Kaki melawan

Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ads

Sunday, February 12, 2012

Lata kinjang tukar nama jadi lata bien.

Hari neh aku pergi mandi beb. Lama tak mandi manda. Muahaha.. tapi kan adoiii. Pergi mandi pun dah tak seaman dulu beb. Nak mandi pun rasa tension. Ada ka patut aku dihadapkan dengan bendera2 bien? Agak2 lah woittt. Usah kata time mandi, time solat pun dia belasah aku dengan bendera bien. Tak patut siot. 

Lihat bawah neh ;










Aku suka bn menaiktarafkan lata kinjang. Tidak aku kondem yang neh. Berbanding dulu2 [dulu aku pernah pergi sekali jek.. dah agak lama maybe 8 tahun yang lepas kot] aku dapati kemudahan yang berada di lata kinjang memang semakin lama semakin baik. 

Tidak aku nafikan yang neh. Siyes cakap. Kemudahan yang ada di lata kijang memang berubah seiring dengan perubahan waktu. Ini bagus. Tenkiu lah pada yang prihatin. Tapi masalahnya ada beberapa perkara perlu dipertingkatkan lagi. Ia memang semakin baik cuma belum cukup bagus. Itu kesimpulan yang aku nak jelaskan disini.

1. Gambar pertama merujuk kepada herm.. apa ek? Surau ka? Susah nak cakap ia surau sebab dorang cakap ia dewan serbaguna yang digunakan untuk solat. Aku pun tak faham tapi aku guna balik jek ayat neh. Cakap surau kang takut lari maksud pula.

2. Keadaan dia sangat kotor. Tidak berjaga. Yang neh aku bukan nak kondem. Cuma nak bagitau jek.

3. Tempat tue juga terkopak. Ini pun bukan nak kondem. Cuma nak bagitau jek.

4. Kat depan tempat yang digunakan untuk bersolat tue kan ada satu dewan kecik. Baru buat. Aku diberitahu ia adalah tempat untuk mesyuarat dan etc. Aku ada snap pic tapi sapa tah delete. Tak sengaja katanya. Tertekan. Takpe. Sapa yang pernah pergi akan tahu. Dewan yang baru dibina tue lebih cantik dari tempat yang digunakan untuk solat neh. Neh bukan nak kondem. Cuma nak bagitau jek. Memang tak heran sebab dewan mesyuarat tue baru buat, manakala tempat yang digunakan untuk bersolat neh dibina pada tahun 1993. [Sila rujuk pada plak penghargaan yang terdapat dalam gambar di atas].

5. Aku juga diberitahu tempat yang digunakan untuk bersolat neh tidak termasuk dalam projek untuk dinaiktarafkan. Ada pembinaan dalam kawasan mandi manda. Aku tak pasti dia bina tandas ka tempat melepak ka surau ka apa ka.. bila aku tanya dorang buat taktau jek. Kenapa tah? Jangan2 dorang ingat aku neh suka menyibuk kot. Tah lah.. salah ke menyibuk hal2 macam neh? Muahaha..

6. Bagi pandangan aku tempat untuk bersolat tue haruslah dibaikpulih dan dinaiktarafkan. Aku harap sesiapa tolong bawa cadangan neh. Amat sedih lah tempat yang digunakan untuk bersolat tue.. ia benar2 menghiris perasaan aku. Okey.. memang jemaah kurang. Cakap terus terang.. memang kurang sesangat orang yang gunakan tempat tadi tue untuk bersolat meskipun jumlah yang dipercayai boleh bersolat adalah tidak sama dengan jumlah yang telah bersolat tadi. Itu belakang citer. Siapa tahu yang mereka bersolat di kawasan mandi? Dan siapa pula tahu yang mereka bersolat di tempat lain? Rasanya bukan urusan kita kan? Abaikan.

7. Yang amat menyedihkan juga ialah tempat yang digunakan untuk bersolat tue kan.. dipenuhi dengan bendera bien. Cakap terus terang. Bendera bien lebih besar dari bendera malaysia. Ini negara bien ka negara malaysia. SIla rujuk gambar di atas ek.

8. Bagi pandangan aku, tempat yang digunakan untuk bersolat tue tak sepatutnya diletakkan dengan bendera bien. Siyes cakap neh beb. Nak bersolat pun terpaksa hadap bendera bien. Sengsara siot.

9. Lepas tue kan aku sempat juga snap papan tanda projek. Satu lagi projek kerajaan barisan nasional. Aku minta ubah sikit. Satu lagi projek untuk rakyat malaysia. Ini lebih bagus. Baik pr or bn sila gunakan ungkapan neh. Macam membanggakan diri plak bila tulis macam tue. Adoiii. Buat projek pun bukan petik duit dari poket. Rakyat juga salur beb. Hargai sikit lah weh.

Okey, aku dah cuba bersikap lapang dada dalam entry neh. Aku tak kutuk bien kan? Kalau penyokong umno nak terasa gak tak faham larh aku. Bai.  

Ameno : Tandas lagi cun dari tempat yang digunakan untuk bersolat. Siyes beb.

Warganegara Mohon Sijil Warganegara..? Must read!


Ini berita utusan. Aku pun pelik. Toksah cakap korang. Aku tak pasti salah siapa. Mungkin gak salah wartawan utusan neh. Dah biasa tulis fitnah. Bila nak tulis berita benar asyik tersasul jek. Mungkin tak biasa dengan menulis kebenaran. Sebab tue tersilap kot. Ye ke? Tanya jek. Bukan tuduh arh.

kah kah kah

Baca balik statement di atas neh. Ayat yang lebih tepat sepatutnya sijil kelahiran, betul? Kalau sijil kewarganegaraan neh buat kita sangka dari bukan warganegara kepada warganegara. Ini persepsi biasa beb. Bila masa pula bila orang baca serah sijil kewarganegaraan kepada warganegara malaysia, tiba2 otak kita berdesup nak fikir serah sijil kelahiran pula? Of course kita tak rasa begitu.

Bukan nak tuduh2. Tapi dah ada orang beranggapan neh ialah PATI / PADI dari india. Ini persepsi dan bukan nya fakta. Yelah.. beribu2 tue. Takan selama neh beribu2 secara konvo ber-ramai2 terus lulus permohonan mereka dengan serentak? Aku tak reti nak hurai guna ayat pendek. Aku explain guna ayat panjang. 

Ini persoalan aku ;

1. Tiba2 dalam satu masa ada sampai dekat 9k permohonan yang mohon sijil warganegara. serentak. Itupun dipercayai melibatkan satu kawasan / negeri.

2. Ada orang cakap itu orang2 india yang tak pernah dapat SIJIL warganegara [baca :  SIJIL WARGANEGARA, BUKAN SIJIL KELAHIRAN yer] selepas merdeka walaupun mereka memang warganegara. Ramai. Dah tue takan depa sanggup bear takde ic selama neh? Bagaimana nak kerja? Belajar? Anak2? Kahwin? Etc2? Okeylah.. katakan ada di antara mereka benar2 bengap sangat.. tapi logik beb, 5k? Serentak? 1 masa? Ini.. kelakar dowh.

