Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 20 Januari 2012

Surat terbuka untuk bapa si saiful bukhari.

Salam 1malaysia pakcik,

Hai. 

Harap pakcik cool sebab saya bagi salam 1malaysia je. Sebagai penyokong bn saya percaya pakcik mesti rasa best sebab saya guna salam 1malaysia. Kalau bukan nak gunakan ke atas penyokong bn kepada siapa lagi saya nak gunakan enn..

He He He

Pakcik, 

Baru lima minit yang lepas saya membaca kisah pakcik di berita [rujuk sini]. Saya merasa terguris sangat bila membaca luahan pakcik. Pasal apa? Pakcik mesti tatau kan? Takpe pakcik, takpe. Jangan risau sebab saya ikhlas sungguh nak pakcik tahu neh kenapa saya terguris.

Cuba pakcik baca dulu apa yang si saiful anak pakcik tue tulis di bawah neh ;

Saya terpaksa mengutus sepucuk surat rasmi ini kerana sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari YBhg Tan Sri sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.

Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya.

Jika saya berhak memfailkan rayuan itu sendiri, saya akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain. Namun kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan, hanya terletak ditangan Peguam Negara.

Pada hemat saya, saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dimana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi.-SBA-

Dah baca? Bagus pakcik, bagus. Berdasarkan kepada kenyataan terbaru pakcik dan anak pakcik neh saya ingin menegaskan bahawa anak pakcik sebenarnya dah tiada maruah dan masa depan yang boleh dipertahankan andai meneruskan kes liwat neh.

Kenapa? Salah satu sebabnya ialah spender lembab. Pakcik bayangkan lah pakcik oiii. Spender lembab? Yang dipakai sebelum dan selepas diliwat? Amek dari rumah ex tunang? Pakcik, saya takmo ulas isu peribadi disini. Tetapi sesama kita faham larh ek kenapa dari tunang jadi ex tunang.

                    Penderitaan ex tunang saiful, hanya Allah swt sahaja yang tahu.

Pakcik boleh fikir tak bagaimana isu neh memalukan pakcik dan saiful? Janganlah pakai bedak tebal sangat pakcik. Sekali sekala pipi pakcik harus merasai kewujudan angin. Ini perlu bagi melatih diri untuk rasa malu.

Bukan saya nak halang pakcik dari membuat rayuan. Bukan. Sebaliknya saya nak bagitau pakcik jangan buat rayuan. Saya tak halang cuma saya minta. Minta pakcik agar jangan buat rayuan. Cuba pakcik baca sini balik. Baca apa yang anak pakcik pernah cakap di dalam mahkamah. Dia pernah bagitau bahawa dia tidak bersolat kerana dia mungkin diliwat. 

He He He.

Apa dia pakcik?

Ya.. dia tidak bersolat kerana dia MUNGKIN diliwat.


Saiful pernah buat kenyataan juga bahawa semasa dia bekerja dengan dsai, dia meninggalkan solat. Selepas membuat laporan polis dia dah insaf. Sebelum report polis, dia pernah solat jumaat walaupun tak mandi hadas sebab nak simpan bukti. Dalam hanya beberapa bulan tiba2 dahi dia menjadi hitam. Orang yang tak pernah tingggal solat pun takde tanda macam anak pakcik neh tahu. 


                       Saiful seorang muslim yang baik namun tak reti mandi hadas..

He He He.

Ya, saya tahu pakcik. Saya pun sambil tergelak tulis neh. Bukan pakcik je. Sama ketika saya tergelak2 bila saiful cakap bahawa dsai tanya dia can i fuck you today di mahkamah dulu. 


Siap boleh tanya dan minta izin lagi. Kenapa lah saiful tak lari je time tue pakcik? Bukan nya dia tak boleh jawab, cannot. You cant fuck me today. And dont fuck me forever. And i would like to run. Babai. 

Simple, betul tak pakcik? Masa tue memang simple gila nak selamatkan maruah dia ikut jalan senang. Tak perlu panjat turun naik mahkamah dan pergi hospital. Tapi takde pula dia beria2 nak lari selamatkan diri.  Bukan saya nak tuduh2 tapi tolonglah faham persepsi saya terhadap anak pakcik macam mana.

                                               Saiful sakit tettt... 

Bukan saya tiada usaha nak memahami penderitaan dan kesusahan saiful. Tapi pakcik fikirlah. Kalau seseorang itu diliwat boleh lagi kah dia makan karipap dan minum air kopi pakcik? Tak tahu lah saya mangsa liwat boleh slumber makan dan minum selepas didera secara seksual, tapi dalam kes neh ianya dianggap luar biasa. 

Sebab? Sebab makanan tue disediakan oleh orang ketiga yang berada di dalam appartment tue. Bukan dsai beli or saiful sediakan. Dia siap makan lagi dalam bilik tue. Bukan keluar dari situ dan makan. Sebaliknya betul2 makan dalam bilik tue.

Karipap dan air kopi, makanan dan minuman pertama masuk ke perut saiful selepas diliwat.

