Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 Januari 2012

Mahasiswa mengamuk : Edisi Pembongkaran Salah Laku Pentadbiran UMT





Assalamualaikum, buat AmenoWorld dan MiLoSuaM,


Ini adalah suatu kisah yang berlaku dalam 1-3 hari lepas.

dalam email ini saya sertakan beberapa bukti mahasiswa si UMT(Universiti Malaysia Terengganu) telah diperbodohkan. Dalam hal ini, setelah kejadian himpunan di UPSI, pihak bertanggungjawab di UMT telah meletakkan sebanyak 5 banner pro BN!! tanpa pengetahuan pihak mahasiswa dan kepemimpinan mahasiswa sendiri. Namun pihak kepemimpinan mahasiswa diaibkan apabila diletakkan di bawah banner itu, tertera nama persatuan pelajar dan kepemimpinan pelajar UMT. Bukti kejahatan dan konspirasi jahat oleh pihak pentadbiran UMT yang sangatlah pro UMNO-BN.

berikut adalah link dan cerita penuh mengenai perkara ini: (Lengkap dengan episod pendedahan dan gambar2 yang diperlukan sebagai bukti dan printscreen2 ketidakpuasan hati mahasiswa di UMT)-oleh saya dan rakan2. 


Terdapat juga ramai mahasiswa yg tidak berpuas hati telah menyalurkan luahan hati mereka beserta bukti2 penting berkaitan salah laku ini dan lain2nya di dalam group ini, suatu group khas untuk pelajar2 UMT:

VIDEO penurunan banner HARAM yang sangat jelas pro BN ini dilakukan secara inisiatif sendiri oleh pemimpin mahasiswa(Presiden MPP dan Presiden Majlis Kolej Kediaman) yang terbaru, beliau sangat jelas kecewa dengan perlakuan tidak bertanggungjawab pihak universiti ini seperti dalam video di bawah:

Part 1: http://www.youtube.com/watch?v=CFzcY2Q_dCo

Selepas kejadian penurunan banner ini, pihak HEPA UMT dikatakan mengamuk dan menyalahkan pihak MPP kerana melakukan perkara tersebut. Ini bagi saya adalah satu perkara serius yg melibatkan politik umno BN. Ia tidak boleh dipandang remeh.

Maafkan saya tuan2 sekalian, tapi saya sebagai bekas pemimpin mahasiswa di UMT amat kesal dengan perkara ini. Saya harap pihak tuan2, dapat menayangkan isu ini agar dapat menyedarkan mereka2 yg masih lalai dalam isu ini. Sekian, terima kasih.

Nota : Maklumat dan pengirim email neh dirahsiakan. Sila sebarkan pembongkaran student neh besar-besaran. BN memperbodohkan student ke apa? Hoiii.. orang tak sokong lue bhai.. surrender je lah..

kah kah kah

Mampos larh lue.. erkk silap. Bahasa mampos tue kasar bhai. Gua tukar. Mati lah lue.. erkk silap.. kasar gak tue..  meninggaldunia larh lue bien..

kah kah kah

Dua link blog di atas mesti baca geng. Yang paling best, kalo budak2 mahasiswa sendiri yang baca. Lepas baca, sebarkan.

Ameno : Macam tue pun boleh ka?

Mufti mengesahkan Jamil Khir layak menerima zakat.



Wah.

Sanggup mufti keluarkan statement macam neh? Layak? Termasuk dalam asnaf zakat? Dia miskin sangat ke sampai perlu dibantu guna wang zakat? Rumah pun taraf istana mufti weh. Terdesak pun bukan. Dia boleh jek guna peguam kerajaan yang dah sah2 tak perlukan apa2 kos guaman tapi kenapa guna khidmat swasta dan yang lebih parah kenapa guna wang zakat? 

Aku tak faham mufti neh. Siyes. Macam mana dia boleh menghalalkan sesuatu yang haram. Dia ada keluarkan statement beginikah dalam isu majalah playboy mangga atau apa2 isu lain yang berkaitan dengan akidah umat islam? Ada ka weh?

Yang sebenarnya, pandangan mufti neh tak sama dengan pandangan aku. Aku takmo maki hamun mufti neh. Siyes. Maki hamun pun tak guna kalau mufti neh tak faham kenapa isu neh dipersoalkan. Dengar sini wahai insan yang mengelarkan diri nya sebagai seorang mufti. Mari saya beritahu anda kenapa kami marah dengan jamil khir yang guna  wang zakat neh sedangkan dia bukan termasuk dalam asnaf yang layak pun.

1. Jamil khir menteri agama.

2. Jamil khir faham dan arif pasal hukum sebab dia ada ilmu tentangnya.

3. Jamil khir orang yang kaya raya. Duit banyak dan bersepah. Rumah pula besar gedabak.

4. Andai jamil khir memerlukan peguam, guna sahaja khidmat peguam kerajaan.

5. Ini kerana, siapa lagi nak percayakan orang kerajaan kalau bukan orang kerajaan sendiri. Betul?

6. Dalam pada itu, di malaysia neh ramai umat islam merunggut2 susah nak mendapatkan bantuan zakat dan baitulmal. Ada di antara mereka menangis, mengeluh, sakit ahti, putus asa dengan lembaga zakat di malaysia. Bagi mereka meminta zakat ialah jalan paling akhir yang akan mereka lakukan sebab layanan yang diterima sangat2 mengalahkan layanan kepada peminta sedekah.

