Kaki melawan

Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ads

Wednesday, February 15, 2012

Lagi gambar Anwar Ibrahim dalam Sambutan Perayaan Ponggal.

Neh bukan datang dari bloggers umno. Neh direct sumber dari YB pembangkang sendiri. Kalau gambar neh betul maka dipercayai gambar pakai nandek tue juga betul. Malahan saksi yang mengedarkan gambar tersebut bukanlah orang lain. Dia ialah orang yang berada disitu. Rasanya orang apa yang akan berada disitu kalau bukan ;

1. Orang pkr yang datang atas jemputan.

2. Orang india yang merayakan perayaan tersebut.

Lihat bawah neh sendiri ;







Dalam isu neh aku mahukan kita seme menerima pendapat para ulama dan alim agama. Tak kira apa pandangan mereka, belajar untuk hormat walaupun ia keluar dari mulut Mufti Harussani. Sebagai orang islam, kita junjung Alquran dan bukan nya mana2 manusia. Belajar untuk terima hakikat neh samada ko suka ataupun tak suka.

Sebab tue ada baiknya kalau para ulama yang mengulas isu neh. Aku berharap kita tolak dulu andaian gambar neh ialah gambar super impose sehingga ada penafian dari anwar ibrahim itu sendiri. Apatah lagi ada video yang boleh menguatkan keterangan mereka. Walaupun aku baru tahu perayaan ponggal tue apa tapi yang jadi isu disini ialah majlis di pakaikan tanda dahi dan diperasapkan tue. Harap faham.

Dan lagi satu aku nak sound sket penyokong2 umno yang pengecut. Aku ulang. Penyokong2 umno yang pengecut. Korang takde kerja lain ka? Kalau ko tak puas ahti dengan aku ko direct tulis komen kat bawah neh. Aku bukan pengecut yang akan delete komen or tapis komen2 korang. Aku gentle jek. 

Buat apa ko mengata aku kat blog2 umno bagai dan menyebarkan sesuatu yang aku tak sebut? Aku rasa jelas dalam artikel sebelumnya [rujuk sini] aku ada menulis bahawa aku tak tahu gambar2 tersebut gambar benar or tidak. Aku tak kata pun oii ini confirm super impose beb. 

Aku ada beri peluang ke dalam ahti aku untuk berasa ragu2 dan ber ahti2 kerana bukan sekali dua dsai di fitnah. Dah banyak kali beb. Jika aku bersikap ragu2 dengan maklumat yang datang dari sumber fitnah ia adalah sesuatu yang normal. 

Tapi dengan menyebarkan ayat kekonon nya aku cakap itu gambar super impose adalah perbuatan yang keji. Bertanya bahawa adakah ini gambar super impose dengan mengesahkan ia adalah super impose ialah dua perkara yang berbeza. Ia membawa maksud yang berbeza juga. 

Kalau ye pun nak sebarkan apa yang aku tulis sila sebar benda yang benar dan bukan merapu. Jadi lelaki, berani lah sket. Berani berkata benar dan berani juga sound aku direct. Buat apa ko mengumpat aku belakang2 macam seorang pengecut? Owhh.. mungkinkah kerana aku yang terlalu berani sehingga aku merasakan ko seorang pengecut? Heh.

Dan tolong lah faham kenapa penting sangat neh dsai neh. Pentingnya dia sebab dia ialah seseorang yang bakal di angkat kita seme sebagai pm malaysia bagi mengantikan pm2 dari bn. Penting betul dsai neh sehingga 24 jam dia akan diperhatikan.  

Jadi perlunya dia menjaga diri dia supaya kita yang mahu mengangkat dia tidak perlu bersoal jawab isu2 macam neh dengan orang2 yang tidak mahu mengantikan bn kepada pr. Kita mahu buktikan betapa bagusnya pr berbanding bn. Bukan sahaja dari segi sistem, dari segi akhlak dan iman juga. Kita sudah bosan dengan pimpinan sekular dan kini kita mahukan sesuatu yang berbeza. 

Jika bn ialah ikan sardin dan pr juga ialah ikan sardin apa alasan nya aku nak buang ikan sardin dan kemudiannya membeli ikan sardin pula? Sudah tentu tiada alasan langsung. Sebagai manusia kadangkala kita terjebak dan tidak tahu. Tiada masalah pun kalau dsai tidak tahu. Ia sesuatu yang normal. Bila dia dah tahu harapnya dia tidak perlu ulangi lagi. Itu sahaja.

Ameno : Nak mengata aku tapi meroyan kat blog orang lain. Dah kena potong ke apa?

Gambar Anwar Ibrahim pakai nandek disebarkan pula.

Malas aku nak cakap banyak. Korang tengok bawah neh jek ;





Aku taktau neh gambar betul ke tak betul. Kalau super impose memang keji siot.

Info yang aku dapat mengenai gambar neh ialah ;

1. Gambar neh dirakam dalam kawasan kuil.

2. Kuil yang dimaksudkan ialah Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak.

3. Anwar dipercayai hadir ke kuil atas sebab perayaan ponggal = 29.1.2012 = baru lagi neh.

Ini lah info2 yang aku dapat. Cakap terus terang perayaan ponggal tue aku taktau perayaan apa. Jangan marah arh. Dan aku rasa perlunya isu neh dibuat pencerahan sebab ia seakan2 counter attack terhadap isu najib - thaipusam.

Dalam isu thaipusam, MAZA ada ulas, sila rujuk sini. Aku tak faham motif pakai nandek tue jek. Kalau hadir ke perayaan tue sila rujuk macam yang maza ulas. Tidaklah sampai melibatkan diri dalam apa2 ritual. So adakah pakai nandek dan membiarkan diri di apikan or diperasapkan itu sebahagian dari ritual atau apa?