Jadi, jika pakcik berada di tempat saya pun, pakcik mesti was2 sebagaimana saya was2 kan? Sebab tue lah saya minta pakcik faham. Minta pakcik tutup sahaja kes neh dan pergilah jalani kehidupan yang normal bersama anak pakcik. Bagi saya andai pakcik menutup kes dan senyap2 insya-Allah sedikit maruah dan masa depan saiful dapat diselamatkan.  

Ini kerana tiada apa lagi yang tertinggal untuk saiful merayu dalam kes neh. Tiada satu apa pun yang boleh menyatakan bahawa saiful dipihak yang benar. Semua telah dibuktikan oleh peguam2 dsai di mahkamah. 

Segala hujah2 saiful dalam kes neh hampir semua nya menjadi bahan senda lawak harian rakyat malaysia. Saiful mungkin akan dikenang sebagai bapa perliwatan oleh generasi akan datang. Mungkin pakcik boleh bersyukur kerana nama saiful tidak akan tenggelam begitu sahaja. Rakyat malaysia pasti akan mengenali siapa saiful walaupun masa dan zaman berlalu. Insya-Allah. 

He He He

                                      Saiful bukhari azlan yang tersenyum.

Seperkara lagi, pakcik. Ingatlah pesanan saya, rakyat malaysia neh tidak bersalah dan tidak berdosa pada anak pakcik. Jadi, tolonglah pakcik, janganlah babitkan dan susahkan kami dalam kes liwat neh lagi. Harap pakcik memahami luahan neh. Bai.

Ameno : Hari neh last tempoh rayuan.

Pelajar perempuan yang ugut Najib ditahan polis.

Sebenarnya bukan lah ugut sangat pun. Takde pula nampak macam mengugut bagi pandangan aku. Tapi bila orang dah buat report, polis kena jalankan tanggungjawab dia. So benda neh normal. Sebahagian dari bidang tugas polis. 

Pelajar yang dimaksudkan ialah di bawah neh. Berserta dengan statement lawak [ugutan] dia.

Berita bernama melaporkan ada orang yang buat report polis. Dan polis bertindak atas laporan dan maklumat yang diperolehi. So polis jejak dia dan tahan dia untuk siasatan sebelum dilepaskan kerana dia perlu mengambil peperiksaan.

Tapi beb, polis lepas, bukan lepas terus sebab kes neh masih dalam siasatan dan dia akan dipanggil semula oleh polis pada bila2 masa. Pelajar neh korang tahu umur dia berapa? 

20 tahun.

20 tahun tue beb. Janarta pun 24. Dia neh lagi muda dan lagi berani dan yang paling best dia ialah seorang perempuan. Lagi lah aku respect.

kah kah kah

Apa pun bagi aku najib perlu kaji balik sebab2 kebencian rakyat terhadap dia. Jika dulu orang senyap dan sabar. Namun kini orang tidak mahu dan tidak boleh sabar lagi. Semestinya banyak yang najib telah buat sehingga 1malaysia membenci najib tanpa segan2 lagi. Jangan salahkan orang yang membenci tapi kaji balik kenapa diri sendiri di benci. Rakyat berhak protes bila mereka disakiti.

Dan bloggers umno pula tak habis2 provoke dengan isu2 remeh. Dah tahu budak neh memain, boleh pula printscreen bagai supaya polis tahan dia. Walhal benda neh damage pada imej bn. Semakin ditahan, orang semakin memberontak. Ini bukan kebaikan pada bn. Betul ke mereka neh bloggers bn sebenarnya?

Macam diri kita sendiri juga lah. Lagi dihalang lagi kita nak buat. So benda neh sama pada rakyat malaysia. Lagi kita ditindas, lagi kuat kita melawan. Tapi sapa lah aku nak sibuk2 fikir imej bn tercalar ka apa ka. Tiada kena mengena pun. Aku sebenarnya sangat seronok. 

Bagi aku benda neh hanya memudahkan impian aku menjadi realiti. Semakin tercalar bn, semakin untung pada aku. Semakin meroyan bloggers umno, semakin cepat aku boleh dapat malaysia baru. Dan bila itu berlaku, semakin cepat aku boleh melihat bn dibabaikan.

kah kah kah

Ameno : Apa yang aku buat bila berusia 2o tahun hah?

Tol untung RM18billion beb.. kaya siot..

Aku amat terkejut gaban bila mengetahui betapa untung nya pemilik2 konsesi tol di malaysia neh. Aku rasa nak hantuk kepala yang dimiliki oleh mana2 penyokong umno totok bila terbaca berita bawah neh beb ;

Antara yang paling tinggi keuntungannya ialah Lebuhraya Metramac yang mencatat keuntungan 877 peratus daripada kos asal pembinaan yang hanya berjumlah RM45 juta.

Lebih mengejutkan, kata Lim ialah kekayaan yang dikumpul melalui projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengaut keuntungan RM 18 bilion, setelah ditolak kos pembinaannya sebanyak RM 5 bilion; dengan tempoh konsesi selama 50 tahun sehingga tahun 2038.

