Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Januari 2012

Saiful cadang bawa kes liwat II ke mahkamah rayuan.





Ini pengakuan oleh saiful sendiri beb. Aku fikir dia dah surrender dengan fitnah. Rupanya tetap berdegil gak. Hampeh. 


Lihat bawah neh ;

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti semua sedia maklum, keputusan pada hari ini tidak memihak pada saya.

Namun, saya redha dan menghormati keputusan ini. Saya menerimanya dengan hati yang tenang. 

Walaubagaimanapun, aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28hb Jun 2008 mempuyai Hak untuk di adili hingga ke peringkat Mahkamah atasan. Oleh itu, Saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwaraya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.

Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak, yang saya ketahui atau  yang tidak saya ketahui yang menyokong dan mendoakan saya selama ini.

Saya akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali saya akan mengalah.

Jika tidak dunia, di Masyar PASTI.
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), 
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, 
dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

Kepada Allah saya berserah.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN

Saiful,

Aku rasa aku dah nasihatkan ko untuk masuk je raja lawak tadi kan? Please saiful. Pertimbangkan idea aku neh. Tempat yang paling sesuai untuk buat lawak ialah di gelangang raja lawak, bukan di mahkamah. Ko dah salah faham neh.

Harap pertimbangankan nasihat aku yer saiful. Tenkiu.

Sumber : blog sba

Ameno : Dia dah bengang lew tew..

50 penyokong Saiful kena halau dengan pendemo 901.

Padan muka.

Nak cakap apa lagi? Sendiri yang cari pasal beb. Sendiri lah tanggung. Dah lue sendiri yang pesan no banner. No provokasi. No kaco maco. Dan must follow police rules. Tapi lue sendiri yang langgar arahan polis. Lue siap print banner mahal2. Lue siap masuk perkarangan mahkamah lagi. Walhal tempat lue adalah di dalam masjid. Lue kan nak berdakwah? 

Lue tengok sendiri apa benda yang ketua lue bebelkan di bawah neh wahai geng2 perkasa + pekida + permas oiiii..


 

Wa ka yang meroyan kat atas tue? Wa ka yang pergi sound orang kat atas tue? Aniya. Bukan. Korang lah yang meroyan kat dalam video neh. Korang lah yang pergi sound orang jangan kaco2. Korang gak yang melalak nak berdakwah bagai. So dakwah je lah. Apahal korang ganggu majlis orang lain bila tiba hari yang dimaksudkan?

So, bila kena halau, salahkan diri sendiri. Tempat korang pada hari neh sepatutnya di masjid dan sedang berdakwah. Tempat 901 pula adalah tepat merujuk kepada peraturan polis. Yang langgar peraturan tue korang. So? Padan muka je larh. Simple.

Kalau ikut video polis pun, haram polis nak rakam perlakuan geng2 korang kan? Tatau lah video lepas neh. Tapi sehingga jam 1.00 tengahari tadi polis cuma rakam dan sebarkan geng2 901 jek. Kata polis, 901 langgar peraturan sebab bawa banner. Banner apa benda? Tulis kat kertas keras pun boleh di anggap banner meh? Lantak lue lah polis. Wa malas layan. Lue sendiri yang nak orang gelakkan lue. Apa daya wa nak halang2 pula.

kah kah kah 

Lihat video bawah neh beb. Rakaman oleh Malaysiakini ;

 

Wa terpaksa tabik penyokong2 PR yang berada di barisan hadapan untuk mengawal sikap peserta2 demo 901. Dorang punya kesabaran dan displin sangat tinggi. Budak yang pakai spek tue yang wa paling respect. Kalau wa yang dapat banner tue, wa bakar beb. Bakar. Mana lak nak pulang balik. Ada aku kesah?

Tapi tindakan mereka2 neh harus dipuji sebab fikir guna akal. Bagus dan tahniah di ucapkan sebab berjaya berdemo dengan aman. Tapi wa percaya selepas neh isu bom mengebom neh akan dijadikan jabatan untuk mengutuk 901. Dan wa juga percaya penyokong2 saiful neh akan mengadu konon di provoke dengan 901.

Walhal sendiri yang cari pasal. Siap berbaju dan berbanner lagi. Kena sponsor ke apa?

kah kah kah

Ameno : Laaa.. ibrahim ali tak mai ka? Ketua2 pekida dan permas tak mai ka? Kata nak berdakwah beb. kahkahkah

Nasihat untuk Ibrahim Ali dan Saiful Bukhari Azlan.



Sian aku tengok si ibrahim ali neh. Dia pula beria2 meroyan dalam kes liwat II neh. Dia pernah kena liwat ke apa? Meroyan semacam jek. Apahal?

Cuba baca statement dia kat bawah neh ;

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA berkata, walaupun Mahkamah Tinggi memutuskan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, "proses keadilan belum selesai" sekiranya pendakwaan mahu merayu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, masih terdapat proses lain melibatkan Mahkamah Rayuan yang mempunyai tiga hakim dan Mahkamah Persekutuan dengan tiga hingga tujuh hakim.

"Jadi segala gala nya belum muktamad," kata anggota parlimen Pasir Mas itu.-mkini-

Tak silap aku si ibrahim ali neh patut hadir ke masjid wilayah untuk melakukan kerja2 dakwah dan qiamullai kan? Bukan kah korang sendiri yang bagi warning jangan campur urusan korang? Benda dah booking siap2 kan? So.. apahal pula korang seme boleh menyemak keluar news bagi statement isu liwat neh pula?

