Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 Januari 2012

Identiti sebenar pelajar yang nak bom Helikopter Najib tersebar ! Updated.

kah kah kah

Jahat gileww...

Bukan student neh beb. Tapi orang yang menyebabkan dia ditahan. Pasal apa? Pasal student neh memain. Kalau sungguh dia nak bom si najib tue, dia takan bangang2 nak pergi hebah bagai di fb. Yang aku tak boleh blah ble baca laporan berita kat bawah neh. Seriyus kelakar beb. 

Pecah perut gua oiii..

Lihat bawah neh ;
GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di sini hari ini.

Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.

Kemon larh beb, kemon. Benda neh mesti ada asbabnya. Kena dikaji sikap bn dan najib pasal apa rakyat sebegini tegar buat statement macam neh di fb? Dorang takde rasa takut. Rasa hormat jauh sekali. Mesti ada kuasa yang menyebabkan dorang [termasuk aku sekali] yang marah sangat dengan kepimpinan najib.

Kemarahan yang dirasai oleh rakyat malaysia neh lebih membuak2 berbanding kemarahan terhadap paklah dulu. Siyes. Janganlah sibuk nak tahan orang yang memain cakap padahal yang hina pembangkang malahan ada yang ugut2 pemimpin pr dibiarkan pula. Contoh isu kes ugut dsai dan tgna. Ada tindakan susulan? Takdak.

Sejujurnya aku percaya dia main2 jek. Please jangan apa2 kan dia. Kesian student sekarang.. buat apa pun tak boleh. Yang turun bendera, dah dinaikkan semula, diperbesar2kan sehingga dihukum. Yang buat video, kena buang. Yang baru habis belajar, jadi imam, pertahankan hukum islam di dalam masjid kena pecat. Macam mana student nak respect hang najib, macam mana? Bagitau aku sket.. macam mana?

Lihat bawah neh ;



Sumber printscreen : disini.

Nota : Anda bagaimanapun dinasihatkan jangan mengeluarkan statement seperti di atas neh walaupun dalam nada bergurau pada masa akan datang. Aku takmo ada orang lain pula ditahan selepas neh. Takpelah geng, biarlah kita berjuang walaupun dalam keadaan tersepit. Ini salah satu halangan yang perlu kita hadapi. 

UPDATED ;

1. Nampaknya isu nya telah diperbesar2kan sehingga menjadi isu racist. Sila faham topic. Isu disini ialah mahasiswa yang ditahan. Bukan mahasiswa INDIA yang ditahan sebab nak BOM PIEM MELAYU. Neh bukan pasal racist ka apa. Neh pasal seorang mahasiswa warganegara malaysia ditahan kerana membuat gurauan akibat nak bom helipkopter perdana menteri nya.


2. Dan lagi satu, jangan lah pergi ugut2 dia pula macam adam adli kena. Dah takde kerja lain ka apa? Hidup jangan jadi tolol. Agak2 lah weh.


3. Ramai tak faham isu asal. Kisah asal bermula apabila ada rakan fb yang membuat sindiran nak bunuh najib kemudian nya report polis dibuat terhadapnya dan setelah beberapa lama berlalu ada pula yang buat ugutan nak bunuh tgna dan dsai namun tiada tindakan susulan di ambil. Bukan pr nak besarkan isu namun bila melihat ada side pr di anggap serius walaupun dia cuma bergurau melalui satu page tue namun bloggers umno menganggap ia seriyus, lalu bermulanya adegan balas membalas. 

Dari situ lah setiap dari kita di ingatkan agar menjaga tutur kata masing2 di fb bila ia melibatkan pemimpin kerajaan. PR takpe. Kutuk, hina dan ugutlah suka ahti korang sebab takde sapa2 penguatkuasa yang akan heran dengan keselamatan depa. Padan muka kita.


4. Dan yang lebih malang, dia hanya bergurau di fb tapi difitnah konon nya mengugut melalui blog. Kot yer pun nak tahan untuk siasatan bagi lah info yang betul. Jangan tokok tambah beb.


Artikel neh akan dikemaskini kelak.

Ameno : Di blog ? Dia buat statement di fb jek.. blog apa ? Ada meh? Bagi bukti pleasee.. Jangan SPIN weh..

"Keramat hidup" untuk TG Nik Aziz adalah simpulan bahasa. UPDATED!

Aku taktahu neh salah sapa. Samada malaysiakini ataupun orang lain. Tapi yang penting benda neh takde kena mengena dengan nik aziz. So harap malaysiakini pergi ubah segera laporan di bawah neh ;


Aku minta maaf banyak2 sebab tidak memahami bahasa sastera disini. Mungkin perkataan keramat hidup ada maksud2 yang aku sendiri tidak jelas dan tidak tahu disini namun isu neh telah dimainkan oleh bloggers umno. Dan macam biasa, orang lain yang label, orang lain yang kena marah.

Adalah tidak adil mereka menyalahkan tgna sedangkan aku sangat2 percaya bahawa tgna sendiri pun tidak sedar dia dianggap dan digelar sebegitu oleh orang lain.

Oleh kerana yang dimaki hamun adalah tgna maka aku berharap malaysiakini boleh ubah sedikit artikel di atas neh. Bukan apa, risau juga benda neh menimbulkan salah faham. Silap2 depa ingat kita mengkeramatkan nik aziz pula. Please. Bai.