Begitu juga dengan projek lebuh raya KL – Karak yang untung hampir RM1 bilion (202 peratus), diikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dengan keuntungan RM1.6 bilion (149 peratus) berbanding kos pembinaan sekitar RM1 bilion. -MKINI-

Peh..

Gila beb.

GILA.

Neh yang bikin aku panas. Kalau aku kaya ataupun ada saham dalam tol2 neh seme memang lah happy bangat beb. Tapi disebabkan aku salah seorang pembayar tol dan tak pula kaya2 maka tiba2 aku menjadi jeles dan dengki yang amat. Ini tidak boleh dibiarkan sama sekali. Mereka telah dikayakan oleh kita seme.

Demmm..

I cant accept this.

Yang aku fahamkan disini LGE cakap pasal keuntungan. Keuntungan yang dia bagi neh aku kira keuntungan yang bersih. Oleh kerana dia berani cakap sudah tentu dia sudah didedahkan dengan maklumat2 tersebut secara terperinci.
Sekarang neh bukan nak citer pasal keuntungan bagai neh seme. Sekarang neh nak citer sebab2 tol perlu di mahsuhkan. Kenapa rakyat beria2 sangat nak jalan cantik bagai bidadari tapi tol tak payah ada? Kenapa ?

BN : Tol mahsuh negara bankrupt, tapi najib boleh hapuskan 2 konsesi tol pula.. ikut idea pr ke? he he he..

Mesti penyokong umno tak tahu jawapannya kan? Dalam kehidupan dorang yang malas neh dorang mana pernah fikir apa2 pun. Lahir2 jek dah masuk sekolah kerajaan. Lepas tue keluar2 je berbangga2 dengan jasa2 kerajaan pada mereka. Orang2 begini memang betul,  kerajaan telah banyak berjasa pada mereka. Disebabkan mereka malas berfikir dan hidup bergantung pada kerajaan sampai taksub kepada bn memang lah salah mereka sendiri.

Usahlah kita bersimpati pada orang2 yang malas berfikir. Dalam dunia neh memang normal ada orang malas dan orang rajin. Oleh kerana kita, penyokong2 pr dah ambik alih tanggungjawab menjadi orang yang rajin, maka kita biarkan sahaja penyokong2 bn menjadikan malas sebagai tanggungjawab mereka. Fair and square.

kah kah kah

Yang sebenarnya, penyokong2 pr dan rakyat2 biasa yang rajin berfikir neh telah mendapat ilham. Kami tidak suka berfikir bagaimana cara bn berfikir. Kami tidak suka hidup bagaimana bn mahu kami hidup.

Ini kelebihan bagi orang2 yang bijak pandai macam kami. Orang2 yang bodoh memang sukar memahami isi ahti kami. Takpe, kami redha dengan sikap anda. Sebab tue kami ada disini. Alah, macam superman. Kamilah superman bagi rakyat malaysia sebenarnya.

Hapuskan ketirisan dan penyelewengan serta salah guna wang rakyat, tol pasti boleh dimahsuhkan dan wang negara digunakan dengan secekapnya.. rosmah, jimat cermat please..

kah kah kah

Cuba kita bayangkan, hidup di negara yang tiada tol dengan jalanraya yang sangat baik serta diselia dengan teratur tapi dalam masa yang sama seme neh boleh dilakukan tanpa kewujudan tol.

Bagaimana?

Kalau bn cakap, mereka boleh bagi seme2 di atas tetapi tol mesti ada 

atau

seme2 atas masih boleh ada tapi tanpa tol

Yang mana satu korang nak?

Ya, aku tahu orang bijak mesti jawab no 2. Inilah dia yang kita gelar pemikiran di luar kotak. Pemikiran yang sendiri cari. Pemikiran yang kreatif. Pemikiran yang tidak ditetapkan dan ditentukan oleh orang lain.

Kenapa kita mesti hidup dengan cara yang bn tetapkan? 

Bila dia cakap cukai mesti tinggi, wajib kah kita follow dan setuju?

Bila dia cakap tol mesti wujud, wajib kah kita follow dan setuju?

Bila dia cakap sistem monopoli dan ap mesti diteruskan wajib kah kita follow dan setuju?

Tidak pernah wajib. Jangan sesekali menjadikan anggapan itu sebagai realiti. Hanya kerana ada orang yang setuju dan terima dengan cara bn tadbir negara neh ia bukan bererti korang pun mesti setuju dan ikut juga.

Jadi rakyat, kita mesti SENTIASA mahu lebih dan lebih. Sebab apa? Sebab kuasa ada di tangan kita. Setelah bersusah payah membayar cukai dan mengundi mereka, rakyat macam kita berhak merasai kesenangan hidup.