3. Dan yang paling tak boleh blah.. ia melibatkan satu kaum sahaja. Iaitu india. Itupun pada tahun 2012. Setahun sebelum pru-13 dijangka akan berlangsung. Beb, aku percaya pada kebetulan. Cuma aku tak percaya pada bien dan najib. Ini siyes beb.

Aku tak suka negara aku dipenuhi dengan pendatang. Tak kira dari mana dia datang. India ka, indonesia ka, thailand ka, negro ka, china ka apa ka aku memang tak suka. Itu jek aku nak bagitau. Bai. 

Sebarkan kefishyan neh beb. Penting. 

Ameno : Pelik + pening.

Najib, betul ke ISRAEL jadi agent kelapa sawit malaysia?


Tanya najib lah senang. Sebab dia ketua ma. Maybe dia boleh explain lanjut apa yang sedang berlaku neh. Laman web yang dimaksudkan ialah ini ==> http://www.israelfundingcorp.com/palm_oil_for_sale.html

Laman web tue juga pongpang2 pasal malaysia dan sime darby. Laman web tersebut juga pongpang2 konon nya dorang neh agent. Amek minyak kelapa sawit dan kelapa sawit dari malaysia untuk dijual kepada negara lain. Senang cakap bertindak sebagai orang tengah.

Aku punya pandangan ialah aku tak pasti kisah neh betul ke tak betul tapi aku tetap meminta najib jawab sebab cara ia menulis seolah2 ia melibatkan seme syarikat2 yang proses kelapa sawit di malaysia. Of course neh termasuk yang kerajaan punya including GLC juga. 

So apa citer neh najib? Jawab lah. Janganlah pongpang2 pasal anwar israel anwar israel bagai. Aku bukan nak tuduh2 tapi mohon penjelasan jek. Yang selalu umno bagi kat anwar tuduhan. At least kami neh takde ikut perangai tersebut. Kami tanya untuk kepastian jek. Cuba jelaskan najib weh. Jangan nak diam2 jek. Kang orang cipta persepsi jangan nak memandai2 marah ek. Bai.   

Ameno : Sapa sebenarnya support israel neh?

Saturday, February 11, 2012

BBC Mohon Maaf dan Mengaku dibayar RM81.4juta untuk menaikkan Imej Najib.


Peh.

Nampaknya betul lah najib bayar bbc untuk naikkan imej diri sendiri. Alahai. Nafi punya nafi last2 kantoi. Pemimpin apa bercakap menipu neh? Lepas tue soh orang percaya dia? Agak gile disitu beb. Lihat baca neh sendiri. Baca dan faham ;

 BBC minta maaf siar program berbayar tentang MALAYSIA
BBC akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia hari ini kerana telah mengkompromi integriti editorialnya melalui program-program yang terlibat dalam "skandal penetapan berita" baru-baru, demikian menurut laporan berita.

Hari ini akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf "dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa.

Skandal itu melibatkan FBC Media (UK) yang telah didedahkan pada tahun lepas kerana telah menghasilkan program-program bagi pihak pelanggan berbayar, untuk membersihkan imej awam mereka.

"Syarikat itu telah menghasil lapan program untuk BBC mengenai Malaysia tetapi gagal mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar £17 juta oleh kerajaan Malaysia untuk 'komunikasi strategik global'. Program-program tersebut termasuk liputan positif terhadap kontroversi industri minyak sawit Malaysia,"lapor Independent.

Menurut laporan itu, siasatan terhadap skandal itu telah "membongkar 15 pelanggaran garispanduan editorial" yang mana lapan daripadanya adalah berkaitan dengan program FBC di Malaysia.

Permohonan maaf itu, menurut laporan itu lagi, akan berbunyi:

"Dalam kes lapan program lain, yang semua memaparkan tentang Malaysia, kami mendapati bahawa syarikat produksi tersebut yang menghasil program berkenaan, nampaknya mempunyai hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermakna terdapat potensi konflik kepentingan, walaupun BBC tidak menyedarinya apabila program disiarkan."-LBB-


Mungkin ada yang masih ingat dan mungkin ada yang sudah lupa. Dulu PKR pernah bongkar isu neh. Klik lanjut pada sumber yang aku letak di atas tue. Bagi pandangan aku dalam soal neh satu jek aku pertikaikan, apa benda faedah yang malaysia dapat setelah melobi rancangan2 tersebut?

Of course duit rakyat yang jadi pelaburan kat sini. So apa kesan nya kepada malaysia dan rakyat khususnya? Apa yang kami dapat setelah duit rakyat dilaburkan ke sana? Mesti ada kesan ma. Apa kesan dia? Apa yang aku dapat? Apa yang ko dapat? Apa yang kita seme dapat? Cuba bagitau sikit kat kami neh najib. Boleh?

Ameno : Terdesak nak muncul dalam berita.. tapi takde sapa nak panggil.. hermm

Skandal Pasir - Analisis penuh siapa sebenarnya yang terkantoi ! Part 1



Terdapat seorang individu yang menyemak dalam wall aku beberapa hari neh. Dia cuba menghalang aku daripada menulis dan mempersoalkan isu pasir neh atas alasan2 yang tidak munasabah. 


Antara alasan2 yang dia bagi ;

Benda ni dah lama, diaorang pun dah di panggil utk bg keterangan time tu, pas tu trus senyap. Ko nilai la sendiri. Pihak berkuasa pun mcm nak x nak je mlyan kes ni, sbb diaorang pun tau benda ni x kemana. Yg ko beriya sgt nak mengungkit benda ni apahal. Perlu ke yg terbabit memberi keterangan kat rakyat sedangkan pihak berwajib pun x beri respon. Berapa banyak kes yg melibatkan pembangkang, sudahnyer semua senyap mcm tu je. Xkan itu pun ko x phm maksudnyer aper. Mcm ko ckp, rakyat dah matang. Tp kat sini nampak sgt mcm ko yg x matang. Salah mmg tetap salah. Tp adalah caranyer. Jgn lama2 nanti org buat persepsi yg ko di gunakan oleh RPK atau hssan atau yg lebih tepat umno je. Ataupun lg sempoi org ingat ko ni sakit.

 Suka ko la labu, sok2 dah jelas salah jgn lupa mintak maap dgn org yg ko serang sudahla. Seperti yg lps2.
Apsal? Nak bukti jugak? Ko crik la sendri. Ko ingat aku mcm ko, x der keja lain nak d buat. Yg nyata ko yg lbh. Mcm utusan dah ko ni. Hasan ali pun x mcm ko. Ni aku paste kan skit, baca ayat yg bwh skali. X bley diterima jugak? Klu mcm tu ko jela yg btul. Org lain salah.
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/36462

Benda yang sama dia pergi paste kat seme group yang aku jadi admin. Selain neh ada banyak lagi benda yang dia tulis. Tapi aku malas nak cari sebab dah jadi posting lama. Harus di ingat ini blog aku dan aku ialah diri aku. 