Lagi satu aku pun tiada kesahihan kalau neh gambar betul or super impose. Sapa2 yang tahu sila lah check ye. Tarikh, lokasi dan info2 berkaitan dah diberikan. Memasing boleh semak. Tunggu penjelasan lanjut dalam isu neh. Bai. 

Sumber : rbf.

Ameno : Tah.

Takde logo 1 malaysia kat barang neh no subsidi faham tak peniaga2 malaysia?

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah kah

MAMPUIH !!!

Orang jahat dah mengamok beb.

Pengusaha tiga barangan kawalan - tepung, gula dan minyak masak - diwajib memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan.
Bagaimanapun, menurut beberapa akhbar-akhbar Cina, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe dipetik berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan berkenaan.

Dasar baru itu pertama kali diumumkan oleh Tan di Taiping pada 10 Februari lalu.

Sebelum ini, pengeluar tepung juga diminta oleh kerajaan untuk menggunakan logo 1Malaysia pada bungkusan mereka mulai Januari tahun ini, tetapi ia tidak diwajibkan.

Bagaimanapun, mulai bulan ini, arahan memaparkan logo 1Malaysia akan diwajibkan dan juga dilanjutkan kepada dua lagi barangan terkawal lain, iaitu gula dan minyak masak.

Jika pengilang gagal berbuat demikian, mereka tidak lagi dapat menikmati subsidi daripada kerajaan.

Menurut sumber industri yang dipetik akhbar China Press, kerajaan juga telah menetapkan spesifikasi bagi pembungkusan barangan berkenaan.

Ini termasuk logo, yang mesti bersaiz sekurang-kurangnya 4cm dan dicetak dengan ketara. Ia juga diwajibkan mengandungi perkataan "harga minyak masak ini (atau produk berkenaan) di subsidi oleh kerajaan Malaysia".

Sesetengah pengusaha telah menyatakan rasa tidak puas hati kepada akhbar-akhbar Cina. Mereka mendakwa bahawa arahan itu "tergesa-gesa" dan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mematuhinya.

malysiakini/-


Wooittt aku sebagai pembeli boleh tak nyatakan ketidakpuasan ahti aku? Boleh? Aku pun tak puas ahti gak neh. Aku nak beli product yang takde cop 1 malaysia neh. Takde SUBSIDI aku pun tak KESAH lah woiit. 

Aku sakit mata, jiwa, badan dan segala2nya bila nampak virus 1malaysia neh. Aku tak boleh hidup dengan geng2 hipokrit. Biarlah beli mahal sikit asalkan takde benda alah tue. Hope kerajaan boleh pertimbangkan idea aku neh. Tolong lah ek. Tenkiu.

Ameno : 1Virus.

Isu Israel, Dsai dan Tuan Guru yang korang tidak faham.





Isu neh simple jek. Tapi tah macam mana ada juga orang2 yang tak faham. Punca dia tak faham sebab dia ikuti topic neh separuh2. Bila dia ikut separuh2 jadi pemahaman dia pun jadilah separuh2. Bila dia dah faham separuh2 maka dia secara automatiknya mengambarkan diri dia berada dalam kekalutan yang amat. Ini bahaya beb. 


Fahami point penting dulu.

Apa yang dsai bagitau wsj tue hah?

Dia cakap dia sokong penubuhan kerajaan israel jika hak palestine dihormati.

Apa yang bloggers umno marah sangat neh hah?

Sebab dsai cakap dia sokong penubuhan kerajaan israel. Dorang petik2 separuh2 walaupun dorang tahu isu sebenar tapi dorang tetap petik separuh2 dan dengan sengaja membiarkan diri sendiri rasa marah supaya orang lain pun boleh rasa marah sebagaimana dorang rasa walaupun dorang marah atas isu yang tidak tepat.

Dah tue kenapa ada orang2 dari pr marah juga hah?

Sebab dsai cakap dia sokong usul penyelesaian dua negara. Tiada kaitan dengan kenyataan dsai di wsj pun. Rata2 penyokong pr terima statement dsai di wsj tue dan menyalahkan utusan kaki spin walaupun aku sendiri berpendirian bahawa dsai memang banyak cakap. Lepak dulu. Nak marah aku pun biar baca sampai habis.

Laaa.. kan dah cakap utusan spin. Jadi nak salahkan dsai buat apa ngok?

Takde pun. Sapa pula salahkan dsai? Yang wujud ialah perbezaan pandangan dalam isu palestine sahaja. Jika dsai mahu sokong penyelesaian dua negara dia punya pasal lah. Aku takmo sokong. Pas takmo sokong. So neh aku dan pas punya pasal lah juga. Takde hal lah beb. Sepakat kita nak tumbangkan bn. Kita tak sepakat dalam isu penyelesaian dua negara. Terima sahaja dengan berlapang dada dalam soal neh. Tak payah nak paksa2 sesiapa pun untuk bersetuju apa yang ko setuju. Simple.

Dah tue.. kenapa pas suruh dsai tarik balik statement or saman wsj pula?

Sebab penjelasan di wsj tue memang putarbelit jika apa yang dsai edarkan di pc statement dia berkenaan isu tersebut adalah benar. Walaupun dsai dah jelaskan pendirian dia, wsj masih tetap menyiarkan artikel tersebut. Ada dia minta maaf? Takdak. Ada dia tarikbalik artikel? Takdak. Apa yang dia buat ialah terbitkan satu lagi artikel yang defend dsai. Ini lagi bermasalah. Jika wsj mengelirukan statement dsai korang pilih untuk tidak percaya jadi kenapa jika wsj menulis kebaikan tentang dsai kenapa pula korang kena percaya? 