Kalau hari neh bn kata tol mesti ada dan pr kata sebaliknya, kita undi pr. Kalau tiba2 bn boleh bagi lebih baik dari pr dengan cakap tol mahsuh dan cukai off 50%, kita undi bn. Lepas tue kalau pr cakap tol mahsuh, cukai mahsuh dan rakyat dapat duit free, kita undi pr balik.

Senang ma.

Kita tetapkan kemahuan dan keinginan kita, dan biar orang2 politik neh buat kerja. Cara mana depa nak buat kerja depa punya pasal asalkan tidak bercanggahan dengan islam. Ini dah cukup. Apa2 perkara yang tidak bercanggahan dengan islam sudah tentu selamat. Kita tak perlu fikir banyak. Kita hanya perlu ada banyak permintaan dan biarkan ahli2 politik berfikir bagi pihak kita. 

Sebab yang nak kuasa dan tadbir negara neh mereka. Yang nakkan kesenangan dan keamanan hidup neh pula kita. Ini ialah konsep win2 situation. Aku bagi ko kuasa, ko bagi aku keselesaan hidup. Selagi aku aman, ko juga aman. Jika aku merana, ko juga akan merana. Simple.

Jadi rakyat kita kena faham konsep neh. Ini konsep yang paling asas. Jadi, jangan lagi tanya kenapa rakyat nak sangat hidup tanpa tol. Kita berhak menikmati hidup. Kalau ada dua jenis kereta di depan kita, satu proton dan satu merds, dan kita diberikan pilihan untuk pilih salah satu antara dua nya dan ia adalah percuma, sudah tentu lah kita akan pilih merds. 

Kalau kita boleh ada impian mahu pakai kereta yang terbaik, apa pula salahnya dengan impian mahukan kerajaan terbaik yang boleh memberikan kita prasarana yang terbaik pula? Jangan lupa, ada manusia pernah berimpian mahu terbang di langit macam burung sebab tue pasangan adik beradik wright cipta kapal terbang.  

Dan hari neh ada manusia macam aku yang berimpian mahu hidup di malaysia tanpa tol, dan kita boleh realisasikan impian kita asalkan kita undi kepada yang mampu laksanakan apa yang kita inginkan. Pilihan di tangan anda. Nak racun atau madu, anda tetapkan. Bai.




Ameno : Tol hapus, saya mesti pilih !

Khamis, 19 Januari 2012

Ahli PKR dapat rm200 seorang time demo 901.

Best wooo..

Ko ada? Takde? Padan muka.

kah kah kah

Lihat bawah neh beb ;


SMS dari rafizi beb. Dia bagi rm200 seorang time demo 901. Itu pasal ramai yang datang. Datang sebab duit. Bukan pasal perjuangan. Bukan pasal keikhlasan. Tapi pasal duit. Ahli2 pkr seme boleh dibeli guna wang. Depa memang hampeh !!!! Depa memang jahat !!!!

G mati lah weh. Mati. Aku cakap mati. Faham tak?

kah kah kah

Lepak geng,

Aku memain je kat atas neh. Aku terai berlakon jadi bloggers umno tadi. Bagaimana ek setelah berapi2 balon pr tiba2 aje ahmad maslan mensampahkan bloggers umno. Mesti padan muka depa kan?

kah kah kah

Apa pun neh ialah satu lagi gambar yang berlegar2 di ruang blog dan fb. Isunya konon pkr bayar ahli2 pkr rm200.00 sorang sebab datang berdemo 901. Sms pula disebarkan oleh rafizi. Aku tatau kesahihan sms neh tapi aku lebih rasa macam tipu.

Harap pkr dan rafizi boleh tampil bersihkan diri dalam isu neh. Lagipun terang2 nampak no tue. Mesti kekawan rafizi kenal no hp dia sendiri kan? So please maklumkan pada dia atas isu neh. Mesti ada kaitan dengan NFC neh beb.

kah kah kah

Ameno : duit bersih gua sampai la neh tak dapat2.. menteri bingai tue kata dapat duit..

Blogger UMNO ialah SAMPAH!

Bukan aku cakap.

Tapi ahmad maslan yang mensampahkan depa seme. Lihat bawah neh ;


Siapa rahim rahman? Maybe susah nak kenal dengan nama neh. Tapi penyokong2 pr rasanya kenal dengan nama gelaran yang neh kot ==> stingrays vii.

Nama stingrays neh memang antara cybertropper umno yang dah lama wujud dalam dunia cybertrooper neh. Dia ada dulu sebelum aku wujud di dunia online neh. Memang dia balon pr kaw2 mostly dengan fakta dan dia balon gak bn dalam topic2 tertentu tapi mostly dalam page yang bukan yang public tahu. Orang2 tertentu yang di invite tahu lah.

Kah kah kah

Jangan marah arhh.. sejak2 aktif blog neh aktiviti lakonan aku di fb semakin slow dan pupus. Biasalah tangan aku ada dua je. Mana lagi nak siasat plan korang, nak survey strategi korang, nak tulis dan balon bn lagi.. tak cukup masa beb.

kah kah kah

Lihat bawah neh ;


Rupa sebenar dia. Untuk rekod gambar di atas neh di ambil dari blog kingofgoblok. Apa yang dia tulis dalam keratan di atas neh bukan mewakili pandangan aku. Ahmad maslan juga sebenarnya dah nafikan kenyataan fb neh tapi aku fikir isu neh sangat kuat sehingga memaksa ahmad maslan buat statement penafian.

