get angry too fast. I was paid by nfcorp not by nfc. Dont misjudge me in this issue please, rakyat.

Kenapa tidak?

Kenapa tak cakap time tue nfc lain dan nfcorp lain. Audit dedah pasal nfc, pkr dedah pasal nfcorp, dua isu neh berbeza dan tiada kaitan menurut salleh dan dia salahkan audit sewenang-wenangnya. Kalau audit dedah pasal nfc = kerajaan, kenapa tidak salleh jelaskan pada pkr hoiii ko g siasat pasal nfc dan bukan nfcorp boleh tak sebab dua syarikat neh berbeza beb. 

Adakah neh bermakna jabatan audit, polis, sprm dan semua menteri pun tak reti beza mana satu nfc dan nfcorp? Atau yang sebenarnya mana ada nfcorp or nfc, yang ada cumalah satu syarikat yang kadangkala di gelar nfc dan kadangkala di panggil nfcorp?

Salleh, melihatkan kepada jawapan ko, bukan aku nak tuduh or anggap apa2 disini, bagi aku sudah sampai masanya untuk ko bersara, duduk dirumah dan jaga kesihatan diri sendiri sebelum bertambah parah. Tolonglah. Hospital banyak, duit ko pun banyak, lakukan sesuatu sebelum ia bertambah parah. Terima lah nasihat ikhlas dari aku neh please.

Dan ibrahim ali yang sepatutnya tiada kaitan dengan nfc neh pun boleh menyelit sekali bagi statement bekap salleh. Hari tue dia gak beria2 cakap dah lama dah patut aset nfc beku tapi apahal pula kali neh dia cakap bahawa pemberi maklumat nfc kepada pkr telah mencuri 2.7juta? Kenapa tiba2 jek neh?

Dan yang bestnya, dia highlightkan bahawa pencuri tue bukan melayu. So? Dia sebut bukan melayu dua kali seolah2 nak kita jelas dan faham bahawa si bukan melayu neh mencuri 2.7juta dari salleh dan salleh yang melayu neh kena tipu dan lapor kepada polis. Si pencuri tue akan didakwa di mahkamah tak lama lagi.

Si pencuri tue juga hanya dedahkan sebahagian cashbook nfcorp dan sebenarnya ia ada banyak lagi yang belum kisah sebenar yang belum didedahkan. Namun dalam masa yang sama dia serahkan kepada sprm untuk siasat kes neh.

Korang faham tak situasi disini sekarang macam mana? Situasi dia ialah seperti neh ;

1. Salleh cakap nfc dan nfcorp berbeza.

2. Ibrahim plak cakap ada pencuri.

3. Salleh cakap yang didedahkan ialah pasal nfcorp bukan nfc.

4. Ibrahim ali plak cakap pasal ada banyak kisah sebenar belum didedahkan. 

5. Salleh cakap jabatan audit bertanggungjawab betulkan kekeliruan neh sebab tidak adil isteri dia dipersalahkan dalam isu neh sebab benda neh takde kena mengena pun.

6. Ibrahim cakap tunggu siasatan sprm selesai.

Perlu ke sprm siasat kalau nfc dan nfcorp ialah dua entiti yang berbeza? Dua orang neh buat statement pada hari yang sama selepas 11 NGOs dan PERKASA berjumpa. Tapi keterangan dua orang neh saling berbeza dan saling bercanggahan. Apa sebenarnya yang dua orang neh cuba nak bagi rakyat faham? Perlu kah dua orang neh dimasukkan  ke dalam ICU? Apa pandangan korang? 

Rujuk berita ;



Ameno : Makin melalut..

Mari kenal hujah2 karut dari pakatan rakyat.

Ingat penyokong bn je ke pandai mengarut? Penyokong pr pun pandai whoorr. Ini posting lama yang aku tinggalkan sebab sibuk ari tue so aku sambung dan publish hari neh. Bukan apa beb, bagi aku kalau penyokong bn nak mengarut dia punya pasal. Pasal semakin penyokong bn mengarut maka semakin menyampah lah rakyat kepada mereka. 

Dan bila semakin rakyat menyampah kat depa maka semakin cepatlah kita boleh save malaysia. Itu sebab aku tak kesah langsung dengan hujah karut marut penyokong2 bn neh. Layan pun jarang sekali. Kita kalau nak berkawan kena tetapkan standard tertentu. Berkawan dengan orang pandai, dapat ilmu. Berkawan dengan orang mengarut? Apa pun tak dapat beb. Bowsan.

Tapi malangnya ada juga puak2 pembangkang yang gemar meroyan sebagaimana yang penyokong2 bn meroyan. Sekali sekala meroyan okey gak. Mungkin marah, mungkin bad mood or mungkin lepas geram. Tapi kalau dah selalu? Kalau dah tiap2 hari? Orang yang sokong pr pun jadi menyampah apatah lagi orang atas pagar.