7. Ya, betul neh bukan mewakili semua lembaga zakat di malaysia. Tetapi sayangnya, inilah yang sering dihadapi oleh mereka2 yang meminta bantuan zakat. Selain dari prosuder yang berbelit2 dan kena tunggu, mereka juga marah apabila orang2 yang tidak layak mendapat bantuan zakat.

8. Salah satu contohnya yang berlaku pada sedara jauh aku. Dia ialah ibu tunggal 4 tahun yang lepas. Dia dapat bantuan baitulmal untuk bayar sewa rumah. Anak 3 orang masa tue. Satu bagi orang. Yang lagi 2, satu tak sekolah [kerja], satu lagi tak sekolah sebab diabaikan. Dia telah mendapat bantuan bayaran sewa rumah walhal dia takde apa2 tanggungan sebab dia bukan jaga anak2 sendiri pun. Gaji pun dekat rm2k. Sewa rumah rm200 sebulan. Dia lagi berasal dari keluarga yang kaya raya. Mampos aku kalau dia baca blog aku neh. Sesedap aku jek mengata dia. Sorry na.

9. Yang miskin dan betul2 susah pula tak dapat2. Kenapa ada proses sebegini? Bagaimana orang2 kerajaan buat kerja dan bagaimana pula menteri2 neh pantau kakitangan mereka? Kalau ye pun kakitangan lembaga zakat bersikap pilih kasih, maka bagi lah saluran yang boleh kita komplain terus apa yang berlaku dengan merahsiakan maklumat si pengadu. Dan bersegeralah bertindak ikut maklumat yang didapati. Susah meh?

10. Tapi si jamil khir neh pula, dah lah tak susah, tak miskin dan tah hapa2 tapi boleh plak dapat bantuan dan siap dihalalkan oleh mufti wilayah. Patut meh? Memang larh tak patut. Nak2 bersepah2 lagi umat2 islam yang perlukan bantuan. Ko punya kek dah silap. 

Maksud aku ialah ;

Sebiji kek dibahagi kepada 3 bahagian.

1 bahagian utk umat islam yang memenuhi 8 asnaf.

1 bahagian untuk memperuntukkan kepada umat2 islam yang terdesak ikut musim.

1 bahagian untuk kerja2 dakwah. [jihad fisabillah sepertimana di atas neh]

Maksudnya buat program2 agama ka, menuntut jenayah mualaf ka, okey lah.

Tapi neh masalah peribadi jamil dengan dsai. Apahal masalah peribadi neh pun dikategorikan sebagai jihad? Jihad waklue! Jangan bikin gua menangis sebab ada mufti macam neh please.

11. Jamil khir juga kena menjawab dengan kami neh selaku pembayar2 zakat. Ingat semudah abc kami nak lepaskan jamil khir? Sila jangan bermimpi.

Di harapkan selepas neh mufti jangan lagi sewenang2nya keluarkan statement sebegini. Malu lah oii. Malu. Bab2 politik neh larh time tue mula tayang muka, edar pc dan etc. Tapi bab2 akidah time tue muka ke mana, pc ke mana. Haram nak bercakap membela kesatuan umat islam. Haram.

Tambahan point. Yang aku lupa nak nyatakan semalam. Jika mufti kata tindakan jamil khir neh halal, kenapa jamil khir kelam kabut bayar semula wang yang telah digunakan? Dan yang lebih mensadiskan, dia bayar balik pun guna wang kerajaan. Kenapa?

Ameno : Umno apa pun boleh. Haram pun jadi halal beb.

Anwar sedia maafkan pemfitnah dalam kes liwat II.


Satu tindakan yang baik dari anwar. Kalau aku jangan harap. G mampos lah ko. Sapa nak maafkan ko. Tapi tak sangka pula dsai sudi maafkan orang2 yang fitnah dia macam2. Bukan sekadar fitnah yang cikai2 beb. Neh dah masuk ke tahap yang memalukan yang amat. Itu tak masuk lagi gelaran2 yang super kurang ajar dilemparkan terhadap dia. Memang sohai lah kalau korang tanya aku kan.

Dan baca bawah pula. Statement jeles + cemburu + dengki dari ahmad maslan ;



Aku setuju dengan ahmad maslan bahawa media tidak perlu beria2 pongpang menulis pasal anwar ibrahim. Memang ada banyak lagi isu2 yang lebih penting untuk dibahaskan daripada tumpu pada anwar ibrahim. Tapi harus di ingat media pro kerajaan lah yang asyik pongpang pasal anwar ibrahim. Bukan nya kami pun.

Korang sendiri yang menjadikan batang tubuh anwar ibrahim untuk serang pr daripada tumpu isu2 yang lebih penting. Contohnya isu hutang negara yang berlambak2. Isu penyelewengan2 dana kerajaan. Isu korupsi dan rasuah situ sana sini. Isu napa najib asyik habiskan wang rakyat. Neh lagi satu aku nak tanya betul ke tak betul bila rosmah keluar negara, kedutaan negara [malaysia] di satu2 negara akan melayan dan menanggung seme perbelanjaan rosmah [pembelian hadiah2 mahal] sepanjang keberadaan dia di sana? 