Kredibliti wsj tue sendiri dipertikaikan. Apatah lagi dia ada kaitan dengan israel. Mula2 dia siarkan kenyataan dsai separuh benar. Then dia siarkan kenyataan defend dsai. Orang2 yang anti dsai melihat wsj bekap dsai. WSJ = ISRAEL = BEKAP DSAI = itu apa? Sebab tue aku tidak sebarkan kenyataan wsj tue. Peranan persepsi sangat bahaya beb.

Lagi satu wsj = utusan versi english beb. Fikirlah darimana korang petik sumbernya. Sebab tue dsai jangan lah sesekali membiarkan diri dia didekati oleh media2 sebegini apatah lagi wsj lebih berperanan dengan mesra bn berbanding pr. Yang tue pun tak boleh nak agak permainan persepsi di sini. Peranan menerapkan persepsi neh antara kepakaran apco beb. Fahami lah yang neh.

Soal samada umno percaya atau tidak dengan wsj itu mereka punya pasal. Jangan kita bandingkan diri kita dengan mereka. Kita harus mencari role model yang baik untuk dibuat perbandingan. Bukan yang sebaliknya. Tolong lah faham.

Tapi lambat gile lah pas buat statement. Sekarang neh tak pasal2 seme orang hentam dsai. 

Majlis syura neh lambat ada beberapa sebab. Antaranya kesibukkan, faktor tempat tinggal dan jadual yang berbeza2. Tolong faham. Dan pas tidak menghentam dsai dalam isu neh. Dsai berhak dan bebas sokong penyelesaian dua negara. Pas dah keluarkan statement bahawa pendirian dsai dalam isu palestine tidak semestinya sesuatu yang pas kena patuh. Dan dsai juga bebas berbuat demikian. Pendirian pas ke atas palestine juga bukan sesuatu yang dsai wajib patuh. 

Kita muafakat dalam isu menumbangkan bn tetapi tidak dalam isu palestine. Dalam isu palestine kita tak rujuk pun pbb ka, dasar luar malaysia ka apa ka. Dsai nak rujuk dia punya pasal. PAS memilih pendirian yang lain dan tolong hormat.

Penyelesaian dua negara bagus. Elakkan perang. Apahal ko dan pas bengap sangat sokong peperangan arh?

Ko jangan cakap mewakili dasar luar malaysia = menteri bn boleh tak? Dasar luar malaysia walaupun ia sama dengan pendirian dsai ia tetap ada kaitan dengan bien. Sedikit sebanyak lafaz hujah ko tue membenarkan pendirian bn ke atas palestine. Jadi aku nasihatkan ko jangan bercakap bagi pihak bien. 

Dsai pula berbeza. Dia memilih untuk berbincang dengan alim ulama pas dalam isu tersebut. Jika dsai tak kecoh aku cadangkan korang semua juga jangan kecoh. Dsai dari awal lagi diam je bila pas mengutarakan perbezaan pendapat dalam isu neh. Yang lebih2 tue korang. Apatah lagi dalam pada kita salurkan perbezaan kita tetap menghormati pendirian dsai dalam isu neh. Takde masalah pun.. Sapa yang cipta masalah? Tah. Golongan pentaksub kot.

Tapi masalah nya orang tak melihat ia sebagai perbezaan pendapat pun..

Jangan pandai2 nak heret orang lah weh. Sendiri pun tak faham gak. Kalau faham takde lah merapu congceng kat wall2 pembangkang atas isu neh. Sepatutnya pergi kat wall bn dan jelaskan ini cuma perbezaan pendapat sahaja. Yang semak nak kecoh sangat napa?

Salah ke sangat ke mengiktirafkan penubuhan negara israel jika palestine diberikan hak2 mereka?

Salah jika dibaca dari konteks pemahaman korang, dsai, pbb dan dasar luar malaysia. Ia hanya akan benar jika hamas sendiri yang mengusulkan idea bagaimana perundingan aman neh harus berlaku. After all yang menderita disini hamas dan rakyat palestine. Siapa pula kita yang nak tetapkan itu neh? Yang tukang derita lah patut diberikan hak untuk menetapkan itu neh. 

Penyelesaian dua negara ialah wayang barat yang dibelakangnya israel. So ia tetap salah dipandang dari apa jua sudut sekalipun. Liga arab bukan penentu pun kat sini. Keputusan akhir milik hamas. Jika hamas mahu, kita juga akan sokong hamas. Pendirian kita simple. Kita sokong hamas dalam setiap pendirian yang mereka amek. Simple. 

Alah gadoh lah korang bagai ribut. Macam lah hamas nak ikut cakap korang.. tah hapa2..

Tahu takpe. Kita bergaduh atas isu neh hanya buang masa sahaja. Dsai dan pas sama2 berhak menyatakan pendirian masing2 sebab mereka neh ikon politik. Pendirian mereka neh akan dipetik dan disebarkan oleh orang sebagai berita yang boleh menjadi penanda aras bagi menerbitkan satu2 pemberitaan dan hujah antarabangsa. 

Dalam erti kata lain pendirian mereka akan menetapkan mereka berada dalam satu2 kelompok dan posisi. Sebab tue pas kena keluarkan pendirian dia sendiri. Faham sket. Berkenaan isu penubuhan negara israel dan penyelesaian dua negara neh, kita hanya mampu beri pandangan tapi tukang buat keputusan bukan di tangan kita. 

Sebab tue kita tak perlu bergadoh bagai nak rak atas isu neh. Itu seme urusan hamas dan palestine yang mencorakkan apa yang mereka mahukan. Kita hanya boleh beri pandangan tapi bukan tetapkan keputusan. Jika hamas tidak mahu penyelesaian dua negara, siapalah dsai nak paksa2 dia kan? So lantakkan lah disitu. 

Dasar dan pendirian dsai dalam isu neh sebenarnya takde apa2 effect pun pada hamas sebab hamas bukan nya patung yang akan menuruti kehendak dsai pun. Dsai sokong tak sokong tue takde isu. Yang penting malaysia yang ditadbir oleh bn itu sendiri yang berperanan lebih luas dari dsai. Yang dia pun sibuk sokong penubuhan negara israel buat apa? Itu yang korang kena kecohkan. 

