Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 November 2012

Nik Aziz penyesat no 1, Allah swt pilih UMNO - Pemuda UMNO.


"Dalam soal kuasa, sepanjang 55 tahun, Dia memilih Umno yang memerdekakan tanah air.

"Umno dah diberi amanah, diberi kuasa... Apa yang dilakukan? Umno buat pelbagai Islah, keluarkan daripada penjajahan kepada kemerdekaan yang lebih mulia, memuliakan Melayu, memberi identiti dan meletakkan Islam di sisi Melayu," katanya.

Dalam ucapannya, Reezal turut mempersoalkan gelaran "Musyidul am" yang diberikan PAS kepada pemimpinnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gelaran "mursyid" itu bermaksud "petunjuk", tetapi Nik Aziz sebelum ini didakwa memberi gambaran bahawa Umno merupakan parti murtad, kata Reezal.
"(Sebaliknya) ini 'Mudhilul 'Am, penyesat nombor satu," katanya sambil mambaca sepotong ayat Al-Quran yang menceritakan tentang kisah nabi Musa dan Fir'aun.

Sumber : sini

Aku faham dia nak cakap apa. Tapi sayang cara percakapan dia hanya membantu dia diperlihatkan sebagai orang BODOH. Itu cara penyampaian yang salah.

Orang buat jenayah = so Allah swt pilih dia untuk buat jenayah?

Orang merogol = so Allah swt pilih dia untuk merogol?

TGNA penyesat = so Allah swt pilih TGNA untuk jadi penyesat?

Yang sebenarnya setiap apa yang berlaku di muka bumi ini ialah dengan izin Allah swt, atas kekuasaan Allah swt tetapi dengan syarat manusia itu berusaha ke arahnya. Ko berusaha buat jahat so ko pun buatlah benda jahat. 

Then ko nak kata apa? Allah swt pilih ko buat benda jahat? No. Ko sendiri pilih nak buat benda jahat dan ia berlaku di bawah "pengetahuan dan kekuasaan Allah swt". Sebab itu setiap perbuatan ko dicatit, untuk dipersoalkan kelak. 

Kalau ko buat benda baik ko confirm pahala.

Kalau ko buat benda mungkar, tak confirm dosa tetapi confirm mengundang dosa.

Inilah kasih sayang Allah swt kepada manusia. Benda baik baru niat je dah dapat pahala. Benda jahat even dah buat pun belum tentu confirm dapat dosa sehingga kita dibicarakan depan Allah swt.

Apa yang reezal nak gambarkan itu salah. Allah swt tak pilih UMNO. Bahkan Allah swt tak pilih pas dan pr di kelantan dan di mana2 negeri sekalipun. Korang seme duduk disitu atas sesuatu sebab. Bagi mereka yang melalui proses pemilihan dengan adil, ya layak disitu sebab bertanding dengan adil.

Tetapi bagi mereka yang menipu macam bn mana pula boleh dianggap Allah swt pilih mereka? Apakah Allah swt akan pilih perompak jadi pemimpin? Penyamun? Perasuah? Penyeleweng? Menzalimi rakyat menjadi pemimpin? Sudah tentu tidak.

Ini sama kes macam firaun. Adakah Allah swt pilih firaun untuk jadi pemimpin yang zalim? Apabila mereka zalim mereka zalim kerana mereka mahu bersikap zalim. Satusen pun takde kaitan dengan Allah swt. Buruk dan baik sendiri buat. Jangan babitkan Allah swt.

UMNO dah terdesak gila. Keluarkan statement bodoh. Bagaimana mungkin Allah swt pilih UMNO menjadi pemimpin? Allah swt mengundi ka? <-- Tanya. Kang ada yang merapu. 

Kesimpulan nya UMNO takde hujah yang boleh dihujahkan lalu dia merepek tah hapa2 dalam persidangan mereka sendiri. Lantakla mereka nak merepek. Persidangan mereka hak mereka la. Cuma bila ia masuk berita aku seriyus anggap itu memalukan. 

Bahkan itu tak sepatutnya dilontarkan oleh seseorang yang menganuti islam dan mewakili pemuda umno yang tak nampak macam muda pun. Beginilah. Konsep asasnya mudah saja. Setiap pemimpin di malaysia dipilih berdasarkan kepada beberapa peringkat sehingga mereka terpilih. Dan setiap apa yang berlaku itu Allah swt berkuasa penuh / mutlak ke atasnya.

Namun, setiap apa yang berlaku itu harus ada pencetus / keinginan untuk menyebabkan ia berlaku. Contohnya ko tak boleh fikir hey.. aku nak jalan tahu2 je ko dah berjalan sebab ko fikir nak berjalan. Ko kena gerakkan kaki ko untuk berjalan supaya ko berjalan dan itu berlaku dalam kekuasaan Allah swt.

Sama seperti ko menipu untuk menang. Memang ko menipu dan ko menang, Allah swt tahu dan itu juga berlaku dalam kekuasaan Allah swt tetapi itu bukan bermaksud Allah swt pilih dan setuju. Jangan salah faham. 

Setiap yang buruk apabila ia berlaku ia berlaku kerana ko yang inginkan ia berlaku, bukan kerana Allah swt pilih. Dan ya, UMNO memerintah di malaysia neh bukanlah perkara yang baik. 

Walaupun ada perkara yang baik dilakukan oleh umno, tetapi bila banyak yang tidak baik berlaku maka tetaplah dilihat tidak baik. Takde mana2 manusia yang nak beli bawang 3/4 busuk oke. Aku begitu, pembeli juga begitu, dan sudah semestinya pengundi begitu. Renungkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...