UPDATED ;

Keramat hidup yang dimaksudkan oleh malaysiakini ialah simpulan bahasa. Maksud keramat hidup disini ialah ;


Seseorang yang baik budi bahasanya serta jujur, tidak menyinggung perasan orang lain dan tidak mempedulikan peribadi orang lain. Sumber dari rakan twitter merujuk kepada link asal disini.

Terima kasih atas perkongsian ilmu. Dengan neh aku memohon maaf kerana telah tersalah anggap. 


Ameno : <-- failed simpulan bahasa..

Notis saman terhadap papa gomo dan parpu kari disiarkan di akhbar.

Wahh..

Hebat !

Itulah berani lagi mengarut yang bukan2 dalam blog. Kalau tak pasti, tanya. Jangan main tuduh2. Jangan main fitnah2. Nak tulis pandangan sendiri, tulis lah. Tapi biarlah ada hujah supaya orang yang terkena tue tak boleh anggap ia sebagai fitnah. Dalam erti kata lain == > berhujah bukan nya menfitnah.

Lihat bawah neh ;



Nama, no ic, dan alamat seme complete disiarkan di paper the star bertarikh semalam. Benda neh pun aku dapat dari laman web umnoreform. Kredit pada dia. Tenkiu.

Nasihat aku pada papa gomo dan parpu kari, minta maaf dah larh. Tak guna korang pertahankan benda yang salah. rm10juta ko tahu. Bukan rm100,000.00. RM100,000.00 pun korang tercekik2 nak mencari, neh kan pula rm10juta. Mana nak cekau?

Orang kalau melawan kemungkaran, logik gak disaman2 neh. Neh pasal menulis fitnah. Buang masa je defend bagai. Lue fikirlah sendiri. Bak kata aku, berani buat, berani larh lue hadap.

kah kah kah

Ameno : 10 juta beb.. bahaya siot.

Najib edar komik dan baju free lepas melawat.








Best.

Semalam dan kelmarin sapa yang dilawati najib memang best. 

Sebab?

Dapat komik dan baju free maa.. Mestilah penyokong umno rasa best. Sebab permintaan depa takat tue jek. Aku rasa tak best sebab permintaan aku sangat luarbiasa tinggi nya.

kah kah kah

Berapa juta lah agaknya dia habiskan duit untuk buat komik dan baju 1 malaysia neh. Yang tak boleh blah tue kan... siap ada gambar muka dia beb. 

kah kah kah

Lawak siot. Tengok sini sekali lagi aku upload untuk tatapan kekawan ;



Tak cukup dengan logo 1 malaysia, kali neh najib tampilkan wajah dia sekali di dalam baju2 keluaran jenama 1 malaysia. Baik punyaaaaa....

Untuk pengetahuan korang, gambar2 neh merujuk kepada lawatan mesra najib ke kawasan shah alam. Kawasan yang dimaksudkan ialah pangsapuri rimba 2, seksyen 16, shah alam, selangor. Memang agak meriah persiapan yang disediakan khusus untuk menyambut piem. Siap ada belon barisan nasional lagi beb. Kalau gua ada sana, mesti gua cari jalan kempiskan belon tue. Spesis gua memang berani buat kerja2 jahat gini. Saja beb. Dengki.

kah kah kah

Dan di akhir2 lawatan najib tue, geng2 pr [rujuk gambar di bawah] sempat hadir dan melaungkan perkataan takbir dan reformasi. Kalau aku boleh bagi idea, aku rasa elok kita tanya najib apa masalah dia enh..? 

Aphal dia edar komik dan baju bodoh neh ek? Komik boleh beli barang meh?  Tak. Duit boleh. Baju boleh bantu rakyat meh? Tak juga. Peluang pekerjaan boleh lah. So.. biarlah atasi masalah rakyat dengan kaedah yang betul. Janganlah buang duit lagi dengan edar benda2 yang tak bermanfaat neh. Satu sen pun tak pakai. 



kah kah kah  

Sumber : geng2 pangsapuri rimba.

Ameno : Sekarang baru saya tahu maksud sebenar bangang. kah3.

Sabtu, 14 Januari 2012

Kartun sindir Najib oleh berita antarabangsa.

Beb,

Neh ada kartun luar negara kutuk Najib. Dari mana? TIMES OF OMAN.  Dari negara oman larh kot. Kalau tak napa paper dia bertajuk times of oman? Ye tak?

Sekarang korang lihat sendiri kartun tersebut di bawah neh ;



kah kah kah

Aku serba salah dalam isu neh. Mengiyakan pun rasa macam tak kena. Menafikan ia pun rasa macam tak betul. Kalau ikut apa yang aku faham sekarang neh ;

1. Memang betul sistem kehakiman ada campurtangan pemimpin2 tertinggi negara.

2. Tapi still itu bukan alasan oman untuk campurtangan hal ehwal dalaman negara kita.

Dalam erti kata lain, negara gua punya masalah, gua settle. Negara lue punya masalah lue settle. Nak lapor dan kritik biar membina. Tapi melalui kartun neh.. hahaha.. aku rasa kelakar kalau orang malaysia yang lukis, tapi ia jadi was2 kelakar bila orang luar yang lukis.