Aku tidak bertanggungjawab kepada pkr. Apa yang aku nak tulis, nak persoalkan, nak siasat adalah hak aku sepenuhnya. Jika aku selaku rakyat malaysia berhak mempersoalkan intergriti kerajaan, kenapa pula ia menjadi salah bila aku mempersoalkan intergriti pembangkang? 

Pembangkang dan kerajaan tidak maksum. Menyokong perubahan bukan bererti aku kena mempersoalkan kerajaan sahaja. Itu mungkin pandangan sesetengah pihak. Tapi aku tidak berpendirian seperti itu. Aku suka dan mahu menulis secara bebas tanpa ada apa2 sekatan dan halangan untuk mempersoalkan intergriti sesiapa pun. 

Oleh itu jangan cuba tentukan apa yang boleh dan tak boleh aku buat selagi mana ia tidak berlanggaran dengan islam. Mempersoalkan intergriti seseorang bukannya sesuatu yang berdosa. Yang penting bukannya fitnah atau direct meletakkan tuduhan. Sekurang2nya bertanya itu lebih bagos daripada bercerita belakang2. 

Mengulas isu skandal pasir. Ini pandangan aku berkenaan isu neh. Itupun setelah aku membaca pandangan daripada beberapa blog pembangkang. Aku tak pandang isu neh sebagai isu penyokong pr yang sedang mengadili pkr tetapi aku analisis isu neh dari sudut pandang warga marhaen.

Apa yang aku nampak ialah ;

1. Adun sri muda dan batu caves memang terbukti benar ialah ahli lembaga pengarah dalam syarikat terbabit. Mereka juga mengakui menerima elaun  rm5k sebulan. RPK sebut benda neh dalam penulisan. Analisis dia bahawa adun2 neh mendapat duit melalui kontrak pasir. Analisis RPK bukan fakta. Tapi fakta kes disini ialah adun terbabit memang sah ahli lembaga pengarah dan menerima elaun bulanan. Ini fakta kes. Menerima elaun bukan kesalahan selagi tidak berlanggaran dengan apa2 etika.

2. Tapi keraguan mula timbul apabila orang mempersoalkan apahal si syarikat tue nak lantik dua orang adun selangor sebagai ahli lembaga pengarah? Tujuan dia apa? Kenapa nak bagi dia elaun suka2? Lainlah kalau dia keluarkan modal. Ada common sense. Ada logicnya disitu. Tapi kalau dari mana2 hala orang datang and approach ko hey lue mao jawatan ka? Wang ka? Saya ada. Saya bagi you jawatan dan monthly allowance. Amek lahh.. Demm. Amat mustahil untuk aku berfikiran ada orang baik ahti nak bagi ko rm5k suka2 beb. Ini bukan fakta kes tapi persoalan.

3. Melalui hujah balas adun sri muda dia ada mengatakan bahawa perlantikkan dia ke DD [shortform ye] seawal 2009. Bukan pada tahun 2010. Adun sri muda juga mengesahkan penglibatan adun batu caves ke dalam syarikat DD. Itupun pada september 2009. Ini fakta kes. 

4. Melalui jawapan balas dari adun batu caves pula dia ada mengesahkan bahawa surat sokongan itu wujud dan benar. Ini juga ialah fakta kes.

5. Yang jadi persoalan ialah jika DD tiada kaitan projek KSSB, kenapa adun batu caves sign surat sokongan. Ini satu hal. Satu hal yang lain pula ialah tarikh. Surat bertarikh 19 / 1 / 2010. Perlantikkan bermula awal dari itu. Itu pengesahan dari adun sri muda. Tahun 2009. Sepatutnya adun batu caves boleh faham bahawa DD ialah satu syarikat di mana dia ialah ahli lembaga pengarahnya. Dia diperkenalkan dan dibawa masuk ke dalam DD oleh adun sri muda. Sudah semestinya dia akan perasan aiikk DD? Neh syarikat yang lantik aku jadi ahli lembaga pengarah dan bayar aku rm5k bulanan. kenapa dia nak surat sokongan? Kenapa aku kena sign? Ini perangkap ka? Tapi nampaknya dia tak fikir dalam. Dia sign jek. Malahan dia mengakui jek secara open lagi di pc bahawa surat itu sah dan terbukti benar. Ini juga adalah fakta kes.

6. Aku tak faham bagaimana skandal pasir neh boleh timbul. Kalau nak di ikutkan apa yang RPK tulis ialah hujah mengaitkan penglibatan dua adun neh dengan syarikat DD. Tapi tiada bukti bahawa DD pernah dapat kontrak daripada KSSB. Jadi tidak sepatutnya wujud sebarang isu penyelewengan kuasa dan skandal pasir. Ini fakta kes. Ya memang benar mereka ahli lembaga pengarah tetapi juga YA, DD tiada kaitan dengan apa2 projek pasir. So isu skandal tidak sepatutnya wujud.

7. Disebabkan itu agaknya SPRM tidak proceed kes neh. Ini pengakuan dari kedua2 adun yang terlibat. SPRM belum lagi keluarkan statement mengesahkan hal tersebut. Namun SPRM diminta berikan statement penuh bahawa kes neh telah selesai bagi membebaskan dua adun neh daripada terkait pada masa akan datang. 

8. Mengenai rakaman suara pula walaupun tidak mengesahkan secara tegas tetapi dipercayai rakaman itu benar. Adun sri muda seolah2 mengesahkan rakaman itu wujud bila mengatakan bahawa azmin yang disebut dalam rakaman terbabit bukanlah azmin ali tetapi azmin karim. Ini fakta kes.

9. Alasan dia ialah azmin karim adalah penyimpan wang  yang dia pinjam dari DD untuk membantu rakan nya buka syarikat perniagaan. Wang tersebut belum dipulangkan kepada adnan kerana belum berkesempatan untuk jumpa adnan sehingga sekarang. Yang neh aku rasa.. haishh. Boleh kah di anggap alasan? Muahahha.

10. Tapi tetap pelik bila dia sebut dana pru dalam perbualan rakaman terbabit. Kita faham ia azmin karim tapi kita takan faham apa kaitan azmin karim dengan dana pru. Ini persoalan ye. 

11. Adun batu caves telah mengesahkan bahawa dia telah menarik diri daripada terlibat dengan DD. Ini tindakan yang bagus. Dipercayai bahawa perlantikkan neh berniat jahat. DD mungkin melantik adun2 terbabit untuk raih projek tetapi bila gagal dapat sebarang projek dari selangor, mereka marah dan sakit ahti. Dalam erti kata lain niat baik yang disangka oleh adun terbabit sebenarnya bukanlah niat baik. Mana ada orang suka2 nak bagi lue duit der. Balasan mesti mao ada ma. Wa pergi perjumpaan blogger hari tue pun dapat rm50 untuk cover wang tambang. Tapi itu bukan rasuah ma. Elaun. Wa pergi tunjuk muka, pkr hargai wa dengan bayar sedikit wang tambang. No hal.