Antara benda2 yang mengarut dari pakatan rakyat ialah ;

1. MENGGUNAKAN DALIL2 BAGI MENGKAFIRKAN UMNO DLL.

Aku baca pun dah gelak terguling2. Setakat neh je lah hujah dan mentaliti korang. Point lain takda. Neraka, neraka, neraka. Kafir, kafir dan kafir. Nanti paste hadis, Dalil, Alquran bagi membenarkan hujah2 dia. Dah jadi pentafsir Alquran pula walhal solat sendiri pun tak berapa cun tapi sibuk hal2 yang details dan dalam macam neh. Boleh meh?

Ko fikir orang akan undi pr dengan kata2 begini? Ko sebenarnya sedang bermimpi. Orang akan menyampah dengan pr lagi ada. Selain wujud dalil ciri2 orang yang kafir, wujud juga dalil ciri2 orang yang suka menghukum orang lain. Jika umno ialah kafir, maka ko pun tak kurang jahatnya dari mereka sebab pandai2 tafsirkan hadis bagai walaupun ko bukan arif tentangnya.

Ada pernah nampak mana2 ulama terkenal dan dihormati dalam pas buat statement begini?Jangan nak pandai2 petik statement2 tuan guru dan tafsirkan ikut suka hotak hang. Sepatutnya menjadi penyokong pr korang kena betulkan salah faham terbesar neh bukan pergi tambah salah faham. 

Tiada mana2 guru dalam pas mengkafirkan dan memunafiqkan umno dan bn secara literal. Apa yang diterangkan ialah ia menghampiri dan boleh menjerumuskan kepada perkara tersebut. 

Tapi bila sampai kat korang tiba2 ia jadi umno parti kafir. Dan korang jugalah punca ahli2 umno dan bn salah faham pada tuk guru selain dari utusan dan media arus perdana. Dan ko fikir ahli2 umno akan undi pr bila korang dah kafirkan dan sesatkan dorang? My foot.

Sepatutnya kita jadi kawan depa. Kita terangkan pada depa apa sebab, punca dan kenapa. Walaupun tak bersama kita tapi at least depa kenal nurani kita. Pendekatan korang bukan sahaja tidak membantu malahan menyusahkan.

2. MENGAITKAN SEGALA BENDA DENGAN UMNO.

Duit pun dikatakan freemason bagai. Dengan duit pun ada orang sanggup buat posting dan mengatakan umno dah dirasuki freemason secara halus. Asal boleh sahaja nak balon umno korang balon. Walhal benda belum sahih. Nak tulis ka, nak sebarkan ka, nak bagi pendapat ka tak kesah sangat tapi masalahnya biarlah pada benda2 yang relevant.

Isu freemason neh relevant ka? Sendiri yang menyusahkan diri sendiri memikirkan yahudi hebat bagai napa walhal dia manusia sama macam kita. Dia ciptaan Allah swt dan kita pun sama. Tiada hebatnya yahudi dan tiada kurangnya kita. Kita dan mereka sama sahaja. Jadi unsur2 nak takut kepada benda2 karut macam neh tak perlu ada dan wujud.

Sama juga pada isu2 lain. Contohnya orang menari2 di kenduri kahwin. Biasalah happy2. Kalau tak suka pun perlu kah ko gunakan isu macam neh untuk burukkan umno? Pada fikiran korang, owh it's okey sebab ada orang sokong ko tapi fikirlah, yang sokong ko ialah orang yang seotak dengan ko je. Yang ko nak cari undi neh bukan pada orang yang seotak dengan ko, kan?

Bukan hanya penyokong2 bn sahaja mengaitkan segala benda dengan anwar, penyokong2 pr pun dua kali lima. Mungkin korang tak rasa menyampah tapi fikirlah orang2 yang melihat neh ramai. Mata kita orang neh reti jemu, tahu tak?

3. LARI DARI TAJUK SEBENAR.

Orang cakap pasal sampah, nanti korang merapu salah bn. Orang cakap pasal nurul izzah selalu pergi luar negeri tinggalkan kawasan dia, nanti korang merapu bab najib pun sama. Apa benda neh? Bandingkan kejahatan dengan kejahatan ialah benda yang paling pakar sekali dilakukan oleh penyokong2 pr.  Bila orang cakap pasal a nanti depa alih pasal b dan cakap b lagi teruk.

Ada aku kesah dengan b? B punya teruk seme orang dah tahu dan ko tak perlu susah2 cakap lagi. Yang orang nak tahu macam mana a yang teruk neh diatasi oleh pr. Ini ialah pemangkin untuk orang memahami bahawa pr juga boleh atasi masalah dan bukan cakap tak serupa tak bikin. Jika mahu undi, yakinlah orang dulu. Setelah membela ko selama 55 tahun, dan tiba2 ko disuruh duduk rumah yang lain, boleh kah ko terima? Ada akal fikirlah sikit.

4. MENGUTUK2 BN DENGAN HUJAH YANG LOW STANDARD.

Sesuatu yang jelik. Babi umno. Umno is sial. 24 jam hanya bagi posting yang maki hamun lepas tue ko fikir orang akan seronok dengan posting2 dan hujah begini? My foot lah ko.