Apahal tak promote gambar2 time korang sedang berqiamullai dan berdakwah? Takan takde gambar langsung? Korang kan kaki gila glamer. Gambar mesti mao ada ma. Mustahil dowh. 

kah kah kah

Yang sebenarnya ibrahim ali, aku nak sampaikan isi ahti kebanyakkan rakyat malaysia terhadap ko. Ini juga mewakili isi ahti aku. Siyes neh. Tolong lah ibrahim.. tolong lah masuk rajalawak. Please. Musim baru dah nak start neh whor.

Janganlah sesiakan bakat ko. Jangan. Bakat ko harus diadili dengan menggunakan medium yang tepat. Itu sebab aku cadangkan ko masuk rajalawak. Ko jangan pernah bimbang. Aku faham kenervousan ko kena bertanding sorang2 atas pentas. Itu sebab aku dah plan siap2.  Aku dah fikir masak2 siapakah orang yang sesuai jadi patner ko. 

Lihat bawah neh ;


Ya, inilah orang nya. Nama dia saiful bukhari azlan. Dia pandai berlakon. Salah satu lakonan terbaik dia ialah berlakon jadi budak baik. Tak percaya ko tanya lah papa gomo. Ko tanya apa benda yang dia mesej papa gomo pasal gambar2 dia di internet tue. 

kah kah kah

Setelah meneliti bakat terpendam yang ada pada saiful neh larh aku boleh nampak betapa cerahnya masa depan korang berdua kalau masuk raja lawak. Kalau boleh lakonkan sahaja skrip liwat neh di atas pentas.

Nak2 babak yang minum kopi dan makan karipap selepas di liwat. Babak spender tertinggal di rumah tunang pun okey. Tapi babak yang paling best sekali ialah sendiri pergi toilet dan tukar baju kepada tuala untuk diliwat secara paksa. Yang neh aku percaya mampu mengundang hilai tawa pekak pekik penonton di studio kalau dilakon semula.

Tapi aku minta jangan lupakan tanda hitam di dahi tue time berlakon. Bagi aku props memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan watak. Sebab tue aku suka andai saiful boleh bubuh tanda hitam di dahi tue ketika dia bertanding raja lawak. 

Dan lebih manis kalau ada skrip hari neh kena liwat, petang resign via email, pagi esok kerja macam biasa dan lusa pergi report polis selepas tak mandi dua hari untuk simpan bukti sambil hadir ke mahkamah pakai seluar pemberian [hadiah] daripada anwar ibrahim. 

Siyes neh. Harap sangat saiful dan ibrahim ali boleh pertimbangkan nasihat aku neh. Aku tiada apa2 kepentingan disini. Aku ikhlas mahu melihat masa depan yang cerah buat korang berdua. Siyes. Tengok muka aku betul2. Ada nampak macam aku menipu ka?

kah kah kah

P/s : Member tangkap gambar neh whoo.. 

Lagi gambar? Sini.

Ameno : Papa gomo meroyan beb.

Selepas DSAI dibebaskan : 3 bom, 3 letupan, 2 mangsa!

Terkini.

Menurut sumber rakan2 dari twitter menyatakan selepas sahaja keputusan kes mahkamah dibacakan dan dsai dibebaskan dari pertuduhan meliwat saiful bukhari azlan, sehingga kini terdapat 3 siri bom buatan tangan meletup di kawasan berhampiran.

Bom2 terbabit dipercayai diletakkan di bawah kon dan di dalam motor. Kalau ikut akal logik, kon2 neh polis yang letak. Dalam keadaan seme pendemo 901 kelam kabut untuk berdemo, mana depa ada masa nak pergi letak bom sana sini. Lagipun polis berkawal sepanjang masa. Ini bermakna polis akan perhatikan pendemo 901 tanpa kerdip mata. Tapi geng2 sebelah sana yang konon nya mai untuk berdakwah sudah semestinya bukanlah sangat diperhatikan oleh polis kan?

kah kah kah

Tapi still aku takmo tuduh2 sebab takde bukti kukuh yang boleh mengesahkan bahawa neh ialah perbuatan provokasi daripada kumpulan sebelah sana. Tapi kemon larh.. sapa lagi nak buat benda begini kan? Lue fikirlah sendiri.

Mangsa setakat neh yang cedera ialah 2 orang. Kedua2nya lelaki. Salah seorang yang tercedera neh dikenali sebagai Zuhairi Mansor, ahli AMK Parlimen PJS. Dia sedang dirawat di hospital sebagai pesakit luar. Sebuah kereta kancil juga rosak [kemek] akibat terkena bom buatan tangan. Pemilik kereta kancil tersebut dipercayai salah seorang ahli pkr dari pahang. Manakala kereta elizabeth wong pula dilaporkan okey cuma bahagian depan ada kesan rosak sedikit. 

Menurut infomer dari twitter, salah seorang mangsa neh terkena bom akibat terlanggar kon yang diletakkan bom di bawahnya. Aku akan betulkan apa2 yang salah di dalam posting neh selepas neh kalau ada yang salah. Info2 neh belum keluar dalam berita lagi. Sebab neh ialah info2 yang dapat menerusi fb dan twitter rakan2 yang berada di lokasi kejadian.

Apa pun, kita harap no bom2 lagi lepas neh. Please lah weh. Matang sket. Dan polis, please siasat sapa punya angkara neh. Aku tak kisah sapa pun yang buat yang penting hukum mesti hukum. Suka2 jek nak main2 bom.