Betul ke rosmah mansur menggunakan peruntukkan untuk kedutaan2 malaysia di luar negara [wang kerajaan] bagi perbelanjaan sendiri dan hadiah2 yang mahal? Memang boleh di claim tapi still guna wang rakyat pun akhirnya kan? Ini satu info yang aku dapat tetapi tidak disertakan dengan bukti. So susah lah kalau setakat nak tuduh2 gini. Tapi aku berminat nak tahu kesahihan cerita neh so aku nak tanya lah. 

Harap2 ahmad maslan dan geng2 umno boleh terus lupakan isu serang dsai kepada isu perkasakan ekonomi negara dan isu2 rakyat. Salah satu contohnya ialah kes di atas neh. Betul ke tak betul rosmah guna wang kerajaan? Tanya dulu. Kalau salah cakap salah, kalau betul minta mengaku dan dibicarakan. Aku tak boleh terima perkara tersebut. Harap faham. Bai.

Ameno : Teringat lawak yang ahmad maslan pernah buat dulu..

Zahid Hamidi tipu ka atau google translate yang menipu?


Lihat atas neh. Ini ialah hasil translation bagi google. Tak kira ko taip pakaian ka baju ka apa ka result dia serupa dan hampir sama di atas neh. So dari mana words

POKE THE EYE datang?

Dari mana? Jelas neh bukan kesalahan yang datang dari google translation. Tapi si zahid hamidi salahkan google. Apahal? Kesian google. Kenapa zahid blame dia. Sabar ek google. Aku akan tuntut keadilan buat ko.

kah kah kah

Woit zahid hamidi,

Dengan bukti yang terang lagi jelas, sesiapa pun boleh check termasuk ko juga, dengan neh aku perintahkan ko explain benda neh detail2. Ko jangan nak pandai2 salahkan google dalam kes neh ek. Google tak keluar pun ayat clothes that poke the eye tue. Kalau google tak keluar dari mana pula ia datang?

Zahid, baik ko explain betul2. Tak rugi apa pun pada ko zahid kalau ko explain. Kami paling2 habis kuat pun suruh ko letak jawatan jek. Sebab ko tak boleh pakai. Simple.

kah kah kah

Ameno : Zahid ditipu, tertipu ke ataupun menipu? Ka.. google dah tukar ayat depa?

Baucar bayaran wang zakat kepada peguam. [Kes Salahguna wang zakat oleh Jamil Khir].


Nah.

Neh gambar yang aku dapat direct dari member facebook aku disini. 

Benda neh dibayar pada bulan 4 tahun lepas. Memang seme tahu bahawa jamil khir guna wang zakat untuk bayar kos khidmat guaman dia. Dah seme orang pun tahu dia dah ganti balik wang tersebut dengan menggunakan wang kerajaan. 

Tapi yang seme orang tak boleh terima ialah ;

1. Kenapa menteri agama sendiri salah guna wang zakat?

2. Kenapa menteri agama lantik peguam luar dan tak guna peguam kerajaan?

3. Kenapa menteri agama tidak mengaku pada awalnya last2 dikantoikan oleh jabatan audit?

4. Kenapa menteri agama tidak dihukum sebagaimana pesalah2 yang lain? Contohnya baru2 ada individu yang didakwa sebab salah guna wang zakat tapi napa menteri agama dilepaskan?

5. Okey, kalaupun [memang] dah diganti wang tersebut, salah ke kenakan tindakan tatatertib atau amaran kepada jamil khir dalam insiden neh? At least bagi lah sebarang dua warning sebab dia neh menteri. Nanti orang tak respect dia lagi. Yang sebenarnya aku rasa orang memang dah tak respect dia langsung dah neh. Kan sendiri yang cari pasal. Tak boleh nak buat apa dah larh.

Lue fikirlah sendiri umno dan jamil khir idea wa neh. Wa tak rugi apa. Rakyat menyampah pada umno adalah bonus pada wa. Sebab wa antara agent2 yang mahukan perubahan suasana politik di malaysia neh. So yang rugi lue. Ada aku kesah?

kah kah kah

Ameno : Makan wang zakat pun boleh..

Jangan pakai baju yang "poke the eye" - Mindef dikutuk kerana bad english oleh The Wall Street Journal!


Kah kah kah

Lawak siot mindef neh.

Ada ke dorang buat lawak sampai memalukan nama malaysia tak pasal2. Sohailiamaseng. Ini larh baru betul2 memalukan nama negara. Bukan student yang berdemo bagai. Bukan jelajah dsai yang menceritakan dia difitnah. Ini yang baru betul memalukan nama negara malaysia. Tak pasal2 satu dunia kutuk malaysia sebab bad english.

Kalau yang bad english tu you and me, takpe. Okey jek. Kita rakyat malaysia beb. Orang pun faham. Dorang takan kecoh bagai pasal benda neh normal bagi mana2 penduduk yang bukan berbahasa english sebagai pertuturan. Bukan nya kita pergi bawa imej bad english tue mewakili malaysia dalam mana2 speech.

Tapi yang neh babitkan laman web kerajaan. Sekaligus bawa nama malaysia. Benda neh melibatkan kementerian yang sepatutnya tidak boleh ada masalah seperti neh. Memang sial gila arh dikutuk dan ditertawakan semata2 kesilapan bebal yang dibuat oleh mindeff neh. Yang lebih sadis si zahid hamidi boleh bagi alasan cikai beb. Korang tahu apa dia cakap? Dia cakap neh google translate punya pasal.

kah kah kah

GOOGLE TRANSLATE?

kah kah kah

Apa nama?