Instead of menerangkan apa sebab ko marah, ko lebih suka terus marah, marah dan marah.  Orang maki2 neh pun ada juga diselitkan hujah dia kadangkala tapi ko hanya tahu balas dengan maki 24 jam hujahless.

5. MENGGUNAKAN ISU PERIBADI DAN MORAL DAN MAINKAN IA SECARA BERULANGAN.

Isu csl neh ialah isu yang dah lepas. Jika korang ada akal nak bela eli yang diperangkap dalam rumahnya sendiri apahal pula dalam kes csl neh korang tak boleh pandang dari sudut yang sama?

Benda neh sebenarnya korang tafsir ikut parti. Apa sahaja yang a buat mesti betul dan apa sahaja yang b buat mesti salah. Sepatutnya kita berfikir ikut topik, lihat kesan baik dan buruk. Bukan ikut parti or ikut pemimpin.

6. MENFITNAH.

Yang neh sudahlah. Jangan nak cakap bn je. Contoh isu ; orang cakap pasal nama rosmah ada pada dokumen yang bawa masuk cincin 24j. Chegubard pun cakap benda sama. Tapi bila sampai kat korang, dia dah jadi rosmah beli cincin 24j. Apa yang orang yang sampaikan, itulah yang korang sebarkan. Yang pergi pandai2 ubah kenapa?

7. HANYA HIGHLIGHT KESALAHAN BN.
Bagi korang, orang yang sokong pr hanya boleh highlight kesalahan bn. Haram highlight kesalahan pr. Walhal, korang lupa. Kita sokong pas dan pr sebab perlembagaan bukan pasal individu. Peduli apa aku dengan pemimpin2 pr? Kalau dah mengarut banyak, dedahkan je lah. Kenapa kita perlu selindungkan dan tutup benda neh? 

Jangan nak pandai2 tetapkan standard lah bahawa penyokong2 pr mesti begini, penulis2 pr mesti begini. Selagi kita tak langgar apa yang salah, buat aje. Ko sapa yang nak sibuk sangat? Misi masing2 ialah membebaskan diri daripada kezaliman bukan mengantikan kezaliman kepada kekejaman. Hidup jangan jadi sochai beb.

8. MENGUTUK BN PADA BENDA YANG TIDAK PERLU.
Contoh isu BR1M. Neh isu yang tidak perlu sebenarnya. Cara korang highlight isu neh dah salah. Kalau dia nak bagi duit, so what? Amek je lah. Aphal korang pergi pongpang2 pasal gula lah apa lah walhal pakatan tak bagi duit ka kat orang? Bagi juga. 

Bila pemimpin bagi duit tak kira sapa, amek tetap amek. Selepas tue nilaikan corak pentadbiran mereka bagaimana. Nilai dan banding. Kalau wujud salah laku dalam BR1M neh baru lah boleh korang kutuk. 

Contohnya napa hampir kesemua ahli2 umno dapat awal. Ini hujah kuat untuk mempersoalkan keikhlasan najib.  Neh pasal majlis dibuat di kawasan umno dan jemput pemimpin umno pun korang bising. Dah sah2 najib = bn yang buat benda neh so lantaklah. Jangan ulas topik dari sudut yang salah.  

9. MENGHINA DAN MELABEL.

JIBBY lah, najis lah. Elok sangat lah tue panggil dan gelar orang begitu. Apa yang ko buat kat orang, ko akan dapat balik. Janji Allah swt itu benar. Bukan hanya bn sahaja yang berdosa bila label2 tuk guru kita, kita pun sama berdosa kalau label pemimpin2 mereka.  Bila maza nasihatkan jangan gelar zambry, korang boh layan nasihat maza. Tapi bila maza bagi isu yang bn terkena beria2 plak kami ikut dan kami patuh. Kelakar gile korang neh.

10. MENYEBARKAN AIB PENYOKONG BN DAN SUPER IMPOSE PEMIMPIN BN.
Sudah lah. Jenuh aku nampak. Letak muka pemimpin dalam sarung lembu lah, apa lah.. burukkan muka najib lah, letak rosmah dalam tarian tiang lah. Dah cukup bagus lah tue. Lepas tue bila penyokong2 bn buat, terkeluar ko seme hadis bagai tapi bila sendiri buat time hadis ke mana, dosa ke mana. Kelakar gile dowh. 

Ada gambar2 peribadi penyokong2 bn dicuri dan dikutuk bagai. Orang macam neh satu je sebabnya. Dia buat sebab dia belum kena. Aku dah rasa dulu. Aku bagi fakta kaw2, tapi dorang serang peribadi. Aku kalau serang peribadi orang pun, aku serang peribadi orang yang serang kawan2 dan fans dalam pages aku jek.

