Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Julai 2012

Polis siasat aktiviti politik rakyat rupanya..

Owh.

Baru aku tahu. Depa sekarang siasat aktiviti rakyat. 



Aktiviti politik. Aku ingatkan aku salah baca. Aku baca lagi buat kali kedua. Eh, betul lah polis siasat pasal aktiviti politik. Aku ingatkan maybe paper salah lapor. Tapi rasanya kalau salah lapor mesti polis dah mengamok. Mesti wartawan dah perasan. So mestilah bukan.

Jadi rupanya ini yang polis kita buat ek. Bukan sibuk nak siasat dan selesaikan kes jenayah tetapi sibuk nak siasat aktiviti politik rakyat marhaen. Itu lebih penting ke apa? Itu ke yang menyebabkan polis menganggap malaysia ialah sebuah negara yang aman dan selamat?

kah kah kah

PKR mahu polis menyelesaikan masalah jenayah dan bukan mengintip aktiviti politik, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Presiden PKR itu mendakwa pasukan Cawangan Khas (SB) telah menyediakan kira-kira 733,000 laporan terhadap kegiatan politik penduduk dewasa Malaysia pada tahun 2010.

“Kerajaan memilih untuk mengatakan kadar jenayah semakin menurun tetapi pihak pembangkang mendakwa keadaan membuktikan sebaliknya.

“Laporan Bajet 2012, dalam tahun 2010 sahaja terdapat 382,000 laporan dari Special Branch tentang kegiatan politik rakyat, dan 351,000 pemeriksaan keselamatan ke atas rakyat,” kata bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu.

Sebagai bandingan, Jabatan Siasatan Jenayah hanya membuka 212,000 fail jenayah, kurang 30 peratus daripada pasukan Cawangan Khas.

Untuk menangani masalah ini, Wan Azizah menambah, polis haruslah melaksanakan tugas-tugas polis yang utama iaitu membanteras jenayah.

Penjenayah kini semakin terdesak dan sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan matlamat mereka tercapai. Kejadian jenayah ini, kata Wan Azizah lagi membuatkan rakyat takut untuk menjalani kehidupan mereka.

"Sehubungan dengan itu kami mencabar kerajaan memastikan 90% dari aktiviti Special Branch ini difokuskan kepada aktiviti mencegah jenayah.

Beliau bagaimanapun tidak menolak fungsi SB dalam soal keselamatan negara, tetapi mahu SB menfokuskan aktivitinya untuk membanteras jenayah dan bukannya mengintip rakyat. -TMI-

Kes jenayah ada banyak. Tetapi yang dibuka UNTUK SIASATAN hanya 212,000 jek. Itu pun belum tentu disiasat habis-habisan. Jangan2 siasat alah kadar jek. Nak expect majoriti dari dorang buat kerja ? Oiii tengok langit. Lembu terbang tue. Begitula ibaratnya polis di malaysia. 

kah kah kah

Kes aktiviti politik ada 382,000 dan 351,000 pula kes pemeriksaan keselamatan atas rakyat oleh SB bagi tujuan politik. Oiii kes siasatan aktiviti politik lebih banyak dari kes jenayah ka? Sejak bila aktiviti politik menjadi salah satu perkara pokok yang perlu dititikberatkan oleh pdrm hah? Sejak najib amekalih jawatan pm ka?

kah kah kah

Tak boleh blah betul polis di malaysia. Aku dah cakap banyak kali. Jangan marah orang panggil dan gelar korang macam2. Tengok aje focus korang ke mana. Instead of menjaga keselamatan rakyat, korang pergi jadi barua bn pula. Buat apa?

Rakyat malaysia respect dan hormat polis. PDRM itu baik "badan-nya" ketika hidup dengan bermaruah. Tapi sekarang hidup dah tak berapa ada maruah. Tugas utama PDRM dah berubah. Haluan dan hala tuju PDRM dah berbeza. Mohon jangan sangka yang bukan2. Tugas utama mereka bukan lagi pasal nak mengurangkan kadar jenayah, menjaga keselamatan rakyat dan menyiasat aktiviti jenayah. 

Itu jatuh no ke berapa tah. Maybe second last kot. Sekarang focus dorang ialah jaga najib dan menteri bn setiap kali mereka ke mana2 hala. Jadi pengiring vvip bn atas jalanraya. Jaga ceramah pr. Tangkap orang yang lukis kartun politik. Dan macam2 lagi hal2 yang berkaitan dengan politik dan bn. 

Itulah pdrm di malaysia. Mereka dah ubah fungsi. Bersih, cekap dan amanah maksudnya ialah ;

1. Membersihkan bn daripada segala aktiviti jenayah yang mereka lakukan.

2. Cekap menghalang rakyat daripada berjuang menentang kezaliman.

3. Amanah dalam mempertahankan bn agar mereka kekal berkuasa.

Itulah tugas utama PDRM di malaysia. Please, jangan salah faham lagi ye. Tenkiuu.

kah kah kah

Ameno : Hari2 rakyat susah. BN yang buat. Ekekeke..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...