Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 Disember 2012

Video keganasan BN, Kenyataan Shahrizat, PDRM yang bias dan gambar budak BN yang bermasalah

Ada orang bagitau.


admin, ni la banner yg macai2 upahan umngok bawak td. sy kenal yg pegang banner tu semue. majoriti diorang jenis yg bermasalah kt sekolah. yg pegang banner tu pun dari lepas spm sampai sekarang x keje. psl tu sgop jd pencacai umngok. admin bole share pic ni. ade name iqbal..ade name boy. cod. faiz badak..



Dapat menerusi inbox. Budak lepas SPM dan takde kerja.

Takde kerja boleh cari kerja. 

Bermasalah kat sekolah boleh cuba bidang lain. Kita mungkin ada kemahiran tertentu walaupun kita bermasalah di sekolah. Tak siapa tahu.  

Yang buat ko kena kecam bukan sebab ko bermasalah sekolah atau sebab takde kerja tetapi sebab menyusahkan dan mengangu orang awam.

Kalaupun ko nak buat demo depan tapak ceramah, buat.
Ko nak hantar memo pun hantar.
Tapi lakukan secara aman tanpa mencederakan orang. 

Adakah dengan mencederakan orang awam baru misi dan matlamat ko boleh dicapai? Atau memang misi korang ialah mencederakan orang awam? Terima kasih kepada diri korang sendiri. Kerana membantu menjatuhkan umno dari dalam.



Video kedua dari member facebook. Lihatla bagaimana keras dan suara mereka2 yang mencetuskan provokasi. Pelik beb. Siyes pelik. Aku pelik kenapa PDRM tak tahan mereka? Adakah memakai baju bn ialah lesen untuk berbuat keganasan?

So lepas neh nak bunuh orang pakai je baju bn? Confirm lepas?

Kalau nak merompak, menyamun dan merogol pakai je baju bn sebab akan lepas?

Keganasan depan mata polis. Polis nampak bahkan polis itu sendiri saksi kejadian. Perkara yang sama sebilangan penyokong2 bersih 3 buat dan mereka ditahan. Aku tak bantah. Aku tak sokong keganasan tak kira la sapa pun yang buat.

Aku setuju polis tahan untuk mendakwa mereka kerana bertindak ganas. Tetapi sebagai manusia yang sepatutnya dilindungi oleh PDRM tanpa bias, aku pasti rasa terkilan jauh di sudut ahti disebabkan PDRM tidak tahan penyokong2 bn yang buat kacau on the spot. 

Kenapa?

Kenapa penyokong bn dapat special treatment bila buat ganas berbanding sebilangan penyokong bersih 3? Apa yang membezakan keganasan dari dua kelompok ini? Adakah keganasan bn dianggap perjuangan dan keganasan sebilangan kecil penyokong 3 ialah merupakan huru hara dan kekacauan untuk memudahkan jalan ke neraka?

Kenyataan Shahrizat pada PAU 2012 dilihat amatlah berbahaya. Kata orang umno itu kenyataan berkenaan bangsa. Maksudnya kat situ melayu dan cina saling berbunuhan. Eh, rasanya ko dah salah faham disini. Aku tak merujuk kepada peristiwa 13 mei. Aku merujuk kepada kenyataan shahrizat.

Shahrizat bagi warning bahawa peristiwa 13 mei akan berlaku jika pr memerintah. Ini bermaksud dalam konteks ayat shahrizat itu sendiri menyatakan jika pr memerintah puak2 umno akan jadikan satu lagi peristiwa seperti peristiwa 13 mei, kenyataan itu adalah warning kepada rakyat malaysia tak kira bangsa dah. Cina ka india ka melayu ka apa ka seme pakat2 dibunuh kalau umno hilang kuasa. Untuk mengulangi apa yang pernah dan telah berlaku pada 13 mei.

Jadi ini ialah islam?

Jadi ini ialah sikap dan ciri2 pejuang islam?

Pernah tengok aku mengaku aku pejuang islam? Tak. Sebab? Aku reti malu. Tapi umno yang tah hapa2 perjuangannya beria2 pongpang cakap pejuang islam walhal tingkahlaku sangat2 berbeza dari apa yang dilafazkan beb.

Kenyataan shahrizat ialah pemetik api. 

Dia meniup sentimen keganasan. Dia tak sedar tetapi orang yang tertiup dengan semangat itu telah bertindak balas pada malam semalam. Seme muka2 melayu tue. Melayu cederakan melayu atas nama politik. Benda yang aku paling tak suka tengok tetapi itulah realiti di malaysia apabila kumpulan umno tegar berjuang melalui kekerasan.

Aku dah cakap banyak kali. Tak suka? Balas dengan fakta. Nak merepek pun lantak lue la der. Tapi bertindak ganas? Cederakan orang? Tikam orang dengan pisau? Kalaupun ko tak sayangkan imej islamik yang umno cuba jaja cuba la sayangi diri ko.

Kita hidup neh bukan di dunia aje beb. Kat akhirat sana pun ada. Sayangi diri ko supaya kita seme dapat masuk ke syurga walaupun berbeza aliran politik.

Shahrizat kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku semalam. Sentimen api-apian dia telah mencetuskan huru hara. Gunakan sentimen 13 mei untuk mencetuskan huru hara itu satu perkara yang melampaui batas. Apa la teruk sangat kami yang hanya dambakan kerajaan adil? Adakah nyawa kami halal kerana mencari kerajaan yang baik?

PDRM kena adil. 

Gambar kekacauan tue kita ada. Kita minta selesaikan sehingga menemui titik noktah. Jangan main tarik tali. Tangkap soal lepas. Tangkap soal lepas. Jangan cuba tunjuk adil pada saat ko tak adil.

Dan kepada budak2 yang bermasalah kat sekolah dan takde kerja tue. 



Cukupla. Pemimpin umno sendiri bidas lue. Aku percaya lebih ramai pemimpin umno akan bidas perbuatan lue. Lue tak dapat sokongan pemimpin bien juga yang dok beria2 attack orang neh beb.

Hari neh ko bergelak hihi haha. Aku berjaya tikam orang. Kena baling botol beb dorang. Ada pakcik tue kena serpihan pasu wa cakap lue. Beb ada yang berdarah banyak sebab gua baling batu. Seronok dowh tengok penyokong2 pr kelam kabut kena serang. Baru padan muka dsai dan pr. Rasakan.

Tapi korang takan hihi haha seperti ini di depan Allah swt. Bahkan dalam mimpi sekalipun. Malaikat ilham perhati. Malaikat kiri kanan pun perhati. Tetapi yang lebih hebat, Allah swt juga perhatikan ko. Jika ko rasa ko boleh lepas dan berlagak berani dari perhatian Allah swt, maka berlagak la sampai ko mampos. Aku tak peduli. Kubur, asing2 kan? 

Sumber gambar dari pemudagombak dan rakan fb. Sumber video dari rakan facebook lawrence jayaraj.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...