Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 25 September 2012

Mengenai 1MPC - Review kepenggunaan.



Beberapa bulan lepas najib ada melancarkan 1 kad yang diberikan nama kad 1 Malaysia privilege card aka 1MPC. Sekarang kita nak review mengenai kad tersebut. Menurut kerajaan, kad tersebut akan dilancarkan secara berperingkat. 


Fasa pertama melibatkan kakitangan kerajaan. Antara kakitangan kerajaan yang terawal yang bakal mendapat kad tersebut secara percuma which mean tanpa yuran ialah ;

1. PDRM

2. ATM

Fasa kedua pula melibatkan keseluruhan kakitangan kerajaan yang lain. Juga dijalankan secara berperingkat. Setelah semua kakitangan kerajaan mendapatkan kad mereka, baru la rakyat malaysia berpeluang mendapatkan kad tersebut, pada fasa ketiga.

Apakah tujuan utama kad tersebut?

1Malaysia Privilege Card (1MPrivilege) 
merupakan satu inisiatif dibawah Strategi Lautan Biru Nasional 6 (NBOS6) yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk memberi keistimewaan (privilege) kepada anggota tentera dan polis yang sedikit sebanyak dapat meringankan kos perbelanjaan harian. 

Tujuan utama kad adalah = meringankan kos perbelanjaan harian. 

Kad neh akan diedarkan secara percuma kepada seluruh rakyat malaysia. Secara berperingkat. Ini bukan rekaan amenoworld. Ini cakap2 yang amenoworld petik dari laman rasmi mereka. Rujuk sini.

Sekarang fikir. 

1. 1PMC = kad = yang akan diedarkan kepada seme rakyat malaysia untuk meringankan beban hidup mereka.

2. Sekali imbas ia adalah perkara yang bagus.

3. Tetapi tak berapa bagus, sebab daripada sibuk buat kad baru, kenapa tidak sahaja gunakan ic yang sedia ada? After all, ia bakal diedarkan kepada seluruh rakyat malaysia. SELURUH rakyat MALAYSIA. Jadi, alangkah baiknya jika kita hanya perlu tunjukkan kad pengenalan untuk membolehkan kita mendapatkan discount. Tanpa susah payah kerajaan keluarkan modal untuk cetak kad baru.

Wang kerajaan dapat dijimatkan disitu. Kerana sepertimana yang kerajaan sendiri tegaskan, ia akan dikeluarkan untuk seme rakyat malaysia. Lainla kalau hanya PDRM dan ATM jek boleh nikmati discount tersebut.

Agak logik juga keluarkan kad baru supaya tak mengelirukan orang. Tetapi oleh kerana semua rakyat malaysia bakal menikmati kesemua discount yang dinyatakan, why not using our own ic jek? Tak perlu buang masa untuk kos cetakan dan kos edaran. Bahkan tak perlu pun rakyat malaysia tunggu. Automatik terus boleh nikmati discount tersebut ma. 

Apakah barangan yang melayakkan kita dapat discount?

Ada banyak barangan. Kedai2 yang berminat nak tawarkan discount perlu terlebih dahulu berdaftar dengan program 1PMC untuk menawarkan discount. Discount bagi pengguna macam aku adalah satu perkara yang bagus. Aku suka. Dan aku percaya majoriti rakyat malaysia suka. Bahkan kami mengalu2kan discount secara berlebihan. 

Namun terdapat beberapa perkara yang aku fikir agak pelik. Oleh kerana Najib sendiri menegaskan bahawa 1PMC adalah untuk ==> meringankan kos perbelanjaan harian.

Maka aku percaya sepatutnya lah orang2 yang bertanggungjawab menyelia dan memastikan perjalanan program neh berjalan lancar harus mengangkat visi dan wawasan najib. Bagaimana pula barangan di bawah neh boleh di anggap sebagai perbelanjaan harian?

Jenis discount untuk proton = membeli barangan dan alat ganti proton dan kereta baru.