Lagisatu jangan ingat jika pr amek alih negara hari neh esok automatik kita tukar dasar luar negara terhadap malaysia. Sila simpan. Ko ingat pr doraemon ke apa? Daripada sibuk pasal negara orang, elok kita perbaik negara sendiri dulu. Dasar2 seperti neh akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. 

Tak payah nak semak sangat bergadoh atas isu neh lah weh. Ko suka strawberi aku suka coklat so apahal pula salah? Janji dua2nya makanan halal. Takde hal lah pun. Selalu jek nak berat2 fikir dalam isu simple. Aduhai. 

Nota : PAS tidak memaksa dsai berpendirian sepertimana pas. SIla baca sini untuk info lanjut. Dsai bebas miliki pandangan tersendiri dalam isu neh.

Ameno : Ingatkan umno jek apa pun tak boleh.. muahahah..

60 pengundi dengan alamat palsu di Dun Lobak.

Kantoi lagi dan lagi.

Sudah lah weh nak mencipta pengundi hantu dan mentransformkan pati dan padi kepada warganegara. Semak lah oii..


Baca bawah sat ;

Anthony Loke, yang juga ahli parlimen Rasah, berkata 60 pengundi berkenaan didaftarkan sebagai penduduk Taman Sri Amber, Seremban, tetapi nombor rumah yang diberikan tidak wujud.

"Rumah-rumah di Taman Sri Amber bermula dengan nombor 400. Tetapi di sini, kami mempunyai pengundi yangmendaftarkan nombor rumah misalnya 24, 32, 48, 101, 131, 180, 201, 222 dan 301, yang tidak wujud," kata Loke.

NONEMerujuk kepada daftar pemilih tambahan bagi suku keempat tahun 2011, beliau berkata kejadian seumpama itu juga berlaku di rumah pangsa di Taman Sri Amber.

Katanya, rumah pangsa itu hanya mempunyai satu blok, tetapi dalam daftar pemilih tambahan terdapat beberapa pengundi yang didaftarkan dengan alamat "Blok B" dan "Blok C", yang tidak wujud.

Satu lagi keanehan dalam daftar pemilih itu, kata Loke adalah bahawa 90 peratus daripada 670 pengundi baru yang didaftarkan pada suku terakhir itu terdiri dari bangsa tertentu sahaja. -MKINI-

Jeng jeng jeng..

Nampaknya ada orang main tipu. Point penting dalam isu neh ;

1. Pengundi daftar mengundi di atas alamat yang tidak wujud.

2. Ia berlaku di dua lokasi yang berbeza dengan jumlah pendaftaran ada yang mencecah 60 orang di satu2 kawasan.

3. Kebetulan hanya satu2 bangsa je yang mendaftar dalam tempoh masa terbabit.

Gila arh dorang. Sanggup gadaikan negara demi kuasa. Takde rasa prihatin ke apa kat negara sendiri? Sanggup ka depa hidup di negara yang dipenuhi dengan pati or padi yang diberikan taraf warganegara secara tiba2 neh? 

Mungkin dorang tak rasa lagi kot. Selalunya kita terdengar bahawa orang cakap apa yang ko buat, ko akan dapat kembali. Aku rasa bn memang akan dapat musibah neh kembali. Jangan taktahu orang2 yang dia bawa sebagai padi or pati untuk mengundi dia akan jatuhkan dia kembali. 

Dia fikir orang2 dari china, india, thailand, indonesia akan seronok dengan isu racist? Dia akan dapat gak balasan nya nanti. Bersedialah ko 10 tahun dari sekarang itupun kalau ko masih menang dalam pilihanraya lah beb.

kah kah kah

Ameno : persediaan untuk pru.. spr janganlah jadi barua kepada bien lagi.

Persidangan NAM 2006 di Malaysia - Palestine Merajuk, Malaysia buat.

Kantoi!

Sumber dari utusan beb. Sememangnya terbukti banyak kali utusan akan spin benda2 alah macam neh demi keuntungan politik pemimpin mereka. Kalau tak memutarbelitkan citer tak utusan nama nya beb. Lihat bawah neh ;



Spin ialah sifat utusan. Bukan sikap. Sifat dan sikap neh berbeza maksud. Harap faham.

Utusan memang suka spin. Bayangkan orang yang baca paper utusan dan terpengaruh pula dengan berita2 fitnah dorang? Tak ke parah namanya tue. Berita kat atas neh bertarikh 2006. Bayangkan lama ke tak lama utusan menjaja fitnah dalam paper mereka? Bukan rakyat malaysia je jadi bahan fitnah utusan. Palestine pun sama beb. Dasat.

Berita kat atas neh ialah taktik utusan untuk mengcover kerajaan disebabkan perwakilan palestine pulang awal dan tidak menyertai persidangan NAM. Merajuk lah beb. Yang dilantik orang lain tapi malaysia bagi orang lain berucap. Yang dilantik hamas tapi malaysia iktiraf fatah. Cuba kalau ko ditempat perwakilan palestine tue? Merajuk ke tak merajuk kalau malaysia buat macam tue kat ko? Layanan acuh tak acuh jek. Kalau aku, aku pun cabut beb.

Setelah perwakilan yang dilantik oleh perdana menteri [hamas] pulang, farouk yang tiada kena mengena dengan kerajaan palestine baru ketika itu [tapi ada kaitan dengan fatah sebab bekas pemimpin yang dilantik oleh kerajaan fatah ketika memerintah palestine] pun pulang juga. Mungkin dia sedar tindakan dia menerima jemputan malaysia agak bahlol disitu. 

