Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 30 Julai 2012

Hot : Maksud sebenar logo dan lirik lagu kemerdekaan terbongkar!

Janji ciplak.

Yang tersurat dan yang tersirat. Rupanya menteri kebudayaan kita menggunakan konsep kias dan lue fikirlah sendiri.  Dia mengajar kita untuk berfikir di luar kotak dan jangan lagi mengharap kerajaan untuk menerangkan setiap satu persatu tema kemerdekaan seperti tahun2 sebelum nya.

Konsep2 sebelumnya sebenarnya tidak mendatangkan minat dan semangat ingin sambut merdeka disebabkan betapa old-fashionednya cara kerajaan memperkenalkan tema kemerdekaan. Disebabkan otak rais yatim yang genius, dia bersama2 team tenaga kerja yang dilantik untuk menguruskan tema kemerdekaan tahun neh telah melakukan satu propaganda supaya sesama kita alert tentang kemerdekaan yang ke 55 pada tahun 2012.

Tahniah dan syabas diucapkan buat rais yatim. Rupanya dia berbeza dari apa yang aku fikirkan selama neh. Demm.. i terkutuk u larh rais. Amponnnnn..

Tak sangka disebabkan keterbukaan dan tolenrasi dari rais yatim, kita pada tahun neh berjaya menampilkan satu tema yang sangat2 berbeza dari tahun2 sebelumnya sehingga mengundang cakap2 orang di pelbagai media online dan media sosial.

Wow..

Sebenarnya tema yang ingin disampaikan oleh rais yatim ialah 

JANJI CIPLAK!!!


Lihat aje logo yang diciplak kat bawah neh ;

Logo kemerdekaan yang ke 55 tahun

Berapa ramai yang berjaya membaca apa yang ingin disampaikan oleh rais yatim? Haram. Seme orang dok kutuk2 dia tanpa cuba memahami maksud disebaliknya logo kemerdekaan tersebut. Yang sebenarnya logo tersebut bermaksud ;

Bendera malaysia yang berkibar2 = Menari dalam gaya malas2 sebab dah bosan melihat karenah bien mentadbir negara malaysia.

55 warna kuning = bermaksud selepas 55 tahun kita mesti kuningkan malaysia = BERSIH.

M warna biru = melambangkan mencuri dan merompak ialah mereka2 yang sokong biru = bien.

erdeka dalam bentuk lemah longlai = melambangkan kita jangan lagi berlemah lembut dengan bien.

janji ditepati = bermaksud janji2 bien untuk menyusahkan rakyat memang menepati citarasa si perompak dan penyamun iaitu janji merompak, menyeleweng dan mencuri.

1 yang ada lambang bendera malaysia = bermaksud satu malaysia kena satu ahti nyahkan rais yatim dan bien.

Adoii.. 

Maafkan i rais yatim. I terlambat membaca buah fikiran you. I busy sangat start hari jumaat sampai sunday. 

kah kah kah

Lirik lagu.

Dah habis bab logo. Kita masuk bab lagu pula. Sesungguhnya akal rais yatim memang bijaksana. Tidak pernah tidak dia ingin membantu mengembalikan reputasi bien seperti dulu2. Dia duduk dalam bien, menjadi menteri bukan sesia2 beb. Sedikit kesilapan yang dia buat confirm orang akan kutuk bien dan najib. Akhirnya rakyat akan sokong PR.

Dan inilah pengorbanan sebenar dan terbesar rais yatim buat rakyat marhaen. So jangan marah2. Mula2 dia reka satu lirik bebal. Tujuan nya nak menyakitkan ahti rakyat as usual. Tapi camne tah najib rasa cam was2 so najib suruh ubah. Tapi rais yatim bukan bodoh beb. Dia pun cerdik juga. Walaupun dia terpaksa ubah beberapa rangkap lirik sebenar tetapi dia tetap tak lupa untuk memperbodohkan bien dengan memasukkan rangkap kat bawah neh ;

Kini masa untuk balas budi.. 

Ini lagu sebelum di edit. Dan ini lagu selepas diedit. Ada banyak like tak? Ada. Pfttt. Ada banyak beza tak? Takdak. Sebab perkataan

MERDEKA tetap muncul2 dari awal sampai ke akhir lagu dan yang hanya ada ialah satu malaysia dan janji ditepati yang mana pejuang2 kemerdekaan yang kalau masih hidup pun akan menyumpah2 bien. Apa kata sudirman? Hoiii gunakan lagu aku lagi bagus larh. Beginilah respon yang rais yatim inginkan sebenarnya.  Jadi janganlah marah2 dia. Dia sesungguhnya bukanlah orang bodoh beb. Rais yatim baik  orangnya.

kah kah kah

Melodi.

Sebenarnya part yang paling best ialah part melodi. Ramai yang berduka cita sebab melodi tue seolah2 cam takde kaitan dengan rais yatim. Tapi mereka silap. Sama sekali mereka silap dan rais yatim hampir nak meletup bila orang tak salahkan dia dalam isu melodi.

Melodi yang dimainkan bersama2 lirik ciptaan rais yatim digambarkan mempunyai persamaan dengan salah sebuah lagu nyanyian ketuhanan di indonesia. Rujuk sini. Namun kita belum ada kesimpulan yang sahih mengenai itu lagi. 

Kita lihat betapa rais yatim amat2 mengkagumi indonesia atas sesuatu sebab. Yang pasti sebab itu aku tak boleh sebut disini. Hanya mereka2 yang mengetahui jek boleh sebut.

kah kah kah

Kesimpulan.

Selamat menyambut bulan ramadhan rais.  Dan posting neh sebenarnya hanya merupakan satu selingan. Ya selingan. Sebab tujuan utamanya ialah aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kat rais yatim jek beb. Jangan marah oke.

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...