12. Tapi adun sri muda belum lagi berbuat demikian. Cadangan aku ialah sila lah berbuat demikian sesegera yang mungkin. Sila pulangkan juga wang yang dipinjam. Ini soal intergriti dan persepsi. Seorang adun harus dilihat bersih dengan menjadi bersih terlebih dahulu. Tolong lah faham.

13. Adun sri muda juga ada memberitahu bahawa RPK berniat jahat terhadap diri dia. Sebelum neh aku ada diberitahu bahawa RPK marah disebabkan sesuatu hal [maaf dirahsiakan]. Yang neh boleh jadi ada kaitan. Betul tak betul aku tatau sebab tiada fakta kes yang boleh dikemukakan. Apa yang ada cuma lah hujah persepsi. 

Apa yang perlu korang faham dalam kes neh cukup simple.

1. Ya, kedua2 adun neh ialah ahli lembaga pengarah DD.

2. Ya, kedua2 adun neh menerima elaun bulanan.

3. Ya, adun sri muda diberikan wang yang disebutnya sebagai pinjaman.

4. Ya, surat sokongan itu benar. Dokumen dan bukti rakaman juga benar. Ini pengakuan dari adun sri muda sambil menyifatkan ia telah diperlihatkan [ditafsirkan] secara salah.

5. Tidak. Skandal pasir tidak wujud. KSSB tidak pernah salurkan projek kepada DD. Walaupun surat sokongan itu wujud, tetapi skandal pasir langsung tak wujud. Walaupun pembayaran elaun wujud tetapi kerajaan negeri tak beri langsung apa2 projek kepada adnan. Jadi sini apa yang berlaku ialah hubungan satu hala. Sorang memberi, memberi dan memberi tapi satu hapa pun tak dapat. Agaknya dia frust lah tue. Dalam erti kata lain potensi melakukan rasuah itu ada tetapi ia belum disahkan sebagai rasuah.

Sesuatu itu hanya boleh dinamakan skandal dan rasuah jika wujud hubungan antara memberi dan menerima. Nampaknya dalam kes neh yang wujud ialah memberi dan menolak. Selepas menerima wang, mereka menolak permohonan DD. Itulah yang dipercayai berlaku. Ini bukan fakta kes. Ini ialah persepsi. Analisis akhir terpulang pada pandangan masing2. 

Aku tidak akan tetapkan untuk korang. Akal dan pemikiran kita berbeza2. Diharapkan mana2 adun sila lah berfikir masak2 sebelum setuju nak jadi ahli pengarah itu neh. Bimbang diperangkap kelak nanti salahkan orang lain pula bila orang mempersoalkan intergriti anda sedangkan kesalahan diri sendiri taknak check. 

Rakyat berhak menilai adun mereka sebab anda memegang amanah rakyat. Jika adun itu tidak baik sikapnya maka ini akan menyebabkan amanah kita tidak dapat dijalankan dengan baik. Oleh itu tolonglah faham kenapa anda kena bersikap baik. Bai.

Ameno : SPRM buat statement.. supaya boleh clear seme..

Friday, February 10, 2012

Harussani SOUND Najib.


Amek kau.

Kan dah kena sound. Neh kentyataan mufti. Semakin berani mufti perak bersuara terhadap perangai dan kelakuan najib. Padan muka lue najib.

kah kah kah

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing. - Harakah -


Dah kena tegur beb. Setiap tahun pula tue beb. Okeylah at least mufti dah dedahkan rahsia bahawa najib telah ditegur. 

Muahaha.. 

Tapi kan ada orang cakap kalau pemimpin hadir sekadar beri penghormatan kepada orang bukan islam takpe. Aku ada baca neh dulu. Tapi tak ingat kat mana. Mungkin juga ikut jenis perayaan kot. Apa pun benda neh confirm tak masuk tv3 beb. Tunggu mufti sound dsai. Baru tv3 siar okey.

kah kah kah

Ameno : setepek kena sound.

PERKASA akan temui kakitangan KFC i-City.





Bagus bagus bagus. Memang bagus. Bagus sangat dah ahli politik menyemak dalam hal neh. Lepas dap, perkasa. Lepas perkasa, sapa lagi nak join? Mari kita politikkan pasal ayam. Dunia politik memang bosan. Selalu citer pasal orang makan duit. Selalu citer pasal songlap. Takde pun citer pasal makanan. Yang ada pun citer lembu.


Lembu punya isu dah lama. Orang dah bosan. Dan boring. Dah menyampah. Orang sekarang nak isu baru. Isu yang lebih panas. Isu yang boleh buat orang hot sambil gelak ketawa. Kali neh ayam diberikan penghormatan. Mungkin neh konspirasi ayam juga. Mana nak tahu kan? Gabungan freemason.

Boleh jadi kumpulan2 yang sayang ayam cemburu. Cemburu melihat lembu glamer sangat. Mana aci beb. Ayam pun ada feeling gak. Ayam pun perlu glamer gak. Apa beza lembu dan ayam? Dua2 pun binatang. So apa salahnya kalau dua2 pun diberikan hak sama rata untuk glamer? Ini macam baru 1 malaysia. Lembu ada ayam pun ada. Banyak syokk maaa.

Keadilan untuk kedua2 belah pihak mesti mao ada. Pengurusan kfc bengap sangat. Dorang tak reti nak panggil customer dan pekerja bermesyuarat. Memang tak reti. Sebab tue dap dan perkasa perlu menyibuk dalam hal.  Kejap lagi geng2 dari planet marikh pun akan ikut campur. Jangan risau. Ahli politikkan akan selesaikan masalah anda. Itulah tugas ahli politik. Ayam pun ayam lah. Janji masalah rakyat ma. Mesti mao kasi bantu.

Kadang2 kita kena berterima kasih dengan ahli politik neh. Mereka memang senang sangat. Takde kerja dan terlalu lapang. Sampaikan hal sekecik2 neh pun mereka perlu turun padang. Siasat. Jangan tak siasat. Lepas siasat kasi gaduh2 lagi. Kalau takde parang, bom pun boleh. Kalau tak dapat icity, klcc pun jadik. Bila lagi nak perbesarkan pergaduhan kfc kalau bukan sekarang. Inilah masa yang terbaik.

Tahniah lah di ucapkan kepada ahli2 politik malaysia. Tanpa anda siapalah saya nak menulis di blog. Tanpa anda tiada lah rakyat malaysia dapat melihat manusia menyamar beruk. Anda memang bravo. Tahniah bebanyak. Mari kita kasi sensasikan lagi kes ayam neh. Saya mesti pilih. Bai.


Ameno : Ayam punya nama, kfc dapat glamer. Pekerja terajang customer, cina dan melayu yang over2

Skandal Pasir - Keterangan balas adun batu caves.


Adun batu caves hari neh tampil membuat penafian bahawa dia terbabit dalam skandal penyelewengan pasir. Point dia yang penting ialah ;

1. SPRM dah panggil dia sebelum neh untuk berikan keterangan berhubung isu terbabit.

2. Dia berikan sepenuh kerjasama dalam siasatan SPRM berhubung isu neh.

3. Dia mengakui ada mengeluarkan surat sokongan.

4. Namun dia mengatakan bahawa adalah perkara biasa bagi mana2 adun mengeluarkan surat sokongan kepada mana2 pihak yang meminta andai kesemua prosuder dipatuhi.