Tak percaya? Percayalah. Kalau stingrays bukan sapa2 pada unit media umno, maka aphal ahmad maslan sibuk beria2 balas dalam isu neh? Ini sebab stingrays neh ialah sapa2 dalam umno. Dia ada sesuatu dalam unit siber umno. Sebab tue kenyataan dia dibidas oleh ahmad maslan yang takut dia hilang sokongan.

Siapa ahmad maslan neh? Sapa blogger dia? Papa gomo kot.. ye tak? Tapi papa gomo melawan tun faisal. Larh.. unit media baru lain.. unit media cyber lain rupanya..

kah kah kah

Lagi keratan penuh printscreen stingraysiv dalam isu neh rujuk blog  ==> sini

Ameno : Berpecah lah korang... ini suara ahti aku.. heheh.. sorry i ikhlas disini.

MB Kedah: AUKU tetap dilaksanakan di KUIN.





Dari awal lagi AUKU neh mana pernah relevant dan pas tidak boleh meneruskan undang2 seperti neh atas apa alasan sekalipun. Soal samada ia masih berada dalam peruntukkan undang2 bukan isu dan orang tak hadap benda tue sebagai alasan konkrit pun dalam hal neh sebaliknya apa yang orang pandang dan apa yang aku sendiri rasa ialah ;


1. AUKU = KEJAM = BILA BN GUNAPAKAI IA.

2. AUKU = UNDANG2 YANG MASIH WUJUD = BILA PR GUNAPAKAI IA.

Wahh..
 
Hahahha..

Apa neh? Lawak meh? Kalau begitu maka apa yang berlaku pada adam ialah undang2. Maka apa yang berlaku pada safwan adalah undang2. Maka apa yang berlaku pada mahasiswa selama neh dalam bersih, dalam 901, adalah undang2. 

Bukan kah undang2 auku itu selaras bagi 1 malaysia? Dan bila ia dilabelkan sebagai undang2, maka apa hak pr nak persoalkan apa yang berlaku pada adam? Pada safwan? Pada yuyu? Pada mahasiswa2 yang lain? Apa hak anda? Apa?

Takde.

Takde hak. 

Takde hak langsung dan takde hak sedikitpun kerana anda tidak konsistensasi dalam mempertahankan hak mahasiswa dalam memahsuhkan akta auku dan perjuangan mahasiswa. Auku, yang konon nya undang2 bagi pas neh juga adalah auku yang sepatutnya zalim bila ia digunakan oleh bn. Benarlah kata mahasiswa mereka hanya dipergunakan oleh parti politik semata2. 

Bila mereka menegakkan hak2 mereka dan menuntutnya dari kerajaan, pr akan pongpang2 time tue lah mahasiswa hero, mahasiswa bagus, mahasiswa berani, mahasiswa ratu raja pejuang tulen bagai dan blablablala..

Bila mereka menegakkan hak2 mereka dan menuntutnya pula dari pembangkang, tiba2 mahasiswa neh tiada sokongan, tiada kata2 yang bagus, tiada kata2 semangat, malahan sesetengah dari mereka acuh tak acuh sahaja tapi time bantai polis dalam isu 1 jan 2012 ari tue, mereka2 neh larh yang no 1 lebih over2 berbanding dari tukang yang kena. 

Heran. 

Alasan yang paling best ialah auku sebahagian dari undang2. Time neh lah tiba2 nak hormat dan terima kewujudan undang2 neh. Sebelum2 neh dalam kes adam takde pun. Sedangkan jika ia benar2 atas nama undang2 maka polis seribu kali lebih dari layak, melanyak mahasiswa2 di dalam demo UPSI ari tue. Undang2 ma. 

Jadi alasan neh aku tak boleh. Akal aku tak boleh terima. Ia umpama ISA yang di-pr-kan. Undang2 masih sama, polisi masih sama, digunakan ke atas individu yang berbeza pendapat dari side bn dan ia masih lagi akta yang sama. Ia tidak akan menjadi akta yang baik hanya kerana pr gunakan ia.

Dan lagi, walaupun pun auku masih sebahagian dari undang2, tetapi ia bukan mewajibkan anda menggunapakaikan ia. Kena faham disini. Auku tidak pernah MEMAKSA / MEWAJIBKAN pentadbiran KUIN dalam menggunapakai AUKU dalam menghukum mahasiswa. Dalam erti kata lain, pentadbiran KUIN boleh menolak dari menggunapakai akta neh dalam menghukum mahasiswa.

Pentadbiran KUIN pada bila2 masa boleh sahaja mengingorekan penggunaan akta auku. Mereka boleh pilih berjuta2 hukuman dan resolve ia dengan cara yang lain.  Pasti ada cara dan kaedah yang boleh membawa kepada win2 situation. Cuma nak dengan taknak jek. 

