Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 Disember 2012

Video pengakuan Deepak mengenai penglibatan DSAI dalam konspirasi menfitnah Najib dan Rosmah tersebar.

Sekali lagi papa gomo buat citer bodoh dia. Yang aku pelik macam biasa arh penyokong2 umno membiarkan pemikiran mereka terarah kepada penulisan papa gomo tanpa belajar memahami untuk menganalisis video yang dinyatakan

Dengar betul2 dulu der. Fahamkan betul2 ayat yang disebut. Jangan la memilih untuk menerima hanya semata2 mereka PR.. orang yang ko benci. Bersikap mengkaji tak rugi apa pun oke.

Apa yang papa gomo sebut?


Dalam video diatas kita dengar sendiri apabila Deepak menyatakan Nurul Izzah orang yang pertama menghubungi beliau untuk berjumpa. Atas sebab tertentu Deepak tidak meneruskan perjumpaan dengan Nurul Izzah. Menurut Deepak beliau berjumpa dengan Anwar Ibrahim setelah dirayu oleh Anwar Ibrahim beberapa kali semenjak 2010 lagi.

Version video ;

Why last time you promised me you want to meet nurul all.. what happened..  i said that time i'm stuck i cannot move. 

Maksud :

Dulu janji nak jumpa nurul.. apa dah berlaku.. saya cakap masa tue saya dalam masalah saya tak boleh nak buat apa2.. 

Kesimpulannya?

Dia cakap dia janji nak jumpa nurul jek. Mana ada sebut yang nurul individu pertama nak jumpa dia. Dia cakap dia je yang JANJI nak jumpa nurul tapi tak jumpa2. Bagaimana dengan statement ini ko boleh simpulkan nurul ialah individu pertama yang hubungi deepak untuk berjumpa?

Boleh jadi deepak menerusi kenalan dia menyatakan hasrat mahu menemui nurul? Boleh jadi orang2 yang dekat dengan nurul menyatakan hasrat.. kita ada peluang untuk bertemu deepak jom jumpa untuk dedahkan skandal nak? Tak sure mana satu sebab kita sendiri tak sure. Jadi bila tak sure pasal apa ko sure sangat yang nurul individu pertama yang nak contact deepak? Adoi la.   

Versi translation dari blogger umno? Seperti di atas. Alamak aiiiii.

Aku tak kesah sangat kalau yang terpengaruh tue orang2 umno. Nanti dorang baca blog neh dorang punya was2 pasti akan berkurangan 99.9% pasal aku sangat2 yakin hujah aku ialah hujah, manakala apa yang papa gomo karangan tue ialah drama blog. Bila hujah vs drama blog.. confirm la hujah menang. Takde apa sangat. Tapi yang aku herannnnn orang2 pr pun ada yang terpengaruh. Rileks la beb. 

Mengkaji benda neh habis-habisan tidak menjadikan kita kaki jilat dan ampu dsai or mana2 pemimpin pakatan rakyat oke. Kita cuba beri peluang kepada diri kita untuk tidak terlalu cepat salah sangka. Walaupun tak seme benda yang PR buat tue betul tetapi drama swasta papa gomo neh tak payah la korang susah payah nak percaya. Buang masa beb.

Perhatikan lagi skrip video yang tersebar tue ;

Surendran.. he can't come because of kugan's case.

We called sivarasa..  <-- WE CALLED sivarasa = Deepak call orang PKR. 

So he [anwar] said i give you the place whatever you want to do i help you, but you have to help me la.. of course they understood la.

Bila anwar jumpa you very friendly? Then dia cuba korek la?

Dia tak cuba korek.

...

The focus like.. dia macam menolong saya la.. tapi dia start.. dia marah saya.. why last time you promise.. you never meet.. 

....

He said oke. We will help you today.

Masa dia cakap

SAYA MINTA DARIPADA ANWAR..?

Itu aku nampak kesan POTONGAN. Apsal potong der? Lue takut ka? Kasi siarkan video penuh la. Gua percaya itu rakaman betul. Tapi storyline lue, gua haram percaya. Sorry der.

So berdasarkan kepada ayat2 di atas.. bagaimana pula kita boleh cakap dsai fitnah najib dan rosmah pula? Macam mana nak buat kesimpulan tue sedangkan kalau diperhatikan betul2 ayat demi ayat yang deepak nyatakan takde pula dia mention bahawa dsai arah dia fitnah. Bahkan dia tak buruk2kan dsai pun. 

Yang dia sebut sivarasa jek. Dia cakap sivarasa suruh dia sebut beberapa perkara. Tetapi itupun bukan sesuatu yang boleh diterima bulat2 sebab apa kita taktau citer keseluruhan drama neh oke.

Contohnya A jatuh kena tolak dengan B. A balik terjumpa C. Hey aku tadi jatuh kena tolak oke. B tolak. Yeke, kata C. Balik karang ko g citer kat mak ko B tolak ko oke.

So boleh jadi sivarasa suruh deepak keluarkan kenyataan2 itu disebabkan cerita deepak sebelumnya kepada sivarasa dan PKR sebelum itu. Siapa tahu? Aku pun tatau. So aku takmo cakap sesiapa salah or sesiapa tak salah kat sini. Aku cadangkan korang putuskan citer neh sendiri. 

Di pihak aku .. ?

Fikiran aku.

Aku tak rasa PKR nak susah payah fitnah najib dan rosmah disebabkan najib dan rosmah pun memang penuh dengan skandal. Pkr dan PR tak payah susah payah cipta skandal pasal memang dorang sentiasa buat skandal.

Jadi aku tak nampak apa logiknya dsai nak cemarkan reputasi dia sementelah sekarang menjelang pilihanraya. 

Dan katakanlah citer neh benar sekalipun.. pkr suruh deepak fitnah najib dan rosmah.. well, aku cuma akan tolak dsai dan sivarasa.. sama seperti aku tolak bn. Takde masa kot nak tolak pr lepas tue menonong p sokong bn. 

Sokong memang sokong ikut tajuk tapi dalam masa yang sama tetap takan sokong bn. Matlamat jelas dah. BN harus diturunkan dari pentas sebab dorang terlalu ego. Campakla seribu video sekalipun, bn tetap akan dilawan. 

Pendek kata selagi takde bukti jelas bahawa pkr dan dsai mengarahkan deepak fitnah rosmah ke apa ke.. so malas aku nak percaya dengan hujah2 papa gomo. Aku taknak side mana2. Cuma aku minta papa gomo berikan bukti yang lebih jelas atas tuduhan yang dinyatakan. Bukti video kat bawah neh? Tak cukup kuat bahkan aku lebih ragu2 selepas menontonnya. Oke? Bai. 
 
Video kat bawah ;

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...