GOOGLE TRANSLATE?

kah kah kah

Woittt jangan buat lawak lah woittt..

Buat tender billion2 boleh. Beli peralatan juta2 boleh. Takan upah sorang dua pakar bahasa english tak boleh? Tak boleh secara tetap lantik aje secara kontrak. Suruh pakar alihbahasa mana2 laman web kerajaan dalam bahasa english yang proper. Ada ka guna google translate. Memang hancor lah jawabnya.

Yang tak boleh blah kan, benda neh masuk media asing beb. Media asing detect benda neh bukan nya rakyat malaysia pun. Lihat bawah neh ;



Memang memalukan siot. Clothes that poke the eye? Poke you lah. Aku ada baca dari blog sahabat bahawa benda neh bawah UKK. UKK = Unit komunikasi korporat. Unit media yang mengawal laman web mindef neh. Kutuk lebih2 pun tak guna gak. Benda dah jadi kan. Harapnya UKK boleh pertimbangkan idea aku tadi.

Tak payah beb guna software moftware bagai neh. Nak2 software percuma macam google translate tue. Lantik je mana2 orang yang mahir bahasa english untuk translate bm ke english. Lagipun benda neh akan sentiasa digunakan. Website akan sentiasa di upgrade. So kepakaran neh akan digunakan lama dan berterusan. So tak rugi apa pun korang lantik pakar bahasa english sorang dua untuk bertugas kendalikan [translate] laman web. Bai.

Sumber : sini dan sini

Ameno : I want to eat peanut ice. You know what i mean, correct? kah3x.

Turun gambar Najib, Imam dipecat!

Peh.

Dasat siot.

Turun potret Najib dalam masjid terus kena pecat wa cakap sama lue. Neh betul2 dasat beb. 

Lihat gambar kat bawah neh ;


Menurut info yang aku dapat mengenai kes neh ialah ;

1. Pada 31 disember 2011 hari tue imam hafiz telah menurunkan potret najib yang berada di dalam masjid [tempat bersolat].

2. Oleh kerana itu imam muda [awal 20an] dipecat dari jawatan imam dengan serta merta.

3. Bekas imam tersebut bertugas di masjid jamek taman perling, Johor.

4. Hujah yang dia gunapakai bagi mempertahankan tindakan dia ialah masjid ialah tempat beribadat bukan tempat untuk berpolitik jesteru tue tak patut potret Najib berada di dalam kawasan masjid. 

5. Selain dari itu, menurut arahan jabatan agama islam johor dan arahan sultan johor, politik tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan masjid, jadi apahal gambar ahli politik terpampang dalam masjid pula neh? Siapa najib? Dia bukan ahli agama [yang arif]. Jauh sekali imam masjid. Tapi apahal gambar dia terpampang dalam masjid? Memuja dia ke apa ka?

6. Selain dari itu, bekas imam masjid turut menyuarakan pandangan hukum mengantung gambar bernyawa dalam masjid. Dah namanya gambar kan? Of course lah gantung di tempat tinggi. Yang aku tahu, kalau gambar2 bernyawa neh digantung dalam rumah ada pendapat yang aku baca ia haram. Ada juga dibolehkan cuma jangan digantung di tempat tinggi. 

7. Namun hujah2 bekas imam terbabit tidak di endahkan oleh ajk2 masjid yang lain. Kebanyakkan ajk2 masjid tue cenderung berpolitik umno. Tak heran. Sebab tue depa gantung gambar najib dalam masjid. Selepas je menyuarakan hujah2, imam terbabit terus dipecat kerana menurunkan gambar najib.

8. Bekas imam terbabit agak tidak berpuas ahti dipecat sebab ada ahli2 jawatankuasa masjid tersebut tidak mengikut jadual bertugas tetapi tiada apa2 tindakan pun sebaliknya dia yang berhujah mengenai gambar najib siap dengan hukum dan dalil terus dipecat serta merta. 

Betul larh beb. Aku sokong tindakan imam neh sebab dia sedang menegakkan dalil2 islam. Bukan dia suka2 pergi rumah orang dan turunkan bendera kat umah orang. Neh masjid beb. Masjid bukan tempat untuk bodek najib. Ahli2 umno tolong larh faham weh.

Kah kah kah

Ameno : Apa pun tak boleh.

Selasa, 10 Januari 2012

Sah ! Yuli telah mengaku diliwat DSAI !

Yar..

Yuli neh gila siot.

Dia betul2 mengaku pernah kena liwat dengan anwar ibrahim beb. Siyes neh. Lihat bawah neh ;



Aku fikir yuri tue account fake. Dah memang terbukti pun account fake. Dorang cakap yang original nya Yuli. Bukan Yuri. Tapi apahal yang original pun mengaku kena liwat gak beb? Takan meroyan plak? Ka yang neh pun fake gak? Kalau fake apasal tadi ada bebudak yang mengaku kenal siapa sebenarnya si yuli neh? Ka account dia dah di hack?

Gila siot. 

Jangan lah yuli. Jangan. Jangan buat lawak boleh tak? Kalau ko merepek lagi rasakan kaki aku di muka kao. Tak larat dah lawan hujah2 porno dan lucah umno neh. Aku fikir elok kita berlawan untuk sesuatu yang boleh meningkatkan taraf kehidupan aku dan ko [kecuali yuli si indonesian neh]. 

