Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 22 November 2012

Mukhriz Mahathir nafi perdagangan dengan israel.

Ini penafikan oleh Mukhriz Mahathir [MM] yang aku petik dari twitter dia. 



Setelah membaca penafian dari dia, aku terus ajukan satu soklan kat dia. Aku bukan apa, aku agak ragu2 dengan jawapan yang dia kemukakan. So aku tanya la. Dia pun memang tengah online. Dan aku tengok dia reply seme twitt yang orang twitt kat dia.. tapi selepas 5 minit aku tunggu.. aikk dia tak balas pun twitt aku. Kenapa ek?

Ini soalan aku ;

 kenapa pula israel sanggup benarkan kapal yang membawa muatan barangan perniagaan utk palestine berlabuh di israel? israel bukan la baik sehingga mahu berkompromi. israel yang saya kenal ialah zionist. jahat. kejam. jadi tak faham kenapa mereka sanggup compromise dengan palestine pula.. sedangkan barangan lain disekat, mavi marmara pun diserang inikan pula barangan utk palestine.. sure or not barangan tu utk palestine or israel?



Aku tanya sebab aku nak tahu. Bukan aku letakkan tuduhan pun. MM sendiri yang sebut bahawa perniagaan kelapa sawit itu adalah dengan syarikat muslim yang berpengkalan di Palestine. Dan israel pula hanya membenarkan barangan berlabuh disitu. 

Mereka bukan menjalankan perniagaan dengan israel tetapi dengan palestine. So, takan tak boleh jawab kenapa agaknya israel boleh membenarkan barangan dagangan untuk palestine berlabuh di israel kalau sungguh memang perkara itu yang berlaku?

Tak mungkin israel boleh suka2 bersetuju. Adakah ada perjanjian dan persefahaman telah dicapai sebelum ini? Kalau bagi jawapan sekerat2 macam neh aku tak boleh la nak percaya 100%. Aku terpaksa cakap jawapan itu meragukan. Aku belum nampak bahawa jawapan itu patut diterima. Melainkan MM dapat buktikan bahawa ;

1. Syarikat itu memang benar2 dimiliki oleh muslim palestine.

2. Syarikat itu benar2 membekalkan barangan untuk rakyat palestine.

3. Syarikat itu bebas dari sebarang pengaruh zionist yang kita risau mungkin sedang mengambil kesempatan untuk menekan dan mengenakan rakyat palestine.

4. Dan kerajaan malaysia juga bebas daripada terlibat sebarang usaha menyalurkan dana kepada israel dan tidak juga terlibat dalam mengambil untung atas angin dengan menjalankan direct perniagaan dengan kerajaan israel.

Jika kerajaan malaysia tak boleh buktikan itu takde hal. Aku faham je prinsip ekonomi tue macam mana. Tapi jangan la dok kait2kan bersih dengan yahudi or pr dengan yahudi kalau yang sebenarnya korang lebih teruk dari apa yang korang tuduh2 kita orang. Kan tak baik macam tue? Cuba jadi manusia yang sedar diri sket. Aku tak fikir itu merugikan. Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...