Tapi rupanya korang pun sama macam penyokong2 bn. Tepat gile video lalang matlufti tue pasal pompuan tak bertudung tue. Instead of hujah, korang serang peribadi dia. Jika ko pun ada ketidaksempurnaan dalam amalan ko, apahal pula pompuan2 neh tak boleh? Walaupun dia tak bertudung dan pakai seksi, itu bukan bererti hujah2 dia tak relevant.

Nak nasihat, nasihat baik2. Jangan pandai2 nak label orang itu neh. Cara dia dibesarkan dengan cara ko dibesarkan tak sama. Apa yang dia alami dalam hidup dia bukan bererti ko alami benda yang sama. Jika ko boleh fikir nasihatkan dan tarbiah beberapa pemimpin2 dap yang anti islam, apa sangatlah orang2 islam yang dah sah2 islam cuma tak faham agama neh? 

Ingat, misi kita bukan nak cari gadoh dengan ahli2 bn. Untuk ubah negara, kita kena berkerjasama dengan penyokong2 bn neh. Tanpa mereka, hala tuju kita tak kemana2. Bukan seme dalam bn neh suka kepada benda2 yang salah. Ramai sebenarnya dari mereka berfikir cuma taknak cakap dan tunjuk depan2 je. Buktinya selangor, penang, kedah dan perak hilang sebelum perak di rampas semula.

Jadi misi kita ialah dekati orang2 macam neh. Kita nak pujuk dan fahamkan ahli2 atas pagar dan bn agar sokong apa yang kita nak buat neh. Nak gaduh? 24jam pun boleh on beb. Boleh je. Tapi gadoh tak selesaikan masalah aku dan ko. Gadoh tak boleh ringankan beban aku dan ko. 

Gadoh tak bantu lancarkan ekonomi aku or boleh tolong aku beli kereta baru. Gadoh di fb, blogs dan sebagainya tak boleh mengubah apa2. Apa yang boleh ubah ialah berdebat atas topic yang relevant. Biar orang2 yang mengundi neh menilai dan akhirnya pangkah pr supaya kita boleh lihat sejauh mana impian kita nak save malaysia neh boleh direalisasikan oleh anwar ibrahim.

Ingatlah, matlamat kita di dunia online neh ialah membuat perubahan dalam pemikiran rakyat2 malaysia bahawa kita boleh dapat kerajaan yang lebih baik dari neh asalkan kita berusaha ke arahnya. 

Untuk sama2 berusaha ke arah itu, kita kena bagi apa yang kita pandang dan nampak neh, ialah apa yang mereka2 neh pandang dan nampak juga. Bila kita dah sepandang, senampak dan selihat maka barulah kita boleh sematlamat. Bila dah sematlamat maka barulah kita mampu save malaysia neh. Jadi janganlah buat benda2 yang mengarut. Sekali sekala mengarut biasalah nak lepas tension tapi kalau dah asyik sangat sampai orang jadi menyampah, perlu kah?

Ameno : <-- Paling pandai mengarut.

Saya selalu jadi mangsa - Rosmah Mansur.

                                                   Wajah rosmah yang sedih sambil mengipas2. Hehehe

Kesian idola aku. Dia dah sedih neh. Dia mengadu dia selalu dijadikan mangsa. Apa lah jahat sangat akhbar sydney neh. 

kah kah kah

Lihat bawah neh ;
Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald. -MKINI-

Versi english lagi best beb ;

"It's all rubbish. It's all wildly exaggerated," she told theSun and Malaysiakini after attending the MCA Chinese New Year open house here at Wisma MCA.
Rosmah said that she was not affected by this allegation.
"I've come across many of these kind of accusations. I have no time to handle or entertain all this," she said
According to the column in the daily, Rosmah and Najib had during their holiday stayed at the A$20,000 (RM65,100) a night penthouse at the newly-minted five-star Darling Hotel.
It also alleged that she was flying Kapp out to Malaysia for fittings of the 61 dresses, pants and tops she ordered.
However, Rosmah denied it saying "it is all wildly exaggerated".
"They all like to make this kind of accusations. I'm always the victim.
"The Australian designer will be making a statement soon," she said.

Point penting ;

1. Rosmah nafi pendedahan kapp tue. So kapp = menipu dan ia disiarkan di akhbar?

2. Rosmah cakap dia ialah mangsa. 

3. Rosmah nafikan seme benda2 yang didedahkan kapp.

4. Kapp akan buat statement mengenai hal neh tak berapa lama.

Herm.. ari tue anak najib. Tapi najib cakap bukan dan esoknya akhbar terbabit mohon maaf. Yang neh si kapp pula. Entah lah.. sama2 nantikan statement si kapp neh. Sekali terkena orang anggap owhh okey maybe tersilap tulis. Tapi kalau dah dua tiga kali, siap dengan details, jenis kain dan nilai pembelian urmm susah lah nak cakap kalau takde rasa was2. Betul?

kah kah kah

Ameno : Aku tak percaya..

Ahad, 22 Januari 2012

11 NGOs dan PERKASA puas hati dengan penjelasan NFC.

Owhh ye?