Dan, info untuk sebaran, sesiapa yang nak join konvoi dsai ke seberang jaya boleh ramai2 gather di restoran jejantas sungai buluh. Konvoi akan bergerak jam 1 tengahari neh. 

Ameno : Ada nampak Ibrahim Ali qiamulai ka geng?

901 : Dsai bebas, Kereta Elizabeth Wong di Bom! -UPDATED!


Updated : Okey, kat atas neh gambar di lokasi kejadian. Gambar neh oleh wartawan metro. Bom tangan buatan sendiri neh telah mencederakan seorang mangsa. Sapa yang gila babi main bom pagi2 neh. Memang sohai siot.



Dasar penyokong yang tak boleh terima hakikat kebenaran.

Kalah dan menang pun biarlah bermaruah beb. Agak2lah nak bom kereta orang pun. Kalau dah kalah tue terima je lah. Kalau tak boleh terima pergi bunuh diri. Simple maaa..

kah kah kah

Satu kejadian yang tidak diingini berlaku di perkarangan mahkamah apabila kereta Exco Selangor Elizebeth Wong dan sebuah kereta kancil dibom. Kereta Elizeberth hanya rosak di bahagian bumper bawah dan serpihannya mercik sejauh beberapa meter, demikian menurut saksi mata. Katanya bom itu diletak di bawah kon manakala kereta berkenaan diparking di luar perkarangan mahkamah.

Kejadian ini menandakan bahawa dalam himpunan itu ada anasir jahat yang cuba mengeruhkan suasana. Polis perlu menyiasat ke akar umbi dan mengejar anasir jahat ini hingga ke lubang cacing.

Kejadian ini mustahil dilakukan oleh penyokong Anwar apa lagi penyokong Hasan Akidah. Kejadian itu menyebabkan orang boleh mengagak ia ada kaitan dengan kumpulan pelampau Melayu yang kecewa dengan keputusan hakim membebaskan Anwar sekejap tadi. - sumber MSO

wOItt utusan,

Sekarang sapa yang main bom2 neh? 901 ka puak2 hang? Kemana tumpahnya ilmu mengebom orang, kalau bukan kepada penyokong sendiri.

kah kah kah

Jangan marah arh.. 

Ameno : Tension lew tew.

[GAMBAR DAN VIDEO] Anwar bebas dan dilepaskan. - UPDATED!



Keputusan mahkamah dsai yang diperolehi menerusi twitter menyatakan bahawa ;

1. Anwar ibrahim dilepaskan daripada tuduhan fitnah liwat II

2. Anwar dilepaskan sebab dia didapati tidak bersabit kesalahan dalam kes liwat sba.

3. Secara automatik DSAI dibebaskan daripada sebarang hukuman.

4. Punca Anwar Ibrahim dibebaskan daripada kes adalah disebabkan bukti dna dan pengakuan lisan yang menuduh [sba] tidak cukup kuat untuk menyabitkan dsai dengan kesalahan liwat.


5. Hakim tidak memberikan penghakiman lengkap dalam kes neh. Sebaliknya dia hanya bacakan keputusan pendek yang kurang dari 10 minit berserta dengan keputusan dan kesimpulan kes.

6. Untuk rekod, SBA boleh merayu semula dalam kes neh.

Dari awal lagi benda neh bukan boleh dijadikan kes mahkamah pun. So tak payah lah nak mencanang bagai konon nya mahkamah adil dan sebagainya. Walhal kalau mahkamah adil dan telus, kes neh tak sepatutnya dibicarakan langsung. BN sendiri pun tersepit buat keputusan neh. Mengikut pandangan pakar politik, jika dsai dibebaskan dari pertuduhan, BN akan perolehi sedikit kelebihan berbanding jika DSAI berada di dalam penjara.

Ini bermaksud, BN takan buat satu2 hal jika kelebihan tidak berpihak kepada mereka. Sudah tentu mereka ada plan yang lain. Tapi yang pasti penyokong2 bn tidak lagi boleh suka2 gelar dsai dengan macam2 gelaran yang jijik sebab dsai dah dibebaskan daripada pertuduhan kes liwat II.


Antara gambar2 yang di ambil oleh rakan2 fb ketika berlangsungnya demo 901 ;









Aku paling suka gambar akhir neh. Dapat dari wall sepupu aku. Hheheh. Ramai siot. Sehingga jam 9.15 pagi tadi, polis menjangkakan kehadiran penyokong dsai ialah 5,135 orang. Jumlah neh semakin meningkat ketika keputusan sedang dibacakan oleh hakim ketika itu.


Lihat pula video2 bawah neh ;




Ini ialah video ucapan yang dirakam oleh polis. Ia disebarkan di youtube oleh PDRM sebagai bukti 901 melanggar arahan polis. Hahaha..

Lihat bawah neh lagi ;



Neh ialah video rakaman dari pihak polis. Ia akan dijadikan bukti bahawa pendemo 901 melanggar arahan polis. Adoii. Nak tergelak aku dengan PDRM neh. Benda kecil2 macam neh toksah lah heboh bagai. Lainlah kalau depa jahanamkan harta awam. Ini hal kecik jek incik polis. Takan polis nak gunakan video neh sebagai bukti penyokong 901 lakukan provokasi? Ko tak mungkin sebingai neh kan polis? Please.

kah kah kah

Lihat bawah neh pula ;


Peserta demo dari kumpulan sebelah sana. Gambar neh polis yang amek dan upload. Menurut polis, gambar neh di ambil berhadapan masjid wilayah. Menurut apa yang aku fahamkan ialah pekida + permas + perkasa = ada program dakwah sampai 11 pagi.