Patutlah si yuli neh ingore mesej aku kat dia tadi. Rupanya dia neh betul2 nak mengaku kena liwat. Chishing betul larh permainan politik di malaysia. Ini betul2 pachisowai. Aku tatau lah macam mana dorang nak proceed kes neh tapi aku fikir kalau sungguh2 media massa mainkan isu neh memang keji dowh. 

Jangan korang tatau. Walaupun benda neh nampak macam tak logik, tapi still ada orang2 yang percaya pada bloggers umno dan media arus perdana beb. Aku tak pasti akal dorang kat lutut ke atau kat mana2 ka tapi satu benda yang aku pasti akal dorang memang tak terletak di kepala beb. Siyes.

kah kah kah

Link si yuli meroyan ==> sini

Ameno : Kami benci Yuli Arianto

Saya pun boleh jadi PM - Ibrahim Ali.

Ini video yang korang mesti tonton. Aku boleh kata video neh memang kelakar. Ini bukan video ulangan. Ini ialah pengakuan terbaru Ibrahim Ali yang mengofferkan diri dia pun boleh jadi PM. Dia cakap kerja PM neh sangat senang. Bukan susah mana. Hanya perlu arah2kan orang jek.

Yeke najib? Betul ke apa yang ibrahim ali cakap kan neh? Ko, ada arah2kan dia najib sehingga dia tegar cakap macam tue? Orang kata manusia cenderung cakap apa yang dia alami dan rasa sendiri. So, aku rasa mungkin benar lah kot bahawa ibrahim ali pernah di arah2kan oleh perdana menteri malaysia.

Muahahaha..


Time neh larh lawan tiba2 jadi kawan. Siapa offer jadi presiden perkasa lagi. Hasan Ali mahu mempertahankan akidah umat islam. Ini memang satu usaha yang murni. Tapi biarlah gunakan kaedah yang berkesan. Kaedah yang dirasakan betul oleh hasan ali tidak semestinya berkesan. 

Apatah lagi bergabung dengan umno bagi mempertahankan akidah umat islam. Ini adalah disebabkan umno bukan mahu mempertahankan akidah umat islam, apa yang mereka ingin pertahankan adalah kuasa mereka sahaja. Yang neh Hasan ali kena cepat2 buka mata dan sedar sebelum terlambat.

Yang tak boleh blah tue si ibrahim ali neh siap bagitau perkasa neh semakin ramai ahlinya. Satu hari 200-250 ahli masuk register melalui online. Hehehe. Lucu siot. Tapi yang lebih lucu lagi dia pongpang sembang pasal 901 lagi. Dia cakap orang takan ramai datang. So? Ada kena mengena ka dengan dia orang ramai ka tak ramai?

Janji tak kaco dia kan? Yang penting dia nak berdakwah dan bersolat sunat lepas asar pada hari tersebut kan? So, apahal sibuk sangat dengan apa2 perkembangan demo 901? Last2 dia sendiri tak hadir semalam beb. Dakwah ke mana, solat ke mana, demo lagi larh kemana.

kah kah kah

Video di atas neh adalah bukti paling nyata yang ibrahim ali bukan sahaja ada badan yang besar, cakap dia pun besar. 

kah kah kah

Ameno : Dakwah? My foot!

Hot : Saya pun pernah kena liwat dengan Anwar Ibrahim - Yuri



Siapa yuri?

Yuri ialah mangsa liwat terbaru anwar ibrahim. Yuri telah membuat pengakuan secara terbuka menerusi facebook. Dan pengakuan tersebut kemudiannya telah disebarkan oleh blogger taipingmali untuk siasatan polis.

Ya.

Aku terpaksa cakap benda neh terang-terang2. Sila jangan marah aku kerana bersikap jujur. Bukan niat aku nak menulis secara terbuka disini. Tapi keadaan memaksa aku untuk berterus terang. Jadi, aku minta sangat kepada geng2 umno dan bn agar jangan marah.

Yang sebenarnya, korang punya kebodohan neh ada limit ke takde hah?

kah kah kah

Woittt tolong lah wehh...

Semalam papa gomo kata pakcik umur 50 tahun diliwat dsai empat hari lepas dan akan disiasat tak lama lagi. La neh si yuri indonesia sesat mana pula mengaku diliwat dsai. Woitt selepas neh satu dunia mengaku kena liwat dengan dsai woitt..

kah kah kah

Tak boleh blah lawak neh weh.

Sumber : sini.

Ameno  : Kelako siot..

Muslimah PAS meroyan ka neh?

 

Tak. 

Mana ada.

Takan menaikkan semangat sesama sendiri pun korang jeles?

Takan mengucapkan terima kasih pada polis pun salah?

Takan perlakuan di atas neh boleh mengambarkan betapa buruk dan teruknya akhlak muslimah pas dan pkr?

Apa geng2 bertudung tak boleh menaikkan semangat sesama sendiri kah? Aku tak nampak apa yang jahat sangat perlakuan muslimah2 dalam video di atas neh. Aku tak faham kenapa benda macam neh boleh dijadikan asas utk balon pr. 