Sorry. Aku sebagai rakyat tak puas ahti plak. Kepuasan ahti ko hanya mewakili ngos dan perkasa ia bukan mewakili majoriti rakyat malaysia. Lihat bawah neh ;


Tak guna lah ko pongpang2 pasal nfc selepas tue dalam dua hari tiba2 ko setuju plak dengan nfc ibrahim weh. Buat lawak je lah ko neh. Sebab tue orang ejek2 ko katak. Pendirian ko asyik melompat2 jek. Langsung tak konsisten. Tapi ada aku kesah dengan persefahaman ko dengan nfc? Tak heran sebab kredibiliti ko dan perkasa dah lama jahanam.

Yang penting dalam isu nfc, si salleh neh kena jelaskan pada rakyat terbanyak dan bukan pada ngos or rakyat terpilih. Laporan sprm dan polis pula kena telus dan open kepada orang ramai supaya kami seme boleh menilai adakah sprm dan polis benar2 buat kerja or sekadar wayang. 

Sebagai rakyat kami berhak tahu apa yang kerajaan buat dengan duit hasil negara dan bagaimana cara mereka belanjakan ia. Samada ia benar2 mengikuti piawaian or main langgar ja. So, jangan nak pandai2 halang ia guna akta bodoh nama OSA plak. Bai.

Ameno : Ibrahim ali selalu setuju dengan benda yang salah..

Muka sama tak semestinya orang sama. -Isu polis serang pendemo bersih.

Benda neh spekulasi je beb. Jangan lah beria2 anggap benda neh benar.  Hanya berdasarkan wajah yang sama ia belum tentu merujuk kepada orang yang sama. Be realistic beb. Realistic. 

Lihat bawah neh ;


Aku memang suka nak anggap dia neh orang yang sama. Ada banyak sebab.

1. Dia polis dan dia pakai baju bn. Ini satu kebetulan yang sangat kuat.

2. Gaya rambut yang sama.

3. Warna kulit, ketinggian, rupa dan bentuk badan yang sama.

Tapi beb,

Lebih molek kalau kita dapat nama dia. Kalau dapat nama dia baru leh pastikan samada kedua2 orang neh sama ke tidak. Sebab sudah tentu melalui nama, akan ada kekawan dia yang tahu aktiviti sebenar dia neh. Yelah.. kejap2 dia neh ialah polis. Dan kejap2 dia neh ialah orang yang keluar pas dan masuk umno. So, ada macam2 andaian sebab bukti yang dilampirkan pun tak cukup kuat untuk menyabitkan dia ialah orang yang sama dalam kedua2 gambar di atas neh.

Harap ada siasatan yang lebih mendalam bagi mengenalpasti perkara di atas neh. Baru sedap sikit nak dedahkan isu neh dengan meluas.

Ameno : Bila polis nak tahan provokers majlis semalam?

Najib wujudkan menteri baru khusus untuk orang india.

Hola Najib.

Hari neh saya lambat sikit baca news dari paper kesukaan saya iaitu utusan. Sebab hari neh hari ahad. Hari ahad ialah hari korea saya. Saya suka tengok drama korea pada hari ahad. So, hal2 lain dilambatkan demi nak menghayati hari korea saya.

Tadi ketika saya membuka utusan online saya nampak di bawah neh. 



Owh..

Sekarang neh ada jawatan baru. Jawatan baru neh diberikan kepada palanivel. Nama jawatan baru neh ialah menteri peneraju sosioekonomi masyarakat india. Ringkasnya menteri yang dikhusus kan untuk jaga ekonomi orang india.

Owh..

Apa pula peranan EPU tue? Saja tanya. Sebab confused. Bagaimana pula dengan menteri yang jaga ekonomi melayu? Ekonomi orang sabah? Ekonomi cina ? Ekonomi orang sarawak? Ekonomi lain2 bangsa di malaysia neh, bagaimana? Tiada menteri kah ?

Selama neh kita tiada menteri yang jaga hal ewhal ekonomi kah? Kenapa baru sekarang perlu wujudkan menteri berjawatan begini? Jawatan baru = menteri baru = tambahan wang = tambahan peruntukkan = tambahan kakitangan = kerja bertindihan [beberapa kementerian untuk satu urusan yang sama] lagi kah?

Benda neh sangat pelik. Dan ia benar2 menakutkan saya. Najib, saya percaya anda lakukan seme neh demi undi. Saya nasihatkan anda, janganlah. Buang masa. Rakyat bukan nak tengok ada jawatan baru or menteri baru. Apa yang rakyat inginkan ialah apa plan anda bagi memajukan ekonomi rakyat malaysia keseluruhan nya. 

Faham tak? Ringkasnya begini. Rakyat mahukan coklat. Coklat. Bukan nya gula  Tapi anda asyik bagi gula. Cara anda menanggani masalah neh dah salah sebab anda melihat masalah neh dari sudut yang salah. Faham? 

Ameno : Buat sekali menteri orang indonesia, bangladesh dan lain2 bangsa.. hehehe..