So, adakah berdiri dengan memegang banner neh sebahagian dari program dakwah korang? Tolong jangan bikin malu weh. Buat lawak siot korang neh. Dan yang paling tak boleh blah sekali bila si ibrahim ali cakap ;

1. 300 ahli perkasa akan bantu polis mengawal 901. Walhal yang hadir 100 orang pun tak lepas selepas digabungkan ketiga2 pertubuhan pekida + permas + perkasa.

2. Solat sunat selepas asar. Boleh meh? Ada yang cakap haram. Ada pendapat yang mengatakan "Sangat tidak boleh".. tapi ibrahim ali ajak reramai solat sunat selepas asar. Siapa imam dia beb?

kah kah kah

3. Yang paling sadis, dari malam tadi sehinggalah waktu subuh, usah kata qiamullai, batang hidung orang yang bagi warning dalam video pun takdak. [Rujuk sini]. Apa citer neh? Program dakwah dah dibatalkan ke apa?

kah kah kah

4. Dan orang2 yang bagi warning jangan jejak masjid wilayah sendiri tak nampak jejak. Sebaliknya dorang sendiri siap menjejak ke mahkamah dengan membawa bendera2 dan banner2 bengap terpacak macam orang bangang. Sesia je gambar dorang ditangkap dan disebarkan di internet. Tak malu meh? Adoiii. Jadi orang biar ada maruah sket bhai. Lue patut lari dan menyorok pada saat bilangan lue orang sedikit. Ini membuktikan bahawa perjuangan lue tidak disokong. Watpe lue malukan diri lue sampai sebegitu. Kot ye pun tak kesiankan diri lue, fikir sikit perasaan ahli keluarga lue. Kenapa malukan dorang sekali?

kah kah kah

Lihat bawah neh pula ;


Polis juga tangkap dan sebarkan gambar neh di internet sebagai bukti 901 membawa kanak2 berdemo. Menurut polis, perkara neh salah. Aku no komen dalam isu neh.  Aku fikir ada pro dan contra dalam isu neh. Aku tatau nak cakap apa. Tapi kepada mak dan bapa budak terbabit, bersiap sedia lah bila gambar neh dimainkan di blogs2 kerajaan kelak. Sabar banyak2 ye.

Apa pun sejujurnya keputusan mahkamah hari neh adalah sesuatu yang mengembirakan. Ini disebabkan sepanjang 2 tahun lebih kita dah berhujah dengan pihak lawan bahawa kes neh ialah konspirasi fitnah semata2 dan akhirnya ia telah terbukti pada hari neh. Sungguhpun hakim tidak menyatakan bahawa ia adalah konspirasi fitnah tetapi bila hakim sendiri meragui bukti dna dan kenyataan saksi [sba] ini automatik dah membuktikan bahawa kes neh sememangnya kes fitnah. 

Entry neh telah di update.

Ameno : Bagus.. kbsb memang patut membenci saiful si kaki fitnah.. akhirnya kini terbukti sudah.

Sabtu, 7 Januari 2012

Amaran keras dari Pekida untuk 901! [Video must watch].

Kah kah kah

Aku dah takut gile neh weh.. siyes beb. Betul2 punya cakap neh. Lepas dengar warning neh semakin galak aku gelak bukti betapa takutnyeeeeee aku dengan amaran tersebut.

kah kah kah

Lihat bawah neh beb ;


Terkejut dengan himpunan korang yang ramai dalam masjid?

Program di rancang awal?

Takde kena mengena dengan 901?

Jangan gunakan masjid?

Ceh. Tak silap wa, lue yang gunakan mesej tue dan buat2 berlakon untuk berdakwah bagai. Lagi mao tuduh orang amek kesempatan? Ganggu program lue? Chishing lah lei. Patchisowai.

Neh sapa yang ganggu sapa sebenarnya? Sapa yang amek kesempatan atas sapa sebenarnya?

kah kah kah

Dorang neh memang pelawak larh. Soh masuk raja lawak takmao.. 

Ameno : Beria2 cakap program dakwah.. ada aku kesah?

Demonstrasi "Kempen Bebaskan Anwar 901" Adalah Haram Bahkan SESAT

 

Aku belum lagi tengok video di atas neh. So, aku belum boleh lagi nak memahami kenapa ustaz kata ia haram. Aku pun takmo bidas apa2 sehingga menonton dulu video neh. Aku cadangkan kita tengok ramai2 dan mengulas selepas neh.

Tapi, tolong ye, kalaupun nak mengulas jangan gunakan bahasa2 kasar dan kesat pada ustaz neh. Beza pendapat itu normal. Apa pun dia masih orang yang arif dalam ilmu agama. Walaupun dia mengamalkan ilmu2 yang terpilih tapi still itu bukan alasan kita ada hak nak maki bagai kat dia.

Bagi aku, ustaz neh patut focus pada benda2 yang lebih penting dari 901 neh. Contohnya majalah mangga playboy seksi lucah yang diterbitkan umno utusan dan dijual pula kepada orang islam. Yang itu lebih jelas haramnya. Berbanding yang neh.

Ameno : Apa pun tak boleh.

Surat pekeliling menghalang pelajar dari terlibat dalam sebarang perhimpunan haram.


Ada dia tulis pasal 901?