Namun, 

Neh cuma persepsi aku. Maybe lain orang lain pandangan. Hak masing2. Nanti lepas neh jangan melenting pula kalau ada kartun luar negara yang hina pemimpin2 pr. Ingat najib nak diam aje ke weh? Kalau pun najib memilih untuk diam, jangan harap rosmah mansur boleh rela kan ia. Sebab dia kan PM. Bukan nya najib.

kah kah kah

Sumber : sini

Ameno: Gelak cover2

Hot : Umno rampas tanah sekolah agama.

Tah pape lah ko POLIS.

TAH PAPE.

Baca balik apa yang aku ulang neh weh polis yang berada di dalam rakaman youtube neh.

KO, POLIS IALAH POLIS YANG TAH PAPE.

Lihat video neh terlebih dahulu ;


Isu nya berhubung kes rampasan tanah. Dari info yang aku dapat bahawa ;

1. Tanah neh asalnya tanah sekolah.

2. Sekolah yang dimaksudkan ialah sekolah rendah untuk budak2 islam. Lebih kurang macam sekolah agama lah.

3. Dan sekolah tue pula dirobohkan.

4. Alasan ia dirobohkan sebab tanah neh ada tuan punya milik. Tuan punya milik nak buat benda lain atas tanah tue so apa2 benda yang ada atas tanah tue mesti dirobohkan.

5. Yang menjadi tanda tanya penduduk ialah kenapa main roboh jek? Walaupun ada bantahan dan walaupun ye mereka pemilik tanah apa takde jalan yang lebih baik ka dari neh? Bagi lah kelonggaran sket. Macam ganti tapak lain ka.. apa ka. Orang kata win2 situation ma. Lue menang, wa pun menang. Sama2 happy.

6. Namun apa yang paling mendukacitakan sekali.. benda neh melibatkan umno. Arhh sudah. Apahal orang2 umno boleh terkaitan sekali dengan isu rampasan tanah neh?

7. Ada gak info yang mengatakan asalnya tanah neh memang ada pemilik. Di rampas sebab tak bayar cukai. Cuba fahamkan apa yang lebai cakap dalam video neh. Dia cakap, pemilik tanah neh ada geran. Tanah dia dirampas sebab tidak membayar cukai. Banyak sangat ka nilai cukai tue sehingga memungkinkan rampasan tanah berlaku? Maksud aku berbaloi kah kalau ko tak bayar roadtax, orang datang rampas kereta ko? Berbaloi kah?

Benda neh masih bersifat spekulasi lagi. Nanti aku cuba semak orang2 yang arif dan faham isu neh. Pasal info yang aku nampak neh pun masih samar2. Cuma apa yang pasti ialah ;

- Ya, tanah itu dirampas dan orang2 umno terlibat.

- Ya, ada sekolah agama disitu dan ia dah dirobohkan.

- Ya, penduduk marah dengan hal neh.

Yang neh confirm. Yang details2 masih lagi samar2. Sapa2 yang tahu kisah please email aku untuk sebaran or tulis sahaja di dalam komen. Bai 

Ameno : TV3 tak citer ka?

Jawapan balas Haji Zul berhubung isu Imam turun gambar najib di masjid.

Wah..

Haji Zul neh kata aku bagi info yang kurang tepat ek?

Nevermind Haji. Nevermind. Sila baca statement balas imam tersebut kat bawah neh terlebih dahulu ;


Dari apa yang saya fahamkan ialah ;

1. Gambar najib tetap ada. Ia tetap wujud. Dan ia memang terletak di dalam perkarangan masjid. Soal orang boleh nampak ataupun tidak ia bukan isu. Isu nya ialah GAMBAR NAJIB BERADA DI DALAM KAWASAN MASJID. Ini point paling penting. Bolah haji zul menafikan kewujudan gambar najib di dalam KAWASAN MASJID? 

Boleh haji zul menafikan kenyataan imam hafiz BAHAWA GAMBAR NAJIB BERADA DI DALAM KAWASAN MASJID? Boleh haji zul berikan kami masuk ke bilik tersebut dan menilai sendiri apakah relevant gambar najib berada di dalam bilik yang diperuntukkan untuk imam2 yang berkhidmat di masjid tersebut? 

2. Saya setuju dengan kata2 haji zul bahawa masjid bukan kawasan untuk menimbulkan huru hara. Itu sebabnya saya percaya imam hafiz ada sebab kenapa dia menurunkan gambar tersebut. Oleh kerana dia ada dalil dan hujah yang menyokong tindakan dia, maka saya percaya haji zul wajar kemuka kan hujah balas kenapa haji tetap tegar mengantungkan potret najib di dalam kawasan masjid, bukan? Hujah lawan nya hujah. Bukan hujah di lawan dengan pemecatan terhormat [notis digantung sebulan]. 

3. Lagi satu Haji bercerita pasal aib dan kesalahan2 hafiz sepanjang dia menjadi imam? Hahaha.. so funny lah you haji. Funny. Kenapa? Sebab macam aku cakap tadi. Hujah lawan nya hujah. Hafiz mempertahankan tindakan dia menurunkan gambar najib dari masjid. Haji pula pertahankan ia. So balas lah guna hujah. Yang sibuk pecat dan citer pasal aib sapa yang suruh? Ada ka kami suruh? Takde pun. Takde mana2 orang yang suruh pun. So buat apa buka? 