Rosmah Mansur belanja RM322,794.87 beli baju guna duit ko ke ?

Sorry geng. 

Sudah ada fitnah terhadap rosmah mansur. Sesuatu yang tiada bukti bagi membenarkan kata2 ko adalah fitnah jika memaksa orang lain menganggap ia sebagai benar.

Benda neh simple je beb. 

Johan : Wehh.. kecoh2.. Rosmah habiskan 300ratus ribu beli barang2 di butik kapp.  Siap menginap di hotel semalam 64ribu lagi dengan najib. Gila larh dia neh. Patutlah najib asyik naikkan cukai je..

Kamal : Laa ye ke? Dia mana ada duit.. dia guna duit kita lah apa lagi. Penat aku bayar cukai macam2 dia rembat. Jom2 kita kecohkan ke se antero dunia. Rosmah mansur shopping guna wang rakyat..

Peh.

Akhbar australia bagitau rosmah belanja beratus2 ribu di butik kapp.  Dan akhbar yang sama turut memberitahu bahawa najib dan rosmah menginap di hotel yang sebiliknya bernilai 64ribu semalam. Ada tak akhbar tue bagitau yang rosmah dan najib guna wang rakyat?

Takde. 

Owh.. takde. Jadi, apahal korang pergi tokok tambah cerita neh? Kalau dia guna duit dia, hak dia sepenuhnya. Siapa kita nak paksa2 dia suruh menderma bagai? Itu duit dia ma. Ko suka orang kawal2 cara ko menggunakan duit ko? Tak kan. So?

Kita tahu ka dia bayar zakat banyak mana? Bayar cukai banyak mana? Apa pun taktahu jadi jangan terus jatuh fitnah kepada dia. Fitnah tidak halal kepada orang baik dan orang jahat. Fitnah juga tidak perlu wujud hanya semata2 kita tak suka dia. Sepatutnya kita..

Ali : Wehh hari neh keluar news rosmah berbelanja mewah lagi. Banyak betul duit dia..

Abu : Aha.. aku pun ada baca tadi. Tak agak2 tidur di hotel semalam 64k. Berapa malam dia tidur taktahu lah aku.. 

Ali : Ko rasa dia guna duit sapa beb? Rakyat ka?

Abu : Itulah sangkaan aku.. tapi bukti takda.. tuduh2 kang jatuh fitnah.

Nah...

Inilah yang perlu kita buat. Jangan kita terus tuduh rosmah mansur guna wang rakyat. Apa yang perlu kita buat ialah siasat dari mana rosmah ada duit sebanyak neh sehingga memungkinkan dia berbelanja bermewah-mewahan.

Cara mana kita boleh siasat ialah paksa dan suruh ahli2 parlimen pembangkang bawa isu neh dalam parlimen. Rakyat mahu tahu dari mana sumber kewangan rosmah mansur sehingga dia boleh berbelanja besar.

Rakyat bukan nak tuduh2 rosmah or nak stalker hidup rosmah 24 jam tapi rakyat kecik ahti dengan rosmah. Di saat rakyat bergelut dengan suasana ekonomi yang sangat teruk, rosmah pula boleh berbelanja mewah bagai.

Walaupun tak hingin, tapi sedikit sebanyak rakyat sudah tentu akan ada persepsi tentang hal tersebut. Rakyat pasti tertanya2, terfikir2, kenapa rosmah mansur sejak menjadi FLOM semakin terdedah tabiatnya yang berbelanja mewah. Walaupun di akui dari dulu lagi memang rosmah dikenali sebagai seseorang yang suka bermewah-mewahan tetapi kenapa sikap itu semakin menjadi2 sejak najib menjadi PM?

Apakah kerana kocek najib semakin dekat dengan sumber kewangan? Jadi, disini rakyat mahukan penjelasan. Rakyat mahu najib tampilkan bukti bahawa dia menggunakan wang nya sendiri bagi membiayai perbelanjaan mewah rosmah mansur.

Ini yang kita nak najib dan rosmah jawab. Jawab dan jelaskan kepada rakyat hal sebenarnya. Lagi satu, ingatkan tak masa najib pergi australia pada tahun lepas ketika merdeka? Berapa lama najib menginap di sana untuk operate lutut? Yang tue guna duit rakyat kan? 

Adakah masa tue najib menginap di hotel mewah neh? Adakah di masa tue rosmah shopping mewah neh? Seme neh perlu disiasat. Kita bukan nak tuduh2 tapi kita juga tak happy berada dalam situasi was2.  Seme neh perlukan penjelasan. 

Ameno : Membazir lagi.. 

Ini lah rupa ketua geng2 pengacau majlis ABU semalam...

" BANGSAT "

" BERAMBOS "

" LAGI SEKALI DATANG, MAMPOS KORANG "

Antara kata2 yang keluar dari lelaki berbaju hitam neh. Keji gila. 