Takde kan?

kah kah kah

901 dah dapat permit tidak langsung [jaminan mulut] daripada pihak polis, neh membuktikan bahawa 901 bukan lagi termaktub sebagai perhimpunan haram. Segala bagai report polis adalah sesia sahaja. Padan muka korang2 yang report polis. Sekali polis bagi 901 berhimpun. Padan muka woit.

kah kah kah

So, kekawan dari universiti, kalau korang bakal hadir untuk lusa sok2 dan pihak U nak kenakan tindakan ke atas korang sebab hadir 901, maka sila gunakan surat neh sebagai hujah. Ingat, depa cuma sebut pasal perhimpunan haram. 901 bukan perhimpunan haram sebab ia dah diluluskan oleh polis. So, tang mana satu ianya salah merujuk kepada undang2. Betul?

kah kah kah

Ameno : Utusan dan tv3 masih sebut 901 = perhimpunan walhal polis dah bagi permit.. sengkek takley terima hakikat.

Punca sebenar UMNO mengamuk isu roboh Surau Salihiyyah.





Bukan! Bukan! Bukan....bukan pasal surau, bukan pasal tanah wakaf, bukan pasal solat jemaah, pasal imarah, pasal Islam, pasal gereja, pasal apa pun bukan! Ia adalah pasal mazhab ciptaan ciptaan UMNO yang tertanam di benak mereka - hanya UMNO/BN sahaja boleh memerintah kerana hanya UMNO mampu membawa pem-bangunan!

Politik pem-bangunan adalah fahaman bahawa kejayaan sebuah kerajaan pemerintah ialah membangunkan bangunan besar- besar, tinggi-tinggi, panjang-panjang...hingga tiada bangunan di dunia ini boleh menandinginya. Kemajuan negara diukur dengan jumlah dan saiz bangunan. Kalau ada bangunan itu semua, berjayalah kerajaan, majulah negara, majulah rakyat, membangunlah masyarakat. Ini mazhab UMNO sejak Merdeka lagi. Tak percaya tunggu musim kempen pilihanraya PRU13 nanti, apa PM dan menteri-menteri nak syarahkan di TV dan akhbar.


Plaza Tengku Yaakob selama 33 tahun adalah lambang kegagalan politik pem-bangunan UMNO di Kedah. Ia semak, menyakitkan mata, sarang penagih dan bagai habuk dalam kelopak mata penganut mazhab ini. Selama beberapa dekad, bertukar menteri besar dan exco, ia gagal diselesaikan.


Kejayaan Kerajaan Negeri sekarang melalui PKNK menyelesaikan lambang kegagalan 33 tahun UMNO/BN dalam kes Plaza Tengku Yaaob adalah pukulan maut kepada mereka. Parti yang tidak bercakap pasal menara tertinggi di dunia, bangunan pencakar langit, jambatan terpanjang tiba-tiba dalam tempoh 3 tahun mampu menyelesaikan masalah bangunan yang cacat di tengah bandar Alor Setar. Hati mana yang tidak sakit, muka mana yang tak malu, telinga mana yang tak merah, lidah mana yang tak kelu!


Gara-gara malu dan jatuh saham mazhab politik pem-bangunan itu, satu-satunya modal yang ada untuk gagalkan Aman Central ialah Madrasah Solihiah dan tanah wakaf. Maka di pasanglah kaki dan perkakas yang sedia menurut perintah untuk GAGALKAN Aman Central. Cari apa saja alasan, gerakkan apa saja sentimen, pertikai apa saja keputusan dan fatwa, pusing apa saja fakta...asalkan Aman Central yang akan menjadi mercu tanda baru bandar Alor Setar dapat digagalkan. Bukti kewujudan perkakas ini ialah kelibat Sobri Sudin yang tetiba bertungkus lumus dalam isu surau dan wakaf...nampak macam bagai rusa masuk kampung. Sewaktu demontrasi depan majlis pelancaran pecah tanah Aman Central, dia terjumpa saya dan dia cakap lain daripada apa yang dia buat sekarang...


Tidak membina Aman Central tidak menjejaskan PAS Kedah...tidak mencafatkan Ustaz Azizan sebagai MB. Lagipun kata mereka PAS bukan pandai pun buat pem-bangunan..., PAS parti yang tolak kemajuan dunia, PAS tak pandai cipta kemajuan... PAS parti tok lebai...tak reti memerintah. Dalam tak pandai itu, PAS ada kompleks sendiri, setiap kawasan ada markaz sendiri...


Berjaya meneyelesaikan kes Plaza Tengku Yaakob adalah satu alamatul-kubra bahawa mazhab yang dianut oleh BN/UMNO sejak Merdeka sedang menuju ke kubur. Mari selamatkan madrasah adalah ayat lain untuk satu seruan Ayuh! Gagalkan Aman Central! Ke guane?  -Sanusi Mat Nor-

Kat  bawah neh surat lengkap kelulusan Majlis Fatwa Negeri berhubung isu neh. Baca, faham dan sebarkan.



 Sumber : sini

Ameno : Umno menyemak dia pandai lah.. 

Ini gambar mahasiswa berpolitik sokong bn ke?



Nak tanya benda di atas neh salah ke betul? Apa yang aku dapat faham menerusi gambar di atas neh ialah ;

1. Gambar neh gambar sekumpulan mahasiswa yang pro bn.

2. Gambar neh menunjukkan mereka sokong kepimpinan kelantan berubah dari pas kepada bn.

3. Buktinya ada logo 1 malaysia dan gambar pemimpin bn.

4. Perkataan mahasiswa pun ada diselitkan sekali.

5. Jadi, sila bagitau adakah mahasiswa yang berpolitik under kerajaan = legal, kalau berpolitik under pembangkang = illegal? Terang kasi jelas pasal dari apa yang aku faham di kelantan pas ialah kerajaan negeri dan bn ialah pembangkang. 