Beginilah haji zul, nasihat saya ialah, turunkan sahaja gambar najib dari kawasan tersebut dan berdebatlah dengan imam hafiz secara terbuka. Kalau tuan menang debat tue hah gantunglah gambar najib di seluruh kawasan masjid ikut suka tuan, kalau tuan kalah? Sendiri mau ingatlah tuan.

kah kah kah

Seperkara lagi, berpolitik dalam masjid, mengampu dan membodek PM sebenarnya boleh menimbulkan huru hara. Sebab itu kalau mahu elakkan huru hara maka janganlah menghampiri huru hara. Dalam kes neh gambar najib sedari awal lagi tak perlu digantung dalam masjid. Harap Haji zul boleh faham kenapa masalah neh berlaku. Bai

Ameno : Apa pun tak boleh.

Jumaat, 13 Januari 2012

ProGay sokong pembebasan Anwar Ibrahim.

Mula-mula aku nak ketuk utusan atas isu neh. Tapi tak boleh. Sebab? 

Tengok bawah neh sendiri ;



Utusan cuba menGAYkan anwar ibrahim dengan cara menerbitkan artikel bahawa progay di filiphina sokong pembebasan anwar ibrahim. So aku check benda tue kat website untuk kepastian. 

Lihat bawah neh ;



Sekali betul siot. Ada sapa2 yang suruh progay neh respon ka? Aku? Takde pun. Korang ada? Pun takde gak enh? So apahal dia respon? Ada sapa2 kesah ka dengan respon dia neh? Hah ada.. memang ada. Utusan beb. Utusan dan totok umno tersangatlah kesah dengan respon2 sebegini. Itu sebab dorang petik dan siar respon neh di utusan. 

Lihat bawah neh ;


Tidak lah mereka cakap mereka happy tetapi mengalu2kan pembebasan anwar ibrahim tetap boleh di anggap sebagai happy gak. Mungkin mereka2 neh dah silap faham terhadap dsai. Malahan aku percaya dah ramai orang salah faham dengan dsai berhubung isu liwat neh. Kalau tak percaya korang baca perenggan akhir ayat progay tue. Cam bangang. Siot weh.

Sudah sampai masanya untuk dsai mengisytiharkan dengan tegas dan terang kalau boleh dihadapan media antarabangsa bahawa dia bukan GAY. Dan tiada kena mengena dengan mana2 GAY. Dia juga bukan penyokong GAY. Dan puak2 gay tak perlu menganggap bahawa dia ialah GAY.

Sedikit salah faham boleh mendorong kepada salah faham yang lebih besar. Oleh kerana saiful neh menghasilkan salah faham yang besar terhadap dsai tak mustahil maha besar salah faham telah terhasil terhadap dsai. So tak hairan napa progay buat statement seperti di atas neh.

Namun, utusan bukanlah utusan kalau depa tak tokok tambah citer. Kat perenggan last tue.. hehehe.. dsai selalu lawat filiphina? Yeke? Negara kedua terbanyak dilawati oleh dsai? Ye ke? Si papa gomo cakap thailand. Si utusan cakap filiphina. Mana satu betul beb?

kah kah kah

Nota : Di bayar ka laporan berita neh pada anggapan korang?
Ameno : Progay kalau ko tak bersuara.. takde sapa anggap ko bisu pun.. lagipun

Video paling gampang sekali minggu neh.

Ini lah video paling gampang siot. Gampang gile. Gua minta tolong sangat pada pas, pkr dan dap balas balik video neh. Gua sanggup jadi pelakon dalam video balas balik video gampang kat bawah neh. Siyes.Gua betul2 merayu sangat pada pr neh. Siyes giler. Gua betul2 nak penyepak orang yang buat video neh. 

Wooiii... 

Sakit ahti siottt... sakit ahti kaw2.


Sebab?


1. Hina ulama2 dalam pas.


2. Berjoget2 kutuk pas dan pr walhal pompuan dalam tue haram tutup aurat.


3. Buat lagu sebab PR salah guna kuasa? Hehehe.. hellooowww dah cermin diri blom?

Tengok sendiri beb ;

Celaka siottt.. 

ada ke guna gambar ulama dan then menari2 sewel dalam video neh. Panas siot ahti aku panas.. air2.. mana air.. baik gua belah dulu sebelum komputer neh meninggaldunia akibat diteranjang oleh kaki gua. Bai. 

Artikel neh telah dikemaskini.

Ameno : Bengang.

Video : Jamil Khir bela diri sendiri dalam isu penyalahgunaan wang zakat.

Aku sikit lagi nak mencarut. Siyes neh beb. Siyes. Aku rasa jamil khir tak faham isu. Aku percaya ramai orang islam di malaysia neh tak kesah kalau wang zakat digunakan untuk jihad fisabillah. Amek lah oii. Amek. Amek banyak2. Orang islam di malaysia lagi suka.

Amek bantu orang islam yang berpenyakit tapi tak mampu nak rawat sebab kos perubatan sangat mahal. Amek bantu orang yang terdesak. Amek bantu buat taska2 islam. Amek bantu beli Alquran or upah guru2 yang boleh mengajar Alquran untuk orang2 yang miskin yang tak mampu hantar anak2 dia pergi sekolah agama. Amek. Amek banyak2. Silakanlah!!!

Tapi beb, ini lue amek bayar kos guaman lue. Kos guaman lue bukan jihad fisabillah bagi tafsiran gua. Gua cuba faham benda neh dengan teliti. Tapi setelah gua godek pelbagai persepsi dan ceruk, gua siyes bagitau lue, gua tetap tak boleh terima perlakuan lue. Lue melawan qazaf. Dan lue anggap dengan melawan qazaf ialah jihad fisabillah? Jihad fisabillah apa bila lue lawan hukum islam? Macam mana gua nak faham beb. Macam mana?