Aku tak nafikan kereta = barangan keperluan. Tetapi bagaimana discount rm500 boleh membantu kami? Turunkan harga cukai munasabah. Turunkan rm500 tak munasabah. Dari pemikiran aku, tiada apa pun yang turun. Melainkan mereka naikkan harga kereta siap2 dalam rm500 dengan tujuan nak turunkan harga. Aku silap ke?

Jenis discount untuk mydin = Harga istimewa hanya diberikan kepada barangan bukan makanan sahaja.

Aku tak nafikan bahawa barangan keperluan tak semestinya melibatkan barang makanan. Tetapi barang makan selalunya merupakan barang keperluan. Tapi aku tak nampak kenapa ini boleh dianggap sebagai perbelanjaan harian menurut portal 1MPC?


KFC? Kenapa gambar KFC tersesat kat sini? Takan KFC suka membaca amenoworld gak? No. Sebaliknya KFC pun menawarkan discount dalam program tersebut.

Jenis discount bagi KFC = Setiap pembelian dalam atau bawah rm20 layak menerima discount tersebut. Pembelian yang melebihi dari nilai tersebut tidak layak. Jumlah discount yang diberikan ialah 5%. 

Aku tidak tahu sejak bila dan kenapa KFC dikategorikan sebagai perbelanjaan harian. Aku minta maaf kerana belum cukup pandai nak faham program neh. Harap orang yang kendalikan program neh boleh terbiah aku supaya aku lebih faham kenapa KFC diklasifikasikan sebagai perbelanjaan harian kat sini.

Bagi aku, jika inilah inisiatif kerajaan, bawah rm20 siapa sangatlah yang makan? Pakwe makwe ke? Bukan keluarga besar yang ada anak ramai. Takan semata2 nak discount dorang kena split order to get split receipt just to get a 5% discount? I wonder who will do such act.

And GTS  di KFC sebanyak 6%. The discount that we think as discount tu memang discount pun. Discount tax je la. Bagi kategori rendah. Hehehe. Aku silap ke?

Yup. 

Jenis discount bagi lost world of tambun dan sunway lagoon ialah = 15% Discount off Park Tickets and Hotspring & Spa by nights.

Meringankan perbelanjaan harian katanya. Aku tengah fikir kat mana dan kat ceruk mana perkara di atas boleh meringankan perbelanjaan harian aku.

Overall, program neh ada inisiatif yang baik untuk membantu rakyat malaysia. Ada juga barangan yang cerdik ditawarkan sebagai discount. Rujuk sini. Tetapi tak cerdik juga menamakan ia sebagai barangan keperluan harian. Maklumat lanjut rujuk sini.

Sedikit sebanyak aku agak bersetuju dengan idea ini walaupun aku tak setuju cara ia dilaksanakan. Bagi pendapat aku, sejujurnya daripada kerajaan buat 1mpc apa bagai, eloklah kerajaan rendahkan beberapa harga barangan kawalan yang memang dalam kawalan kerajaan dan rendahkan harga cukai yang membebankan pengguna seperti cukai kereta tempatan.

Bukan kita tidak tahu, kita tahu, harga barang di malaysia baik makanan mahupun barangan lain sedikit sebanyak kerajaan mampu mengawal ia jika kerajaan laksanakan beberapa polisi yang memihak kepada rakyat marhaen.

Jika ini kerajaan buat, insya-Allah kita tak perlukan 1pmc untuk menikmati discount apa bagai disebabkan tangga gaji kita yang rendah dengan kos sara hidup yang mencekik sebaliknya kita hanya perlukan pemimpin berjiwa rakyat yang memahami masalah rakyat.

Ingatlah, dari awal lagi rakyat tak pernah mengeluh jika disuruh bayar cukai or berhadapan dengan kenaikan harga barang, apa yang rakyat hadap dari dulu lagi ialah biarlah ia setimpal dan sesuai dengan kesanggupan rakyat. Apa yang kita alami sekarang neh ialah sudah di luar kesanggupan kita. 

Jadi sila kaji semula program ini dan fikirkan semula sasaran sebenar anda. Adakah rakyat marhaen ataupun kroni yang anda sasarkan untuk bantu dan ringankan perbelanjaan harian mereka?  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...