TQ. 


kah kah kah


Sumber : omakau

Ameno : Apa pun tak boleh lah umno neh..

28 Panduan lengkap peserta demo 901. - UPDATED!


Baca, faham dan sebar.

Okey di bawah neh ada beberapa perkara yang korang kena tahu sebelum menyertai demo 901. Ingat, demo 901 ialah demo aman bukan demo provokasi. Oleh itu, korang kena ikut rule yang tertentu agar korang aman dan selamat. 

1. Di manakah demo tersebut diadakan?

Di mahkamah jalan duta.

2. Di manakah saya patut berkumpul?

Di kawasan parking mahkamah jalan duta.

3. Pukul berapakah saya patut tiba di sana?

Selewat2 nya jam 8 pagi. Tapi dijangka ramai yang turun seawal jam 1 pagi [mungkin menunggu di lokasi yang berlainan].

4. Boleh kah saya menunggu di kawasan masjid jalan duta?

Boleh, tetapi kalau polis halau sendiri mao tanggung. 

5. Boleh kah saya menunggu di kawasan lain selain dari kawasan2 yang ditetapkan?

Boleh, tetapi kalau terjadi apa2 jangan salahkan sesiapa sebaliknya salahkan diri sendiri.

6. Boleh kah saya mendekati program PEKIDA dan PERKASA di kawasan masjid?

Boleh. Kalau berani lah. Lebih baik jangan sebab kita tatau apa niat mereka. Sekali kena bantai, sesia jek.

7. Saya pelajar, saya ingin menyertai demo 901, boleh kah?

Tidak boleh. Kalau tanya pada aku jawapan dia tidak boleh. Aku cadangkan jangan korang sertai sebab si puad tue dah bagi warning keras untuk buang pelajar2 yang terlibat dalam demo 901. Tapi kalau ada di antara korang yang berazam nak pergi demo 901 juga, sila pastikan ;

- jangan bawa kad pelajar. Waima apa2 benda yang boleh mengaitkan ko sebagai pelajar, jangan bawa.

- jangan mengaku ko ialah pelajar andai ditahan. Bagi lah apa2 alasan sekalipun asalkan dorang boleh lepaskan ko semula.

- kalau boleh, jika di soal polis, buat2 berlakon seolah2 ko ke sana sebab nak sokong saiful. Nak jatuhkan rejim zalim kena guna akal strategi beb.  Tak guna gak asyik kita jek ke dalam, sekarang kita kena cari jalan supaya yang ke dalam itu bn, bukan nya kita. Tak guna kita berkeras atas benda yang akhirnya kita akan jadi mangsa sampai bila2. Sebab tue aku cadangkan lawan dorang guna strategi.

8. Saya nak pergi demo, saya nak bawa banner dan baju 901, boleh ke?

Tidak boleh. Polis dah larang apa2 banner, sticker, kertas, risalah, badge, baju 901. Asal sahaja ada perkataan 901, polis tak bagi korang bawa untuk di pamerkan ketika berdemo. Kalau korang bertegas, polis akan amek tindakan atas tindakan mencetuskan provokasi. 

Polis akan beri alasan bahawa mereka dah warning awal2, apsal tak ikut arahan? So, kalau ada di antara korang nak bawa juga pastikan ;

- sorok barang2  tersebut sehingga sampai di kawasan perhimpunan.

- jangan ikut laluan yang diroadblock, bimbang korang ditahan dipertengahan jalan dan kantoi disebabkan barang2 tersebut. Last2 tak dapat turun demo. Kan dah sia2.

8. Tapi Azmin Ali cakap, 901 tak terikat dengan arahan POLIS.


Ya, memang betul. Tapi neh sendiri punya matlamat. Kalau agak2 nak ditahan di separuh jalan, buat lah apa2 yang ko nak buat. Tapi kalau matlamat sungguh2 nak tiba di kawasan demo, maka elakkan apa2 benda yang boleh menimbulkan keraguan pada polis. Apa guna sepanjang 2,3 minggu plan 901, last2 semua tak dapat sampai di tempat demo? 

Di tempat demo nanti jadi lenggang. Kan dah sia2. Matlamat ialah tempat demo. Bukan banner, bukan baju dan sebagainya. Jadi kehadiran korang adalah penting di sana. Lain2 benda yang menyusahkan dan boleh menghalang korang, jangan fikir sangat.


Lagi satu bukan semua arahan polis adalah mengarut. Ada yang betul. Contohnya jangan bawa senjata. Betul lah tue. Takan nak berdemo bawa senjata pula? Seeloknya azmin kena runding dan bincang semula dengan pihak polis untuk demo 901 esok.


9. Apa yang saya patut buat bila tiba di kawasan demo?

Berhimpun dengan rakan2 berdemo. Lebih baik, jika anda dapat berhimpun dengan sesiapa yang anda kenal di dalam or di luar facebook. Kalau tiada, berhimpun sahaja dengan sesiapa yang dekat dengan anda ketika itu. Masuk je. Jangan risau, ikut pengalaman bersih aku, time neh seme pendemo2 akan jadi kawan mengkawan.

10. Arahan siapa yang perlu saya ikut ketika berada di lokasi perhimpunan?

Arahan yang tidak mengalakkan kepada apa2 provokasi, itulah yang anda patut ikut. Mana2 arahan yang mendekatkan dan mengalakkan kepada provokasi, jangan ikut langsung. Kita tidak tahu apa tujuan dan niat mereka. Boleh jadi penyamar. 