5. Dia tegaskan bahawa dia hanya mengeluarkan surat sokongan kepada mereka yang mematuhi peraturan. 

6. Dia juga ada bertanya kepada sprm apakah dia perlu kembali semula ke sprm untuk beri keterangan dan sprm balas ada banyak lagi kes nak siasat.

Jadi dalam isu neh apa yang perlu kita fikir? SPRM sebenarnya kena tampil beri keterangan. Kalau ikut dari hujah adun batu caves neh jelas bahawa ini bukan dadu dia. Ini dadu sprm. Kalau salah ko cakap salah. Kalau tak salah ko cakap tak salah. Jangan diam. Diam menghasilkan persepsi. Di cadangkan agar adun batu caves desak sprm untuk keluarkan arahan rasmi dalam kes neh. Samada disiasat ka ditutup ka atau apa ka. 

Kalau takde keputusan selagi itulah orang akan mainkan isu neh. Again and again. Jemu beb. Nak bersihkan diri pun payah. So adalah amat bagus untuk adun batu caves mendesak SPRM memperjelaskan apakah status diri dia dalam isu neh. Ini perlu bagi meraih kepercayaan rakyat. Bai

Nota : Ada beza antara membebaskan diri dari skandal penyelewengan pasir dan menafikan bahawa skandal penyelewengan pasir wujud. 

Sumber berita : sini

Ameno : SPRM slumber gile jawab ada banyak kes nak siasat.. peh..

PAS Parti Ajaran Sesat.

Hish hish hish.

Mulut kemain cabul. Baik ko berambos dan jangan jadi MB lagi. Kalau selama neh geng2 umno selalu cakap pas kafir mereka [walhal mana ada] yang neh depa tak sedar diri pula? Hakikatnya pas tak pernah kafirkan umno. Dorang yang makan cili beb. Contoh ;

A tidak bersolat. B pergi dekat c dan berbual2, ko tahu orang yang tak bersolat tue berdosa besar. Beza antara orang islam dengan orang kafir ialah solat lima waktu. Lepas tue A terdengar dan terasa. Dia jadi marah. Fack U punya B. Ada ka dia cakap aku kafir kat C. G matilah B. <-- Nampak?

Ada sapa2 cakap A kafir? Takdak.

Ada sapa2 [pemimpin pas] cakap umno kafir selama neh? Takdak.

Dah tue apasal umno terasa? Why why why? Owhh makan cili. Makan cili pun beb.. salah sendiri. Aku tak pernah soh hangpa makan cili. Apa yang B cakap termaktub dalam hukum islam. Dia menyampaikan apa yang benar. Dia tak boleh sampaikan sesuatu untuk menyenangkan diri ko. 

Alquran bukan begitu. Islam bukan begitu. Kita tak boleh mengubah hukum Allah swt ikut suka kita. Tapi kita boleh ubah diri kita agar selaras dengan hukum Allah swt. Tue jek. Kaedah simple macam neh pun tak reti nak faham. Macam mana nak masuk kaedah yang lebih sukar dan islamik lagi? 

Peh. 

Sesi dakwah nak habis. Mode marah plak neh. Lihat bawah neh ;


Otak senget. Ehh MB isu stadium apa kes? Isu apanama.. yang tabung anak2 terengganu tue apa kes? Isu roboh sekolah islam apa kes? Wehh MB, ko pergi buat kerja ko dengan selesaikan isu2 yang melingkari kehidupan orang2 terengganu. Janganlah sibuk nak sesatkan orang bagai. 

Dok pongpang cakap perjuangan pas tersasar walhal dengki sebab pas keterdepan dalam memodeninasikan islam di kaca mata ahli2 akedemik. Ramai orang2 islam profesional dah mula menerima pas. Dulu mereka sangka buruk. Mereka ingat pas neh kolot. Tapi sebenarnya mereka tersilap. 

Pas bukan kolot. Mungkin kaedah masa tue tak berapa sesuai. Kini pas gunakan pendekatan yang lebih softifikated. Konsep menerima dan memberi. Ini betul. So MB terengganu dengki. Dia lihat ramai anak2 muda mula sokong pas. Anak2 muda dalam pas ditarbiah. Dia dah marah le tew. 

MB, ko kalau nak macam tue pun boleh. Ko masuklah pas. Ko mesti rasa happening. Jangan nak dengki je. Masuk pas. Ko tarikbalik ayat dalam tue. Nanti penyokong pas marah ko jangan melenting pula. Ko sendiri yang cari suwey. Bukan orang lain pun. Bai

Ameno : Suka2 nak sesatkan orang..

Thursday, February 9, 2012

Betul ke cina dan melayu paling babi wujud di malaysia neh? Isu KFC dan ADUN DAP yang masuk campur.

Kenapa? Sebab neh bukan isu politik. Kita dah cakap neh bukan isu politik. So kita minta jangan ada mp dap yang terlibat dalam isu neh. Malahan jangan ada mp pakatan rakyat menyemak dalam isu neh. Isu neh dah menjadi chaos. Kenapa? 

Sebab ;

1. Pihak customer = yang mewakili kaum cina. 

Majoriti orang cina tak pandang customer tue sebagai customer kfc. Dorang pandang customer tue sebangsa dengan dorang dan dorang bengang customer tue dianiaya. Jadi dorang pergi maki hamun melayu. Melayu paling babi ada di malaysia neh. Orang cina yang berfikiran macam neh telah beranggapan orang melayu bersikap begitu. Mereka menganggap ingat melayu ingat babi. So ini aku anggap sohai. Maaf lah ye. Sohai neh kena pada tempatnya.

Aku boleh buktikan ia dengan printscreen komen. Ada banyak. Yang terpilih jek jadi glamer. 

Lihat bawah ;


Sabar. Masih ada banyak sangat. Aku percaya kita seme akan suka baca. Aku akan bagi link supaya orang2 melayu yang rasional boleh berhujah balas di page tersebut nanti. Jangan berhujah macam mereka. Ada beza antara orang pandai dengan orang bodoh. Kita kena buktikan itu.

Jadi bila orang2 cina neh dah menganggap bahawa customer tue sebagai cina mereka takan peduli apa seme hujah2 yang lain. Bagi mereka apa pun tak penting. Yang penting ayam dah habis, pekerja tak minta maaf dan customer di tumbuk.  

Apa yang berlaku sebelum ayam habis?

Youtube cakap dia tunggu dekat sejam.  Malaysiakini cakap dia tunggu 45minit.

Sejam atau 45 minit yang betul? Keraguan. Bila memberikan fakta yang salah macam mana kita nak mempercayai side customer? Aku tak bekap pekerja kfc tue. Jangan salah faham. Kalau aku jadi customer tersebut, aku lapor polis terus. Pergi mampos. Ko dah salah sebab belasah aku. Aku taknak peduli yang lain.