MB kedah sepatutnya boleh menasihati pentadbiran kuin agar jangan menggunapakai akta zalim neh. Walaupun MB kedah tidak campur sangat dalam isu neh bukan pula bererti MB kedah tak boleh bagi nasihat dan bukan juga mewajibkan MB kedah mesti sependapat dengan pentadbiran KUIN. 

Akta auku bukan hanya zalim bila bn pakai. Ia juga tetap dan masih zalim bila pr guna. Auku tidak akan nampak baik hanya kerana pas menggunapakai ia. Ia tetap akta yang zalim dan menindas kebebasan dan hak bersuara bagi mahasiswa. 

Setelah bertahun2 mahasiswa membantah auku dan bersama2 pr pula dalam isu neh alangkah kecewa dan tergurisnya ahti dan perasan mereka bila kawan [pr] sendiri yang disandarkan kepadanya harapan, menggunakan akta neh untuk menafikan hak kawannya [mahasiswa] sendiri?

Apakah dalam dunia neh mahasiswa hanya boleh menentang polisi2 dan idea2 bn dan bila mahasiswa menentang polisi2 dan idea2 pr maka ianya salah?

Apakah dalam dunia neh rakyat hanya boleh menentang cara kerja bn dan bila mereka menentang cara kerja pr maka ianya salah? 

Perbezaan pendapat dan pandangan neh bukan berlaku berdasarkan parti atau label. Ia wujud sebab ilmu + pengalaman + cara hidup + suasana + bangsa + agama, kita berbeza. Yang neh boleh wujud di mana2 dan dalam apa keadaan sekalipun.

Jadi perkara yang sama juga berbalik dalam kes mahasiswa neh. Mahasiswa memang konsisten menentang auku. Bukan sebab ia diwujudkan oleh bn. Tetapi kerana akta neh tidak relevant. Tetapi pas tidak sekonsisten mahasiswa dalam menentang auku. Mereka hanya menggunakan isu neh untuk balon bn. Ia bukan dari ahti dan nurani mereka. Buktinya bila mereka sendiri membenarkan penggunaan akta neh terhadap mahasiswa kuin.

Oleh kerana ia bantai bn, maka mereka turut serta. Apa sahaja isu yang related dengan kejahatan bn, mereka sanggup lead di depan walaupun ada isu2 yang sepatah haram depa tak faham. Tapi apa sahaja isu yang related dengan kejahatan pr, usah kata ke depan, berbunyi pun takde. Ini lah dia perjuangan parti. Perjuangan macam neh rakyat macam aku memang tak boleh faham.\


Ameno : Apa pun tak boleh.. pr dan bn memang nak bagi rakyat rasa.. apa pun tak boleh.. 

Lagi blogger umno sertai PAS.

Wahh..

Bermusim lah pula. Ari tue aspan alias masuk dap, la neh blogger umno lain masuk pas pula. Berita dapat dari rakan blogger. Lihat bawah neh ;


BLOGGER dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar.
 

Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat. Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO. -BR-

Bagi aku parti tak penting. Yang penting asas perjuangan. Ko duduk dalam parti or luar parti bukan isu aslong ko faham hala tuju rakyat. Yang paling penting dan mesti kekal dipentingkan sampai bila2 ialah hak rakyat. 

So, duduk lah mana2 andai ko perjuangkan rakyat, ko tetap akan diiktirafkan cuma kalau boleh ko keluar dari bn dan tetap sokong rakyat, itu lebih baik. Macam yang dia buat kat atas neh. Baru lah rasa tak was2 nak balon bn depan2 lagi.

kah kah kah

Ameno : Bagos..

Sejarah pergaduhan : UMNO BARU VS UMNO LAMA.

Rasanya ramai yang tidak tahu apa itu umno baru dan umno lama. Aku pun sebenarnya tak tahu pasal neh. Tapi bukan sedikit orang yang bagitau bahawa umno yang ada pada masakini tidak sama dengan umno yang mula2 ditubuhkan. 

Dah banyak kali aku nampak orang bagitau benda neh tapi aku masih blur. Adakah yang dimaksudkan oleh mereka sebenarnya ialah umno yang ditubuhkan oleh datuk onn sudah lama berkubur dan dihijack oleh mahathir menerusi perundangan yang licik? Aku tidak tahu tapi di bawah neh ia mungkin dilihat seperti itu. 

Lihat bawah neh ;


Yang kat atas neh pongpang pasal umno lama. Dan lihat kat bawah neh pula ;


Aik? Pongpang pasal umno baru? Apa beza umno baru dan umno lama? Kedua2 artikel neh oleh utusan melayu pada tahun april 1988 dan feb 1988. Maksudnya mahathir pongpang2 pasal perjuangan umno baru dan ku li pongpang2 pasal perjuangan umno lama. Seolah2 umno pada ketika itu ada dua. Satu umno baru dan satu lagi umno lama.