11. Polis larang kami berbuat bising, adakah ini bermaksud saya tidak boleh bercakap langsung?

Ini idea yang sangat bullshit. Amat mustahil untuk senyap dalam keadaan seperti neh. Jangan risau, bukan anda sahaja yang ada mulut dan ada suara. Polis pun tak larat nak tangkap semua.

12. Polis telah memberikan garisan / penanda aras di kawasan yang boleh berhimpun, apabila garisan / had larangan itu sudah dipenuhi orang, di manakah saya patut berada?

Sila berfikir semasak2 apabila anda berada dalam situasi seperti neh. Melanggar arahan polis akan di anggap mencetuskan provokasi dan mereka mungkin gunakan taktik neh untuk menghalau anda. Andai di halau, sila beredar secara baik. Andai tidak halau, stay sahaja di lokasi yang dah padat tue, andai ditahan? Sila jangan melawan menggunakan badan, sebaliknya gunakan hujah. Minta polis tunjukkan sebab kenapa anda harus ditahan. Kalau boleh gunakan apa sahaja alasan supaya anda tidak ditahan.

Jika polis bagi alasan, mari kita ke belakang sekejap ka, ke sana ka, ke sini ka, jangan ikut. Sebaliknya, minta sahaja polis berunding di hadapan orang  ramai. Taktik neh aku dah pakai time bersih. Memang depa tak bantai korang depan2 orang, sejurus korang dah jauh dari pandangan orang ramai, mungkin tak pasal2 kepala ko kena luku. Bangsatnya polis yang ketuk pale aku. Aku dendam sampai sekarang dowh.

13. Di kawasan parking cuma boleh memuatkan 5,000 je. Macam mana?

Jangan macam mana sangat. Tunggu dulu ia benar2 dipenuhi sehingga 5k baru risau. Kalau dah penuh 5k, baru lah fikir kat mana korang patut berada esok. Berdiri kat mana2 pun boleh insya-Allah. 


14. Saya lemah, sakit dan asma. Wajarkah saya hadiri demo 901?


Jangan. Elok ko duduk rumah. Kang kena belasah, kena bantai, sendiri sakit, sendiri seksa sehingga merisaukan family sendiri. Kalau sakit, lemah sila duduk rumah. Jaga dan perjuangkan kesihatan diri sendiri dulu sebelum sibuk pasal kesihatan orang lain. Tapi kalau sendiri degil nak juga turun berdemo, sendiri kena berani hadapi apa2 sahaja kemungkinan yang berlaku ketika berdemo. 


15. Perlu kah saya parking kereta di kawasan parking mahkamah jalan duta?


Jangan. Kita tatau apa yang akan berlaku di sana. Sila jangan parking di situ melainkan anda bersedia menanggung apa2 juga risiko yang bakal berlaku terhadap kenderaan anda sendiri.

16. Apa yang saya patut buat bila polis tetap menahan saya masuk ke dalam trak?
Jangan risau. 901 telah dibekalkan dengan barisan peguam bagi menjamin anda. Anda hanya perlu inform kepada no yang tertera. [no nanti aku siarkan ye].

17. Apa yang saya patut bawa ketika berdemo 901?

Kamera, telefon dan duit yang sedikit. RM10.00 lebih bagos. Tapi rm50.00 lebih rasional berdasarkan keadaan ekonomi sekarang neh. Jangan bawa dompet. Nanti lari2 satgi dompet hilang, menyesal tak sudah ko. Kalau nak bawa, bawa beg sandang. So boleh masukkan barang2 penting disini. Jangan bawa benda2 yang berat sehingga korang sukar nak berlari dan bergerak pada hari itu. Aku takpelah. Sebab aku pergi atas kapasiti ahli media.

18. Apa yang perlu saya buat ketika menghadapi masalah sebelum, semasa dan selepas berdemo 901?

Sebarkan menerusi fb dan twitter untuk hebahan. Kami akan tolong anda sebarkan isu tersebut seluas-luasnya.

19. Apa yang saya patut buat andai melihat provokasi?
Rakam. Selepas rakam sebar di internet. Ingat, bukan seme yang hadir pada 901 ialah truly 901. Ramai di antara mereka ialah askar upahan untuk create chaos. So rakam je. Bila rakam, anda sebar. Dari situ maybe kita dapat siasat siapa sebenarnya yang buat provokasi. Tah2 SB dan Polis. Macam isu adam adli tue. Hehehe. Kan kantoi.

20. Apa yang saya patut buat andai melihat polis memukul orang awam?
Rakam. Dah rakam baru pergi bantu orang awam tersebut. Bertanya dan berhujah kenapa perlakuan polis kasar kepada dia. Jangan keluarkan bahasa kesat. Dan jangan balas balik kekasaran polis dengan cara yang kasar [body contact]. Kita mahu cari impak yang positif ke atas perjuangan kita. Jadi, biarkan kita kekal menjadi orang baik dan orang jahat itu biar mereka yang pegang.

21. Dsai ditahan polis, keputusan mahkamah bias. Ramai orang marah2 apa yang patut saya buat?

Teruskan demo secara aman. Dan nasihatkan orang sekeliling agar tetap berdemo secara aman. Jangan panjat kereta orang, jangan musnahkan apa2 barang awam dan jangan usik apa2 harta awam. Hormati hak orang lain sebagaimana anda mahu hak anda dihormati.
22. Dsai didapati tidak bersalah, apa yang perlu saya buat?