Ibarat lue melawan Allah swt. Then lue pongpang2 beria2 kata dalam firman Allah swt menerusi Alquran mengatakan berpahala melawan Allah swt. Itu yang lue sedang buat dan sedang paksa rakyat terima. Sorry beb. Gua cadangkan lue pergi meninggaldunia. Gua rasa bahasa gua dah cukup sopan dah neh. 

Sebelum gua keluarkan bahasa maki yang lagi dasat gua cadangkan lue berhenti dan mengakui kesalahan. Walaupun gua nak sangat lue dihukum tapi gua fikir impian gua mungkin sekadar impian sehinggalah pr amek alih putrajaya. Tapi sehingga detik itu tiba, gua cadangkan lue berhenti dan minta maaf. Tolong. Lue jaga agama so please lah "pakai" agama yang lue jaga tue. Tenkiu.

Lihat video di bawah neh ;


Ameno : Haram pun dihalalkan bhai.

Khamis, 12 Januari 2012

Polis bidas utusan dalam isu bom 901.

 

POLIS SOUND UTUSAN?

Padan muka !

Polis baru siasat tapi utusan pongpang kata ia angkara pendemo 901. Tengok bawah neh beb. Bukti neh wa cakap lue ;


Nampak?

Nampak?

Nampak tak?

Tue lah.. orang dah nasihatkan utusan berkali2. Pergilah meninggaldunia. Pergilah meninggaldunia. Kami pun nak juga merasa hidup aman di dunia neh. Kenapa pula kami kena berkongsi dunia neh dengan orang2 jahat dan zalim? Tah pape larh weh. Tah pape.

kah kah kah

Utusan melangkaui siasatan polis. Kesian lue utusan. Kali neh lue memang kantoi. Dah lew kantoi, bergolek2 lagi. Lue pergi focus pada penerbitan majalah playboy melayu mangga tue sudah lah weh. 

Memang tahap tue je layaknya otak lue pun. Mana lue boleh pergi ilmiah lagi dah. Lue tahap tue jek. Fitnah + lucah = bloggers umno + geng utusan. Sebab tue penyokong2 umno pun benci lue. Pasal lue keji, depa tak keji macam you all. Yang terpengaruh pula pasal tak dapat informasi penuh. Sian..

Takpe, aku kan ada.

kah kah kah

Ameno : Utusan neh polis gak kot.. kah3x..

Ada aku kesah dengan video seks terbaru yang babitkan DSAI neh?


MAKAN-makan di sekitar Wangsa Maju memang sudah menjadi kebiasaan penulis sejak sekian lama. Paling tidak 2 kali dalam seminggu, penulis akan berkunjung ke sana untuk memenuhi tabiat yang disebutkan di atas.

Selain tempat yang menarik untuk mendapatkan bahan bagi tujuan penulisan.

Mungkin sudah tercatit dalam kalam hidup penulis bahawa kunjungan ke Wangsa Maju semalam tidak hanya dipenuhkan dengan aktiviti makan tapi juga penulis secara kebetulan terdengar dari kalangan yang ‘melantak’ sama bahawa tidak berapa lama saja lagi, satu lagi video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tersebar meluas.

Kali ini katanya adegan tersebut dirakam disebuah hotel di Thailand dan membabitkan 2 pelacur sekaligus.

Setakat itu sahaja yang penulis terdengar, lebih dari itu penulis tidak dapat perinciannya. Yang sebetulnya penulis tidak langsung terkejut dengan makluman tersebut kerana penulis sedia maklum, UMNO wajib melangsaikan hutangnya ke atas Anwar walau dalam apa keadaan sekarang.

Penulis sendiri tak pasti dimana masalahnya kali ini sehingga UMNO gagal mengaitkan Anwar dengan tuduhan meliwat Saiful Bukhari, maka itu sesuatu perlu dibuat untuk menjatuhkan imej Anwar dimata masyarakat.

Dan bila bercakap pasal Anwar, apa lagi yang paling sesuai melainkan isu seks.

Lagipun soal video seks di Thailand ini bukan pertama kali disebut, malah ‘sedutan’ daripada video itu (dalam bentuk gambar) sudah pun disebarkan beberapa blog pro UMNO sejak 2 ke 3 bulan lepas dengan yang paling ke depan papagomo.com.

Apa yang penulis faham dari perbualan tersebut, video itu sepatutnya diedarkan dalam kempen pilihanraya akan datang tapi dengan keputusan mengejutkan pada Isnin, tempoh itu dipercepatkan, mungkin dalam sehari dua lagi, sebelum Anwar membina semula imejnya sebagai orang teraniaya dan diselamatkan dengan kuasa Tuhan yang tidak mampu diatasi UMNO, katanya.

UMNO nampaknya semakin ketandusan idea untuk menjatuhkan Anwar. Guna jantan tak boleh, guna pelacur pun tak boleh (video seks pertama) tapi itulah juga yang dimainkan setiap kali walaupun sudah terbukti gagal mengalihkan sokongan rakyat kepada beliau.

Mungkin kumpulan yang penulis jumpa semalam hanya nak tunjuk bagus macam ada semua rahsia mengenai Anwar, tapi boleh jadi juga mereka adalah puak-puak sama yang ligat menggunakan pendekatan jijik seperti video lucah ini untuk menjatuhkan pemimpin seperti Anwar.