Kenapalah dia bangang2 nak berucap di persidangan NAM tanpa membawa apa2 jawatan? Dan kenapalah kerajaan malaysia bagi peluang tue kat dia? Dia mungkin rasa tindakan tersebut tak patut dan dia pun blah.

Padan lah muka malaysia time tue. Tah ikut cakap sapa tah. Petikan akhbar neh mengesahkan dakwaan saifuiddin semalam di sini. Baca sampai habis ye. Amek fakta tue untuk membidas orang2 yang suka spin dan putar alam. Jangan berhujah kalau tak reti citer. Buat malu je lah oi.

Lagi satu malaysia tak pernah iktirafkan hamas. Aku dulu memang selalu baca utusan. Mak aku suka beli. So aku baca lah sekali. Kalau sesiapa rajin aku cadangkan korang pergi selongkar arkib utusan dan cari bahan atas isu malaysia tak iktiraf hamas. 

Korang focus berita yang bertarikh akhir tahun 2004 dan sampai akhir tahun 2006. Insya-Allah mesti ada jumpa. Kena teliti satu persatu. Lepas dah jumpa pakat2 sebarkan. Biar kita dedahkan benda neh dengan fakta sampai cybertrooper umno melingkup. Baru dorang tahu siapa sebenarnya barua israel. BN ka PR. Peh.

Ameno : Kalau sokong israel.. mengaku ajek terang2an.. at least kita tahu..buat apa ko nak hipokrit beb

Tuesday, February 14, 2012

Ini baru bukti BRIM ialah agenda jahat BN.


Aku tidak menulis tentang BR1M selama neh sebab aku beranggapan alah normal larh der.. dorang buat kempen politik itu seme bagai. Of course dorang akan hantarkan wakil mereka dan buat di kawasan mereka dan etc2. 

Bear lah dengan seme karenah2 politiking mereka. Dah nama nya pun kempen kan. Even kalau PR memerintah pun rasa aku dorang akan buat benda yang sama. So takde hal lah nak complain pasal tue seme. Lantakkan aje. Bagi duit amek. Time undi pangkah PR. Apa susah beb?

Tapi itu seme dulu. Time borang2 takde gambar di atas neh. Bila dah tertera gambar seperti di atas neh mesti mao komplain beb. Apa point jek bagi bantuan lepas tue tulis di atas kertas tue soh undi bn? Ini salah dan bertentangan dengan etika. Selama neh cakap2 mulut kita faham jek. Cakap lah banyak2 tapi tak masuk pun telinga kita neh. Ada aku kesah? 

Tapi la neh main cop2 pula? Ko tahu kenapa salah? Mudah.

1. Kertas = dibeli guna wang rakyat.

2. Print = dibayar guna wang rakyat

Tapi apahal bn promote kempen dia guna wang rakyat? Oiii guna arh duit sendiri beb. Kata tak suka minta sedekah derma bagai. Selalu kutuk pr minta derma bagai. Dah tue hang sendiri cop pasal undi guna wang rakyat tue bukan minta derma bagai ka? 

Erkk jap. Memang bukan minta pun. Dorang guna tanpa minta kebenaran. Dalam erti kata lain merompak. At least pr minta cara baik. Yang neh dorang tak minta izin tahu2 jek guna wang rakyat untuk sebarkan kempen politik. Mana aci. Lagi satu kan benda neh terbukti cakap tak serupa bikin.

Sapa yang nafikan ia kempen politik? Aku ka? Aku tak cakap apa2 pun dalam isu neh. Piem dan tipiem sendiri nafikan sebelum neh. Banyak2 kali pula tue. Dah tue kertas tue soh pangkah bn kempen apa pula? Kempen valentine kah? Menipu jek selalu. Dah kantoi pun masih suka menipu dan menipu. Takde rasa malu ka apa ka dorang neh? Takan muka tebal sangat?

Sebab tue aku kata ia agenda jahat. Kalau ye pun nak berkempen, mengaku je terang2 macam seorang jantan. Hah ye aku nak berkempen. Korang sibuk pedehal? Kecoh lah woit. Neh lah tak mengaku lepas tue kantoi menipu. Sapa nak respect oiii? Jahat gile. Penjahat jek suka buat perangai macam dorang neh. Sorry.. i ter-ikhlas tulis.

kah kah kah

Ameno : Kalau rajin baca wall ismail sabri pasal isu neh. Serius lawak beb.

Ulasan Ibrahim Ali berhubung isu Mufti tegur Najib rai Thaipusam. [VIDEO INSIDE]

Sapa ibrahim ali neh?

Tah.

Apa kena mengena dia dengan isu neh?

Tah.

Dia neh kakitangan najib ke? Penasihat najib ke ataupun bekerja bawah najib?

Tak.

So apahal dia mencelah dalam isu neh?

Tah.

Lihat bawah neh. Ibrahim Ali sengkek isu sampai isu neh pun dia nak masuk campur. Oiiiii rakyat pasir mas tue perlukan ko untuk bantu mereka.. yang ko pergi meroyan dalam isu2 yang takde kaitan dengan ko buat apa hah?


 

kah kah kah 

Najib tak sempat nak rujuk pandangan2 agama.. = mufti perak TEGUR najib SETIAP TAHUN.

Lepas tue dia mempersoalkan niat TGNA yang pergi berbaik2 dengan penganut2 buddha. Logik lah sket. Niat TGNA terang2 orang boleh baca. Niat najib? Lagilah terang dan bersuluh. Tue pasal ada patung bagai dan siap offer u help me and i help u even dalam kuil sendiri. Pengakuan orang2 india pada hari tersebut beb. Lue nak nafi apa lagi?

kah kah kah

Ibrahim Ali neh... ko neh memang membencikan. Patutlah ramai orang menyampah kat ko. 

kah kah kah

Ameno : Jurucakap tak rasmi najib kot.