Lihat bawah neh sat ; 





Kat atas neh antara petikan video yang aku snapshot. Memang bengong bebudak neh. Takde pasey cari pasey. Dah larh datang tanpa di undang, siap ugut2 dan belasah orang lagi. 

Lihat sedutan video kat bawah neh ;

 


1. Dorang datang memekik2 dan menyuruh orang menghentikan majlis. Sapa nak layan? Kalau nak debat, buat cara debat.

2. Lepas tue sepahkan risalah. Ketika nak berjalan keluar lelaki baju hitam tue pijak risalah, dan lelaki india tue tolak dia sebab lelaki baju hitam tue pijak risalah tapi lelaki baju hitam pergi tumbuk pakcik india. Yang aku tabik kat pakcik india neh, dia boleh sabar. Kalau aku g mampos lah kau. Memang aku balas balik beb. S***.

3. Dah sepahkan risalah, buat hal di luar dewan. Bendera, benda2 yang bergantung dan gerai2 peniaga di kacau. Gerai peniaga aku tengok milik orang islam sebab nampak dia pakai kopiah.

4. Lepas bagi warning dan maki hamun dorang nak blah tapi tak jadi hanya sebab orang india tue balas pigidah. Kalau aku, aku jawab je pergi mampos.

5. Dia datang balik ramai2 masuk dewan, sepahkan botol air, bawa masuk motor, kayu, tendang kerusi. Dalam dewan ada perempuan cina, india, ada lelaki yang bawa anak kecil, ada orang tue dan beberapa tetamu yang baru sampai sedang duduk.

6. Lepas dah buat hal lebih kurang bagai depa keluar balik. Itu pun sebab selepas itu geng2 ABU yang baru habis bersolat sampai di lokasi dan jumlah mereka jadi ramai sehingga memaksa geng2 gila tue berundur ke seberang jalan.

Yang aku benci gila dalam kes neh satu je. Korang bayangkan kalau yang buat neh geng2 pr? Polis sure tahan depa. Tapi yang neh ada polis tahan? Ada polis heran? Budak2 yang ugut memain bunuh dalam fb polis dan2 boleh tahan yang neh tak boleh plak?

Siap ada bukti beb. Siap nampak muka lagi. Polis apsal tak tahan mereka masuk balai? Apakah seseorang itu bebas berbuat apa sahaja hanya semata2 mereka neh penyokong umno dan bn? Jika ya, terima kasih banyak2 polis. Terima kasih. Kini aku ada satu lagi sebab kenapa umno dan bn wajib dimamposkan waima dengan darah aku sekalipun. Bai.  

Updated ;

Nama lelaki baju hitam itu BAHAROM.



Polis, mana polis? Mana? Jangan bias beb.
 
Ameno : Undang2 bias.

Budak neh maki2 dalam ceramah ABU apahal? [Video Inside] - UPDATED!

Heran aku.

Benda kempen mengempen neh normal beb. Normal sesangat. Macam baru2 neh umno kan ada berkempen ketika agih2kan beras. Siap letak logo umno lagi kat beras yang diedarkan tue. Walaupun aku rasa macam tak patut tapi aku macam berat sikit nak persoalkan isu neh.

Malas. Risau gak teknik neh pr tiru. Restoran 1malaysia aritu pun depa tiru walhal beria2 balon kerajaan dalam isu tue. Lawak siot. 

Berbalik isu asal neh, malam tadi berlangsung satu event anjuran ABU. Dialog ABU bersama HINDRAF. Tapi yang menjadi panas nya, tiba2 sedang event baru nak berlangsung, ada sekumpulan pengacau menyemak kacau majlis orang.

Lihat video di bawah neh beb ;

   

Info yang aku dapat pasal hal neh ialah ;

1. Ketika event sedang berlangsung, ada 20-30 orang pengacau [dipercayai pro gov] mai sana.

2. Dorang siap bawa motor masuk [rempuh] dalam dewan, ganggu majlis yang sedang berlangsung.

3. Dorang rempuh kerusi2, baling dan sepahkan leaflet ABU, sepahkan kawasan ceramah dan macam nak langgar2 hadiran yang datang dalam event ABU dengan motor.  


4. Dorang juga paksa2 orang balik dan tinggalkan majlis neh segera dengan suara yang kasar, kuat dan keras.


5. Yang sebenarnya ketika itu majlis baru nak bermula. Dah mula sikit2 larh, tapi baru je dalam beberapa minit sebelum penganggu menyemak dalam majlis orang.

6. Kalau datang nak berdebat, aku percaya ABU no hal. Neh datang nak menggangu dan buat bising. Tah pape lah weh.

7. Dengar citer budak2 sekolah. Tak pasti lah benda neh sahih ke tidak.

8. Ada 2 orang yang cedera. Yang sorang tue agak serius. Orang2 sukarelawan ABU. Punca kecederaan tidak dapat dikenalpasti dengan tepat. FMT kata sebab kena ketuk dengan helmet. Tapi wall fb member kata sebab kena rempuh dengan sisi motor si pengacau.