Penulis benar-benar tidak tahu dan begitu pasti sejauh mana kebenaran video tersebut sebab penulis sendiri pun belum menonton, apatah lagi memilikinya.

nizar
Sumber asal : SiasahKini 

Ada aku kesah dengan permainan bodoh neh? Pergi meninggaldunia lah bloggers umno oii

Ameno : Seks seks seks.. gile betul. Bila lue nak lari bogel?

Hai, Azalina, CEK RM300ribu neh apa?


Peh.

Neh gambar cek beb.

Gambar cek neh menarik sebab ada nama azalina othman beb. Sapa dia neh? Dia ialah bekas menteri belia dan sukan.. Dulu2, dia menteri pelancongan. Time dia pegang jawatan menteri belia dan sukan memang pelik. Langsung tak masuk beb.

kah kah kah

Berbalik kepada isu cek di atas neh.  Azalina dapat duit neh dari datuk yahya abdul jalil. Siapa datuk yahya neh? Meh sini aku story sket.

Datuk yahya neh ialah MD kepada dua syarikat di bawah neh ;



Dia juga adalah ajk umno bahagian pasir gudang. Apa kaitan syarikat neh dengan azalina? Nanti dulu. Kita buka dulu kaitan dia dengan awang adek. Kisah dia begini. Dia neh ada kaitan dengan pembinaan dua bangunan di bawah neh ;



Kedua2 bangunan neh dibina oleh syarikat gerbang perdana. Dan kontrak maintenance pula diberikan kepada syarikat dia yang bernama advanced maintenance precision management = ampmsb. Salah ka? Nanti dulu. Benda neh tak salah langsung andai layak. Ia adalah normal.

Tetapi apa yang menjadi tanda tanya ialah kenapa syarikat neh bagi cek pada awang adek sejurus ampmsb memeterai perjanjian usahasama berhubung tender penyelenggaraan neh? Malahan perjanjian juga disepakati selepas lawatan rasmi awang adek ke kawasan tersebut. Ini aneh. 

Yang sebenarnya, sebelum neh, perjanjian neh telah ditangguhkan dalam beberapa tempoh di antara PWD dengan AMPMSB sebab terdapat unsur2 ketidaktelusan dalam tawaran harga yang diberikan oleh AMPMSB kepada PWD dalam tawaran kontrak. Namun, atas arahan awang adek selepas sesi lawatan rasmi dia ke sana, dia mengarahkan PWD luluskan aje kontrak neh kepada AMPMSB. 

AMPMSB pun sebenarnya sudah memulakan kerja2 penyelenggaraan bermula tahun 2009 walaupun tiada kontrak rasmi yang menyatakan hak penyelenggaraan itu adalah  milik mereka. Hehehe. Macam tue pun boleh? 

Lihat bawah neh ;



Salah satu cek yang awang adek dapat dari ampmsb yang mana dia cakap ia adalah derma. Hehehehe. Derma beb. Derma. Okeylah tue kita tunggu siasatan SPRM dalam isu neh. Namun, sekarang neh individu yang bagi cek pada awang adek juga bagi cek pada azalina. Kenapa? Cek itu bertarikh pada april 2011. Dan jawatan azalina sekarang neh hanya lah sekadar ahli parlimen jek. Dia pun dapat sumbangan gak. Mungkin derma untuk anak2 yatim dan sebagainya kot. 

Atau.... ada yang lebih dari itu? Hanya Allah swt je yang tahu. Harap azalina boleh jawab dalam isu neh. Jangan risau azalina. Kami semua sedia dengar penjelasan anda. Siyes. Jawab lah yer. Tenkiu.

Sumber :  sini

Ameno : Macam main teka teki pula..

Lagu nyanyian Muslimat Pas asalnya dari nyanyian Gereja.

Begitulah orang bebal berhujah.

Benda neh dari awal bukan isu pun pada aku. Ia mungkin isu bagi orang lain. Tapi ia bukan isu pun pada aku. Yang kelakar tue boleh pula mereka2 neh join sekaki balon muslimah walaupun terang lagi jelas benda neh bukan isu langsung. 

Ia adalah normal bagi wanita dan perempuan melaungkan kata2 semangat. Ia bukan isu. Apa hanya lelaki je boleh melaungkan perkataan reformasi? Bertakbir? Apa, kalau sesama wanita buat ia jadi salah? Haram? Minda kelas kedua yang mendikriminasikan wanita neh harus dicantas. Bias kepada jantina. Sesuatu yang aku tolak 100%.

Wanita boleh melakukan apa yang lelaki buat selagi mana ia bukan melawan syariat dan fitrah. Lelaki bukan individu yang boleh menentukan apa yang wanita patut buat dan tak patut buat. Lelaki diminta jangan perasan bahawa apa yang mereka buat itu adalah betul dan tepat. Bayangkan jika video di atas neh ditukar semua nya jadi lelaki. So? Ada mana2 individu yang akan sekaki dengan umno dan utusan dalam isu neh? Jangan harap. 

Persepsi yang menganggap wanita lembik, lemah, bersuara mesti sopan gileww..  adalah persepsi karut yang wujud dalam perjuangan menentang kezaliman. Sila simpan persepsi tue jauh2. Jangan pernah ada persepsi itu. 