Apa kaitan web Israel neh dengan Malaysia?

Tatau lah aku. Bahasa pun bahasa yang aku tak faham. Macam mana aku nak tahu benda neh apa ke apa.. hasil translate pun aku cuma dapat faham sikit2. Sudah tentu ia tak gambarkan keadaan yang sebenar kalau faham pun sikit2 kan? 

Lihat bawah neh ;





Okey neh ada dua keratan screen yang aku amek dari web tersebut. Link nya disini. Klik sendiri kalau nak tengok apa2 ke. Aku pun tak pasti web tue memang sah milik israel atau apa sapa2 yang pandai check boleh check untuk sahihkan yang tue. Cuba aku nampak dia tulis gov di alamat dia so maybe lah benda neh di bawah kerajaan israel.

Merujuk kepada printscreen di atas neh beberapa persepsi timbul dalam otak aku ;

1. Israel menulis tentang sejarah perdagangan malaysia dan indonesia dengan israel. Agak ringkas tapi aku rasa dia telah masukkan point2 yang perlu diketahui.

2. Israel ada mengecam [atau menulis dengan persepsi tidak baik] mahathir.

3. Israel menulis bahawa malaysia tidak menghalang perdagangan dengan israel meskipun mahathir kuat menentang israel. [israel menganggap ia sebagai menentang israel walhal mahathir dipercayai menentang kezaliman israel ke atas rakyat palestine]. Perdagangan dengan israel dibenarkan dalam perundangan malaysia itu sendiri.

4. Israel juga menulis bahawa jika syarikat malaysia mahu mengimport product dari israel mereka perlu dapatkan kebenaran dari kerajaan. Berupa lesen. Alah macam yang kita dah dedahkan sebelum neh.

5. Israel menganggap syarikat2 yang diberikan lesen import di malaysia adalah sangat sedikit. 

6. Visa perniagaan yang dikeluarkan ke atas rakyat israel juga amat jarang berlaku. Ada tetapi jarang. Israel neh macam komplain lah. Senang cakap.

7. Israel juga menulis bahawa syarikat2 di malaysia tidak suka jika kerajaan tahu mereka menjalankan hubungan perniagaan dengan israel. Maknanya benda neh kena rahsia arh. Gila kot pemikiran syarikat neh. Dah lesen import pun apply dari kerajaan.. macam mana pula kerajaan boleh tidak tahu. Bengong!

Itu seme stastistik dan ulasan yang berakhir pada tahun 2002. Rasanya zaman mahathir lain zaman najib lain kan? Israel, dont worry lah. Aku percaya hubungan malaysia dan israel kini lebih erat berbanding zaman mahathir. Betul tak?

kah kah kah

Kalau rajin baca dan fahamkan sendiri. Apa yang aku fahamkan neh pun hasil google translate beb.

Ameno : Perdagangan malaysia - israel, memang dibenarkan dalam undang2 negara kata website israel.. urmm

Apa masalahnya sambut Valentine? - Nazri Aziz.


Mana ada masalah. Nak sambut ko sambutlah. Ada aku kesah? Yang orang nak cegah sekarang bebudak muda beragama islam yang belum berkahwin daripada meraikan sambutan neh. 

Lagipun dah cukup2lah perayaan yang kita umat islam raikan. Perlu ke kita sibuk menyemak nak meraikan sesuatu yang bukan pun penting melainkan ia lebih kepada semangat melariskan barangan perniagaan sempena valentine? Tokey2 kaya makin kaya.. ko dapat apa jek?

Ini hujah dari akal beb. Hujah agama belum bagi lagi. Si nazri aziz neh memang tongong. Tapi yang aku lebih terkejut ialah ada juga individu2 yang aku percaya melayu + beragama islam boleh slumber siott masuk paper kutuk pas cegah sambutan valentine ke atas umat islam. Ko biar betik beb? 

Baca bawah neh ;


Sumber nstp. Klik jek sini kalau nak baca direct. Aku rasa ramai orang confused napa pas melarang sambutan valentine ke atas umat islam. Cuba baca balik apa yang aku taip sebelum neh.

AKU RASA RAMAI ORANG CONFUSED KENAPA PAS MELARANG SAMBUTAN VALENTINE.

Of course korang akan confused kalau ini yang korang anggap. Untuk rekod, pas tidak melarang sambutan valentine. Yang larang neh termaktub sebahagian dari fatwa negara = keputusan muzakarah yang melibatkan orang cerdik pandai agama.

Orang cerdik pandai agama = bukan semua nya datang dari PAS. Mereka melarang setelah memikirkan niat dan kesan akibat menyambut hari tersebut terhadap umat islam. Ia bukan suka2 pas cakap larang terus ia menjadi larangan. Ia juga bukan keputusan dari majlis fatwa negara malahan ia terpakai untuk semua negara yang majoritinya penduduk islam. Ini pengetahuan am geng. Pengetahuan am. Bagaimana dua orang individu islam di atas neh boleh mempersoalkan pas? Hairan.

Muka lelaki pertama ada dalam gambar di atas neh. Kalau lah aku.. adoii. Minta jejauh geng. Jauh nak bagi komen2 macam neh dalam paper. Buat kena maki je lah. Tak pasal2. Niat valentine itu sebenarnya menjurus kepada konsep kasih sayang antara kekasih. Ia dikomersilkan sehingga merangkumi semua jenis hubungan kasih sayang. Seiringan dengan perubahan zaman. 

Seme nya atas satu sebab. Duit. Lagi ramai orang beli hadiah untuk raikan valentine lebih bagus. So why focus pada kekasih jek kalau kita boleh sasarkan seme jenis perhubungan yang wujud? Sah2 jika dinilai dari hujah akal korang dipergunakan untuk mengkayakan orang lain. Sadis. 