9. Dorang neh aku tak pasti kenapa datang buat kacau. Nak tuduh2 umno kang tak pasal2 jadi fitnah. Tapi orang2 yang berada di lokasi bagitau budak2 neh bawa bendera umno dan pakai baju bn.


10. Dan macam biasa, bahasa2 maki perkauman pun turut dialunkan ketika depa mai memprovoke sebab ada geng2 hindraf kan.  Saja bagi line tambah panas kot. India2 yang dengar sure sakit ahti kaw2 punya. Sendiri bagi tambah orang benci pada bn. Pastu nak salahkan orang lain plak. Tah pape.


11. Yang heran nya, budak2 neh lepas polis datang nak clearkan keadaan, depa still dok melanggut kat tepi jalanraya dan jerit2 ganggu orang dan kenderaan yang lalu lalang. Neh baru betul2 perhimpunan yang mengacau. Bukan bersih or 901.


12. Dan yang bertambah2 pelik bila statement polis pada media pun macam tak lengkap. Dia kisahkan sebahagian dan sorokkan sebahagian. Part budak2 neh rempuh dengan motor, bawa kayu, baling [sepahkan] leaflet, tendang kerusi tak bagitau pun. Polis bagitau budak2 neh dok tepi pagar buat bising sikit2lah.. hak eley neh.. takdak ka nak tokok tambah bahawa ABU ada bawa bom, polis? Itu pasal depa kena serang. Menarik gak citer neh. Insya-Allah swt. Heh.

13. Beberapa gerai yang berniaga di luar kawasan majlis juga terpaksa ditutup bila bebudak neh buat pasal dari dalam dewan sampai ke luar dewan.  Ada gerai yang mengalami kerugian akibat dirosakkan oleh bebudak meroyan neh.

Lihat gambar di bawah neh ;



Ini budak yang meroyan mulutnya maki hamun orang semalam. Yang aku jelas dengar kat video ialah suara dia sorang je. Suara orang yang dia maki langsung takde. Ini bermakna dia sendiri yang sorang cari pasal. Takde pasal cari pasal. 


Sebenarnya penyokong2 ABU + HINDRAF ramai semalam. Setakat nak handdle [ajar] bebudak 20-30 neh lebih dari boleh sebenarnya. Tapi penyokong2 PR bersikap realistik dan matang. Mereka mematuhi undang2. 


Biar orang serang depa, bukan depa pergi serang or balas balik perbuatan tersebut. Mereka uruskan keadaan yang kelam kabut dengan matang dan tunggu polis datang meskipun statement polis pada media berbaur bias.

Motif serangan neh menerusi statement terbaru chegubard ialah serangan berbaur perkauman. Ini kerana bebudak melayu neh datang dan serang kaum india dengan macam2 penghinaan dan gelaran yang kasar2. Malahan india juga disuruh balik dan ingat sket siapa umno [konon nya macam tak kenang jasa]. 

Chegubard cakap, orang2 islam ketika itu ada, tetapi ramai yang lewat datang sebab waktu isyak lambat masuk, sudah tentu mereka2 neh mai sana selepas bersolat. Bagi yang datang awal maybe bersolat dalam kawasan dewan. 


Mereka juga terpaksa tamatkan majlis tersebut dan menundanya ke hari yang lain di samping menyuraikan orang ramai dengan aman walaupun budak2 20-30 neh menganggu tugas2 sukarelawan ABU.


Pada geng2 abu yang sempat rakam muka bebudak yang buat provoke neh, meh larh bagi gambar2 dia kat internet. Kot2 ada sapa2 yang kenal ka. Boleh larh family dia or rakan2 dia tarbiah bebudak neh balik. Takde akal gamaknya majlis orang pun kacau. Masuk rumah orang datang bebaik takpe, neh tidak main halau2 dan siap rosakkan barang tuan rumah.


Gampang aihh..

Updated ;


Ini video yang baru. Rakaman dari sisi lain ;




AMENO : Semak je.. 

Sabtu, 21 Januari 2012

Video pakcik2 BN yang mengamuk pada pendemo aman kampung pandan.

Kat bawah neh ada dua video yang dimaksudkan.


Nampak?

Demo dilakukan di luar kawasan masjid. Sedang berkumpul dan menyedarkan orang ramai apa itu AUKU sebelum berarak. Tapi yang hairan nya ada mereka2 yang menuduh bahawa demo dilakukan dalam kawasan masjid. Sebab tue ahli2 umno nak baling batu. Tapi ikut video di atas neh, bila masa pula demo berlaku di perkarangan masjid? Pakcik2 tue dalam masjid, yang bebudak neh luar masjid.

Lihat bawah neh ;


Sedikit kemarahan yang dipaparkan oleh pakcik2 bn. Kalau dapat sedutan time dorang nak baling batu tu lagi best. Nak sangat aku tahu napa dia beria2 nak baling batu. Yang tue takde sapa yang rakam ka?

Ameno : Jangan lah kasar sangat.. lawan hujah dengan hujah, bukan dengan batu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...