Hey, lagi satu memakai tudung adalah berkaitan dengan aurat. Tak kira macam mana perangai ko sekalipun, tudung bukan boleh dijadikan sandaran untuk menetapkan moral dan akhlak ko seperti2 itu or seperti2 neh. Itu sebab kita tengok ramai orang malas pakai tudung sebab dorang fikir tudung untuk orang2 baik je. Walhal tudung ialah aurat. Ko baik ko jahat, tudung tetap wajib [menutup aurat wajib tidak semestinya menggunakan tudung].

Tapi, kalau korang ada pandangan yang lain mohon share disini. Aku, sejujurnya kalau ada disana pun akan berbuat demikian gak. Salah meh ? Aku fikir neh lebih bagos daripada meroyan bergayut kat boifren ataupun buat benda2 yang lebih mengarut dari itu.

So, aku tak nampak atau rasa benda neh salah. Kalau sungguh ada isu yang bagos even termasuk isu peribadi sekalipun, contohnya isu tangkap basah, maka hentam lah pas di situ. Tapi agak2 lah pasal menaikkan semangat sesama sendiri pun nak hentam? Ada ka dorang pergi ganggu orang? Dah sah2 di kawasan dorang, dah sah2 sendiri berkumpul sesama geng2, so dah sah2 dorang akan cakap dan buat apa2 sahaja yang berkaitan.

Still, kalau korang rasa neh salah dan bermasalah, up to you. For me, this is normal. Aku pun selalu buat. Umno mampos? Hari2 beb. Tanyalah family gua. 

kah kah kah

Ameno : Apa pun tak boleh.

Sebab sebenar PAS pecat Hasan Ali.

Salah faham.

Salah persepsi.

Salah tanggapan.

Kita mungkin memandang satu objek yang sama tetapi belum tentu hasil tafsiran kita juga sama. Apa yang berlaku pada hasan ali adalah apa yang dia cari sendiri. Ia bukan begitu mudah bagi pas untuk membuat keputusan seperti neh. Ia juga menguriskan perasaan dan nurani pas. Tetapi hasan ali tidak akan pernah nampak dan tidak akan pernah faham kerana di saat pas mengalirkan airmata dia sedang memalingkan muka nya ke arah lain.

Kasih sayang pas terhadap hasan ali sudah dibuktikan berkali2 sehingga ke hari neh sekalipun meskipun dia bukan lagi ahli pas. Ketegasan TG Hadi Awang mempertahankan jawatan exco hasan ali sebelum2 neh sedikitpun tidak pernah dihiraukan oleh hasan ali. Usah kata minta maaf dan bersimpati, malahan nak berterima kasih sekalipun jauh sekali.

Walaupun sebelum neh hasan ali diberitakan pernah meluahkan perasaan nya okey kerana tidak menjawat semula jawatan pesuruhjaya pas selangor. Baginya ia okey kerana dia sangat sibuk dengan jawatan exco jadi ia satu keputusan yang sangat okey apabila dia tidak perlu lagi memegang jawatan tersebut. Tetapi nampaknya dia tidak okey langsung dengan apa yang berlaku. 

Buktinya dia tidak okey apabila dia menolak sebagai ajk dalam perhubungan negeri parti. Dia juga sangat tidak okey apabila sengaja seringkali tidak hadir dan melayani apa2 hal yang berlaku di selangor. Dia malahan seringkali mengabaikan apa2 perkara yang berlaku di kawasan pengundiaan nya. 

Dia juga banyak kali ponteng mesyuarat parti dan pas selangor. Dia sangat2 tidak okey dengan apa telah yang berlaku dan meluahkan ia dengan cara yang sangat2 tidak rasional. Kemuncak ketidak-okeyan dia menjadi2 apabila nama dia di antara yang gugur sebagai calon pas. 

Sungguhpun aku akui ia salah geng2 penerangan pas yang menghebahkan hasil mesyuarat parti tetapi itu bukan menjadi asas dan sebab untuk hasan ali melanggar jemaah sendiri. Juga ia bukan alasan yang sesuai untuk hasan ali menyokong apa2 yang pas tidak sokong.

Marah kerana tidak dikekalkan hal yang lain. Marah sehingga melepaskan kemarahan terhadap orang lain pula ia adalah hal yang lain. Dan yang paling teruk, marah atas sebab sendiri yang menolak [meminta agar tidak dikekalkan] jawatan tersebut dan akhirnya marah apabila ia benar2 menjadi realiti. Ia bukan menjadi tanggungjawab pas dalam memahami sindiran disini hasan ali. Bukan.

Dulu, aku telah cuba sedaya upaya memandang positif setiap tindak tanduk yang dizahirkan oleh hasan ali selama neh. Sebab tue aku berikan respon2 positif terhadap hasan ali walaupun ada juga yang melabelkan aku barua hasan ali.

Yang sebenarnya, dulu, aku mencari jalan damai antara pas dan hasan ali. Aku suka andai pas dan hasan ali boleh duduk seperti dulu kembali. Malahan aku percaya ramai juga yang akan suka. Walaupun dilihat komen2 anti hasan ali lebih banyak terzahir tetapi itu bukan pula mewakili suara majoriti. Malahan mereka belum tentu ahli2 pas pun.

Ahli2 pas walaupun terguris dengan tindakan hasan ali tetapi mereka bukan begitu kejam. Mereka juga tahu menjaga ahti dan perasaan orang lain. Daripada berpecah, mereka lebih suka kepada penyatuan sesama jemaah. Ini pasal, hasan ali boleh bertahan sehingga ahad lepas. Dia boleh bertahan kerana kesabaran dan kepercayaan ahli2 pas terhadap dia yang cuba sedaya upaya memahami kehendak diri dia. 