Kenapa tidak gunakan sahaja nama lain oleh mahathir ketika itu? Contohnya kalau kita nak berniaga kek, kita beli je saham dari jenama terkenal supaya tak perlu susah payah cari ahli dan bina nama, adakah ini yang dilakukan oleh mahathir? Tah. Taktahu. Neh persepsi bukan fakta. 

Lihat bawah ;



Pada tahun 1988, umno yang diasaskan oleh onn jaafar telah berkubur. Ia telah diharamkan oleh mahkamah. Segala lambang, logo dan harta umno di rampas. Namun yang heran nya, selepas dirampas ia bukan jadi hak milik kerajaan, cuma ia berpindah milik dari umno lama kepada umno baru. 

Maksudnya disini melalui undang2, mahathir berhasil merampas harta2 dari umno lama dan menjadi hak milik umno baru. Bukan setakat harta je, logo, lambang, perlembagaa dan lain2 hal yang babitkan umno seme nya dihijack dan dimilikkan kepada umno baru dengan guna nama persendirian.

Dan tindakan mahkamah itu juga pernah dicabar oleh dua bekas perdana menteri malaysia yang masih hidup ketika itu. Andai umno lama diharamkan dan umno baru ditubuhkan bagi menganti semula umno lama yang diharamkan, so tidak perlu lah dua bekas pm neh nak berbantah-bantahan. Dan tidak perlu juga susah payah ku li pertahankan umno lama.

Yang aku dapat faham sekarang neh ialah salah faham terbesar aku pada ku lie tentang penubuhan semangat 46. Dulu aku fikir pasal dia gagal dapatkan kuasa. Secara asasnya ia ditubuhkan oleh ku li kerana apa yang berlaku pada umno lama dan cara mahathir mempertahankan kuasa. Bukan lah dia lari sebab tiada kuasa, tetapi dia keluar demi maruah tetapi oleh kerana lawan nya sangat kuat dan licik maka dia terpaksa masuk umno dan kekal disitu.

Senang cakap, keadaan yang berlaku waktu itu memaksa dia menubuhkan semangat 46. Nak guna nama umno lama tak boleh. Sebab? Lihat bawah neh ;





Pada awalnya boleh guna perkataan umno lama dan umno baru tetapi ia dihalang dengan kuasa mahkamah bahawa perkataan umno baru hanya boleh di istilahkan sebagai umno sahaja. Ini bermakna kalau umno lama guna perkataan umno lama pun, mahkamah sudah pasti akan melarang umno lama berbuat demikian kerana umno baru dah diperintahkan guna perkataan umno sahaja bagi mengelakkan kekeliruan.  Jika umno lama masih digunakan, ia sudah pasti menimbulkan kekeliruan kepada umno baru yang diperintahkan guna perkataan umno je. 

Dalam bahasa mudah nya, beginilah anggapan aku ;

1. UMNO lama dihijack melalui mahkamah. Ibarat syarikat yang stabil dan dikenali dirampas melalui pegangan saham.

2. Segala harta bagai logo lambang diberikan kepada umno baru selaku pemilik baru umno lama.

3. Nama umno baru di ubah menjadi umno je. Mungkin sebab nak raih sokongan.

4. Akhirnya umno asal, hilang begitu sahaja.

5. Segala usaha umno lama hilang dan terkubur. Yang ada hanya sedikit2 kebaikan, tapi lebih banyak kisah mahathir berbanding sejarah dan kisah silam.

Semangat 46 neh mesti di ambil sempena penubuhan umno pada 11 mei 1946. Yang mana nak guna nama umno lama tak boleh tapi semangat 46 umno lama itu tetap ada pada ku li. Sekarang seme persoalan aku dah terjawab. Ku li bukan lah orang yang tamakkan kuasa setelah kalah akibat elektrik yang terpadam tiba2. 

Dan mahathir bukan lah orang yang ... aku tak sanggup cakap. Aku siyes tak percaya selama aku lahir dan hidup bawah pemerintahan dia, segala pandangan tinggi aku terhadap dia adalah sesuatu yang dibentuk dengan persepsi akhbar. 

Dia bukan seseorang seperti yang aku pernah bayangkan. Aku dah lama tertipu rupanya. Walaupun dah condong ke pr, aku sebenarnya ada respect terhadap dia tapi mungkin aku patut nilai semula pandangan aku terhadap dia selama neh. Bai. 

Nota : Bagi aku umno asal, umno lama ataupun umno baru or umno yang dihijack, intipatinya tetap sama, iaitu umno tetap umno dan umno inilah yang masih mengekalkan apa yang tidak perlu dikekalkan iaitu PENIPUAN. Mungkin sesetengah orang dalam umno seperti ku li cuba memperbaiki penipuan neh tapi sayangnya mereka bukanlah golongan majoriti. 

Sumber gambar disini.

Ameno : <-- anak2 zaman mahathir yang ditipu.