Dan nazri juga sebenarnya dah salah faham. Dia tak faham konsep bercerai roboh bersatu teguh. Maksudnya disini jika ko nak beromen, ko kena cari pakwe dulu. Kena buka baju dulu. Kena ringan2 dulu then baru berat2. Maaf ek guna hujah lucah dan direct neh. Tapi rasanya ia memang sesuai mengambarkan situasi neh. Ko kena bina jalan2 untuk beromen.

Ko tak boleh cakap heyo .. aku nak beromen. Tetttt... terus2 ko dah dibegitukan. Tidak. Konsep moral umat islam juga begini. Valentine ialah salah satu jalan2 yang boleh digunakan untuk merosakkan akidah umat islam. Jalan2 neh jika dibina betul2 ia akan bersatu teguh dan boleh menghancurkan moral umat islam.

Dan apa yang pas buat ialah pecahkan jalan2 yang telah teguh neh. Pas kasi roboh. Mula2 boleh sambut valentine tapi sekarang dah tak boleh. Kegiatan nak beromen telah disukarkan dengan pertambahan halangan. Dah lah hari2 biasa pun rasa risau dengan jabatan pencegahan maksiat. Neh larangan valentine pula dikuatkuasakan ke atas umat islam. Demm.. lagi sukar nak beromen. Kemana aku nak mengadu neh oiii?

Jika nazri fahami konsep neh nescaya dia tidak akan berasa pas berada di alam keconfused.  Sebaliknya dia akan sedar diri nya lah yang sebenarnya sedang confused. Seseorang pencuri pun belajar untuk mencuri. Jadi seseorang yang buang anak pun dia akan belajar untuk beromen2 dulu dan ia mungkin dipratikkan pada hari2 tertentu atas nama kasih sayang. Tolonglah faham.

Artikel melarang sambutan valentine hanya terpakai untuk umat islam. Tiada larangan ke atas orang bukan islam. Jangan salah faham. tq

Ameno : Sapa yang sebenarnya confused?

Rosmah Mansur terima Ijazah keshoppingan pula.



Macam tak percaya. Tapi penghargaan neh benar2 wujud. Sebelum neh rosmah mansur telah menerima satu ijazah kedoktoran dari australia. Dan dia pun dah marah mereka2 yang memperkatakan ijazah kedoktoran yang dia terima. 

Padan muka korang. Rosmah cakap macam neh sebagai respon balas kepada korang2 yang dengki dengan apa yang dia dapat ;


"Saya tidak mahu menangani isu-isu remeh-temeh peribadi. Ia adalah semua daripada kekecewaan. Ia adalah semua keluar ... Saya tidak tahu ... Mungkin cemburu," katanya yang , jelas kelihatan kecewa.

Rosmah turut ditanya mengenai kriteria yang digunakan oleh Universiti Curtin yang memilih dirinya bagi anugerah itu.

"Saya tidak tahu... apa kriterianya. Saya tidak tahu. Berita sya diberi anugerah itu sesuatu yang mengejutkan.

"Tetapi saya diberitahu bahawa naib canselor (universiti itu) sedang mencari seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada negara,” katanya.


Oii nak pergi mana tue? Belum habis neh hah. Baca lah sampai habis dulu. Bunuh diri? Bangunan SPRM mana ada kat sana. Lepak lah weh. Baru rosmah cakap sikit dah nak bunuh diri. 

Baru rosmah meluahkan diri dia ada ciri2 kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosoal dan menganjurkan program yang memberi manfaat kepada rakyat dah korang seme pakat2 merajuk nak bunuh diri. Lepak lah weh. Rosmah hanya bersikap jujur. Cuba jangan dengki tak pepasal. Boleh tak?

kah kah kah

Yang sebenarnya rosmah ada melakukan sumbangan kepada pihak university.  Korang mana tahu seme tue. Melalak jek. Cuba belajar mengorek keluar sisi baik dan prihatin dari mem kita neh. Berlapang dada lah weh. Berlapang dada lah. Baca bawah neh. Antara sebab2 yang dipercayai rosmah dapat doktor. 
Pada tahun 2010, Agensi Kelayakan Malaysia memberikan status swaakreditasi berikutan audit institusi yang termasuk lawatan oleh panel MQA juruaudit ke kampus universiti. Kampus telah dibuka di Miri pada tahun 1998.

Curtin Sarawak telah menerima pelbagai sumber pembiayaan di Malaysia:

Pada bulan Ogos 2003, Curtin Sarawak menjadi universiti antarabangsa pertama di Malaysia berhak untuk mengakses geran berprestij IRPA ("Penumpuan Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan") Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Pada Disember 2004, penyelidik di Curtin Sarawak telah dianugerahkan geran IRPA pertama mereka.

Sebagai tambahan kepada sumber pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan, Curtin Sarawak telah juga akses kepada dana daripada Kerajaan Negeri Sarawak serta dari pelbagai rakan industri.

J
ika ini adalah benar, kenapa dana awam harus pergi ke universiti asing apabila banyak sekolah di Sarawak tidak mempunyai kemudahan-kemudahan asas? Berapa banyak jumlah dana yang Curtin telah terima ?
Di samping itu, BioValley kerajaan Sarawak Park Projek yang akan dibangunkan di kampus Curtin Sarawak. Projek itu sepatutnya untuk meningkatkan R & D bagi memenuhi keperluan teknologi di negeri ini, terutamanya untuk Koridor Tenaga Diperbaharui (Score) Sarawak.

Curtin Sarawak juga dikaitkan dengan kepimpinan Sarawak.Dari laman web Curtin:
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, yang juga pengerusi Majlis Curtin Sarawak, berkata fasa pertama projek yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian akan dibangunkan di tapak seluas 10 ekar di kampus.
Laman web Perth Kini melaporkan :


Kali TERAKHIR Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Perth, beliau telah berhadapan dengan protes marah semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel.