Tetapi dalam pas bukan hanya ada dia sahaja. Di dalam pas ada banyak ahli2 yang lain. Jika  sebahagian ahli boleh memahami, bagaimana pula dengan ahli2 yang tidak boleh memahami? Bagaimana pula dengan ahli2 yang membandingkan khalid samad dihukum tetapi hasan ali dibiarkan? Bagaimana pula dengan pandangan ahli terhadap intergriti TG Hadi Awang? Itupun takpe lagi. Takpe lagi kalau kepercayaan ahli2 pas akhirnya dibalas dengan respon yang positif oleh hasan ali.

Tetapi apa yang dia buat? Apa yang dia buat ialah mencampakkan kepercayaan ahli dan jemaah bagai kain buruk yang sudah rosak dan kotor. Selepas itu dia mencanang keburukkan dan kehinaan pas di semerata media arus perdana. Itupun dia sanggup berpadu dengan Ibrahim Ali. Time neh lah segala2 yang buruk dan jahat pasal pas muncul di hadapan hasan ali.

Berbeza dengan dia, pas tidak menjadikan hutang dia sebagai isu untuk menyerang balas semula. Pas juga malas melayan isu remeh temeh konon nya dia dibayar oleh umno dan sebagainya sebab ia belum lagi terbukti setakat hari neh. Ini disebabkan pas memahami secara jelas apa itu masalah peribadi, masalah persepsi dan masalah yang melibatkan jemaah.

Ia mungkin dilakukan oleh orang lain yang berparti politikkan lain, tetapi ia bukan datang dari pas walaupun sebenarnya pas boleh menyerang dia. Lebih dari neh, pas juga menyimpan pelbagai masalah2 yang melibatkan diri dia. Bukan menjadi budaya pas menyerang peribadi orang lain. Ia mungkin menjadi budaya parti orang lain tetapi parti pas mempunyai prinsip dan peraturan yang perlu di ikuti. 

Peraturan neh yang gagal difahami oleh hasan ali. Jika ia tidak difahami oleh dap dan pkr, bukan menjadi masalah besar sebab mereka hanya jv dalam pakatan rakyat bukan berada dalam tubuh badan pas. Tetapi hasan ali berada dalam tubuh badan pas, maka apabila dia tidak memahami peraturan di dalam pas sesungguhnya ia adalah kerumitan yang sangat besar. 

Yang neh hasan ali bukan tak nampak dan faham. Dia nampak dan faham tetapi dia memilih untuk mengalihkan kesalahan dia kepada orang lain. Dia menyalahkan dsai berhubung isu pemecatan neh. Walaupun dalam reaksi awalnya, dia menyalahkan kepimpinan tetapi setelah anwar ibrahim keluarkan kenyataan "eloklah hasan ali dipecat" nada dia berubah dan terus menyalahkan dsai dalam isu neh. Sejujurnya pandangan aku dsai tidak perlu menyemak dalam isu neh sebab neh bukan isu dia. Kalaupun dia disuruh berikan respon, tolonglah bagi ayat yang lebih proper sket.

Itu sebab ketika azmin ali menghentam dia, pas pertahankan dia sehingga ke saat akhir. Ini dibuat kerana pas benar2 menjaga setiap wakil2 rakyat mereka tanpa bias walaupun wakil itu hari2 balon pas melalui media arus perdana. 

Mungkin juga disebabkan itu, kenyataan anwar ibrahim berhubung pemecatan hasan ali pun tidak dipromosikan oleh harakah secara beria2 sebab jauh di sudut ahti harakah, hasan ali neh pernah menjadi sebahagian dari pas, menghentam dia sedikit sebanyak, ia tetap menguriskan jemaah pas. 

Perasaan neh tidak sama seperti hasan ali berada dalam pas. Ketika dia dalam pas, menghentam hasan ali ibarat adik beradik yang bergaduh. Tetapi menghentam hasan ali yang di luar pas, ia ibarat kawan rapat yang bertukar menjadi musuh secara tiba2. Jadi, pas telah mengambil pendekatan bersabar dan tenang dalam membidas hasan ali yang kini hari2 muncul di tv untuk hentam balas pas berhubung isu pemecatannya sebagai ahli pas.

Bukan hasan ali tidak tahu dia ada 28 hari [kiraan hari neh, sebenarnya ada 30 hari untuk merayu bermula ahad lepas] untuk merayu andai dia menentang keras hukuman neh.  Bukan pula pas terlalu kejam menghukum dia melulu tanpa berkompromi. Bukan sekali dua peluang diberikan kepada dia untuk berhujah, berbincang dan berbaik2. Malahan seluruh jentera pas berpadu semata2 mahu mengembalikan dia semula kepada jemaah.

Oleh kerana itu, dia merasakan diri dia penting sangat. Sehingga tgna berhajat nak buat kenduri kesyukuran selepas perjumpaan dia dengan pemimpin pas pusat. Tapi apa yang dia balas? Keesokkan hari nya dia menyerang pas semula. Kalaupun dia marah sangat dengan geng2 harakah apakah sudah tiada lagi jalan yang lebih baik daripada menelefon wartawan utusan?