Rabu, 18 Januari 2012

Lagi ugutan bunuh Mahasiswa terhadap Najib Razak!

Aduhaii..

Aku taktahu la nasib ko lepas neh. Tujuh bloggers umno dah sebarkan info pasal ko. Ia cuma tunggu masa je untuk diperbesarkan sebelum polis tahan ko. Yang ko pergi ikut jejak langkah janarta buat apa? Memang lah ko main2 asalnya tapi tetap bahaya pada ko. 

Aku bukan risaukan najib razak ke apa, tapi risaukan diri ko tue hah. Si janarta tue akan didakwa. Dengar citer polis didesak untuk sabitkan kesalahan janarta. Dan ada beberapa laporan polis dibuat terhadap janarta berhubung isu neh. Tak habis isu janarta, ko pula sambung. Perlu ke semua neh?

Lihat bawah neh ;



Nama - Peinee Teoh
Tempat belajar - AIMST University.
Tempat tinggal - Alor Setar, Kedah.
 
Sesiapa yang kenal dia, soh dia ahti2. Risau pula aku dengan keselamatan budak neh. Adam adli, janarta, peinee pelengkap bahawa 1malaysia memang benci najib. Cuma kali neh kita kena ubah pendekatan cara melawan depa.
 
Tak boleh guna cara macam neh lagi dah. Kalau benda neh takde effect ke atas dorang takpe, tapi benda neh ada effect. So risau gak, kalau2 ada yang ekstrem sampai belasah dia depan2. Adam dah membuktikan bahawa ugut mengugut bersungguh halal bagi depa manakala menulis walaupun main2 tetap haram bagi kita. So, nak taknak dalam keadaan macam neh kita kena belajar redha dan terima.

So please, so budak neh be careful.

Nota : Artikel neh tidak mengalakkan sebarang aktiviti mengugut kepada mana2 pemimpin dan individu.

Ameno : Adoii lahh..

Adam Adli bagi PAS pocong?


Biar betul.

Kat atas gambar pocong.  Erkk silap. Gambar bantal yang di pocongkan. Sejak semalam memang nampak geng2 mahasiswa promote dan ajak berdemo bantah apa yang berlaku terhadap mahasiswa2 kuin yang dihukum yang menggunakan akta auku meskipun pas sepatutnya anti-auku. Bukan nya dia guna okey dan bila bn guna tiba2 ia jadi kejam.
 
KAH KAH KAH

Tapi menurut blogger umno yang mengintip pergerakkan mereka, sambutan demo yang berlangsung siang tadi sangat suram? Tah. Mana aku tahu. Dorang punya cakap aku tak percaya langsung. Tunggu geng2 mahasiswa update pasal neh. Blog si gazebo pun dah habis bandwitdh. So nak update apa info tak dapat.

Yang kelakar nya ... 

kah kah kah

Aku gelak dulu beb. Memang kelakar siot..

Lihat bawah neh ;


Kat atas neh gambar geng2 panglima ludah. Apa kena mengena mereka neh dengan demo bantah tindakan ke atas mahasiswa kuin siang tadi? Yang sebenarnya depa dah siap2 tunggu di pwtc untuk berhadapan dengan adam adli.

Peh.

Lue dah tahu dia kat sogo awalnya, yang lue gasak tunggu di pwtc buat apa? Kalau sungguh nak berhujah rancang lah awal2 dengan adam adli. Neh tiba2 menerjah bagai apahal? Macam nak cari gadoh je. Lepas tue pongpang cakap orang penakut. Boleh ka? Orang tue tatau apa2 pun pasal plan korang tapi dilabel penakut? Memang jahat gile stail neh beb. Taktik keji.

Lagi satu demo siang tadi neh demo pasal kuin. Aku tatau lah mana budak2 panglima ludah neh dapat info yang adam nak berdemo pasal kes hukuman dia tue tapi yang aku jelas nampak dari semalam yang dipromote di fb dari siang sampai ke malam ialah demo pasal kuin. Lue orang dah salah tembak larh oit.

Itu lah pasal agaknya depa tunggu di pwtc. Gamaknya depa salah sangka yang adam akan berarak dari sogo ke pwtc. Rupanya adam berarak dari sogo ke bangunan pas. 

Kah kah kah

Kesian. Sendiri tertipu tapi salahkan orang lain. Yang tak boleh blah tue, siap bangga2 lagi konon nya adam pengecut. Memang kelakar larh u all neh panglima ludah. Tergelak2 i tengok gambar u all beraksi kat atas neh.

kah kah kah

Apa pun menurut wall khalid yang aku baca tadi, pas melayan dorang baik2 di pejabat pas, kl. Okeylah tue. Cuma diharapkan apa yang menimpa mahasiswa kuin haruslah ditarikbalik. Sudah2lah tue. Auku samada pr or bn, guna ia tetap kejam. Jadi janganlah pandai2 gunakan ia ke atas sesiapa pun lagi. Hak mahasiswa harus dilindungi sepenuhnya.

Ameno : Pwtc ada kesan ludah tak tadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...