Aku dah beberapa kali mengikut perjuangan muslimah pas dan memang seronok beb buat benda2 gini. Apahal pula kami dikatakan sangat super biadap dan super tak sopan santun? Ada kami buat benda2 kat bawah neh ka?




Pun takde.

Lalu, apa masalahnya? Suara? Aurat? Sekumpulan muslimah sesama mereka menyanyikan kata2 semangat sesama sendiri. Bukan mereka pergi tok2.. ini program mentor ka? Akedemik fantasia ka? Please.. kami nak menyanyi sambil terloncat2 di atas pentas. Pleaseee...

Ada meh? Pun takde. Yang si merakam tue yang menyemak datang rumah orang dan rakam apa2 yang orang buat dalam rumah tue apahal? Aku nak bogel dalam rumah aku pun aku punya pasal. Yang ko sibuk nak meninggaldunia kenapa?

Wooo... yang ko pergi salam lelaki polis napa? Napa beb? Napa? Salah tue. Haram. Hello kawan. Dia salam dan ucapkan tenkiu. Tiada syahwat pun. Nak kelip mata pun tak sempat. Nak mengorat jauh sekali.  Macam mana nafsu boleh timbul? Ada dia peluk2 bagai rosmah mansur peluk2 orang ka? Toksah ulang tayang gambar tue aihh. Korang pun dah boleh bayangkan macam mana kan.

WOooo.. jangan lah ko melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan pertikaian dan salah faham suatu hari nanti oleh umno. Apa? Aku berdiri di depan kedai toto ka apa? Apa, aku pergi masuk pub ke apa? Tak pun. Aku berdiri depan masjid dan tiba2 ko ucapkan benda neh. Apa? Apa yang perlu aku tafsirkan melalui pengucapan ko itu?

Woooo... sebab perkataan umno mampos? Seorang perempuan tak boleh cakap perkataan mampos? Napa? Perkataan mampos haram disebut oleh wanita? Apa yang membezakan seorang lelaki dan seorang perempuan bila dia menyebut perkataan mampos neh? Apa?

Takpe. Kami boleh tukar ia kepada perkataan meninggaldunia. Ia mungkin lebih sedap dibaca dan didengar oleh penyokong totok umno dan kaum lelaki yang mendikriminasikan status wanita di dalam perjuangan. Nasib baik lah muslimah pas berlapang dada minta maaf dalam isu neh. Sesuatu yang di respect. 

Lelaki2 yang sekaki dengan umno dalam isu neh berfikiran bias jantina dan aku tak terima pandangan dorang tak kira lah dorang nak cakap apa pun kat aku lepas neh sebab aku dah masuk ke dalam mode ada aku kesah? DPPP juga dah keluarkan statement yang sangat adil pada kedua2 belah pihak. Ini pun aku respect. Bagos. Muslimah pas dan pkr pada asasnya adalah sebahagian daripada perjuangan parti. Membalon muslimah hanya semata2 melagukan kata2 semangat adalah fikiran lelaki yang sangat kolot dan dangkal.

Sama seperti dangkalnya mereka bila memainkan isu konon nya lagu nyanyian muslimah neh di ambil dari gereja. Posting2 fitnah terbaru dari umno totok yang bebal dalam isu neh sangat2 difahami oleh aku. Orang yang bebal hanya boleh menghasilkan sesuatu yang bebal. Tetapi yang aku tak faham, kenapa orang yang tak bebal, boleh terikut2 dengan permainan orang yang bebal? Disini confuse aku bermula. Bai

Ameno : Apa pun tak boleh. 

Sebab kenapa Saiful tak layak merayu dalam kes liwat II.

Nampaknya penyokong2 umno marahkan penyokong2 pr yang bergelak sinis terkekek-kekek [cake-cake via google translate] bila membaca rayuan kelakar tahap maksima oleh bapak saiful yang bertahun2 tak jumpa anak sendiri tapi tah bila tahun tah tiba2 dia mengaku saiful tue anak dia.

kah kah kah

Sabar dulu.

Sabar dulu geng umno.

Sabar.

Korang kena faham kenapa kita orang gelak bila depa nak buat rayuan. Kita orang bukan suka2 nak gelak beb. Benda dah lawak, walaupun tak hingin nak ketawa tetapi mulut neh sendiri automatik ketawa sebab kelakar sangat. Kita orang tak boleh nak kawal keinginan mulut beb. So, faham larh sket.

kah kah kah

Meh sini aku jelaskan napa saiful dan seluruh team peguamnya tak perlu susah payah merayu semula dalam kes liwat II.


Kes neh ialah kes fitnah sebab dendam politik. Benda dah fitnah. Dah dibuktikan berkali2 pun. So mana saiful pernah layak dapat pengadilan dalam kes fitnah neh. Sebab dia ialah pencetus fitnah. 

Jika seorang pemfitnah berazam mahu menuntut keadilan bagaimana pula dengan pencuri? Perompak? Nanti semua pun nak tuntut keadilan. Yelah sebab dorang dah melihat saiful sebagai penjenayah fitnah boleh slumberland jek mengarut lawan kes yang terang2 tiada value untuk dibicarakan. Sudah tentu ia akan menjadi ikutan penjenayah yang lain. Silap2 dia mungkin menjadi hero dan idola buat penjenayah2 seperti neh.