Kesabaran pas dengan hasan ali bukan di peringkat yang cikai2. Ia dah masuk ke peringkat yang paling sabar. Contohnya, apabila harakah menyerang dia dan ustaz nasha, harakah yang dibidas bukan hasan ali dan ustaz nasha meskipun ahli2 pas kecik ahti dan jauh ahti dengan tindakan mereka berdua menggunakan media kerajaan untuk menyerang kepimpinan pas.
 

Jika sekali dua mereka menyerang pas gunakan jentera kerajaan, mungkin ahli2 pas boleh lupakan kes neh. Tetapi jika ia dibuat selang sehari mana2 ahli pas pun walaupun tak ingin tetap akan berprasangka buruk terhadap mereka dua. Andai harakah tak sudi sangat nak laporkan isi ahti hasan ali hubungi sahaja malaysiakini dan malaysia insider. Media2 neh laporkan isu dari kedua2 belah pihak. Apa yang susah sangat pada hasan ali?

Perlu sangat ke kenyataan dia disiarkan di media rasmi umno? Kalau ia disasarkan pada pemimpin pas, malaysiakini dan malaysia insider lebih dari mencukupi sebenarnya. Pemimpin2 pas pasti akan membaca luahan hasan ali neh. 

Melainkan sasaran hasan ali bukan lah pada pemimpin pas sebaliknya adalah rakyat2 malaysia yang bercenderungan politik umno. Jika mereka2 neh membaca luahan hasan ali, sudah tentu imej pemimpin pas yang menjadi pertikaian disini disebabkan hasan ali adalah sebahagian dari pas dan yang lebih penting sebahagian daripada pemimpin pakatan rakyat selangor!

Setelah memikirkan dan mengambilkira semua langkah, jalan damai dan bertolenrasi dengan hasan ali, maka akhirnya pas terpaksa mengambil keputusan memecat hasan ali dari pas. Ia bukan salah pas dari mula. Pas kekal menyayangi hasan ali. Yang tak sayangkan pas, kini adalah hasan ali. Apa lagi daya pas nak memaksa hasan ali bersama pas dan menurut semua kehendak pas andai hasan ali tidak sudi lagi berbuat demikian?

Ia seperti perhubungan suami isteri. Apabila isteri mula meninggi suara, malas memasak dan sering mengabaikan kehendak suami, mungkin suami boleh mengambil pendekatan memujuk dan bersabar. Memahami dan bertolenrasi. Tetapi puncak sabar itu mesti ada batasnya. Bagaimana seorang suami boleh kekal bersabar andai isteri dia curang dengan lelaki lain? Jalan yang lebih baik pada saat itu ialah bercerai. Walaupun rasa berat ahti tetapi sang isteri yang cari pasal.

Jasa sang isteri melahirkan anak akan kekal sampai bila2.  Tetapi kelakuan sang isteri yang curang juga akan  kekal dalam ingatan sampai bila2. Yang neh hasan ali kena belajar faham. Kalau apa yang pas pusat fahami ini adalah salah, maka bersegera lah buat rayuan dan muhasabah diri semula. 

Kalau rasa sendiri tetap betul, maka terima sahaja perpisahan neh dengan ahti yang lebih terbuka. Hasan ali tak perlukan pas untuk berjuang pasal islam pun. Walau di mana jua hasan ali berada dan memperjuangkan islam pada saat apa pun, pas akan kekal menyokong tindakan hasan ali asalkan ia bukanlah wayang. 

Ingatlah hasan ali, bukan pas yang meninggal kamu. Kamu sendiri yang meninggalkan pas. Berbeza pandangan ? Aku juga selalu dengan pas dengan pakatan rakyat.  Tetapi, beza sehingga tidak boleh nampak yang mana satu benar dan salah, itu bukan lagi beza pandangan. Itu maksudnya kita sudah tidak lagi sehaluan dan sejalan. Tidak lagi sepandang dan sematlamat. Tidak lagi serumah dan seazam. Tidak lagi.
Ameno : Ego jangan sampai bunuh perjuangan asal.

Isnin, 9 Januari 2012

Saiful cadang bawa kes liwat II ke mahkamah rayuan.





Ini pengakuan oleh saiful sendiri beb. Aku fikir dia dah surrender dengan fitnah. Rupanya tetap berdegil gak. Hampeh. 


Lihat bawah neh ;

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti semua sedia maklum, keputusan pada hari ini tidak memihak pada saya.

Namun, saya redha dan menghormati keputusan ini. Saya menerimanya dengan hati yang tenang. 

Walaubagaimanapun, aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28hb Jun 2008 mempuyai Hak untuk di adili hingga ke peringkat Mahkamah atasan. Oleh itu, Saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwaraya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.

Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak, yang saya ketahui atau  yang tidak saya ketahui yang menyokong dan mendoakan saya selama ini.

Saya akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali saya akan mengalah.

Jika tidak dunia, di Masyar PASTI.
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), 
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, 
dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

Kepada Allah saya berserah.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN

Saiful,

Aku rasa aku dah nasihatkan ko untuk masuk je raja lawak tadi kan? Please saiful. Pertimbangkan idea aku neh. Tempat yang paling sesuai untuk buat lawak ialah di gelangang raja lawak, bukan di mahkamah. Ko dah salah faham neh.

Harap pertimbangankan nasihat aku yer saiful. Tenkiu.

Sumber : blog sba

Ameno : Dia dah bengang lew tew..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...