Apa yang berlaku selepas ayam habis?

Youtube cakap pihak management buat bodoh. Malaysiakini cakap pekerja kfc minta maaf. Tak percaya? Dengar apa peguam bernama alex tue cakap. Jangan malaysiakini sunting sudahlah ye. 

Tapi customer berang. Dah lama tunggu. Kupon dah tamat tempoh. Kenapa ayam habis? Kenapa kfc bodoh sangat? Duit dah keluar. Masa dah terbuang. Ini kerja sochai. Tunggu lama2 tapi apa pun tak dapat. Kenapa pihak pengurusan kfc keluarkan kupon kalau tak reti nak buat anggaran? Kenapa pihak pengurusan tidak tawarkan gantirugi? Ingat customer cop duit ka? Lue memang sohai kfc. Terimalah hakikat neh beb. Betul lah tue. Aku pun mesti marah jika berada di tempat customer kfc tue. Celaka. Ingat rosmah bagi aku duit ke apa?

Jadi disebabkan marah mungkin customer tue lepas cakap. Ini memang salah kfc sepenuhnya. Ini ialah fakta. Jangan nafikan. Punca ko dimaki ialah datang dari tuan punya badan sendiri. Minta maaf tak selesaikan masalah. Minta maaf tak boleh dapat duit balik. Minta maaf mana ada nilai. Aku mahu wang or ayam. Right now.

Tapi. Ya ada tapi. Jangan tak pandai pilih bahasa maki. Oleh kerana ayam kfc yang habis, pekerja kfc yang salah, maka kfc lah ko maki. Ini restoran babi. Ini restoran bodoh. Orang pun tak kisah der ko nak maki kfc der. Tapi kenapa ko maki bangsa der. Orang marah larh beb. 

Lihat bawah neh ;


Sabar dulu adun dap. Ko larang aku cakap sebab aku tiada di tempat kejadian. Aku tak cakap ma. Saksi tempat kejadian yang cakap. Itu pengakuan bertulis dari saksi tempat kejadian. Jadi disini aku cuma up apa yang saksi tempat kajadian up. Aku tak kata dia betul. Aku cuma buka ruang untuk orang menilai seme hujah2 yang wujud. Betul tak betul itu analisis masing2. Aku takan tetapkan untuk sesiapa pun.

Bila tersilap pilih bahasa maki maka tersilap lah segala2nya. Kata mereka, mereka menafikan ada mengeluarkan ayat2 kesat sebagaimana yang disebarkan. Tetapi mereka tak nafikan langsung kata2 kesat itu tidak wujud. Mereka juga bagitau customer lain turut marah dengan kejadian tersebut. Betul tak betul pepandai lah korang nilai sendiri.

Jadi customer kfc neh yang dipandang sebagai orang cina telah mendapat sokongan padu bagi orang cina. Yang lebih sadis mereka ajak boikot kfc dan makan mcd. Adoii. Yang bergaduh ialah danny dengan kfc. Yang aku neh tak bergaduh dengan kfc pun geng. Kenapa aku kena boikot kfc semata2 ko yang bergaduh dengan dia? Tawaran ditolak. KFC bukan bagus disemua tempat. Tapi ditempat aku kfc dan mcdonald dua2nya bagus. Sorry. Takmo follow.

2. Pihak pekerja = yang mewakili orang melayu.

Majoriti orang melayu tak pandang pun pekerja tue sebagai pekerja kfc. Yang dorang nampak melayu. So automatik dorang pergi bekap budak tue. Maksudnya cina yang paling babi ada di malaysia neh arh. Persepsi beb. Mereka anggap ingat cina ingat babi. Ini ialah kesohaian. Sorry. Aku tak ikut path neh. Bai.

Aku boleh buktikan ia dengan komen di bawah neh. 


Ada banyak. Tapi belajar sedar diri okey. Bukan seme layak jadi glamer. Sabar. Nanti aku bagi link. Orang cina yang panas boleh pergi serang kalau ko suka. Tapi sila pandai meletakkan diri di posisi orang yang cerdik. Kalau agak2 bodoh diam lebih baik.

Jadi bila orang2 melayu dah beranggapan bahawa pekerja kfc tue melayu dorang nak heran apa dengan hujah2 korang? Takan heran punya der. Pergilah mampos. Bekap tetap bekap. Yang dorang tahu customer bikin panas, maki orang melayu dan bersikap perkauman.

Apa yang berlaku ketika kejadian ?

Youtube cakap pihak management buat bengap. Service slow. Malaysiakini lapor sorang pekerja cakap nak makan ayam masak sendiri lah babi. Demm. Apa lancang gila mulut pekerja neh? 

Lue nak kerja buat cara kerja beb. Lue nak gadoh wa takmo gadoh dengan lue. Wa mao makan ayam saja. Ayam febret wa no 1. Lue fikirlah kalau lue ditempat wa bila tiba2 ayam febret wa habis then lue maki wa. Lue gila ke apa tiba2 wa nak senyum2 sambil kenyit mata? Pergilah mampos.

Apa yang berlaku selepas video terbabit di upload?

Ramai saksi kejadian nafikan hal tersebut. Dorang cakap customer yang maki pekerja dan bukan sebaliknya. Rata2 komen pun bagitau benda yang sama. Sedikit dari mereka menafikan makian itu wujud. Banyak dari mereka mengatakan bahawa customer memang maki pekerja dan maki secara keterlaluan.

Fakta? Takdak. Based on cakap2 mulut. At least customer kfc tue bagi fakta dia dibelasah beb. Dia bagi bukti video. Ada sapa2 nak bagi fakta bahawa customer tue maki pekerja terlebih dahulu? Sesi rakaman dan sebagainya? Bak sini bagi aku. Nanti aku tolong sebar.

Namun jangan lupa pasal timeline. Ingat twitter dan fb je ada timeline? Kejadian neh pun ada juga beb. Customer yang dah lama tunggu dengan customer yang baru tunggu tak sama pengetahuan mereka tentang satu2 perkara yang berlaku di kfc. Boleh jadi customer yang tak dengar makian ialah customer yang baru datang or yang duduk di belakang. 

Customer yang duduk di tepi, kiri dan kanan tentu tak sama penglihatan dan pendengaran mereka berbanding customer yang duduk di depan.  So seme neh korang kena amek kira, consider dan analisis sendiri. 

Tapi tak kira apa sebab dan punca sekalipun customer tak boleh dibelasah. Lawan maki balasnya maki. Lawan badan balasnya badan. Kalau sungguh customer neh maki melayu cibai kenapa customer kfc tak balas balik dengan cina cibai? Hey lue lah cibai melayu. Sapa kata? I kata u yang cibai cina. Lue lue lue yang cibai punya melayu. Nowayman.. cina yang cibaii cibai cibai. Stop it lah melayu cibai. You stop it firstlah cina cibai. Senang ma. Kita boleh saksikan pertandingan debat makian. 