Sebab tue aku cakap saiful tak pernah boleh layak dapat pengadilan. Dari hujah sendiri buka towel untuk diliwat sampailah ke hujah tak mandi 2 hari sebab nak simpan bukti seme nya jadi bahan lawak beb. Lawak.

Nak kata dsai dan dia meliwat suka sama suka? Lagi merapu. Tak payah cong lah guna hujah karpal singh untuk fitnah dsai. Karpal singh tak kata pun kes liwat neh ialah kes suka sama suka. Kalau ye karpal singh kata begitu sudah tentu hakim putuskan kesimpulan kes neh sebagai kes suka sama suka. Napa hakim tak berbuat demikian? 

Sebab kes neh bukan kes suka sama suka. Mana pernah ada pengakuan begitu. Yang ada karpal bercakap, jalan cerita macam suka sama suka tapi didakwa atas tuduhan meliwat secara paksa. Itu kesimpulan yang disampaikan oleh karpal. Berhentilah spin kenyataan asal dia walaupun aku sendiri pun tak berapa suka kat dia neh.

Lagipun si saiful neh sendiri kata dia redha kan? Dia redha? Memang bagus pun. Dia patut bersyukur kerana Allah swt bagi dia peluang untuk bertaubat dan mengubah semula apa yang telah dia lakukan ke atas orang lain. Sebab tue larh dsai menang kes neh. 

Bayangkan kalau saiful yang menang? Apa yang akan berlaku? Lagi dasat akibatnya. Mungkin setiap satu saat manusia akan menyumpahseranah dia. Bagaimana dia nak berhadapan dengan seme neh di akhirat? Usah kata alam akhirat, di kubur lagi dia dah berpeluh2 nak menjawab. Macam mana? 

Bersyukurlah, mahkamah pun membela ko saiful. Sanggup mahkamah bantu ko mengurangkan azab seksa api neraka dari bahana menfitnah. Ko tak nampak dan rasa kemurnian ahti hakim mahkamah tinggi kah? Dan yang paling best bila dsai pun sudi maafkan ko. 

Lihat bawah neh ;


Nampak? Punyalah jahat ko menfitnah dia macam2 tapi dia boleh maafkan ko macam tue jek. Kalau aku jangan harap der. G larh meninggaldunia. Ada aku kesah? 

kah kah kah

Lagi satu, kalau ko ada baca penulisan artikel merapu oleh bloggers yang disaman 10juta baru2 neh, dia ada menyatakan bahawa dsai menang kes neh sebab ;

1. guna bomoh thailand.

2. mengugut.

3. merasuah.

So, kalau dalam kes neh dsai menang sebab guna ketiga2 kaedah di atas, tak mustahil der, dalam kes rayuan pun dsai akan menang. Remember? Bomoh thailand? Ugut mengugut? Rasuah? Ko mana boleh lawan saiful. No justice for you sampai you meninggaldunia.

So, buat apa ko susah2 nak merayu bagai. Ko tak layak larh saiful. Tak layak. Ko makan karipap dan minum air kopi je lah. Sambil2 tue baca larh blog2 merapu umno tue. Dan kalau boleh ko terkenang2 sekali larh time2 ko bermesej2 dengan papa gomo berhubung isu fitnah neh. Alah, kenangan dulu2. Semasa acc papa gomo di hacked dan dikantoikan. Takan dah lupa kot?

kah kah kah

Dan jangan lupa saiful. So sahabat baik ko tue berlari bogel keliling padang. Kan dia dah berjanji bagai dalam blog kalau dsai disahkan tidak bersalah dia nak berbuat demikian? Memang aku tak hingin lihat aksi buruk dia yang berlari sambil bogel tapi a promise still a promise kan. Dia kena buat larh. Please, inform date dan masa kat aku. Nak call wartawan dan media. Senang sket nak promosi orang gila.

kah kah kah

Ameno : Woitt cepat larh lari berbogel oiii

Kenyataan Sebenar Ustaz Haron Din Berhubung Isu Pemecatan Hasan Ali.

Dah larh weh. 

Korang neh memang takde kerja lain kan selain menyespin dan mengelie kan? Agak2lah nak menipu menggunakan nama Ustaz pon. Kalau ikut bukti yang ada kat bawah neh, jelas ustaz haron din bertegas membela tindakan PAS, mana ada dia sokong hasan ali. 

Baca sendiri ;



Nampak?

Walaupun ustaz ada mengatakan bahawa hasan ali boleh merayu semula dan dia minta agar hasan merayu semula itu bukan bermaksud dia menolak tindakan pas terhadap hasan ali. Baca bagi habis apa pendapat dia sebelum amek sekerat2 dan sebarkan sekerat2. 

Apa pun bagi aku andai hasan ali jenis tak boleh ikut arahan, elok dia jangan merayu semula. Dia jadi bebas pun okey. Aku percaya dia punya suara akan lebih kuat andai dia benar2 ikhlas. Tengok macam MAZA. Aku suka pendekatan dia. Dua2 belah pihak dia bidas. Ini baru lah adil. Tapi kalau hasan nak merayu pun takde masalah. Hak memasing2. 

Cuma kena belajar ikut keputusan yang telah diputuskan oleh jemaah dan jangan sesekali menyebarkan tohmahan yang tidak benar tentang jemaah. Kalau sungguh nak balon jemaah pun biarlah ada konsistensi atas topik. Bukan main balon atas topic merapu. Bai.


Ameno : Orang yang fitnah neh memang jenis nak meninggaldunia beb.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...