Ikut apa yang orang ramai buat. Andai mereka tetap berdemo, maka ikut sahaja panduan di atas neh. 

23. Saya melihat ada pimpinan parti yang ditahan. Apa yang perlu saya buat?

Rakam, rakam dan rakam. Inilah apa yang anda patut buat dalam apa juga situasi sekalipun. Dan jangan sesekali membuat provokasi dan sila halang rakan2 anda daripada berbuat provokasi. Ingat, bukan hanya anda je ada kamera. Polis pun ada. Jadi, jangan biarkan polis berpeluang rakam gambar peserta 901 melakukan provokasi.

24. Saya melihat ahli2 pekida dan perkasa menganggu kami, apa yang perlu saya buat?

Rakam perlakuan mereka dan jangan layan beruk2 neh. Mereka neh ada masalah yang besar dalam memahami bahasa manusia. 

25. Saya melihat kawan saya melakukan provokasi apa yang perlu saya buat?

Nasihatkan dia agar berhenti. Kalau dia enggan, rakam dan berikan kepada aku untuk disebarkan tanpa kompromi.


26. Saya melihat ada SB dan individu2 yang seolah2 menyamar menyusup masuk ke dalam kumpulan 901. Apa yang perlu saya buat?


Rakam dan berikan spesifikasi mereka dan sebarkan di fb dan twitter. Kita perlu alert rakan2 yang lain. Twitter dan FB akan menjadi penghubung terpenting kita pada hari tersebut.

27. Demo 901 berlangsung sangat baik, apa yang perlu saya buat?
Tak perlu buat apa2. Ucapkan terima kasih pada pdrm yang berkerjasama bagi memastikan demo 901 neh berjalan aman.

28. Demo 901 berlangsung sangat teruk, apa yang perlu saya buat?
Muhasabah diri. Cari mana silap salah di mana2 dan perbaiki diri agar kesilapan sama tidak berulang. Manakala, jika kesilapan datangnya dari orang lain [pihak satu lagi] sila sebarkan secepat yang mungkin agar kebenaran dan hak dapat ditegakkan. 

Geng,

Ingat, demo besok haruslah berlangsung secara aman. Sedikit kesilapan akan membawa padah. Kalau korang ada baca pasal update yang aku buat tentang bom petrol, lilitan putih dan provokasi yang bakal berlangsung ketika demo 901, penulisan oleh utusan kelmarin, korang patut dah boleh agak akan ada individu2 yang sabotaj demo besok.

Jadi, pastikan akal dulu, baru nafsu. Jangan rosakkan harta awam. Tolong. Harta awam neh tidak berdosa. Ia bukan datang dari duit korang je, ia datang dari seme duit rakyat malaysia. Jadi, jangan fikir korang ada hak nak menjahanamkan mana2 harta awam melainkan 27juta rakyat malaysia dah izinkan, maka boleh lah korang berbuat demikian [tolak geng2 warga malaysia instant].

Dan, ingatlah bahawa selain korang, polis juga berkamera. So jangan biarkan aksi mengarut korang dirakam. Biar dorang provoke, korang kena kekal bersabar [lawan mulut sudah]. Jangan balas balik kekasaran sebab kekasaran vs kekasaran, takde apa2 impact. Tapi kalau kekasaran vs kesabaran, kesabaran akan menang besar. Tanya untie bersih 2 kalau tak percaya.

KAH KAH KAH


Ameno : Good luck guys!

Jumaat, 6 Januari 2012

Apa? Penyokong PR guna bom petrol untuk 901? - Utusan

Utusan, 

Kot yer pun nak menghentam, biarlah relevant sket. Agak2lah nak mensohai dan mensochai dalam isu neh pun. Guna skrip baru beb. Please. Apahal ulang tayang skrip bersih? Napa? Ko fikir rakyat malaysia tak reti bosan ka? Reti. Sangat reti. Sebab tue aku bersunggut bila korang tulis skrip sama. Kot ye pun biarlah kreatif sikit. Tah pape lah weh. Tah pape.

Kah kah kah

Lihat bawah neh ;


Aku tak boleh blah baca skrip utusan neh. Siyes. Dia ingat apa? Dengan 100ribu orang boleh tawan malaysia meh? Bom petrol? Time demo? Lilit kain? Buat provokasi? Serang polis? Ingat pesan aku neh geng. Mungkin depa akan menyamar sebagai penyokong pr. Mungkin depa akan provoke sehingga korang terpedaya. Baik jaga2 skit beb. 

Bukan apa, benda berlakon2 neh memang dorang sangat expert. Sebab tue kj jadi model majalah beb. Heh. Lagi satu kan, aku dah semacam pelik bila polis tiba2 ubah fikiran. Dia siap masuk tv lagi then tiba2 hari neh tukar fikiran. Tak pelik ka weh? Ini seme maybe lakonan je beb. Lakonan yang memerangkap. 

Dorang bab2 neh paling expert what. Kalau tidak takde lah dua tiga kali masuk tv menyamar jadi pakcik yang pulangkan wang rm100. Kalau tidak takde lah isu penyokong bn yang nyamar jadi ngo bagi kek taik. Macam2 dowh. 

Bila baca laporan utusan neh, siyes aku cakap. Dorang neh bahaya. Orang dah biasa fitnah, kalau soh berlakon, apa lah sangat. Bahaya gak 901 neh. Aku dah mula was2 napa polis beria2 bagi permit mulut neh. Hermm.. tiba2 jek kan? 

Ameno : Fishy dowh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...