So dari sini jelas dah. Beban kesalahan berat kat sapa. Jangan nafikan ia atas nama bangsa. Kita berhujah tak ikut bangsa tapi ikut fakta kes. Protokol kerja kena ikut. Ko boleh suka dan boleh tak suka tapi law tetap law. Kalau rasa penat blah jek dari tempat kejadian. Amek angin. Lapangkan diri. 

Tapi aku salahkan manager ko. Manager ko takde akal. Dia gagal kawal keadaan. Jika kesalahan ko umpama hilangkan wang rm50, kesalahan manager ko ibarat hilangkan wang rm5k. Memang besar tue beb. 

So bila ko kena buang kerja amek neh sebagai pengajaran dan iktibar. Allah swt tekankan konsep sabar bukan sia2 beb. Ya betul aku tidak berada di lokasi kejadian dan bukan aku yang kena maki [jika saksi bercakap benar bahawa customer maki pekerja]. Silap2 kalau aku yang berada di tempat ko maybe kerusi dah melayang kat customer tersebut kot. Betul. Tapi takpe. Consider jek aku sekadar penyibuk yang cuma tenangkan jiwa ko yang sedang bercelaru tue okey. Aku bukan penilai cuma nak jadi kawan jek.

Selepas kesemua pihak menyibuk apa yang berlaku?

Perkauman. Dua bangsa neh bergaduh macam bingai. Memasing maki memasing. Aku dah cakap jangan lihat isu neh bagai cina gadoh melayu. Focus ialah staff kfc teranjang customer kfc. Tapi dorang pergi focus staff kfc yang MELAYU tue kan.. or customer kfc yang CINA tue kan.. so tue yang jadi gadoh. 

Hujah2 rasional memang lah sedikit. Nak2 dari kaum cina. Lagi keji. Depan kita kemain rasional sekali taip dalam bahasa cina dia maki hamun. Memang whatdepark lah weh. Nak kena kasi glamer gak ka weh? 

Yang sebenarnya paling teruk bila ajak orang boikot kfc. Saja hancurkan bisnes orang. Generalisekan semua kfc pun ada staff yang suka tendang2 orang. Ini kerja gila. Yang tendang tue staff kfc di i city. Yang kena tendang danny. Yang sakit pun dia. Korang satu haram takde kaitan. 

Tapi korang bercakap macam ada kaitan. Konon atas nama nak bela danny tapi jalan nak membela itu tidak betul. Nak boikot, boikotlah kfc icity. Baru betul ma. Kfc tempat lain tak salah wooo. Btw melayu pun ada saham dalam mcdonald. Saja nak kasi info neh k.

Yang tak boleh blah tue siap pergi mengadu kat kfc international. Arhh sudah. Napa tak ngadu kat planet marikh sekali? AKu ingat lagi best wooo. Lepas tue buatlah roadshow kfc ada staff tendang orang. Buat satu malaysia. Dan buat konsert jelajah dunia sekali. Buat lagu pun bagus. Kfc oo kfcc kenapa staff u suka tendang2 orang. Sekarang i sudah marah. I mao pusing dunia kasi hantam sama you woooo kfc.. Aku akan promote. Kalau dapat upah lah beb. Muahaha.. 

Apa pula tindakan pengurusan kfc selepas itu?

Selepas kes neh kecoh, kfc sendiri telah keluarkan statement untuk buat siasatan. Yang terbaru sekali ialah beberapa pekerja yang terbabit sudah pun out of service. Pepaham lah yek. Consider lah benda neh dah settle apatah lagi customer tue akan dipanggil untuk berbicara dengan pihak pengurusan kfc bagi menyelesaikan kes neh. Bagus. KFC silalah selesaikan dengan membayar gantirugi. Dah larh glamer tak pasal2. Tak payah bayar wang untuk promosi dah glamer dalam dua tiga neh. Untung ko. 

Sepatutnya dah selesai tapi tiba2 adun dap menyemak pula. Kenapa?

Why.. why why? Why dia memilih berpihak kepada customer tersebut? Kenapa dia nak tonjolkan isu neh sebagai isu politik? Apa dia lupa ka orang melayu pandang dap tue apa? Nak2 isu neh dah menimbulkan ketegangan kaum antara dua kelompok. 

Dia masuk campur bukan nak bagi jernih tapi bagi keruh. Orang akan fikir bahawa dap bela perkauman. Memang tiada fakta kes bahawa lelaki tersebut bersikap racist tetapi persepsi orang ialah perkara yang penting. Orang takan percaya pekerja kfc naik marah secara tiba2 andai tidak dicuit. Nak2 bila dia cakap pekerja kfc tue bawa sesuatu barang dari dapur nak hentak dia. Lagi lah orang rasa aikk.. apakah itu? 

Lepas tue dia cakap seseorang [pekerja kfc] bagi warning agar balik kalau tidak budak tue nak bawa member untuk belasah dia. Peh. Jahat gile ko. Seme neh hanya keterangan dari sebelah pihak jek. Aku nak percaya pun hermm.. perlu ke? 

Aku sebenarnya takmo menyebelahi sapa2 pun sebab aku lebih suka berada di pihak yang rasional. Pihak rasional neh sedikit tapi aku fikir menjadi rasional adalah lebih baik. Sebab tue aku tak boleh petik keterangan dari sebelah pihak jek. Orang yang rasional dengar keterangan dari seme pihak, analisis, buat perbandingan dan baru putuskan kes. Ini kesukaan aku.

Tapi sayang adun dap yang bernama lim lip eng tak fikir macam aku fikir. Instead of pendekatan politik, dap hanya perlu jadi belakang tabir. Kenalkan budak tue dengan ngo yang membela nasib customer yang teraniaya. Bagi best service kat dia dengan perkenalkan ngo yang betul2 bela nasib budak tue. 

Bukan berdiri di barisan hadapan dan pamerkan sokongan kepada budak tue. Orang tak fikir ko bela dia pasal keadilan. Even aku sendiri dah anggap alahh kecohlah ko. Nak tunjuk hero bagai lah tue. Peh. Direct kan?

Harus di ingat dalam kes neh siapa salah dan siapa betul berdasarkan hujah keadaan kita seme tak tahu dengan jelas. Kalau hujah tempat kerja memang sah budak tue salah. Hakikat beb. Sapa tak panas ayam goreng kesukaan wa habis selepas 45minit tunggu. Kalau boleh sabar wa respect siot orang terbabit. 

Dan orang sekarang majoritinya melihat kes neh dari sudut pandang hujah keadaan. Dorang pergimamposkan hujah tempat kerja. Hujah tempat kerja budak tue dah dapat akibatnya. Kan dah mention tadi. Out of service ma. Sebab tue aku cakap dap jangan masuk campur. Ini bukan isu politik dari awal. Ada banyak penyelewengan yang sedang menanti kita. Isu begini biar badan bukan politik handdle jek. Jangan marah kalau orang ada sangka buruk pada dap nanti. Sendiri yang cari nahas beb. Jangan pula gebang cakap tak diperingatkan. Bai



Maklumat tambahan : Burger king icity terbakar. Bukan kfc. Harap maklum. 

Artikel telah dikemaskini.

Ameno : Apa pun nak racist ..