Hari ini, ia merupakan lawatan yang jauh lebih aman kerana beliau menyelinap masuk ke Curtin University secara rahsia dengan isterinya, yang menerima Ijazah Doktor Kehormat ... 
Lawatan terakhir Perdana Menteri ke Perth untuk CHOGM pada bulan Oktober telah berdepan dengan protes marah apabila sekumpulan "Bersihkan Malaysia" telah mengadakan perhimpunan di Tempat Forrest , berkempen untuk reformasi pilihan raya di Malaysia. -AnilNetto-

Dah faham?

Hidup jangan mendengki ajek boleh tak? Hidup tue cuba lah belajar jadi macam rosmah mansur. Di mana2 pun ada jek orang nak mengiktirafkan dia.

kah kah kah

Selain dari ijazah kedoktoran yang baru2 diterima oleh rosmah mansur, dia juga mendapat ijazah keshoppingan. Ijazah keshoppingan neh akan membawa kepada gelaran Ratu Shopping aka Kaki Shopping worldwide.

Penghargaan neh disampaikan oleh rakyat malaysia kepada rosmah mansur setiap hari melalui blog, media sosial dan cakap2 mulut. Bagi rakyat malaysia tiada lagi individu lain yang lebih layak mendapat penghargaan neh berbanding rosmah mansur kerana telah memenuhi beberapa ciri2 penting bagi meletakkan dia dalam kedudukan itu. 

Antaranya ialah ;

1. Kaki boros

2. Kaki pembaziran

3. Kaki suka pergi luar negara

4. Kaki suka barangan branded

5. Kaki suka menginap di tempat mewah

Di sebabkan keprihatin dan kasih sayang rosmah terhadap wang membuatkan rakyat malaysia mahu menghargai rosmah mansur dengan memberikan dia anugerah khusus neh. Ijazah kedoktoran shopping. Tahniah mem. Dalam masa beberapa hari dapat 2 anugerah cemerlang. Semoga terus berbakti. Kami rakyat malaysia bangga dengan mu wahai ratu shopping negara !

kah kah kah

Ameno : Tengah plan untuk masukkan shopping sebagai salah satu sukan olimpik. Aku percaya rosmah mampu menguasai pingat tersebut. Sama2 doakan ek.

Monday, February 13, 2012

Pas mahukan keadilan untuk penghina Nabi SAW?

Apa tue?

Jap. PAS mahukan apa? Keadilan? Untuk siapa? Kejap. Harakah salah lapor neh kot. Ye tak? Sangka baik neh. Siyes beb. Lihat bawah neh ;




Terdapat kecelaruan maklumat dalam isu neh. Info yang betul ialah bukan si mamat neh nak balik arab saudi tapi lelaki neh nak lari dari arab saudi. Selepas suka suki menghina Nabi saw dia nak larikan diri. Okeylah tue at least dia tahu rasa takut.

Dan ia bertambah2 okey bila dia secara sukarelanya memohon ampun dan mahu bertaubat. Kenyataan di petik dari twitter milik dia sendiri. Tak kesah lah pun apa yang akan berlaku ke atas dia tapi aku percaya kerajaan arab saudi ada caranya nak memastikan kejadian neh tidak berulang lagi.

Mungkin ada di antara korang yang tak faham kenapa kita beria2 sangat nak marah isu orang yang hina Nabi saw neh kan. Isu nya mudah. Kalau hari neh kita biarkan sahaja mereka2 neh hina Nabi saw dengan buat statement2 yang mengelirukan dan tidak di ambil sebarang tindakan kita bimbang budaya neh jadi ikutan. Nanti semua orang pun nak merasa bebas menghina Nabi saw dan sebagainya. Sebab tue jika arab saudi mahu mengambil tindakan tegas ini sesuatu yang aku puji. 

Tapi aku percaya juga kita wajar menghormati kerajaan arab saudi. Meskipun kita tiada apa2 perjanjian ektradisi dengan arab saudi tapi itu bukan isu. Isunya dia hina Nabi saw. Sanggup kah kita beria2 pongpang pertahankan perlembagaan negara kita dan mahu dilihat baik di sisi dunia dengan mempertahankan hamza? Walaupun n surendran kata tindakan neh mencemarkan imej malaysia di mata undang2 tapi dia apa tahu? Kita peduli apa dengan undang2 dunia rekaan manusia? 

Tak kesah der lue nak anggap wa langgar undang2 der. Janji lue jangan bagi wa serba salah dengan memilih antara undang2 dunia dengan penghina Nabi saw. Wa takmo rasa serba salah. Sebab tue tindakan kerajaan neh disokong. 

Tapi... ya ada tapi. Yang aku peliknya.. apa kena mengena isu neh dengan pas? Arhh jap. Individu tue menghina Rasul Allah swt. Dia dah mengaku dan mahu bertaubat. Bukan dalam konteks dipercayai ye. Tetapi dia memang dah mengaku dan dia akan bertaubat.

So dalam konteks neh sepatutnya pas menyokong kerajaan arab saudi bicarakan wartawan terbabit. Dan diharapkan agar wartawan terbabit bertaubat. Tapi apsal artikel neh bercelaru dan mencelarukan? 

Cara mana kerajaan arab saudi nak tetapkan hukuman rasanya itu bukan urusan aku, ko dan pas kan? Siapa kita yang nak menyemak dan ikut campur dengan mempertahankan orang yang hina Rasul Allah swt? Kalau minta maaf boleh selesaikan isu maka hapuskan sahaja sistem mahkamah.

Dan lagi satu.. sepanjang yang aku faham sehingga ke detik neh.. pas itu maksudnya parti islam semalaysia. Ke ada sapa2 nak bagitau aku bahawa pas yang aku faham bukan lagi sepertimana yang aku faham? 

Ameno : Apakah itu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...