Skandal Pasir - Adakah PKR dan Azmin Ali terlibat?

Rasanya ramai dah tahu pasal skandal pasir neh. Isu yang didedahkan oleh RPK malam tadi di tv3 kini bersambung dalam blog bersiap dengan beberapa dokumen yang boleh mengesahkan keterangan RPK. Bagi yang tidak mengikuti kes neh dari awal memang akan confused sikit. 

Mula2 korang dinasihatkan baca blog malaysiatimes. Kat sini didedahkan dengan terperinci mengenai kematian patrick wong. Samada penulisan tue berdasarkan realiti ka apa ka aku taktahu. Korang ada akal so pandai2 lah baca dan hadam sendiri. Aku sendiri pun tak boleh nak tegaskan benda tue salah or betul. Itu terpulang pada penilaian memasing2. Aku takmo campur dan tentukan untuk korang.

Then skandal pasir neh bertutup untuk satu tempoh yang agak lama sebelum dimainkan kembali oleh pembangkang di selangor [bn]. Kalau nak dikutkan sepanjang2 masa bn memainkan skandal pasir neh jarang sekali kita melihat pakatan rakyat boleh menepis dakwaan2 mereka dengan kukuh kecuali beberapa kali itupun bila adun2 pakatan rakyat buat operasi mencegah kegiatan mencuri pasir sebelum ia senyap kembali.

Yang tue kita lupakan sekejap. Kita fikir satu persatu dulu disini. Susulan keterangan rpk di tv3 malam tadi, dia hadirkan kisah mengenai skandal pasir tue. Minta korang baca petikan perbualan di bawah neh ;

SC: …itulah…pasal yang YB mintak 50 ribu nak ape…nak pakai 50 ribu boleh takde masalah…dalam minggu depan boleh?

Mat Suhaimi: Dalam minggu depan ye…

SC: Pasal saya nak setelkan akaun sikit…

Mat Suhaimi: Okay…

SC: Lepas tu takde masalah lah…

Mat Suhaimi: okay, okay, okay, hari Isnin boleh?

SC: Hari Isnin boleh…lagi satu YB…say mintak tolong satu…saya di Batang Kali ada tanah…geran…nak keluar pasir…pasir banyak lagi tu…

Mat Suhaimi: Berapa besar tanah tu?

SC: Dia 100 lebih ekar…

Mat Suhaimi: Nanti saya bincang dengan Azmin….tapi kena bayarlah…Azmin sedang collect duit untuk pilehanraya…

SC: ah, okay, okay…nanti kita bincang.
Pada 11 Januari 2010, KP menelefon Mat suhaimi dan perbualan tersebut adalah seperti berikut.

SC: Konfirm ye nombor ini?….Affin Bank ni?…
Mat Suhaimi: Confirm, confirm, confirm…

SC: Ni company…company siapa ni YB?

Mat Suhaimi: Ini….company…yang supply….yang buat event….

SC: okay, okay, okay, okay…confirm ye boleh masuk ye?

Mat Suhaimi: Ya, ya…

SC: Takut lah…nanti tak sampai kepada YB…

Mat Suhaimi: Jangan risau…okay…

SC: Nanti kalau boleh saya contact YB lah…so ini saya masukkan 50 ribu dalam akaun ini…confirm ye…

Mat Suhaimi: ha, okay, okay…yang Amir punya ada dengan Amir…
Nampak word yang aku highlightkan tue? Ada nama azmin. Nama azmin disebut dua kali disitu. Adun yang terlibat dalam skandal neh ialah ;



1. Mat Suhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda 

Adun neh mewakili parti keadilan rakyat = PKR.




2. Amirudin Shari, ADUN Batu Caves 

Adun neh juga mewakili parti keadilan rakyat = pkr.

Okey sekarang fahamkan dulu apa rakyat macam aku harapkan dalam kes macam neh.

1. Siasat dakwaan rpk neh. Tak kiralah samada ia fitnah, ia rekaan atau apa sahaja alasan yang adun2 neh jawab dan bakal jawab [adun sri muda dah jawab sila rujuk sini] tue belakang citer. Citer utama dia ialah SIASAT dulu.

2. RPK bagi hujah berdasarkan keterangan yang berpaksikan kepada beberapa helai dokumen dan mengaitkan dokumen2 tersebut dengan adun2 tersebut. Jika seseorang bagi ko bukti, ko tak boleh cakap owhh fitnah.. ini fitnah.. dan blabla lepas tue harap orang akan percayakan ko. Sorry. Jangan harap aku. Kalau aku, aku cakap bullshit. 

3. So apa yang perlu adun2 neh buat ialah menafikan kesahihan dokumen2 tersebut. Kalau palsu, buktikan ia palsu. At least kita di tengah2 neh boleh banding owhhh itu palsu rupanya. So kita faham. Bahasa nafi kita tak buy. Bahasa bukti baru kita makan. Logik sikit lah weh.

4. Oleh kerana RPK ada mendedahkan sebahagian dari rakaman [ rujuk di atas neh] dan adun sri muda ada menyebut pula nama azmin, so ada baiknya azmin memberikan respon. Yang penting azmin harus dibebaskan daripada terkait dengan isu neh. Kalau dia tidak memberikan respon atau apa, jangan marah kalau orang ada sangka serong pada masa akan datang.

5. PKR dan Khalid Ibrahim juga perlu berikan respon segera. Respon2 mereka neh akan menjadi kayu pengukur kepada masyarakat untuk menilai cara pentadbiran PKR di selangor. Kalau mereka bagi alasan.. kita akan siasat.. kita akan panggil dan blablabla.. aku cadangkan diam sampai ke mampos lebih baik disitu. 

Apa yang perlu dibuat ialah PENEGASAN bahawa PKR serahkan kepada SPRM dan POLIS untuk siasat hal tersebut. PKR tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku. Kita juga tidak akan campur tangan dalam siasatan terbabit namun adun2 tersebut perlu dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung skandal pasir yang didedahkan oleh RPK. 

Supaya mereka boleh bela diri. Ingat seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan dia benar2 bersalah. Jadi dalam kes neh adun2 terbabit belum lagi bersalah. Kita bukan nak hakimi dorang dan terus jatuhkan hukum. Ini tidak adil beb. 

Tapi kita minta SPRM siasat. Macam SPRM siasat khalid ibrahim dan tuan guru. Dan SPRM sendiri bebaskan mereka dari tuduhan terbabit. Bila dah bebas dan dibuktikan tidak bersalah barulah orang takan cakap2 lagi. Dan jangan lah jawab owhh rpk tue kena bayar lah.. umno dibelakangnya lah dan balbalnal.. itu seme alasan2 yang buat orang nak muntah. Siyes neh beb.

Kes neh perlu disiasat cara matang dan ikut prosuder. PKR perlu buktikan ketelusan nya sekarang. Ini masanya untuk membuktikan PKR adalah lebih baik dari umno. Bukan sikit tapi banyak2. Sila buktikan yang anda berbeza dari apa yang umno sangka. Bai

Ameno : Tolong jawab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...